The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F4 - SYAHIRAN 'IFWAT BIN MOHD NAZRI (EDUP 3073) 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahiran09-418, 2022-05-12 13:53:42

EDUP3073 BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

F4 - SYAHIRAN 'IFWAT BIN MOHD NAZRI (EDUP 3073) 2

21

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP 3073

Disediakan oleh:

Nama: Syahiran 'Ifwat bin Mohd Nazri
No. Kad Pengenalan: 011110-10-0111
2020192340082
Angka Giliran:
Kumpulan/Unit: PISMP F4 Semester 5
Nama Pensyarah: Miss Tan Yan Im

Tajuk Tugasan: Penulisan Akademik

Tarikh Penyerahan: 12 Mei 2022

Tarikh Menerima Maklum

Balas Daripada Tarikh:

Pensyarah

ISI KANDUNGAN Muka Surat

Tajuk 2
1.0 Pengenalan 2
2.0 Persekitaran Bilik Darjah Mesra Budaya 2
5
2.1 Pengurusan Persekitaran Fizikal 8
2.2 Pengurusan Persekitaran Sosial dan Emosi 9
2.3 Pengurusan Persekitaran Sosiolinguistik 10
3.0 Kesimpulan
Rujukan

1

1.0 PENGENALAN

Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan satu alam pembelajaran serta usaha
untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk perlaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011). Bilik darjah yang
diurus dengan baik adalah tempat dimana pelajar sentiasa mengambil berat dan bekerjasama
di antara satu sama lain, membuat pilihan yang bijak dan sering berusaha untuk menghasilkan
kerja yang berkualiti, menarik dan penting bagi mereka (Levin & Nolan, 2000) dalam Hasfarina
Abas (2013). Di dalam pengurusan satu bilik darjah, ciri-ciri mesra budaya mestilah diamalkan
untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan dengan baik. Justeru
itu, beberapa langkah-langkah mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya harus
dilaksanakan.

2.0 PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Mesra merupakan satu gambaran keselesaan, keceriaan dan kegembiraan seseorang. Dalam
perihal ini, pegangan terhadap nilai-nilai murni dan amalan yang diamalkan dapat menjalin
persefahaman, toleransi dan sikap hormat-menghormati di dalam bilik darjah. Seterusnya,
budaya dapat kita fahami sebagai amalan atau perlakuan yang diguna pakai oleh segenap
masyarakat yang memenuhi kehendak rohani dan jasmani sehingga wujud kesejahteraan bagi
kelompok tersebut. Oleh itu, dapat kita takrifkan mesra budaya sebagai perlakuan positif yang
memberikan keselesaan dan keceriaan dari waktu ke waktu ketika berlangsungnya proses PdP
di dalam bilik darjah. Menurut Noriati Abd. Rashid et.al. (2011), murid akan melalui proses
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan sehingga apa yang dipelajari betul-betul
bermakna kepada mereka dan menjadikan mereka manusia yang berguna kepada bangsa dan
negara. Jadi, satu wahana perlu dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya sesuai dengan matlamat yang dinyatakan tersebut iaitu membentuk murid yang
berkualiti melalui suasana pembelajaran yang kondusif. Cakupan bilik darjah yang mesra
budaya meliputi empat aspek berikut:

2.1 Pengurusan Pesekitaran Fizikal

Menurut Noriati A. Rashid et.al. (2011), pengurusan fizikal memaparkan sejauh mana
guru memiliki sikap prihatin dan professional terhadap tugasnya sebagai pengurus bilik
darjah. Jadi, sebagai seorang guru sudah menjadi kewajipan untuk memahami suasana

2

bilik darjah yang tidak sesuai dengan proses PdP kerana akan menggangu keberhasilan
pengajaran. Tambahan pula, Che Nizam et.al. (2013) bahawa persekitaran fizikal yang
mesra budaya dapat membantu mewujudkan keselesaan pengajaran dan pembelajaran
di samping mengekalkan tumpuan dan minat belajar dalam bilik darjah. Bagi mengurus
dan memastikan persekitaran bilik darjah yang berkualiti dan bermakna kepada murid,
guru perlu mengambil berat tentang minat murid dan keadaan kelas yang mungkin
mengganggu murid untuk mewujudkan hal tersebut.

