E- MINI TESIS NOVEL
KOMSAS TINGKATAN 4
DAN 5
Nama : Syed Mikhail Danish bin Syed Muzafar
Kelas : 4 Razzi
No. Maktab : PB180116
Homeroom : Cg. Attarmizi
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK
PENGHARGAAN
BAB 1: PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN -LATAR BELAKANG (APA MAKSUD NOVEL
1.2 APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
1.3 PENYATAAN MASALAH
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
1.5 SKOP PENYELIDIKAN
1.6 HIPOTESIS AWAL
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
BAB 2: TINJAUAN BACAAN
2.1 BIOGRAFI SETIAP PENULIS
2.2 SINOPSIS 8 NOVEL
2.3 TARIKAN SETIAP NOVEL
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL
3.1. JENIS NOVEL PRPM
3.2. PROSES PENGUMPULAN DATA
3.3. TEMA SETIAP NOVEL
3.4. KEUNIKAN DALAM NOVEL
3.5. PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
3.6. KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
3.7. BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA
3.8. NOVEL DAN KEHIDUPAN
3.9. KEDUDUKAN NOVEL ( PILIH NOVEL YANG PALING DIGEMARI)
3.10 KESIMPULAN (BERKAITAN 8 NOVEL)
4. BAB 4 : PENUTUP
4.1 RUMUSAN KAJIAN (BAGAIMANA CARA TARIK MINAT MEMBACA)
4.2 IMPLIKASI DAN CADANGAN (TUJUAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL)
4.3 HIPOTESIS AKHIR
4.4 PENUTUP
2
4.5 RUJUKAN
3
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenali keunikan kelapan-lapan novel KOMSAS untuk
mempengaruhi minat pelajar MRSM Balik Pulau untuk membaca novel KOMSAS.
PENGHARGAAN
Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada guru saya puan
Rosliza Binti Jaafar kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang
untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya
berjaya menghabiskan tugasan ini.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
4
BAB 1: PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN -LATAR BELAKANG
Perkataan ‘novel’ berasal daripada bahasa Itali ‘novella’, daripada bahasa Sepanyol ‘novela’ dan
daripada bahasa Perancis ‘nouvelle’ yang bermaksud ‘ sebuah kisah’ atau ‘sepotong berita’.
1.2 APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
Fiksyen adalah sebarang bentuk naratif yang berkaitan dengan peristiwa, yang tidak faktual.
Watak-watak itu adalah khayalan dan hanya ciptaan penulis. Terdapat banyak karya sastera
fiksyen yang digunakan dalam teater, filem, dan muzik.
Bukan Fiksyen adalah akaun naratif fakta mengenai sesuatu subjek. Ia boleh menjadi tepat atau
tidak atau akaun benar atau palsu subjek. Ia berdasarkan fakta yang bertujuan untuk
memberitahu, dan ia adalah mudah, langsung, dan jelas. Ia berkaitan dengan peristiwa yang
sebenarnya berlaku.
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Apakah cara bagi menarik minat pelajar untuk menarik minat pelajar untuk membaca novel
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti mengkaji keunikan dan keterbezaan
kelapan-lapan novel yang dibaca.
1.5 SKOP PENYELIDIKAN
1. Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
2. Silir Daksina karya Nizar Paman
3. Tirani karya Beb Sabariah
4. Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
5. Pantai Kasih karya Azmah Nordin
6. Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Bin Talib
7. Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
8. Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
5
1.6 HIPOTESIS AWAL
Pandangan awal saya ialah kelapan-lapan novel KOMSAS tidak menarik perhatian para remaja
kerana jalan ceritanya tidak dapat menarik perhatian remaja tetapi novel-novel tersebut
mempunyai banyak pengajaran.
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian ini adalah untuk mengenali pasti keunikan dan keterbezaan antara
kelapan-lapan penulis novel KOMSAS.
6
BAB 2: TINJAUAN BACAAN
2.1 BIOGRAFI SETIAP PENULIS
Penulis Bimasakti Menari
Nama penuh : Sri Rahayu binti Mohd Yusop
Tarikh lahir : 18 Jun 1976
Negeri : Selangor
Penulis Silir Daksina
Nama penuh : Md. Nizar bin Parman
Tarikh lahir : 31 Ogos 1973
Negeri : Johor
Penulis Tirani
Nama penuh : Bibi Sabariah Hj Abang Awet
Tarikh lahir : -
Negeri : Sarawak
Penulis Songket Berbenang Emas
Nama penuh : Khairuddin bin Ayip
Tarikh lahir : 25 Februari 1962
Negeri : Johor
Penulis Pantai Kasih
Nama penuh : Azmah Nordin
Tarikh lahir : 10 Januari 1958
Negeri : Kedah
Penulis Leftenan Adnan
Nama penuh : Abdul Latip bin Talib
Tarikh lahir : 2 Jun 1954.
