INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN EDUP3153 TUGASAN 2 (PENGHASILAN PRODUK) NAMA : FARRAH NASYIHIN BINTI ABDULLAH Angka Giliran : 2021252340288 Program : PISMP AMBILAN JUN 2021/2026 Semester : SEMESTER 2 TAHUN 2 Kursus : EDUP3153- PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Nama Pensyarah : DR. HJH. SUZANA BINTI ABD. MUTALIB Tarikh Hantar : 21 MAC 2024
i ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN M/S 1.0 Pengenalan Tugasan 1 2.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2 3.0 Pelaksanaan Pentaksiran Dalam Bilik Darjah 3 a. Pentaksiran Secara Pemerhatian b. Pentaksiran Secara Lisan c. Pentaksiran Secara Bertulis 4.0 Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) a. Kaedah Pentaksiran Secara Pemerhatian (Senarai Semak) 4 b. Kaedah Pentaksiran Secara Lisan (murid dengan guru) 8 c. Kaedah Pentaksiran Secara Bertulis (Soalan UASA) 9 5.0 Penilaian Kesesuaian Setiap Instrumen PBD 10 6.0 Kesimpulan 13 Rujukan
EDUP3153 1 1.0 Pengenalan Tugasan Tugasan ini akan memperincikan mengenai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pelaksanaan Pentaksiran PBD yang terbahagi kepada tiga iaitu pentaksiran secara lisan, pentaksiran secara bertulis dan pentaksiran secara pemerhatian. Ketiga-tiga kaedah pelaksanaan PBD tersebut mempunyai instrumen yang tersendiri. Bagi memenuhi kehendak soalan, untuk kaedah pentaksiran secara pemerhatian, saya memilih kaedah senarai semak. Kaedah pentaksiran secara lisan pula saya memilih kaedah murid dengan guru. Akhir sekali, kaedah pentaksiran secara penulisan saya memilih soalan UASA Tahun 5. Setelah menerangkan instrumen PBD, saya dikehendaki untuk menilai kesesuaian instrumen PBD tersebut dari segi kaedah, aktiviti, tajuk PdP, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang ditetapkan dan keupayaan instrumen mentafsir murid. Saya memilih subjek Bahasa Melayu SK Tahun 5. Kemahiran yang saya pilih ialah Kemahiran Menulis iaitu Standard Kandungan yang dipilih ialah 3.3 Menghasilkan penulisan. Manakala, Standard Pembelajaran ialah 3.3.1 Mendraf dan menghasilkan penulisan berformat, dan tidak berformat.
EDUP3153 2 2.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pentaksiran Sekolah telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai hujung tahun 2016. PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Selain daripada Standard Prestasi, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran juga dirujuk dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Standard Kandungan (SK) ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran (SP) pula ialah suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Manakala Standard Prestasi (SPi) pula ialah suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai oleh murid. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. PBD melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang berterusan terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arah menambah baik PdP tersebut. Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran yang jelas tentang penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum. Semua maklumat yang diperoleh dari pentaksiran bukanlah bertujuan untuk perbandingan atau persaingan antara murid. Sebaliknya maklumat tersebut hendaklah digunakan untuk membantu pihak sekolah dan ibu bapa untuk merancang tindakan susulan ke arah menambah baik penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
EDUP3153 3 3.0 Pelaksanaan Pentaksiran Dalam Bilik Darjah a. Pentaksiran Secara Pemerhatian Pemerhatian sesuai digunakan untuk mentaksir proses dan hasil kerja murid seperti penghasilan lukisan, buku skrap, kraf tangan, produk atau kerja kursus. Pemerhatian ini membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran. Pemerhatian boleh digunakan untuk mentaksir aspek seperti sikap, perlakuan atau amalan, amali, dan kemahiran belajar. Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan pentaksiran yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan. Hasil pemerhatian membolehkan guru mengenal pasti murid yang berdaya tahan, mahir berkomunikasi, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermatlamat, penyayang atau prihatin dan patriotik. Instrumen pentaksiran secara pemerhatian adalah seperti senarai semak, skala kadar, anekdot dan rekod berterusan (running record). b. Pentaksiran Secara Lisan Pentaksiran secara lisan boleh berlaku secara spontan semasa PdP atau secara terancang melalui sesi soal jawab atau kuiz. Pentaksiran secara lisan merupakan satu kaedah pentaksiran yang mudah dan cepat bagi mengesan perkembangan atau penguasaan murid. Pentaksiran secara lisan digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara murid dengan guru, murid dengan murid dan murid dengan bahan pembelajaran. Antara aspek yang boleh ditaksir secara lisan ialah kefahaman konsep, pengetahuan fakta, kemahiran mendengar dan penggunaan bahasa yang tepat. Kemahiran lisan boleh ditaksir melalui aktiviti seperti soal jawab, bacaan kuat, dan bercerita. Pentaksiran ini sesuai untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran berkomunikasi, mengesan kelancaran dalam sebutan dan mengesan amalan dan sikap murid secara serta-merta. Instrumen pentaksiran secara lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respons murid dalam bentuk lisan. c. Pentaksiran Secara Bertulis Pentaksiran secara bertulis melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti karangan, laporan, dan ujian bertulis. Instrumen dalam pentaksiran secara bertulis digunakan untuk mengesan perkembangan intelek dan kemahiran murid dari aspek menulis, menyusun idea, mengaplikasi, mentafsir, menilai dan mencipta.
SK PASIINSTRUMEN PBD PEMERH4Senarai Semak Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Tahun 5Objektif Pembelajaran Murid dapat mendraf daPenerangan Aktiviti: Murid dibahagikan kepada enam kumpulan (5 orang, 1 kumpkarangan berkaitan dengan penulisan berformat (laporan) dmembentangkan hasil contoh karangan. Jika ada kesilapan, sedimurnikan semula oleh guru.
R AKAR HATIAN (SENARAI SEMAK) 4 5) n menghasilkan penulisan berformat, dan tidak berformat. pulan). Setiap kumpulan diminta untuk menghasilkan satu contoh dan penulisan tidak berformat (cerita). Setiap kumpulan perlu etiap kumpulan perlu memperbetulkan dengan mengedit dan perlu
SK PASIINSTRUMEN PBD PEMERH5A1- Tajuk berita perlu diletakkan di tengah kertas karangan bahagA2- Nama tempat ditulis disebelah kiri perenggan pertama dengankoma. A3- Hari ditulis selepas nama tempat dan ada tanda sempang sebB1- Mempunyai watak-watak yang membawa cerita itu hidup. B2- Plot yang berbentuk naratif serta mempunyai pengenalan, konB3- Latar tempat dan latar masa yang sesuai. B4- Tema yang sesuai. B5- Gaya bahasa yang sesuai dengan cerita yang disampaikan.
R AKAR HATIAN (SENARAI SEMAK) 5 ian atas. n menggunakan huruf besar sepenuhnya dan diikuti dengan tanda belum memulakan perenggan pertama. nflik, klimaks, dan penyelesaian.
SK PASIINSTRUMEN PBD PEMERH6Jadual Senarai SemaBIL NAMA AHLI/KUMPULAN A1 A2 1. 1. AFIQ AMIRUDDIN BIN JALALUDDIN FAHMEY 2. ARDINI NAZIFA BINTI HASBULLAH 3. MUHAMMAD ANEEQ AZWAR BIN ABD GHAFFAR 4. MUHAMMAD IMAN FITRI BIN ZULKIFLI 5. NUR ALEESHA FATEENI BINTI MASWADI / / 2. 1. AFIQ EZAFRIL BIN ASRUL EFFENDI 2. ASIF ZARITH BIN ABDULLAH ZAWAWI 3. MUHAMMAD ROHAN BIN MOHD ZANI @ MOHD ZAN 4. NUR AMNI SOFIA BINTI MOHD AZHAR 5. NUR AUFA UMAIRAH BINTI MOHD NOOR AZMI 3. 1. AHMAD AMMAR IQBAL BIN HASRI 2. ASSYIFA UMAIRAH BINTI AZRUL AMINULRASHID 3. MUHAMMAD SYARIFUDDIN BIN MOHD ASRI 4. NUR HANA BINTI MOHAMAD FARUQ 5. NUR RIFQAH BINTI MOHD NOR / / 4. 1. AHMAD UMAIR BIN MUHAMMAD FARIHAN 2. MUHAMMAD ADAM DARWISY BIN MOHD ZAHAIL SYAM 3. NIK NUR NASRIYAH BINTI NIK AZMI 4. NUR SALSABILA BINTI KHAIRUDDIN 5. NUR ZAHRA AISHAH BINTI MOHD AMIN / /
R AKAR HATIAN (SENARAI SEMAK) 6 ak Secara Kumpulan. A3 B1 B2 B3 B4 B5 CATATAN / / / • Tidak menyatakan hari. • Karangan tidak mempunyai konflik. • Gaya bahasa kurang sesuai. / / / / / / • Tajuk berita ditulis di tepi bahagian atas. • Hanya huruf pertama latar tempat sahaja huruf besar. / / / / • Tiada tanda sempang. • Karangan berbentuk deskriptif. / / / / / / • Semua kriteria dipenuhi oleh kumpulan ini.
