BAGAIMANA MENYEDIAKAN
Noer Ashikin bt Muhiddin
BAGAIMANA MENYEDIAKAN VIDEO
RESUME:
PERMOHONAN KE UNIVERSITI & BIASISWA
(PASCAMATRIKULASI & PRA-U)
2021
BAGAIMANA MENYEDIAKAN VIDEO RESUME: PERMOHONAN KE UNIVERSITI
& BIASISWA (PASCAMATRIKULASI DAN PRA-U)
Hak cipta Noer Ashikin bt Muhiddin, 2021
Cetakan pertama, Jun 2021
eISBN978-967-19694
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana
bahagian isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilustrasi dan
foto dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi,
mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa
terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada penerbit/ penulis.
............................................................................................
Penerbit/ penulis berusaha sedaya upaya memastikan e-book yang
diterbitkan ini mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti
daripada segi subjek yang dibincangkan. Penerbit/penulis tidak boleh
dianggap memberikan khidmat profesional yang lain kepada pembaca.
............................................................................................
Diterbitkan oleh:
NOER ASHIKIN BT MUHIDDIN
45200 Sabak Bernam, Selangor
email: [email protected]
Muka Taip Teks: Arima Madurai Extra Bold
Saiz Taip Teks: 12/11
ISI KANDUNGAN
5 Prakata
6-9 Bab 1: Pengenalan
Apa itu video resume?
Mengapa menghasilkan video resume?
Kelebihan video resume
10-26 Bab 2: Penghasilan Video Resume
Pedoman
Yang patut dilakukan & yang patut
dielakkan
penampilan diri lelaki
penampilan diri wanita
gaya tudung yang patut dielakkan
Ciri-ciri video resume yang baik
Proses menghasilkan video resume
Format video resume
Kesalahan dalam video resume
27-38 Bab 3: Persembahan Video Resume
39-42
Apa yang perlu ada dalam video resume?
Penyataan peribadi
Tips penyediaan penyataan peribadi
Teknik memperkenalkan diri
Pengucapan awam: Isu semasa & peribadi
Bab 4: Rumusan
Selayang pandang
Penutup
Rujukan
43 Anekdot
"Jangan membenci apa yang tidak engkau ketahui kerana sebahagian besar pengetahuan
terdiri daripada apa yang tidak engkau ketahui"
~Saidina Ali bin Abi Talib~
Prakata
Alhamdulillah... penulisan ini terhasil bertujuan untuk membantu pelajar
matrikulasi khususnya serta pelajar prauniversiti memahami dengan lebih
jelas panduan menyediakan video resume yang dapat memenuhi keperluan
permohonan ke universiti dalam kursus-kursus tertentu. Video resume
semakin banyak digunakan oleh universiti awam sebagai alat untuk memilih
calon terbaik memasuki kursus-kursus tertentu yang ditawarkan. Apabila
pandemik Covid-19 melanda negara, tahun 2020 menyaksikan hampir semua
kursus yang ditawarkan bersama-sama temu duga, mengkehendaki pelajar
untuk menghantar video resume bagi menggantikan kaedah temu duga
bersemuka. Sesuai dengan perkembangan era pendidikan digital, penghasilan
video resume yang terbaik dilihat sebagai satu kemahiran baharu yang perlu
didedahkan kepada bakal mahasiswa selain kemahiran temu duga bagi
memastikan diri mendapat tempat di universiti dalam kursus yang dipilih.
Selain itu, ia juga diharapkan dapat membantu para pensyarah Pengajian
Am Matrikulasi mendapatkan informasi tambahan bagi melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran topik berkenaan serta sebagai panduan asas
kepada pelajar melaksanakan tugasan Pengajian Am Matrikulasi. Seiring
dengan era pendidikan digital, penghasilan e-book ini diharapkan dapat
membantu pelajar dan pensyarah Pengajian Am Matrikulasi mengakses
bahan penulisan ini dengan lebih mudah dan cepat pada bila-bila masa dan
di mana-mana sahaja menggunakan sebarang peranti mudah alih yang
dimiliki oleh hampir semua pelajar.
Kebanyakan sumber maklumat yang diperoleh melalui pelbagai media
mengenai panduan penghasilan video resume adalah bagi tujuan permohonan
kerja. Selain itu, kebanyakan sumber juga merupakan versi luar negara yang
menggunakan medium bahasa Inggeris atau bahasa Indonesia sebagai bahasa
pengantar yang tentunya mengetengahkan latar keperluan organisasi dan
budaya setempat yang berbeza. Sumber tempatan dari universiti juga
kebanyakannya menyediakan keperluan penyediaan video resume atau
digital curicular vitae bagi keperluan kerjaya. Kepelbagaian sumber melalui
internet dan video juga memberi pelbagai dimensi pendekatan dalam
menghasilkan sebuah video resume. Walaupun secara umumnya pelajar bebas
berkarya mengikut perspektif masing-masing dalam menghasilkan video
resume namun, video resume yang dihasilkan masih lagi perlu memenuhi
kriteria dan objektif yang ditetapkan oleh pihak yang menawarkan kursus
(universiti) mahupun pihak yang menawarkan biasiswa. Selain itu,
persaingan bagi mendapatkan tempat di universiti atau biasiswa menuntut
pelajar untuk memahami etika profesional sebagai bakal mahasiswa.
Rentetan daripada itu, penulis berusaha untuk menyatukan kepelbagaian
sudut pandang ini dalam sebuah penulisan. Inisiatif penulisan ini
diharapkan dapat memberi input panduan yang lebih jelas kepada pelajar
prauniversiti terutamanya tentang kaedah menghasilkan video resume yang
berkualiti dan berkesan untuk permohonan kursus ke universiti awam
khususnya dan permohonan biasiswa amnya.
Untaian terima kasih dan gugusan doa buat ayah bonda tercinta, famili, para
guru, sahabat seperjuangan, anak-anak pelajar yang dikasihi atas sokongan
dan dokongan secara langsung mahupun tidak langsung, sumber kekuatan
untuk akhirnya dengan izin Allah s.w.t juga ternokhtah penulisan ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat Nawal Shifa' binti Haris,
Haslila binti Abd. Hamid dan Farahiyah binti Mohamed Omar kerana
merealisasi keberhasilan e-book ini.
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan. Inshaa-Allah.
Pujangga Arab mengatakan: sedikit ilmu yang diiringi dengan amal adalah
lebih bermanfaat daripada banyak ilmu tetapi sedikit beramal. Segala yang
baik daripada Allah swt manakala segala kekurangan daripada kelemahan
saya sendiri hamba yang fakir.
Berburu ke padang datar,
dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
ibarat bunga kembang tak jadi.
Noer Ashikin bt Muhiddin
10 Ramadhan 1422H
22 April 2021
BAB 1:
Pengenalan
ORANG YANG BERFIKIR, MERENUNGKAN DIRI DAN MENILAI HIDUP ,
MUDAH MEMPERBAIKI TUJUAN HIDUPNYA SENDIRI
~HAMKA~
BAB 1:
PENGENALAN
Tugas kita bukanlah untuk semata-mata berhasil. Tugas kita adalah untuk
mencuba kerana di dalam percubaan itulah kita menemukan dan belajar
membangunkan kesempatan untuk berhasil.
~Hamka~
Pelbagai pendekatan digunakan dalam memilih calon terbaik bagi mengisi
tempat di universiti dalam kursus-kursus yang ditawarkan atau
mendapatkan tawaran biasiswa. Salah satunya adalah melalui video
resume atau visume atau digital curiculum vitae (CV) yang semakin
popular dalam era digital. Pandemik Covid-19 yang melanda negara
menyaksikan penggunaan meluas video resume sebagai alat pemilihan
pelajar ke universiti dalam kursus tertentu bagi sesi 2020/2021. Namun
begitu, video resume bukanlah sesuatu yang baharu digunakan malah
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan antara universiti
terawal menggunakan pendekatan ini sejak beberapa tahun belakangan ini
untuk memilih calon pelajar terbaik ke kursus-kursus tertentu seperti
Sains Komputer dan kejuruteraan. Video resume merupakan satu platform
yang dapat memberi peluang kepada calon untuk mengetengahkan sisi
diri yang terbaik berbanding calon lain sekiranya dihasilkan dengan
sebaik-baik mungkin dan menepati kriteria yang ditetapkan.
APA ITU VIDEO RESUME?
Video resume merupakan sebuah filem pendek yang dihasilkan oleh calon
bagi memperincikan secara ringkas tentang;
diri calon,
latar pendidikan,
pengalaman,
kemahiran dan;
kelayakan yang dimiliki.
lain-lain maklumat tambahan (mengikut keperluan organisasi)
Ia merupakan satu bentuk komunikasi sehala secara lisan dan bukan lisan
antara calon dan penilai.
PERLU DIINGAT !!!
Video resume BUKAN TIKET untuk melayakkan diri mendapat tempat di
organisasi atau universiti yang dipohon mahupun biasiswa yang
ditawarkan.
Ia sebaliknya boleh dilihat sebagai alat untuk memasarkan atau
mempromosikan diri yang paling ideal terutamanya dalam era digital
yang memberi peluang kepada calon mempamerkan kebolehan diri secara
lisan dan bukan lisan serta kemahiran digital seiring dengan kesediaan
negara menuju revolusi 4.0.
Raihlah ilmu. Dan untuk meraih ilmu, belajarlah untuk tenang dan sabar
~Saidina Umar al-Khatab~
MME NENG AGPAAPAV IMD EEONGRHE SAUSMILEK?AN
M E N G A PRAESVUI DME OE VRIEDSEUOM?E ?
Jangan takut jatuh kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh,
jangan takut gagal kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang yang tidak pernah melangkah
~ Hamka~
CALON/ PEMOHON
merupakan ALAT yang membantu untuk memasarkan diri
bagi memperoleh peluang diterima belajar di universiti atau
menerima tajaan biasiswa- JIKA BERKUALITI.
merupakan PELENGKAP kepada resume traditional
(bertulis) - peluang untuk menonjolkan keunikan
personaliti diri dan kelebihan diri dengan lebih mudah.
Anda berpeluang menzahirkan `diri sebenar' anda.
calon/ pemohon berpeluang mempersiapkan diri dari segi
penampilan, penyampaian, isi pembentangan, persembahan
untuk memberi gambaran awal yang terbaik kepada penilai.
calon/ pemohon berpeluang mempamerkan KEMAHIRAN
KOMUNIKASI dan KETERAMPILAN DIRI. Setiap gerak tubuh,
bahasa mata, butir bicara, gaya bahasa dan pemakaian
memberi nilai tambah kepada anda untuk dipertimbangkan.
calon/ pemohon berpeluang mengekspresikan MINAT, HALA
TUJU kerjaya atau bidang yang bakal diceburi dengan lebih
jelas dan menarik.
calon/ pemohon berpeluang mewujudkan hubungan emosi
(emotional engagement) dan harmoni (rapport) dengan
pihak penilai. Bersikap jujur dan telus tentang diri anda
supaya visume anda berjaya meninggalkan kesan positif
kepada emosi penilai.
PENILAI/ BAKAL MAJIKANSelf-publishing gives you complete control
over how your book looks and gets distributed,
and there are a few different ways to pull it off.
memudahkan pihak universiti atau syarikat membuat
pemilihan calon terbaik dan memenuhi kriteria yang
dikehendaki.
mencari `x-factor' dalam diri calon (melalui gaya bahasa
badan dalam video resume yang dihantar)
menjimatkan masa dan kos perbelanjaan berbanding temu
duga bersemuka.
memberi peluang kepada penilai untuk berkongsi dengan
rakan sekutu bagi mendapatkan sudut pandangan kedua
mengenai calon.
Pendidikan melahirkan orang berilmu tetapi Agama melahirkan orang berakhlak
~Ibn Khaldun~
KELEBIHAN
VIDEO RESUME
Jika kamu tidak sanggup menahan lelahnya belajar, maka kamu harus sanggup
menahan perihnya kebodohan
~ Imam Shafie~
1 CIPTA TANGGAPAN
PERTAMA YANG TERBAIK &
SEMPURNA
`FIRST IMPRESSION COUNT'. Ini video anda. Gunakan
peluang ini dengan sebaik mungkin untuk menonjolkan
sisi terbaik diri anda.
2 TUNJUK KEBOLEHAN
TEKNOLOGI
Pastikan anda dapat mempamerkan kebolehan
teknologi dengan menggunakan pelbagai pendekatan
persembahan.
3 UNIK & DAPAT DILIHAT
Pastikan anda menonjolkan keunikan anda yang
berbeza daripada orang lain. Tunjukkan bukti, sesuatu
yang boleh dilihat seperti kebolehan anda bermain
piano!
4 JUAL KEPELBAGAIAN
KEMAHIRAN DIRI
Setiap manusia berbeza dengan pelbagai kemahiran.
Tonjolkan kemahiran anda yang dapat menyokong
permohonan kursus/biasiswa anda.
