The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADAPAN [BAB 7 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI [TMK] PENGGERAK KESEPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PAULUS CAUNG, 2021-12-22 06:26:27

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADAPAN [BAB 7 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI [TMK] PENGGERAK KESEPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADAPAN [BAB 7 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI [TMK] PENGGERAK KESEPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA

BAB 7 :TEKNOLOGI DAN MAKLUMATKOMUNIKASI [TMK]
PENGGERAK KESEPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA
( 7.4 ) TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI [ TMK ]
SEBAGAI PENGUKUHAN KESEPADUAN NASIONAL

EDISI KEMASKINI

EDITOR

PAULUS CAUNG MUHAMMAD SYAHIRAN
20DPM21F1058 20DPM21F1011

FELICITY BARU ALECYA PAULA
20DPM21F1024 20DPM21F1001

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENGHARGAAN 1

PENGENALAN 2

ABSTRAK 3

DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN 4
KOMUNIKASI & DEFINISI KESEPADUAN 5
NASIONAL
PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI [TMK]

FAEDAH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN 6-8
KOMUNIKASI [TMK]
1. E-PEMBELAJARAN
2. E-SUKAN
3. E-DAGANG

FAKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN 9
KOMUNIKASI (TMK) SEBAGAI TAPAK
PENGUKUHAN KESEPADUAN NASIONAL

KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 10
DAN KOMUNIKASI (TMK) &

KEBAIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN 11
KOMUNIKASI (TMK)

KESIMPULAN 12

RUJUKAN 13

LATIHAN PENGUKUHAN 14

PENGHARGAAN

Setinggi-tingginya penghargaan diucapakan
kepada Puan Shakinah Binti Mustapha,
pensyarah kepada subjek etika dan
peradaban kerana di atas bimbingan serta
tunjuk ajar beliau, kami dapat menghasilkan
e-book ini dengan jaya dan lancarnya.
Seterusnya, dengan kesempatan yang ada
ini juga kami ingin mengucapakan ribuan
terima kasih kepada rakan sekelas serta
rakan sekumpulan di atas bantuan dan
kerjasama yang telah diberikan sepanjang
penghasilan e-book ini. Tidak lupa juga
kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang tidak
putus-putus dalam memberikan dorongan
dan kata-kata nasihat agar kami terus
bersemangat dalam menghasilkan tugasan
kami pada kali ini.

1

PENGENALAN
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
berperanan penting dalam usaha memupuk
semangat perpaduan erat dan mengekalkan
keamanan yang berterusan dalam kalangan
masyarakat. Media cetak, media elektronik atau
media digital serta media dalam talian banyak
menyumbang dan memberi kesan positif dalam
menjaga hubungan dan perpaduan masyrakat. Hal
ini dapat dibuktikan melalui perkembangan dunia
teknologi maya seperti whatsapp, Instagram,
twitter, facebook, telegram dan sebagainya.

2

ABSTRAK
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) berperanan
penting dalam usaha memupuk semangat perpaduan erat
dan mengekalkan keamanan yang berterusan dalam
kalangan masyarakat. Media cetak, media elektronik atau
media digital serta media dalam talian banyak
menyumbang dan memberi kesan positif dalam menjaga
hubungan dan perpaduan masyrakat. Seterusnya, dapat
menyalurkan maklumat dan hebahan informasi
kepelbagaian agama, kepercayaan, dan adat resam di
media sosial. Akhir sekali, dapat berkongsi idea dan
bertukar-tukar maklumat dengan cepat

3

DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI

Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ia
berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan da
pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya
adalah penggunaan komputer dan perisian untuk
mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,
memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa
mengira tempat dan waktu.

DEFINISI KESEPADUAN NASIONAL

Kesepaduan nasional merupakan satu fenomena
yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap
perpaduan yang seharusnya pula mempengaruhi
para anggota masyarakat tersebut untuk
merungkai pelbagai ikhtiar dan kegiatan yang
dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan.
Konsep kesepaduan nasional adalah lebih realistik
dalam konteks Malaysia. Oleh itu, konsep
kesepaduan nasional diutarakan untuk menjelaskan
fenomena yang berlaku.

4

PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI [TMK]

Teknologi Maklumat dan Komunikasi memainkan peranan penting kepada
dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila Teknologi Maklumat dan Komunikasi
mempercepat hubungan antarabangsa. Dunia seakan-akan menjadi kecil
dengan wujudnya Teknologi maklumat dan Komunikasi. Kita dapat
menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali
mengukuhkan ungkapan dunia tanpa sempadan. Selain itu, ia juga turut
membantu dalam sistem pengajaran. Pelajar mendapatkan maklumat dari
seluruh dunia melalui internet untuk melakukan kerja atau projek di sekolah.
Peluang pendidikan juga menjadi lebih luas. Seterusnya, kes jenayah dapat
diatasi dengan bantuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Televisyen litar
tertutup (CCTV) banyak digunakan dan diletakkan di kawasan seperti bank,
lapangan terbang, dan pasar-pasar raya. Sistem ini ialah penggunaan kamera
video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu dan isyaratnya
tidak dihantar secara terbuka.

5

FAEDAH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI [TMK]

1. E-PEMBELAJARAN
Digunakan dalam proses pembelajaran secara dalam talian. Kaedah ini turut
memberi sumbangan kepada faktor kejayaan sesebuah laman atau aplikasi.
Platform percuma.