SK PASIINSTRUMEN PBD PEMERH75. 1. AIN MASYITAH BINTI NORHAZUWADI 2. MUHAMMAD ADAM FARISH BIN AZMAN 3. NUR AINA HUMAIRA BINTI MUHAMMAD KAMIL 4. NURUL BATRISYA BINTI MOHD ZAIDI 5. NURUL IQLIMA MARDIAH BINTI ABDULLAH / 6. 1. ALI IQBAL BIN MOHAMAD IRFAN 2. MUHAMMAD AL FATHULLAH ADHA BIN BAHARUDIN 3. NUR AISYAH IZARA BINTI ZAWARI IKSHAM 4. PUTERA FITRI ATOUROBBI BIN HAIRUL AZIZI 5. QAISARA IRDINA BINTI SUMAFAIZAN /
R AKAR HATIAN (SENARAI SEMAK) 7 / / / / • Tidak meletakkan koma. • Tiada tanda sempang. • Watak kurang memainkan peranan. / / / / / / • Tajuk berita tidak ditulis di tengah-tengah kertas.
SK PASIR AKAR INSTRUMEN PBD LISAN (MURID DENGAN GURU) 8 Pentaksiran Secara Lisan antara Murid dengan Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Tahun 5) Objektif Pembelajaran Murid boleh menceritakan pengalaman percutian bersama keluarga. Seterusnya, murid akan menghasilkan karangan berformat (surat kiriman tidak rasmi) dan tidak berformat (cerita) berdasarkan pengalaman mereka. Soalan guru: 1. Ceritakan pengalaman percutian kamu bersama keluarga. 2. Kenapa anda dan keluarga memilih destinasi tersebut sebagai tempat pelancongan. Respons murid Komen guru M1 Saya bercuti di Cameron Highland yang terletak di negeri Pahang. Saya pergi bersama keluarga selama tiga hari dua malam untuk menikmati suasana yang sejuk. Di situ, saya menikmati buah strawberi yang dicicah dengan coklat. Saya juga melawat ke Ladang Teh Boh yang sangat besar. Saya juga pergi ke kandang biri-biri. Biri-biri itu sangat comel! Bulunya juga lembut. Saya sangat seronok dan hendak pergi bercuti lagi. Awak menggambarkan tempat-tempat percutian di Cameron Highland dengan jelas dan menarik! M2 Saya pergi bercuti di Legoland yang terletak di negeri Johor. Legoland ialah sebuah taman tema yang diperbuat sepenuhnya daripada lego. Saya sangat sukakan lego, kerana itulah keluarga saya mencadangkan Legoland sebagai destinasi percutian kami. Di situ, saya menaiki ‘roller coaster’, bermain di taman tema air. Keluarga saya juga menempah bilik yang bertemakan lanun dan puteri. Saya bermain sepuaspuasnya sehingga kepenatan. Awak menceritakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan di Legoland dengan bagus!