5 PAMER PERSONALITI
Pamer personaliti yang baik, berkarisma dan
berketerampilan. Pamer imej positif luaran melalui
penampilan dan bahasa tubuh yang baik. Cara anda
berkomunikasi mampu mempamer sisi dalaman anda.
6 TUNJUK KETERUJAAN
Anda perlu kelihatan bersemangat, bersungguh-
sungguh dan menunjukkan minat mendalam terhadap
kursus/ biasiswa yang anda pohon. Kongsikan
keterujaan anda untuk mengikuti kursus yang dipohon
atau dipertimbangkan sebagai penerima biasiswa.
Kongsikan matlamat dan hala tuju yang jelas setelah
anda tamat pengajian.
Ilmu akan menghidupkan jiwa
~Saidina Ali bin Abi Talib~
BAB 2:
Penghasilan
Video Resume
ILMU ITU DIMILIKI DENGAN LIDAH YANG BANYAK BERTANYA DAN
AKAL YANG GEMAR BERFIKIR
~ABDULLAH IBNU ABBAS~
PEDOMAN PENGHASILAN
VIDEO RESUME
Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang
akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah
murnilah kemerdekaan berfikir.
~ Hamka~
SEDIAKAN SKRIP
Visume memberi peluang untuk menyerlahkan personaliti diri. Seperti
menghasilkan sebuah filem dokumentari pendek, anda perlu menyediakan
dahulu sebuah skrip supaya hasil kerja anda berstruktur. Lebih baik
sekiranya anda sediakan terlebih dahulu resume bertulis .
INGAT!!! VISUME BUKAN SIARAN LANGSUNG. Rancang apa yang anda perlu
katakan. Pastikan perbualan natural. ELAK KELIHATAN SEPERTI MEMBACA
SKRIP, Kaedah percakapan tidak sama dengan penulisan.
SERLAHKAN KARISMA DIRI
Visume merupakan persembahan visual. Penilai ingin tahu tentang
anda. Tonjolkan kelebihan dan kualiti diri yang mungkin tidak ada
atau jarang ada pada calon lain. INGAT!!! Elakkan informasi yang
anda kongsi kelihatan `tidak asli'.
Tunjukkan sikap positif dan mesra. INGAT!!! Tidak perlu memberi
alasan, merungut atau meminta simpati. Fokus kepada kelebihan
yang kita miliki.
Jadi diri anda sendiri - jujur dan tunjukkan keyakinan diri, Tonjolkan
sisi terbaik anda. INGAT!!! Ada ramai calon hebat lain yang memohon
kursus yang sama. Pandang terus ke arah kamera, luruskan kepala
dan postur badan, bercakap dengan jelas dan senyum...
Tunjuk bukti bukan hanya kata-kata.(selitkan gambar aktiviti/sijil
penglibatan anda atau sedutan video berkaitan informasi yang anda
kongsikan).
SERLAHKAN KEYAKINAN
BERKOMUNIKASI
Visume juga merupakan persembahan audio.
Suara mesti jelas, terang, lancar, tidak tersekat-sekat.
Sebutan tepat dan jelas, INGAT!!! anda orang Malaysia,
bercakaplah gaya Malaysia, tidak perlu slanga.
Gunakan nada dan intonasi yang tepat, ceria dan bersemangat.
Gunakan bahasa yang standard dengan tatabahasa yang tepat
tetapi ringkas dan bersahaja. INGAT!!! visume BUKAN
sayembara puisi. Elakkan bahasa berbunga.
Gunakan gaya bahasa yang sesuai dan menarik. INGAT!!! anda
BUKAN pembaca berita. Relaks...
Ekspresi wajah dan bahasa tubuh hendaklah sederhana dan
sesuai dengan ucapan yang disampaikan. INGAT!!! sentiasa
pamerkan senyum dan sikap bermotivasi.
SERLAHKAN PERSONALITI
Jadilah professional. Pakai pakaian yang sesuai dan formal seperti anda
menghadiri temu duga bersemuka. INGAT!!! anda BUKAN menghantar video
uji bakat lakonan atau menjadi model.
Jaga adab dan kelakuan. Elak sikap berlagak dan rasa bagus. Berhati-hati
dengan bicara santai atau jenaka. Lucu bagi kita mungkin tidak bagi
penilai.
.
Tidak ada akal bagi orang yang tidak mempunyai adab
~Saidina Ali bin Abi Talib~
sambungan...
PEDOMAN...
SERLAHKAN KEMATANGAN
FIKIRAN
Anda hanya perlu menyatakan maklumat diri sekadar yang perlu
sahaja. INGAT!!! Jangan berlebihan.
Visume anda perlu menunjukkan anda tahu, faham dan dapat
menilai semula perkara yang anda kongsikan serta memberi
pandangan hala tuju yang jelas. Informasi anda sentiasa dapat
memberi jawapan kepada 3W@5W (what-apa, why-mengapa,
when-bila, who-siapa dan how-bagaimana).
FOKUS KEPADA YANG UTAMA
Durasi persembahan visume biasanya mengambil masa 3 hingga 5
minit sahaja (bergantung kepada surat tawaran) dan anda perlu
menjelaskan beberapa aspek. Anda tidak mungkin dapat
menceritakan semua perkara bukan?!!. Beri fokus kepada isi paling
utama pada setiap bahagian yang dapat menyerlahkan kelebihan diri
anda. Ringkas dan padat. Sedikit tetapi bermakna. Pastikan anda
kelihatan istimewa dan layak untuk diberi peluang. INGAT!!! visume
BUKAN drama bersiri. Hanya ceritakan yang penting sahaja tentang
anda.
BERINFORMASI, KREATIF & MENARIK
Pastikan anda hanya kongsikan informasi yang tepat dan sahih. Visume anda
hendaklah disampaikan secara sederhana, kreatif dan menarik.
Jika anda kurang kreatif, sekurang-kurangnya tunjukkan kejujuran,
keikhlasan dan minat terhadap kursus yang dipohon.
Pastikan penilai tidak bosan dan dapat memberi tumpuan kepada isi
kandungan yang anda sampaikan. Bagaimana? Minta 2-3 orang guru atau
rakan yang anda percayai untuk menonton visume anda dan memberi
komentar yang jujur. INGAT!!! Jika tiada ulasan bukan bermakna hasil kerja
anda sempurna tetapi mungkin rakan anda sendiri tidak faham info penting
yang sepatutnya anda kongsikan dalam visume anda atau mungkin visume
anda membosankan!
PILIH LATAR YANG SESUAI
Latar tempat (place):
Pastikan anda tidak merakam di tempat 3S: sesak, semak dan
serabut. INGAT!!! Anda bukan mempromosi cuti-cuti Malaysia atau
keindahan landskap rumah anda! Latar kosong lebih sesuai supaya
anda boleh tayangkan gambar/sijil berkaitan bagi menyokong
kenyataan anda. Lebih menarik jika anda menggunakan teknik`layar
hijau' (green screen)
Elak gangguan bunyi yang boleh menenggelamkan kejelasan suara
anda atau yang mengganggu fokus anda berbicara. INGAT!!! Hanya
suara anda yang ingin didengari.
Latar masa (time):
Rakam video anda pada waktu yang sesuai - siang hari. Percayalah,
anda akan kelihatan lebih berseri dengan cahaya semulajadi! Cahaya
lampu mungkin menyebabkan rakaman anda berbayang dan
pencahayaan terlalu terang, Waktu malam mungkin menyebabkan
rakaman anda gelap!
Latar situasi (occassion):
Visume anda perlu sesuai dengan bidang kursus yang anda pohon -
tonjolkan kreativiti dan pemikiran aras tinggi. INGAT!!! Jangan syok
sendiri.
Kemuliaan itu kerana adab, bukan kerana nasab
~Pujannga Arab~
sambungan...
PEDOMAN...
KENALI PESAING ANDA
Anda fikir anda hebat??? Keluarlah dari zon selesa anda! Ada ramai
lagi yang lebih hebat memohon kursus pengajian yang sama dengan
anda. Pada kebiasaannya, para pesaing anda mempunyai tahap
kelulusan, pencapaian akademik, kemahiran asas yang setara
dengan anda. Yang membuatkan anda berbeza dengan calon lain
ialah kemahiran dan kebolehan yang memberi nilai tambah kepada
diri anda dan anda perlu kenal pasti. Sebagai contoh; Anda bukan
hanya boleh berkomunikasi dengan baik tetapi anda juga boleh
menghasilkan cerpen, puisi yang pernah diterbitkan atau menerima
anugerah. Jadi, berusahalah untuk menghasilkan visume terbaik
anda. Ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk.
KENALI AUDIEN ANDA
Sebelum anda merancang dan menulis skrip, fikirkan tentang pihak
yang akan menonton visume anda dan menentukan sama ada
permohonan anda layak diberi pertimbangan - penilai. Visume
untuk permohonan ke universiti sudah tentu berbeza dengan
visume untuk permohonan kerja malah visume untuk permohonan
kursus yang berbeza di universiti juga perlu dipersembahkan
dengan cara yang berbeza mengikut keperluan kursus!
FAHAMI TUJUAN ANDA
Anda perlu faham dengan jelas tujuan anda menghasilkan visume.
Gunakan konsep SMART dalam menetapkan tujuan.
S (specific): mengapa anda menghasilkan video - mohon masuk
universiti? mohon kerja? INGAT!!! jangan guna visume yang sama
untuk tujuan dan tempat permohonan yang berbeza. Setiap
universiti atau syarikat yang dipohon sudah tentu menetapkan
kriteria berbeza untuk dinilai.
M (measureable): Informasi yang anda kongsikan mestilah boleh
diukur dan dibuktikan seperti melalui gambar sijil, gambar
penglibatan, sedutan video penyertaan dll.
A (attainable): pastikan visume anda mestilah mesra pengguna,
sesuai dengan kursus atau bidang yang dipohon, sesuai dengan
tahap pendidikan anda, ceria dan bermotivasi, serta berfokus.
R (relevant): Informasi yang anda kongsikan mestilah realistik,
dan dapat difahami dengan jelas.
T (time bound): Pastikan anda mematuhi durasi masa yang
ditetapkan. Patuhi arahan!
BERCERITA BUKAN MEMBACA
Resume video adalah kaedah terbaik untuk memaparkan sesuatu
berkaitan `siapa' anda. Anda perlu berusaha untuk menarik
perhatian pendengar dan penonton (bakal majikan atau penilai)
dan membuat penilai teruja untuk memberi pertimbangan yang
baik kepada permohonan anda.
Pastikan cerita anda berkesinambungan antara satu sama lain.
Apa yang telah anda pelajari daripada pengalaman anda yang
dapat membantu anda menjadi individu hebat pada hari ini dan
dapat menyumbang kepada bangsa dan negara pada masa
hadapan?
Kata-kata yang lemah lembut dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras
~Hamka~
sambungan ...
PEDOMAN...
RINGKAS DAN PADAT
Pastikan panjang visume anda tidak melebihi durasi masa yang
ditetapkan. Biasanya tidak melebihi tiga (3) minit. INGAT!!! Lebih
panjang visume anda tidak bermakna lebih baik bahkan mungkin
membosankan dan tidak ditonton. JANGAN berlebih-lebihan!!!
AWAS PERANGKAP MASA
Anda biasanya diberi masa sekurang-kurangnya seminggu untuk
menyiapkan visume. Sekiranya kurang daripada itu pun, urus
masa penyediaan dengan baik. Amalkan 3S - semak, semak dan
semak sehingga anda benar-benar berpuas hati dengan hasil kerja
anda. INGAT!!! Elakkan kerja pada saat akhir sehingga anda tidak
sempat membuat penyuntingan langsung!
IKUTI SYARAT & PANDUAN
Sekiranya anda menerima tawaran temu duga yang meminta
anda menghantar visume, bacalah arahan dan panduan yang
diberi dengan teliti terlebih dahulu. INGAT!!! Jangan kongsikan
sesuatu melebihi apa yang diperlukan. Setiap organisasi/
universiti menetapkan kriteria yang mungkin berbeza mengikut
keperluan masing-masing. BUKAN hanya anda seorang calon yang
akan dinilai. Fokus kepada informasi yang diminta sahaja.
Mengikut arahan dan peraturan mencerminkan sifat akauntabiliti.
TINGGALKAN KATA-KATA
MENARIK
Jangan lupa untuk mengakhiri visume anda dengan kata-kata atau
frasa kata yang mampu menarik perhatian pembaca untuk
mengambil tindak susul atas permohonan anda. Seperti sebuah
filem yang baik, epilog cerita biasanya diakhiri dengan sesuatu
yang meninggalkan kesan di hati penonton atau mampu mengajak
penonton berfikir! Sebagai contoh, paling kurang anda boleh
meninggalkan pesan kepada pembaca untuk melayari `linkedin
profile' anda bagi mengenali anda dengan lebih lanjut.
