ZAH 100 100 67
100 93 100
100 100 100
100 80 100
533
Bil. No. K/P Nama Pelajar
1 050331160179 ADAM HARIS BIN MOHD AZLI
2 050123100817 AIDIEL HAKIMIE BIN 'AZMAN PUTERA
3 050809011296 AMIRAH SALIHAH BINTI RAFFEIZ
4 051227010239 CHE MUHAMMAD DANIESH HAKIM BIN CHE HAS
5 050929012357 FAHIM NURHAKIM BIN ROZZALI
6 050121130510 MARIAH BINTI SOHAIMI
7 050118010655 MOHAMAD AFIQ ABADI BIN MISKUN
8 050109010655 MOHAMAD AIMAN BIN ZAIMI
9 050103011083 MOHAMAD NORHAFIZAN BIN ZULRAIZAM
10 050412010885 MUHAMMAD ADAM HARIS BIN HALIM
11 050410010283 MUHAMMAD ALIFF HAZIQ BIN ZAINUDIN
12 050416010559 MUHAMMAD ALIM AIMAN BIN YUSMANALIM
13 051109010633 MUHAMMAD AMIR BIN NORIZAM
14 050516011145 MUHAMMAD AMMIR BIN SOFIAN
15 050901010763 MUHAMMAD DANISH ASYRAF BIN ZULKIFLE
16 050907011687 MUHAMMAD DANISH SYAHMI BIN EDDIE FAIZAL
17 051218010405 MUHAMMAD DARWISY BIN HAZMI
18 050916011953 MUHAMMAD ED ANIQ HAIQAL MOHAMAD HED
19 050413010799 MUHAMMAD FIRMAN AFIQ BIN YAZID
20 050702010023 MUHAMMAD HAFIQ BIN HEYRMAN
21 050921010293 MUHAMMAD NUR IMAN BIN JUMMADDILAH
22 051112010327 MUHAMMAD RAIHAN BIN AZRI
23 051125010174 NUR ELLYSA BINTI MOHD ISHAHRIZAN
24 051231010995 NUR FARID AQASHA BIN ABU BAKAR
25 050703011378 NURHIDAYU BINTI NASIR
26 051117011628 NURSYAZIRA BINTI JELANI
27 050109011367 SAYED MUHAMMAD NURFAEZ BIN SAYED HAMZ
SYIM Kuiz 1 Kuiz 2 Ujian
L 100 100 92
DAIR 100 100 65
ZAH 100 100 100
100 78 94
100 67 82
100 100 94
100 100 96
100 100 90
100 100 84
100 78 94
100 89 67
100 100 98
100 89 96
100 100 98
100 78 67
100 100 98
100 100 76
100 100 100
100 89 96
100 89 96
100 83 94
100 89 88
100 100 100
100 89 96
100 100 100
100 100 100
100 100 86
535
28 050820011510 SHAZRIN ADILA BINTI SYAHRIN
29 051125010262 SYAMIMI AQILAH BINTI MAZLAN
30 050312010220 SYUKRIYANI BINTI ZAINI
100 100 100
100 100 98
100 100 100
537
PROJEK TAMAN ASTAKONA HASIL KERJASAMA GURU PELATIH DARI UTHM DAN
UTM SESI 2022
539
541
543
545
547
549
Gambar 2 & 3: Perasmian Taman Astakona oleh Puan Kamaliah TPA KVBP.
Gambar 4: Perlakasanaan dalam pembuatan acuan konkrit bagi tulisan KVBP.
MAJLIS PEMBUGARAN EKSA KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT 2022
Gambar 5: Poster bagi Majlis Pembugaran Eksa Kolej Vokasional Batu Pahat 2022
Gambar 6: AJK bagi Majlis Pembugaran Eksa Kolej Vokasional Batu Pahat 2022
551
PROGRAM ORIENTASI KEMASUKAN PELAJAR BAHARU KOLEJ
VOKASIONAL BATU PAHAT TAHUN 2022
Gambar 7: Saya sebagai juru acara bagi penyampaian hadiah pemenang.
Gambar 8: Checkpoint pelajar dalam explorer.
553
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan pihak Kolej
Vokasional Batu Pahat mengenai cadangan program Orientasi Kemasukan Pelajar Baru Kolej
Vokasional Batu Pahat.
