Buletin IBhttps://ipgkbm.moe.edu.my/ JANUARI - DISEMBER 2022
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Kandungan
Anugerah dan
Cerita Kejayaan
Webinar & Konferens
PerantiSiswa untuk
Citra Pantun Melayu Siswa Guru
Bengkel dan LPPB Pada 4 November 2022, guru-guru pelatih IPG Zon
Tengah yang layak telah menerima PerantiSiswa dalam
MBI & HIP satu majlis yang diadakan di Dewan Aminuddin Baki, IPG
Album Aktiviti Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM). Seramai 374 orang
Kampus pelajar dari IPGKBM, 196 orang pelajar IPG Kampus
Bahasa Antarabangsa (IPGKBA), 370 orang pelajar IPG
Jawatankuasa Buletin 2022 Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) dan 372 orang pelajar dari
Puan Nurulhana Hussain IPG Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) telah
Dr. Amir Hamzah bin Aman disenaraikan sebagai penerima Inisiatif PerantiSiswa.
Ustaz Hussain bin Hamid Majlis tersebut disempurnakan oleh YBrs. Dr. Mohamad
Encik Hafitz bin Khamis Isa bin Azis, Timbalan Rektor Pusat Hal Ehwal Pelajar,
Puan Asrina binti Ismail IPGM. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Dr. Ismail bin
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU Mohamed, Timbalan Rektor Pusat Peperiksaan dan
59990 Lembah Pantai Penganugerahan IPGM, Dr. Yazid bin Abdul Manaf,
Kuala Lumpur, Malaysia Timbalan Rektor Pusat Pembangunan Latihan IPGM dan
Laman Web : https://ipgkbm.moe.edu.my Pengarah-pengarah IPG Kampus Zon Tengah. Pengarah-
+603 2281 4400 pengarah IPG Kampus yang hadir ialah Puan Nor Asilah
+603 2281 4444 binti Osman, Pengarah IPGKBM, Datin Dr. Bushro binti
[email protected] Ali, Pengarah IPGKBA, Dr. Abdul Rahman bin Abdullah,
Pengarah IPGKPI dan Dr. Faridah binti Yakob, Pengarah
IPGKIK.
01 BULLETIN IPGKBM | 2022
Anugerah & Cerita Kejayaan
Anugerah Bitara Syair
Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Fauzi
bin Abdullah, pensyarah kanan Jabatan Persuratan
Melayu, IPGKBM atas Anugerah Bitara Syair yang
diterima daripada Persatuan Bitara Syair Melayu
Nusantara sempena Festival Syair, Teater dan Seni
Tradisi Antarabangsa Kali ke-5 (Setanggi 2022) yang
telah diadakan pada 15-17 September 2022 di Widad
University College.
Pingat Cemerlang Mutiara
Tahniah kepada Dr. Amir Hamzah bin Aman, pensyarah
cemerlang Kokurikulum DG54 yang juga merupakan
Pesuruhjaya Pengakap Daerah KLM 02, kerana telah
menerima anugerah Pingat Cemerlang Mutiara
daripada Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri
Pulau Pinang. Penganugerahan pingat tersebut telah
berlangsung pada 5 Jun 2022 di The Top Convention Hall,
KOMTAR Pulau Pinang. Sebelum ini, Dr Amir Hamzah
pernah menerima Anugerah Messengers of Peace Hero
Award pada tahun 1988 semasa penganjuran Asia Pacific
Messengers of Peace di Manila, Filipina atas khidmat
sebagai Asia Pacific Core Team Member World Organisation
of Scout Movement (WOSM).
Ikon Kecemerlangan
Inovasi KPM
Tahniah kepada Puan Mimma Sayuti binti
Mat Khalid, Pensyarah Cemerlang DG54,
yang telah dinobatkan sebagai Ikon
Kecemerlangan Inovasi KPM. Beliau telah
dipilih menjadi Spotlight untuk GEG
Leadership dalam kalangan Google Educator
Groups Global. Selain itu, beliau juga telah
dilantik sebagai DELIMa Influencer
Kementerian Pendidikan Malaysia. Selaku
Ketua Unit Pembelajaran Digital, Puan
Mimma telah menggerakkan pelbagai
program Google for Education untuk Abad ke-
21 dalam kalangan pelajar, rakan sejawat dan
juga komuniti di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Syabas Puan Mimma.
02 BULLETIN IPGKBM | 2022
Anugerah & Cerita Kejayaan
Johan Anugerah Kampus
Cemerlang (Harapan)
Tahniah diucapkan kepada Puan Hajah Nor Asilah
binti Osman, Pengarah IPGKBM dan Dr. Nirwana
binti Mohd Rashid, Timbalan Pengarah IPGKBM
serta pemenang anugerah di Persidangan Minda
Inovasi Dinamik IPG 2022 (MInD 2022) yang
telah diadakan di IPG Kampus Dato Razali Ismail,
Terengganu pada 23 - 25 Ogos 2022.
Pembentang Anugerah
Terulung ke-2 (Harapan)
Tahniah kepada Dr. Zabedah binti Mohamed,
Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu
IPGKBM kerana telah dinobatkan sebagai
pembentang Anugerah Terulung ke-2
(Harapan) dalam Persidangan MInD 2022.
Pembentang Anugerah
Terulung (Gangsa)
Tahniah kepada Dr. Yuznaili binti Saleh,
Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu
IPGKBM kerana telah terpilih sebagai
pembentang Anugerah Terulung (Gangsa)
dalam Persidangan MInD 2022.
Anugerah Terulung Citra BULLETIN IPGKBM | 2022
Penyelidikan ke-5
(Harapan)
Tahniah kepada Datin Dr. Thusha Rani
Rajendra, Ketua Unit Bahasa Inggeris, Jabatan
Sains Kemanusiaan IPGKBM kerana telah
memenangi Anugerah Citra Penyelidikan ke-5
(Harapan) dalam Persidangan MInD 2022.
03
Anugerah & Cerita Kejayaan
Johan Anugerah
Citra Inovasi
Tahniah kepada Cik Haslinda binti Mohamad
Saad, pensyarah Jabatan Perancangan,
Penyelidikan dan Inovasi, yang telah
mendapat johan Anugerah Citra Inovasi
dalam Persidangan MInD 2022.
Anugerah MInD Inovasi dan
Pitching Bitara Harapan
Tahniah kepada Dr. Azman bin Rahmat dan
empat orang pelajar yang telah mendapat
anugerah Inovasi dan Pitching Bitara Harapan
dalam Persidangan MInD 2022. Inovasi yang
dihasilkan bertajuk Inovasi Kit Bayam yang
berfokus kepada ayat majmuk gabungan
berpandukan rumus SaGu KHuBu.