DAPATKAN PANDANGAN KEDUA
Pastikan anda kongsikan visume anda dengan mentor anda seperti
guru pembimbing, rakan yang dipercayai atau ahli keluarga yang
berpengalaman dalam pengambilan pekerja atau bidang ilmu.
Mintalah pandangan mereka. Lakukan semakan, ulangan rakaman
dan penyuntingan sekiranya perlu bagi memantapkan lagi
persembahan visume anda.
Selamat maju jaya!!!
Akal adalah timbangan yang cermat dan hasilnya pasti dapat dipercaya
~Ibnu Khaldun~
YANG PATUT DILAKUKAN &
YANG PATUT DIELAKKAN
Ilmu ialah ketibaan sesuatu makna, hasil maklumat yang benar ke dalam diri seseorang
~ Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas~
Penampilan ~ pakaian formal lebih Pakaian santai, selekeh, seksi,
baik dan `selamat' mencolok mata
pandang tepat ke kamera terlalu menumpu kepada kisah
senyum peribadi. Jangan membadutkan diri
bahasa badan yang sederhana dengan menceritakan sesuatu yang
sopan, gerak-geri terkawal
tidak perlu orang tahu.
berlatih apa yang akan anda gerakan tangan, badan berlebih-
katakan beberapa kali supaya anda lebihan
mekap yang tebal, keterlaluan
kelihatan natural dan lancar di aksesori berlebihan
hadapan kamera
pencahayaan yang baik, bercakap terlalu cepat
rakaman terang, jelas, tiada menggunakan slanga
pantulan cahaya menggunakan frasa seperti
tiada gangguan bunyi, suara `um', `so', `ah' dll. berulang-
dapat didengari dengan jelas ulang kali
ulang tonton video anda beberapa jangan sesekali menjangkakan
kali dan buat penyuntingan sehingga visume sebagai ganti resume
tradisional. Fungsi berbeza.
anda benar-benar berpuas hati.
Minta pandangan beberapa orang Buat yang terbaik!!!
lain untuk memberi pandangan.
`Barangsiapa bersungguh-sungguh, dapatlah ia.'
~Pepatah Arab~
sambungan...
PENAMPILAN DIRI
Sesungguhnya Allah Maha Penyantun, Dia menyukai sifat penyantun (lemah -lembut).
Allah akan memberikan sesuatu dalam sikap santun yang tidak diberikan pada sikap
kasar atau sikap selain itu
~ Hadis Riwayat Muslim no. 2593~
PANDUAN UNTUK CALON LELAKI
PILIHAN KEMEJA:
lengan panjang
berbutang kemas.
kemeja kosong tidak
bercorak
warna putih lebih baik
atau warna cerah dan
lembut.
PILIHAN SELUAR:
jenis `slack'
warna gelap. Hitam lebih
baik atau kelabu gelap atau
biru gelap.
jalur PILIHAN TALI LEHER:
gaya profesional seperti
polos polka dot polos, jalur, polka dot,
berkotak atau paisley
berkotak paisley elak corak kartun
warna mengikut pilihan
pemakai
elak warna terlalu
terang
IPILIHAN KASUT:
Kulit
warna hitam
bertumit
bertali atau tanpa tali
PILIHAN TALI PINGGANG
Kulit
Kepala tali pinggang jenis
selak atau klip
Saiz kepala tali pinggang
tidak melebihi 2 inci
IPILIHAN JAM TANGAN:
Tali besi keluli lebih sesuai
untuk formal
`Dress watch' bertali kulit
juga boleh digunakan bracelet watch dress watch
ILAIN-LAIN:
Calon temu duga biasiswa lebih sesuai memakai blazer/kot
supaya kelihatan profesional
Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat
~Imam Shafie~
sambungan...
PENAMPILAN DIRI
JIka nasihat yang baik tidak memberikan pengaruh bagi perubahan seseorang,
ketahuilah bahawa hatinya itu kosong
~ Saidina Abu Bakar as-Siddiq~
X UNTUK CALON LELAKI
Baju Melayu hanya sesuai untuk menghadiri majlis pernikahan atau Hari Raya
atau majlis rasmi negara. Warna hitam untuk menghadiri Majlis Penganugerahan .
Baju batik lengan panjang hanya Baju kurta, raihan atau jubah lebih
untuk ke majlis minum petang atau sesuai untuk ke masjid, majlis agama
makan malam atau pakaian atau harian
penjawat awam pada hari Khamis
Warna dan corak kot/blazer yang tidak tepat atau pemakaian tuxedo, memakai
`bow tie' - hanya sesuai untuk ke `grammy award'
kemeja/ t-shirt bercorak, berbelang, lengan pendek, berlengan panjang (tanpa
tali leher) tidak sesuai untuk dipakai untuk temu duga atau visume
seluar jenis `jeans' , khaki, `track bottom' hanya untuk pakaian kasual atau
harian sahaja
”Orang yang cantik tidak selalunya baik tetapi orang baik sentiasa kelihatan cantik.”
~ Saidina Ali bin Abi Talib~
sambungan...
PENAMPILAN DIRI
Keindahan tidak terletak pada pakaian yang menghiasi kita, keindahan yang
sesungguhnya ialah keindahan ilmu dan adab
~ Pepatah Arab~
PANDUAN UNTUK CALON WANITA
Penampilan diri merupakan elemen pertama yang memberi gambaran awal
tentang diri calon. Sikap berlebih-lebihan atau terlalu berfokus kepada
penampilan luaran menyebabkan calon wanita sering `terperangkap' dengan
fesyen. Berikut merupakan tips mudah yang sesuai untuk penampilan calon
dalam penghasilan visume ke universiti dan permohonan biasiswa. Panduan
penampilan ini juga sesuai untuk calon temu duga tidak bersemuka (secara atas
talian) atau temu duga bersemuka. INGAT! bersederhana itu lebih baik. Anda
perlu kelihatan formal dan profesional sesuai dengan status anda sebagai
pelajar.
PILIHAN PAKAIAN YANG BIJAK & SELAMAT
1) BAJU KURUNG,KEBAYA LABUH, PUNJABI SUIT
(KAUM INDIA SAHAJA)
Pastikan baju anda labuh di bawah paras
pinggul!
Pastikan tidak ketat dan tidak jarang sehingga
menampakkan bentuk tubuh
Baju polos (kosong dan tidak bercorak) adalah
lebih baik supaya anda kelihatan profesional dan
berkeyakinan
Warna gelap lebih sesuai untuk baju polos. ELAK
WARNA HITAM seperti anda menghadiri majlis
makan malam atau majlis pengkebumian!
Jika bercorak, pastikan tidak sarat dan minimalis
supaya anda kelihatan lebih `manis' dan elegan
sesuai dengan status anda sebagai pelajar remaja.
Pastikan rona warna lembut, cerah dan tidak
terlalu terang. Warna pastel adalah pilihan bijak
baju tidak terlalu berwarna-warni melebihi 4 warna
baju potongan sederhana dan tidak mencolok mata
lebih baik dan sopan
gunakan material yang sesuai, tidak melekat di
badan, tidak jarang dan tidak berkilat
2) SUIT
Pastikan baju anda labuh di bawah
paras pinggul!
Gabungan 2 pieces/ 3 pieces suit yang
terdiri daripada: kot, kemeja, skirt
labuh/seluar/ skirt bawah paras lutut
(nonmuslim)
Sut dipakai dengan kemeja lengan
panjang yang dibutangkan
berwarna hitam @ gelap
AKSESORI TAMBAHAN
kerongsang
sederhana
Seutas jam tangan Seutas rantai Sebentuk cincin kasut hitam bertutup penuh
(bracelet @ dress tangan di jari manis hadapan & belakang, bertumit
watch) 1-2 inci terpisah daripada
tapak
”Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya adalah wanita solehah.”
(HR.Muslim, Ibnu Majah dan An Nasai)
sambungan...
PENAMPILAN DIRI
Nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya kerana terasa pahit oleh hawa nafsu
yang menyukai segala yang terlarang
~ Imam Ghazali~
X UNTUK CALON WANITA
baju kurung potongan pendek separas pinggul seperti baju kurung kedah,
pepelum, potongan kebaya pendek, kebaya nyonya atau kota bharu tidak sesuai
dipakai untuk ke temu duga atau visume
`dress' labuh atau singkat, baju terlalu ketat, jarang dan mencolok mata tidak
sesuai pelajar gayakan untuk menghadiri temu duga atau visume
ELAK baju yang terlalu sarat aksesori seperti labuci berkelip-kelip, tampalan
bunga penuh, kerawang - hanya sesuai untuk menghadiri kenduri dan majlis
ELAK pakaian tradisional mengikut ELAK pakaian santai, romper atau
kaum yang mencolok mata `jumpsuit'
INGAT!!! BERSEDERHANA ITU LEBIH BAIK
”Sesiapa yang menjauhkan diri daripada sifat suka mengeluh maka bererti ia mengundang kebahagiaan.”
~ Saidina Abu Bakar as-Siddiq~
GAYA TUDUNG
YANG PATUT DIELAKKAN
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya
~Hamka~
Masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita adalah
terperangkap dalam fesyen!!! Pelbagai jenis gaya tudung menjadi
kegilaan dan pilihan wanita Islam di Malaysia terutamanya untuk
bergaya. Walau bagaimanapun, tidak semua gaya tudung ini sesuai untuk
digayakan semasa menghadiri temu duga, rakaman resume video
mahupun gambar yang dipaparkan dalam resume malah ketika
menghadiri acara rasmi dan formal. Berikut merupakan antara contoh
tudung yang tidak sesuai digayakan;
Gaya tudung penari kebudayaan Gaya tudung selebriti
Gaya tudung bertingkat-tingkat Gaya tudung berlilit-lilit
Gaya rambut Gaya turban
Gaya instant/ sarung Gaya tudung bertopi
Gaya tudung pelik Gaya tudung dedah leher
Gaya tudung ikat belakang Gaya tudung simpul bunga/ hippies
Gaya tudung dengan aksesori tudung manik/ renda penuh
orang yang bijaksana membetulkan kesilapan diri dengan melihat kesilapan orang lain
~Ibnu Sina~
CIRI-CIRI VIDEO RESUME
YANG BAIK
Setiap segala sesuatu itu ada kelebihannya, maka janganlah suka meremehkan atau
merendahkan
~Saidina Abu Bakar as-Siddiq~
Resume video BUKAN memaparkan senarai pendek pencapaian dan kejayaan
anda yang diceritakan dalam bentuk drama. Resume tradisional lebih baik dan
berkesan bagi tujuan itu. Visume sewajarnya mampu menyerlahkan kualiti dan
nilai tambah diri anda yang tidak dapat dizahirkan melalui tulisan seperti
bercakap dengan fasih, karisma, nilai kecindan, mesra dan sopan.
Berikut beberapa kriteria yang anda perlu beri perhatian sebelum anda
menghantar resume video:
1 TETAPKAN SATU SASARAN
Walaupun anda memohon kerjaya atau bidang yang sama
tetapi setiap syarikat atau universiti mempunyai objektif
yang berbeza dan menetapkan kriteria yang berbeza bagi
calon yang ingin dipilih. Hasilkan visume yang berbeza
mengikut keperluan dan kesesuaian. Serlahkan kreativiti
anda.
2 HASIL YANG SEMPURNA
Anda tidak perlu menjadi penyunting video yang hebat
untuk menghasilkan kerja yang hebat. Gunalah pola
contoh profesional yang mudah didapati, cuma anda kena
rajin mencari dan mencuba. Jangan memalukan diri
dengan hasil kerja yang tidak sempurna dan hanya layak
dibakulsampahkan. Anda ingin menjadi pilihan terbaik
bukan?
3 FORMAT NOVEL
Tunjukkan kemahiran anda dalam menyusun atur ayat,
mengadun jalan cerita, membuat persembahan dan
menyunting yang dapat menggambarkan anda sebagai
seorang yang cekal, peka dan kreatif yang bersedia
mendepani cabaran dalam bidang pendidikan mahupun
kerjaya.
4 TEPAT, BENAR DAN JELAS
Pastikan maklumat yang anda kongsikan tepat, benar dan
jelas. JANGAN sesekali memberi maklumat palsu. Jika
anda memberi pandangan, pastikan pandangan anda
berdasarkan sumber yang sahih dan bukan berdasarkan
fikiran anda semata-mata.
5 PERAGA KEMAHIRAN
Pastikan anda memperagakan kemahiran anda
BUKAN sekadar senarai kebolehan. Hakikatnya anda
sedang memasarkan kelebihan anda, jadi tunjukkan yang
terbaik daripada anda.
Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar disebabkan niat, dan betapa banyak pula amalan yang besar
menjadi kecil hanya kerana niat
~Abdullah bin Mubarak~
sambungan... PAPAR ELEMEN VISUAL
6 Anda boleh memaparkan elemen visual bagi mengiringi
butir isi yang anda katakan sama ada ia berupa teks
sarikata ringkas, gambar, sedutan video, atau apa sahaja
yang boleh memberi emosi kepada persembahan visume
anda. Anda akan cepat merasa bosan dan hilang fokus jika
hanya mendengar ungkapan kata-kata sahaja bukan?!
