Kod kertas USK3121/M01/KP01 Muka Surat: 1 drpd 7
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
KURSUS USK3121 SAINS KEJURUTERAAN ELEKTRIK/ELEKTRONIK 1
TAHAP SEMESTER SATU (1)
NO DAN TAJUK 01 KUANTITI DAN UNIT ASAS
MODUL
NO DAN 01-01 KUANTITI ASAS
PERNYATAAN
TUGASAN MENGUKUR DENGAN TEPAT BAGI MENENTUKAN NILAI SESUATU
OBJEKTIF KUANTITI DENGAN PERALATAN SAINS YANG MEMPUNYAI SKALA PIAWAI.
PENCAPAIAN MENGAPLIKASIKAN KUANTITI ASAS
PIAWAIAN Kertas penerangan ini menerangkan :
TAJUK
1. PENGGUNAAN KUANTITI ASAS
TUJUAN
Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2009(versi 1)
Kod kertas USK3121/M01/KP01 Muka Surat: 2 drpd 7
PENERANGAN:
Kuantiti fizik merupakan bidang sains yang melibatkan pengukuran yang tepat
dimana pengukuran ialah proses menentukan niIai sesuatu kuantiti dengan peralatan sains
yang mempunyai skala piawai. Kuantiti yang boleh diukur dikenali sebagai kuantiti fizik.
Beberapa contoh kuantiti fizik adalah seperti suhu sekeliling, isi padu bongkah kayu, masa,
laju. tekanan dan berat seseorang.
Kuantiti yang tidak boleh diukur dikenali sebagai kuantiti bukan fizik. Sebagai
Contoh kuantiti bukan fizik termasuklah bau wangi. perasaan gembira dan darjah
keletihan.
KUANTITI ASAS
1. Pengukuran saintifik dilakukan menggunakan unit SI, iaitu Le International
d'Unites atau Unit Sistem Antarabangsa.
2. Unit ukuran SI adalah berdasarkan sistem meter-kilogram saat (MKS) dan
dipersetujui pada peringkat antarabangsa.
3. Kuantiti asas ialah kuantiti Jadual 1 fizik yang tidak boleh ditakrifkan dalam
sebutan-sebutan kuantiti fizik yang lain.
4. Unit ialah kuantiti yang diukur dengan satu saiz piawai tertentu.
5. Unit yang digunakan dalam kuantiti asas dikenali sebagai unit asas, iaitu unit yang
tidak boleh diterbitkan daripada unit-unit lain.
6 Perhatikan unit-unit asas juga diungkap dalam unit SI. Lima kuantiti asas dan unit SI
yang sepadan ditunjukkan dalam ladual 1
Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2009(versi 1)
Kod kertas USK3121/M01/KP01 Muka Surat: 3 drpd 7
Kuantiti asas Unit asas (Unit SI)
Nama Simbol Nama Simbol
Panjang meter m
kilogram kg
Jisim saat s
Masa m ampere A
Arus t
elektrik I kelvin K
Suhu
T
7. Setiap unit asas mempunyai takrifan tersendiri yang dijadikan sebagai panduan kepada
pengukuran unit tersebut. Takrifan bagi lima unit asas diringkaskan dalam Jadual
dibawah.
Unit Asas Takrifan
1 meter ialah jarak yang dilalui oleh cahaya di dalam vakum dalam
meter selang masa 1 saat.
299 792 458
1 kilogram 1 kilogram ialah nilai jisim yang sama dengan jisim satu bongkah silinder
1 saat aloi platinum-iridium yang dinamakan kilogram prototaip amarabangsa.
Bongkah silinder ini disimpan di Biro Berat dan Penyukatan di Sevres.
Paris. Tinggi bongkah silinder ini adalah bersamaan dengan diameternya.
1 saat ialah selang masa bagi 9 192 631 770 kitar satu pancaran
daripada satu atom saesium-133
1 ampere ialah arus malar yang melalui dua konduktor lurus selari
Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2009(versi 1)
Kod kertas USK3121/M01/KP01 Muka Surat: 4 drpd 7
1 ampere dengan panjang tak terhingga, luas keratan rentas yang boleh diabaikan
dan dipisahkan sejauh 1 m di antara satu sama lain dalam vakum.
1 kelvin Keadaan ini akan menghasilkan satu daya 2 x 10-7 N m-2 di antara
kedua-dua kanduktar lurus itu.
1 kelvin ialah nilai 1 daripada suhu termodinamik bagi
273.16
takat tigaan air. Takat tigaan air ialah satu takat keseimbangan apabila
ketiga-tiga keadaan ais, air dan stim wujud secara serentak.
