The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitisarahkamarul2002, 2022-08-21 04:07:19

PERMAINAN TRADISIONAL

PERMAINAN TRADISIONAL

MPU 31042

PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN

AZLINA BINTI MUHAMMUD

SESI: SEMESTER PENDEK

Permainan tradisional mencerminkan
identiti masyarakat kepelbagaian di
Malaysia.

AHLI KUMPULAN

AHMAD NAJIB FAHMI BIN
MOHD NASARUD’DIN
08BEU21F3017

MUHAMMAD AMIR FIRDAUS
BIN AZMAN
08BEU21F3016

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Pengenalan 1
2 Kepentingan permainan tradisional 2-3
3 Langkah-langkah mengekalkan permainan 4
tradisional
4 Kesimpulan 5
5 Sumber rujukan 6

PENGENALAN

Permainan tradisional di Malaysia adalah permainan yang dicipta dan diamalkan oleh
sesebuah masyarakat pada zaman dahulu. Permainan tradisional menjadi kebanggan setiap
masyarakat sehinggakan permainan ini diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya.
Permainan tradisional ini sesuai dimainkan oleh pelbagai peringkat umur termasuk orang tua,
dewasa dan kanak-kanak. Hal ini dikatakan demikian kerana permainan ini mengajar
pemainnya dalam mengatur stategi dalam merangsang minda seseorang berfikir secara kritis
dan membantu mempertingkatkan kemahiran mengira dan sentiasa fokus semasa
memainkan permainan tersebut. Contohnya, permainan congkak, dam aji dan batu
seremban. Selain itu, permainan tradisional juga memupuk nilai kerjasama kerana
permainan tersebut dimainkan dalam bentuk berkumpulanseperti permainan galah panjang.
Terdapat juga ilmu kesenian yang diterapkan didalam permainan tradisional seperti wau
yang mempunyai pelbagai corak dan ukiran pada congkak.

CONTOH-CONTOH PERMAINAN TRADISIONAL

KONDA-KONDI

CEPER

KEPENTIGNAGLAAHNPAPNEJARNMGAINAN

IBU AYAM DAN MUSANG

1

KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

1. Mengukuhkan hubungan masyarakat yang berbilang kaum
Permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat berbilang kaum kerana
permainan tradisional ini sesuai dimainkan oleh semua kaum dan pelbagai peringkat umur.
Contohnya, permainan baling selipar yang memerlukan ramai pemain untuk membentuk
pasukan. Setiap pasukan boleh mengajak sesiapa sahaja walaupun berbeza kaum dan agama.
Hal ini akan mengukuhkan hubungan mereka kerana mereka dapat berkerjasama . Bak kata
pepatah bersatu teguh ,bercerai roboh kerana semua memainkan peranan dalam
memastikan pasukan mereka menang dalam permainan baling selipar tersebut. Selain dapat
mengukuhkan hubungan antara kaum, mereka dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang
berfaeadah. Kesannya, kesihatan mereka akan lebih baik kerana dapat mengurangkan
tekanan semasa bermain permainan tradaisional tersebut.

2. Aset budaya bangsa yang dibanggakan
Permainan tradisional adalah aset budaya yang wajar dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Hal
ini dikatakan demikian kerana permainan tradisional dihasilkan oleh nenek moyang kita yang
memiliki reka bentuk yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan sesuatu bangsa. Sebagai
contoh, wau terdiri daripada wau Bulan, wau Kucing dan wau Jala Budi yang dihiasi corak-
corak unik dan berbeza setiap jenisnya. Malah, wau ini melambangkan identiti kampung dan
mereka akan bertanding pada musim menuai padi sebagai tanda keseronokan memperoleh
hasil tani. Oleh itu, kita perlulah megekalkan permainan tradisional ini agar segala keunikan
di setiap permainan tidak hilang ditelan zaman.