a) Pelan Lantai

Sebagai guru perancangan pelan lantai adalah amat penting untuk memastikan
penggunaan ruang bilik darjah secara maksimum dan sebaik mungkin. Namun
begitu, susun atur yang digunakan di dalam bilik darjah juga perlulah teratur dan
bersesuaian dengan proses PdP yang akan dijalankan. Misalnya, guru merancang
ruang pembelajaran yang berbeza-beza bagi tahap 1 iaitu ruang bacaan, ruang
aktiviti berkumpulan dan ruang bercerita. Selain itu, ruang yang digunakan juga perlu
mengambil kira unsur-unsur hubungan sosial dan nilai-nilai perpaduan dan
persefahaman antara pelbagai kaum.

b) Kebersihan, Pengcahayaan dan Pengudaraan

Ruang dan persekitaran bilik darjah amat penting untuk dipelihara kerana ia dapat
membantu menimbulkan kedamaian dan keselesaan kepada murid untuk belajar.
Kebersihan bilik darjah adalah satu faktor utama yang memainkan peranan penting
bagi membantu murid fokus di dalam sesi PdP yang dijalankan. Selain itu,
pencahayaan serta pengudaraan perlu difokuskan di dalam bilik darjah tersebut.
Misalnya memastikan jumlah cahaya yang memasuki kelas mencukupi untuk
menerangi seluruh ruang kelas dan penggunaan tingkap-tingkap yang mudah dibuka
dan ditutup agar udara segar dari luar kelas dapat memasuki bilik darjah tersebut.
Hal ini memberikan kesan positif terhadap kesihatan murid di dalam bilik darjah
tersebut.

c) Susunan Kerusi dan Meja

Sebagai seorang guru, fokus terhadap murid-murid perlulah diberi sepenuhnya agar
tiada murid yang ketinggalan di dalam pelajaran tersebut. Jadi, sudah menjadi
keperluan bagi guru untuk memastikan penyusunan kerusi dan meja yang teratur

3

dan menghadap guru yang sedang mengajar. Hal ini amat penting untuk
memberikan keselesaan kepada murid tanpa perlu melakukan banyak pergerakan
badan untuk melihat guru yang sedang mengajar. Seterusnya, kerusi perlu disusun
mengikut kesesuaian aktiviti yang dijalankan agar bersesuaian dengan aktiviti
individu mahupun berkumpulan.

d) Susunan Perabot dan Peralatan

Perlaksanaan PdP yang lancar bergantung kepada fasiliti atau perabot yang
terdapat di dalam bilik darjah. Jadi, guru perlulah memastikan perabot yang sesuai
dengan bilik darjah tersebut sahaja ada agar tidak menggunakan ruang bilik darjah
secara berlebihan sehingga mengganggu pergerakan murid untuk melaksanakan
aktiviti berkumpulan. Selain itu, ruang penyimpanan barang juga perlu disediakan
untuk murid-murid menyimpan barang peribadi mereka. Rak bacaan adalah antara
tempat yang sesuai untuk mereka menyimpan barang peribadi mereka seperti buku
latihan atau alat tulis. Selain itu, kemudahan ICT juga perlu disediakan di dalam bilik
darjah dan berada pada kedudukan yang betul agar murid-murid dapat melihat
paparan dengan jelas.

e) Hiasan Bilik Darjah

Bilik darjah yang selesa adalah bilik darjah yang ceria bukan sahaja dari segi
persekitaran dan fasiliti tetapi juga hiasan yang berwarna-warni dan menarik bagi
murid-murid. Jadi, guru kelas yang bertanggungjawab mengurus kelas perlulah
membantu murid-murid menghiasi kelas dengan corak dan lukisan yang menarik
bagi mereka. Guru akan bertindak sebagai pembimbing untuk membantu mereka
dalam urusan berat seperti membeli barang dan menyediakan peralatan lukisan
yang lengkap. Hal ini akan membuatkan murid meletakkan kepercayaan yang tinggi
terhadap guru yang mempercayai dan menghargai usaha mereka untuk menghias
bilik darjah mereka. Antara kebebasan menghiasi bilik darjah yang boleh diberikan
adalah seperti menyediakan jadual tugasan, menghias meja murid dan guru,
menghias dinding dengan mural dan papan kenyataan dengan poster dan keratan
akhbar. Hiasan seperti pokok bunga dengan pasu boleh dilakukan dengan bantuan
guru agar keceriaan kelas lebih teserlah.