7 LAKAR NILAI TAMBAH
JANGAN ambil mudah! Anda mesti bijak mengetengahkan
nilai tambah yang ada pada diri anda. Mungkin kemahiran
anda biasa-biasa sahaja TETAPI jika anda dapat
mengolahnya dalam penceritaan yang baik, itu
merupakan nilai tambah bagi anda!
8 KEMAHIRAN MULTIMEDIA
Tunjukkan kemahiran multimedia anda. Anda boleh
mencantum-cantumkan hasil kerja multimedia anda
menjadi sebuah karya visume yang menarik.
9 HADIRKAN BUKTI
Hadirkan bukti atau sumber yang menyokong penyataan
anda seperti sijil, gambar, video dll. atau mungkin
rakaman petikan testimoni rujukan anda! (spt:
guru/pensyarah, majikan lama)
10 PERSEMBAHAN KREATIF
Pamerkan kreativiti dalam karya resume video anda
walaupun hanya pada prolog sebagai pengenalan
persembahan yang mampu menarik perhatian
penonton/penilai.
11 SESUAIKAN NADA SUARA
Skrip penulisan tidak bersuara. Anda perlu kreatif
memindahkan penulisan dalam bentuk kata-kata
menggunakan nada dan intonasi yang sesuai dan
bersahaja supaya anda tidak kedengaran seperti
membaca atau menghafal skrip! Ulang baca berkali-kali
sehingga persembahan anda kelihatan normal dan
menarik untuk didengari.
12 LAKUKAN SUNTINGAN
Proses penyuntingan BUKAN tentang menggunakan kesan
khas. Ia adalah tentang menjadikan jalan cerita video
anda ringkas, tepat, jelas dan saling berkesinambungan.
Berfikirlah positif, tidak kira seberapa sukar kehidupanmu
~Saidina Ali bin Abi Talib~
PROSES MENGHASILKAN
RESUME VIDEO
Orang bodoh adalah yang terlalu yakin akan kelebihan dirinya, dan orang cerdas
adalah yang lebih melihat kekurangan dirinya
~ Imam Ghazali~
LANGKAH 1 LANGKAH 2
SEDIAKAN RESUME TETAPKAN FOKUS PILIHAN
Tulis resume. Anggap sebagai Tetapkan; apa mesej yang ingin
asas skrip. Gunakan contoh sedia disampaikan kepada penilai? anda
ada yang anda boleh dapati ingin bercerita lebih tentang
dalam pelbagai aplikasi media. kemahiran anda atau pengalaman
anda berkaitan kursus yang
LANGKAH 3 dipohon? personaliti atau nilai?
PILIH FORMAT LANGKAH 4
Tentukan format persembahan TULIS SKRIP CERITA
resume video anda;
skrip cerita perlu mengandungi
penceritaan (narration) tiga elemen;
temu duga (interview)
projek pameran (project pengenalan
showcase) ringkasan pengalaman dan;
putaran filem (reel) atau; rumusan/penutup
gabungan format (mix)
LANGKAH 6
LANGKAH 5
RAKAMAN
ELEMEN TAMBAHAN
Pastikan anda dalam keadaan
Masukkan elemen tambahan terbaik dan bersedia untuk
seperti; rakaman.Pastikan kualiti audio
yang baik dan latar yang sesuai
pencapaian-pencapaian supaya anda didengari dan
penting dan bermakna dilihat.
(significant accomplishment) Pastikan anda senyum, ceria,
pautan (clickable) seronok dan bertenaga!
muzik ringan
informasi grafik
LANGKAH 7
SEMAK & SUNTING
Pastikan anda lakukan semakan
dan suntingan beberapa kali
sehingga anda benar-benar
berpuas hati. Minta pandangan
orang yang arif. Baik pada anda
belum tentu baik pada orang lain!
Orang yang paling aku sukai ialah orang yang mahu menunjukkan kesalahanku
~Saidina Umar al-Khatab~
FORMAT
VIDEO RESUME
Orang Bukanlah semata-mata dengan banyak ilmu sahaja manusia berharga, yang
lebih penting adalah hasil kekuatan fikiran yang telah berilmu itu
~ Hamka~
PENCERITAAN (NARRATION)
Bercakap secara santai dan bersahaja di hadapan kamera
memerlukan keyakinan diri yang tinggi menggunakan
pendekatan atau kaedah extemporaneous (cukup persediaan,
tidak kelihatan seperti menghafal atau membaca teks). Anda
perlu;
bijak menguasai emosi pendengar (penilai),
kreatif menggunakan bahasa bukan lisan (temuan mata,
ekspresi wajah, gerak tangan, gaya diri yang sesuai) serta
taktikal menggunakan suara dan sebutan, nada dan
intonasi yang tepat dan sesuai.
Jika tidak, lupakan sahaja. Visume anda kelihatan `malas' dan
membosankan!!!
TEMU DUGA (INTERVIEW)
Mintalah rakan anda untuk menmainkan peranan sebagai
penemu duga dan sudah tentu fokus utama adalah anda yang
akan menjawab soalan bagi memperkenalkan diri. Atau, anda
boleh sahaja beraksi sebagai penemu duga dan calon. Sesi
perbualan boleh berlangsung secara santai dan natural tetapi
masih formal. Walau bagaimanapun, anda perlu bijak
mengurus masa supaya anda tidak terlepas isi-isi penting
yang ingin dikongsikan atau sesi temu duga menjadi sesi
perbualan yang membosankan.
PROJEK PAMERAN (SHOWCASE)
Apa yang anda lakukan adalah lebih penting daripada apa
yang anda ucapkan. Tunjukkan bukti berdasarkan sebarang
maklumat yang anda kongsikan sama ada berupa gambar
ataupun video . Tidak perlu kongsikan semua perkara
sehingga mengganggu fokus utama. Pastikan anda memberi
tumpuan kepada beberapa perkara yang benar-benar
memberi impak besar kepada pemilihan kursus anda.
Kadang-kadang sedikit yang bermakna lebih baik daripada
banyak tetapi tidak jelas hala tuju. Pastikan anda
memaparkan gambar atau video anda!
PUTARAN FILEM (SHOWREEL)
Seperti projek pameran, anda menghadirkan bukti bagi
maklumat yang anda kongsikan tetapi dalam bentuk aksi.
Sebagai contoh anda seorang yang aktif bermain bola sepak
dan pernah mewakili daerah ke peringkat negeri. Anda
berhasrat mengikuti kursus Sains Sukan. Tunjukkan beberapa
aksi kemahiran anda bermain bola!. Pastikan aksi anda
semula jadi dan tidak dibuat-buat serta mempamerkan
kemahiran yang tepat. Jika tidak anda akan kelihatan seperti
badut.
GABUNGAN FORMAT (MIX)
Menggabungkan ciri-ciri kekuatan dari setiap format di atas
adalah pendekatan yang sangat berkesan. Sebagai contoh ,
anda menggunakan pendekatan penceritaan dan diselakan
dengan mempamerkan gambar-gambar sebagai bukti dan
sedikit aksi langsung bagi menunjukkan penguasaan
kemahiran anda. Sudah tentu hasil visume anda akan lebih
menarik dan interaktif bukan! Walau bagaimanapun, INGAT!
Jangan berlebih-lebihan hingga hilang fokus daripada tujuan
visume. Anda ingin memohon kursus di universiti BUKAN
kerjaya sebagai pengarah filem.
Ilmu tidak akan dapat diraih kecuali dengan ketabahan
~Imam Shafie~
LANGKAH MENYEDIAKAN
SKRIP & JALAN CERITA
Semulia-mulia manusia yang mempunyai adab; merendahkan diri ketika berkedudukan
tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan~
Penyediaan skrip dan/atau jalan cerita (storyboard) sangat penting atas kerana;
Ia dapat membantu anda mengorganisasi idea anda
cara terbaik untuk anda menyampaikan idea kepada orang lain atau
berkongsi idea dengan orang lain. Penting untuk mendapatkan pandangan
kedua supaya anda tidak syok sendiri, memastikan mesej yang disampaikan
jelas dan difahami serta mengurangi kesilapan dan ketidaklancaran semasa
proses rakaman
anda dapat mengkoordinasi idea yang penting dan yang kurang penting.
Terdapat enam langkah yang dapat membantu anda menghasilkan skrip dan
jalan cerita yang baik.
1 TETAPKAN OBJEKTIF
Anda mesti jelas dengan idea yang ingin disampaikan.
Tanyalah pada diri, apa yang anda penonton (penilai)
rasakan selepas menonton visume anda? adakah anda
menepati kriteria pelajar yang diinginkan? adakah anda
yang terbaik? adakah anda layak diterima sebagai pelajar
kursus yang dimohon?
2 LAKUKAN SUMBANG SARAN
Kumpul, catat dan lakar segala maklumat yang anda ingin
kongsikan dalam visume sebanyak mungkin. Pilih beberapa
yang berkaitan dengan kursus pilihan anda. Pastikan
hanya maklumat yang terbaik yang sangat menyokong
permohonan kursus anda!
3 SUSUN GARIS MASA CERITA
Susun maklumat anda menjadi satu rangka cerita.
Tentukan permulaan, pertengahan dan pengakhiran cerita.
Tentukan aspek mana yang anda rasa sangat membantu
menonjolkan sisi terbaik anda dalam kursus yang dimohon.
Boleh jadi berdasarkan sikap dan personaliti anda yang
terbentuk daripada pengalaman, atau kemahiran yang
anda kuasai hasil pembelajaran, atau pencapaian
cemerlang yang konsisten dalam akademik!
4 MULA MENULIS & MELUKIS
Setelah anda mendapat gambaran jelas tentang kerangka
cerita anda, jangan buang masa, mulalah menulis skrip
atau melukis jalan cerita anda atau kedua-duanya sekali!
5 TAMBAH PERINCIAN
Baca berulang kali teks tulisan atau lakaran anda. Tambah
maklumat yang kurang atau buang yang kurang atau tidak
penting. Fikirkan perincian lain seperti gambar, video, aksi
yang ingin anda masukkan dan `mencantikkan' lagi
persembahan visume anda. INGAT! Hal yang besar
seringkali bermula dari hal yang kecil.
6 DAPATKAN MAKLUM BALAS
Jangan lupa, minta pandangan orang yang arif untuk
memberi maklum balas tentang skrip atau jalan cerita
anda. Jangan perasan bagus. Tidak rugi belajar untuk
memperbaiki kelemahan.
Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya
~Saidina Ali bin Abi Talib~
KESALAHAN DALAM
VIDEO RESUME
Menambah ilmu penting tetapi yang lebih penting menuntut kekuatan fikiran itu
menurut jalan yang betul
~ Hamka~
LATAR BELAKANG PERMULAAN & PENUTUP
`SEMAK' & `SESAK" VIDEO TIDAK DISUNTING
DENGAN BAIK
Neutral, polos adalah lebih baik atau
guna teknik `layar hijau' Hadirkan `rasa ingin tahu' pada awal
video. Kongsi `impian' anda pada akhir
PENCAHAYAAN LEMAH persembahan. Video anda perlu `hidup'
dan `bernyawa'
Pastikan cahaya cukup, terang,
tidak berbayang, tidak silau SUDUT PENGGAMBARAN
LEMAH
Fokus utama adalah penyampai -
ANDA serta bahan sokongan yang
disertakan BUKAN persekitaran
MEMBACA `TEKS' HUBUNGAN MATA
LEMAH
Penyampaian perlu bersahaja,
lancar, tidak tersekat-sekat Pandang tepat ke kamera supaya
anda nampak meyakinkan
SPONTAN TANPA
PERSEDIAAN AWAL KUALITI AUDIO
LEMAH
Buat persediaan. Video resume
adalah rakaman. Anda boleh rakam Elak gangguan bunyi dan muzik
latar yang bising. Suara dan
berulangkali untuk hasil terbaik. sebutan hendaklah jelas dan terang,
nada dan intonasi yang tepat, sesuai
KISAH PERIBADI dengan penceritaan.
Elak berkongsi semua maklumat TERLEBIH MEKAP,
peribadi anda. Visume bukan untuk AKSESORI
meraih simpati Jadi diri anda, tidak perlu berlebih-
lebihan. Bersederhana itu lebih baik.
PERASAN BAGUS Visume BUKAN tempat uji bakat
pelakon baharu !!!
Ikutlah resmi padi, makin berisi
makin tunduk... PERLAKUAN `TIDAK
BIJAK'
Elak mengulangi perlakuan atau
perkataan yang sama seperti
menyentuh hidung atau muka,
ummph..