2

3. Daya tarikan kepada pelancong
Dari sudut industri pelancongan, selain daripada makanan tradisional dan budaya di
Malaysia, permainan tradisisional sangat signifikasi untuk menjadi produk pelancongan yang
mempunyai daya tarikan tersendiri. Permainan tradisional dapat memukau minat pelancong
di luar negara kerana keunikannya yang tersendiri. Contohnya memperkenalkan beberapaa
permainan seperti batu seremban dan layang-layang kepada para pelancong. Bak kata
pepatah “tak kenal maka tak cinta”. Kesannya, ramai pelancong yang akan hadir untuk
merasai pengalaman bermain permainan tradisional ini. Mereka juga akan berminat untuk
membeli cenderamata berkaitan permainan tradisional sebagai tanda kenang-kenangan
bermain permainan tradisional. Secara tidak langsung, mereka telah mempromosikan
industri pelancongan negara kita.

3

LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional semakin lama semakin lenyap ditelan arus kemodenan. Hal ini
kerana sikap masyarakat yang tidak menghargai warisan nenek moyang kita dahulu.
Mereka sangat sibuk dalam mengejar kekayaan dan kurangnya nilai bangga akan
warisan tanah air dalam diri mereka.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan permainan tradisional adalah
melalui pendedahan di peringkat sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana
kurangnya pendedahan tentang permainan tradisional pada kanak-kanak generasi
kini. Pihak sekolah perlulah memainkan peranan penting seperti menubuhkan kelab
permainan tradisional dan mengadakan pertandingan permainan tradisional seperti
pertandingan baling tin dan gasing. Hal ini akan menarik minat pelajar dalam
mengenal permainan tradisional. Pihak sekolah perlulah memberi kerjasama bagi
memastikan permainan tradisional ini diketahui oleh generasi baru.

Selain itu, media massa juga perlu memainkan peranan penting dalam memastikan
permainan tradisional tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Pihak media massa
boleh mengeluarkan hebahan di televisyen, majalah dan internet seperti
mengeluarkan poster dan informasi berkaitan kelebihan permainan tradisional dan
cara bermain bermain permainan tradisional. Hal ini akan menarik minat mereka
yang membaca hebahan tersebut. Hal ini membuktikan pihak media massa
memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan permainan tradisional ini.

Ibu bapa juga tidak terlepas untuk mengekalkan warisan ini. Hal ini dikatakan
demikian kerana ibu bapa yang mencorakkan anak-anak mereka. Seabagai contoh
ibu bapa boleh membeli permainan-permainan tradisional seperti congkak untuk
anak mereka. Hal ini dapat merangsang minda anak mereka untuk mengatur strategi
dengan baik. Secara tidak langsung ia dapat mengeratkan hubungan antara ahli
keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan mereka dengan baik untuk
memastikan warisan ini tidak ditelan zaman.

4

KESIMPULAN
Semua pihak perlulah memainkan peranan dalam menjaga warisan permainan
tradisional ini dengan baik kerana sebatang lidi mudah dipatahkan, seikat lidi sukar
dipatahkan. Hal ini adalah untuk memastikan permainan tradisional ini tidak ditelan
zaman. Banyak faedah yang boleh didapati jika bermain permainan tradisional
seperti tubuh badan akan menjadi lebih aktif kerana terdapat permainan yang
menggunakan pergerakan fizikal. Selain itu, ada juga permainan tradisional yang
memerlukan daya berfikir yang tinggi dalam mengatur strategi dan mengira. Hal ini
membutikan permainan tradisional mempunyai banyak faedah kepada pemainnya.

5

SUMBER RUJUKAN
1. https://www.scribd.com/document/216914723/Kepentingan-permainan-
tradisional
2. http://shazioshazo.blogspot.com/2020/09/usaha-usaha-mengekalkan-
permainan_19.html?m=1
3. http://karanganterbaik179.blogspot.com/2013/07/kepentingan-permainan-
tradisional.html?m=1
4. https://siraplimau.com/permainan-tradisi-rakyat-malaysia/
5. https://iluminasi.com/bm/6-permainan-tradisional-kanak-kanak-malaysia-yang-
semakin-dilupakan.html

6


Click to View FlipBook Version