2.0 LATARBELAKANG
2.1 Pengenalan
Orientasi Kemasukan Pelajar Baru Kolej Vokasional Batu Pahat adalah anjuran Guru
Pelatih dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia serta Universiti Teknologi Malaysia
dengan kerjasama Asrama Kolej Vokasional Batu Pahat. Program ini bertujuan untuk
mendedahkan murid dengan maklumat-maklumat kendiri yang jelas demi memantapkan
personaliti murid keseluruhannya dalam permulaan pendidikan yang berteraskan vokasional.
Ini kerana para pelajar ini merupakan warga baru bagi pendidikan vokasional. Oleh itu ianya
amat penting dalam memberikan pendedahan dan persediaan diri kepada setiap pelajar agar
boleh menyesuaikan diri dalam suasana persekitaran kolej vokasional.
Situasi persekitaran yang berbeza menuntut pelajar agar dapat berdikari,
bertanggungjawab, sedia menghadapi cabaran, berdaya kepimpinan, bersikap bekerjasama,
aktif dan kreativiti. Maka tujuan program ini diadakan supaya tidak berlaku kejutan budaya
dalam kalangan pelajar-pelajar baru dan sebagai persediaan untuk mengharungi kehidupan
dalam masa empat tahun sebagai pelajar kolej vokasional. Program ini juga dijalankan dengan
penglibatan penuh dari guru pelatih Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
3.0 NAMA AKTIVITI DAN PENGANJUR
3.1 Nama Aktiviti
Orientasi Kemasukan Pelajar Baru Kolej Vokasional Batu Pahat
3.2 Nama Penganjur
Guru Pelatih Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
555
4.0 BUTIRAN AKTIVITI
4.1 Tarikh
7 Hingga 9 April 2022
4.2 Hari
Khamis hingga Sabtu
4.3 Lokasi
Dewan Makan Koleh Vokasional Batu Pahat
4.4 Masa
Rujuk atur cara aktiviti
5.0 OBJEKTIF AKTIVITI
5.1 Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran serta sistem pembelajaran
vokasional.
5.2 Meningkatkan kefahaman pelajar dalam pemilihan pakej pembelajaran baharu yang
berteraskan vokasional.
5.3 Supaya mereka dapat menyediakan fizikal, mental, rohani dan emosi yang seimbang
dalam membentuk modal insan kelas pertama.
5.4 Mengeratkan hubungan yang baik antara warga sekolah.
5.5 Memastikan pelajar baru mengamalkan peraturan dan undang-undang yang telah
ditetapkan untuk membentuk pelajar yang berdisiplin
6.0 PENYATAAN MASALAH
Pelajar baru yang akan masuk ke kolej vokasional ini kurang mengetahui tentang
persekitaran samada dari segi kehidupan dan juga cara pembelajaran di kolej vokasional, ini
kerana mereka sebelum ini sudah terbiasa dengan suasana di sekolah menengah dimana ianya
amat berbeza dengan suasana kolej vokasional. Oleh itu, inisiatif ini dilakukan bagi
membolehkan pelajar baru ini mengetahui dan boleh beradaptasi dengan suasana baru di Kolej
Vokasional Batu Pahat ini.
7.0 SENARAI PESERTA DAN PENGIRING
Pelajar baru Tahun 1 SVM Kolej Vokasional Batu Pahat
8.0 PADANAN TERAS AKTIVITI DAN KEBERHASILAN GRADUAN
Sila rujuk Lampiran 1.
9.0 PENGLIBATAN
9.1 Tidak Berkaitan
10.0 KEBERHASILAN AKTIVITI ATAU IMPAK
10.1 Kepada Pelajar Atau Peserta
a) Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara satu sama lain.
b) Dapat meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan mahasiswa.
c) Dapat melahirkan lebih ramai ahli jawatankuasa yang berkepimpinan
557
559
561
14.0 GAMBAR AKTIVITI
15.0 ULASAN PERJALANAN KESELURUHAN AKTIVITI
Program orientasi ini dijalankan khusus buat pelajar baru tahun 1 yang telah
mendaftarkan diri di Kolej Vokasional Batu Pahat kerana mereka kurang mengetahui tentang
persekitaran iaitu dari segi kehidupan dan corak pembelajaran di kolej vokasional. Oleh itu,
program ini dapat membuatkan pelajar baru ini mengetahui dan boleh menyesuaikan diri
dengan persekitaran baru di Kolej Vokasional Batu Pahat. Program ini telah diadakan selama
tiga hari dua malam di Kolej Vokasional Batu Pahat iaitu bermula pada 7 April 2022 hingga 9
April 2022. Program ini merupakan anjuran guru pelatih daripada Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia dengan kerjasama guru pelatih daripada Universiti Teknologi Malaysia dan pihak
asrama Kolej Vokasional Batu Pahat. Sepanjang program berlangsung, kesemua guru pelatih
telah dibahagikan jawatan masing-masing yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah,
Setiuasaha, AJK Teknikal, AJK Keselamatan, AJK Protocol, AJK Makanan Dan AJK Media.
