The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-FOLIO Pelajar Semester 1, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
-Farhanis Yasmin
-Ras Afifah
-Azliya Sulaiman

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulfarhanisyasmin02, 2021-05-12 05:33:16

Malaysia Kita!

e-FOLIO Pelajar Semester 1, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
-Farhanis Yasmin
-Ras Afifah
-Azliya Sulaiman

EDISI 1: MEI 2021

SCAN QR CODE UNTUK EDISI KHAS

MOHD NAZIMI ZAIM
BIN ISMAIL

NURUL FARHANIS
YASMIN BINTI ZAMRI

RAS AFIFAH BINTI AB AZLIYA BINTI
RASHID SULAIMAN

MUKA PERKARA
SURAT
PENGHARGAAN
1 APA ITU PERPADUAN?
2-3
-CABARAN PENYATUPADUAN MASYARAKAT DI
6-7 MALAYSIA

8-9 PERPADUAN YANG
DIIDAMKAN
10
11-14 -DETIK PERPADUAN
-DETIK PERBEZAAN
15
16 TAHAP KESEPADUAN
17
-KESEPADUAN NASIONAL
-KESEPADUAN SOSIAL

KENALI ETOS

GALERI ALBUM

PENUTUP

RUJUKAN
DISEDIAKAN OLEH

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah dan
kurnianya maka terhasilllah sebuah folio ini di mana
memberikan manfaat kepada semua pembaca.
Sesungguhnya kami berasa bangga dan berbesar
hati melalui coretan pena yang terpahat pada
setiap patah perkataan di majalah ini. Setinggi
peghargaan kami ingin ucapkan kepada pensyarah
subjek Etika Dan Peradaban, Ustaz Nazimi di atas
bimbingan yang diberikan. Tanpa sokongan beliau,
maka adalah mustahil bagi kami menghasilkan folio
yang bermakna ini. Terima kasih juga khususnya
kepada semua ahli kumpulan yang telah bertungkus
lumus menghasilkan output yang terbaik. Segala
info dan isi kandungan yang ada dalam majalah ini
adalah dari sumber yang sahih dan benar. Semoga
majalah ini dapat memberikan panduan dan
kesedaran kepada para pembaca dalam menjadi
masyarakat yang berilmu pengetahuan.

1

Perpaduan ialah suatu bentuk kesatuan yang merupakan
matlamat akhir yang diidamkan dalam sebuah negara yang
berbilang etnik. Malaysia mempunyai kepelbagaian etnik dan
budaya yang menimbulkan pelbagai cabaran kepada
sesebuah masyarakat. Setiap komuniti misalnya mempunyai
etika dan peradaban yang berbeza dan ia dijelmakan dalam
pemikiran dan praktis kehidupan masing-masing.

Namun kesemuanya perlu hidup dalam sebuah masyarakat
Malaysia, berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan
ketika terjadi perbezaan. Kesediaan tawar menawar,
berunding dan melakukan mediasi telah membawa
keamanan dan keharmonian di Malaysia semenjak Merdeka.

Inilah kesepaduan nasional yang telah wujud, didukung dan
mesti terus menerus dimantapkan. Ia dilaksana melalui tiga
rangkai proses yang bergerak serentak dipacu oleh tiga
motivasi iaitu perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang
dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan.

2

3

MATLAMAT PERPADUAN YANG DIIDAMKAN

I. Detik perpaduan

a) Sukan bola sepak- antara satu darpada saat dan detik perpaduan yang
jelas dapat dilihat dikalangan rakyat Malaysia apabila semua bangsa
tanpa mengira kaum dan keturunan sama-sama memenuhi stadium bagi
menyokong pasukan masing-masing.

b) Perkahwinan:“street wedding”- majlis perkahwinan saudara mara atau
kenalan yang diadakan di taman-taman perumahan dan di dewan-dewan
besar. Inilah detik perpaduan yang wujud di kalangan rakyat Malaysia
iaitu bertolak ansur dalam perkara ini untuk melanjutkan kenduri di
taman perumahan kerana sikap saling memahami antara satu sama lain
tanpa mengira agama dan budaya.