Negeri : Negeri Sembilan
7
Penulis Di Sebalik Dinara
Nama penuh : Nor Aziza binti Sulaiman
Tarikh lahir : -
Negeri : Johor Bahru
Penulis Jendela Menghadap Jalan
Nama penuh : Ruhaini Matdarin
Tarikh lahir : 16 Mac 1981
Negeri : Sabah
8
2.2 SINOPSIS 8 NOVEL
Bimasakti Menari
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa
yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh
pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar,
tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang
pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di
Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk
menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki
kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai
tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul
Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya
ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang
tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka
tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan
Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya.
Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman
cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan
penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai
Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan
9
perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan
berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad
Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa
syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh
perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan ke muka pengadilan. Dalam
majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad
Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua
Nurul Hafsa.
10
Silir Daksina
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu
dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalamnya terdapat
hasil penulisan ayah kandungnya.
Teruja dengan kandungan manuskrip itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah
ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung
arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas
sebab-sebab tertentu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi
membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan
tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap
anaknya.
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras
keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah
kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.
Novel Silir Daksina - Komsas Tingkatan 5Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut
mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang
yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah
ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ.
Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat
mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak
ayahnya meninggal dunia, Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini.
Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal
dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya
11
turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur
apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.
12
Tirani
TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas
nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa
Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda
yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan
semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan
cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya.
Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak
rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang
dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi
kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu
menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi
sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap
suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya.
Perceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan
ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan
berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland.
Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran
ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut
hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu
TIRANI.
13
Novel Songket Berbenang Emas
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia
terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda
keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan
mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya
pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah
menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup
Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya.
Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah
dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah
menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah
kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
14
Pantai Kasih
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui
pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas
menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan
mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali
sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu
tentang komplikasi pesakit, namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus
menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di
pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi
komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah
seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku.
Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Hal ini,
membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang
perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan
menyayat hati. Namun, berbekalkan semangatnya yang kuat, dia teruskan juga
perjuangan dalam bidang perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor
Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor
Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang
unsur-unsur pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam
spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun
kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah
beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki
itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya
pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari
pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor,
Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan
ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang
15
menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula
berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku,
sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan
pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha
tenang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan
yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang
berpendapatan sederhana.
16
Leftenan Adnan Wira Bangsa
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan
keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar
Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke
Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu
adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga
ke titisan darah yang terakhir.Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah
keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung
nyawa.
17
Di Sebalik Dinara
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa disedari,
Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA gadis itu.
Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai (abang Farisha)
telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama-sama Shida.
Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan
Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa
hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan
Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang
penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat
kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam
tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan
Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh
Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha.
Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus
projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr.
Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta
pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang
menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida
mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft
Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng,
pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa
dia melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat.
Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut
apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa
dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
18
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha
namun Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang
penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang
merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar,
Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak
memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan
Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida
menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy
melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan
melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung
dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri di bilik
Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah
Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai
membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida
berhubung dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha
dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu
memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik
oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya
ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan identiti
sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh
Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti
Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab
semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali
dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri
Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan
perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang
19
kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi.
Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan
komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar
rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha.
Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk
berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat
pada pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya
ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan
aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida.
Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan
bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.
20
Jendela Menghadap Jalan
Pada mulanya Lili berasa berat hati untuk pulang bercuti ke kampung datuk dan
nenek kerana mahu memanfaatkan cuti persekolahan terakhir alam persekolahan
menengahnya bersama-sama dengan rakan-rakannya. Akan tetapi, demi menjaga hati
ibu, Lili akur dan pulang bercuti ke kampung.
Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, dia bertemu dengan Geetha dan
Danel, dua orang rakan baharu yang menaiki bas yang sama, yang mempunyai
destinasi tujuan yang sama. Tanpa disedarinya, kedua-dua teman baharu itu
membawanya pergi jauh menelusuri kisah-kisah kehidupan penduduk kampung
sepanjang berada di kampung datuk dan neneknya.
Sikap datuk yang tidak menjawab pertanyaan Lili berkenaan corak dan binaan
jendela serta pintu rumah penduduk di kampung tersebut menyebabkan Lili meneka
sendiri-sendiri dan teruja untuk mencari jawapannya. Dia mendapati dirinya mulai
tertarik dengan suasana kampung yang amat bertentangan dengan gaya kehidupan
masyarakat di bandar.
Pekerjaan datuk sebagai pengamal rawatan tradisional telah memanjangkan
semula pertemuan antara Lili, Geetha dan Danel. Ini disebabkan ibu Geetha, iaitu
Letchumi telah lama menggunakan khidmat datuk Lili untuk merawat penyakit dalam
tubuhnya. Begitu juga dengan ayah Danel, iaitu William. Pertemuan semula ini telah
membuka lebih banyak peluang buat Lili untuk bertahan lebih lama lagi di kampung
datuk dan nenek. Melalui pertemuan semula dengan Danel Lili mengetahui Danel
menulis artikel tentang pisang yang terkandung dalam buku Segalanya Tentang Pisang.
Kehadiran Lili sejak hari pertama disambut dengan isu memasang kubah surau
dan pembinaan masjid, isu itu menarik perhatian Lili dan dia mempunyai pandangannya
yang tersendiri tetapi dia tidak berani meluahkannya ekoran sifatnya yang agak pendiam. Di
samping itu juga, Lili mendengar dan melihat isu anak-anak Che Jah yang
menjadi musuh masyarakat kerana perangai buruk mereka yang terlibat dengan
pengambilan najis dadah serta gemar mencuri.
Pertemuan semula Lili dengan Geetha serta Danel telah membakar semangat
Lili untuk memikirkan setiap satu persoalan yang menjadi masalah besar buat
penduduk Kampung Sentosa, namun ia hanya berlegar-legar dalam fikirannya. Setiap
21
kali Lili menyuarakannya kepada nenek, neneknya selalu memintanya agar jangan
masuk campur hal-hal orang dewasa. Namun, ia tidak menghalang Lili untuk
melontarkan buah fikirannya dan lebih baiknya lagi apabila Geetha dan Danel
mempunyai buah fikiran yang serupa.
Semasa dalam perjalanan pulang dari pekan, Lili telah diculik oleh Rafik dan
Haziq, iaitu dua orang anak lelaki Che Jah. Namun, Lili berjaya diselamatkan oleh
Danel. Lili tidak marah tetapi sebaliknya bersimpati dan memutuskan mahu membantu
keluarga Che Jah, yang pada hematnya menjadi mangsa keadaan. Tindakan Lili pada
mulanya ditentang oleh datuk dan nenek tetapi lama-kelamaan sikap terbuka Lili ini
berjaya mengubah pendirian datuk yang selama ini bersikap tidak ambil peduli dengan
keadaan sekeliling.
Cuti kali ini amat bermakna kerana pandangannya diterima oleh datuk dan orang
dewasa kampung itu, justeru dapat membantu keluarga Che Jah mendapat pengadilan
dari segi undang-undang dan menyelesaikah isu pemasangan kubah di surau.
Lili, Geetha dan Danel menghabiskan sisa cuti mereka di kampung dengan
menikmati suasana matahari terbit. Cuti yang hampir berakhir membuatkan Lili berasa
berat untuk pulang kerana dia berasa cutinya di kampung pada kali ini amat bermakna
dan menggembirakan ekoran perubahan sikap datuk yang pada mulai bercerita dan
meluahkan. Begitu juga dengan neneknya yang mulai bercerita tentang jendela
menghadap jalan. Setelah berpisah, Daniel menghantar surat kepada Lili dan
menceritakan tentang Geetha dan rencana-rencana tentang pisang yang ditulisnya.
22
2.3 TARIKAN SETIAP NOVEL
Bima Sakti Menari:
Novel ini menceritakan tentang seorang Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin.
Silir Daksina:
Novel ini menceritakan tentang seorang remaja lelaki yang tinggal bersama ibu dan ayah tirinya.
Sebuah karya misteri.
