KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN MATRIKULASI
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2021
1.0 PENDAHULUAN
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) mengucapkan
tahniah atas kejayaan saudara/saudari kerana berjaya dipilih mengikuti Program
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2021.
Semua maklumat di bawah bertujuan membantu saudara/saudari membuat
persediaan sebelum mendaftar. Sila baca dengan teliti dan ikut arahan yang
diberikan.
2.0 PROSEDUR TERIMA TAWARAN
2.1 Membayar yuran seperti yang ditetapkan di mana-mana kaunter cawangan
bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara dalam talian melalui
perkhidmatan myBSN atas nama Pengarah Kolej Matrikulasi
saudara/saudari ditawarkan.
2.2 Membuka akaun dan membuat kad ATM berikut untuk tujuan pembayaran
Bantuan Sara Hidup Pelajar (jika layak):
2.2.1 Bank Simpanan Nasional jika saudara/saudari ditempatkan di salah
satu kolej berikut:
a) Kolej Matrikulasi Perak
b) Kolej Matrikulasi Pahang
c) Kolej Matrikulasi Selangor
d) Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
2.2.2 Bank Rakyat jika saudara/saudari ditempatkan di salah satu kolej
berikut:
a) Kolej Matrikulasi Melaka
b) Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
c) Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
d) Kolej Matrikulasi Perlis
e) Kolej Matrikulasi Labuan
f) Kolej Matrikulasi Johor
g) Kolej Matrikulasi Kedah
h) Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
i) Kolej Matrikulasi Sarawak
2.2.3 Bank Islam jika saudara/saudari ditempatkan di salah satu kolej
berikut:
a) Kolej Matrikulasi Kelantan
b) Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
2.2.4 Bank CIMB jika saudara/saudari ditempatkan di salah satu kolej
berikut:
a) Kolej MARA Kulim
b) Kolej MARA Kuala Nerang
Sekiranya saudara/saudari telah mempunyai akaun di bank berkenaan, sila
pastikan akaun tersebut masih aktif dan penama adalah saudara sahaja
(bukan akaun bersama).
2.3 Menyediakan dan melengkapkan semua Dokumen Pendaftaran yang
mengandungi:
2.3.1 BMKPM/02 – Pin 4 (Maklumat Peribadi Pelajar)
2.3.2 BMKPM/02/01 – Pin 4 (Akuan Persetujuan Ibubapa/ Penjaga)
2.3.3 BMKPM/02/02 – Pin 4 (Pengakuan Bebas Penyalahgunaan Dadah)
2.3.4 BMKPM/02/03 – Pin 4 (Rekod Kesihatan Pelajar)
2.3.5 PPM/BM.1/99- Pin-3 (Perjanjian Pengambilan Dan Pembiayaan
Pelajar Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia)
2.3.6 BSHP 1- Pin 1 (Pengesahan Pendapatan)
2.3.7 BSHP 2- Pin 1 (Akuan Pendapatan)
2.3.8 Lampiran A - Elaun Murid Berkeperluan Khas
(jika berkenaan)
2.4 Menyediakan keperluan peribadi pelajar (SILA RUJUK LAMPIRAN 1).
2.5 Mendaftar dalam talian di kolej yang telah ditetapkan pada tarikh yang tertera
dalam surat tawaran.
3.0 YURAN
3.1 Pembayaran yuran hendaklah dibuat di mana-mana kaunter cawangan
BSN atau secara dalam talian (myBSN) sebaik-baiknya sebelum 22 Julai
2021 dengan menyertakan bersama-sama surat tawaran untuk
pengesahan tawaran dan nombor akaun kolej penempatan atau
saudara/saudari boleh berurusan terus dengan pihak kolej untuk sebarang
isu berkaitan.
2
3.2 Pihak kolej tidak menerima sebarang bayaran yuran secara tunai/ cek/
perbankan internet semasa pendaftaran di kolej. Bayaran hendaklah dibuat
di cawangan/ kaunter/ myBSN BSN sahaja.
3
3.3 Jumlah yuran perlu dibayar sepanjang tempoh pengajian ialah:
Jurusan Jumlah
RM599.60
Sains
Perakaunan RM546.60
Perakaunan Profesional
Semester 1: RM1,146.60
Kejuruteraan Semester 2: RM1,690.00
Sains Empat Semester
RM599.60
Tahun 1: RM599.60
Tahun 2: RM296.60
Bagi Jurusan Perakaunan Profesional, yuran bagi semester satu sahaja
perlu dibayar dahulu sebelum pendaftaran.
4.0 PROSES PENDAFTARAN DALAM TALIAN
4.1 Saudara/saudari perlu mendaftar dalam talian dengan melayari laman
sesawang kolej matrikulasi yang ditawarkan untuk proses pendaftaran
seterusnya mulai 12 Julai 2021 hingga 22 Julai 2021. Sila lengkapkan
proses pendaftaran seperti yang ditetapkan dalam laman sesawang kolej
masing-masing.