4

c) Kesihatan- Tidak kira apa bangsa klinik dan hospital akan menjadi tempat
rujukan setiap rakyat dalam mendaptkan rawatan terhadap sebarang
masalah kesihatan yang dihadapi. Begitu juga dengan pegawai yang
bertugas sama ada doctor, jururawat, pembantu hospital dan semua
kakitangan hospital memastikan pesakit yang datang akan diberikan
rawatan.

d) Makanan- di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman,
antaranya nasi lemak, teh Tarik, roti canai, soto, bakso dan sebagainya.
Semua jenis makanan ini dimakan oleh setiap bangsa di Malaysia tanpa
mengira rupa dan warna kulit. Hal ini amat baik untuk penyatuan semua
bangsa di Malaysia kerana perbezaan yang pelbagai ini dimanfaatkan.

II.

5

Detik perbezaan

a. Sambutan perayaan- detik perbezaan dalam sambutan perayaan di
Malaysia jelas kelihatan kerana sambutan perayaan selalunya
mempunyai kaitan dengan kebudayaan dan agama setiap agama yang
pelbagai. Setiap warga perlu berjiwa besar dan berlapang dada dalam
menghadapi isu sambutan perayaan sebagai suatu sambutan tahunan
semua bangsa di Malaysia.

b. Jenayah- apabila berlaku sesuatu jenayah, pastinya kita akan melihat
apakah jenis jenayah yang dilakukan. Apabila telah pasti sesuatu jenayah
tersebut, maka akan terlintas dalam minda siapa yang terlibat dalam
jenayah tersebut. Hal ini adalah satu sikap yang salah kerana semua
jenayah tidak ada kaitan dengan sesuatu bangsa. Setiap bangsa dan
agama terdedah denga napa jua jenayah. Sebagai warganegara kita
haruslah payuh kepada setiap peraturan dan undang-undang negara
kerana hukuman tidak melihat bangsa untuk dijatuhkan.

6

c. Tempat kerja- timbul isu berkenaan tempat kerja yang memilih bangsa-
bangsa tertentu dan syarat-syarat tertentu. Hal ini sudah tentu
merupakan sesuatu yang akan menggugat perpaduan bangsa jika tidak
ditangani dengan baik. Isu ini timbul sebagai salah satu detik perbezaan
yang akan menggugat perpaduan kaum memandangkan pekerjaan tidak
terikat kepada bangsa atau kaum. Sebagai warganegara isu ini perlu
dilihat sebagai salah satu peluang untuk meningkatkan produktiviti
kerana berlainan bangsa dan agama akan memberikan pelbagai idea dan
usaha untuk majikan memperoleh manfaat yang pelbagai.

d. Pengebumian- mempunyai kaitan dengan anutan agama seseorang.
Walaubagaimanapun, agama tidak menghalang untuk seseorang
penganut bersedih dan menghormati atas kehilangan salah seorang ahli
keluarga yang berlainan bangsa dan agama. Ziarah menziarahi juga
digalakkan sebagai memberikan sokongan kepada ahli keluarga yang
kematian orang yang disayangi. Lebih bermakna lagi apabila bantuan
dihulurkan kepada waris yang kehilangan tempat bergantung dan dapat
membantu mereka yang memerlukan.

7

TAHAP KESEPADUAN YANG DICAPAI

a. Kesepaduan nasional

Kesepaduan nasional bermaksud penyatuan pelbagai kelompok yang
mempunyai latar belakang social dan kebudayaan yang berbeza, menjadi satu
entiti fizikal, penyatuan ini lebih merupakan penyatuan yang berbentuk zahir dan
luaran.

Hasil daripada penyatuan ini keadaan akan menjadi aman, stabil,
makmur dan sejahtera yang dicapai. Walau bagaimanapun diakui masih terdapat
perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat di
negara ini.