Jadilah orang yang bermartabat, jujur dan selalu menyampaikan kebenaran
~Saidina Umar al-Khatab~
BAB 3:
Persembahan
Video Resume
MENGENALI DIRI SENDIRI JAUH LEBIH SUKAR DARIPADA INGIN
MENGETAHUI PERIBADI ORANG LAIN, OLEH ITU
KENALILAH DIRIMU SEBELUM MENGENALI PERIBADI ORANG LAIN
~HAMKA~
PERSEMBAHAN
VIDEO RESUME
Jangan takut salah kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah
pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua
~ Hamka~
APA YANG PERLU ADA?
Salah satu tujuan video resume adalah untuk memberi peluang kepada
penilai mengenali diri calon. Ia merupakan satu bentuk temu duga tidak
bersemuka atau komunikasi sehala. Seolah-olah anda menghadiri temu
duga, kedua-dua bentuk komunikasi lisan dan bukan lisan sangat penting
bagi mempromosikan diri anda untuk dikenali penilai.
Secara ringkas, VIDEO = visual + audio
Tiga (3) elemen penting yang perlu ada dalam video resume adalah:
visual
audio
resume - penyataan peribadi
Terdapat juga universiti yang meletakkan syarat tambahan berbentuk
soalan isu semasa untuk kursus-kursus tertentu yang ditawarkan. Kaedah
pengucapan awam adalah pendekatan terbaik bagi menampakkan
kebolehan calon dalam pelbagai kemahiran selain penguasaan ilmu dan
pengetahuan luas tentang sesuatu isu.
ELEMEN VISUAL
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, visual bermaksud
berdasarkan penglihatan; dapat dilihat. Oleh sebab video
resume bertujuan untuk memberi peluang kepada calon
memperkenalkan diri, sudah tentu beberapa perkara ingin
dilihat oleh penilai;
susuk tubuh atau keadaan fizikal calon. Sangat penting
untuk calon menampakkan diri sekurang-kurangnya
dari aras pinggang ke atas supaya gerak tangan,
postur badan calon dapat dilihat oleh penilai.
Sebahagian permohonan kursus juga mengkehendaki
agar anda menunjukkan keseluruhan diri anda!
postur: posisi atau sikap tubuh calon terutamanya
semasa duduk, berdiri . Gaya diri yang baik dapat
menonjolkan keterampilan dan keyakinan diri calon.
komunikasi bukan lisan terutamanya bahasa badan.
Menurut kajian terdapat lima (5) jenis bahasa badan:
komunikasi tangan (gesture), komunikasi senyum,
komunikasi kepala - ekspresi wajah, komunikasi
renungan mata (eye contact) dan komunikasi
bersalam. Selain bersalam, komunikasi badan lain
mampu memberi impak penting kepada penilaian ke
atas calon.
Selain diri anda, sangat penting untuk anda menyertakan
bahan bukti bagi menyokong maklumat yang anda nyatakan.
Bahan bukti seperti;
gambar sijil anugerah/penghargaan/penyertaan
gambar anda sedang menjayakan aktiviti atau sedang
menerima anugerah
petikan video anda sedang beraksi
Bayangkan jika anda membeli sesuatu barang yang
dipromosikan, sudah tentu anda juga ingin melihat barang
yang ditawarkan bukan?!!!
Tidak ada kekayaan seperti pengetahuan, tidak ada kemiskinan seperti ketidaktahuan'
~Saidina Ali bin Abi Talib~
sambungan ...
APA YANG PERLU ADA?
ELEMEN AUDIO
Audio bermaksud sesuatu yang berkaitan dengan bunyi atau
pendengaran, daripada satu bahasa perhubungan melalui
saluran pendengaran (Kamus Dewan Edisi Keempat). Dalam
konteks penghasilan video resume, audio berkait dengan suara
calon dan muzik latar (elemen tambahan jika perlu). Calon perlu
`didengari' untuk dinilai. Melalui resume, calon dinilai
berdasarkan `apa yang ditulis', manakala melalui video resume,
calon dinilai berdasarkan `apa yang dilihat dan didengar'.
Bayangkan anda menonton filem tanpa suara seperti watak
`Charlie Chaplin' atau `Mr Bean', anda boleh membuat pelbagai
tafsiran berdasarkan aksi yang dilakonkan. Anda tidak mahu
kelihatan seperti `badut' bukan?!!! Sudah tentu anda ingin dinilai
secara adil dan baik oleh penilai. Jadi... sampaikan dengan jelas
tentang diri anda untuk `didengari'.
Beberapa perkara penting berkait dengan`suara' perlu diberi
perhatian oleh calon untuk penghasilan video resume yang baik dan
`didengari';
kejelasan suara: pastikan rakaman suara anda boleh didengari secara
langsung dengan jelas dan terang sama ada melalui komputer atau
telefon bimbit tanpa menggunakan bantuan alat pendengaran.
kejelasan sebutan: pastikan anda menyebut setiap patah perkataan
dengan jelas dan terang satu-persatu. ELAK penggunaan slanga,
bahasa bombastik, bahasa pasar, bahasa rojak yang menunjukkan
kelemahan penguasaan bahasa anda.
nada dan intonasi: pastikan suara anda tidak mendatar dan
membosankan. Gunakan nada dan intonasi yang sesuai dengan isi
penceritaan anda. ELAK daripada anda kedengaran seperti membaca
atau menghafal skrip!
penyampaian: ada pelbagai teknik pengucapan boleh anda gunakan
untuk menjadikan persembahan video resume anda menarik dan
`hidup'. Anda perlu kedengaran ceria dan bersemangat untuk
didengari dengan baik.
ELEMEN RESUME:
PENYATAAN PERIBADI
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, resume bermaksud keterangan
ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerjaya
seseorang. Video resume merupakan salah satu bentuk resume yang
dihasilkan dalam bentuk rakaman video berbanding resume lain yang
dihasilkan secara penulisan. Oleh sebab resume merupakan dokumen
yang biasanya digunakan dalam proses permohonan sesuatu seperti
kursus di universiti, biasiswa atau kerja maka, isi kandungan yang
perlu disampaikan adalah sama mengikut tujuan permohonan.
Bagi tujuan permohonan kursus di universiti, terdapat beberapa
elemen yang perlu ada dalam video resume;
maklumat diri
kekuatan diri atau nilai tambah yang dimiliki calon
kursus pilihan - apa, mengapa dan di mana
perancangan masa akan datang
LAIN-LAIN: mengikut keperluan kursus atau universiti
yang dipohon
Ilmu itu dimiliki dengan lidah yang banyak bertanya dan akal yang gemar berfikir
~Abdullah Ibn Abbas~
PENYATAAN PERIBADI
Ilmu adalah cahaya penyuluh dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu ia dapat
membimbing manusia ke arah kebaikan serta mengeluarkan diri manusia daripada
kegelapan dan kejahilan kepada cahaya dan kebenaran
~Imam Shafei~
Berdasarkan beberapa panduan penyediaan video resume yang disediakan
oleh institusi pendidikan tinggi tempatan seperti UKM, USM, UM, UTM, UPSI,
dan UiTM, terdapat beberapa persamaan elemen yang diperlukan oleh pihak
fakulti dan universiti. Beberapa elemen wajib adalah;
maklumat diri
kursus pilihan - apa, mengapa, di mana
kekuatan/ kelebihan diri atau nilai tambah yang dimiliki calon
perancangan masa akan datang
LAIN-LAIN: mengikut keperluan kursus atau universiti yang dipohon
PENGENALAN DIRI
Beberapa maklumat asas perlu dinyatakan dengan jelas oleh
calon sebagai tanda pengenalan diri seperti;
nama: sangat penting untuk anda menyatakan nama anda
dengan jelas, terang dan yakin. Ia secara tidak langsung
menggambarkan keperibadian anda. Berbanggalah dengan
nama yang anda miliki!
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya kamu semua akan
dipanggil pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan
nama bapa-bapa kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu."
(Riwayat Abu Dawud)
asal: sekurang-kurangnya penilai boleh tahu di mana anda
tinggal dan dibesarkan
pencapaian akademik tertinggi: maklumkan dengan jelas
pencapaian dan di mana anda menerima pendidikan terakhir
sedikit maklumat keluarga seperti bilangan adik-beradik dan
kedudukan dalam keluarga, nombor kad pengenalan (jika
perlu atau diminta)
pencapaian/ penglibatan/sumbangan tertinggi: Anda mungkin
seorang yang sangat aktif. Tidak mungkin anda dapat
menceritakan semua penglibatan anda dalam pelbagai
aktiviti. Fokus kepada dua atau tiga aktiviti yang disertai
dalam tempoh tiga tahun terkini (sekiranya anda pelajar
matrikulasi, bermakna aktiviti semasa anda di tingkatan 4 dan
5 serta di matrikulasi). Ceritakan secara ringkas impak
daripada aktivti yang disertai dalam pembinaan karakter /
keperibadian/ cara fikir anda pada hari ini. Lebih baik
sekiranya ia dapat menggambarkan ciri keperibadian yang
padan dengan kursus yang anda pilih.
KURSUS PILIHAN
Anda perlu jelas dengan kursus pilihan anda.(what?) Anda perlu
nyatakan dengan jelas nama kursus yang ditawarkan di universiti
pilihan anda dan `tahu' tentang kursus tersebut. Sebagai contoh:
Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian
Jelaskan sebab anda tertarik dengan kursus tersebut (why?)
Jelaskan sebab anda berhasrat mengambil kursus tersebut di
universiti yang dipilih (why?)
Jelaskan sebab anda layak untuk dipilih sebagai pelajar dalam kursus
tersebut (why?)
Daripada beratus-ratus permohonan Ijazah Sarjana Muda dalam kursus-
kursus tertentu, anda melepasi tapisan awal dengan terpilih untuk
menghantar video resume. Inilah masanya untuk anda meyakinkan
penilai bahawa anda berhak diberi peluang untuk menjadi salah seorang
pelajar dalam kursus tersebut di universiti yang anda impikan. Buktikan
kesungguhan anda !!!
Seandainya tiada ilmu nescaya manusia itu seperti haiwan
~Pepatah Arab~
sambungan...
KEKUATAN/KELEBIHAN DIRI
Kekuatan diri merupakan elemen yang memberi nilai tambah atau kredit
kepada calon berbanding calon lain. Aspek ini mampu memperlihatkan
sejauhmana anda mengenali diri anda dan bagaimana ia mampu membantu
anda mencapai impian anda satu hari nanti. Setiap orang mempunyai potensi
diri yang berbeza. Walau bagaimanapun, anda tidak akan sempat untuk
menceritakan semuanya dalam masa 2-3 minit durasi keseluruhan visume
anda (termasuk beberapa elemen lain yang disenaraikan).
INGAT!!! Beri fokus keutamaan. Anda boleh menceritakan kekuatan diri anda
sekurang-kurangnya berdasarkan tiga prinsip KSA:
K (knowledge) - contoh: pencapaian cemerlang anda yang konsisten
dalam akademik/ subjek tertentu (dibuktikan dengan menerima anugerah
pelajar terbaik)
S (skill) - kecekapan, kepandaian atau bakat yang dimiliki dalam sesuatu
(Kamus Dewan Edisi Keempat).
A (attitude) - sikap anda mencerminkan keperibadian anda. Berhati-hati
menjelaskan tentang sikap. Pastikan apa yang anda katakan seiring
dengan apa yang anda pamerkan menerusi video anda!
PERANCANGAN MASA AKAN DATANG
Anda perlu tahu dengan jelas matlamat anda supaya anda dapat
menggambarkan dengan jelas perancangan anda pada masa akan
datang. Ia bukan hanya tentang apa yang anda inginkan tetapi juga
apa yang anda mampu berikan.
Ceritakan impian anda dan impian yang ingin dikongsikan bersama-
sama untuk negara tercinta.
Hal ini bagi mengukuhkan penyataan bahawa anda layak untuk
diberi peluang dan terpilih menjadi salah seorang pelajar kursus
yang anda mohon di universiti yang anda pilih. Anda boleh menilai
kejelasan matlamat anda dengan melihat berdasarkan konsep
SMART:
S (spesific) spesifik: anda mesti dapat menceritakan dengan jelas
perancangan anda selepas tamat pengajian di universiti dan
sebabnya.
M (measurement) boleh diukur: anda mesti dapat menetapkan
ukuran yang jelas bila atau bagaimana matlamat anda boleh dicapai .
A (attainable) : berdasarkan situasi semasa atau kajian masa depan
anda perlu menilai sama ada matlamat anda itu dapat dicapai atau
tidak mustahil untuk dicapai.
R (realistic) realistik: sesuai atau tidak bidang/kerjaya yang ingin
diceburi dengan kursus yang dipelajari di universiti. Sebagai contoh
anda memilih kursus perubatan, sudah tentu perancangan kerjaya
anda sesuatu yang berkait dengan bidang kesihatan.
T (time bound): anda perlu merangka perancangan anda untuk
tempoh masa tertentu supaya penyataan anda lebih jelas dan boleh
dicapai.
LAIN-LAIN (TAMBAHAN)
Anda perlu memahami dengan jelas soalan yang dikemukakan oleh
pihak penilai. Pastikan setiap arahan dijawab dengan tepat dan
jelas. Soalan tambahan yang dikemukakan pada kebiasaannya
mengikut keperluan pihak fakulti yang menawarkan kursus.
