Janee’s Kitchen BUKU RESEPI
Masakan Melayu
Nasi Lemak Pandan • Bahan-bahan: 3 cawan Beras 2 biji bawang besar 1 kotak santan adabi 3 helai daun pandan 1/2 sudu kecil garam 1 ibu jari halia Diblender halus Bahan-bahan Sambal tumis 3 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 ibu jari halia Segenggam lada kering Segenggam ikan bilis Diblender halus 1 sudu asam jawa pes 1 sudu kecil garam 3 sudu gula melaka 5 biji telur direbus 1 genggam ikan bilis digoreng 1 genggam kacang tanah digoreng 1 batang timun jepun Cara Penyediaan: • Santan kotak, halia, bawang besar dan daun pandan diblender. Sebiji bawang besar dihiris kasar. Bahan yang diblender dan ditapis ke dalam beras yang sudah dibasuh. • Bahan yang bertanda * diblender halus dan ditumis. Masukkan asam jawa, garam dan gula melaka secukupnya • Ikan bilis dan kacang tanah digoreng. • Timun dipotong serong- serong. • Siap dihidang untuk dimakan
Kuih Lapis • Bahan-bahan: 1 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung beras 2 sudu besar tepung jagung 2 cawan santan pekat 1/2 cawan gula sedikit garam 1 sudu mkn minyak masak pewarna ikut citarasa Cara Penyediaan: • Masukkan semua bahan kecuali minyak dan pewarna.kacau sampai sebati. • Kalau ada ketulan tepung,tapiskan ia. • Griskan loyang dengan minyak masak tadi. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan adunan anda. • Setiap lapisan mestilah dikukus selama 5 minit,kemudian lapiskan dengan warna lain sehingga habis. • Utk lapisan terakhir,kukus selama 10 minit. Selamat Mencuba!
Masakan India
Gulab Jamun • Bahan-bahan: o 1 cawan Tepung susu o 1/3 cawan Tepung gandum o½ sudu teh Soda bikarbonat o1/3 cawan Susu mentega (buttermilk)* o 2 sudu teh Minyak masak o 1 cawan Gula o¾ cawan Air o 2 pkt kecil Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet o 4 biji Buah pelaga o Secubit Saffron o ¼ cawan Susu penuh krim o 1 sudu teh Cuka • Cara Penyediaan: • Untuk menyediakan susu mentega, gaulkan susu penuh krim dengan cuka. Ketepikan sebentar. • Untuk menyediakan sirap, didihkan gula, air dan buah pelaga sehingga pekat sikit. Padam api, taburkan Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet® dan saffron. Biar menyejuk. • Ayakkan tepung susu, tepung gandum dan soda bikarbonat, ketepikan. • Gaul masuk susu mentega dan minyak masak. • Satukan campuran tepung susu dan campuran susu mentega sehingga doh yang lembut dan melekit terbentuk. • Tambah sedikit susu lagi jika doh masih rapuh (mudah hancur). • Jangan uli doh terlalu lama sebab jika gluten mula terbentuk, bebola tidak dapat serap sirap gula dengan baik. • Gris tapak tangan dengan minyak dan jadikan doh bebola kecil. • Gorerng-celup di atas api kecil hingga perang-keemasan. • Rendam dalam sirap pada suhu bilik.
Tosay Masala-Dosa Masala • Bahan-bahan: o 2 cawan nasi semalaman (nasi yang tak habis dibiarkan semalaman) o 1 cawan kacang urudu (‘black gram’) direndam semalaman o Sedikit garam o Untuk isi dalam tosey: o Beberapa helai daun kari o 2 sudu kecil bijisawi o 2 biji bawang besar o 3-4 biji kentang direbus o Untuk sos: o 1/2 biji kelapa parut (bahagian putih saja diparut) o 3 biji cili hijau (cili api pun boleh, saya pakai cili padi) o 3/4 cawan ‘roastery wt’ o Sedikit garam • Cara Penyediaan: • Tosey – kisar nasi , kacang urudu, garam dan sedikit air. Biarkan semalaman lagi sampai ia naik buih. Jangan terlampau cair kerana adunan ini agak pekat. • Tosey – anda boleh pilih samada buat cara di atas atau beli yang segera tosey (‘dosa’) atau yang dalam peket. Bagi yang dalam peket anda masih kene rendam semalaman. Kalau yang segera boleh buat terus. • Ada 2 cara untuk masak tosey ni. Panaskan kuali leper letak sedikit mentega dan ambil sesenduk adunan tosey tadi dan buat macam masak lempeng. • Satu lagi cara, letak sedikit adunan tosey ke dalam acuan yang boleh masuk ketuhar dan acuan tersebut disapu dengan sedikit mentega. Kemudian masak di dalam ketuhar selama 3 minit. • Untuk sos – kisar kelapa parut, garam, cili, sedikit air masak dan ‘roastery’. Kalau nak tambah biji sawi pun boleh. Di dalam gambar ni ada sos berwarna hijau ia sama tapi ditambah dengan sayur. • Untuk inti dalam tosey – goreng daun kari dan biji sawi. Kemudian masukkan bawang goreng sehingga masak dan letak kentang yang dilenyek dan sedikit garam. Setelah masak bolehlah letak di dalam tosey yang dimasak seperti lempeng tadi. • Tosey juga dimakan dengan kuah dal masala. Nanti saya masukkan resipi dal masala untuk anda semua. Siap untuk disantap. • Ini contoh gambar kuah dal. • Ini contoh ‘roastery wt’.
