Kisah mia si chef cilik
PENGARANG : AUNI SYIFA
SEKOLAH : SK SUNGAI GELUGOR
NEGERI : PULAU PINANG
Page | 1
Kisah mia si chef cilik
Mia ialah seorang kanak-kanak yang gemar
memasak. Mia gemar menolong neneknya membuat
aneka kek di dapur. Neneknya ialah seorang chef yang
terkenal.
Neneknya membuka sebuah kedai kek yang sangat
cantik. Apabila Mia pulang ke kampung, neneknya selalu
meluangkan masa dengan cucunya membuat pelbagai
jenis kek. Mia seringkali pulang ke kampung untuk
belajar resipi baharu kek atau kek cawan yang popular
Page | 2
Apabila sekolahnya membuat pertandingan
memasak,Mia akan segera mendaftar untuk masuk
pertandingan itu.Mia sering berangan untuk memasuki
pertandingan memasak di kaca televisyen seperti
neneknya suatu masa dahulu.
Dalam diam,seorang kanak-kanak yang bernama
Sofea sangat membencikan Mia. Ini kerana Mia sering
dipuji oleh guru-guru dan mak cik kantin kerana
kepandaiannya dalam memasak. Sofea ialah seorang
kanak-kanak yang sangat pandai di dalam kelas Mia.
Page | 3
Sofea sering dipuji oleh guru-guru dan rakan-
rakannya kerana kepandaiannya dalam pelajaran suatu
ketika dahulu. Tetapi,semenjak Mia datang ke sekolah
itu,semuanya bertukar dalam sekelip mata. Mia dipuji
dan Sofea dipinggirkan.
Ini kerana,apabila dipuji Mia merendah diri tetapi
Sofea sangat sombong dan berlagak. Semua rakan-rakan
Mia sangat menyukai Mia kerana Mia suka menolong
dan mengajar rakan-rakannya memasak. Mia juga sering
berkongsi resipi-resipi yang dipelajarinya daripada
neneknya.
Page | 4
Suatu hari, Sofea ingin menjatuhkan Mia dikhalayak
ramai agar Mia ditertawakan. Sofea dan rakan baiknya,
Jasmine merancang sambil ketawa membayangkan Mia
terjatuh. Asyraf, rakan baik Mia terdengar perbualan
Sofea dan Jasmine.
Asyraf segera memberitahu Mia yang sedang
membaca buku resipi yang dihadiahkan neneknya. Mia
berasa terkejut dan tidak menyangka bahawa Sofea
mempunyai niat yang tidak baik terhadapnya. Mia
berterima kasih kepada Asyraf kerana memberitahunya
tentang hal ini.
Page | 5
Mia berfikir bagaimana cara dia terhindar daripada
terjatuh. Mia teringat Asyraf memberitahunya bahawa
Jasmine akan duduk di kerusi bangku berhampiran laluan
yang selalu Mia gunakan dan menyepaknya semasa dia
berjalan dan Sofea akan mentertawakannya. Tiba-tiba,
Mia mendapat idea. Mia akan berjalan di laluan yang
orang jarang lalu,iaitu di belakang kantin.
Keesokan paginya,Sofea dan Jasmine datang ke
sekolah tepat pukul 6.00 pagi kerana mereka tahu
bahawa Mia akan datang ke sekolah tepat 6.30 pagi. Mia
sengaja datang lewat kerana takut Sofea mengikutinya
dari belakang. Mia terus ke belakang kantin dan
menyegerakan langkahnya ke dewan.
Page | 6
Sofea dan Jasmine masih menunggu. Tiba-tiba,Cikgu
Amnah,guru Hal Ehwal Murid (HEM) yang digeruni
semua murid dan guru menegur mereka.” Mengapa
kamu berdua duduk di sini? Kamu berdua tahu sekarang
pukul berapa?!!
Jasmine dan Sofea berasa sangat gementar dan takut.
Sofea melihat jam tangannya dan terkejut. Lantas Sofea
berkata,”Pukul tu..tu..tu juh se..se..setengah
pagi,cik..cik..cikgu. Jasmine yang sedang gementar itu
terkejut dan menoleh ke arah Sofea.
’’Jadi,mengapa kamu berdua tidak masuk kelas?
Mereka berlari terus menuju ke kelas. Sesampai sahaja di
dalam kelas,Sofea yang berada di depan Jasmine
memberhentikan langkahnya secara terkejut apabila
melihat Mia berada di dalam kelas. Jasmine yang tidak
mengetahui bahawa Sofea berhenti, terlanggar Sofea
Page | 7
dan kedua-duanya jatuh tersungkur.
Seluruh penghuni kelas ketawa. Sofea dan Jasmine
tersipu-sipu malu dan segera ke tandas. Mia yang
menyedari hal itu segera ke tandas untuk menolong
mereka.
Sofea yang melihat Mia masuk ke tandas berasa amat
malu. Lalu,Mia berkata,”Mia tahu bahawa Sofea dan
Jasmine ingin menjatuhkan Mia. Mia lalu di lorong
belakang kantin supaya tidak terjatuh di depan khalayak
ramai.
“Sofea minta maaf. Sofea cemburu kerana Mia selalu
dipuji oleh kawan-kawan dan cikgu-cikgu,’’kata Sofea.
“Jasmine pun,’’kata Jasmine pula. “Tidak mengapa.Mia
maafkan,”jawab Mia.
Page | 8
“Sofea nak belajar cara membuat kek cawan yang paling
sedap di dunia daripada Chef Mia!”kata Sofea dengan
nada memuji.”Jasmine pun sama. Haa,kan Hari Guru tak
lama lagi. Apakata kita buat kek dan kek cawan sempena
Hari Guru ni,”Jasmine memberi idea.
“Haah la. Jom kita buat kek coklat moist dan kek
cawan red velvet!”jawab Mia.”Jommm!!!”jawab serentak
mereka berdua.
“Eh lupa la.Kita kan masih di tandas.Macam mana ni?
Sofea malulah!”.”Takpa,semua tidak akan ketawa
lagi.Jom kita masuk kelas.”
Akhirnya,setelah berkali-kali dipujuk oleh Mia,Sofea
dan Jasmine akur dan masuk ke dalam kelas.
Page | 9
Pada keesokan harinya,Sofea dan Jasmine meminta
izin ibu mereka untuk ke rumah Mia.Setelah diizinkan
oleh ibu mereka,mereka segera ke rumah Mia.Sofea
membantu Mia membakar kek cawan manakala Jasmine
pula menolong Mia membancuh adunan kek coklat
moist.Mereka memasak sambil diawasi oleh nenek Mia.
TAMAT
Pengajaran daripada cerita ini ialah:
1. Jangan bersikap sombong sombong supaya disukai rakan.
2. Belajarlah merendah diri agar disayangi semua orang.
3. Apabila berasa cemburu,buatlah lebih daripada orang yang dicemburu
itu.
Page | 10