SK PASIR AKAR INSTRUMEN PBD LISAN (MURID DENGAN GURU) 9 M3 Saya bersama keluarga pergi bercuti di Pulau Redang yang terletak di negeri Terengganu. Kami tinggal di sebuah resort tepi pantai yang indah untuk menikmati angin yang segar dan suasana yang tenang. Tiba di sana, saya terpesona dengan keindahan pantai, pasir putih yang lembut, dan air yang sangat jernih sehingga saya nampak terumbu karang. Saya melakukan aktiviti snorkeling dan menaiki bot untuk melawat pulau-pulau kecil. Saya dapat melihat ikan-ikan secara dekat. Pengalaman percutian ini menjadi kenangan tak terlupakan yang akan selalu saya simpan dalam ingatan saya. Awak mendeskripsikan pemandangan di Pulau Redang dengan sangat jelas! M4 Saya bersama keluarga bercuti di negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah. Kami sekeluarga mempunyai minat yang tinggi akan sejarah. Tiba di kota Melaka, saya mengunjungi St. Paul's Hill, sebuah bukit yang dulu menjadi tempat persembunyian bagi tentara Portugis dan Belanda. Seterusnya, saya menjelajahi Jalan Hang Jebat, yang juga dikenal sebagai Jonker Street, yang terkenal dengan pasar malamnya. Tempat yang wajib ialah mengunjungi A Famosa yang menjadi saksi bisu dari masa penjajahan Portugis di Melaka. Percutian ini memberikan pengalaman yang sangat banyak kepada saya mengenai sejarah negara kita. Wah! Percutian di tempat yang bersejarah pasti menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita terhadap sejarah negara. Bagus!
SK PASIR AKAR INSTRUMEN PBD LISAN (MURID DENGAN GURU) 10 M5 Saya bersama keluarga bercuti di Bukit Tinggi yang terletak di negeri Pahang. Tiba di sana saya menikmati udara segar pegunungan dan pemandangan alam yang indah. Saat berada di Colmar Tropicale, saya merasakan seperti berada di desa ala Peranci, bangunanbangunan yang dipenuhi dengan seni Eropah. Selain itu, saya juga mengunjungi Japanese Village, di mana saya seakan-akan berada di Jepun. Bercuti di Bukit Tinggi satu percutian yang sempurna untuk menenangkan diri daripada kesibukan kota. Saya bersama keluarga banyak mengambil gambar kenang-kenangan di setiap tempat yang dilawati. Tanpa ke luar negara, saya dan keluarga dapat menikmati pemandangan yang hampir sama walaupun bercuti di dalam negara Malaysia. Bagus! Awak bersama keluarga meningkatkan ekonomi negara. Betul bahawa negara kita juga banyak tempat yang menarik untuk bercuti. Bercuti di dalam negara dapat meningkatkan mata wang negara kita juga! Percutian yang menarik! Nota: M1= Murid 1; M2= Murid 2 dan seterusnya
SK PASIR AKAR INSTRUMEN PBD BERTULIS (SOALAN UASA) 9 b. Kaedah Pentaksiran Secara Bertulis (Soalan UASA)
EDUP3153 10 5.0 Penilaian Kesesuaian Instrumen PBD Instrumen pertama [Rujuk 4.0(a)] ialah satu instrumen PBD yang menggunakan kaedah pentaksiran secara pemerhatian iaitu senarai semak. Aktiviti yang dilaksanakan ialah murid dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu lima orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan diminta untuk menghasilkan satu contoh karangan berkaitan dengan penulisan berformat iaitu berita dan penulisan tidak berformat iaitu cerita. Tajuk PdP yang ditetapkan ialah penulisan berformat dan penulisan tidak berformat. Standard Pembelajaran ialah 3.3.1 Mendraf dan menghasilkan penulisan berformat, dan tidak berformat. Manakala, Standard Prestasi yang ditetapkan ialah antara Tahap Penguasaan 1 hingga Tahap Penguasaan 3 (Rujuk Jadual 5.1). STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN PENYATAAN 1 Sangat Terhad Menghasilkan contoh penulisan berformat (berita) dan tidak berformat (cerita) serta mengedit dan memurnikan hasil penulisan pada tahap sangat terhad. 2 Terhad Menghasilkan contoh penulisan berformat (berita) dan tidak berformat (cerita) serta mengedit dan memurnikan hasil penulisan pada tahap terhad. 3 Memuaskan Menghasilkan contoh penulisan berformat (berita) dan tidak berformat (cerita) serta mengedit dan memurnikan hasil penulisan pada tahap memuaskan. Jadual 5.1 Dengan menggunakan instrumen secara pemerhatian ini, murid akan lebih sedar akan tahap kefahaman mereka semasa berlansungnya sesi PdP ini. Seterusnya, mewujudkan kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan semasa membina conoth karangan. Pembentangan yang dilakukan juga dapat meransang pemikiran murid-murid mengenai cara penyampaian mereka. Jika ada kesilapan, mereka dapat mengetahui secara lansung dan dapat melakukan penambahbaikan. Namun, kekurangan yang terdapat dalam instrumen ini ialah guru menguji satu sahaja jenis penulisan berformat dan penulisan tidak berformat. Guru sewajarnya melakukan senarai semak kepada semua jenis-jenis penulisan berformat dan tidak berformat supaya murid dapat menulis karangan berformat atau tidak berformat dengan betul. Guru juga perlu memastikan setiap murid mahir untuk menghasilkan kesemua jenis penulisan berformat dan tidak berformat.
