KONSEP BERJIRAN
KELUARAN 2021
Jiran sepakat membina komuniti yang sihat
- “hubungan jiran yang baik adalah salah satu perkara mulia kerana dapat
membina sebuah komuniti yang baik dan sihat tanpa pergaduhan”
ISI UTAMA!
ADAB BERJIRAN
EDITOR
Penulis:
Norazira Binti Mahadi
Nurul Nageeha Najwa Binti Fazilah
Nurain Binti Abdul Basid
Syarifah Syafiqah Binti Syed Mohd Khairuddin
Suntingan Oleh:
Nurul Nageeha Najwa Binti Fazilah
Diterbitkan Oleh:
Politeknik Port Dickson
14, Jalan Pantai, Kampung Sungai Menyala, 71250 Port Dickson
Negeri Sembilan
Tel: 06-662 2000
Fax: 06-662 2026
Hak Cipta © 2021: Politeknik Port Dickson
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan menggunakan isi kandungan dan konsep buku ini
dalam apa jua bentuk, cetakan dan elektronik, termasuk televisyen, radio dan segala jenis
platform tanpa izin daripada pihak Politeknik Port Dickson
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
1
Kata-kata aluan 2
3
Pengenalan konsep kejiranan 4-5
6-7
Definisi jiran 8
8
Hak berjiran 9
10
Ciri-ciri jiran yang baik 11
12
Objektif berjiran
13
Kepentingan semangat kejiranan 14
Langkah-langkah memupuk
semangat kejiranan
Implikasi tidak menjaga adab
berjiran
Adab berjiran
Kesimpulan
Akhir kata
Rujukan
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t
Terlebih dahulu kami ingin berterima kasih kepada Tuhan yang maha kuasa kerana
dengan limpah kurnianya kami mampu menyediakan e-majalah bagi kursus DUA6022 iaitu
Komunikasi dan Penyiaran Islam. Seterusnya kalungan terima kasih kepada pensyarah kami
iaitu Ustaz Yusnizam bin Yahaya kerana atas bantuan dan tunjuk ajarnya dapatlah kami
menyiapkan e-majalah ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kami yang telah banyak membantu kami untuk
menyiapkan kandungan e-majalah ini sama ada secara langsung atau tidak, jutaan terima kasih
buat anda. Sebagai penutup, kami sudahi dengan harapan agar kami dapat melaksanakan
kandungan e-majalah ini dengan selengkapnya mengikut kriteria yang digariskan.
PENGENALAN KONSEP KEJIRANAN
Konsep kejiranan adalah salah satu daripada ajaran islam yang amat penting
bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat iaitu amalan hidup berjiran.
Secara fitrahnya, manusia tidak boleh seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu,
Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan
masyarakat sekeliling.
Hubungan yang baik dapat dapat membentuk sifat saling membantu,
bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat
menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran adalah salah satu
cara hidup islam. Dalam konteks kejiranan, umat islam perlu saling menghormati dan
saling menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu
sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.
Hubungan kejiranan adalah suatu konsep yang sangat penting untuk
melahirkan masyarakat yang akan memberi kesan yang besar kepada pembangunan,
keamanan dan kesejahteraan suatu negara. Konsep kejiranan juga boleh dianggap
sebagai penentu kesejahteraan hidup bagi suatu masyarakat setempat, melaluinya
kerjasama dan perpaduan masyarakat dapat dibentuk.
Hadis Nabi mengenai tanda kecil kiamat ada berbunyi:
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran.” (Hadis
riwayat Ahmad dan Hakim)
DEFINISI JIRAN
Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau tinggal setempat
(kawasan kejiranan) samada di kiri, dan kanan, hadapan atau belakang, atas dan
bawah bagi rumah flat atau kondominium. Bagi penduduk setempat negeri Melaka,
jiran boleh juga bermaksud sekumpulan masyarakat yang duduk berjauhan tetapi
masih berhubung di dalam situasi tertentu.
