PEMELIHARAAN
DAN
PEMULIHARAAN
NUR AISYA HAMZAH
6 AMAN 2021
TYRANNOSAURUS
REX
Tyrannosaurus rex atau lebih dikenali sebagai T-Rex
merupakan satu dinasour yang paling terkemuka di
seluruh dunia. Ia berasal dari kawasan yang kini dikenali
sebagai barat Amerika Utara. T-Rex merupakan
makhluk yang berkaki 2 dengan tengkorak yang besar
diimbangkan oleh ekor yang panjang dan berat. Kakinya
besar tetapi tangannya kecil dan hanya mempuyai 2 jari.
Dari segi saiz,ia diketahui sebagai sejenis pemangsa
daratan terbesar,berukuran lebih 13 meter. Berat T-
Rex ialah sehingga 6.8 tan metrik. Fosil T-Rex telah
dijumpai di formasi batu Amerika Utara bertarikh
sejak tiga juta tahun dahulu pada Zaman Batu Kapur. Ia
merupakan antara dinasour terakhir yang wujud
sebelum kejadian kepupusan besar-besaran.
BURUNG
DODO
Dodo pupus antara pertengahan sampai akhir ke-17.
Kepupusannya sering dijadikan contoh tipikal kerana ia
terjadi dalam sejarah penulisan manusia dan akibat
aktiviti manusia.Pohon Tambalaqoque,juga dikenali
sebagai ‘pohon dodo’ ,dihipotesiskan Stanley Temple
telah dimakan oleh dodo.Dodo ialah burung yang tidak
takut pada manusia , dan ditambah ketidakmampuannya
untuk terbang membuatnya menjadi mangsa yang mudah
ditangkap.Orang yang mendarat di Mauritis memakan
burung ini .Namun,banyak jurnal melaporkan rasa dodo
tidak enak dan dagingya yang keras,sementara spesies
tempatan lainnya seperti Rail Merah enak rasanya.
QUAGGA
Quagga ialah sejenis spesies yang telah pupus yang
menyerupai kuda belang.Ia pernah ditemui dalam jumlah
yang besar di Afrika Selatan. Quagga dapat dibezakan
dari kuda belang lain dengan memiliki tanda pada
bahagian hadapan tubuh.Seperti kuda belang yang
sering dikahwin campur dengan kuda atau keldai , begitu
juga quagga.Quagga pupus akibat perburuan lampau
manusia yang berusaha mendapatkan daging dan
kulitnya .
MAMMOTH
Mammoth menyerupai seekor gajah yang hidup pada
zaman ais.Mammoth atau dikenali sebagai gajah purba
merupakan salah satu mamalia terbesar dalam sejarah
planet kita.Selain dikenali dengan ciri bulunya yang
tebal,mamot turut dikenali dengan gadingnya yang
panjang di mana ia boleh mencecah sehingga 15
kaki.Mammoth terakhir pupus 4000 tahun lalu.Ada yang
mengatakan mammoth berbulu memiliki tinggi yang sama
dengan gajah Afrika.
LUMBA-LUMBA
AMBU
Lumba-lumba Ambu atau digelar Lumba-lumba
Sungai Cina merupakan salah satu daripada enam
spesies lumba-lumba.Nama saintifiknya ialah
Neophocaena phocaenides.Ia hidup di perairan
pinggir laut Asia, khususnya di sekitar
India,China,Indonesia, dan Jepun.Lumba-lumba
Ambu yang seragam mempunyai warna kelabu
yang seragam.Kebanyakn bayi haiwan ini
mempunyai warna hitam dengan warna kelabu di
sekeliling kawasan rabung dorsal.Lumba-lumba
Ambu makan berbagai ikan,udang atau apa-apa
sahaja yang ada.
HARIMAU
JAWA
Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) ialah
subspesies harimau yang pernah kelihatan di Pulau
Jawa, Indonesia. Nampaknya subspesies ini sudah pupus
sejak 1980-an, akibat kegiatan memburu dan
kemusnahan habitat, namun kepupusan harimau Jawa
sudah diduga sejak 1950-an, ketika dipercayai bahawa
cuma kurang daripada 25 ekor yang hidup di alam liar.
Spesimen terakhir harimau ini dijumpai pada tahun
1972. Kiraan jejak pada tahun 1979 membuat
kesimpulan bahawa tiga ekor harimau Jawa masih wujud.
Ada kemungkinan bahawa sebuah kelompok harimau
Jawa yang kecil masih wujud di Jawa Barat, di mana
timbulnya desas-desus kelihatan harimau subspesies ini
pada 1990-an.
SEMOGA PERKONGSIAN
INI DAPAT MEMBERI ILMU
PENGETAHUAN KEPADA
SEMUA
SEKIAN TERIMA KASIH
NUR AISYA HAMZAH
6 AMAN 2021