4.2 Berikut adalah laman sesawang pendaftaran secara dalam talian mengikut
kolej matrikulasi:
4.3.1 Kolej Matrikulasi Melaka
http://kmm.matrik.edu.my
4.3.2 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
http://kmns.matrik.edu.my
4.3.3 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
http://kmpp.matrik.edu.my
4.3.4 Kolej Matrikulasi Perlis
http://kmp.matrik.edu.my
4.3.5 Kolej Matrikulasi Labuan
http://kml.matrik.edu.my/online
4.3.6 Kolej Matrikulasi Johor
http://kmj.matrik.edu.my
4.3.7 Kolej Matrikulasi Perak
http://kmpk.matrik.edu.my
4.3.8 Kolej Matrikulasi Kedah
http://kmk.matrik.edu.my
4.3.9 Kolej Matrikulasi Pahang
http://kmph.matrik.edu.my
4
4.3.10 Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
http://kmkk.matrik.edu.my
4.3.11 Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
http://kmkph.matrik.edu.my
4.3.12 Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
http://kmkj.matrik.edu.my
4.3.13 Kolej Matrikulasi Selangor
http://kms.matrik.edu.my
4.3.14 Kolej Matrikulasi Sarawak
http://kmsw.matrik.edu.my
4.3.15 Kolej Matrikulasi Kelantan
http://www.kmkt.matrik.edu.my
5.0 PROSES SELEPAS PENDAFTARAN DALAM TALIAN
5.1 Saudara/saudari dikehendaki menghantar dokumen dan borang berikut
secara pos atau serahan tangan kepada kolej masing-masing:
a. Salinan slip pembayaran yuran BSN (1 salinan)
b. Salinan buku akaun bank (muka surat yang (1 salinan)
tercatat nombor akaun SAHAJA) bagi tujuan
pembayaran Bantuan Sara Hidup Pelajar (jika
layak)
c. Salinan surat tawaran yang dimuat turun dan (2 salinan)
dicetak
d. Borang maklumat Pelajar yang dimuat turun, (1 salinan)
dicetak dan dilengkapkan
e. Dokumen Perjanjian Pengambilan dan (2 salinan)
Pembiayaan (PPM/BM.1/99-Pin-3) yang
dimuat turun, dicetak dan diisi (rujuk
panduan)
f. Setem hasil RM10.00 X 2 keping
g. Gambar berwarna berukuran pasport (4 keping)
5.2 Semua dokumen di atas perlu dihantar selewat-lewatnya 13 Ogos 2021.
Sebarang kelewatan akan menjejaskan proses pembayaran bantuan sara
hidup pelajar bagi yang layak.
5
6.0 MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU (MPPB)
MPPB dilaksanakan secara dalam talian bermula 26 Julai 2021. Semua
pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti MPPB.
7.0 SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
7.1 Sesi PdP akan bermula pada 28 Julai 2021. PdP semester satu
dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya dan pelajar kekal berada di
rumah masing-masing.
7.2 Bagi semester dua, pelajar akan kembali ke kolej masing-masing dan
menjalani PdP secara hibird.
8.0 BANTUAN KEWANGAN
8.1 Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
8.2 Bantuan Sara Hidup Pelajar sebanyak RM1,250.00 satu semester atau
sejumlah yang ditetapkan oleh kerajaan diberikan kepada pelajar yang
layak.
8.3 Pelajar berkelayakan boleh memohon Elaun Murid Berkeperluan Khas
KPM.
8.4 Pelajar asnaf/ miskin boleh memohon bantuan kewangan daripada Pusat
Zakat/ Baitulmal.
9.0 PENUTUP
Bahagian Matrikulasi mengucapkan terima kasih kerana saudara/saudari
membuat pilihan yang tepat untuk mengikuti Program Matrikulasi KPM.
