The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jnia1729, 2019-12-19 06:47:11

BUKU-PANDUAN-PUTERI-ISLAM-MALAYSIA

BUKU-PANDUAN-PUTERI-ISLAM-MALAYSIA

Keywords: Rujukan PPIM

BUKU PANDUAN Page1
PERGERAKAN PUTERI

ISLAM MALAYSIA

1

LATAR BELAKANG PPIM Page2
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian
seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah,
institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh
Malaysia.
Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah
penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Allah S.W.T
SEJARAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh
Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh
YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum
hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang
bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja
Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku
Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang,
Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

2

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Page3
Pertama.
Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM
dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.
Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf
‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah
disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.
Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan
Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di
seluruh Malaysia.

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan
Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita
lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi
mangsa banjir dan program ziarah hospital.

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi
pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di
Universiti Islam Antarabangsa.

3

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Page4
Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri.
Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24
Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg.
Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi
pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.

VISI PPIM
Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :

 Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
 Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara

bersepadu iaitu dari
segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
 Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan
terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

4

MISI PPIM Page5
 Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam
konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang
dijalankan
 Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat
khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.
 Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran
supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan
masyarakat.

OBJEKTIF DI PERINGKAT SEKOLAH

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan
menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:-

1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang
 Taat kepada Allah, Raja dan Negara
 Berilmu
 Berakhlak mulia
 Berbakti kepada masyarakat

1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya
menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya
kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat
berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.

5

1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di Page6
terima masyarakat.

1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi
tua.

MATLAMAT

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara
gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti
berikut :

 Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan
spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan
nilai-nilai pendidikan.

 Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri-
puteri.

 Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang
gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.

 Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
 Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.
 Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan

ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

6

LOGO Page7

PENGERTIAN LOGO
 Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit
dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu
bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
 Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya
ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan“PERGERAKAN
PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)
 Di bawah logo ini tertulis perkataan :-
“PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri
“PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin

PENGERTIAN WARNA
 Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
 Hijau : Agama
 Taqwa sebagai TERAS
 Putih : Kesucian
 Kuning : Kesetiaan dan ketaatan
7

LAGU Page8
8

IKRAR Page9
9

BENDERA

 Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan
ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah
sepertiga daripada ukuran bendera.

 Penggunaan
- Setiap upacara rasmi
- Tatacara Perjumpaan

 Kedudukan Bendera dalam Tatacara Perjumpaan

Bendera Bendera Bendera

Negeri Malaysia PPIM

Page10

10

UNIFORM

Baju Kawad Baju Pemimpin

Baju Puteri Baju Riadah

Page11

11

KEANGGOTAAN Page12
Keahlian Pergerakan Puteri Islam Malaysia terbuka kepada kaum wanita di semua
peringkat:-

 Suri rumah tanpa had umur
 Wanita yang bekerja samada di sektor awam atau swasta
 Gadis-gadis atau remaja lepasan sekolah
 Pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta
 Pelajar-pelajar di Sekolah Menengah dan Rendah berusia 10 tahun ke atas

LENCANA

Lencana Puteri

Lencana Pemimpin
12

KURIKULUM PPIM DI SEKOLAH
Berikut adalah panduan bidang-bidang kurikulum yang harus dijadikan asas
program dan aktiviti-aktiviti PPIM di sekolah:

BIL BIDANG CONTOH-CONTOH TAJUK

1 Pengenalan Tatacara perjumpaan
PPIM 1.2 Sejarah
1.3 Falsafah
1.4 Objektif

2 Kerohanian Pemahaman dan Pengukuhan Al-Quran
dan Hadis melalui Aktiviti Kritis.
2.1 Kenabian dan Nabi-Nabi
2.2 Malaikat
2.3 Sifat 20
2.4 Asma Ul-Husna
2.5 Al-Quran
2.6 Hadith (mengenai berbagai topik)
2.7 Ayat Al-Quran
· An Nissa (tentang berbagai topik)
· Luqman (tentang berbagai topik)
· Maryam (tentang berbagai topik)
2.8 Manusia sebagai Khalifah di Bumi
2.9 Adab dan Panduan Membaca Al-Quran

3 Kesihatan dan 3.1 Maksud Kesihatan

Tugas 3.2 Citra (Imej) Diri

Pembangunan 3.2.1 Kebersihan Diri (Fizikal)

Diri · Penjagaan kulit muka.