Kebaikan Kaedah E-Pembelajaran
1. Pembangunan Prasarana Tingkat Kesediaan
Prasarana internet telah ditambah baik dari semasa ke semasa. Selain
daripada prasarana yang meru[akan tulang belakang dan faktor untuk
menjayakan penggunaan e-pembelajaran adalah aplikasi. Kaedah
pembelajaran dan proses pengendalian e-pembelajaran juga turut
memberi sumbangan kepada faktor kejayaan sesebuah laman atau
aplikasi e-pembelajaran.
2. Ubah Landskap Pembelajaran
Kaedah pembelajaran ini adalah, pertama kandungan e-pembelajaran
banyak tersedia samaada secara percuma mahupun berbayar. Bahkan
pengguna juga memperoleh sijil daripada universiti atau syrikat
terkemuka dunia dengan menyiapkan tugasan tertentu dan membayar
sedikit yuran

6

2. E-SUKAN

Pertandingan permainan video secara maya yang dikenali sebagai Esports
mampu menjadi sukan perpaduan yang dimainkan oleh pelbagai bangsa di
negara ini dan seluruh dunia

Kebaikan Keterlibatan Diri Dalam E-Sukan
1. Keterlibatan Dalam E-Sukan Terhadap Belia
Faktor dalaman seperti minat dan faktor luaran pula seperti pengaruh rakan
sebaya, mendapatkan sokongan ibu bapa, hadiah lumayan dan boleh
menjadikan sebagai satu kerjaya. Pertandingan permainan video secara
maya dikenali sebagai E-Sport menjadi sukan perpaduan yang dimainkan oleh
pelbagai bangsa di negara ini dan seluruh dunia. Menurut Presiden Persatuan
Esport Selangor yang baru, Abdul Razak Mohd Yusof, esport kini semakin
popular di negara kita kerana ia mampu menyatukan semua bangsa di dunia
tanpa perlu persaingan yang memerlukan kekuatan fizikal

7

3. E-DAGANG

Menggantikan konsep manual. Alat yang menyampaikan keinginan pembeli
dan peniaga untuk untuk mengurangkan kos sambIl menambah kualiti
barangan dan meningkatkan kepantasan penghantaran perkhidmatan.
Pemasaran yang luas. Hanya dengan menggunakan computer dan internet
sahaja, peniaga dapat menjelajah di dunia perniagaan tanpa sempadan. Modal
yang rendah dan mengurangkan kos. Tidak perlu membayar kos komisen
kepada agen. Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti
perniagaan offline.

Kebaikan Kaedah E-Dagang
1. Pemasaran Yang Luas
Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai, berupaya untuk
mencapai jumlah penggunaa melebihi 60juta dalam masa singkat. Hanya
dengan menggunakan komputer, telefon pintar dan internet sahaja, perniaga
dapat menjajah di dunia perniagaan tanpa sempadan
2. Modal yang rendah dan mengurangkan kos
Pembeli boleh terus membeli daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu
membayar kos komisen kepada agen. Tidak memerlukan modal perniagaan
yang tinggi seperti perniagaan offline, apa yang penting adalah idea, sebuah
laman web dan internet. Modal yang diperlukan juga adalah rendah

8

FAKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (TMK) SEBAGAI TAPAK
PENGUKUHAN KESEPADUAN NASIONAL

1. POLITIK
Membantu dalam menyatupadukan masyarakat dalam media
sosial. Pemimpin dapat menyampaikan maklumat dengan lebih
jelas dan tepat. Membincangkan isu-isu terkini yang melibatkan
pelbagai etnik supaya tidak timbul salah faham dalam
masyarakat.
2. PENDIDIKAN
Mewujudkan persekitaran yang realistik, interaktif, dan
menyeronokkan. Mampu menjana pembinaan daya kreativiti dan
inovasi, selain cekap menggunakan teknologi untuk mengakses
maklumat dari pelbagai sumber
3. AGAMA
Dapat menyalurkan maklumat dan hebahan informasi
kepelbagaian agama, kepercayaan, dan adat resam di media
sosial. Masyarakat saling menghormati dan saling menjaga isu
sensitif anatara kaum.

9

KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
(TMK)
1. Mendapatkan maklumat cepat dengan mudah
2. Meluaskan pasaran perniagaan
3. Mempercepatkan urusan
4. Mudah mendapatkan maklumat
5. Memudahkan komunikasi

10

KEBAIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

1. Dapat menjadi penghubung dengan rakan dari seluruh dunia
2. Dapat menjadi alat penghubung dengan orang jauh dengan lebih cepat.
3. Dapat mengeratkan tali persaudaraan dan silaturrahim.
4. Dapat berkongsi idea dan bertukar-tukar maklumat dengan cepat.

11

KESIMPULAN

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
berperanan penting dalam usaha mewujudkan
hubungan yang baik di kalangan masyarakat dan
salah satu wadah ejen sosial kepada masyarakat.
Selain sebagai alat menyebarkan maklumat, ia juga
secara langsung menjalinkan hubungan yang
harmoni di kalangan keluarga dan masyarakat.
Kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) juga tidak dinafikan mempercepatkan dan
mengukuhkan hubungan antarabangsa di mana
dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan
kewujudannya yang membolehkan manusia dapat
berkomunikasi di seluruh dunia. Perkara ini
ternyata sekali mengukuhkan ungkapan dunia
tanpa sempadan.

12

13

LATIHAN PENGUKUHAN

JAWAB SOALAN DI BAWAH MENGIKUT KEFAHAMAN ANDA
1. Huraikan hubungan manusia dan teknologi.
2. Bincangkan etika dan peradapan dalam penggunaan
teknologi.
3. Nyatakan 2 kebaikan yang dapat kita perolehi dari E-
Pembelajaran.
4. Pada pendapat anda, apakah impak positif kepada
masyarakat dan negara jika E-Dagang diperluaskan secara
besar-besaran?

14

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
EDISI KEMASKINI


Click to View FlipBook Version