DIRASMIKAN OLEH : EN. zainudin bin johari ketua jabatan pengurusan operasi agihan daerah lembaga zakat selangor mesyuarat agung TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG ) ke-32 8:00 PAGI - 1:00 PETANG SABTU 11 MEI 2024 SAM SULTAN HISAMUDDIN
OBJEKTIF ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-32 UCAPAN PENASIHAT PIBG ( PENGETUA ) UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG JAWATAN KUASA KERJA CARTA ORGANISASI KEHADIRAN MESYUARAT SESI 2023 / 2024 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KE -31 AGENDA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE- 31 ,MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE -31 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG KE-31 PERANCANGAN TAHUNAN LAPORAN KEWANGAN PIBG 2023 USUL/CADANGAN PIBG KEHADIRAN MESYUARAT KE - 31 KEPUTUSAN SMA TAHUN 2023 PENGHARGAAN LAMPIRAN 1 2 3-4 5-6 7-8 9 10 12 13 14-19 20-22 23-26 27-31 32-37 38-44 45-46 47 48-49 ISI KANDUNGAN 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 18
1. Memperkasa kerjasama antara ibu bapa dengan guru dalam pelbagai perkara. 2. Mengeratkan hubungan positif antara ibu bapa dengan guru serta masyarakat setempat. 3. Memartabatkan nama baik sekolah melalui aktiviti berfaedah dan bermakna 4. Membantu menangani pelbagai permasalahan pelajar secara bersama dalam aspek disiplin, akademik dan kokurikulum. 5. Menerangkan budaya penyayang dalam kalangan ibu bapa dan guru terhadap kepentingan hubungan kekeluargaan sama ada di rumah mahupun di sekolah. 6. Memberi komitmen yang tinggi terhadap kecemerlangan pelajar khususnya dalam aspek sahsiah diri, akademik dan kokurikulum. 1 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-32 SAM SULTAN HISAMUDDIN PENDAHULUAN OBJEKTIF Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke-32 merupakan aktiviti rutin yang diadakan di sekolah pada setiap tahun sejajar dengan kehendak Pejabat Pendidikan Daerah Klang. Melalui persatuan ini pelbagai aktiviti untuk kepentingan sekolah khususnya para pelajar mempu digembleng dan direalisasikan serta diharap mampu memberi impak positif kepada kecemerlangan sekolah.
Kehadiran Ibu Bapa/Penjaga/Pendaftaran/Sarapan Kehadiran tetamu jemputan/perasmi: Encik Zainuddin bin Johari sarapan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-32 Kata-kata aluan pengacara majlis Bacaan doa Ucapan YDP PIBG : Encik Mohd Nizam bin Baharuddin Ucapan Pengetua : Tn. Haji Mohamad Yazid bin Sharif Ucapan Perasmian : Encik Zainuddin bin Johari Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Agihan Daerah, Lembaga Zakat Selangor Gimik Perasmian & Penyampaian Cenderamata Tayangan Montaj Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke 32: Pembukaan Mesyuarat Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung ke-31 Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG SAMSHSB Sesi 2023 Membentang dan menerima serta meluluskan Penyata Kewangan bermula 1 Januari 2023 berakhir 31 Disember 2023 Pembentangan sumbangan dan bayaran tambahan Khas PIBG bagi tahun 2024 Membahaskan usul/cadangan ( rujuk buku program ) Pembubaran AJK PIBG 2023 & penyampaian sijil dan cenderahati AJK sesi 2023/2024 Pelantikan pengerusi sementara Pemilihan AJK PIBG sesi 2024 Pemilihan Juruaudit Dalaman Hal-hal Lain ( Usul dan cadangan baharu ) Ucapan penangguhan Bersurai 2 8.00 - 8.30 pagi 8.30 - 9.00 pagi 9.00 - 9.30 pagi 9.00 pagi 9.05 pagi 9.10 pagi 9.20 pagi 9.35 pagi 9.50 pagi 9.55 pagi 10.15 pg -1.00 ptg 10.15 pagi 10.20 pagi 10.30 pagi 10.45 pagi 11.05 pagi 11.20 pagi 11.40 pagi 12.00 tgh 12.20 tgh 12.30 tgh 12.55 tgh 1.00 petang ATUR CARA SABTU 11 MEI 2024
