The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chenchen, 2024-03-10 05:28:55

FAKTOR-FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

FAKTOR-FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DISEDIAKAN OLEH: KONG CHEN CHEN APAKAH ITU SOSIOBUDAYA? PENGENALAN: Menurut Norfazila (2019), Sosiobudaya merupakan amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan pembangunan sosial masyarakat tersebut. Kepelbagaian sosio budaya terdiri daripada bangsa, bahasa, adat resam, jantina, kaum, struktur masyarakat, dan kepercayaan. Contohnya, kepelbagaian budaya yang diamalkan di Malaysia. Kaum Cina mempunyai perayaan Tahun Baru Cina namun kaum lain juga turuut dapat menikmati perayaan tersebut.


FAKTOR Mac 7, 2024 / EDUP3143 K E P E L B A G A I A N S O S I O B U D A Y A KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI MALAYSIA Malaysia, sebuah negara yang dikenali di seluruh dunia dengan kepelbagaian budayanya yang unik dan kaya. Malaysia dihuni oleh masyarakat pelbagai etnik, agama, bahasa dan tradisi yang hidup bersatu dan harmoni. FFAAKKTTOORR KKEEPPEELLBBAAGGAAIIAANN SSOOSSIIOOBBUUDDAAYYAA:: 1.BBAANNGGSSAA 2.BBAAHHAASSAA 3.SSTTRRUUKKTTUURR SSOOSSIIAALL 4.KKEEPPEERRCCAAYYAAAANN//AAGGAAMMAA 5.AADDAATT RREESSAAMM DDAANN BBUUDDAAYYAA


-FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIAL1.BANGSA EDUP 3143 BANGSA: Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum dan terdapat pelbagai etnik budaya dan agama. Kefahaman terhadap identiti bangsa yang berbilang kaum akan dapat mewujudkan semangat saling menghormati, bekerjasama, toleransi agar dapat hidup denganharmoni. Etnik utama termasuk Melayu, Cina, India, dan etnik bumiputera lain seperti Kadazan-Dusun, Iban, dan Orang Asli. Setiap etnik membawa bersama-sama dengan mereka tradisi, adat istiadat, bahasa,danmakananyangunik FAKTOR KEPELBAGAIAN BANGSA DI MALAYSIA: Pendatang dari China tiba di Tanah Melayu sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Pendatang China yang awal di Melaka dan Pulau Pinang telah membawa masuk budaya mereka yang asal ke Tanah Melayu dan diamalkan sehingga kini. Segelintir pendatang China kemudiannya membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selatan yang mengamalkan kebanyakan adat Melayu tetapi masih mengekalkanbeberapa budaya asalmereka. Kaum India Malaysia ialah mereka yang datang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Masyarakat India telah berhijrah ke Tanah Melayu sejak 2000 tahun yang lalu yang terdiri daripada komuniti Chitty dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa penjajahan Portugal danBelanda Berdasarkan faktor penghijarahan dan pergabungan kawasan Semenanjung dan Sabah, Sarawak maka Malaysia mempunyai kepelbagaian bangsa, agama dan budaya. Oleh itu pada kebiasaannya, sekolah yang terdiri daripada kelompok majoriti akanmembentuk sosiobudaya yang tersendiri.


BANGSA Bangsa Melayu merupakan satu-satunya bangsa yang diiktiraf secara rasmi sebagai bumiputera di Malaysia. Mereka adalah penduduk asli Semenanjung Malaysia dan telah lama menjadi sebahagian daripada tanah air ini. Bangsa Melayu mempunyai warisan budaya yang kaya termasuk bahasa, adat istiadat, makanan, dan seni tradisional yang telah menjadi sebahagian daripada identiti kebangsaan Malaysia. DI MALAYSIA KAUMMELAYU KAUMCINA Kaum Cina merupakan salah satu etnik terbesar di Malaysia selepas bangsa Melayu. Mereka adalah keturunan pendatang dari China dan telah menjadi sebahagian daripada masyarakat Malaysia sejak beberapa abad yang lalu. Kaum Cina membawa bersama-sama dengan mereka budaya, tradisi, dan kepercayaan dari tanah asal mereka, yang kemudian berkembang dan menyatu dengan budaya tempatan di Malaysia. FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA


BANGSA Kaum India merupakan salah satu etnik yang signifikan di Malaysia, menyumbang kepada kepelbagaian budaya dan kesepaduan sosial negara ini. Mereka adalah keturunan pendatang dari India yang telah menetap di Malaysia sejak beberapa abad yang lalu. Kaum India membawa bersama-sama dengan mereka budaya, tradisi, dan kepercayaan dari tanah asal mereka, yang kemudian berkembang dan menyatu dengan budaya tempatan di Malaysia. DI MALAYSIA KAUMINDIA KAUMIBAN Kaum Iban merupakan salah satu etnik bumiputera yang terbesar di Malaysia dan merupakan sebahagian daripada komuniti etnik Orang Ulu di Sarawak, sebuah negeri di Malaysia Timur. Mereka terutama tinggal di pedalaman Sarawak, di kawasan yang dikenali sebagai rumah panjai atau longhouse. Masyarakat Iban dikenali dengan seni dan kebudayaan yang unik, termasuk tarian tradisional seperti tarian ngajat, seni ukiran kayu, kraftangan, serta adat istiadat seperti upacara Gawai Dayak. FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA


BANGSA KAUMORANGULU Kaum Orang Ulu adalah salah satu etnik asli yang terdapat di negeri Sarawak, Malaysia Timur. Istilah "Orang Ulu" merujuk kepada beberapa kumpulan etnik asli yang menetap di kawasan pedalaman Sarawak, terutamanya di sekitar kawasan Lembah Rejang. Etnikeinik yang termasuk dalam kategori Orang Ulu termasuk Kayan, Kenyah, Kelabit, Lun Bawang, Penan, dan beberapa kumpulan etnik yang lain. Kaum Orang Asli merupakan kumpulan etnik asal Malaysia yang terdiri daripada pelbagai suku dan sub-etnik yang menetap di Semenanjung Malaysia dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak. Mereka adalah penduduk asli negara ini dan telah mendiami tanah air Malaysia sejak sebelum kedatangan bangsa Melayu, Cina, dan India. Orang Asli terdiri daripada pelbagai suku termasuk Orang Semai, Orang Temiar, Orang Jahai, Orang Batek, Orang Mah Meri, dan banyak lagi. Setiap suku mempunyai budaya, bahasa, tradisi, dan cara hidup yang unik. DI MALAYSIA ORANG ASLI FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA


BANGSA KAUMBIDAYUH KAUMMELANAU Kaum Melanau adalah salah satu etnik asli yang terdapat di negeri Sarawak, Malaysia Timur. Budaya Melanau adalah kaya dengan seni dan kesenian tradisional, termasuk tarian, muzik, dan seni ukiran. Mereka terkenal dengan tarian-trian tradisional seperti tarian Tiangaw, tarian Tudoh Lepa, dan tarian Kaul, yang sering diadakan semasa perayaan-perayaan adat dan upacara keagamaan. Kaum Bidayuh adalah salah satu etnik asli yang terbesar di negeri Sarawak, Malaysia Timur. Bidayuh terbahagi kepada beberapa subkumpulan yang berbeza, seperti Bidayuh Bau, Bidayuh Biatah, Bidayuh Bukar-Sadong, Bidayuh Salako, dan lain-lain. Setiap sub-kumpulan mempunyai ciri-ciri budaya dan tradisi yang tersendiri, tetapi mereka semua berkongsi warisan budaya yang kaya dan tradisi kehidupan yang kuat. DI MALAYSIA FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA


BANGSA Kaum Kadazan Dusun merupakan salah satu etnik asli yang terbesar di negeri Sabah, Malaysia Timur. Budaya Kaum Kadazan Dusun adalah kaya dengan tradisi lisan, seni ukiran, muzik tradisional, tarian, dan perayaan adat yang unik. Mereka juga terkenal dengan kulinernya yang lazat, termasuk hidangan-hidangan tradisional seperti hinava, bambangan, tuhau, dan pinasakan. KADAZANDUSUN KAUMMURUT Kaum Murut adalah salah satu etnik asli yang terdapat di negeri Sabah, Malaysia Timur. Mereka adalah salah satu dari tiga kumpulan etnik utama di Sabah, yang lainnya adalah Kadazan Dusun dan Bajau. Kaum Murut kebanyakannya menetap di kawasan pedalaman Sabah, terutamanya di daerah-daerah Keningau, Tenom, Nabawan, dan Pensiangan. DI MALAYSIA FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA


-FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIAL2. BAHASA EDUP 3143 BAHASA: Mengikut kajian Pakar Linguistik di Malaysia terdapat lebih daripada 137 bahasa dituturkan termasuk bahasa sianga, dialek danbahasa isyarat. Bahasa Malaysia merupakan bahasa BAHASA kebangsaan/BahasaRasmidi Malaysia. Bahasa ialah salah satu sistem simbol yang mempunyai makna. Bahasa digunakan untuk menyampaikan konsep, membuat pernyataan dan bertindak sebagai atlat komunikasi atau perhubungan sama ada dalam bentuk tulisan, lisan atau gerakan (bahasa isyarat). Kewujudan pelbagai kaum dan etnik di Malaysia maka wujudnya kepelbagaian bahasa dan loghat yang berbeza-beza yang difahami dalamsatukelompok tertentu. Sekolah merupakan satu tempat yang paling baik dalam mewujudkan perpaduan dengan menjadikan fungsi bahasa sebagai satuintegrasi danadaptasi sosial. Malaysia adalah negara yang berbilang etnik dengan penduduk yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, Orang Asli, dan banyak lagi. Setiap etnik membawa bersama bahasa, budaya, dan tradisi mereka sendiri. Ini menyebabkankepelbagaianbahasa dinegara ini.


BAHASA -FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYAE D U P 314 3 S O SIOLO GI D ALA M PEN DIDIK A N BAHASA DI MALAYSIA: CONTOH BAHASA DI MALAYSIA: Kaum peribumi Malaysia di utara dan timur bertutur dalam loghat tersendiri yang ada hubungan dengan Bahasa Melayu. Masyarakat Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat 6 dialek utama iaitu Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan dan Fuzhou. Masyarakat Sarawak menggunakan bahasa Melayu Sarawak dan Bahasa Iban sebagai bahasa etnik utama, manakala masyarakat Sabah menggunakan Bahasa Dusun sebagai bahasa asli utama. Bahasa Tamil merupakan bahasa utama pertuturan bagi masyarakat Bangsa India di Malaysia. 1.Bahasa Melayu 2.Bahasa Inggeris 3.Bahasa Cina 4.Bahasa Tamil 5.Bahasa Iban 6.Bahasa Kadazan Dusun 7.Bahasa Bidayuh 8.Bahasa Beketan VIDEO TENTANG CONTOH DIALEK BAHASA DARI PELBAGAI NEGERI Sumber gambar dan video: Google Chrome dan Youtube


-FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIAL3. STRUKTUR SOSIAL EDUP 3143 KOMPONEN UTAMA STRUKTUR SOSIAL Peranan Status Norma Institusi Hierarki sosial Kumpulandanorganisasi Rangkaiansosial Budaya Perubahansosial STRUKTUR SOSIAL Struktur sosial merujuk kepada corak perhubungan dan institusi yang teratur dalam membentuk masyarakat atau kumpulan sosial. Ia merangkumi pelbagai elemen dan susunan yang membentuk dan mempengaruhi kehidupan sosial. Contohnya seperti peranan, norma masyarakat, hierarki, organisasi dan institusi. Struktur sosial menunjukkan cara individu dan kumpulan berinteraksi dalam masyarakat dan bagaimana mereka diletakkan secara reletif antara satu sama lain.