Tirani:
Novel ini menceritakan tentang kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai
cabaran dan dugaan dengan jiwa dan semangat yang kuat.
Songket Berbenang Emas :
Novel ini menceritakan tentang kehidupan seorang pelajar dalam menempuh cabaran hidupnya.
Pantai Kasih:
Novel ini menceritakan tentang seorang doktor muda yang ingin menjadi seorang doktor pakar
bedah
Leftenan Adnan:
Novel ini merupakan karya bukan fiksyen yang menceritakan tentang pahlawan negara.
Di Sebalik Dinara:
Novel ini menumpukan kepada karya sains fiksyen.
Jendela Menghadap Jalan:
Novel ini menceritakan tentang perasaan ingin tahu seorang budak.
23
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL
3.1 JENIS NOVEL PRPM
Bimasakti Menari : Fiksyen
Silir Daksina : Fiksyen
Tirani : Fiksyen
Songket Berbenang Emas : Fiksyen
Pantai Kasih : Fiksyen
Leftenan Adnan : Bukan Fiksyen
Di Sebalik Dinara : Fiksyen
Jendela Menghadap Jalan : Fiksyen
3.2 PROSES PENGUMPULAN DATA
Tarikh Aktiviti
28/7/2021 ● Mencari maksud novel
● Mencari maksud fiksyen dan bukan fiksyen
30/7/2021 ● Mencari sinopsis novel
● Mencari biodata penulis novel
1/8/2021
● Hantar draf pertama
7/8/2021
● Mencari tema novel
8/8/2021 ● Mencari tarikan novel
12/8/2021 ● Mencari buku luar negara
22/8/2021 ● Hantar draf kedua
● Hantar tesis yang lengkap
24
3.3 TEMA SETIAP NOVEL
Bima Sakti Menari:
Tema novel ini ialah kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Silir Daksina:
Tema novel ini ialah kekeluargaan
Tirani:
Tema novel ini ialah kecantikan fizikal seseorang hanya bersifat sementara tetapi ilmu
pengetahuan yang dimiliki mampu melindungi kelemahan diri
Songket Berbenang Emas :
Tema novel ini ialah ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup.
Pantai Kasih:
Tema novel ini ialah ketabahan hati seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam
menempuh kehidupnya.
Leftenan Adnan:
Tema novel ini ialah semangat kepahlawanan askar Melayu dalam mempertahankan tanah air
daripada dijajah oleh orang asing
Di Sebalik Dinara:
Tema novel ini ialah persaingan dalam dunia sains.
Jendela Menghadap Jalan:
Tema novel ini ialah kecekalan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan
rintangan.
25
3.4 KEUNIKAN DALAM NOVEL
Antara keunikan novel novel Leftenan Adnan, ialah novel ini merupakan novel jenis
bukan fiksyen yang menceritakan tentang perjuangan Leftenan Adnan manakal novel yang lain
merupakan novel jenis fiksyen.
Selain itu, ialah novel Silir Daksina,yang menceritakan tentang Haiqal didatangi sebuah
manuskrip lama yang didalamnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Dia teruja dengan
kandungan manuskrip itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah.
Seterusnya, ialah novel Pantai Kasih yang menceritakan tentang pelbagai cabaran yang
dihadapi oleh doktor muda
3.5 PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
Persamaan antara novel-novel KOMSAS ialah mempunyai nilai yang dapat membentuk
sikap seseorang individu.
Selain itu, novel Tirani, Songket Berbenang Emas, Bima Sakti Menari dan Pantai Kasih
mempunyai watak utama perempuan.
Seterusnya, setiap novel yang saya kaji ini mempunyai watak utama yang sentiasa tidak
berputus asa dalam mencapai matlamat dan impian yang diinginkan
3.6 PERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
Perbezaan yang saya dapat daripada kelapan-lapan novel KOMSAS ialah Novel Leftenan
Adnan merupakan novel jenis bukan fiksyen manakala novel yang selebihnya merupakan novel
jenis fiksyen.
Selain itu, ialah novel Silir Daksina, mempunyai yang menceritakan tentang Haiqal
didatangi sebuah manuskrip lama yang didalamnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.
Dia teruja dengan kandungan manuskrip itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan
arwah ayah.
Seterusnya, ialah novel Pantai Kasih yang menceritakan tentang pelbagai cabaran yang
dihadapi oleh doktor muda.