Pelajar-pelajar PISMP yang terlibat ialah Nurfatihah binti Mohd Amin, Nurhazirah binti
Jamaludin, Nurul Zafierah binti Mohd Zin dan Intan Nadhirah binti Kamaruzaman
Anugerah Budayawan
& Anugerah Khas IPGM
Tahniah kepada Saudari Siti Nur Shafika binti Md BULLETIN IPGKBM | 2022
Fakharuzi yang lebih dikenali sebagai Shasa
dalam kalangan warga kampus IPGKBM, atas
anugerah yang diterima sempena Majlis
Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2022. Siti
Nur Shafika merupakan pelajar IPGKBM Ambilan
Jun 2018 major Bahasa Melayu.
04
Anugerah & Cerita Kejayaan
Pembentang Terbaik
ICEL 2022
Tahniah kepada Datin Dr. Thusha Rani
Rajendra kerana telah mendapat tempat
pertama dalam Konferens Antarabangsa Bahasa
Inggeris kali kedua (ICEL 2022) yang telah
diadakan pada 26-28 September 2022 di Hotel
Royale Chulan, Seremban, Negeri Sembilan.
Tajuk kertas penyelidikan yang dibentangkan
ialah 'Eyesight and Insight: The Interpretation of
Visual Images.'
Anugerah Emas
Pertandingan Inovasi
Digital - ICTE 22
Tahniah kepada Dr. Nirwana Mohd
Rashid (Timbalan Pengarah IPGKBM)
dan Puan Norliyah Sulaiman (Pensyarah
Unit Matematik, Jabatan Sains
Kemanusiaan serta ahli pasukan masing-
masing kerana mendapat Anugerah
Emas dalam Pertandingan Inovasi
Digital International Conference on Teacher
Education (ICTE 22) yang berlangsung
dari 1 Mei hingga 11 Oktober 2022.
Johan Anugerah
Kampus Cemerlang
(Harapan)
Tahniah buat Dr. Mohd Haidi bin Mohd
Kasran (Ketua Jabatan Persuratan Melayu)
dan Puan Rozeha binti Harun (Jabatan
Pengajian Melayu) yang telah
dianugerahkan Pembentang Terbaik di
International Conference on Communication,
Management and Humanities (ICCOMAH
III) pada 26 Mei 2022 anjuran Universitas
Gunadarma, Indonesia.
05 BULLETIN IPGKBM | 2022
Anugerah & Cerita Kejayaan
Anugerah Emas
IVEDIIC 2022
Tahniah kepada pasukan IPGKBM
yang telah memenangi Pingat Emas
untuk Inovasi Digital Trek Penjodoh
Bilangan (T-JOBI) di International
VIRTUAL Educational Invention,
Innovation & Design Competition 2022
(IVEDIIC 2022) anjuran UiTM pada 1
Jun hingga 14 November 2022.
Pasukan IPG Kampus Bahasa Melayu telah diwakili oleh Nur
Afiqah Rosli dan Selvi Selvam (PISMP Ambilan Jun 2019) dan
Puan Mimma Sayuti binti Mat Khalid
Anugerah Emas
Karnival Inovasi UMT
2022
Tahniah buat pasukan inovasi
IPGKBM kerana telah memenangi
Anugerah Emas di Karnival Inovasi
UMT 2022 yang diadakan pada 7
Disember 2022. Pasukan dari
IPGKBM dianggotai oleh S. Jeeva
Nanthini (Pelajar PISMP), Dr. N. Siva
Perumal dan Puan M. Vijayaletcmy
dari Jabatan Pengajian Melayu
IPGKBM.
Anugerah Emas Sultan Abd Halim
International Conference of
Education and Innovation 2022
(SAH iConfEd'22)
Tahniah buat pasukan inovasi IPGKBM kerana
telah memenangi Anugerah Emas di SAH
iConfEd'22 yang telah diadakan di IPG Kampus
Sultan Abdul Halim pada 6 Oktober 2022.
Pasukan dari IPGKBM dianggotai oleh Aerryn
Angeline dan Arif Iswandy Sazali (Pelajar PISMP
Ambilan Jun 2021) di bawah bimbingan Datin
Dr. Tusha Rani Rajendra, Allahyarham Encik
Razman bin Kamaruddin (Jabatan Sains
Kemanusiaan) dan Puan Ruziaton binti Jamros
(Jabatan Ilmu Pendidikan)
06 BULLETIN IPGKBM | 2022
Anugerah & Cerita Kejayaan Naib Johan Tafsir Al-
Quran
Pertandingan Majlis Tilawah, Tafsir dan
Hafazan Al-Quran (MTTHQ) Peringkat
Kebangsaan 2022 telah diadakan pada
bulan Mac di IPGK Dato Razali Ismail.
Tahniah kepada Saudari Adawiyah binti
Mohd Hanafi (PISMP Ambilan Jun 2021),
yang telah mendapat Naib Johan Tafsir Al-
Quran (Perempuan). Tahniah juga kepada
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPGKBM.
Naib Johan Pertandingan
Forum Piala Menteri Besar
Perak
Tahniah kepada pasukan forum IPG Kampus Bahasa
Melayu yang telah mendapat Naib Johan Peringkat
Kebangsaan dalam Pertandingan Forum Piala Menteri
Besar Perak kali ke-12. Pertandingan Forum ini telah
diadakan pada 5-6 Oktober 2022 di IPG Kampus
Ipoh. Ahli pasukan forum IPGKBM terdiri daripada
Arif Iswandy bin Sazali, Nur Nabilla binti Mohd
Hanapi, Muhammad Zarrin bin Shamsul Anuar,
Anastasia Binti Alwiee dan Adeline Natasha Binti
Abdullah.
Johan dan saguhati Jump
Rope Challenge Hari
Sukan Negara
Tahniah kepada Muhammad Iman b Mohd
Ismail (Johan acara Speeds 30), Siti Norbaiyah
binti Zulkifli (tempat ke-4) dan Khalidah
Nuraifaa binti Ismail (tempat ke-5) dalam
Jump Rope Challenge yang diadakan pada 8
Oktober 2022 anjuran Kementerian Belia dan
Sukan. Tahniah juga kepada Encik Masywawi
bin Mohd Nor yang telah menerima anugerah
khas juri atas khidmat dan sokongan kepada
sukan aerodance negara.