3. STRUKTUR SOSIAL KELAS SOSIAL: KELAS SOSIAL CIRI-CIRI KELAS SOSIAL CONTOH 1 . Golongan atasan Golongan kaya, kerabat diraja, korporat CEO syarikat, Menteri, Pemimpin politik, selebriti 2. Golongan Pertengahan Atasan Berpendidikan tinggi dan profesional, memegang jawatan yang tinggi Pengarah hospital, Ketua Jabatan, Pengarah Jabatan Kementerian 3. Golongan Pertengahan Bawah Lulusan universiti, Pemegang Diploma Jururawat, Guru, Bomba, Polis 4. Golongan Kelas Pekerja kolar biru yang berkemahiran Pekerja tukang, pekerja kilang. pekerja pembinaan jalan raya 5. Golongan bawahan/Pekerja/Hamba Berpendidikan rendah, miskin dan berpendapatan tidak tetap Penjual nasi lemak, tukang kebersihan bangunan KOMPONEN UTAMA STRUKTUR SOSIAL: KOMPONEN HURAIAN CONTOH 1 . PERANAN Peranan ialah set tingkah laku yang diharapkan, hak dan tanggungjawab yang dikaitkan dengan kedudukan atau status sosial tertentu. Peranan membimbing bagaimana individu harus bertindak dan berinteraksi dalam masyarakat. Peranan Ibu bapa: Mendidik dan menyediakan keperluan asas anak-anak Peranan guru : Mendidik dan membentuk anak bangsa Peranan Warganegara: Menjaga keamanan dan keharmonian negara.


KOMPONEN HURAIAN CONTOH 2. STATUS Status merujuk kepada kedudukan sosial atau kedudukan individu dalam masyarakat Status boleh dianggap (diberikan berdasarkan ciriciri seperti jantina atau bangsa) atau diberi (diperolehi melalui usaha/pencapaianindividu) Orang kaya, Profesor, Perdana Menteri 3. NORMA Norma ialah peraturan dan garis panduan yang diterima secara sosial yang mengawal tingkah laku dalam masyarakat atau kumpulan. Norma menentukan tindakan yang dianggap sesuai atau tidak wajar dalam pelbagai konteks sosial Contohnya, norma masyarakat pendidikan di Malaysia mewajibkansemuapelajaruntuk mematuhi peraturan-peraturan sekolah yang ditetapkan termasuklah disiplin, pakaian seragamdansebagainya. 4. INSTITUSI Institusi ialah sistem dan struktur formal yang memenuhi fungsi dan peranan sosial tertentu dalammasyarakat. Institusimembantumengatur dan mengawal selia pelbagai aspekkehidupansosial. Institusi kerajaan, Institusi pendidikan, institusi keluarga, institusi agama, institusi ekonomi KOMPONEN UTAMA STRUKTUR SOSIAL: 3. STRUKTUR SOSIAL -FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIAL-


KOMPONEN HURAIAN CONTOH 6. HIERARKI SOSIAL Hierarki sosial merujuk kepada kedudukan.susun lappis individu atau kumpulan dalam masyarakat berdasarkan faktor seperti kekayaan, kuasa, prestij atau kelas sosial. Hierarki boleh membawa kepada akses yang tidak sama rata kepada sumberdanpeluang. Contohnya, profesion seperti doktor, pengacara, jurutera, dan akauntan, serta pengusaha yang berjaya, mempunyai kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial. Mereka biasanya akan mempunyai pendidikan tinggi dan pendapatan yang stabil. Contohnya, individu daripada keluarga berpendapatan rendah akan menghadapi cabaran dalam mengakses pendidikan yang berkualiti tinggi disebabkan oleh beberapa faktor seperti kos, lokasi geografi dan sebagainya. 7. KUMPULAN DAN ORGANISASI Struktur sosial merangkumi pelbagai sosial dan organisasi yang dimiliki oleh individu. Kumpulan ini selalunya mempunyai struktur dan norma sendiri. Keluarga, kelab, kumpulan agama, syarikat,partipolitik KOMPONEN UTAMA STRUKTUR SOSIAL: 3. STRUKTUR SOSIAL -FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIAL-