Kemudian, program ini juga mempunyai lapan slot yang akan dilakukan. Pada 7 April
2022 iaitu hari Khamis, terdapat slot 1 dan slot 2. aktiviti yang dilakukan pada slot 1 adalah
melibatkan aktiviti ice breaking dan taklimat peserta. Peserta dikehendaki untuk
memperkenalkan diri antara satu sama lain dan dikehendaki membuat persiapan untuk berbuka
puasa. Pelajar-pelajar juga dikehendaki untuk solat maghrib, solat isyak dan solat tarawih
secara berjemaah. Kemudian, aktiviti yang dilakukan pada slot 2 adalah taklimat bersama
warden. Taklimat warden ini telah disampaikan oleh ketua warden iaitu Encik Nurul Iman Bin
Kassim bagi menerangkan segala peraturan asrama yang telah ditetapkan dan pelajar
dibenarkan untuk pulang ke bilik masing-masing semasa jam 12.00 tengah malam.
Seterusnya, pada 8 April 2022 iaitu hari Jumaat. Terdapat slot 3, slot 4, slot 5, slot 6
dan slot 7 yang akan dilakukan. Pada slot 3 adalah pelajar telah dibahagikan kepada beberapa
kumpulan dimana terdapat beberapa aktiviti yang telah diadakan seperti mengikut tarikh lahir,
kesamaan kertas warna dan sebagainya. Kemudian, pada slot 4 pelajar membuat latihan secara
dalam kumpulan dan perlu melakukan sorakan mengikut kumpulan masing-masing.
Seterusnya, aktiviti pada slot 5 telah dijalankan iaitu mini jelajah. Terdapat beberapa aktiviti
yang dilakukan iaitu menulis I Love KV Batu Pahat pada kad manila, kuiz dalam talian, meniup
bola ping pong dalam cawan menggunakan tali, monkey walk dan menendang bola kebelakang
yang dikendalikan oleh guru pelatih. Oleh itu, setiap pelajar perlu menyelesaikan segala aktiviti
yang terdapat dalam mini jelajah tersebut. Seterusnya, pada slot 6 adalah dengan melakukan
aktiviti pemantapan kerohanian, persiapan berbuka puasa, solat maghrib, solat isyak dan solat
tarawih secara berjemaah. Kemudian, pada slot 7 merupakan aktiviti dalam kumpulan. Antara
aktiviti yang diadakan adalah kerusi silang dan radio rosak yang dikendalikan oleh guru pelatih.
Sebagai saguhati membantu guru pelatih fasi-fasi yang terdiri daripada MPP Kolej Vokasional
563
diberikan peluang melaksanakan tarian tradisi Kolej Vokasional sebagai penutup tirai malam
kedua. Oleh itu, kumpulan yang memenangi aktiviti ini telah menerima hadiah dan tamat pada
jam 12.00 tengah malam.
Kemudian, pada 9 April 2022 iaitu hari Sabtu. Terdapat slot 8, slot 9, slot 10 dan slot
11. Pada slot 8 dan slot 9, setiap kumpulan telah diberikan tugasan iaitu perlu membuat lakonan
bertemakan bulan Ramadhan. Oleh itu, setiap kumpulan perlu berbincang antara satu sama lain
dan membuat persiapan dengan lebih rapi. Pada slot 10 pula, perkara-perkara yang dilakukan
adalah pemantapan rohani, berbuka puasa, solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.
Kemudian, pada slot 11 setiap kumpulan perlu melakukan persembahan iaitu dengan membuat
lakonan bertemakan bulan Ramadhan. Semua kumpulan telah berjaya melakukan persembahan
dengan baik dan telah mendapat pujian daripada guru-guru yang menyaksikan persembahan
mereka tersebut.
Kesimpulannya, program seperti ini sangat membantu para pelajar untuk
menyesuaikan diri dengan persekitaran kolej vokasional batu pahat yang mempunyai perbezaan
yang ketara jika dibandingkan dengan sekolah harian. tambahan pula, program ini juga dapat
membantu para pelejar bersedia dan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam diri mereka
sebelum bergelar graduan dan menempuh alam pekerjaan.