6
LAMPIRAN 1
KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR (MINIMUM) SEMASA MENDAFTAR SECARA
FIZIKAL
Pelajar Lelaki 4 helai
1. Kemeja/T- Shirt 2 helai
2. Seluar panjang 1 pasang
3. Pakaian Solat (Pelajar Islam) 1 helai
4. Selimut 1 pasang
5. Kasut bertutup 1 pasang
6. Kasut sukan 3 pasang
7. Sarung kaki 2 helai
8. T-Shirt dan seluar sukan (track bottom)
9. Bantal dan cadar
10. Face mask (minimum 3 lapisan)
11. Hand Sanitizer
12. Keperluan peribadi yang lain
Pelajar Perempuan 4 helai
1. Pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata 2 helai
2. Seluar panjang (slack) berwarna gelap 1 helai
3. Tudung (Pelajar Islam) 1 pasang
4. Pakaian Solat (Pelajar Islam) 2 helai
5. Baju-T berkolar dan seluar sukan (track bottom) 1 helai
6. Selimut 1 pasang
7. Kasut bertutup 1 pasang
8. Kasut sukan 3 pasang
9. Sarung kaki 2 helai
10. Seluar sukan (track bottom)
11. Bantal dan cadar
12. Face mask (minimum 3 lapisan)
13. Hand Sanitizer
14. Keperluan peribadi yang lain
Perincian etika pakaian pelajar Program Matrikulasi KPM, sila muat turun Buku Peraturan
Pelajar Program Matrikulasi KPM
7
SENARAI KOLEJ MATRIKULASI KPM
Institusi / Alamat Telefon / Faks E-mel / Laman Web
Kolej Matrikulasi Melaka Tel:06-3832000 E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my
Kementerian Pendidikan Malaysia, Faks:06-3847190 Laman Web:
78300 Masjid Tanah, Melaka. http://www.kmm.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Negeri Tel:06-4841825 E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my
Sembilan Faks:06-4841821 Laman Web:
Kementerian Pendidikan Malaysia, http://www.kmns.matrik.edu.my
72000 Kuala Pilah, Negeri
Sembilan. E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my
Laman Web:
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Tel:04-5756090 http://www.kmpp.matrik.edu.my
Kementerian Pendidikan Malaysia, Faks:04-5757389
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my
Laman Web:
Kolej Matrikulasi Perlis Tel:04-9868613, http://www.kmp.matrik.edu.my
Kementerian Pendidikan Malaysia, 04-9868614,
02600 Arau, Perlis. 04-9868615, E-mel:
04-9868616 adminkml[@]kml.matrik.edu.my
Faks:04-9868542, Laman Web:
04-9868543 http://www.kml.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Labuan Tel:087-465311, E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my
Kementerian Pendidikan Malaysia, 087-465314 Laman Web:
Jalan OKK Daud, Merinding, Faks:087-466500 http://www.kmj.matrik.edu.my
Peti Surat 81735,
87027 Wilayah Persekutuan E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my
Labuan. Laman Web:
http://www.kmpk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Johor Tel:06-9781613
Kementerian Pendidikan Malaysia, Faks:06-9781595 E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my
Jalan Payamas, Laman Web:
84900 Tangkak, Ledang, Johor. http://www.kmk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perak Tel:05-3594449,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 05-3594600
31600 Gopeng, Perak. Faks:05-3594412,
05-3594413
Kolej Matrikulasi Kedah Tel:04-9286100
Kementerian Pendidikan Malaysia, Faks:04-9242186
06010 Changlun, Kedah.
8
Institusi / Alamat Telefon / Faks E-mel / Laman Web
Kolej Matrikulasi Pahang Tel:09-5495000 E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my
Kementerian Pendidikan Malaysia, Faks:09-5499612, Laman Web:
26300 Gambang, Pahang. 09-5498996 http://www.kmph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Tel:04-4682508 E-mel:
Kedah Faks:04-4682281 admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my
Kementerian Pendidikan Malaysia, Laman Web:
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah. http://www.kmkk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Tel:09-4677103 Laman Web:
Pahang Faks:09-4677102 http://www.kmkph.matrik.edu.my
Kementerian Pendidikan Malaysia,
26400 Bandar Jengka, Pahang. E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my
Laman Web:
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Tel:07-6881629, http://www.kmkj.matrik.edu.my
Johor 07-6881630
Kementerian Pendidikan Malaysia, Faks:07-6881631, E-mel:
KM 5, Jalan Kukup, 07-6882720 webmaster[@]kms.matrik.edu.my
Mukim Rimba Terjun, 82000 Laman Web:
Pontian, Johor. http://www.kms.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Selangor Tel:03-31201410 E-mel:
Kementerian Pendidikan Malaysia, Faks:03-31201372 webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my
Kathong Mukim Jugra, Laman Web:
42700 Banting, Selangor. http://www.kmkt.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kelantan Tel:09-7808000 E-mel:
Kementerian Pendidikan Malaysia, Faks:09-7808080 admin[@]kmsw.matrik.edu.my
Beg Berkunci No. 3, Laman Web:
16810 Selising, Kelantan. http://www.kmsw.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Sarawak Tel:082-439100 E-mel:info[@]kmkulim.edu.my
Kementerian Pendidikan Malaysia, Faks:082-433108 Laman Web:
Lot 216, Fasa II, http://www.kmkulim.edu.my
Taman Perindustrian Sejingkat,
Peti Surat P17, 93457 Kuching, E-mel:
Sarawak. sysadmin[@]kmknerang.edu.my
Laman Web:
Kolej MARA Kulim Tel:04-4906422 http://www.kmkn.edu.my
Jalan Junjong, Faks:04-4906426
09000 Kulim, Kedah.
Kolej MARA Kuala Nerang Tel:04-7867250,
Lot 556, Daerah Padang Terap, 04-7867255
06300 Kuala Nerang, Kedah. Faks:04-7867254
9