KOMPONEN HURAIAN CONTOH 8. RANGKAIAN SOSIAL Rangkaian sosial ialah hubungan dan perhubungan antara individu dan kumpulan dalammasyarakat . Mereka boleh menjadi tidak formal atau formal dan memainkan peranan penting dalam pertukaran maklumat danpengaruhsosial. Contoh rangkaian sosial tidak formal ialah seperti persahabatan dengan rakan sekelas, atau jiran tertangga. Contoh rangkaian sosial formal adalah seperti rakaian profesional seperti hubungan dengan rakan sekerja, klien dan sebagainya. 9. BUDAYA Budaya merupakan tamadun, peradaban, kemajuan, fikiran dan akal budi. Budaya membentuk cara orang melihat dan mentafsir dunia sosial serta mempengaruhi tingkah laku masyarakat. Unsur budaya seperti kepercayaan, nilai, simbol merupakan sebahagian daripada struktursosial. 10. PERUBAHAN SOSIAL Struktur sosial tidak statik tetapi berkembang dari semasakesemasa. Perubahan sosial boleh disebabkan oleh faktor seperti kemajuan teknologi, peralihan ekonomi, pembaharuan politik dantransformasibudaya. Perubahan sosial boleh mengubah struktur sosial yang sediaada. Contohnya, kurikulum pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan signitikan supaya dapat disesuaikan dengan keperluan semasa dan memajukan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dalam era globalisasi. KOMPONEN UTAMA STRUKTUR SOSIAL: 3. STRUKTUR SOSIAL -FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIAL-


-FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIAL - EDUP 3143 AGAMA DAN KEPERCAYAAN: Di Malaysia, terdapat kepelbagaian agama seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu, dan lain-lain. Setiap agama mempunyai ritual ibadah, perayaan, dan kepercayaan yang berbeza. Hal ini kerana, masyarakat di Malaysia bebas untuk memilih pegangan agama dan kepercayaan masing-masing. Di Malaysia, terdapat kepelbagaian agama seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu, dan lain-lain. Setiap agama mempunyai ritual ibadah, perayaan, dan kepercayaan yang berbeza. Contohnya, umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan, umat Kristian menyambut Hari Natal, dan umat Buddha menyambut Hari Wesak KEPERCAYAAN DAN AGAMA Kepercayaan bermaksud akuan kebenaran terhadap sesuatu perkara yang disertai oleh perasaan yang pasti terhadap perkara tersebut dan berkait dengan jiwa. Dalam konteks agama, kepercayaan melibatkan akidah dan iman. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar pemerintahanyang bercorak keislaman. Peruntukan di bawah Perkara 3 (1) memberi hak kepada semua agama selain Islam untuk mengamalkan dan mempraktikkan agama mereka dan juga menjelaskan kedudukan Raja-Raja sebagai ketua agama di negeri-negeri melainkan negeri yang tidak mempunyai raja (PerlembagaanPersekutuan, 2009:1). Setiap masyarakat mempunyai asas kepercayaan dan nilainilai tersendiri yang menjadi pegangan kepada sesetengah masyarakat secara turun temurun. Dalam konteks pendidikan, pelajar perlu sedar akan perbezaan agama dan kepercayaan bagi mengelakkan salah faham antara rakan sekolahyang berlainanagama. 4. KEPERCAYAAN DAN AGAMA 4. KEPERCAYAAN DAN AGAMA