Apa yang penting adalah anda mematuhi arahan dan menjawab
semua soalan yang dikemukakan!!!
Ilmu itu diperolehi daripada lidah yang banyak bertanya dan akal yang gemar berfikir
~Abdullah Ibnu Abbas~
TIPS PENYEDIAAN
PENYATAAN PERIBADI
Aku mampu berhujah dengan sepuluh orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan
seorang yang jahil kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu
~Imam Shafei~
TIPS 1
MULA MENULIS
Menulis merupakan perbuatan TIPS 2
yang boleh dilakukan oleh
semua orang yang menguasai AYAT YANG PENDEK
3M. Anda hanya perlu mula
mengarang. Buat pembetulan Penggunaan ayat yang pendek
kemudian. Sedia kerangka memudahkan penilai memahami
cerita dan pindahkan menjadi idea dan isi yang anda ingin
sebuah skrip. sampaikan, penyampaian akan
lebih menarik dan menjadikan
TIPS 3 komunikasi lebih berkesan.
BAHASA YANG MUDAH TIPS 4
Pemilihan kata-kata yang tepat, TATABAHASA TEPAT
jelas dan bahasa yang mudah
difahami membantu pendengar Penggunaan tatabahasa yang
membuat tafsiran yang baik betul dan tepat membantu anda
terhadap mesej yang anda menyampaikan mesej yang jelas
sampaikan. Elak menggunakan dan sedap didengar. Anda juga
bahasa yang bombastik, bahasa dapat mengungkapkan buah
rojak atau bahasa basahan yang fikiran dan perasaan dengan
akan mencalarkan kredibiliti lebih menarik dan berkesan.
anda sebagai calon pilihan!
TIPS 5
TETAPKAN MATLAMAT
AKADEMIK
Anda perlu tahu dan faham ~ TIPS 6
dengan jelas tentang kursus yang
anda ingin mohon. CARI MAKLUMAT
i. Apa nama kursus yang Cari maklumat institusi yang
ditawarkan? dipilih. Anda perlu ada alasan
yang jelas untuk menjawab;
ii. Apa yang anda tahu tentang i. mengapa anda memilih
kursus?
universiti tersebut?
iii.Mengapa atau apa yang ii. mengapa universiti tersebut
menyebabkan anda memilih
kursus tersebut? patut memilih anda?
Maklumat seperti visi dan misi
institusi, kriteria yang mereka
hargai mengenai calon pelajar
dll. Pengetahuan anda
tentangnya menunjukkan rasa
ingin tahu dan minat yang
mendalam terhadap apa yang
anda mohon.
Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat
~Imam Shafie~
sambungan...
TIPS 7
FOKUS KEKUATAN
Kenyataan anda perlu berfokus
kepada kekuatan yang dapat
menunjukkan anda mampu
melakukan sesuatu dengan sangat
baik, menyokong usaha akademik
anda dan membantu anda
mencapai kejayaan serta
menjadikan anda calon pilihan
dalam kursus yang dipohon. Ia
bukan hanya tentang apa yang TIPS 8
anda lakukan, tetapi juga apa TONJOL KEUNIKAN
yang anda pelajari dan bagaimana Setiap orang melalui pelbagai
pengalaman yang tidak sama
pengalaman itu menyumbang dan ini menjadikan setiap orang
berbeza. Perbezaan ini yang
kepada minat anda terhadap perlu anda nyatakan bagi
menonjolkan keunikan anda.
kursus yang ingin dipohon. Tidak penting seberapa banyak
penglibatan atau pengalaman
TIPS 9 anda tetapi yang lebih penting
adalah sejauhmana pengalaman
HANYA YANG TERBAIK yang dilalui memberi impak
kepada cara fikir, rasa dan
Kongsikan hanya yang terbaik tindakan anda seterusnya
daripada anda!!! Mungkin anda dalam melaksanakan tugas dan
seorang yang aktif. Pilihlah tanggungjawab.
maklumat yang menonjolkan sisi
terbaik anda sesuai dengan TIPS 10
kursus yang anda pilih. Apa yang
menjadikan anda kelihatan BERCERITA
berbeza daripada calon yang lain
adakah anda lebih cemerlang Cerita adalah gaya yang indah
akademik? lebih berpengalaman? untuk anda menyampaikan
lebih berpotensi? kisah anda dengan cara yang
menarik dan mampu menarik
TIPS 11 emosi pendengar.
TAMPIL BERBEZA TIPS 12
Perkenalkan diri anda dengan JUJUR
cara yang berbeza - yakin dan
meyakinkan.Tunjuk keterujaan, Jadilah diri anda sendiri.
kesungguhan, dan minat anda Jujurlah dengan apa yang anda
untuk menyambung pengajian sampaikan. Elak dari mereka-
dalam kursus yang dipilih. Anda reka cerita. Hubungan mata dan
boleh menggunakan salah satu ekspresi wajah anda akan
daripada teknik memperkenalkan menunjukkan isyarat apabila
diri berikut; anda mula berbohong. Ingat
pesan Saidina Ali bin Abi Talib;
Fokus kelebihan
Elevator Pitch `Orang yang suka berkata jujur
Teknik PBN akan mendapat tiga perkara;
kepercayaan, cinta dan rasa
TIPS 13
hormat.'
BUKAN AUTOBIOGRAFI
INGAT!!! Video resume BUKAN
sebuah dokumentari kisah hidup
anda. Ceritakan yang penting
sahaja, yang dapat menyokong
permohonan kursus atau biasiswa
anda!
Selama kamu memiliki hati yang bersih, kamu akan menyampaikan kebenaran
~Saidina Umar al-Khatab~
TEKNIK
MEMPERKENALKAN DIRI
Janganlah engkau mengucapkan sesuatu perkataan yang engkau sendiri tidak suka
mendengarnya jika orang lain mengucapkannya kepadamu
Saidina Ali bin Abi Talib~
Perkenalkan diri anda dengan cara yang berbeza - yakin dan
meyakinkan. Tunjuk kesungguhan, keterujaan dan minat anda untuk
menyambung pengajian dalam kursus yang dipilih mahupun
mendapatkan biasiswa yang anda inginkan. Anda boleh menggunakan
salah satu daripada teknik di bawah;
FOKUS KELEBIHAN
Ada banyak cara untuk anda tonjolkan kelebihan diri. Kadangkala tidak
semua perkara anda perlu ungkapkan dengan kata-kata. Pastikan setiap
yang anda katakan, boleh dibuktikan. Teknik ini memerlukan anda;
lihat kursus yang anda pilih
cari kelebihan yang anda miliki berkaitan kursus yang dipilih
sebutkan pada awal sesi pengenalan diri
Contoh teks:
Saya Adam bin Ahmad, berasal dari Selangor. Saya memiliki
kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam melakukan sesuatu
tugasan (kelebihan). Saya percaya, kebolehan ini akan membantu
perjalanan saya sebagai seorang guru (kursus pendidikan).
ELEVATOR PITCH
Teknik ini sering digunakan dalam pemasaran era baharu. Ia bermaksud
anda mencipta satu `kata-kata jualan' yang khusus panjangnya antara
15-30 saat sahaja. Ia dikenali sebagai `elevator ptich' seolah-olah anda
perlu mempromosi diri anda dalam jangka masa yang pendek seperti di
dalam lif. `Elevator pitch' adalah apabila anda menjelaskan apa yang
anda lakukan dengan lebih sempurna dan lengkap. Ada tiga komponen
utama dalam EP;
siapa anda
apa kepakaran/ pengalaman anda
nyatakan sebab anda berminat dengan kursus yang dipilih
Contoh teks: Saya Adam bin Ahmad, berasal dari Selangor. Saya terlibat secara aktif
dalam Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (pengalaman) semenjak di Tingkatan 4 lagi.
Pengalaman dalam pelbagai aktiviti kelab seperti kaunseling kelompok dan program
bersama masyarakat mendorong saya untuk menjadi seorang kaunselor bertauliah
(sebab berminat) satu hari nanti. Saya percaya dengan memilih untuk menyambung
pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling akan membantu saya
merealisasikan impian.
INGAT!!! menurut Dr. Irfan Khairi, jutawan internet, elevator pitch yang
terbaik perlu mengandungi manfaat yang diterima oleh kumpulan
sasaran (Dalam hal permohonan kursus, kumpulan sasaran adalah
fakulti yang menawarkan) `
TEKNIK PBN
Teknik PBN memberi fokus kepada cara memperkenalkan diri dengan
memasukkan tiga elemen;
Pencapaian
Bakat istimewa
Nilai yang boleh diberikan
Contoh teks: Saya Adam bin Ahmad, berasal dari Selangor. Saya merupakan
pelajar terbaik SPM di MRSM Taiping. Rakan-rakan saya menggelar diri saya
Talking Calculator. Saya mahir menyelesaikan masalah matematik mudah dan
pengiraan dengan cepat dan pantas. Saya percaya kemahiran ini dapat
menjadi satu aset bernilai sekiranya saya berjaya menceburi bidang Sains
Aktuari dan seterusnya menyumbang tenaga kepada negara sebagai Perunding
Kewangan satu hari nanti.
Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata
~Hamka~
PENGUCAPAN AWAM:
PENYATAAN ISU SEMASA
& PERIBADI
Tujuan daripada ilmu ialah mengamalkannya; Ilmu yang hakiki adalah
merefleksikannya di dalam kehidupan, bukan yang berlegar di kepala.
~Imam Shafei~
PENGENALAN
Tidak semua video resume bagi permohonan ke universiti memerlukan
calon menjawab soalan isu semasa. Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa kursus yang ditawarkan bersama-sama temu duga dalam
bentuk video resume yang mengkehendaki calon menjawab soalan isu
semasa. Antaranya kursus pendidikan. Soalan isu semasa yang
dikemukakan tidak semestinya berkaitan dengan bidang yang dipohon.
Tujuan soalan berkaitan isu semasa dikemukakan adalah untuk menguji
kebolehan calon dalam beberapa aspek seperti;
pengetahuan am calon tentang perkembangan yang berlaku di dalam
dan luar negara.
pemikiran kritis, kreatif dan analitis
kemahiran menyelesai masalah
kemahiran mengurus risiko
kemahiran berkomunikasi
kemahiran berbahasa
Salah satu kaedah terbaik menyampaikan pandangan mengenai isu
semasa ialah melalui pengucapan awam. Dalam bukunya Panduan
Pengucapan Awam Edisi Ke-2 (2008), Abdul Mua'ti Ahmad menjelaskan
bahawa perucapan umum menggunakan anggota komunikasi verbal dan
bukan verbal. Anggota komunikasi verbal ialah mulut iaitu dalam proses
pembentukan suara dan perkataan manakala anggota komunikasi bukan
verbal pula ialah seluruh tubuh perucap seperti mata, kepala, tangan,
badan, nada suara dan memek muka.
PENGKELASAN UCAPAN
Abdul Mua'ti Ahmad (1996), mengkelaskan ucapan kepada dua kaedah;
berdasarkan tujuan sesuatu ucapan itu dibuat dan;
berdasarkan cara ia disampaikan.
Ucapan Berdasarkan Tujuan
Bagi tujuan penghasilan video resume, tujuan ucapan dibuat adalah untuk
pemberitahuan atau informatif dan juga tujuan pemujukan atau mempengaruhi.
Pengucapan itu sendiri merupakan salah satu bentuk komunikasi lisan yang
penting bagi menyampaikan maklumat dan mesej. Oleh itu, seseorang perucap
akan dapat menyalurkan idea, emosi, sikap, fakta dan cara memanipulasikan
komunikasi bukan lisan dalam setiap pengucapan mereka (Nurul Nadiah Zamri,
Zulkefli Aini, 2021)
Salah satu tujuan utama video resume dihasilkan adalah untuk membantu calon
memasarkan diri bagi dipertimbangkan tempat di universiti atau menerima
biasiswa. Salah satu unsur penting dalam pemasaran ialah kebolehan untuk
mempengaruhi. Ucapan retorik merupakan satu teknik yang banyak digunakan
oleh perucap seperti pendakwah dalam menyampaikan ucapan. Secara
umumnya, retorik mementingkan seni pemujukan ketika berucap. Retorik
diertikan sebagai seni mempengaruhi atau memakai bahasa yang indah dan
menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar (Jalaluddin
Rahmat, 1999). Pengucapan retorik sesuai digunakan dalam persembahan video
resume agar anda kelihatan lebih santai dan bersahaja tetapi masih profesional
ketika menyampaikan isuLesaermn masoaremaathwuwpwu.nrekaeltlyikgarematesmitep.ceormkenalkan diri.
Berfikirlah positif tidak kira seberapa keras kehidupanmu
~Saidina Ali bin Abu Talib~
sambungan ...