Dalam usaha mewujudkan kesepaduan nasional, alat yang utama
sebagai teras kesepaduan nasional, alat yang utama sebagai teras kesepaduan
nasional ialah Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara. Dua perkara ini
menjadi tunjang utama kepada kesepaduan nasional.

Kesepaduan nasional amat penting untuk mewujudkan masyarakat
yang dinamik. Masyarakat dinamik akan mewujudkan kelompok petani tradisional
kepada petani komersial industry, golongan miskin kepada kelas menengah dan
masyarakat kampung kepada warga cosmopolitan.

Daripada segi kemajmukan bangsa, akan wujud pelbagai etnik dan
budaya modeniti yang mengutamakan kestabilan dan kemajuan. Mereka
berkongsi norma hidup, persamaan nilai dan kerencaman social. Hal ini merentasi
hubungan horizontal antara etnik dan agama sekaligus dapat membina negara
bangsa integrasi yang maju.

8

b.Kesepaduan sosial
Enam dimensi yang ada dalam kesepaduan social:

Kepunyaan-pemencilan: ia merujuk kepada kewujudan atau
ketidakhadiran nilai-nilai yang dikongsi dan perasaan identity
yang sama.
Rangkuman-pengecualian: merujuk kepada tahap
kesaksamaan dan peluang dalam kalangan warga dalam
ekonomi khasnya pasaran.
Penyertaan-ketakterlibatan: berfokus kepada penyertaan
dalam politik dalam kalangan rakyat sama ada di tahap pusat
atau lokal dalam kearajaan.
Pengiktirafan-penolakan: merujuk kepada kebimbangan akan
perbezaan atau toleransi dalam kepelbagaian dalam kalangan
masyarakat.

Kesamaan-ketidaksamaan: merujuk kepada persamaan dan
peluang yang sama dalam kalangan masyarakat tanpa mengira
etnik, agama, budaya dan Bahasa.

9

c. Etos nasional

Maksud etos menurut Kamus Dewan ialah sifatciri sesuatu bangsa, budaya, era
dan lain-lain. Ia berasal daripada perkataan Greek yang membawa makna
perwatakan atau karakter.

Etos Nasional Bangsa Malaysia menurut pendapat Tun Mahathir ialah:
I. Perkongsian sejarah
II. Perkongsian nilai

III. Perasaan kekitaan Bersama
IV. Perkongsian masa depan
V. Kesetiaan
VI. Komitmen
VII. Keterikatan emosi negara

Nilai masyarakat yang dikongsi bersama merangkumi elemen
Kerjasama, menghormati setiap individu, toleransi, disiplin diri (etika atau moral) dan
demokrasi. Di samping itu, etos bangsa juga akan terbina melalui perkongsian perasaan
dan semangat. Perasaan dan semangat dalam konteks etos bangsa dapat dikategorikan
kepada perasaan kekitaan, semangat patriotism dan nasionalisme, dan perasaan
sebagai seorang warganegara Malaysia.

Etos nasional menjadi pusat kepada agenda pembinaan negara-bangsa
khususnya dalam konteks untuk mencapai matlamat perpaduan negara dan integrasi
nasional. Etos nasional perlu mempunyai ciri-ciri unik masyarakat setempat yang
mengikat seseorang individu dengan individu yang lain, dan yang mengikat individu
dengan negara. Ciri-ciri unik etos nasional merangkumi empat dimensi utama iaitu nilai,
perasaan, dan semangat, kepercayaan dan identiti.

