The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAKANAN TRADISI SETIAP NEGERI DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-26215221, 2021-09-26 12:15:49

MAKANAN TRADISI SETIAP NEGERI DI MALAYSIA

MAKANAN TRADISI SETIAP NEGERI DI MALAYSIA

MAKANAN TRADISI SETIAP
NEGERI DI MALAYSIA

PERLIS

RINGGI

 Ringgi atau emping yang siap dibuat
akan dimakan bersama isi kelapa yang
sudah diparut dan juga gula sebelum ia
dibahagikan untuk dibawa pulang ke
rumah masing-masing. Selalunya
pembahagian dibuat menggunakan
kaedah sukat secara lama atau
tradisional iaitu menggunakan kepoi
ataupun gantang. Jika padi yang
diketam segantang, mungkin ringgi
yang boleh dihasilkan ialah hempat
kepoi (secupak).

KEDAH

GULAI BATANG PISANG

 Gulai Batang Pisang memang signature

dish orang Baling Kedah, terutamanya di

kawasan kampung. Tetapi tolong jangan

bayangkan dalam periuk atau kawah sedang

menggelegak tu ada batang pisang. Nama

saja Gulai Batang Pisang tetapi bahagian

batang pisang yang digunakan

adalah umbut pisang atau rias pisang. Umbut

pisang adalah bahagian tengah batang

pisang yang lembut dan berwarna putih.

Sama saja kalau umbut kelapa.

 Gulai batang pisang biasanya di masak untuk

majlis kenduri dan lebih sedap gulai batang

pisang menggunakan daging

bertulang lembu atau kambing.

PERAK

RENDANG TOK
 Rendang Tok merupakan makanan

tradisi Perak. Ia tidak asing lagi dalam
masyarakat Melayu terutama di
Lembah Sungai Perak dari Kuala
Kangsar hingga Teluk Intan. Makanan
ini diperbuat daripada daging yang
dipotong dadu. Kebiasaannya
masakan tradisi ini sering dimakan
bersama lemang, lebih-lebih lagi
semasa Hari Raya Aidilfitri

PULAU PINANG

LAKSA PENANG

 Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang
di mana ia berasal. Kuahnya lebih cair dan
masam manis. Ia cukup popular dan cukup di
gemari ramai. Ada yang memanggilnya
sebagai asam laksa.. Laksa

 Pulau Pinang adalah satu-satunya makanan
Malaysia yang berada dalam senarai 50
makanan paling lazat di dunia.Tidak banyak
perbezaan antara Laksa Pulau Pinang
dengan laksa negeri lain, namun terdapat
beberapa keistimewaan yang menjadikan
laksa Pulau Pinang kini terkenal di seluruh
Malaysia.

SELANGOR

KUIH BUGIS MANDI

 Kuih Bugis Mandi, juga dikenali sebagai
Kuih Puteri Berendam, berintikan kelapa
parut dan dihidang dengan kuah
santan. Bahan-bahan bagi bebola kuih
adalah tepung pulut, tepung sagu,
santan cair, pewarna makanan, dan
garam secukupnya.

 Untuk inti bahan-bahan ialah gula pasir,
gula merah, tepung gandum, kelapa
parut dan air, serta garam secukup rasa.
Hidangan ini paling sesuai dimakan
dalam keadaan yang sejuk

NEGERI SEMBILAN

GULAI/MASAK CILI API
Dikenali sebagai masakan kuning lada
api atau “masok lomak lado api” satu-
satunya masakan yang popular dan
menjadi lambang masakan tradisonal
orang melayu Negeri Sembilan. Ia
merupakan salah satu masakan
daripada orang Minangkabau dan
kebiasaanya dimasak bersama ikan, siput
sedut, ayam, sayur-sayuran dan daging
salai.

JOHOR

NASI AMBENG

 Nasi ambeng adalah hidangan

khas Jawa berupa nasi putih yang diletakkan di

atas tampah dan diberi lauk pauk di sekelilingnya.

Lauk pauk dapat berupa perkedel, ikan

asin goreng, rempeyek, sambal

goreng, telur rebus, tempe goreng, urap, bihun

goreng, dan opor ayam.