07 BULLETIN IPGKBM | 2022
Anugerah & Cerita Kejayaan Featured Speaker
Juri Pertandingan Tahniah kepada Datin Dr. Thusha Rani
Bahas Guru KPM Rajendra, Ketua Unit Bahasa Inggeris, Jabatan
Sains Kemanusiaan, yang telah diundang
Tahniah kepada Dr. Wan Norlidza untuk menjadi featured speaker dalam
binti Mohd Zain, Dr. Azman bin Konferens Antarabangsa yang dianjurkan oleh
Rahmat (Jabatan Persuratan Melayu) The Association for the Teaching of English as
dan Puan Sarimah Awang (Jabatan Foreign Language in Indonesia (TEFLIN), West
Pengajian Melayu) yang telahpun Kalimantan Chapter.
menyempurnakan amanah sebagai
juri Pertandingan Bahas (Akhir) Guru
KPM peringkat kebangsaan sempena
Gerakan MASSA Sambutan Hari
Guru Kali ke-51 Tahun 2022
Naib Johan dan Tempat ketiga Hoki
Kejohanan KAGUM
Tahniah kepada Pasukan Hoki IPGKBM yang telah
memenangi tempat kedua (lelaki) dan tempat ketiga
(perempuan) dalam Kejohanan KAGUM anjuran MSIPGM
yang diadakan pada 17-18 September 2022.
08 BULLETIN IPGKBM | 2022
Anugerah & Cerita Kejayaan
Kejayaan dalam Tenpin Boling Majlis Sukan Institut
Pendidikan Guru Malaysia
Tahniah kepada Muhammad Adhwa’ Uzzhafri bin Sapuan (Yang DiPertua Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar Ambilan Jun 2019) kerana telah mengharumkan nama IPGKBM dengan pencapaian
cemerlangnya dalam Pertandingan Tenpin Boling Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia
(MSIPGM). Kebolehannya mula dicungkil oleh Dr. Amir Hamzah bin Aman selaku pengurus pasukan
Tenpin Boling IPGKBM semasa menyertai Pertandingan Tenpin Boling Antara Kelas 2022. Dalam
Pertandingan Tenpin Boling MSIPGM Peringkat Zon Tengah, Muhammad Adhwa' telah mendapat
tempat ketiga bagi acara beregu, tempat ketiga bagi acara berpasukan, Johan Individu bagi acara All
Event dan Johan bagi acara Individu Masters. Di peringkat MSIPGM kebangsaan pula, beliau telah
memenangi acara individu dengan pencapaian Naib Johan, acara beregu menang Johan, acara
berpasukan juga Johan. Manakala bagi acara All Event, beliau mendapat Naib Johan dan bagi acara
individu Masters, beliau berjaya di tempat ketiga.
Diploma
Penterjemahan
Profesional
Tahniah kepada Datin Dr. Thusha Rani
Rajendra, Ketua Unit Bahasa Inggeris
Jabatan Sains Sosial IPGKBM atas kejayaan
mendapat Diploma Penterjemahan
Profesional dari Persatuan Penterjemah
Malaysia & Dewan Bahasa dan Pustaka
pada 31 Disember 2022. Majlis
penyampaian sijil telah diadakan di Tamu
Hotel and Suites, Kuala Lumpur
09 BULLETIN IPGKBM | 2022
Anugerah & Cerita Kejayaan
Anugerah Platinum IC-
RIITEL 2022
Tahniah kepada Pasukan IPGKBM yang terdiri
daripada Dr. Azman bin Rahmat, Darshiniy a/p
Subramaniam, Nur Nabilla binti Mohd Hanapi, Nurul
Anis Syakirah binti Mohd Zaimi dan Iqqbal Ihtisham
binti Imran kerana telah mendapat anugerah platinum
dalam Pertandingan Antarabangsa Research, Idea,
Innovation on Teaching and Learning (IC-RIITEL) yang
diadakan pada 16-17 Disember 2022 anjuran Universiti
Malaya.
Watikah Munsyi Dewan
Tahniah kepada Puan Nora binti Markom
dari Jabatan Pengajian Melayu yang telah
menerima watikah Munsyi Dewan pada 23
Disember 2022. Majlis telah
disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga
Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP), Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan
diiringi Timbalan Ketua Pengarah DBP, Tn.
Md Johari Hasan dan Ketua Akademi DBP,
Dr. Santrol Abdullah.
International
Journal of
Communication
and Humanities
Tahniah kepada Puan Rozeha
binti Harun dan Dr. Mohd
Haidi bin Mohd Kasran
kerana artikel jurnal mereka
yang bertajuk 'Pengurusan
Set Induksi oleh Guru
Praktikum Bahasa Melayu'
telah diterima untuk
diterbitkan di Jurnal
Antarabangsa Komunikasi
dan Kemanusiaan (IJCoMaH)
10 BULLETIN IPGKBM | 2022
webinar dan konferens
Webinar Antarabangsa IPGKBM & UPI
IPG Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) dengan kerjasama Universitas Pendidikan Indonesia (UPI),
Indonesia telah menganjurkan Webinar Antarabangsa 'Perkongsian Amalan Budaya Penyelidikan
Kualitatif: Satu Perkongsian Pengalaman' pada 17 Mac 2022 secara dalam talian. Webinar ini telah
dirasmikan oleh YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM). Para Pembicara yang terlibat ialah Dr. Celinea Lasan, Pensyarah IPGKBM, Dr. Isah
Cahyani M.Pd., Ketua Departemen Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia FPBS, UPI, Indonesia
dan Dr. Rudi Adi Nugroho M. Pd. , Pensyarah UPI, Indonesia.
Webinar Antarabangsa UPI & IPGK Bahasa Melayu
Satu Webinar Antarabangsa 'Pengelaran Sastera Negeri Serumpun' telah diadakan secara dalam
talian pada 27 Jun 2022 oleh Universitas Pendidikan Indonesia (UPI). Puan Hajah Nor Asilah binti
Osman, Pengarah IPGKBM telah diberi penghormatan untuk menyampaikan Ucap Utama dalam
Webinar tersebut. Seramai empat orang pensyarah Jabatan Persuratan Melayu IPGKBM telah
diundang bagi membentangkan kertas masing-masing iaitu Dr. Mohd Haidi bin Mohd Kasran,
Tuan Haji Mohd Fauzi bin Abdullah, Tuan Haji Abang Saifuddin bin Abang Bohari dan YBhg.
Datin Padlon binti A. Rahman.
11 BULLETIN IPGKBM | 2022
webinar dan konferens
KOLOPEM BM 2022 (Kolokium Pemantapan Bahasa
Melayu dan Pertandingan Inovasi)
KOLOPEM BM 2022 telah diadakan pada 20 - 21 Julai 2022 anjuran bersama antara IPG
Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Tun Hussein Onn dan IPG Kampus Gaya. Tema
Kolokium ini ialah “Pemantapan Penyelidikan Bahasa Melayu dan Inovasi Peneraju
Kecemerlangan Pendidikan”. Ucap Utama di sampaikan oleh Sasterawan Negara YBhg. Prof.
Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim pada 20 Julai 2022 secara dalam talian. Semua acara iaitu
pembentangan kertas ilmiah, penyelidikan tindakan bahasa Melayu, pertandingan dan pameran
inovasi telah berjalan dengan baik dan lancar sepanjang dua hari kolokium ini berlangsung.
Webinar
Apresiasi Puisi
Tradisional:
Pantun
Jawatankuasa Penerbit IPGKBM
dengan kerjasama KOWARIS Berhad
telah mengambil inisiatif untuk
menganjurkan Webinar Apresiasi Puisi
Tradisional: Pantun pada 15 Oktober
2022. Webinar ini menampilkan Tuan
Haji Mohd Fauzi bin Abdullah,
pensyarah Jabatan Persuratan Melayu
selaku penceramah dan Encik Badrul
Hisham Ghazali, pensyarah Jabatan
Kecemerlangan Akademik selaku
moderator.
12 BULLETIN IPGKBM | 2022
webinar dan konferens
Multaqa Ulama Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah Antarabangsa 2022
Surau At-Taqwa IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan dan Persatuan Ulama' Malaysia telah menganjurkan Multaqa Ulama Ahli Sunnah Wa
Al-Jamaah pada 10 Mac 2022 yang disertai oleh barisan ulama berikut:
1. Dato' Wan Mohamad Bin Sheikh Abd Aziz (Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia)
2.Prof. Dato' Dr. Mohd Fakhruddin Bin Abdul Mukti (Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei
Darussalam)
3. SS Dato' Paduka Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned (Mufti Brunei Darussalam)
4. SS Dato' Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir (Mufti Selangor Darul Ehsan)
5. SS Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman (Mufti Pahang Darul Makmur)
6. SS Datuk Ustaz Hj. Bungsu @ Aziz Bin Hj. Jaafar (Mufti Negeri Sabah)
7. Dr. Ayman al-Akiti (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak)
8. YM Ustaz Engku Ahmad Fadzil Bin Engku Ali (Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri
Pahang)
9. SS Prof. Dr. Ali Jumuah (Mantan Mufti Mesir)
10. Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail (Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan)
Kolokium Tamadun
Islam dan Tamadun
Asia (TITAS)2022
Kolokium TITAS ini telah dilaksanakan pada 10
November 2022 di Dewan Aminuddin Baki
IPGKBM. Kolokium ini dianjurkan oleh Surau
At-Taqwa IPG Kampus Bahasa Melayu dengan
kerjasama Himpunan Lepasan Institusi
Pendidikan Malaysia (HALUAN) dan Kelab
Rakan Islah. Ucap Utama Kolokium ini telah
disempurnakan oleh Prof. Dr. Abdul Fattah
Awesi dari Universiti Ankara, Turkiye.
Perasmian Pembukaan disempurnakan oleh
Ustaz Solahuddin bin Ghazali (Imam Besar
Masjid Putrajaya) manakala Perasmian
Penutupan disempurnakan oleh YBhg. IR. TS.
PROF. Dr. Salehuddin bin Shuib (Naib Presiden
1 Pendidikan & Media Haluan).
13 BULLETIN IPGKBM | 2022
webinar dan konferens Simposium
Pengantarabangsaan
Bahasa Melayu
Pensyarah bahasa Melayu dan
pelajar-pelajar PISMP
Ambilan Jun 2021 telah
mengikuti Simposium
Pengantarabangsaan Bahasa
Melayu yang bertemakan
'Mengangkat bahasa Melayu
sebagai bahasa ASEAN dan
Antarabangsa' pada 24 Mei,
2022 di Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur.
Kursus
Kepemimpinan dan
Profesionalisme
Kursus Kepemimpinan dan
Profesionalisme ini merupakan
program tahunan yang dianjurkan
oleh Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral IPGKBM dengan kerjasama
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pada tahun ini, kursus ini telah
diadakan pada 13 Januari 2022
secara dalam talian di saluran
YouTube Rasmi IPGKBM.
Hari Akademik BULLETIN IPGKBM | 2022
Kampus Peringkat
Kebangsaan
Hari Akademik Kampus IPGKBM
telah dilaksanakan pada 26-27
September 2022 di Dewan Aminuddin
Baki dan juga secara dalam talian
anjuran Jabatan Kecemerlangan
Akademik dan Jabatan Pengajian
Melayu. Aktiviti yang dilaksanakan
ialah pameran e-Reruai dan
Pertandingan Dendangan Syair.
14
webinar dan konferens Webinar
Kokurikulum 2
Webinar
Kokurikulum 1 Webinar Kokurikulum kedua
Tahniah kepada Dr. Amir Hamzah dilaksanakan pada 16 April 2022.
bin Aman, pensyarah cemerlang
Kokurikulum IPGKBM yang telah Ia berfokus kepada kemahiran
merancang dan melaksanakan tiga
siri webinar kokurikulum tahun berkayak sebagai alternatif
2022. Webinar yang pertama
diadakan pada 12 Mac 2022. rekreasi dan menyelamat. Dr.
Webinar ini berfokus kepada
pentauliahan dan tanggungjawab Amir Hamzah telah menjemput
pegawai muda KRS.
Encik Mohamad Iswandi bin Isa,
Webinar
Kokurikulum 3 seorang jurulatih kayak
Webinar Kokurikulum yang bertauliah dari Persatuan Kayak
ketiga diadakan pada 28 Mei
2022. Webinar kali ini berfokus Kuala Lumpur sebagai tetamu
kepada latihan kepegawaian
membentuk jurulatih muda dalam webinar ini.
Bulan Sabit Merah Malaysia di
Sekolah. Panel jemputan ialah BULLETIN IPGKBM | 2022
Encik Khairuddin bin Othman,
Pengerusi Jawatankuasa Latihan,
Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala
Lumpur.
15
citra pantun melayu 2022
Citra Pantun Melayu
Citra Pantun Melayu telah
diadakan pada 29-27 Oktober
2022 di Dewan Aminuddin
Baki, IPGKBM. Program
#inisiatif108 Pemartabatan
Pendidikan Bahasa Melayu
ini telah dirasmikan oleh
YBrs. Dr. Rusmini binti Ku
Ahmad, Rektor IPGM.
16 BULLETIN IPGKBM | 2022
Bengkel dan LPPB
Apresiasi Sastera dan Budaya
Program Apresiasi Sastera dan Budaya telah diadakan pada 29-30 Oktober 2022 di Dewan
Aminuddin Baki, IPGKBM anjuran Inisiatif #108 Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu di
bawah Ketua Alor Kerja Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu Komunikatif merangkap
Ketua Jabatan Persuratan Melayu, Dr. Mohd Haidi bin Mohd Kasran.
