The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hqianhui69, 2021-08-14 00:15:54

SUKAN RAYKAT

SUKAN RAYKAT

SUKAN RAYKAT

HO QIAN HUI 6R1

TUJU GULI

▪ Permainan guli biasanya melibatkan
lontaran guli dengan tepat mengenai
sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh
kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh
dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak
melebihi lima orang.

▪ Kawasan tanah rata dan lapang ialah
gelanggang yang sesuai sebagai tempat
bermain guli. Biji guli yang digunakan
untuk permainan ini ialah jenis guli yang
d i p e r bu at d a r i p ad a b a tu k a p u r, b e r wa r na
putih dan sebesar ibu jari kaki.

BATU SEREMBAN

• Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan
Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di
waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh
kanak-kanak perempuan sama ada secara
individu atau berpasangan. Ianya dimainkan
secara berkumpulan seramai dua hingga empat
orang atau lebih.

• Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah,
ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek
lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa
digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini
dikenali sebagai buah.

BALING TIN

▪ Permainan ini dikenali baling tin kerana bahan asas permainan
tersebut adalah tin. Permainan baling tin dikatakan mula
diperkenal pada awal tahun 1950-an dan terus popular hingga
pertengahan tahun 1980-an. Lazimnya permainan ini dimainkan di
kawasan kampung yang kekurangan hiburan. Asal-usul permainan
rakyat ini tidak dapat dipastikan kerana sudah dimainkan di
negara ini sejak dahulu lagi. Namun begitu permainan ini terus
b e rkembang k e s e luruh Ta nah Me la yu d a n d imainkan o leh
pelbagai kaum terutamanya masyarakat Melayu dan Cina.

▪ Cara-cara permainan ini dimulakan dengan menyusun tin-tin
kosong dari bahagian bawahnya dengan susunan empat, tiga, dua
dan satu atau lima, empat, tiga, dua dan satu. Pemain pula
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan penyerang dan
pelontar. Kumpulan pelontar akan memulakan permainan dengan
wakil pasukan akan melontar bola mengenai susunan tin dari
jarak tertentu. Sekiranya tin itu jatuh, pasukan pelontar akan lari
untuk mengelak balingan dari pasukan penyerang.

GASING

▪ Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada
paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan
permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi.
Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing
dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan
tempoh masa gasing mampu berputar.

▪ Gasing dibuat daripada kayu
bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu
tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk
gasing.

GALAH PANJANG

▪ Permainan galah panjang adalah sejenis
permainan yang melintasi garisan-garisan
berhalang. Tujuan permainan ini adalah
untuk menguji kecekapan pemain berlari
melepasi halangan. Permainan ini dimainkan
oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan
bilangannya seramai sepuluh orang (boleh
berubah-ubah).

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version