· Penjagaan kaki, tangan, telinga, mulut dan

· rambut.

3.2.2 Pakaian / Alas Kaki / Stokin

· memilih / mendobi / menjaga

· merawat, menghilang tanda. Page13

13

3.2.3 Penampilan Diri
· cara duduk, berjalan, bercakap
3.3 Pembangunan Diri
3.3.1 Perubahan diri (remaja)
3.3.2 haid
3.3.3 cara mandi wajib, hormon percintaan
3.4 Makanan Dan Pemakanan
3.4.1 Asas Pemakanan
3.4.2 Kandungan dan nilai.
· pilihan makanan :
i. makanan untuk mandiri
ii. makanan segera
iii.makanan untuk orang sakit.
iv.makanan untuk kanak-kanak.
v. sarapan.
· cara memasak
· cara menghidung
· cara mengemas dan membersih

4 Keluarga dan 4.1 Kitaran Hidup

Masyarakat 4.1.1 Peringkat-peringkat umur dan ciri-ciri

setiap peringkat.

4.1.2 Tugas dan tanggungjawab jenis setiap

peringkat.

4.2 Pengenalan diri

4.2.1 Siapa saya

4.2.2 Perbezaan lelaki dan wanita

4.2.3 Tugas-tugas pembangunan diri

4.3 Khidmat Masyarakat

4.3.1 Gotong-royong

4.3.2 Derma pakaian / duit / buku terpakai

4.3.3 Lawatan ke rumah orang tua, anak-anak

yatim.

4.3.4 hospital, kanak-kanak cacat / istimewa.

Page14

14

5 Kemahiran 5.1 Seni dan Budaya
5.1.1 Seni pertahankan diri
· sifat Page15
· tekwando
· tai chi
5.1.2 Apresiasi Seni (Semua jenis)
· Drama
· Pantomin
· c. Seni Suara:-
- nyanyi
- koir
- nasyid
- lagu patriotik
· Sketsa
· e. Puisi:-
- sajak
- syair
- gurindam
- pantun
· Gimrama, Gimnastik, Artistik, Senamrobik.
5.1.3 Seni Halus
· tekat
· sulaman
· jahitan (asas):-
- sembat
- jelujur
- merangka pola
- tampal jerumat
- jahitan manik
· tenunan
· anyaman:-
- bakul
- ketupat
- tikar
- saji
· Membatik:-
- cap canting
- ikat
- celup

15

· Ukiran:- Page16
- Buah
- Kayu
- sabun
· Seramik termasuk hiasan
· Cengkerang
· Lipatan:-
- origami
- kain
- surviette
· Gubahan:-
- bunga
- buah
- riben
5.1.4 Seni Cetak
· T-Shirt
· Kad
· Proses percetakan, penjilidan, Resos top
publishing.
5.1.5 Seni Lukis
· Kolej
· Catan
· Lukisan
5.1.6 Seni Khat
· Copper tooling
5.2 Celik Komputer
5.2.1 Asas
5.2.2 Grafik
5.2.3 Typesetting
5.3 Pengurusan Rumah Tangga
5.3.1 Menjaga / Mengemas / membersih (dalam
rumah)
· bilik tidur
· dapur
· tandas
· stor
5.3.2 Menjaga & Membersih (luar rumah)
· Taman (lanskap)
· Kolam Ikan

16

· Kolam Renang
· Air pancut mini
5.3.3 Hiasan Dalaman
· Skima warna
· Pilihan Fabrik
· Mengatur Perabot
· Menjaga perhiasan (tembaga, perak)
· Menjaga kaca & cermin
· Menjaga tikar getar, jerami, plastik,
permaidani, pandan, mengkuang.
5.4 Ekonomi
5.4.1 Merancang ekonomi
5.4.2 Asas Perniagaan

6 Rekreasi Dan 6.1 Perkhemahan

Aktiviti Luar · mendirikan Khemah

· ikatan

· gajet

· masakan

· kawad.