PENGKELASAN UCAPAN
Ucapan Berdasarkan Tujuan
Menurut Aristotle, ahli falsafah Greek, dalam karyanya `Rethoric'
menyatakan bahawa terdapat tiga elemen penting teknik pemujukan
dalam sebuah pengucapan awam yang menarik: ethos, phatos dan logos.
ethos: berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud `adat,
kebiasaan atau watak'. Sifat umum manusia untuk mempercayai
sesuatu perkara itu bergantung kepada siapa yang
menyampaikannya. Aristotle menjelaskan bahawa;
`pemujukan dicapai melalui karakter peribadi penutur (penyampai)
apabila ucapan yang diucapkan membuatkannya dipercayai...'
Oleh itu, secara umumnya anda akan dapat meninggalkan kesan yang
mendalam kepada pendengar (panel) sekiranya anda kelihatan
sebagai seorang yang berpengetahuan, bermoral dan memperlihatkan
kemesraan kepada khalayak pendengar.
Terdapat beberapa panduan bagi meningkatkan kredibiliti diri dan
keyakinan pendengar dan penonton (dalam konteks resume video -
penilai) terhadap apa yang anda sampaikan.
penampilan: rujukan utama penampilan individu adalah
berdasarkan cara berpakaian. Seringkali kita dengar, anda adalah
apa yang anda pakai. Oleh sebab video resume bertujuan formal
maka pakaian anda juga mestilah kelihatan formal. Umumnya,
berpakaian kemas dan menarik bukan sahaja untuk situasi formal
bahkan Islam sangat menggalakkan penganutnya agar sentiasa
kelihatan bersih, kemas dan cantik.
Allah sukakan kecantikan dan seterusnya menggalakkan umatnya
berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah,
seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias
pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan
sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu
berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-
orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas)". (Surah Al-
A'raaf, 7:31)
Selain itu, berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud;
"Daripada Abu Malik al-As'hari berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Kebersihan itu sebahagian daripada iman"
(Hadis Riwayat Muslim)
Hal ini menjelaskan tentang kepentingan untuk kelihatan cantik
dalam situasi tertentu serta sentiasa menjaga kebersihan sebagai
mencerminkan keindahan agama Islam itu sendiri.
penggunaan ayat, pemilihan perkataan dan isi penyampaian: cara
anda menyusun ayat, memilih kata dan menyampaikan isi
mencerminkan kematangan anda. Menurut Maimunah (1993),
penutur (penyampai) mempunyai empat tujuan apabila menyusun
kata-kata, frasa, klausa dan ayat-ayat dalam teks ucapannya
iaitu penggunaan bahasa yang jelas, menarik, sesuai dengan
audien (pendengar) dan berkaitan dengan sesuatu keadaan. Oleh
itu, antara kaedah terbaik yang boleh anda gunakan ialah anda
boleh memetik kata-kata tokoh atau kajian sarjana bagi
menunjukkan anda seorang yang berpengetahuan dan rajin
membuat pembacaan!.
Learn more at www.reallygreatsite.com
Dalam situasi apapun, jangan biarkan emosimu mengalahkan kecerdasanmu
~ Hamka~
sambungan ...
PENGKELASAN UCAPAN
Ucapan Berdasarkan Tujuan
Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Kamu akan berjumpa dengan sahabat-sahabat kamu, maka
perkemaskanlah peralatan dan pakaianmu hingga kamu dikenali di
kalangan orang ramai. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada perkataan
dan perbuatan yang keji dan keterlaluan.”
Hadis Riwayat Abu Daud (4089)
Dalam hal ini jelas menunjukkan, penampilan yang baik bukan hanya
terletak pada pakaian yang baik tetapi juga merangkumi apa yang ada
bersama-sama anda, perkataan dan tingkah laku yang baik.
phatos: bermaksud penggunaan tarikan emosi dalam membentuk
pemikiran dan penghujahan atau penceritaan bagi menarik perhatian
pendengar (dalam konteks video resume- penilai) secara berkesan.
Penggunaan phatos akan menimbulkan rasa seronok, teruja dan ingin
tahu kepada pendengar (penilai) untuk menonton dan mengikuti video
resume anda. Menurut Aristotle;
`... pemujukan boleh didapati melalui pendengar apabila ucapan
penutur menyentuh emosinya. Penilaian dibuat apabila khalayak
(pendengar) berasa rapat dan seronok dengan penutur.'
Ada beberapa panduan yang boleh membantu anda mengekspresi
phatos dalam ucapan anda;
tahu dan hayati apa yang ingin disampaikan: anda tidak akan
dapat menyampaikan ucapan anda dengan baik dan menarik jika
anda menghafal semata-mata teks atau skrip anda tanpa
pemahaman dan penghayatan. Ucapan anda akan menjadi seperti
sesi pembacaan!!!
penggunaan cerita dalam penyampaian: anda lebih mudah
menyampaikan ucapan dengan emosi melalui penceritaan.
Pengucapan awam merupakan satu seni bahasa. Unsur seni ini
sifatnya menyentuh emosi. Sekiranya anda berjaya membawa
emosi dalam cerita anda, emosi itu akan turut sampai kepada
pendengar. Anda biasa mendengar ungkapan ini bukan?!!! dari
hati turun ke hati. Jadi, hadirkan hati dalam cerita anda!
penggunaan komunikasi nonverbal yang baik terutama ekspresi
wajah dan gerak tangan (gestur) akan membantu anda
menzahirkan phatos dan menyampaikan mesej penceritaan
dengan baik dalam resume video.
logos: berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ucapan, kata
atau akal. Dari segi istilah logos atau logik bermaksud bahawa sesuatu
pengucapan harus disertakan dengan alasan, pembuktian atau sebab-
musabab yang terang dan dapat dijadikan hujahan. Dalam kata lain
bermaksud membawa unsur logik dalam setiap hujah yang
dikemukakan sama ada berbentuk percontohan, bidalan dan petunjuk.
Menurut Aristotle;
`... pemujukan dilihat kesannya berdasarkan ucapan itu sendiri
apabila kita membuktikan kebenaran yang jitu dengan cara hujahan
pemujukan yang sesuai dengan perkara yang dibincangkan.'
Akal manusia sering melihat pada fakta yang logik, jelas dan nyata.
Bagi menegaskan penyataan ucapan anda dalam video resume, anda
boleh menyertakan gambar, data statistik, petikan kata-kata tokoh
atau artikel sebagai bahan bukti atau sokongan. Buktikan apa yang
dikatakan!
Lidah orang yang berakal di belakang hatinya, dan hati orang yang bodoh di belakang lidahnya
~Hamka~
sambungan ...
Ucapan Berdasarkan Cara
Abdul Mua'ti Ahmad (1996) mengkelaskan ucapan berdasarkan cara
kepada empat pendekatan;
impromptu: ucapan tanpa sebarang persediaan khusus (spontan)
hafalan: ucapan yang dihafal
pembacaan: ucapan yang dibaca dari teks atau manuskrip
extemporaneous: ucapan penuh persediaan, gabungan ketiga-tiga di
atas.
Video resume disediakan melalui proses rakaman yang boleh dilakukan
berulang-ulang kali bagi mendapatkan hasil terbaik. Oleh itu pendekatan
terbaik yang boleh digunakan adalah extemporaneous. Kaedah ini
memberi peluang perucap (calon) menyediakan wacana dengan baik dan
terancang. Calon yang ingin menghasilkan video resume boleh
menyediakan dahulu teks atau skrip secara terancang, menghafal teks
yang disediakan, berlatih membuat persembahan beberapa kali dan
seterusnya menyampaikan seperti spontan secara perbualan semasa
proses rakaman. Calon boleh membuat penambahbaikan beberapa kali
sebelum menghantar resume video kepada pihak yang berkenaan. Proses
ini memberi peluang kepada calon untuk menghasilkan video resume
yang terbaik dan berkesan.
PRINSIP ASAS PENGUCAPAN AWAM
Menurut Aristotle (1954) dalam bukunya `Rhetoric' terdapat lima prinsip asas
pengucapan awam (ID-MEP);
Inventio (Pengumpulan isi)
Dispositio (Penyusunan isi)
Memoria (Penguasaan isi)
Elocutio (Penggunaan gaya bahasa yang sesuai)
Pronuntiato (Penyampaian ucapan)
Secara kesimpulannya, pengucapan awam merupakan bidang komunikasi yang
melibatkan seorang penyampai kepada khalayak ramai. Dalam konteks
penghasilan karya video resume, komunikasi sehala berlangsung secara maya
(rakaman video) antara anda (calon) sebagai penyampai dan panel penilai serta
khalayak penonton yang tidak dikenali yang akan memberi pelbagai respon yang
tidak anda ketahui. Sudah tentu anda tidak mahu kelihatan `tidak bijak' atau
seperti badut bukan!!!. Jika anda inginkan agar `isi' video resume anda
kedengaran `matang', baik, menarik dan berinformasi sama ada melibatkan
bahagian penyataan peribadi mahupun isu semasa, fahami dan lakukan langkah
demi langkah mengikut prinsip asas pengucapan awam.
Selamat Berkarya.
Learn more at www.reallygreatsite.com
Carilah ilmu dan hiasilah ia dengan sikap tawadhu' dan santun
~Hassam al-Basri~
Bab 4:
Rumusan
SEMAKIN BANYAK ILMU SEMAKIN LAPANG HIDUP,
SEMAKIN KURANG ILMU SEMAKIN SEMPIT HIDUP
~HAMKA~
SELAYANG PANDANG
Engkau tidak akan dapat meraih ilmu kecuali dengan enam hal iaitu; cerdas. selalu ingin tahu,
tabah, punya bekal dalam menuntut ilmu, bimbingan daripada guru dan dalam waktu yang lama.
~Saidina Ali bin Abi Talib~
Video resume merupakan salah satu bentuk temu duga tidak bersemuka
yang semakin popular. Secara kesimpulannya, apapun kaedah temu duga
yang diguna pakai elemen asas bagi keberhasilan dalam sesuatu temu duga
tetap sama. Lima elemen penting iaitu PPPIM perlu dipersembahkan dengan
sebaik mungkin. (P-penampilan; P-penyampaian; P-persembahan; I-isi
kandungan; M-masa)
ENAMPILAN
Penampilan merangkumi cara berpakaian dan gaya diri. Berpakaian
formal lebih tepat dan 'selamat'. Serlahkan diri anda dengan pilihan warna
dan corak pakaian yang sesuai serta bantuan pencahayaan yang baik.
Pastikan anda dalam posisi yang tepat untuk penggambaran video resume
supaya anda dapat menonjolkan gaya diri yang baik dan trampil.
ENYAMPAIAN
Penyampaian dalam video resume melibatkan komunikasi lisan dan
komunikasi bukan lisan. Komunikasi lisan melibatkan aspek seperti:
suara dan sebutan yang jelas dan terang
nada dan intonasi yang sesuai
gaya bahasa yang sesuai
tatabahasa yang jelas, lancar dan gramatis
Komunikasi bukan lisan memberi fokus kepada elemen temuan mata,
ekspresi wajah, gerak tangan (gesture) dan bahasa tubuh (posture).
Pastikan kesemua elemen ini dapat dilihat dengan jelas.
ERSEMBAHAN
Sebelum anda memulakan rakaman video resume sangat penting untuk
anda menentukan terlebih dahulu bentuk persembahan anda dengan
mengambil kira beberapa aspek;
faham dengan jelas tujuan dan objektif penghasilan video resume
untuk permohonan ke universiti atau biasiswa. Ikuti panduan dan
peraturan yang diberikan oleh fakulti dan universiti sepenuhnya.
buat pembacaan dan penyelidikan
kumpulkan bahan sokongan seperti gambar dan pilih yang sesuai
tulis skrip - JANGAN perasan hebat untuk rakaman spontan!!!
tentukan latar waktu dan tempat yang sesuai untuk rakaman. Latar
kosong lebih baik supaya tidak `semak' dan `serabut'. Jika anda ada
kemahiran guna layar hijau (green screen) dan teknik chrome key
semasa penyuntingan - anda kelihatan profesional. Elak
kemungkinan seperti berbayang, gangguan bunyi.
mulakan penggambaran
menyunting video dan audio: masukkan muzik latar jika perlu.
prebiu: JANGAN lupa minta beberapa orang yang dipercayai semak
hasil kerja anda untuk penambahbaikan sebelum dihantar.
SI KANDUNGAN CERITA
Pastikan anda menjawab semua soalan yang diajukan. Jalan cerita anda
perlu saling berkesinambungan dan menzahirkan keterujaan anda untuk
terpilih sebagai pelajar kursus yang dimohon atau sebagai penerima
biasiswa !!! Cerita anda mestilah asli dan tulen.
ASA:Pastikan resume anda tidak melebihi durasi masa yang
ditetapkan walau sesaat. Gunakan masa secara optimum.
Ilmu tidak akan dapat diraih kecuali dengan ketabahan
~Imam Shafie~
PENUTUP
Orang yang optimis ialah orang yang melihat peluang dalam kesulitan, sedangkan
orang yang putus asa ialah orang yang melihat kesulitan dalam kesempatan.
