Page 1 of 11
Pada hari Sabtu yang lalu,Ibu Mia membawanya ke pasar untuk membeli makanan .
Semasa perjalanan pulang,Mia terjumpa seekor kucing yang sangat kotor.
Page 2 of 11
Mia berkata kepada ibunya, “Ibu bolehkah Mia mahu bawa kucing ini pulang?”.
Ibunya menjawab ,“Tak boleh Mia,kucing ini sangat kotor” jawab ibunya.
Page 3 of 11
“Ibu,jika ibu izinkan Mia bawa kucing ini pulang,Mia berjanji Mia akan membersihkan kucing ini dengan
baik” kata Mia.
Ibunya menjawab lagi, “Baiklah Mia,pastikan kucing ini sentiasa bersih dan tidak berbau busuk ya”
jawab ibunya.
“Baiklah ibu,terima kasih ibu”jawab Mia dengan penuh semangat.
Page 4 of 11
Mia telah menamakan kucing itu sebagai “Si Uteh”.
Semasa di dalam rumah,Mia sentiasa menjaga kucing itu dengan baik seperti memberi makan,menjaga
Si Uteh tidur dan bermain bersama kucing itu.
Page 5 of 11
Setiap petang,Mia akan ke padang permainan.Mia telah menunjukkan dan menceritakan tentang Si
Uteh kepada kawan-kawannya.
Pada suatu hari,ketika mereka sedang berjalan pulang dari padang permainan, tiba-tiba datang sebuah
kereta dan ketika itu juga Si Uteh terkejut dan terus melintas jalan itu.
Page 6 of 11
Dummmm!!!!! Si Uteh dilanggar kereta itu. Darah berlumuran di seluruh kepalanya. Si Uteh nyawa-
nyawa ikan.
Page 7 of 11
Mia berasa sangat sedih atas kemalangan kucing itu.
Mia membawa kucing itu ke klinik,tetapi doktor cakap “Maaf ya,kucing ini tidak boleh diselamatkan lagi.
Page 8 of 11
Mia pun menangis teresak-esak.
Tetapi Mia sangat berpuas hati atas keprihatinannya sepanjang dia membela Si Uteh.
Page 9 of 11
Mia tidak akan membela kucing lain kerana Si Uteh adalah satu satunya kucing yang paling disayangi
Mia.
Akhirnya,Mia reda dengan pemergian Si Uteh.
Page 10 of 11
Pengajaran:
1) Kita hendaklah sentiasa berbuat baik kepada makhluk Allah.Tidak semestinya makhluk Allah
yang lemah tidak boleh berbuat baik.
2) Kita hendaklah bersabar atas kehilangan sesuatu.
3) Janganlah kita bersedih keterlaluan.
Sekian,terima kasih.
Penulis cerita:Nur Amani Sabihah Binti Mohd Saeran
Tajuk cerita:Mia dan Si Uteh
Tahun terbit:2021
Page 11 of 11