4

f) Sudut dan Ruang Bacaan

Pusat literasi di dalam bilik darjah amatlah penting untuk membantu murid mencari
maklumat dan menambah ilmu pengetahuan melalui aktiviti membaca. Sebuah
ruangan membaca perlulah diwujudkan di dalam bilik darjah untuk menggalakkan
murid membaca ketika memiliki waktu lapang. Antara maklumat yang sesuai
ditampalkan adalah nota mengenai pembelajaran untuk membantu murid menghafal
dan mengingat fakta yang penting. Guru juga boleh mewujudkan perpustakaan mini
jika bilik darjah tersebut memiliki ruang yang luas untuk menyediakan koleksi buku
cerita, majalah, komik dan sebagainya untuk keperluan murid.

g) Sudut Multimedia

Penyediaan sudut multimedia ini diperlukan bagi mengikuti perkembangan semasa
yang mementingkan pembelajaran interaktif menggunakan multimedia.
Kepelbagaian bahan seperti bahan teks, audio, imej, animasi, video dan media
elektroik menjadikan pembelajaran menjadi lebih menarik.

2.2 Pengurusan Pesekitaran Emosi dan Sosial

Sosial adalah perkataan yang merujuk kepada kehidupan manusia yang membentuk
sebuah masyarakat bermulalah alam kanak-kanak sehingga ke alam tua. Oleh itu,
perkembangan sosial merupakan proses kanak-kanak belajar berhubung dengan orang
lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Seterusnya,
emosi pula merupakan satu perasaan dan juga gerak hati yang dialami oleh seseorang
individu yang akan terpapar melalui tindka balas fisiologi sekiranya berlaku rangsangan
terhadap emosi dalam sesuatu keadaan (Noriati Abd. Rashid et.al., 2011). Tindak balas
fizikal seseorang terhadap situasi yang berlaku kepada diri seseorang merupakan
emosi. Misalnya, emosi gembira mendorong seseorang tersenyum atau ketawa dan
berbeza pula dengan emosi marah yang menyebabkan seseorang mengherdik.

Justeru, perkembangan sosial dan emosi ini melibatkan keupayaan dalam
mengendalikan dan mempertahankan hubungan sosial yang baik. Hal ini disebabkan
oleh lingkungan sosial yang baik akan mempengaruhi emosi seseorang menjadi lebih
baik dan mampu mengawal emosi dan bertindak secara lebih rasional. Oleh itu, sudah

5

menjadi kewajipan bagi guru untuk mewujudkan lingkungan pembelajaran yang baik
untuk mempengaruhi sosial dan emosi murid ke arah yang lebih baik bagi melahirkan
bilik darjah yang mesra budaya. Hal ini juga penting untuk menjaga hubungan
persahabatan antara murid yang berbeza latar belakang di samping mengelakkan
perpecahan dan perbandingan sosial antara satu sama lain. Norhayati Fatmi Talib et.al.
(2012), bahawa kecerdasan emosi dan sikap banyak mempengaruhi proses dan
pembelajaran seseorang pelajar sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas.

Menurut Albert Bandure, kanak-kank membuat pemerhatian terhadap tingkah
laku orang disekelilingnya sewaktu berinteraksi. Jadi, tingkah laku kanak-kanak yang
lazim mereka lakukan adalah berdasarkan pemerhatian terhadap orang yang lebih tua
daripada mereka. Melalui penerangan ini, kombinasi antara persekitarab sosial yang
baik dengan faktor psikologi yang baik menunjukkan pengaruh yang baik bagi tingkah
laku murid-murid. Terdapat beberapa langkah yang dapat dilaksanakan oleh guru dalam
aspek sosial dan emosi bagi pembinaan persekitaran mesra budaya. Antaranya adalah
guru sebagai model, persekitaran dan pengalaman, komuniti pembelajaran dan
permainan.

a) Guru sebagai Model

Guru sebagai model adalah guru perlulah memiliki perlakuan yang baik, penyayang,
bijak mengawal emosi dan mempunyai kemahiran sosial yang baik. Semua tindakan
yang ditonjolkan oleh guru ini akan memberikan contoh yang baik kepada murid-
murid. Jadi sebagai guru, amalan bersopan santun perlulah diserlhkan di samping
komited terhadap tanggungjawab yang telah diberikan untuk mendidik murid-murid.
Hal ini akan membantu mengawal suasana sesi PdP sentiasa mesra tanpa halangan
yang berlaku. Kemudian, bimbingan dan tunjuk ajar yang ikhlas dan berasas akan
membuatkan murid mempercayai guru sebagai model mereka. Dengan rangsangan
atau bimbinagan yang diberi, murid akan rasa dihargai dan sentiasa mendapat
perhatian. Hal ini disebabkan oleh tindak balas emosi manusia yang dijana serta
rangsangan yang menarik perhatian. Hal ini dijelaskan oleh HalimahAbd. Majid et.al.
(2016), yang berpendapat bahawa sistem input emosi yang baik akan memberikan
impak yang positif terhadapa sistem kognitif dan pemikiran manusia.

