The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU CERITA KANAK KANAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by durratulaisyah0202, 2022-05-10 08:55:50

RAGAM PKP

BUKU CERITA KANAK KANAK

BUKU CERITA KANAK KANAK :

Falah dan falhan adalah adik beradik kembar yang tinggal bersama
kakaknya iaitu Kak Falhah dan neneknya. Falah dan Falhan berumur

7 tahun dan masih bersekolah lagi. Ibu dan ayah mereka bekerja
sebagai doktor di sebuah hospital besar. Jadi, sepanjang ibu dan
ayahnya sibuk bekerja di hospital ketika pandemik Covid 19, Falah
dan Falhan banyak meluangkan masa di rumah neneknya. Mereka

sangat memahami keadaan ibu bapanya yang sibuk merawat
pesakit-pesakit Covid 19. Pada ketika itu, pandemik yang berlaku

tidak terlalu serius dan jumlah pesakit tidak meningkat secara
mendadak.

Pada suatu hari, ketika Falah dan Falhan menonton televisyen
bersama kakak dan neneknya di ruang tamu, mereka bersama
sama menonton berita pada ketika itu. Pada masa itu, mereka
terkejut dengan berita yang mengatakan seluruh rakyat Malaysia
akan berada dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Falah dan Falhan terus bertanya pada kakaknya, apa yang
dimaksudkan dengan perintah kawalan pergerakan itu, lalu
kakaknya terus memberi penerangan kepada mereka. Apabila
mereka mendengar penjelasan dari kakaknya, Falah dan Falhan
agak sedih kerana susah untuk berjumpa dengan ibu bapanya
yang bertugas sebagai “Frontliner” pada ketika ini. Mereka juga
sedih kerana tidak dapat bertemu dengan rakan-rakannya.

Pada hari keesokannya, bermulalah tempoh perintah kawalan
pergerakan bagi seluruh rakyat Malaysia. Falah bertanya pada
Falhan apa yang patut mereka lakukan ketika berada di rumah.
Kebiasaannya mereka akan bermain dengan rakan-rakan mereka.
Pada ketika ini, Falah dan Falhan tidak tahu untuk membuat apa
lalu kakaknya terus mengajak mereka berdua untuk bermain
bersama-sama. Kak Falhah cuba memujuk mereka supaya tidak

bersedih dengan apa yang berlaku. Apabila kakaknya ajak
bermain, reaksi Falah dan Falhan terus senyum dan ceria seperti

biasa. Kak Falhah melayan kerenah-kerenah mereka supaya
mereka tidak terlalu bosan. Neneknya juga menasihati dan

memujuk Falhah dan Falhan.

Selain itu juga, mereka juga melakukan aktiviti seperti memasak
bersama-sama kakak dan neneknya. Mereka mencuba resipi-resipi
yang ada di media sosial. Pada ketika itu, mereka bersama-sama

membuat nasi lemak. Kak Falhah mengajar mereka cara-cara
untuk membasuh nasi dan mereka sangat teruja untuk

membuatnya. Tiba-tiba, Falhan bertanya pada kakaknya, ‘kakak,
bagaimana nak tahu letak santan secukupnya dalam nasi ni?’,

kakaknya terus berkata ‘hanya dengan satu jari!’. Kak Falhah dan
neneknya terhibur dengan gelagat-gelagat mereka. Maka, setelah

siap makanan yang dibuat, mereka bersama sama hidangkan
makanan dan makan bersama. Falah dan Falhan sangat seronok

kerana mereka dapat belajar memasak nasi lemak bersama
kakaknya.

Apabila berada dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, pihak
berkuasa banyak menghadkan jumlah rakyat apabila ingin keluar
rumah bagi membeli barang-barang keperluan. Pada suatu hari,
nenek meminta Kak Falhah membeli barang-barang dapur yang
sudah kehabisan di rumah. Jadi, pada ketika itu, hanya seorang
sahaja yang boleh keluar rumah untuk membeli barang. Tiba-tiba,
Falah dan Falhan terus ke kakaknya dan berkata, “Kakak, boleh
tak kalau Falah dan Falhan ikut kakak untuk membeli belah?”, kata

Falah kepada kakaknya. Kak Falhah terus berkata, “Falah dan
Falhan kena duduk di rumah, di luar sana virus mudah tersebar
dan kamu berdua perlu jaga nenek”. Mereka berdua akur dan
mengikut kata kakaknya. Lalu, kakaknya terus beredar dari rumah
dan terus ke pekan untuk membeli barang-barang keperluan.

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan itu juga, Falah dan
Falhan tidak lupa untuk bertanya khabar tentang ibu dan ayahnya
yang bekerja sebagai “Frontliner”.Pada suatu petang, ketika Kak
Falhah sedang menjahit baju sambil menonton televisyen, tiba-tiba
ada satu berita mengatakan tempoh perintah kawalan pergerakan
dilonggarkan. Kak Falhah terus memanggil nenek dan adik-adiknya

dan memberitahu mengenai berita itu. Falah dan Falhan sangat
gembira dan terus bertanya pada kakaknya, “Kakak, lepas ini kami

bolehlah bermain dengan kawan-kawan kan?”. Lalu kakaknya
terus menjawab dan memesan kepada mereka, “kalau Falah dan

Falhan nak bermain dan berjumpa dengan kawan semestinya
boleh tapi masih perlu ikut peraturan yang telah ditetapkan seperti

memakai pelitup muka dan juga jaga penjarakan sosial”.

Pada hari keesokkannya, setelah beberapa bulan tidak bertemu
rakannya, mereka berjumpa rakan-rakannya di taman permainan.
Mereka meluangkan bersama-sama bermain dan mereka tidak lupa

pada pesan kakaknya bahawa perlu mengikut peraturan yang
ditetapkan. Mereka juga turut bercerita pengalaman mereka semasa

mereka berada di rumah sepanjang tempoh perintah kawalan
pergerakan. Mereka sangat gembira.

Pada malam itu, Falah dan Falhan meminta pada kakaknya untuk
membuat panggilan video pada ibu dan ayahnya. Kata mereka
pada kakaknya, mereka sangat rindu pada ibu dan ayahnya.
Setelah itu, Kak Falhah terus membuat panggilan video pada ibu
dan ayahnya. Falah dan Falhan berasa sangat seronok dan terus
bertanyakan khabar kepada kedua ibu bapanya. Mereka juga
bertanya kepada ibu dan bapanya bila untuk pulang ke rumah

untuk bertemu dengan mereka. Falah dan Falhan berharap ibu dan
bapanya dapat pulang untuk bertemu dengan mereka.

Akhirnya, setelah beberapa bulan tidak berkumpul bersama, ibu
dan bapa mereka pulang ke rumah neneknya untuk bertemu
dengan Falah dan Falhan serta juga kakaknya. Pada hari itu,

mereka berkumpul dan makan bersama-sama. Falah dan Falhan
tidak berhenti-henti bertanya kepada kedua ibu bapanya mengenai

pengalaman mereka semasa berada di hospital yang bertugas
sebagai ‘frontliner’. Mereka dapat luangkan masa makan bersama-

sama. Falah, Falhan, Kak Falhah berasa sangat gembira kerana
semua ahli keluarga berkumpul bersama.


Click to View FlipBook Version