NURUL AZHANA AISHAH AIRIKA
HAK CIPTA TERPELIHARA Hakcipta Terpelihara. Pada bahagian dalam buku ini tiada yang boleh diterbitkan semula dalam sebarang elektronik atau mekanikal. Sebarang penyimpanan maklumat dan sistem perolehan juga tidak boleh diterbitkan semula melainkan ia mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit. Buku cerita ini adalah memenuhi keperluan komponen bagi Kerja Kursus CA10103 SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU HAK CIPTA © 2023 Karya ini merupakan karya bukan fiksyen kreatif. PEN/PENULIS NURUL AZHANA AISHAH AIRIKA BINTI NAJSIR 1
PENGHARGAAN Alhamdulillah , terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana di atas limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya walaupun menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan . Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah Miss Fatin Najla Omar dan Prof . Madya Dr. Zairul Anwar bin Md. Dawam , selaku pembimbing saya di atas kesabaran, sokongan, nasihat dan bimbingan yang diberikan banyak membantu kepada kejayaan dalam penghasilan tugasan ini. Segala bantuan, semangat, strategi dan kebijaksanaan beliau telah banyak mengajar saya untuk menjayakan tugasan ini . Akhir kata, ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan sumbangan cadangan dan bantuan dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya kepada ibu bapa penulis . Semoga penyelidikan dan tesis ini dapat dijadikan wadah ilmu yang berguna untuk tatapan generasi akan datang . Your paragraph text 11
ISI KANDUNGAN CERITA 1 : ARUNG SALAMIAH MS 1-21 CERITA 2 : KISAH DIPULAU OMADAL MS 22-41 INFORMAN MS 42 111
Di sebuah pulau yang terkenal di daerah Semporna , terdapat seorang gadis yang bernama Arung Salamiah . Arung Salamiah merupakan wanita yang terkenal dengan paras wajah yang sangat cantik dan bakatnya yang hebat dalam menari . Arung Salamiah merupakan gadis berbangsa bajau yang hebat dalam menarikan tarian igal-igal dengan penuh penghayatan . Dia sangat hebat dalam memaparkan ekpresi wajahnya dengan penuh emosi sama ada dalam keadaan gembira , sedih ataupun marah ketika menari . 1
Kecantikan Arung Salamiah yang menyebabkan dia menjadi rebutan bukan sahaja dikalangan jejaka di kampungnya dan di kampung yang berdekatan tetapi juga di kalangan orang-orang besar yang berkedudukan dalam masyarakat ketika itu. 2
Kemerduan suaranya apabila berkalang dikatakan mampu menundukkan seluruh alam. Arung Salamiah merupakan anak kepada Maharadja Tamjihi dan Pitla' Alam adalah ibunya . 3
4
Pada suatu hari , terdapat 1 rombongan Datu Jamalul Alam Datu Ladja Baginda Ali ataupun lebih dikenali sebagai datu Atik bersama rombongannya telah berlabuh di persisiran pantai Semporna . Kedatangan Datu Atik disambut meriah oleh masyarakat kampung kerana pangkatnya . . 5
Sebuah majlis dijalankan dan Arung Salamiah membuat persembahan tarian igal-igal bersama buah hatinya yang bernama Tangjung Kalang 6
Kesemua penduduk kampung terpegun dengan persembahan Arung Salamiah termasuklah Datu Atik . Datu Atik telah jatuh cinta melihat persona kecantikan dan bakat Arung Salamiah , lalu Datu Atik menghantar rombongan untuk meminang Arung Salamiah . 7
Namun pinangan tersebut ditolak oleh Arung Salamiah kerana dia mengetahui sifat sebenar Datu Atik yang kejam dan mempunyai isteri yang ramai . 8
9
Oleh kerana Datu Atik merupakan yang yang berpengaruh, keluarga Arung Salamiah terpaksa menerina pinangan tersebut sebagai tanda hormat . 10
Namun memandangkan lamaran tersebut tidak disetujui oleh Arung Salamiah , bapanya iaitu Maharadja Tamjihi menyuruhnya untuk melarikan diri dan bersembunyi sehingga keadaan kembali reda . 11
12