EDUP3153 11 Instrumen kedua [Rujuk 4.0 (b)] ialah satu instrumen PBD yang menggunakan kaedah pentaksiran secara lisan iaitu antara murid dengan guru. Aktiviti yang dilaksanakan ialah sesi soal jawab antara murid dengan guru. Aktiviti yang dijalankan dalam sesi PdP ialah murid menceritakan pengalaman percutian bersama keluarga. Seterusnya, murid menghasilkan karangan berformat (surat kiriman tidak rasmi) dan tidak berformat (cerita) berdasarkan pengalaman mereka. Standard Pembelajaran ialah 3.3.1 Mendraf dan menghasilkan penulisan berformat, dan tidak berformat. Manakala, Standard Prestasi yang ditetapkan ialah Tahap Penguasaan 3 hingga Tahap Penguasaan 5 (Rujuk Jadual 5.2). STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN PENYATAAN 3 Memuaskan Menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat berdasarkan pengalaman peribadi pada tahap memuaskan. 4 Baik Menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat berdasarkan pengalaman peribadi pada tahap baik. 5 Sangat Baik Menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat berdasarkan pengalaman peribadi pada tahap sangat baik. Jadual 5.2 Keupayaan instrumen mentafsir murid dari segi lisan ialah murid lebih berkeyakinan untuk menceritakan pengalaman mereka. Di sini guru dapat juga menilai kemahiran bertutur murid di samping mereka menghasilkan karangan berformat iaitu surat kiriman tidak rasmi dan tidak berformat iaitu cerita. Murid dapat menukarkan pengalaman mereka kepada satu karya penulisan dengan menerapkan unsur-unsur gaya bahasa dan menggunakan perkataan yang gramatis dalam karangan mereka. Di sini guru juga dapat mengetahui kekurangan murid dalam kedua-dua kemahiran. Namun, kekurangan yang dikesan dalam instrumen ini ialah soalan yang ditanyakan oleh guru adalah ringkas dan tiada bahan ransangan. Untuk menghasilkan idea, bahan rangsangan ialah satu perkara yang penting dalam menghasilkan karangan. Guru juga perlu memberikan komen yang positif dan menjurus ke arah perkembangan pemikiran murid supaya murid boleh mengekspresikan perasaan mereka dalam menghasilkan karangan.