MENURUT SYARAK
Berdasarkan syarak, jiran ialah orang yang berdekatan dengan rumah kita
sama ada di kanan, kiri, di depan atau belakang mahupun di tingkat atas ataupun
bawah hingga 40 rumah dari setiap sudut.
Dalam perkataan Arab, jiran membawa maksud orang yang tinggal sebelah
menyebelah atau tetangga. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa semangat kejiranan
membawa erti satu suasana dan perhubungan yang positif dalam satu-satu kawasan
kejiranan. Ini menunjukkan bahawa Islam menitik beratkan hubungan harmoni dan
persaudaraan di antara satu sama lain dan agama Islam ialah sebaik-baik agama
yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di antara sesama manusia.
HAK BERJIRAN
Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:
“tahukah kamu apa dia hak jiran tetangga itu.”
1. Jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya.
2. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberi pinjaman kepadanya.
3. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.
4. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya.
5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.
6. Jika ia tertimpa sesuatu yang bahaya, engkau juaga turut sedih
bersamanya.
7. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya.
8. Jangan sesekali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin
untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.
9. Jangan menganggu perasaanya dengan bau masakan kamu, melainkan
engkau akan memberikan sedikit daripada makanan itu.
10. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya.
11. Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau
memasukkan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia
12. Supaya tidak kelihatan olehnya dan janganlah membiarkan anakmu
memakan buah-buahan itu dihadapan anakya,kelak anak jiran itu menangis
kerana mahukan buah tersebut.
Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak.
Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada
memberikan empat asas yang semua pihak patut fahami, malah mengamalkannya:
A. JANGAN MENYAKITI JIRAN
Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk
dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran atau membuang perut ikan di
dalam longkang ketika proses memasak sehingga bau busuk melepasi hingga ke
rumah jiran, lalat dan langau yang datang menghurung sampah sarap dan perut ikan
juga boleh menggangu ketenteraman jiran. Jadi perbuatan buruk terhadap jiran anda
itu amatlah salah. Lebih dahsyat lagi apabila terdapat jiran yang sanggup melakukan
zina atau melakukan pencurian terhadap jiran adalah sepuluh kali ganda lebih buruk
daripada melakukannya kepada pihak lain.
B. MEMELIHARA JIRAN
Setiap daripada
kita wajib memelihara
kepentingan jiran.
Sikap ini menandakan
hati yang bersih. Jika
kita menjaga
kepentinganmereka
umpamanya
memantau rumahnya
ketika jiran tetangga
pulang ke kampung
halaman semasa
musim perayaan atau
cuti panjang daripada
diceroboh oleh pencuri
dengan memaklumkan
jiran tersebut lalu terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis, kita
sebenarnya telah berbuat baik kepada jiran dengan menjaga kepentingan mereka.
Bayangkan situasi ketika hari kiamat, tiada siapa yang boleh membantu kita kecuali
Allah SWT. Dunia menjadi kelam kabut, manusia dan alam seluruhnya menjadi
seperti debu-debu yang berterbangan. Pada saat itulah kita mengharapkan
pertolongan Allah.
C. BERBUAT BAIK KEPADA JIRAN
Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus
dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan
tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah,
walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika
anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya, jika ada keperluan mereka
kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu.
CIRI – CIRI JIRAN YANG BAIK
✓ Bertanggungjawab dan sentiasa prihatin dengan jiran lain.