Arung Salamiah disembunyikan di Pulau Bohey Dulang oleh ibubapanyauntuk mengelak dari pinangan Datu Atik . Bapanya membina sebuah rumah pondok yang sederhana untuk menjadi tempat tinggal Arung Salamiah . 13
Setiap petang , Arung Salamiah akan duduk di jendela rumah pondoknya sambil menhayati suasana senja dan mendengar desik ombak yang melanda pasir . Arung Salamiah akan menyanyi dan diiringi siulan burung-burung dengan penuh kemerduan . 14
Maharadja Tamjihi iaitu ayahnya telah memberikan sebuah alat muzik yang dipanggil Gabbang untuk menghibur Arung Salamiah ketika dia berasa sunyi . Setiap kali bulan mengembang , Arung Salamiah akan memainkan alat muzik tersebut dan seluruh Pulau Bohey Dulang terasa sempurna dan terserlah keindahanya di waktu malam . 15
Datu Atik bersama rombongannya berusahah untuk mencari Arung Salamiah namun tidak berjaya . Kemudian Datu Atik bertindak kejam , dia membunuh seluruh penduduk kampung dan membakar rumahrumah mereka sehingga ranap . 16
Setelah mendengar khabar mengenai kehilangan Arung Salamiah , Tanjung Kalang iaitu kekasih Arung Salamiah bertekad untuk mencarinya . 17
Tanjung Kalang berjaya memujuk Arung Sariah iaitu adik kepada Arung Salamiah untuk memberitahu keberadaan kakaknya disembunyikan . 18
Setelah dapat mengetahui keberadaan Arung Salamiah , Tanung Kalang bergegas ke Pulau Bohey Dulang untuk mencari Arung Salamiah namun tidak menemuinya . 19
Kemudian Tanjung Kalang berdoa agar dapat bertemu dengan Arung Salamiah . Akhirnya mereka bertemu dan melanjutkan percintaan dengan bahagia . 20
NILAI MURNI KASIH SAYANG HORMAT-MENGHORMATI KEBEBASAN 21
Pada suatu hari , terdapat sebuah pulau yang menjadi tempat persinggahan para pelayar dan pedagang laut yang melalui persisiran laut iaitu Pulau Omadal yang terletak di daerah Semporna .. Pulau Omadal merupakan pekan kecil yang meriah dan dikatakan terkenal sebagai Pusat pertemuan para pedagang . 22
23
Pada awalnya , kehidupan dipulau itu sangat tenteram dan aman dimana tidak membawa sebarang perselisihan faham ataupun pertengkaran yang melibatkan pertumpahan darah . Kehidupan masyarakat di pulau itu sangat harmoni , saling berkerjasama dan tolong menolong antara satu sma lain . Kadangkala mereka akan bertolak ansur dlm menyelesaikan masalah agar mudah untuk diselesaikan . 24
25
Disebabkan pulau omadal ini di tadbir oleh para syarif yang merupakan golongan orang yang watak dan mentaati perintah agama serta mempunyai sedikit kelebihan dari orang biasa, pentadbiran pulau itu lebih teratur dan aman . Kepercayaan mereka adalah setiap kali mereka melihat matahari terbenam ke barat maka mereka patut Mengen ah tuhan yang merupakan tempat datangnya segala kekuasaan . 26
Kepercayaan mereka adalah setiap kali mereka melihat matahari terbenam ke barat maka mereka patut Mengen ah tuhan yang merupakan tempat datangnya segala kekuasaan 27
semakin hari dikatakan semakin banyak kapal-kapal dagang yang berlabuh d pulau omadal dan menyebabkan pulau itu tambah meriah . Kapal" dari Timur tengah dan darı china contohnya 28
Setelah beberapa tahun berterusan , akhirnya terjadi sesuatu yang tidak di duga di pulau itu . Perkara ini berpunca daripada beberapa orang penduduk kampung yang iri hati dan mempunyai niat yang tidak baik terhadap seorang syarif yang merupakan pemimpin di pulau omadal tersebut 29
Para penduduk yang berniat jahat itu berkata "syarif itu semakin berkuasa di pulau ini , sebagai penduduk asal kampung ini , kita perlu bertindak untuk mempertahankan hak dan maruah kita sebagai penduduk" . Kata" seorang pemuda itu dipersetujui oleh ahli kumpulannya yang lain dengan semangat yang berkobar-kobar. 30
Kumpulan penduduk yang jahat itu berbincang mengenai rancangan mereka untuk menghapuskan syarif tersebut. Apa rancangan yang patut kita lakukan terhadap syarif itu ? . Kemudian salah seorang daripada mereka bersuara , " kita bunuh saja syarif itu untuk menjadi pegajaran kepada orang lain agar tidqk sesuka hati mengambil hak kita " . Kata" itu juga dipersetujui oleh ahli-ahli yang lain . 31