EDUP3153 12 Instrumen ketiga [Rujuk 4.0 (c)] ialah satu instrumen PBD yang menggunakan kaedah pentaksiran secara bertulis iaitu soalan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi subjek Bahasa Melayu Tahun 5. Arahan soalan ialah “Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjang karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.”. Tajuk bagi soalan ini ialah “PERTANDINGAN MEWARNA”. Standard Pembelajaran ialah 3.3.1 Mendraf dan menghasilkan penulisan berformat, dan tidak berformat. Manakala, Standard Prestasi yang ditetapkan ialah Tahap Penguasaan 4 hingga Tahap Penguasaan 6 (Rujuk Jadual 5.3). STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN PENYATAAN 4 Baik Menghasilkan penulisan berformat laporan atau tidak berformat cerita berdasarkan bahan grafik yang diberikan pada tahap baik. 5 Sangat Baik Menghasilkan penulisan berformat laporan atau tidak berformat cerita berdasarkan bahan grafik yang diberikan pada tahap sangat baik. 6 Cemerlang Menghasilkan penulisan berformat laporan atau tidak berformat cerita berdasarkan bahan grafik yang diberikan pada tahap cemerlang. Jadual 5.3 Berdasarkan soalan yang diberi, terdapat dua pilihan untuk murid menjawab soalan ini. Antaranya ialah “Tuliskan sebuah cerita berdasarkan gambar di atas.” Dan “Tuliskan satu laporan berdasarkan gambar di atas.”. Dapat kita lihat bahawa soalan ini dapat membuka peluang dan memberikan keupayaan murid supaya memilih satu jenis karangan yang mereka mahir. Kedua-dua pilihan yang diberikan mempunyai aras kesukaran tersendiri. Contohnya karangan berformat laporan yang mempunyai kriteria-kriteria yang tersendiri seperti cara menulis tajuk laporan, tempat tandatangan, nama, jawatan dan ejaan mestilah semuanya betul. Manakala, karangan tidak berformat cerita perlulah dalam bentuk naratif, watak dan perwatakan haruslah digambarkan dengan jelas dalam karangan, terdapatnya unsur gaya bahasa, tema dan latar mestilah sesuai. Namun, terdapat juga kekurangan dalam instrumen ini seperti gambar yang diberikan tidak begitu jelas dan tidak menarik minat pelajar. Guru perlu menyediakan bahan grafik yang lebih berkualiti tinggi supaya dapat merangsang pemikiran murid untuk menghasilkan karangan yang lebih kreatif.
13 6.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, PBD merupakan satu komponen dalam PBS yang dilaksanakan berterusan dalam PdP untuk mengukuhkan pembelajaran dan penguasaan murid di samping meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. Pelaksanaan PBD yang berkesan bukan sahaja menyumbang kepada suasana pembelajaran yang menyeronokkan, malah ia juga merupakan kaedah pentaksiran yang autentik tanpa memberi tekanan kepada murid. Pentaksiran formatif yang berterusan dan pentaksiran sumatif yang dilakukan adalah untuk memberi fokus kepada perkembangan dan penguasaan murid dalam pembelajaran dan bukanlah untuk tujuan persaingan. Pelaksanaan PBD memerlukan guru memahami Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi di samping pelbagai kaedah pentaksiran. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada PdP. Pentaksiran dalam bilik darjah ini menyumbang kepada pembentukan modal insan yang holistik dan seimbang seperti dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelaksanaan pentaksiran yang berterusan dalam bilik darjah diharap dapat diperkasakan dan dibudayakan oleh pihak sekolah. Pembudayaan PBD dalam kalangan guru berupaya menghasilkan anjakan kepada pendidikan yang tidak berorientasikan peperiksaan.
RUJUKAN Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (Edisi Ke2). Kementerian Pendidikan Malaysia. http;//bpk.moe.gov.my/index.php/terbitanbpk/pentaksiran-bilik-darjah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2020). Buku Perangkaan Pendidikan Malaysia. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Black, P. & William, D. (1998). Assessment and classroom learning. Assessment in Education, 5(1). 7- 71. Boon, P.Y., Lee, L.H. & Aeria, L.A. (2017). Pentaksiran dalam pendidikan. Oxford Fajar Sdn.Bhd. Brookhart, S. M. & Nitko, A. J. (2019). Educational assessment of students (8th ed.). Pearson. Care, E, Griffin, P & Wilson, M. (Eds.) (2018). Assessment and teaching of 21st century skills: Method and approach. Springer. Fisher, D., Frey, N., Quaglia, R.J., Smith, D., Lande, L., L. (2017). Engagement by design:Creating learning environments where students thrive. Corwin Press. Gengatharan, K., & Rahmat, A. (2019). Keperluan modul pentaksiran pendidikan kesihatan untuk guru tahap satu dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah.Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani,8(2), 19-27 Halimah Jamil, (2019). Pelaksanaan Penskoran Pentaksiran Lisan Bahasa Melayu Dalam Pentaksiran Bilik Darjah. Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2023). Buku Panduan Pentaksiran Kemas Kini 2023.Kementerian Pendidikan Malaysia. International Baccalaureate. (2014). International Baccalaureate Middle Years Programme Subject Brief. https://www.ibo.org/globalassets/digitaltookit/brochures/myp-brief_personalproject_2015.pdf. (Dicapai pada 15 Jun 2018).