Bicarawara Buku BULLETIN IPGKBM | 2022
Pusat Sumber Dato
Lokman Musa
Pusat Sumber Dato' Lokman Musa IPGKBM telah
menganjurkan tiga siri Bicarawara Buku secara dalam
talian pada tahun ini. Siri pertama telah diadakan pada
14 Februari 2022. Siri kedua telah diadakan pada 13
Jun 2022 dan Siri ketiga telah diadakan pada 1
November 2022.
17
Bengkel dan lppb Bengkel KitS
dan Bijak BM
INISIATIF
Bengkel Kerja Jurulatih Utama
#108 Negeri bagi program KitS dan
Bijak BM di bawah inisiatif #108
Bengkel Pemurnian Pemartabatan Pendidikan Bahasa
Modul Kemahiran Melayu telah dilaksanakan pada
Menulis dan Mendengar 14-16 Jun 2012 di Jabatan
Pendidikan Negeri Pahang.
Bengkel ini telah diadakan pada 12-15 Bengkel ini melibatkan guru-
September 2022 yang melibatkan enam guru Bahasa Melayu negeri
orang pensyarah bahasa Melayu dari lima Pahang. Ketua Alur Kerja: Dr.
IPG Kampus dan empat orang guru bahasa Shamsul Aizuwany bin Nawi
Melayu. Fasilitator bengkel ialah Cik Siti
Salamah binti Mohd Yusuf dari Jabatan
Persuratan Melayu IPGKBM.
Rintis Kemahiran Membaca
Modul Kecekapan INISIATIF
Berbahasa
#108
Bengkel Ujian Rintis Kemahiran Membaca bagi
Modul Kecekapan Berbahasa bagi guru bahasa
Melayu telah diadakan pada 26 -29 September 2022
di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kota
Kinabalu, Sabah.
Ketua Alor Kerja: Dr. Azman bin Rahmat.
18 BULLETIN IPGKBM | 2022
Bengkel dan lppb
Rintis Kemahiran INISIATIF
Bertutur Modul
#108
Kecekapan Berbahasa
Rintis Kemahiran Bertutur Modul
Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu
telah diadakan pada 15 Ogos - 15
September melibatkan 30 orang guru
bukan opsyen bahasa Melayu dengan
kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah
Johor Bahru.
Ketua Alor Kerja: Dr. Azman bin Rahmat.
MBM: Kursus Kreatif MBM
dan Praktik Puisi
Moden
Jabatan Persuratan Melayu IPGKBM telah
menganjurkan kursus bertajuk 'Kreatif
dan Praktik Puisi Moden dengan
kerjasama PPD Kuala Langat pada 26-28
September 2022 untuk guru-guru bahasa
Melayu. Penganjuran kursus ini
menggunakan peruntukan MBM.
Fasilitator yang terlibat ialah Dr. Mohd
Haidi bin Mohd Kasran, Ketua Jabatan
Persuratan Melayu, Tuan Haji Mohd
Fauzi bin Abdullah dan Tuan Haji
Maniyamin bin Ibrahim.
MBM: Kursus Pengenalan
Ilmu dan Pemikiran
Melayu
MBM
Kursus Pengenalan Ilmu dan Pemikiran
Melayu untuk guru-guru bahasa Melayu
daerah Hulu Langat telah diadakan pada 27-29
September 2022 anjuran Jabatan Persuratan
Melayu dengan kerjasama PPD Hulu Langat.
19 BULLETIN IPGKBM | 2022
Bengkel dan lppb
Bengkel Pengintegrasian
Aplikasi Digital dalam
Pedagogi Terbeza Bahasa
Melayu
INISIATIF
#108
Jabatan Pedagogi Bahasa Melayu telah
menganjurkan bengkel ini pada 26-27
September 2022 untuk guru-guru bahasa
Melayu Hilir Perak dengan kerjasama
Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Bengkel Profesionalisme
Pedagogi Bahasa
Melayu Sekolah
Menengah Zon Tengah,
Zon Selatan dan Zon
Sarawak
INISIATIF
#108
Bengkel Profesionalisme Pedagogi Bahasa
Melayu Sekolah Menengah yang melibatkan
BIJAK BM, Pedagogi Terbeza dan KitS telah
dilaksanakan di tiga zon untuk guru-guru
bahasa Melayu. Bengkel yang pertama
diadakan di Sektor Sumber dan Teknologi
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor pada 28-31 Mac 2022 untuk guru-
guru bahasa Melayu Zon Tengah. Bengkel
kedua diadakan di Pusat Latihan Guru dalam
Perkhidmatan Bandar Tenggara pada 9-12
Mei 2022 untuk guru-guru bahasa Melayu
Zon Selatan. Manakala bengkel yang ketiga
diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah
Padawan untuk guru-guru bahasa Melayu
Zon Sarawak. Bengkel-bengkel ini
menggunakan peruntukan Inisiatif #108
Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu
Kementerian Pendidikan Malaysia.
20 BULLETIN IPGKBM | 2022
Bengkel dan lppb
Bengkel Inovasi MICUP 1
Jabatan Perancangan Penyelidikan dan
Inovasi (JPPI) IPGKBM dengan kerjasama
Unit Kokurikulum IPGK Sultan Abdul Halim
(IPGKSAH) telah mengadakan Bengkel
Inovasi MICUP 1 pada 15 April 2022 secara
dalam talian. Panel yang telibat ialah Dr.
Roslina binti Suratnu, Ketua Jabatan JPPI dan
Cik Haslinda binti Mohamad Saad,
pensyarah JPPI IPGKBM, manakala
moderator bengkel ialah Puan Nur
Eliyawaton binti Mohd Alias, pensyarah Unit
Kokurikulum IPGKSAH.
Bengkel Imej dan
Keterampilan Diri
Bengkel Imej dan Keterampilan Diri untuk
staf khidmat pengurusan telah diadakan pada
10 Ogos 2022 anjuran Unit Khidmat
Pengurusan, IPGKBM di Bilik Peperiksaan 2.
Fasilitator bengkel ialah Puan Nurulhana
binti Hussain, pensyarah Jabatan Sains
Kemanusiaan IPGKBM.
Bengkel Penggunaan
Boneka dalam Pengajaran
dan Pembelajaran
Jabatan Pengajian Melayu IPGKBM telah
mengadakan bengkel Penggunaan Boneka dalam
Pengajaran dan Pembelajaran pada 29 September
2022 di Bilik Anggerik Aras 2, Bangunan Menara
IPGKBM. Fasilitator bengkel ialah Puan Sharifah
Hanim binti Syed Akbar, pensyarah Jabatan
Pengajian Melayu.