6.2 Aktiviti Luar

6.2.1 Sukan dan Permainan

· Dalam (cator, saidina, shahiba, dart)

· Luaran:-

i. Gelanggang (Bola jaring, Bola Tampar, dll.)

ii. Padang (Lawn Bowl, Lompat Jauh, Lompat

Tinggi dll.)

· Tradisional

- congkak, seremban, gelang panjang.

6.2.2 Kembara / Orienteering

· mendaki gunung

· membaca kompas

· membaca peta

6.2.3 Aktiviti Lasak

· Berkeno (Canoeing)

· Berakit

· Flying fox Page17

· Rope Crossing

17

· River Crossing
· Absailing
· Memanah
· Berkuda
· Berbasikal Lasak
· Mendaki
· Menembak
6.2.4 Sukan/Air
· Berenang
· Snorkeling
· Permainan Pantai (Bola Tampar, Istana Pasir)
· Berkelah

7 Pertolongan 7.1 Memahami tentang Kecederaan dan
Cemas Rawatan
7.2 Alat dan Bahan Berbahaya: Tahu cara
penggunaan dan penjagaan yang betul.
7.3 Anduh dan balutan
7.4 Kotak Pertolongan Cemas
7.5 Mengetahui tentang kemalangan di rumah
yang berpunca daripada kelalaian.
7.6 Cara rawatan kemalangan di dalam dan di
luar rumah.
7.7 Cara memberi rawatan kecemasan.
7.8 Mendapat Pendedahan dan tahu
melaksanakan.
7.9 Tahu membantu Teknik-teknik kelahiran
kecemasan.
7.10 Bersalin

8 Alam Sekitar Alam Sekitar dan Agama

dan Agama 8.1 Alam Sekitar Sebagai Kitabullah Yang

Kedua.

8.2 Alam Sekitar Sebagai Amanah

8.3 Pencemaran dan Degradasi Alam Sekitar

dari sudut Al-Quran. Page18

8.4 Pemeliharaan Alam Sekitar

18

8.4.1 Kitar Semula
· Kertas
· Aluminium
· Komposting
8.4.2 Memelihara sungai/air
8.4.3 Memelihara hutan / tumbuhan
· menanam pokok
· membersih pantai, tepi sungai
8.4.4 Menjimat tenaga

FORMAT LAPORAN BERTULIS

Kulit Tajuk / Nama kursus
Tarikh
 Tempat



Kandungan Page19
1. Aluan Pengerusi Kursus
2. Kertas Cadangan (Kertas Kerja)
3. Jadual Kursus
4. Laporan Setiap Seni berserta senarai kehadiran seni berkenaan.

Contoh :
Sesi 1
a) Tajuk ..............

Tarikh .............
Masa ...............
Penceramah .........
Pengerusi ..........
b) Isi Laporan
c) Soalan Peserta dan jawapan Penceramah
d) Ulasan
e) Penilaian
f) Senarai Kehadiran (Muka surat berasingan)
* Seni 2,3 dan seterusnya seperti format di atas
5. Rakaman bergambar boleh disertakan sebagai Lampiran.

19

PENILAIAN PUTERI BONGSU

Sijil Puteri Bongsu layak diperolehi oleh pelajar-pelajar dari sekolah Rendah
sahaja. Walau bagaimanapun terdapat juga pelajar-pelajar yang mendaftar
menjadi ahli apabila masuk ke sekolah Menengah, tanpa memperolehi Sijil Puteri
Bongsu.

Pelajar-pelajar berkenaan DIBENARKAN menjalani Penilaian secara serentak
bagi Puteri Bongsu dan Puteri Kecil.
(sila rujuk Proses Penilaian di Buku Manual Penilaian )

PERUNTUKAN MARKAH

Bil Bidang PK PT PS
1 Pengurusan dan Pentadbiran
2 Kerohanian 20 12 9
3 Kesihatan dan Pembangunan Diri
4 Keluarga dan Masyarakat 10 17 10 Page20
5 Kemahiran 10 10 11
6 Pendidikan Luar 11 12 10
7 Pertolongan Cemas 13 12 14
8 Alam Sekitar 14 15 22
12 14 14
20 10 10 10

21

21Page


Click to View FlipBook Version