6

b) Persekitaran dan Pengalaman

Guru berperanan merancang satu bentuk pengalaman yang berkesan kepada murid
melalui pembinaan persekitaran bilik darjah yang sempurna. Beberapa perkara yang
perlu diberi perhatian adalah seperti pengalaman berdasarkan peraturan yang telah
ditetapkan. Guru pula berperanan untuk memberikan pengukuhan kepada murid
sama ada dalam bentuk ganjaran bagi murid yang melakukan perbuatan baik dan
denda kepada murid yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan. Namun
begitu, peraturan yang ditetapkan amat penting untuk disesuaikan dengan
kemampuan dan penerimaan murid terhadap peraturan tersebut tanpa menyentuh
perihal perbezaan agama dan bangsa.

Seterusnya, penyediaan pengalaman bekerja dalam satu pasukan juga penting
kerana melalui pengalaman ini murid dapat memahami orang lain dan cuba
bertingkah laku agar disenangi oleh ahli kumpulannya. Jadi, murid dapat
memperoleh pengalaman bekerja secara berkumpulan tanpa menimbulkan
perselisihan faham. Kesan positif ke atas hubungan sosial antara kaum akan lebih
terserlah jika proses sosiolisasi tersebut dimulakan lebih awal ketika alam
persekolahan (Yong Hie Hie et.al., 2018). Justeru, perkara ini akan membekalkan
ilmu berkomunikasi dengan orang lain menggunakan bahasa yang sopan dan tidak
menyinggung perasaan orang yang dilawan cakap. Hal ini sekaligus mencipta
suasana bilik darjah yang mesra dan mampu bekerjasama dengan baik di dalam
kumpulan dalam menyelesaikan permasalahan atau tugasan.

c) Komuniti Pembelajaran

Komuniti pembelajaran dapat diwujudkan melalui pembinaan persekitaran yang
penyayang dan prihatin di mana murid memiliki rasa tanggungjawab untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang sempurna dan berkesan. Guru
bertanggungjawab untuk membina kemahiran interpersonal di dalam diri murid-murid
untuk membentuk sikap penyayang dan prihatin dalam diri mereka. Selain itu, nilai-
nilai seperti kepercayaan dan saling bergantung antara satu sama lain juga perlu
dibentuk. Hal ini penting untuk membina sebuah komuniti bilik darjah yang mesra
dan bantu-membantu. Dalam lain pula, guru juga perlu bersifat lebih terbuka dan
membiarkan murid berdebat mengenai sesuatu topik atau isu yang dibincangkan

7

kerana melalui berdebat murid dalam memupuk persefahaman dan saling menerima
antara satu sama lain.

d) Permainan

Oleh kerana aktiviti bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak, proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan
kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti bermain. Melalui aktiviti berain, kanak-kanak
belajar dan memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka dalam keadaan
yang menggembirakan dan bermakna kepada mereka. Semasa bermain, kanak-
kanak berinteraksi dengan rakan sebaya ataupun orang dewasa melalui
perbincangan. Jadi, interaksi ini dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial,
emosi dan fizikal kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak akan belajar
berkomunikasi, berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui
bermain (Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali, 2011).

Oleh itu guru sepatutnya menyediakan lebih banyak aktiviti bermain kerana
permainan mendorong pemupukan budaya kolaboratif dan koperatif dalam PdP.
Melalui aktiviti permainan ini, murid akan belajar menyesuaikan diri dengan pelbagai
nilai sewaktu mahu diterima ke dalam sesuatu kumpulan. Hal ini kerana permainan
yang memerlukan penyelesaian akan membantu murid berkomunikaai dengan baik
supaya dapat difahami oleh orang lain. Jadi, melalui aktiviti berkumpulan murid
dapat meningkat kemahiran interpersonal dan intrapersonal kerana dapat
mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri masing-masing yang dapat
melengkapkan sebuah kumpulan. Jadi teknik permainan ini akan melahirkan
persekitaran sosial dan emosi yang baik antara murid dengan murid dan guru
dengan murid.