Mengikut cerita orang-orang tua zaman dahulu , kumpulan itu mencari hari yang sesuai untuk membunuh syarif tersebut . Setelah mendapatkan hari dan tempat yang sesuai , maka mereka melakukan persediaan untuk membunuh syarif tersebut . 32
Ketika itu bulan terang dan syarif tersebut baru sahaja selesai mengerjakan ibadat, tiba" dia diserang oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali yang muncul dari pokok-pokok di seberang jalan . 33
Syarif itu berkata " mengapakah kamu semua hendak membunuh ku ? Apa salah yang aku lakukan terhadap kamu semua ? Apa dosa ku ? dan dia cuba mengelak daripada ditikam oleh salah seorang daripada sekumpulan lelaki itu . Namun kata-kata syarif itu tidak dihiraukan oleh mereka dan salah seorang lelaki itu bersuara, " ah! jangan banyak soal wahai syarif , engkau telah membawa keburukan di Pulau Omadal ini dan engkau memang patut dibunuh " . 34
Walaupun syarif tersebut berulang kali menanyakan apa kesalahannya, kumpulan lelaki itu tetap tidak menghiraukannya . Seorang lelaki dari kumpulan itu menikam syarif tersebut bertubi-tubi dan akhirnya dia tumpas. Tikaman yang mengenai dada serta perutnya menyebabkan dia jatuh terbaring di atas jalan sambil mengadu kesakitan . 35
Setelah mendapati syarif itu telah meninggal dunia akibat ditikam bertubi-tubi, kumpulan lelaki itu pergi menghilangkan diri kedalam hutan tanpa rasa bersalah . Syarif itu ditinggalkan dalam keadaan tenat dan berlumuran darah di atas jalan . 36
Namun , sebelum syarif itu menghembuskan nafas yang terakhir, dia sempat bersumpah agar sesuatu yang buruk akan berlaku kepada Pulau Omadal. Syarif itu bersumpah dan berkata " aku bersumpah, kerana kamu mengkhianati ku , aku bersumpah pulau ini menjadi pulau kuburan dan tiada siapa pun yang tinggal dengan aman melainkan ditarik-tarik hatinya untuk meninggalkan pulau ini . Tiada lagi kemakmuran dan kemeriahan di pulau ini " . 37
Pada keesokan harinya , mayat syarif tersebut ditemui terbaring di tengah jalan oleh orang kampung . Selepas mayatnya di mandikan dan disembayangkan, maka syarif tersebut dikuburkan di Pulau Omadal itu . Penduduk kampung menguburkan syarif tersebut dan dipancakkan nisan yang sangat besar di kuburan syarif itu . 38
Menurut cerita, sejak kematian syarif itu , semakin hari semakin berkurang kapal yang berlabuh di Pulau Omadal itu . Pulau itu menjadi sunyi dan ramai penduduk kampung yang akhirnya meninggal dunia dan dikuburkan berdekatan dengan kubur syarif tersebut . Sementara sesengah penduduk berhijrah ke pulau-pulau lain kerana tidak tahan tinggal di Pulau Omadal . 39
Pulau Omadal tidak lagi perna kembali menikmati kemeriahan hidup seperti dulu . Keadaan Pulau Omadal sunyi seperti sebuah pulau mati . Sehingga hari ini , Pulau Omadal tidak lagi dihuni orang dan hanya d penuhi kuburan. Sesiapa sahaja yang datang ke pulau ini akan melihat nisan-nisan yang besar terpacak di seluruh pulau ini . 40
PENGAJARAN Kita hendaklah menghormati golongan yang lebih tua dan berpengalaman Kita perlulah berwaspada sebelum membuar tindakan agar tidak membawa kemudaratan 41
Encik Najsir bin Nganro , beliau berumur 52 dan menetap di daerah Semporna , Sabah . Puan Halimah binti Hj Lakani , beliau berumur 56 dan menetap di daerah Semporna , Sabah 42
Arung Salamiah merupakan seorang puteri suku kaum bajau yang mempunyai paras rupa yang sangat cantik dan dia juga berbakat dalam tarian tradisi kaum bajau iaitu tarian igal-igal . Pulau Omadal yang dulunya meriah disebabkan menjadi tempat pelabuhan para pedagang eropah kini sunyi dan dipenuhi kuburan .