✓ Kita wajib menolong jiran yang dalam kesusahan walaupun mereka bukan
beragama Islam
✓ Islam menyuruh kita memuliakan dan menghormati jiran tetangga
✓ Hidup aman damai jika wujud persafahaman dan kerjasama antara jiran
tetangga
✓ Jiran adalah orang terdekat yang boleh kita meminta pertolongan jika
menghadapi kesusahan
CIRI-CIRI JIRAN 2) Menolong jiran yang 3) Islam menyuruh kita
dalam kesusahan memuliakan dan
YANG BAIK walaupun mereka menghormati jiran
bukan beragama Islam tetangga
1) Bertanggungjawab &
sentiasa prihatin dengan - ISLAM menekankan - Sebagai seorang muslim
jiran keperluan membantu kita dituntut antara
sesama insan.Firman menghulurkan bantuan
- Jiran yang baik Allah SWT yang kepada orang yang
seharusnya menerapkan bermaksud: “Manusia memerlukan pertolongan,
sikap bertanggungjawab yang paling dicintai oleh begitulah juga dalam
dalam diri. Wujudnya Allah adalah manusia kehidupan berjiran.
sikap bertanggungjawab yang paling banyak Bantuan yang
ini sememangnya dapat bermanfaat dan dimaksudkan bukan
menimbulkan suasana berguna bagi manusia sahaja terbatas kepada
jiran yang harmoni. yang lain. Sedangkan bantuan yang berbentuk
perbuatan yang paling kewangan dan material
- Mengucapkan salam, dicintai Allah adalah sahaja bahkan
bertanya khabar, memberikan termasuklah juga bantuan
beramah mesra, nasihat- kegembiraan kepada tenaga, kerjasama dan
menasihati, bekerjasama orang lain atau buah fikiran, contohnya
dan bergotong-royong menghapus kesusahan meminjamkan kawasan
sesama jiran tetangga orang lain, atau rumah, membersihkan
merupakan amalan sosial melunasi utang orang kawasan sekitar dan
yang telah menjadi sebati yang tidak mampu sebagainya ketika jiran
Ungkapan berat sama untuk membayarnya, mengadakan majlis
dipikul, ringan sama atau memberi makan seperti kenduri dan
dijinjing pula kepada mereka yang begitu juga kita hendaklah
memperlihatkan sedang kelaparan dan memberikan bantuan dan
kesediaan sesama jiran jika seseorang itu sokongan kepada jiran
menghadapi susah berjalan untuk jika mereka ditimpa
senang bersama. menolong orang yang maksiat seperti apabila
sedang kesusahan itu berlakunya kematian,
lebih aku sukai daripada kebakaran, bencana alam
beri’tikaf di masjidku ini dan seumpamanya.
selama satu bulan.” (HR. Amalan sebegini dapat
Thabrani memupuk sikap berkasih-
sayang dan hormat-
Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu, menghormati sesama
daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi jiran tetangga. Rasulullah
Wassallam baginda bersabda: Sallallahu Alaihi
Wassallam bersabda:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah
dan hari akhirat maka hendaklah ia
memuliakan jirannya.
OBJEKTIF BERJIRAN
Dapat membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri
dan semangat cinta akan negara.
Pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat
diimplimentasikan di dalam diri setiap masyarakat.
Dapat menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya. Maka
sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan
kepada negara.
Kejiranan amat penting didalam pembentukkan tamadun Islam selepas pembentukan
sahsiah individu dan keluarga
KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
Memupuk semnagat perpaduan
- Sebagai contoh, penduduk berketurunan India menziarahi jirannya yang beragama
Islam pada Hari Raya Aidil Fitri dan orang Iban yang berjiran dengan penganut
Kristian akan mengunjungi jiran mereka pada hari Natal, sekali gus dapat
mengeratkan hubungan kejiranan sesama insan
Memudahkan program atau aktiviti komuniti
- Masyarakat bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti seperti membersihkan
kawasan kediaman, memperbaiki alat kelengkapan di taman-taman perumahan,
menebas semak-samun yang mungkin menjadi tempat persembunyian para
penjenayah dan sebagainya.
Menjamin Keselamatan setempat
- Jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita
ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian
dan lain-lain lagi.
Melahirkan masyarakat yang harmoni
- Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti tolong-menolong, saling
bertegur sapa dan menjaga keselamatan masyarakat dapat mewujudkan satu
suasana yang tenang dan aman.
LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
▪ Mewujudkan pusat komuniti dan jiran tertangga.
- Sebagai contoh balai raya dan dewan serbaguna yang boleh digunakan untuk
aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong royong dan sebagainya.
▪ Menggalakkan aktiviti bergotong royong & sukan.
- Program gotong-royong pembersihan atau membaik pulih balai raya atau dewan
serbaguna dapat merapatkan hubungan antara masyarakat yang sertai sekaligus
mengindahkan infrastruktur masyarakat serta menjamin kebersihan kawasan
sekitar agar bersih daripada ancaman penyakit.
▪ Amalan kunjung mengunjung
- Sekiranya kita berkesempatan untuk berkunjung ke rumah jiran tetangga,
terutamanya pada hari perayaan ia adalah suatu usaha yang murni dan perlu
ditunjukkan kepada golongan muda agar mereka sedar bahawa nilai muafakat
dalam berjiran adalah baik dan memberi manfaat kepada semua.
▪ Peranan media massa
- Media massa juga memainkan peranan penting dalam memupuk usaha supaya
masyarakat hidup dalam semangat kejiranan. Dengan kemudahan yang hanya
dihujung jari dewasa ini, media massa sepatutunya bertanggungjawab untuk
membuat program-program dengan pengisian yang menerapkan nilai kejiranan
dalam masyarakat kita
IMPLIKASI KETIKA TIDAK MENJAGA ETIKA
BERSAMA JIRAN
✓ Tidak akan mendapat ketenangan hidup - Apabila kita tidak beradab dengan
jiran, kita tidak akan mendapat ketenangan hidup apabila seringkali diselubungi
rasa bersalah dan sering mewujudkan perkara-perkara negatif di dalam minda
hingga akhirnya wujud pula masalah hati yang tidak tenang.
✓ Terpinggir daripada masyarakat - Masyarakat tidak akan bergaul dengan jiran
yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati hati dan perasaan jiran
tetangga. Selain itu, apabila tiadanya adab, maka kita akan mengganggu ruang
peribadi kejiranan kita.
✓ Berlaku perselisihan faham antara jiran tetangga - Perkara ini dilihat
cenderung berlaku apabila diantara jiran, tiada komunikasi yang baik malahan
lebih membimbangkan apabila berlakunya fitnah dikalangan masyarakat setempat
yang melibatkan jiran tetangga. Adakalanya, permusuhan itu tidak wujud dengan
sendirinya tetapi berpunca dari perselisihan faham yang tidak cuba dirungkaikan
dengan pihak yang sepatutnya.
✓ Merosakkan perpaduan dan membangkitkan permusuhan dalam kalangan
masyarakat - Jiran yang tidak beradab akan lebih menjejaskan perpaduan
dikalangan masyarakat. Hal ini lebih mudah dilihat apabila tiadanya kerukukan
diantara jiran tetangga dan lebih buruk lagi apabila permusuhan dikalangan
masyarakat berpunca dari ketiadaan adab dari jiran tetangga yang berlainan
agama. Perkara yang melibatkan agama lebih mudah dibangkitkan menjadi
permusuhan dikalangan jiran tetangga.
✓ Sukar mendapat pertolongan ketika kesusahan - Jiran yang tidak beradab
akan sukar mendapat pertolongan apabila ditimpa kesusahan. Ini kerana, apabila
kita tidak beradab, jiran-jiran tidak akan mendekati dan tidak akan mengambil tahu
hal ehwal kita. Permasalahan ini berpunca dari sikap diri sendiri yang tidak tahu
menjaga adab baik melalui perbuatan mahupun tutur kata.
✓ Tolong- menolong - Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan
dan pertolongan yang diperlukan. Bantulah mereka apabila mereka ditimpa
kesusahan dan mala petaka,agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram.
✓ Ziarah menziarahi - Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala
permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan
masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan,
kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa
mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan
perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.