Masakan Cina
Hokkein Mee oBahan-bahan: o 2 bungkus mee kuning o Bahan untuk campurkan di dalam mee: tauge, sayur kangkung beli dalam seikat, bawang goreng, telur 4 biji (rebus) o 1kg udang sederhana (kopek asingkan isi dan kulit) o 4 ulas bawang putih (ketuk-ketukkan) o 4 biji bawang besar (kisarkan) o 1 senduk cili kisar (terpulang pada masing-masing kalau nak pedas) o Gula batu sedikit o Tauge o Seikatsayur kangkung o Bawang goreng o 4 biji telur rebus • Cara Penyediaan: • Asingkan udang dari kulit. Cucikan kulit tersebut dan direbus. Air jangan dibuang.. • Ambil kulit yang direbus tadi kisarkan dengan sedikit air..kisar sampai hancur.. • Panaskan minyak, tumiskan cili kisar tadi sehingga pecah minyak dan masukkan sekali bawang putih tadi..lepas itu baru masukkan bawang merah kisar..kalau tak nak masukkan bawang merah pun boleh gak tapi kalau masukkan baru rasa sedap sikit.. • Bila dah pecah minyak barulah dimasukkan kulit udang yang dikisar tadi…bagi bau naik dan masukkan air rebusan tadi. Tambah sedikit air biasa mengikut kepekatan yang diingini ..selalunya hokkien mee ni tak cair tak pekat. Kalau nak pekat masukkan sedikit bancuhan tepung jagung… • Akhir sekali masukkan gula secukupnya..terpulanglah kalau nak manis ke tak hokkien mee ni mesti ada rasa manis sikit..masukkan lah garam dan Ajinomoto…petua kalau nak hokkien mee ni sedap, masukkan gula batu dalam seketul (sederhana kecik). Isi udang kita tumiskan dengan sedikit miyak sehingga kemerahan dan asingkan. Air tumis tu tadi boleh dimasukkan ke dalam kuah…..dan dah pun siap. Celurlah mee, sayur kangkung…seperti biasa….telur pun kena rebus. • Sambal: tumis cili kisar dan masukkan sikit kicap cair dan Ajinomoto. Sambal ini untuk diletakkan di dalam mee yang nak dimakan nanti… selamat mencuba..
Cik Kut Teh oBahan-bahan: o 8 cawan air o 2 paket herba Bak Kut Teh, dibungkussiap o 400g paha ayam, potong menjadi beberapa ketulan o 6 keping cendawan shiitake kering, direndam dan dibelah dua o 6 cendawan butang perang segar dicuci dan dibelah dua o 2 paket cendawan padi o 1 cawan tauhu pok, dibelah dua o 1/2 cawan beri goji o 4 labu bawang putih o 4 sudu besar kicap o 2 sudu teh kicap pekat o 2 sudu besarsostiram o 6 cubit lada sulah o 1 ketulan kecil gula batu o Garam secukup rasa o 6 tangkai cili padi merah atau hijau, dihiris o 2 sudu besar bawang putih cincang o 2 sudu besar kicap o 2 sudu besar kicap manis o d) Bahan Hiasan o 1 sudu besar bawang goreng o 1 batang daun bawang, dihiris o 1/2 sudu besar daun ketumbar o Cakoi • Cara Penyediaan: • Isi periuk yang besar dengan air, bawang putih, herba chic kut teh, ketulan ayam, cendawan kering kecuali cendawan padi dan biar mendidih atas api sederhana besar. Apabila sup mula mendidih, kecilkan api dan biar sup mereneh selama 40 minit. • Masukkan semua bahan perasa dan teruskan mereneh sup selama 10 minit. • Sementara menunggu sup siap di masak, sediakan sos ciciahan dengan mencampur semua bahan sos bersama. • Masukkan cendawan padi, tauhu pok dan beri goji ke dalam sup dan biar sup mereneh selama 5 minit saja. Hal ini demikian kerana kita mahu cendawan masih kenyal. • Padamkan api. Hidangkan Chic Kut Teh dengan nasi putih, bahan hiasan, sos cicahan dan cakoi. • Selamat mencuba…..