26
3.7 BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA
Perbezaan novel Malaysia dan novel luar negara ialah novel luar negara mempunyai
aspek fantasi yang lebih menarik daripada novel Malaysia seperti Harry Potter dan Lord of the
Rings.
Seterusnya, setiap watak novel luar negara mempunyai falsafah dan kefahaman yang
berbeza dan unik berbanding novel Malaysia.
Selain itu, watak sampingan novel luar negara mempunyai perwatakan yang menarik dan
memberi impak yang besar kepada cerita. Sebagai contoh Ron Weasley dan Hermione Granger
daripada Harry Potter.
3.8 NOVEL DAN KEHIDUPAN
Novel-novel KOMSAS mempunyai banyak nilai, pengajaran yang dapat membantu melahirkan
insan-insan yang sopan santun dan berilmu.
Antara nilai yang terdapat dalam novel-novel KOMSAS ialah nilai patriotisme. Kita
hendaklah nilai patriotik bagi menjaminkan keamanan negara kita
Seterusnya ialah nilai kegigihan. Kita haruslah gigih berusaha ketika bekerja bagi
mencapai matlamat
Selain itu, ialah nilai rasional. Kita haruslah berfikiran rasionl semasa buat keputusan
agar hidup kita senang.
3.9 KEDUDUKAN NOVEL
1. Leftenan Adnan
2. Jendela Menghadap Jalan
3. Di Sebalik Dinara
4. Songket Berbenang Emas
5. Tirani
6. Bima Sakti Menari
7. Silir Daksina
8. Pantai Kasih
27
3.10 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kelapan-lapan novel itu mempunyai pelbagai jenis nilai dan pengajaran yang
dapat membantu kita untuk menjadi individu yang berilmu dan sopan-santun. Novel-novel
komsas mempunyai jalan cerita yang menarik tetapi terdapat beberapa kekurangan yang boleh
diperbaiki lagi.
28
BAB 4: PENUTUP
4.1 RUMUSAN KAJIAN
Antara cara-cara bagi menarik minat membaca ialah memberi perwatakan yang menarik
kepada watak-watak sampingan. Hal ini kerana watak samping pada novel KOMSAS tidak
memberi impak yang besar terhadap jalan cerita.
Seterusnya, ialah mempunya ciri-ciri fantasi yang lebih menarik. Hal ini demikian,
menarik perhatian gollongan remaja kerana mereka gemar membaca novel jenis fantasi.
Selain itu, ialah menghasilkan kulit buku yang menarik bagi menarik perhatian orang.
4.2 IMPLIKASI DAN CADANGAN
Tujuan penambahbaikan novel-novel KOMSAS ialah untuk menarik perhatian golongan
remaja untuk lebih membaca.
Seterusnya adalah untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam golongan muda agar
Bahasa Melayu tidak diabaikan.
Selain itu adalah untuk melahirkan masyarakat yang berjaya melalui pengajaran yang
terdapat pada novel KOMSAS
4.3 HIPOTESIS AKHIR
Hipotesis akhir saya ialah novel-novel KOMSAS mempunyai cerita yang menarik tetapi tidak
dapat menarik perhatian para remaja tetapi mempunyai banyak pengajaran
PENUTUP
● Kesimpulannya kajian ini dapat membuka mata saya bahawa novel-novel KOMSAS
mempunyai jalan cerita yang menarik dan mempunyai pelbagai jenis nilai dan pengajaran
yang dapat membantu seseorang individu berguna untuk masyarakat.
Walaubagaimanapun, novel-novel tersebut mempunyai kekurang tersendiri yang boleh
diperbaiki bagi menarik minat golongan remaja untuk membaca dan memartabatkan
Bahasa Melayu
29
4.5 RUJUKAN
● https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-bimasakti-menari.html
● http://noveltingkatan5.blogspot.com/2016/01/sinopsis-keseluruhan-silir-daksina.html
● https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-tirani.html
● https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-songket-berbenang-emas.html
● https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Komsas-Bahasa-Melayu-
Tingkatan-4-Kajian-Novel-Pantai-Kasih-Azmah-Nordin.pdf
● https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Leftenan-Adnan-Wira-Ba
ngsa.pdf
● https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Komsas-Bahasa-Melayu-
Tingkatan-4-Kajian-Novel-Di-Sebalik-Dinara-Dayang-Noor.pdf
● https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-jendela-menghadap-jalan.html
30