 Nasi ambeng adalah hidangan yang disajikan
dalam selamatan sebagai sebagai lambang
keberuntungan. Nasi dimakan beramai-ramai oleh
empat hingga lima orang dewasa. Nasi dimakan
dengan memakai dengan tangan telanjang,
tanpa sendok dan garpu. Penyajian nasi ambeng
mengandung permohonan agar semua pihak yang

turut serta dikaruniai banyak rezeki.

MELAKA

ASAM PEDAS

 Kebiasaannya bahan-bahan yang mesti ada ialah terdiri
daripada ikan (kebiasaannya ikan parang, ikan tenggiri, ikan
merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang
putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin
menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga
kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut.
Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan masakan.

 Cara untuk membuatnya cili kering, bawang merah dan putih,
halia dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat. Serai dan
lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah empat. Tumiskan
bahan-bahan yang telah dikisar dan lengkuas tadi kedalam
periuk sehingga naik baunya dan garing. Jangan pula hangus.
Selepas itu masukkan air asam jawa mengikut banyak atau
sedikit sukatan masakan. Ikan yang telah dibersihkan
dimasukkan sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan serai,
daun kesum, bunga kantan, asam gelugur/asam jawa atau
daun limau purut.

PAHANG

SAMBAL HITAM
 Sambal hitam ini cukup unik dan hanya

boleh ditemui di sekitar Jerantut, Kuala
Lipis dan Raub. Selain boleh dijadikan
perisa dalam makanan, belimbing buluh
boleh juga dibuat sambal dikenali
sambal hitam dikalangan
penggemarnya dan enak dimakan
bersama nasi putih, pulut, lempeng dan
seumpamanya.
 Kalau sudah belimbing hitam yang
digunakan semestinya sambal yang
dihasilkan 'berwajah' hitam tapi
keenakan rasanya menjadi sebutan

TERENGGANU

NASI DAGANG
 Nasi Dagang merupakan masakan

tradisional istimewa yang terkenal di
Terengganu . Diperbuat daripada
campuran beras siam dan beras pulut
dan dimasak dengan santan kelapa,
halia, bawang merah dan halba.
 Nasi dagang Terengganu mempunyai
sejarah asal usul yang dikaitkan
dengan istana serta masyarakat
nelayan di Kuala Terengganu.

KELANTAN

NASI KERABU
 Nasi Kerabu merupakan salah satu

nasi yang unik kerana warna nasinya
yang berwarna biru. Nasi kerabu ini
dimakan dengan ikan kering atau
ayam goreng,ulam, keropok kering,
jeruk, telur masin dan salad.
 Selain itu, anda juga boleh memilih
lauk untuk dimakan dengan nasi
kerabu ini.Walaubagaimanapun, nasi
kerabu juga sering dimakan dengan
solok lada dan keropok goreng.

SABAH

AMBUYAT
 Ambuyat merupakan hidangan

tradisional yang diperbuat daripada
bahagian batang dalam sagu sawit
yang juga merupakan bahan berkanji.
Rasanya dan cara ia dimakan unik,
namun keenakannya masih terjamin.
 Ianya dimakan dengan garpu buluh
yang dipanggil candas, dengan
menggolekkan kanji sekitar mata garfu
dan kemudian mencelupkannya ke
dalam sos. Sosnya ada berbagai jenis,
ada yang menggunakan belacan atau
kuah ikan rebus.

SARAWAK

LAKSA SARAWAK
 Bagi menghasilkan laksa Sarawak,

penggunaan santan diperlukan bagi
menghasilkan kuah laksa. Kuah yang
terhasil agak pekat berwarna
kemerahan dan ia terhasil dari
penggunaan pes laksa tersebut.
 Laksa Sarawak menggunakan bihun
yang dicelur dan dimakan bersama
hirisan telur dadar, udang, hirisan ayam
yang telah direbus, taugeh, perahan
limau nipus dan juga sambal belacan.

SUMBER

 http://tyah2002.blogspot.com/2017/03/makana-tradisional-html
 http://blog-makanandiperak.blogspot.com/2014/08/makanan-tradisional-negeri-

perak.html
 https://pemetaanbudaya.my/v1/selangor-makanan-tradisional/
 https://saji.my/makanan-tradisi-sabah/
 https://saji.my/makanan-tradisi-sarawak/
 https://www.richworldtravel.com.my/post/7-makanan-tradisional-dari-setiap-

negeri-di-malaysia-part-2


Click to View FlipBook Version