10

GALERI ALBUM

MENCARI BAHAN RUJUKAN DI MENCARI KAUM YANG TERDAPAT DI
PERPUSTAKAAN MALAYSIA

PERBINCANGAN MELALUI VOICE CALL MENCARI BACKGROUND YANG SESUAI

11

PEMBAHAGIAN KERJA KUMPULAN

PERBINCANGAN BERSAMA AHLI
KUMPULAN

PEMBAHAGIAN KERJA KUMPULAN

12

PEMBAHAGIAN KERJA KUMPULAN

KERTAS KERJA DALAM PROSES UNTUK
DISIAPKAN

MENCARI CONTOH E-MAJALAH DI ANYFLIP

PERBINCANGAN ANTARA AHLI KUMPULAN

13

SESI BERTUKAR PENDAPAT ANTARA AHLI KUMPULAN

PENCARIAN TOPIK DIDALAM BUKU ETIKA DENGAN LEBIH
TERPERINCI

PEMBETULAN AKHIR DI DALAM TOPIK YANG DIPILIH

14

HARAPAN

Kerajaan terus komited untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini
dapat menikmati tahap kesejahteraan yang membolehkan kita untuk hidup dalam keadaan yang
aman, harmoni dan bahagia. Pertembungan adat, kaum dan bangsa tidak menjadi suatu masalah
didalam Malaysia atas faktor toleransi dan hormat-menghormati. Maka dengan ini amatlah
diharapkan kita sesama kaum tidak melakukan perkara yang boleh membangkitkan pergaduhan
antara kaum. Dalam erti kata lain, masyarakat seharusnya menjaga hubungan baik yang sekian lama
terbina dengan menghormati adat resam sesuatu kaum dan memupuk persefahaman antara kaum
sejak dari kecil. Dengan cara ini, masalah perkauman sudah pasti dapat dielakkan daripada tercetus
di negara kita.

CADANGAN

Setelah kajian pemantapan kesepaduan nasional Malaysia dilaksanakan, penulis ingin
memberikan beberapa cadangan yang dirasakan berguna bagi mempertingkatkan toleransi dan
mengeratkan kesepaduan antara kaum dan bangsa. Antaranya ialah penerapan nilai-nilai budaya dan
warisan didalam kehidupan seharian. Umumnya, negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan
bangsa. Maka, amatlah bermanfaat sekiranya pakaian tradisional, makanan tradisional dan adat
resam di praktikkan di dalam kehidupan seharian. Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan
berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat di antara kaum dalam negara.

Seterusnya, kerajaan boleh menetapkan garis panduan yang mewajibkan penggunaan Bahasa
Melayu di dalam sesi pembelajaran atau ditempat kerja sebagai bahasa rasmi bagi membolehkan
mereka menguasai bahasa yang bukannya bahasa ibunda mereka. Selain itu, kerajaan turut boleh
menetapkan semua pelajar untuk mempelajari Bahasa Cina dan Bahasa Tamil bagi lebih memahami
kaum itu dan memudahkan cara komunikasi yang berbeza kaum dan bangsa. Melalui pelaksanaan
garis panduan ini, hubungan di antara kaum danbangsa ini dapat dipertingkatkan oleh kerana
komunikasi yang mantap dan hubungan yang erat di antara satu sama lain

15

i. https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https:/
/www.sinarharian.com.my/ampArticle/56621&ved=2ahUKEwjsicy
0k8LwAhWwxTgGHQ50BY0QFjAAegQIAxAC&usg=AOvVaw2f
KeMW1zYSOzw4Fo5_-moS&ampcf=1

ii. https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https:/
/www.astroawani.com/berita-malaysia/hubungan-kaum-agama-
semakin-parah-di-malaysia-
227655%3Famp%3D1&ved=2ahUKEwjsicy0k8LwAhWwxTgGH
Q50BY0QFjACegQIBhAC&usg=AOvVaw1GF-
78vdzbjgznmbTRsO7d&ampcf=1

iii. https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https:/
/unsplash.com/&ved=2ahUKEwj7rvTYk8LwAhU3xzgGHZF0Dm
4QFnoECAcQAg&usg=AOvVaw07uHYdeyZQMneg6p8JTUC3

iv. https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://
online.anyflip.com/hckq/evif/mobile/index.html&ved=2ahUKEwjE
6sLok8LwAhXIzDgGHeYuADkQFjACegQIBBAC&usg=AOvVa
w1TfDRJdEiT_FByX338gdWz

v. Buku etika dan peradaban

16


17


Click to View FlipBook Version