21 BULLETIN IPGKBM | 2022
Bengkel dan lppb
Bengkel Pemantapan
Tatabahasa dalam
Penulisan Dokumen Rasmi
Jabatan Pengajian Melayu telah menganjurkan
bengkel Pemantapan Tatabahasa dalam
Penulisan Dokumen Rasmi pada 5 Oktober
2022 di Bilik Matahari Aras B1, Bangunan
Menara IPGKBM. Fasilitator bengkel ialah
Tuan Haji Suhasni bin Dollah (Munsyi
Dewan) dan Dr. Zanariah binti Hamid dari
Jabatan Pengajian Melayu.
Bengkel Pemugaran Asas
Bermain Gamelan
Unit Sains Sosial (Muzik), Jabatan Sains
Kemanusiaan telah mengadakan bengkel
Pemugaran Asas Bermain Gamelan untuk
pensyarah pada 28 Oktober 2022 di Bilik Simulasi
Aras 2, Bangunan Menara IPGKBM. Fasilitator
bengkel ialah Puan Noriza binti Sulaiman, Encik
Khir Anuar bin Jaafar dan Encik Hafitz bin
Khamis.
Bengkel Pedagogi BULLETIN IPGKBM | 2022
Kontemporari Bahasa
Melayu
Jabatan Ilmu Pendidikan telah menganjurkan
Bengkel Pedagogi Kontemporari Bahasa Melayu
untuk guru-guru bahasa Melayu Kuala Lumpur dan
Selangor pada 8 Ogos 2022 di Bilik Simulasi Aras 2,
IPGKBM. Fasilitator bengkel ialah Prof. Ts. Dr.
Zaidatun binti Tasir dari Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia.
22
Bengkel dan lppb
Lawatan Penanda Arasan Amalan Terbaik
Pengurusan Kewangan
Satu lawatan penanda arasan amalan terbaik pengurusan kewangan ke IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan, Pahang telah diadakan pada 8 - 9 September 2022 anjuran Jabatan
Pembangunan Profesionalisme Keguruan. Lawatan ini disertai oleh pengurusan tertinggi
dan Unit Kewangan IPGKBM
Lawatan Penanda
Arasan ke CDAE USM
Lawatan ke Centre for Development of
Academic Excellence, Universiti Sains
Malaysia (USM), Pulau Pinang telah
diadakan pada 30 Mac 2022 di bawah
Inisiatif #108. Tujuan lawatan ini ialah
untuk mempelajari cara USM merancang,
membangunkan dan menawarkan kursus-
kursus mikro kredit secara dalam talian.
Lawatan ini telah disertai oleh panel
pembangun portal MANTAP BM di bawah
Ketua Alor Kerja Puan Safinah binti
Mohamad. Turut hadir ialah Dr. Nirwana
Mohd Rashid, Timbalan Pengarah IPGKBM
dan Dr. Wan Norlidza Mohd Zain,
Pengurus Projek Inisiatif #108.
INISIATIF
#108
23 BULLETIN IPGKBM | 2022
Bengkel dan lppb Lawatan ke Pusat
Penyelidikan
Perkembangan Kanak-
kanak Negara, UPSI
Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak Jabatan Ilmu
Pendidikan telah mengadakan lawatan penanda
arasan peningkatan profesionalisme pengurusan
akademik pada 20 September 2022 di Pusat
Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak
Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Tanjung Malim, Perak. Lawatan ini disertai
oleh pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan yang
diketuai oleh Dr. Shariza binti Said selaku Ketua
Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKBM.
Lawatan Penanda Arasan
Rakan ELIT TS25
IPGKBM
Satu lawatan penanda arasan rakan ELIT TS25
IPGKBM ke Sekolah Kebangsaan Sungai
Limau, Sabak Bernam, telah diadakan pada 6
Julai 2022. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Izani
bin Ibrahim selaku penyelaras TS25 IPGKBM.
Bengkel Pengurusan e-Portfolio
Jabatan Pengajian Melayu telah menganjurkan Bengkel
Pengurusan e-Portfolio untuk pensyarah pada 20
Oktober 2022 bertempat di Bilik Peperiksaan 1, Aras 4,
IPGKBM. Fasilitator bengkel ialah Puan Mimma Sayuti
binti Mat Khalid, pensyarah cemerlang DG54 dari
Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPGKBM.
24 BULLETIN IPGKBM | 2022
Bengkel dan lppb
Kursus Pendidikan Marin di
Pulau Redang
Unit Kokurikulum dengan kerjasama Kelab
Kebajikan Staf Profesional IPGKBM telah
menganjurkan Kursus Pendidikan Marin pada 28
Jun - 1 Julai 2022 di Pulau Redang, Terengganu.
Kursus ini disertai oleh 33 orang pensyarah dan
staf sokongan. Semua peserta dikehendaki
menyertai latihan keyakinan di air di Teluk
Dalam sebelum dibenarkan untuk menyertai
Program Air-5 (point snorkeling) pada keesokan
harinya. Dr. Amir Hamzah bin Aman, selaku
pengurus program telah mendapatkan khidmat
jurulatih air profesional dari Pusat Kokurikulum
Pulau Redang bagi membantu peserta
melaksanakan aktiviti di air.
25 BULLETIN IPGKBM | 2022
MBI & Hip
Visual Literacy Workshop
Jawatankuasa MBI /HIP dengan kerjasama Jawatankuasa
Transformasi IPGKBM telah mengadakan Bengkel Visual
Literacy bertajuk Reading Images: Visual Literacy and Beyond.
Bengkel ini diadakan pada 31 Mac 2022 secara dalam talian.
Fasilitator bengkel ialah YBhg. Datin Dr. Thusha Rani Rajendra
dan dibantu oleh Puan Sarimah Awang sebagai moderator.
Public Speaking
Workshop
Jawatankuasa MBI/HIP telah
mengadakan Bengkel Public
Speaking pada 21 April 2022 di
Dewan Aminuddin Baki,
IPGKBM. Fasilitator bengkel
ialah YBhg. Datin Dr. Thusha
Rani Rajendra dan Puan
Nurulhana binti Hussain.
Bengkel ini dihadiri oleh
pelajar-pelajar PPISMP
Ambilan Jun 2021
Penerbitan Buku Freedom
Jawatankuasa MBI telah menerbitkan buku berjudul Freedom: A
Collection of Poems, Personal Reflections and Quotes. Buku ini
diterbitkan menggunakan peruntukan dari dana MBI.
Penyumbang karya dalam buku ini ialah dari kalangan
pensyarah, guru dan pelajar.
Effective Communication
Unit Bahasa Inggeris Jabatan Sains Kemanusiaan telah
mengadakan latihan dalam perkhidmatan bertajuk
Effective Communication: Etiquette and appropriate dining
conversation pada 10 November 2022 di Hotel
Glenmarie dan Golf Resort, Subang. Latihan ini
bertujuan untuk mendedahkan kepada pensyarah
tentang etika dan perbualan yang sesuai dituturkan di
meja makan dalam bahasa Inggeris dan seterusnya
mempraktikkannya dalam situasi sebenar. Fasilitator
bagi latihan ini ialah YBhg. Datin Dr. Thusha Rani
Rajendra dan Puan Nurulhana Hussain.