~Saidina Ali bin Abi Talib~
KILIR MINDA
situasi 1
Anda ingin memohon jawatan seorang pengurus jualan di sebuah syarikat
barangan jenama terkenal. Sebagai sebuah syarikat yang terkenal anda bukan
hanya bertanggungjawab membawa imej syarikat tetapi juga memastikan
produk syarikat diterima baik oleh pengguna. Bagi memastikan anda
memperoleh jawatan pengurus jualan di syarikat tersebut, anda
dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan produk syarikat tersebut dan
memastikannya mencapai target jualan dalam masa yang ditetapkan.
Apa yang akan anda lakukan bagi memastikan anda diterima sebagai pengurus
jualan di syarikat tersebut?
Letakkan situasi anda sebagai pemohon jawatan.
pengurus jualan: pemohon kursus / pemohon biasiswa (anda)
syarikat: universiti
imej syarikat: wibawa, visi dan misi universiti
produk syarikat: kredibiliti pelajar yang dihasilkan
barangan promosi: resume video
target jualan: kursus yang dimohon.
situasi 2
Sebagai seorang pengurus sebuah syarikat yang mengeluarkan barangan
jenama terkenal anda bukan hanya perlu memastikan kewibawaan imej syarikat
tetapi juga bertanggungjawab memastikan kebajikan beribu-ribu pekerja
syarikat terjamin. Anda berhasrat untuk memilih pekerja baharu bagi mengisi
kekosongan jawatan sebagai pengurus jualan yang bertanggungjawab
memasarkan produk terbaharu keluaran syarikat anda. Anda menerima
beratus-ratus permohonan daripada pelamar kerja yang kesemuanya
mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman hebat.
Apa kriteria tambahan yang perlu anda lihat bagi memastikan anda memilih
calon yang tepat dan terbaik bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut?
Letakkan situasi anda sebagai pengurus syarikat.
syarikat: universiti
pengurus syarikat: dekan fakulti yang menawarkan kursus
pengurus jualan: calon pelajar baharu
produk terbaharu: nama baik universiti, kredibiliti
latar belakang pendidikan: kelayakan maksimum permohonan
pengalaman: cemerlang dalam koakademik dan kokurikulum
Fikir-fikirkan... cara terbaik untuk melihat kekurangan dan kelemahan diri
adalah dengan meletakkan diri kita pada tempat orang lain.
Terima kasih.
Learn more at www.reallygreatsite.com
orang bodoh adalah yang terlalu yakin dengan kelebihan dirinya, dan
orang cerdas adalah yang lebih melihat kekurangan dirinya
~Imam Ghazali~
Rujukan
Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad. (2015). Panduan pengucapan awam edisi
kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Affendy Hasni.(Pembentang) (17 Disember 2020). Finishing School Siri 2:
Video Resume. [Streaming Video]. UKM Karier.
https://ms-my.facebook.com/UKMKarier/videos/finishing-school-siri-
2-video-resume/449545706055121/
Asogu Ebere. (2020). 8 Petua Cara Menulis Kenyataan Peribadi Untuk Kolej
Pada 2021:Contoh.
https://worldscholarshipforum.com/ms/menulis-tip-peribadi-kolej-
pernyataan/
Chegg. (2019). Video introductions. 12 Disember 2020,
https://www.internships.com/career-advice/prep/videointro
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017).Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=komunikasi&d=175768&
D. Alison.(2020). Tips for creating a video resume (and when you need
one). https://www.thebalancecareers.com/tips-for-creating-a-video-
resume-2064219
Hamim HR. (2017). Kisah sang bijak Luqman alhakim, keledai dan cacian
orang lain. https://www.liputan6.com/ramadan/read/2997705/Kisah-
sang-bijak-luqman-al-hakim-keledai-dan-cacian-orang-lain
Institute for life-ready graduate. (2021). Video cv guidelines.
https://ileague.utm.my/resume-and-video-cv-guidelines
Jess.(Pembentang).(7 September 2020).How to write a video resume
script? 4 essential parts in a video resume(EP8).[Video]. Job Majestic
Channel. Youtube. https://www.youtube.com/watch?v=c68WUPQkn1I
Jess.(Pembentang).(14 September 2020).How to edit video resume on your
phone? Using Inshot to edit video resume(EP9).[Video]. Job Majestic
Channel. Youtube. https://www.youtube.com/watch?v=nYeLQCh5n30
Junaini Kasdan, Suzana Sulaiman, Suhaidah Said, Nor Suhaila Che Pa.
(2014). Makna Tanpa Kata-Kata: Peranan Bahasa Badan Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa. Conference: Symposium of
International Language & Knowledge.
https://www.researchgate.net/publication/303971730_Makna_Tanpa-
Kata-Kata_Peranan_Bahasa_Badan_Dalam_Pengajaran_Dan_
Pembelajaran_Bahasa
Kamus Dewan Edisi Keempat.(2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Akmal.(Pembentang).(3 Disember 2019).Video resume. [Video]. ML
Studio. Youtube. http://youtube.com/watch?v=vSRR42MYVNA
Nor Raudah Siren. (2000). Retorik Pengucapan Dakwah Ustaz Ismail
Kamus. Afkar-Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, [S.l.], Jilid 1, Artikel 1,
muka surat 197-205. Retreived 19 April 2021, daripada
https://ejournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/5419
Tuti Mohd Daud. (2018). Digital CV Guidelines for UKM Medical Students.
https://www.slideshare.net/tutimd/guidelines-digital-cv-v10
Zamri, N. N., & Aini, Z. (2021). Retorik dalam Dakwah Nik Abdul Aziz Nik
Mat. Jurnal Pengajian Islam, muka surat 149-158. Retrieved 19 April
2021, daripada http://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/63
Zoriati binti Osman. (2005) Retorik pujukan : kajian kes ceramah Haji Hadi
Awang. http://studentsrepo.um.edu.my/2482/5/BAB_2.pdf, ms 18-40
ANEKDOT
Tuntutlah ilmu. Di saat kamu miskin, ia akan menjadi hartamu dan di saat kamu
kaya, ia akan menjadi perhiasanmu
~Luqman al-Hakim~
ANALOGI DARIPADA KISAH LUQMAN AL-HAKIM
DAN PUTERANYA
Satu ketika, saat Luqman al-Hakim ingin mengajari puteranya tentang realiti
kehidupan dalam masyarakat, Luqman berkata, ”Wahai anakku! Lakukanlah
hal-hal yang mendatangkan kebaikan bagi agama dan duniamu. Lakukanlah
sehingga engkau mencapai puncak kebaikan. Jangan pedulikan kata-kata dan
cacian orang sebab takkan pernah ada jalan untuk membuat mereka semua lega
dan menerima. Takkan pula ada cara untuk menyatukan hati mereka.”
”Wahai anakku! Bawakanlah seekor keldai kepadaku, dan mari kita buktikan.”
Luqman berhasrat mengajak puteranya berjalan-jalan di tengah masyarakat
untuk membuktikan bahawa pemikiran masyarakat itu sangat kompleks . Ramai
yang suka mempersalahkan dan mencari salah orang lain berbanding mencari
kebaikan. Lalu mereka pun memulakan perjalanan. Luqman menunggang keldai
dan menyuruh puteranya berjalan menuntun keldai. Sekelompok manusia yang
melihat situasi itu terus mencerca: ”Anak kecil itu menuntun keldai, sedang
orang tuanya duduk selesa di atas keldai. Alangkah sombongnya orang tua itu.”
Luqman pun berkata: ”Anakku, cuba dengari, apa yang mereka katakan.”
Luqman lalu bertukar peranan dengan puteranya. Kini, giliran Luqman yang
menuntun keldai, dan puteranya menunggang di atasnya. Mereka pun
meneruskankan perjalanan hingga bertemu sekelompok manusia yang terus
mencerca apabila melihat situasi yang tidak menyenangkan itu. ”Lihatlah, anak
kecil itu menunggang keldai, manakala ayahnya berjalan kaki menuntunnya.
Sungguh, alangkah buruknya akhlak anak itu.” Luqman kemudian berkata
kepada puteranya: ”Anakku, dengarlah apa yang mereka katakan.”
Mereka berdua meneruskan perjalanan. Kali ini, kedua-dua mereka menaiki
keldai itu. Mereka berdua terus berjalan hingga melewati sekelompok manusia
yang duduk-duduk di pinggir jalan. Mereka terus mencerca;
”Dua orang itu menunggang keldai padahal mereka sihat. Mereka mampu
berjalan kaki. Ahh, betapa mereka tidak tahu mengasihi haiwan,” sindir
seseorang yang melihat Luqman. ”Dengarlah apa yang mereka katakan, wahai
anakku!” Luqman kembali menasihati puteranya.
Tanpa menghiraukan cacian orang ramai itu, Luqman dan puteranya kembali
meneruskan perjalanan. Kali ini, mereka berjalan kaki bersama-sama, sambil
menuntun keldai. Ketika mereka melalui sekelompok manusia,
”Lihatlah, dua orang itu menuntun keldai padahal keldai itu sihat dan kuat.
Kenapa mereka tidak menunggangnya saja? Ahh, betapa bodohnya mereka.”
”Dengarlah apa yang mereka katakan! Bukankah telah ayah katakan padamu
anakku, lakukan apa yang bermanfaat bagimu dan jangan kau hiraukan kata-
kata orang lain. Ayah harap kau dapat mengambil pelajaran dari perjalanan ini,”
kata Luqman mengakhiri perjalanan bersama puteranya.
Cerita kebijaksanaan Luqman mengandungi hikmah bahawa manusia haruslah
menjadi orang yang kental jiwanya, sehingga memiliki pendirian yang teguh dan
kukuh selagi mana apa yang dilakukan bermanfaat dan tidak memudaratkan.
* Luqman al-Hakim merupakan seorang yang diberi keistimewaan oleh Allah swt
dengan hikmah kebijaksanaan terutama dalam hal mendidik anak sehingga
diangkat namanya sebagai satu surah dalam al-Qur'an, Surah Luqman (31).
Semoga terinspirasi.
Learn more at www.reallygreatsite.com
Hiduplah kamu bersama-sama manusia sebagaimana pohon yang berbuah. Mereka
melemparinya dengan batu, tetapi ia membalasnya dengan buah.
~Imam Ghazali~
Kajian mengenai komunikasi visual menunjukkan bahawa manusia
akan ingat hanya 10% daripada apa yang didengari, 20% apa yang
dibaca dan 80% apa yang mereka lihat dan lakukan. Dalam kata lain,
seseorang akan lebih mudah diingati dengan melihat figura dan
perlakuannya berbanding membaca apa yang ditulis. Ahli psikologi,
Albert Mehrabian turut menyatakan bahawa 93% daripada proses
komunikasi adalah melalui komunikasi bukan lisan. Seiring dengan era
digital, kaedah video resume atau video CV semakin popular digunakan
bagi tujuan mencari pekerja baharu bahkan dalam dunia pendidikan
tinggi, situasi pandemik Covid-19 menyaksikan kebanyakan universiti
awam mengkehendaki calon menghantar video resume sebagai
menggantikan kaedah temu duga bersemuka bagi kursus yang
ditawarkan bersama-sama temu duga.
eBook visume digarap sebagai alternatif yang menyediakan panduan
komprehensif mengenai penyediaan video resume. Ketiadaan sumber
rujukan yang lengkap mengenai panduan penyediaan video resume
untuk permohonan ke universiti mendorong penulis merangkum
pelbagai idea daripada pelbagai sumber maklumat dalam sebuah
penulisan. eBook ini menjelaskan secara ringkas dan terperinci
kepentingan visume, pedoman menghasilkan visume yang baik serta
tips perkara yang perlu dilakukan dan dielak ketika proses penghasilan.
Bab persembahan memberi fokus kepada elemen penting dalam visume
iaitu tips persembahan maklumat diri (penyataan peribadi) dan
penyataan isu semasa. Semoga usaha ini dapat membantu pelajar
matrikulasi khususnya dan pelajar prauniversiti menyediakan video
resume terbaik bukan sahaja bagi memenuhi keperluan permohonan ke
universiti dan biasiswa tetapi melayakkan diri terpilih sebagai
mahasiswa dalam kursus yang dimohon di universiti pilihan.
eBook visume ini mengandungi empat bab iaitu;
Bab 1: Pengenalan video resume
Bab 2 : Penghasilan video resume
Bab 3: Persembahan video resume
Bab 4: Rumusan
Diharapkan eBook visume ini dapat memberi informasi komprehensif
mengenai panduan penyediaan video resume bagi permohonan ke
universiti dan biasiswa.
*****************
Penulis merupakan pensyarah di matrikulasi semenjak 2004 dan juga merupakan
SME (Subject Matter Expert) kursus Pengajian Am Matrikulasi
ISBN 978-967-19694
http://gg.gg/visume
harga: RM10.00