16.0 RINGKASAN MAKLUMBALAS PROGRAM
Pada hari pertama program dimana pelajar terlibat dengan aktiviti Ice breaking dan
diberikan taklimat. Sebagai satu inisiatif awal untuk memastikan kelancaran dalam
melaksanakan program. Tiada sebarang kelemahan dan program diteruskan lagi setelah pelajar
habis berbuka puasa. Kesemua pelajar dapat berbuka puasa dan tiada kekurangan makanan atau
minuman. Namun begitu terdapat seorang peserta mengalami alahan terhadap beberapa jenis
makanan. Hal ini telah disedia maklum kepada AJK makanan dan penyediaan khas diberikan
kepada peserta tersebut jika terdapat menu yang mengandungi alahan peserta terbabit. Pada
hari pertama juga peserta tidak terlibat dengan aktiviti yang berat hanya pengenalan terhadap
program ini dan juga tentang kehidupan di Asrama Kolej Vokasional Batu Pahat. Sesudah
tentatif hari pertama Encik Syamsul dan En Nurul Iman yang merupakan warden memberi
sedikit teguran agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan peserta. Hal ini telah
disedia maklum dan tiada sebarang masalah untuk hari pertama, peserta tidak sakit, tidak cedera
dan masih bersemangat untuk meneruskan program ini.
Pada hari kedua program, program diteruskan sesudah peserta menunaikan solat subuh
dan melakukan persiapan kendiri. Sebagai pembuka program dan memastikan peserta dalam
keadaan segar senaman ringan telah dilakukan. Setelah menghabiskan aktiviti senaman ringan
pelajar diasingkan untuk membentukkan kumpulan. Terdapat kekurangan dalam membentuk
kumpulan disebabkan oleh ramai dan kekurangan interaktif antara fasilitator dengan peserta.
Namun begitu masih berjaya dilaksanakan dengan bantuan guru berpengalaman. Kumpulan ini
dibentuk bertujuan untuk aktiviti seterusnya iaitu latihan berkumpulan dan mini jelajah kolej
kediaman. Masing-masing mempunyai kumpulan dan aktiviti seterusnya dapat diteruskan.
Kesihatan pelajar masih dalam keadaan baik dan peserta masih bersemangat untuk meneruskan
program. Hanya terdapat beberapa peserta kelihatan lesu dan letih disebabkan aktiviti dilakukan
pada bulan Ramadhan. Aktiviti pada malam hari dikendalikan oleh guru pelatih. Aktiviti
berkumpulan berjalan dengan lancar dan peserta sangat seronok.
Pada hari ketiga pula adalah pembahagian fasilitator setiap kumpulan dari MPP untuk
membantu dalam melakukan persembahan. Sepanjang persediaan dilakukan oleh peserta, guru-
guru pelatih bertugas untuk memerhati dan mengawasi keadaan peserta. Encik Nurul Iman dan
Encik Salehudin memperingatkan supaya guru pelatih mestilah tegas agar tidak berlaku
pelanggaran disiplin dan peserta tidak menimbulkan masalah. Seterusnya, perjalanan
persembahan berlangsung dengan baiknya dan tutupi dengan tayangan video kenangan
(moontage) sepanjang program ini dilangsungkan. Satu persembahan kejutan daripada pelajar
senior kolej vokasional dan Encik Syamsul menjadi tirai penutup program ini. Banyak teguran
dan nasihat memberikan penambahbaikkan untuk program seterusnya.
17.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
17.1 KESIMPULAN
Secara keseluruhan program ini dapat berjalan mengikut perancangan. Pelajar diberi
peluang untuk menyesuaikan diri di tempat baru dan mengenali rakan-rakan baru. Selain itu,
pelajar telah didedahkan dengan sistem Pembelajaran di KVBP. Dengan ini dapat
meningkatkan kefahaman pelajar dalam pemilihan Pembelajaran baharu yang berteraskan
kemahiran. Seterusnya dengan mengadakan program ini, pelajar dapat mengeratkan hubungan
yang baik antara guru dan pelajar-pelajar lain. Keperluaan sikap dan tingkah laku pelajar yang
dapat dilihat oleh guru Ketika program ini dijalankan. Di samping itu, program seperti ini dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara satu sama lain, dan keyakinan diri dalam
melakukan sesuatu. Akhir sekali, pelajar dapat menyediakan fizikal, mental, rohani dan emosi
yang seimbang dalam membentuk modal insan yang berguna pada masa akan datang.