26 BULLETIN IPGKBM | 2022
Album Aktiviti kampus
Kursus Kayak Bintang 1
dan Bintang 2
Unit Kokurikulum, IPGKBM dengan kerjasama
Persatuan Kanu Kuala Lumpur telah
mengadakan kursus kayak Bintang 1 dan Bintang
2 bagi 48 siswa guru yang terdiri daripada
pelbagai semester. Kursus ini telah dijalankan
selama 3 hari iaitu pada 18 hingga 20 Mac di
pusat latihan kayak, Taman Tasik Titiwangsa
Kuala Lumpur. Kursus ini dijalankan secara teori
dan praktikal. Para peserta telah menunjukkan
kesungguhan dalam menjalani kursus ini kerana
kursus ini mendapat pengiktirafan daripada
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Malaysia
Canoe Association (MASCA). Tahniah kepada Dr.
Amir Hamzah bin Aman, selaku pengurus
program ini.
Bengkel VR Box dan Kereta
Solar
Unit Matematik, Jabatan Sains Kemanusiaan telah
menganjurkan Bengkel VR Box dan Kereta Solar
pada 23 April 2022 di Dewan Aminuddin Baki.
Bengkel ini dihadiri oleh pelajar-pelajar dan
pensyarah IPGKBM.
27 BULLETIN IPGKBM | 2022
Album Aktiviti kampus
Majlis Ihya
Ramadhan YB
Menteri Kanan
Pendidikan
Satu majlis Ihya Ramadhan
Menteri Kanan Pendidikan
YB Dr. Radzi Jidin bersama
dengan warga IPGKBM telah
diadakan pada 8 April 2022
di Dewan Aminuddin Baki.
Watikah Pelantikan
JPP Sesi 2022/2023
Watikah Pelantikan Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023 telah
disempurnakan oleh Timbalan Rektor
Pusat Hal Ehwal Pelajar IPGM, YBhg. Dr.
Mohamad Isa bin Azis, pada 7 April 2022
di Dewan Aminuddin Baki.
28 BULLETIN IPGKBM | 2022
Album Aktiviti kampus
Majlis APC
Majlis Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang IPGKBM bagi tahun
2021 telah diadakan pada 7 Julai
2022 di Dewan Aminuddin
Baki. Majlis ini disempurnakan
oleh YBhg Dr. Mohd Nasrudin
bin Basar, Timbalan Rektor
Pusat Perancangan,
Penyelidikan dan Inovasi IPGM.
Tahniah kepada semua
penerima anugerah.
Selamat Datang Pelajar PPISMP Ambilan Jun 2022
Minggu Pengurusan dan Pendaftaran Pelajar Baharu telah diadakan pada 1-5 Ogos 2022.
29 BULLETIN IPGKBM | 2022
Album Aktiviti kampus
Majlis Pelancaran Bulan
Kebangsaan 2022
Jabatan Sains Kemanusiaan dan Unit
Kokurikulum telah menganjurkan Majlis
Pelancaran Bulan Kebangsaan pada 15 Ogos
2022 di Dataran IPGKBM. Majlis pelancaran
tersebut telah disempurnakan oleh Puan Hajah
Nor Asilah binti Osman, Pengarah IPGKBM.
Aktiviti senam aerobik dan nyanyian lagu
patriotik telah dijayakan oleh semua warga
kampus pada pagi tersebut. Sebanyak enam
pertandingan telah dilancarkan bagi
memeriahkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan
IPGKBM, iaitu Pertandingan Bintang Patriotik,
Pertandingan Video Pendek, Kuiz
Kemerdekaan, Pertandingan Poster
Kemerdekaan, Pertandingan Video Tik Tok
Kemerdekaan dan Pakaian Beragam Merdeka
(untuk murid prasekolah)
30 BULLETIN IPGKBM | 2022
Album Aktiviti kampus
Sambutan Ma'al Hijrah
Jabatan Agama Islam dan Moral IPGKBM telah menganjurkan Majlis Sambutan Ma'al Hijrah pada
18 Ogos 2022 di Dewan Aminuddin Baki. Majlis ini telah diserikan dengan penganugerah tokoh
ma'al hijrah peringkat IPGKBM. Selain itu, satu forum perdana yang bertajuk 'Hijrah Membentuk
Jati diri' telah berlangsung dengan ahli panelnya terdiri daripada Prof. Ir. Dr. Salehuddin bin
Shuib, Dr. Faisal bin Ashari dan Tuan Abu Bakar bin Mohd Sidek. Perasmian penutupan
disempurnakan oleh YBhg. Dato' Wan Mohamad bin Dato' Wan Abd Aziz, Timbalan Pengerusi
Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Penerima Tokoh Maal Hijrah Pelajar IPGKBM 2022
1.Anugerah Utama Al-Fateh: Hazwan Syolihin bin Abd Mutalib
2.Anugerah Uthman Al Affan: Muhammad Safuwan bin Kamarudin
3.Anugerah Abu Bakar As-Siddiq: Muhammad Ridzwan bin Mohamed Rashid
4.Anugerah Khadijah Al Khuwailid: Fatin Nur Elyani binti Amiruzi
5.Anugerah Aisyah Al Humairah: Asmaa' binti Ahmad
6.Anugerah Nusaibah Al-Maziniyyah: Nurul Ilya Nasuha binti Mohd Zahari
7.Anugerah Khaulah Al Azwar: Syamimi Izyan binti Mohd Sanusi
ANUGERAH SANJUNGAN BUDI:
1.Ahmad Iqbal bin Zamsulkifle
2.Mohamad Shahrul Nizam bin Mohd Hamka
3.Muhammad Atiqullah bin Awang
4.Puteri Wafa binti Saarani
5.Nur Adlina binti Azman
6.Nur Afifah binti Azman
7.Arifah binti Azlan Shah
31 BULLETIN IPGKBM | 2022
Album Aktiviti kampus
Pertandingan Tenpin
Boling Antara Kelas
Pertandingan Tenpin Boling Antara Kelas
telah berjaya diadakan buat julung-julung
kalinya oleh Unit Kokurikulum, IPGKBM
untuk mengeratkan siratulrahim antara
pelajar baharu dan pelajar lama yang
menjadi warga IPGKBM. Pertandingan ini
telah berlangsung pada 25 Ogos 2022
bertempat di Endah Parade Super Bowl Seri
Petaling. Seramai 142 siswa guru telah
menyertai pertandingan ini bagi mewakili
kelas mereka. Setiap kelas diwakili oleh 4
orang peserta perempuan dan 4 orang
peserta lelaki.