Setiap kuantiti fizik diungkapkan dalam sebutan nilai berangka dan unit.
Contohnya:
Panjang pembaris meter = 100 cm
Kuantiti fizik nilai berangka unit ukuran
Bentuk piawai
1. Nilai berangka kuantiti fizik yang besar atau kecil boleh ditulis dalam bentuk piawai
supaya lebih kemas dan teratur.
2. Rumus piawai adalah A x 10n dengan:
(a) 1 A < 10 dan A boleh merupakan satu nombar perpuluhan.
Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2009(versi 1)
Kod kertas USK3121/M01/KP01 Muka Surat: 5 drpd 7
(b) n ialah integer dengan nilai positif untuk nilai yang besar dan nilai negatif
untuk nilai yang kecil.
3. Setiap nombor boleh ditulis dalam bentuk piawai dimana hanya satu interger berada
didepan titik perpuluhan dan nilainya dilaraskan dengan mendarab kuasa 10 yang
sesuai.
4. Magnitud sesuatu kuantiti fizik biasanya dibundarkan kepada 3 atau 4 angka bererti.
Contoh 1:
Diberi panjang gelombang cahaya kuning ialah 0.000 000 58 m dan bergerak 300 000 000
ms-1 . Ungkapkan kuantiti tersebut dalam bentuk piawai.
Penyelesaian
. Panjang gelombang cahaya kuning
= 0.000 000 58 m
= 5.8 x 10-7 m
Laju cahaya = 300 000 000 ms-1
= 3.0 x 108 ms-1
Benluk piawai dengan
A=8.64 dan n4
Contoh 2:
Kirakan masa 1 hari dalam unit saat dalam bentuk piawai
Penyelesaian:
1 hari = 24 jam
1 jam = 60 minit
Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2009(versi 1)
Kod kertas USK3121/M01/KP01 Muka Surat: 6 drpd 7
1 minit = 60 saat
Oleh itu 1 hari = 24 x 60 x 60
= 86400 saat
= 8.64 x 10 000 saat
= 8.64 x 104 saat
Benluk piawai dengan
A=8.64 dan n4
Imbuhan atau awalan
1. Untuk menulis nilai kuantiti fizik yang berbentuk piawai dengan lebih
berkesan, imbuhan atau awalan faktor daraban digunakan.
2. Unit SI digunakan dengan imbuhan untuk menunjukkan gandaan atau
sub gandaan pcrpuluhan bagi unit, seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual dibawah.
Nilai Sentuk piawai Imbuhan Simbol Contoh
1 000 000 000 000 1012 Tera T 1 Tm = 1 X 1012 m
1 000 000 000 109 Giga G 2.2 GW = 2.2 x 109 W
1 000 000 106 Mega M 1.6 MJ = 1.6 x 106 J
1 000 103 Kilo k 5 kg = 5 X 103 g
100 102 Hekto h 4 hg = 4 x 1 02 g
10 101 Deka da 3 dag = 3 x 10 g
0.1 10-1 Desi d 2 dm = 2 x 10-1 m
0.01 10-2 Senti e 1 00 em = 1 x 10-2 m
0.001 10-3 Mili m 3.2 mg = 3.2 x 10-3 g
0.000 00 I 10-6 Mikro fl 7 flm = 7 x 1 0-6 m
0.000 000 001 10-9 Nano n 8 nm = 8 x I 0-9 m
10-12 Piko p 2 pm = 2 x 10-12 m
0.000 000 000 001
p
3. Oleh itu, bentuk piawai yang panjang boleh diungkapkan dalam bentuk imbuhan
supaya lebih mudah dibaca.
4. Lazimnya, penulisan dan pencetakan unit SI yang menggunakan imbuhan
mematuhi syarat berikut:
Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2009(versi 1)
Kod kertas USK3121/M01/KP01 Muka Surat: 7 drpd 7
(a) Simbol imbuhan ditulis di depan simbol unit tanpa meninggalkan ruang.
Misalnya, kilometer = km
(b) Simbol imbuhan ditulis rap at dengan simbol unit. Jika tidak, ungkapan
mungkin membawa maksud yang berlainan. Contohnya:
mg = miligram tetapi 01 g = meter gram
(c) Simbol bagi satu unit dengan imbuhannya dianggapkan sebagai satu simbol
tunggal. Misalnya,l em2 ialah (0.0] 01)2 dan bukan 0.01 012.
Contoh 3:
Antara ukuran berikut yang manakah yang mempunyai nilai yang paling kecil dan
yang paling besar
2.15 x 10-2 cm 2.15 x 103 km
2.15 x 1010 µm 2.15 x 108 nm
Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2009(versi 1)