2.3 Pengurusan Persekitaran Sosiolinguistik

Sosiolinguistik merupakan satu bidang ilmu yang berkaitan dengan ciri-ciri dan fungsi
varial bahasa serta turut mengkaji pengaruh budaya terhadap seuatu bahasa yang
digunakan (Noriati Abd Rashid et.al, 2011). Bahasa ini merupakan satu set alat
perhubungan manusia dalam kehidupan sosialnua. Seandainya murid-murid tidak
menguasai satu bahasa yang sama sebagai bahasa mengantar, pasti guru akan

8

mengalami kesukaran dalam menyampaikan pengajarannya. Jadi, bagi membina
sebuah bilik darjah yang mesra budaya, perihal sosiolinguistik atau bahasa ini sangat
penting bagi memastikan kelancaran berkomunikasi dan suasana pembelajaran yang
baik. Dalam konteks ini, guru memainkan peranan penting dalam membentuk
persekitaran sosiolinguistik yang sesuai di dalam bilik darjah agar tidak menimbulkan
permasalahan. Dalam konteks ini, guru boleh menyelitkan unsur-unsur warisan ke
dalam pembelajaran misalnya menggunakan cerita rakyat etnik Iban dalam pengajaran
bahasa Melayu, menggunakan lagu etnik Kadazan-Dusun dalam PdP Pendidikan Muzik,
serta menggunakan tarian India dalam Pendidikan Jasmani. Penggunaan sumber
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kepelbagaian unsur budaya
seperti ini bukan sahaj mendorong kesefahaman dalam kalangan murid yang terdiri
daripada pelbagai etnik, malahan ruang tersebut akan mendorong murid memahami dan
menguasai kosa kata etnik rakan-rakan mereka. Oleh itu, sekiranya guru mampu
meneruskan dan mentadbirkan hal ini dengan berkesan, setiap etnik tidak akan berasa
tersisih, sebaliknya menjadikan suasana pembelajaran lebih mesra.

3.0 KESIMPULAN

Secara rumusnya, pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya memerlukan
pengurusan PdP yang baik. Pengurusan pengajaran yang berkesan akan mencapai matlamat
pembelajaran yang dirancang. Dalam hal ini, konsep persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya bukan sahaj bergantung kepada perwujudan persekitaran fizikalnya sahaja, malahan
turut melibatkan penyediaan persekitaran emosi, sosial dan sosiolinguistik. Berikutan hal ini,
pengurusan persekitaran sosial dan emosi murid akan mempengaruhi persekitaran kehidupan
mereka selain pengurusan sosiolinguistik yang baik akan dapat memberi nilai kesefahaman
antara etnik yang berbeza. Oleh itu, pemahaman guru terhadap perhubungan kelompok etnik
serta peranan guru sendiri sebagai agen perpaduan, mampu mewujudkan persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya. Dalam hal ini, sebagai seorang bakal guru, langkah pembinaan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya perlu diketengahkan bagi membentuk kemenjadian
anak bangsa yang lebih baik.

9

RUJUKAN

Che Nidzam Che Ahmad et.al. (2013). Pengaruh pesekitaran fizikal bilik darjah terhadap tahap
keselesaan pengajaran dan pembelajaran. Juenal Pendidikan Univerisiti Pendidikan
Sultan Idris. Hlmn 1 – 7

Halimah Abdul Majid et.al. (2016). Pengaplikasian kecerdasan emosi dalam pengurusan
sekolah. Kajian kes pengetua. Hlmn 1 – 17

Hasfarina Abas. (2013). Tahap, amalan dan masalah pengurusan bilik darjah guru-guru sekolah
menengah daerah segamat. Fakulti Pendidikan University Kebangsaan Malaysia. Hlmn
1 – 24.

Marina Awang et.al. (2018), Hubungan persekitaran fizikal bilik darjah dan kesejahteraan dan
keselesaan pembelajaran dan pengajaran. Jurnal Pengurusan Vol.7, No 1. Hlmn 86 –
99

Mak Soon Sang. (2011), Murid dan alam belajar. Ipoh Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Noriati Abdul Rashid et.al. (2011). Siri pendidikan guru budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar

Sdn. Bhd.
Norhayati Fatmi Talib et.al. (2012). Kecerdasan emosi dan sikap pembelajaran pelajar terhadap

pencapaian kursus tamadun islam di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Jurnal
Pendidikan Islam dan Arab. Hlmn 25 – 34
Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2011). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan
literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Vol 1, Bil 2. Hlmn
1 – 15
Yong Hie Hie et.al. (2018). Peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk
perpaduan kaum di sekolah. Jurnal Akademik 88(2). Hlmn 95 – 108

10

Zakarian Stapa et.al. (2012). Faktor persekitaran sosial dan hubungannya dengan
pembentukan jati diri. Jurnal Hadhari Edisi Khas UKM Hlmn 155 - 172

11


Click to View FlipBook Version