Bengkel Jelajah Dunia STEM BULLETIN IPGKBM | 2022
Unit Matematik, Jabatan Sains Kemanusiaan telah
menganjurkan Bengkel Jelajah Dunia STEM pada 23
September 2022 di Dewan Aminuddin Baki. Bengkel ini telah
disertai oleh 62 orang pelajar PISMP.
32
Album Aktiviti kampus
Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan 2022
Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan IPGKBM 2022 telah diadakan pada 1 September 2022 di
Dewan Aminuddin Baki. Antara atur cara yang dilaksanakan ialah Pertandingan Pakaian
Beragam Kemerdekaan yang disertai oleh anak-anak Prasekolah Bintang dan Bicara Merdeka
yang disampaikan oleh YBhg. Professor Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali.
33 BULLETIN IPGKBM | 2022
Album Aktiviti kampus
Minggu Kecergasan dan Kesihatan IPGKBM 2022
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menganjurkan Minggu Kecergasan dan Kesihatan
pada 19-22 September 2022. Antara aktiviti pengisian Minggu Kecergasan dan Kesihatan ini ialah
pameran kesihatan, cabaran lompat tali, senamrobik, ceramah kesihatan mental, saringan
kesihatan dan kempen menderma darah.
34 BULLETIN IPGKBM | 2022
Album Aktiviti kampus
30 September 2022
35 BULLETIN IPGKBM | 2022
Album Aktiviti kampus
Program Kembara Visual
Satu Program Kembara Menelusuri Seni Kraf
Tradisional telah diadakan pada 3 - 5 Oktober
2022 di Kuala Kangsar Perak. Program ini
adalah anjuran Unit Sains Sosial (PSV), Jabatan
Sains Kemanusiaan. Program ini melibatkan
pelajar PISMP elektif PSV. Pengurus program
ini ialah Dr. Norsalawati binti Wahid.
Penerokaan Arkib dan Muzium
Unit Sains Sosial (Sejarah), Jabatan Sains Sosial telah
menganjurkan Program Penerokaan Arkib dan Muzium
pada 5 - 6 Oktober 2022 yang melibatkan pelajar-
pelajar PISMP elektif Sejarah. Selain Arkib Negara dan
Muzium Negara, muzium lain yang dilawati ialah
Muzium Tekstil, Muzium Polis dan Muzium Etnografi.
Pengurus Program ini ialah Puan Ramlah binti Ghani
36 BULLETIN IPGKBM | 2022
Album Aktiviti kampus Bengkel Lakonan dan
Persembahan Teater
Bangsawan
Pada 7-9 Oktober 2022, Unit Sains Sosial (Muzik)
Jabatan Sains Kemanusiaan dengan kerjasama dari
Kelab Seni Seri Kenchana Malaysia dan Jabatan
Kesenian dan Kebudayaan Negara telah
menganjurkan Bengkel Lakonan Teater di Dewan
Za'ba, IPGKBM. Lanjutan dari bengkel ini, pelajar
IPGKBM telah terlibat dalam dua persembahan
teater bangsawan di MATIC Kuala Lumpur iaitu
Teater Bangsawan Tatah Menusuk Retak (21-23
Oktober 2022) dan Teater Bangsawan Kiambang
Bertaut Retak Bersurih (25-27 November 2022).
Pengurus program: En Hafitz bin Khamis
37 BULLETIN IPGKBM | 2022
Album Aktiviti kampus
Sambutan Maulidur Rasul
Jabatan Agama Islam dan Moral IPGKBM telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul
berbentuk wacana ilmu yang bertajuk 'Qudwahmu Ya Rasulullah Menjana Insan Berilmu dan
Berprestasi Tinggi' pada 14 Oktober 2022. Panel jemputan ialah YBhg. Prof. Dato' Dr. Ab Halim
bin Tamuri (Profesor Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM) dan YM
Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad (Motivator)
Sukaneka Prasekolah Bintang
Sukaneka bagi anak-anak Prasekolah Bintang telah diadakan pada 22 Oktober 2022 di Dewan
Za'ba IPGKBM. Sukaneka ini turut dihadiri oleh Pengarah IPGKBM, Ketua Jabatan JIP, pensyarah-
pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak, dan ibubapa. Selain guru prasekolah dan PPM,
sukaneka ini turut dikendalikan oleh pelajar-pelajar PPISMP B8 major Pendidikan Awal Kanak-
kanak.
38 BULLETIN IPGKBM | 2022
Album Aktiviti kampus
Pameran Terapi dalam Pendidikan
Pameran Terapi dalam Pendidikan telah diadakan di bilik kuliah 3.08 pada 11 November 2022
anjuran pelajar PISMP G3 dan pensyarah Puan Norul Azlifah binti Zulkafali.
Anugerah Kecemerlangan Akademik 2022
Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik telah diadakan pada 15 November 2022 di Dewan
Aminuddin Baki. Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh YBrs. Dr Mohd Nasruddin
bin Basar, Timbalan Rektor Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPGM.
39 BULLETIN IPGKBM | 2022
Album Aktiviti kampus
Dialog Menjulang Pendidikan Bahasa Melayu
Sempena pelancaran video Pedagogi Terbeza (PT) dan Video Pedagogi Alternatif
Kesusasteraan Melayu Komunikatif (PAKMK), satu dialog yang bertujuan untuk menjulang
pendidikan bahasa Melayu telah diadakan melalui saluran YouTube rasmi IPGKBM pada 20
Disember 2022. Ahli panel yang terlibat dalam dialog ini ialah Dr. Mohd Haidi bin Mohd
Kasran, Ketua Alor Kerja PAKMK, Puan Hapsah binti Majid, Ketua Alor Kerja PT dan Dr.
Nirwana binti Mohd Rashid, Timbalan Pengarah IPGKBM. Dr. Celinea Lasan telah diberi
tanggungjawab untuk menjadi pengantara dialog. Perasmian dialog disempurnakan oleh
YBhg. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia dan perasmian
penutupan disempurnakan oleh YBrs. Puan Hajah Nor Asilah binti Osman, Pengarah
IPGKBM.
Penulisan Kreatif
Bahasa Inggeris
Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Sains
Kemanusiaan akan menerbitkan
buku puisi, cerita pendek dan kata-
kata hikmah yang bertemakan 'Life:
Staying Alive'. Oleh yang demikian
semua warga kampus dipelawa
untuk menyerahkan hasil penulisan
kreatif karya asal masing-masing
kepada Ketua Unit Bahasa Inggeris
IPGKBM, YBhg. Datin Dr. Thusha
Rani Rajenda sebelum 31 Januari
2023.
40 BULLETIN IPGKBM | 2022