KINCIR AIR BIDANG KEJURUTERAAN SJ007 ZAFREE EMRA FARHIEM MUHAMMAD ANAZ SHAHMI RAIS
Penggunaan bahan api petroleum yang semakin berkurangan memerlukan satu kaedah alternatif untuk menjana tenaga baharu yang lebih efektif dan mesra alam. Projek ini dijalankan untuk mereka bentuk kincir air dengan menggunakan kuasa motor sebagai bahan utama bagi menggerakkan kincir air dan seterusnya tenaga tersebut digunakan untuk menjana tenaga elektrik. Sepanjang proses menyiapkan reka bentuk kincir air ini, banyak teori mekanikal dan praktikal digunakan. Projek reka bentuk ini juga memberi banyak peluang kepada kami untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman. projek ini boleh ditingkatkan serta berpotensi untuk berkembang sejajar dengan objektif pembinaan reka bentuk ini. Secara keseluruhannya,kincir air ini mampu berfungsi dengan baik. PENGENALAN
PERNYATAAN MASALAH 1.Kincir air merupakan salah satu cara untuk menjana elektrik bagi mengatasi masalah kehabisan sumber tenaga yang tidak boleh diperharui seperti arang batu dan petroleum pada masa akan datang. 2.Kincir air menjadi alternatif lain dalam menjana elektrik 3.Kincir air boleh menjadi tarikan pelancong kerana penggunaan kincir air di seluruh dunia adalah sedikit,ini dapat menarik pelancong dari seluruh dunia untuk melancong di negara yang mempunyai kincir air untuk melihat bagaimana kincir air berfungsi
OBJEKTIF KAJIAN 1.Mereka bentuk kincir air berasaskan Teknologi Hijau 2.Mengkaji pengunaan kincir air dalam menjana tenaga elektrik di Malaysia 3.Membandingkan penjimatan dalam penggunaan model kincir air dengan bekalan kuasa sedia ada
METODOLOGI KAJIAN 1.1 BAHAN-BAHAN • Paip PVC ½, 2, 3 inci • Penutup paip PVC 2 inci • Dinamo 12v &pulley • Kayu Panjang hujung bulat • getah dinamo • Papan plastik 5mm • Kabel 1mm • impraboard • Lampu LED 5mm • CD 3 keping • Rangka kayu 1.2 CONTOH REKA BENTUK
1.3 PROSEDUR Lekat penutup impraboard ke dalam paip 2 inci .lubang penutup Masuk kayu ke dalam paip 2 inci melalui lubang tutup Lekat CD ke penutup paip 2 inci menggunakan ‘hot glue gun’ Tampal 6 keeping impraboard ke sekeliling PVC 2 inci Tampal CD ke lubang paip PVC belah satu lagi Tampal paip PVC 3 inci di bahagian luar CD Skru kincir ke rangka kayu dan pasang di lubang PVC ½ inci Lekatkan dinamo di rangka kayu Sesuaikan jarak dinamo-kincir. Tutup dinamo guna impraboard Ukur nilai voltan menggunakan voltmeter Pembuktian boleh dijalankan
NAMA UJIAN PEMERHATIAN Ujian nilai voltan pada dinamo Memeriksa nilai voltan 4-5 V menggunakan voltmeter ketika kincir berputar Ujian lampu LED menyala Lampu LED menyala membuktikan kehadiran elektrik dari kincir air Ujian kelajuan kincir air Semakin laju kincir berputar, semakin besar nilai voltan dan tenaga elektrik DATA & PEMERHATIAN
KEPUTUSAN Melalui kajian yang dilakukan, kincir air mampu menghasilkan nilai voltan diantara 4-5 V setelah diputarkan. Selain itu, lampu LED dapat menyala selepas kincir air yang telah disambungkan diputarkan. Jadi, kincir air dapat menjadi sumber tenaga elektrik yang cekap. Dengan hanya menggunakan sumber air, tenaga elektrik dapat dihasilkan.
PERBINCANGAN Perbandingan antara kincir air dengan penggunaan sel kering ialah kincir air hanya perlu air untuk menjana elektrik manakala sel kering yang dibuat menggunakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui akan kehabisan juga selain daripada harganya yang mahal. Selepas itu, berdasarkan tontonan kami di youtube beralamat https://youtu.be/qdb-Sel, semakin cepat putaran pada kincir air, semakin banyak tenaga elektrik dihasilkan. Malah, hanya memanfaatkan air, kita dapat menghasilkan elektrik. Jadi, penggunaan kincir air pada zaman yang serba canggih ini amat digalakkan kerana negara Malaysia ada sumber air yang sangat banyak. Projek ini dengan mudah dapat memenuhi keperluan masyarakat Malaysia.
SIGNIFIKASI PROJEK PENYELIDIKAN Kajian ini penting kerana kincir air merupakan tenaga alternatif boleh baharu yang mesra alam serta sebagai produk Teknologi Hijau yang memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi. Kajian ini adalah untuk masyarakat di serata Malaysia sementelahan di seluruh dunia. Hal ini juga meningkatkan ekonomi bagi sektor perindustrian. Manfaat yang mampu diperolehi termasuklah mendapatkan tenaga elektrik lebih mudah, mesra alam dan tanpa mengeluarkan dana yang tinggi selaras dengan konsep Teknologi Hijau.
PEMBANGUNAN MASA HADAPAN Harapan kami agar projek kincir air dapat digunakan di negara Malaysia kerana adanya sumber air yang banyak dalam negara ini. Dengan ini, projek kincir air menjadi satu alternatif tenaga baharu yang lebih efektif dan mesra alam. Banyak manfaat yang dapat diperoleh sekiranya kincir air digunakan antaranya ekonomi negara akan meningkat dengan pesat. Ia juga dapat mengurangkan pemanasan global yang terjadi akibat pembebasan gas karbon dioksida yang berlebihan.
KESIMPULAN Kincir air merupakan salah satu cara untuk mengubah tenaga air menjadi tenaga elektrik. Kita harus memanfaatkannya dengan mengekalkan dan menambah kincir air di serata dunia. Projek ini juga menjadi alternatif lain untuk menjana tenaga baharu yang lebih efisien dan mesra alam selaras dengan konsep Teknologi Hijau.
SEKIAN TERIMA KASIH