AGAMA DAN KEPERCAYAAN Malaysia adalah sebuah negara dengan majoriti penduduk beragama Islam. Menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Islam adalah agama rasmi negara, dan kebanyakan masyarakat Malaysia mengamalkan Islam sebagai agama mereka. Agama Islam mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan harian masyarakat Malaysia, termasuk dalam amalan ibadah seperti solat, puasa, dan zikir, serta dalam adat istiadat, adab makan, dan tatacara sosial. DI MALAYSIA AGAMA ISLAM AGAMA BUDDHA Agama buddha merupakan agama yang utama dianuti oleh masyarakat Cina yang diasaskan oleh Siddharta Gautama Buddha. Beliau telah memperkenalkan prinsip empat kebenaran yang mulia dan jalan lapis dalam agama. Seseorang penganut Buddha daoat menikmati “nirvana” membolehkan seseorang individu dapat membuang kesengsaraan. Ini membuktikan penganut agama Buddha percaya akan kepentingan bertingkah laku baik. FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA


Agama Kristian adalah agama yang berpusat pada ajaran-ajaran Yesus Kristus, yang dianggap sebagai juru selamat dan penyelamat dalam agama ini. Yesus Kristus dipandang sebagai titisan Tuhan yang telah datang ke dunia untuk menyelamatkan umat manusia dari dosa dan penebusan. Kitab Suci dalam agama Kristian adalah Alkitab, yang terdiri daripada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Perjanjian Baru mengandungi catatan-catatan kehidupan, ajaran, dan kisah Yesus Kristus, serta ajaran-ajaran para rasul dan pengikut-pengikut awal Kristian. DI MALAYSIA AGAMA KRISTIAN AGAMAHINDU Teras kepercayaan agama Hindu berdasarkan hukum karma dan pembahagian kasta. Hukum karma merupakan kepercayaan timbal balik daripada perbuatan untuk mencapai kehidupan yang lebih baik selepas mati. Mereka percaya semasa mayat di dunia mereka perlu membuat amalan yang baik seperti membantu orang susah. Secara umumnya, kepercayaan masyarakat Hindu dikaitkan dengan dewa-dewi, unsur-unsur alam, roh dan penunggu. Mereka juga berpegang teguh kepada kitab “Veda” dan percaya kepada tiga penjelmaan iaitu dewa “Brahma” (dewa pencipta) dan “Vishnu” (dewa pelindung) dan dewa “Siva” (dewa Pemusnah) FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA AGAMA DAN KEPERCAYAAN


5. ADAT RESAM DAN BUDAYA ADAT RESAM DAN BUDAYA: Adat merangkumi seluruh aspek bermula daripada kelahiran, perkahwinan hinggalah kematian, Kebiasaannya, adat dapat menggambarkan corak budaya sesuatu masyarakat. Di Malaysia, adat resam dapat dilihat daripada pelbagai masyarakat seperti kaum Melayu, Cina, India, etnik Sabah dan Sarawak dan masyarakat orang Asli. -FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIAL- EDUP 3143 ADAT RESAM DAN BUDAYA Adat ialah satu kebiasaan, manakala resam ialah lembaga, peraturan, hukum, norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Adat merujuk kepada undangundang atau hukum adat yang merangkumi bidang sosial, politik, ekonomi danundang-undang samudera. Adat resam merupakan peraturan yang diamalkan sejak turun temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi peraturan dan hukum yang harus dipatuhi dan menjadi kebiasaanyang diwarisi. Budaya merupakan cara hidup sama ada dipelajari oleh seseorang ataupun sekelompok masyarakat yang merangkumi cara berrtindak, berkelakuan dan berfikir. Oleh itu, setiap masyarakat mempunyai nilai kehidupan yang berkait dengan kepercayaan , adat resam dan budaya yang kebiasaannya telah menjadi pegangan dan warisan dalam sesebuah masyarakat secara turuntemurun.


Click to View FlipBook Version