✓ Sentiasa bertegur sapa - Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui
usaha kenal-mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. Antara
caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau
ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa
bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya,
cara hidup dan lain-lain lagi.
✓ Sentiasa prihatin terhadap keadaan jiran - Sentiasa mengambil berat dan
bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama
ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah
tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan
sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga
akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.
✓ Sayang menyanyangi- Menyayangi mereka seperti mana kita menyayangi diri
kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk
melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan
dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-
perkara yang mereka tidak sukai.
✓ Sentiasa mewujudkan suasana yang
harmoni- Sentiasa mewujudkan suasana
kemesraan melalui usaha kenal-mengenal
dan hormat menghormati antara satu sama
lain. Antara caranya dengan memulakan
salam jika bertemu dengan sesama Muslim
atau ucapan penghormatan yang baik jika
bertemu dengan bukan Muslim.
Kesimpulannya, jiran membawa erti orang-orang yang tinggal berdekatan atau
berhampiran dengan rumah kita. Semangat kejiranan amat penting didalam kehidupan
bermasyarakat. Ternyata semangat yang kian pupus ini amat penting untuk masyarakat
kita terus mengamalkan kerana pelbagai kesan buruk yang akan terhasil jika masyarakat
masih belum sedar tentang kepentingan semangat kejiranan ini. Pelbagai langkah dan
anisiatif yang boleh kita laksanankan untuk mewujudkan semua suasana yang positif ini
di kediaman kita.
Sekiranya pencegahan ini tidak dilaksanakan bagi membendung gejala ia akan
menyebabkan kemusnahan dan kerosakan dalam kalangan masyarakat kita. Ibarat kata
pepatah, ‘Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.’ Pepatah ini jelas
mengajak seluruh masyara kat untuk bersama-sama berusaha dan berganding bahu
dalam memastikan semangat kejiranan di kediaman tempat tinggal kita tidak akan pupus
dan terus diamalkan sehingga masa yang akan datang
Selain itu, peranan jiran juga amat penting untuk menetukan kemakmuran dan
kesejahteraan sesebuah negara. Impian untuk mempunyai jiran yang baik tidak akan
terlaksanan sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu.
Kekuatan perhubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni akan mengukuhkan
ikatan kasih sayang sesama jiran.
Akhir sekali, jika kita mengamalkan kehidupan yang baik, kehidupan kita akan
sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir
kerosakan dan kebinasaan. Maka kita wajib mengamalkan adab ketika berada bersama
jiran, Ia akan membawa banyak kebaikan dan hidup kita akan diberkati oleh Allah S.W.T.
Tujuan utama kumpulan kami memilih tajuk ‘konsep kejiranan’ kerana ingin
menunjukkan betapa pentingnya hidup sesebuah masyarakat itu jika mengamalkan
adab-adab Ketika bersama jiran. Dengan adanya e-majalah ini yang menerapkan
banyak informasi dan ilmu yang berkaitan dengan kejiranan. Ia juga akan menjadi suatu
platform untuk pembaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan konsep
kejiranan. Islam adalah agama yang menjaga adab-adab baik sesame manusia, apatah
lagi dengan jiran-jiran setempat. Akhir kata, kita mengharungi kehidupan
bermasyarakat, jiran adalah orang yang terdekat dengan kita dan menjaga adab
berjiran adalah satu kemestian dan amat di tuntut di dalam islam. Maka marilah kita
menjaga adab-adab tersebut dan memenuhi hak-hak jiran
RUJUKAN
➢ KONSEP KEJIRANAN – KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM (wordpress.com)
➢ https://semiotik211.wordpress.com/isu-konsep-hubungan-sesama-manusia/konsep-
kejiranan-2/
➢ http://keharmonianhidupberjiran.blogspot.com/2017/03/ciri-ciri-jiran-yang-baik.html
➢ http://linambadri.weebly.com/tajuk--adab-berjiran.html
➢ Buku Komunikasi dan penyiaran islam oleh Marzuki Sepiaail