565
17.2 CADANGAN
Cadangan merupakan satu penambahbaikan supaya program atau aktiviti akan datang
bertambah dengan baik. Antara kelemahan-kelemahan yang terdapat semasa perancangan,
pelaksanaan dan selepas pelaksanaan Program Orientasi Pengambilan Pelajar Baru Kolej
Vokasional Batu Pahat perlu penambahbaikan yang sepatutnya agar kelemahan sepanjang
pelaksanaan program tersebut dapat memberi pengajaran kepada semua dalam merancang,
melaksana dan mengelola sesuatu program seperti program ini. Tarikh yang dirancang untuk
melaksanakan program tersebut perlu ditetapkan dengan lebih tepat dan terancang bagi
memastikan banyak aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna. Ahli jawatankuasa perlu
mengadakan sekurang-kurangnya tiga kali perjumpaan atau mesyuarat bagi memastikan
perjalanan program yang dirancangkan berjalan dengan baik. Selain itu, sebarang permasalahan
yang timbul sewaktu perancangan dapat diselesaikan bersama. Dengan itu, tidak akan berlaku
perselisihan faham semasa program atau selepas program selesai. Disamping itu, untuk
program yang akan datang, sebaiknya melibatkan pelajar-pelajar MPP bagi membantu AJK
sedia ada agar cukup tenaga kerja yang diperlukan semasa program berlangsung.
Tambahan pula, keputusan untuk memilih permainan atau aktiviti yang sesuai agak
lewat perlu dielakkan untuk program yang seterusnya. Seharusnya, guru pelatih mestilah
merancang dan memilih permainan atau aktiviti yang sesuai untuk dijalankan dengan lebih awal
agar tidak menganggu proses-proses lain seperti penyediaan barang-barang yang diperlukan
untuk permainan tersebut. Pembahagian tugas dan penerangan tentang tugas-tugas yang
sepatutnya dilakukan sebelum hari program perlu dilakukan lebih awal agar ahli jawaankuasa
yang terlibat dengan tugas-tugas tersebut bersedia dan jelas tentang bidang tugas masing-
masing. Oleh itu, masalah seperti kekeliruan tentang bidang tugas dapat dielakkan sama sekali.
Akhir sekali, bagi melancarkan program yang akan datang, banyak perkara dan hal-hal
berbangkit yang sedia ada harus diperbaiki agar masalah tersebut tidak diulangi pada masa akan
datang.
18.0 PENUTUP
Dengan segala hormatnya Penyelia Latihan Mengajar Kolej Vokasional Bahat iaitu Ts. Dr.
Fazlinda Binti Ab Halim adalah dipohon untuk mengambil maklum mengenai Laporan
Orientasi Kemasukan Pelajar Baru Kolej Vokasional Batu Pahat.
LAMPIRAN 1
8.0 SASARAN PADANAN TERAS AKTIVITI, DNA KECEMERLANGAN UTHM DAN
NILAI MANUSIAWI KPM
(Sila tandakan ’1’ pada setiap padanan dalam jadual di bawah, yang mewakili pemberat
paling tinggi bagi program/aktiviti yang dijalankan)
Nota 1:
Kod Rujukan Bidang Teras Aktiviti
1 Media Kreatif 8 Pengantarabangsaan
2 Seni & Budaya 9 Kepimpinan & Latihan
3 Wacana Intelek 10 Sains, Teknologi & Inovasi
4 Keusahawanan 11 Penyelidikan
5 Sukan & Rekreasi 12 Kesukarelawanan (Alam Sekitar)
6 Kerohanian & Etika 13 Kesukarelawanan (Kesejahteraan Komuniti)
7 Pengucapan Awam 14 Kelestarian Kampus
Nota 2: DNA Kecemerlangan UTHM
Rendah Karbon – Membudayakan kampus rendah karbon
KARBON Kampus Amal – Memupuk ekosistem kampus amal
AMAL Menepati Masa – Merealisasikan budaya menepati masa
MASA Budaya Ilmu – Menyuburkan kecintaan budaya ilmu
ILMU
567
POSTER HEBAHAN PROGRAM
A. GAMBAR AKTIVITI
569
\
Disediakan Oleh :
_________________________
Siti Nor Hafeeza binti Khosni
Timbalan Pengarah Program Orientasi Kemasukan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Disahkan Oleh :
Puan Nur Efni binti Abu Talib
Pembimbing Latihan Mengajar
Kolej Vokasional Batu Pahat
Disemak Oleh :
_________________________
Ts. Dr. Fazlinda Binti Ab Halim
Penyelia Latihan Mengajar Kolej Vokasional Batu Pahat
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
571
573
575
577