Jaggil Apak & Muhamad Suhaimi Taat. (2018). Pengaruh kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke-21.Malaysia Journal of Sciences and Humanities.Vol. 3. Issue. 4. JOHARI, Darayani; WAN MOHAMAD, Wan Muna Ruzanna. Pelaksanaan Penskoran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 467-481, mar. 2023. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/21685>. Kementerian Pendidikan Malaysia , Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (1st ed Jan-Feb 2019) : Info Media , 9 Intervensi Kurangkan Beban Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2001). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia 2001- 2010. Perancangan Bersepadu Penjana Pendidikan,Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2018). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2007). Laporan pelaksanaan projek rintis : Project based-learning. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah 2007. Kuala Lumpur : Bahagian Teknologi Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Putrajaya: Lembaga Peperiksaan. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Klenowski, V. & Adie, L. (2009). Moderation as judgement practice: Reconciling system level accountability and local level practice. Curriculum Perspectives (Journal Edition), 29(1), 10- 28.
McMillan, J. H. (2017). Classroom assessment: Principles and practice that enhance student learning and motivation (7th ed.). Pearson Ally & Bacon. Ministry of Education, Ontario. (2016). Growing Success: Assessment, evaluation and reporting in Ontario schools. http://www.edu.gov.on.ca/eng/policyfunding/growSuccess.pdf (Dicapai pada 12 Januari 2018) Mohammad Azhar Ali & Shahrir Jamaluddin, (2007). Amalan Pentaksiran untuk Pembelajaran di Sekolah Menengah.Jurnal Pendidikan 27(1):19-39. Mohammad Najib Abdul Ghaffar, (2011). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah: UTM, Johor. Mohd Faizal Mohd Yunus, Samsairee Shamsuddin & Yusaini Kasiron Sisc+, (2017). Tahap Kesedaran Guru Terhadap Kefungsian Pentaksiran Dalam Merancang Program Berimpak Tinggi. Norsyuhadah Maskan, (2013). Pelaksanaan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) Bagi Mata Pelajaran Sains Di Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor. Peng, C.F., (2015). Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (2), 1-11. Pentaksiran Bilik Darjah: Panduan untuk guru Bahasa Melayu, Inggeris, dan Arab. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Penilaian Kendalian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Puteri Rothiah Megat Yahaya, (2018). Amalan Pentaksiran Bilik Darjah Guru-Guru Sekolah Rendah Di Daerah Ulu Kinta (disertasi) UPSI, Tanjong Malim. Wan Nor Fadzilah Husin, Logeswari Arumugam M Pillay, Ihavenil Narinasamy, Noor Aliza Nordin, Nooraini Kamaruddin. (2022). Pelaksanan Pentaksiran Bilik Darjah Sekolah Rendah. Jurnal Kurikulum (7), 195-209. Wiggins, G. and Mc Tighe, J. (2013). Essential questions: Opening doors to student understanding. Alexandria, VA: ASCD (Association of Supervision and Curriculum Development).
Wiggins, G., & Me Tighe, J. (2011). The Understanding by Design guide to creating high quality units. Alexandria, VA: ASCD (UBD). William, D. & Leahy, S. (2015). Embedding Formative Assessment. Florida: Learning Sciences International. William, D. (2018). Embedded formative assessment: Strategies for classroom assessment that drives student engagement and learning (2nd ed.). Solution Tree Press. Zainun Mustafa & Nooraida Yakob. (2021). Aliran dan Dimensi Penilaian Program Pendidikan. Melaka: SYFE Management Sdn Bhd. Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Muhd Rahimi Mohd Yusoff. (2010).