The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-26215221, 2021-06-18 07:14:10

SIFIR 9 DENGAN JARI

SIFIR 9 DENGAN JARI

9

Oleh ; Muhammad Ammar Sufyan Bin Mohd Saeran

1|Page

CARA MUDAH UNTUK MENGENAL SIFIR 9
Tahukah kawan-kawan ada cara mudah untuk
mendapatkan jawapan bagi sifir 9...Ya dengan hanya
menggunakan jari. Jom saya tunjukkan.
Mula-mula kita buka tangan kita seperti berdoa. Kita
akan nampak sepuluh jari di hadapan kita yang bermula
dari ibu jari tangan kiri dan berakhir dengan ibu jari
tangan kanan. Kawan-kawan boleh tengok seperti
gambar di bawah.

2|Page

Kita mulakan dengan 1 x 9. Pada jari ibu tangan sebelah
kanan dilipatkan, kita akan dapat jawapan dengan
mengira tangan yang tidak dilipat. Bilangannya adalah
sembilan dan itulah jawapan 1 x 9 = 9.

Kedua, kita teruskan 2 x 9. Kita lipatkan jari yang kedua
iaitu jari telunjuk tangan kiri. Apa yang kita dapat ialah
satu jari sebelum jari yang dilipat dan lapan jari selepas
jari yang dilipat. Jadi jawapannya ialah 18 iaitu satu
mewakili bilangan jari yang berada sebelum jari yang
dilipat dan lapan mewakili jari yang berada selepas
dilipat.

3|Page

Seterusnya 3 x 9. Kita lipatkan jari yang ketiga iaitu jari
hantu tangan kiri. Apa yang kita dapat ialah dua jari
sebelum jari yang dilipat dan tujuh jari selepas jari yang
dilipat. Jadi jawapannya ialah 27 iaitu dua mewakili
bilangan jari yang berada sebelum jari yang dilipat dan
tujuh mewakili jari yang berada selepas dilipat.

4|Page

Seterusnya 4 x 9. Kita lipatkan jari yang keempat iaitu jari
manis tangan kiri. Apa yang kita dapat ialah tiga jari
sebelum jari yang dilipat dan enam jari selepas jari yang
dilipat. Jadi jawapannya ialah 36 iaitu tiga mewakili
bilangan jari yang berada sebelum jari yang dilipat dan
enam mewakili jari yang berada selepas dilipat.

Seterusnya 5 x 9. Kita lipatkan jari yang kelima iaitu jari
kelingking tangan kiri. Apa yang kita dapat ialah empat
jari sebelum jari yang dilipat dan lima jari selepas jari
yang dilipat. Jadi jawapannya ialah 45 iaitu empat
mewakili bilangan jari yang berada sebelum jari yang
dilipat dan lima mewakili jari yang berada selepas dilipat.

5|Page

Seterusnya 6 x 9. Kita lipatkan jari yang keenam iaitu jari
kelinking tangan kanan. Apa yang kita dapat ialah lima
jari sebelum jari yang dilipat dan empat jari selepas jari
yang dilipat. Jadi jawapannya ialah 54 iaitu lima mewakili
bilangan jari yang berada sebelum jari yang dilipat dan
empat mewakili jari yang berada selepas dilipat.

6|Page

Seterusnya 7 x 9. Kita lipatkan jari yang ketujuh iaitu jari
manis tangan kanan. Apa yang kita dapat ialah enam jari
sebelum jari yang dilipat dan tiga jari selepas jari yang
dilipat. Jadi jawapannya ialah 63 iaitu enam mewakili
bilangan jari yang berada sebelum jari yang dilipat dan
tiga mewakili jari yang berada selepas dilipat.

Seterusnya 8 x 9. Kita lipatkan jari yang kelapan iaitu jari
hantu tangan kanan. Apa yang kita dapat ialah tujuh jari
sebelum jari yang dilipat dan dua jari selepas jari yang
dilipat. Jadi jawapannya ialah 72 iaitu tujuh mewakili
bilangan jari yang berada sebelum jari yang dilipat dan
dua mewakili jari yang berada selepas dilipat.

7|Page

Seterusnya 9 x 9. Kita lipatkan jari yang kesembilan iaitu
jari telunjuk tangan kanan. Apa yang kita dapat ialah
lapan jari sebelum jari yang dilipat dan 1 jari selepas jari
yang dilipat. Jadi jawapannya ialah 81 iaitu lapan
mewakili bilangan jari yang berada sebelum jari yang
dilipat dan satu mewakili jari yang berada selepas dilipat.

8|Page

Akhir sekali 10 x 9. Kita lipatkan jari yang kesepuluh iaitu
jari ibu tangan kanan. Apa yang kita dapat ialah sembilan
jari sebelum jari yang dilipat dan 0 jari selepas jari yang
dilipat. Jadi jawapannya ialah 90 iaitu sembilan mewakili
bilangan jari yang berada sebelum jari yang dilipat dan
sifar mewakili jari yang berada selepas dilipat.

Di harap ini semua dapat membantu kawan-kawan untuk
menghafal sifir 9. Selamat mencuba!

9|Page


Click to View FlipBook Version