Bismillahirrahmanirahim.. Yang Dihormati, En. Mohd Nizam Bin Baharuddin, Yang Dipertua PIBG SAM Sultan Hisamuddin Sg. Bertih, Yang Berusaha, Puan Hajah Zawiyah binti Maamur, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Khadijah binti Ishak Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Siti Asiah binti Md Isa, Penolong Kanan Kokurikulum, Barisan guru kanan mata pelajaran Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SAM Sultan Hisamuddin Sg. Bertih, Guru-guru dan para ibu bapa yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Salam sejahtera pembuka bicara Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat berkumpul secara bersemuka sempena Mesyuarat Agung PIBG SAM Sultan Hisamuddin Sg. Bertih kali ke-32 tahun 2024 ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini. Sejak saya mengemudi SAM Sultan Hisamuddin ini, saya belum berkesempatan bersua muka dengan parawaris di sekolah ini. Kehadiran ibu bapa secara bersemuka ini menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangandalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga mewakili pihak sekolah saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PIBG dan guru-guru yang berhempas pulas menjayakan majlis pada hari ini. Pastinya sokongan ini akan menyuntik semangat dan iltizam kami untuk berusaha meningkatkan lagi pencapaian sekolah ini. 3 UCAPAN PENASIHAT PIBG (PENGETUA) TN.HJ.MOHD YAZID BIN SHARIF
Hadirin sekalian, Alhamdulillah, masa terus berlalu tanpa kita sedar. Banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik, sahsiah mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang tidak pernah berputus asa dalam mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dengan ibu bapa selama ini. Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah menganjurkan pelbagai aktiviti. Barisan kepimpinan PIBG merupakan sayap kiri di sekolah dalam membantu melaksanakan agenda yang dirancang. Penglibatan pihak ibu bapa yang aktif dalam PIBG akan dapat memberikan impak yang positif kepada anak-anak dan seluruh murid di sekolah ini. Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah. Sumbangan pihak PIBG berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini ialah hasil sumbangan daripada ibu bapa kepada tabung PIBG. Oleh itu, saya menyeru kepada ibu bapa agar terus menyumbang kepada tabung PIBG untuk kita sama-sama terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita. Kami daripada pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PIBG yang telah membantu memberi peruntukan kewangan untuk program-program kecemerlangan murid di sekolah ini. Hadirin Sekalian, Pihak sekolah juga amat mengambil berat mengenai perkembangan sahsiah, kerohanian dan keadaan semasa anak-anak di sekolah ini. Oleh itu, beberapa aktiviti telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak sekolah mengikut kesesuaian pelaksanaannya. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak sekolah mahu jiwa anak-anak terus terisi dengan majlis dan program ilmu demi melahirkan generasi SAM Sultan Hisamuddin yang gemilang. Tidak dapat kita nafikan anak-anak pada masa ini berdepan dengan pelbagai dugaan sama ada daripada media massa mahu pun masalah sosial. Oleh itu adalah penting jiwa anak-anak ini diisi dengan ilmu agar rohani mereka dapat menangkis segala ancaman yang mendatang. Akhir kata, terima kasih kepada ibu bapa serta guru-guru SAM Sultan Hisamuddin Sg. Bertih yang tidak pernah jemu untuk memastikan kejayaan anak-anak murid, begitu juga PIBG yang sentiasa bergerak seiring dengan aspirasi sekolah ini. Kepada Jawatankuasa Pengelola Mesyuarat Agung PIBG tahun ini, tahniah diucapkan kerana dapat mengelola majlis dengan sempurna. Saya sudahi ucapan ini dengan wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum wbt 4
UCAPAN Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Yang berusaha Tuan Haji Mohd Yazid bin Sharif, pengetua SAM Sultan Hisamuddin, Barisan penolong-penolong kanan, guru-guru, AJK PIBG serta ibu bapa yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya dapat kita berkumpul sekali lagi bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG ke-32 tahun 2024. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah berkorban masa untuk sama-sama menghadirkan diri menjayakan majlis ini. Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua kerana telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini secara bersemuka setelah sekian lama kita hanya berkenalan di alam maya. Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bersua muka, berkongsi idea dan pendapat yang bernas bagi melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam bidang akademik,sahsiah mahupun kokurikulum. SAM Sultan Hisamuddin sememangnya telah mencatatkan pelbagai kejayaan dari segi akademik, sahsiah dan juga kokurikulum dan ini bukanlah omong kosong sahaja. Hal ini dapat dibuktikan apabila SAM Sultan Hisamuddin menjadi sekolah tumpuan dan pilihan tuan/puan untuk menghantar anak- anak. Hal ini menunjukkan bahawa kepercayaan yang tuan puan berikan kepada pihak sekolah telah melahirkan ramai anak bumi Mawardah yang berjaya. Tuan-tuan dan Puan-puan , Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik walaupun kadangkala berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG yang telah diberikan oleh tuan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai program-program sekolah. Oleh itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan PIBG. YDP PIBG SAM SULTAN HISAMUDDIN ENCIK MOHD NIZAM BIN BAHARUDDIN 5
Tuan-tuan dan Puan-puan , Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa. Selain sokongan kewangan, sokongan dan dorongan daripada ibu bapa memberi semangat kepada anak-anak juga utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak kita. Oleh itu saya menyeru agar ibu bapa turut membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Saya mohon semua ibu bapa agar terus memantau anak-anak supaya terus bersemangat untuk belajar. Mereka perlu hadir ke sekolah bagi mengikuti apa-apa sahaja yang telah diaturkan oleh pihak sekolah samaada dalam bidang akademik atau koakademik . Selain itu ibu bapa juga perlu tahu betapa pentingnya penilaian PBS iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan juga PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum) serta Pentaksiran Psikometrik dan SSDM dalam membantu mereka meneruskan pengajian ke peringkat menengah. Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SAM Sultan Hisamuddin terus melakar kejayaan dan saya juga berharap supaya semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga. Harapan saya, semoga Mesyuarat Agung PIBG Ke-32 ini akan berjalan lancar dan teratur. Sekian, terima kasih 6
JAWATANKUASA KERJA PIBG 7 PENASIHAT TN. HJ MOHD YAZID BIN SHARIFF ( PENGETUA SAMSHSB ) PN. HAJAH ZAWIYAH BINTI MA’AMUR ( GPK PENTADBIRAN ) PN. HAJAH KHADIJAH BINTI ISHAK ( GPK HEM ) PN. SITI ASIAH BINTI MAD ISA ( GPK KOKURIKULUM ) PENGERUSI EN. MOHD NIZAM BIN BAHARUDDIN ( YANG DIPERTUA PIBG SAMSHSB ) TIMBALAN PENGERUSI PN. NOORSHAMSINA BINTI YUSOH ( NAIB YANG DIPERTUA PIBG SAMSHSB ) SETIAUSAHA KEHORMAT PN. SUZANA BINTI AHMAD WAKID BENDAHARI KEHORMAT CIK HAMIMAH BINTI OTHMAN
UNIT PENDAFTARAN Ain Syafiqah binti Nor Aihan (K) Cik Norizan binti Abdul Wahab unit jemputan & maklum balas Salya binti Abdul Samad (K) Fatimah Az-Zahra binti Mahmudin unit usul pibg Nor Azura binti Aziz (K) Nor Aishah binti Samid unit sambutan & protokol Nabilah binti Mohd Khalil (K) Nailissulha binti Mohamad Mukeree Norazira binti Ahmad Saadiah binti Mokhtar Suharni binti Sudiro unit buku program Fariza binti Haspar (K) Nurul Azra binti Ismail Husna Al-Amani binti Samsudin unit jamuan VIp Farhana Zeela binti Ahmad Fadzil (K) Susila binti Mahmood Noor Izura binti Yusoff UNIT JAMUAN ( IBU BAPA ) Rafizah binti Hamzah Akalili Najwa binti Sanusi Sepiah binti Adam Roslina binti Idris UNIT MULTIMEDIA Nor Fazlyana binti Abdul Wahab (K) Saadiah binti Abu Bakar PEMBACa DOA Mohd Lokman bin Mohd Khairani (K) Muhammad Hasmuni binti Haron UNIT PARKIR Mohd Zulkifli bin Mohd Zin (K) Mohamad Ali bin Suparman PENCATAT MINIT Nor Alyaa binti Mohd Ali (K) Siti Nazahiah binti Abd Rahman Nor Fazlia binti Din AHLI JAWATANKUASA KERJA & PELAKSANA UNIT SIJIL,HADIAH& CENDERAMATA Sakinahtul Helmiyah binti Mohd Kamal (K) Azliza binti Abu Hanipah Norjuliana binti Hussin Rohayah binti Salkon CABUTAN BERTUAH : Heli Suriani binti Saari Hanizatul Nor binti Ahmad Ibrahim Umi Nuur Jannatun binti Nahrawi Norlelawati binti Sukiman UNIT PERSIAPAN&PENGEMASAN PENTASNoor Sairah binti Syarifuddin (K) Irmawati binti Kassim Huzaimah binti Omar Afifah binti Yasin Khanisah binti Mohamad Rizuan UNIT PERSIAPAN DAN PENGEMASAN DEWAN Shaiful Azizan bin Sidek (K) Maizatul Naemah binti Shafie Sholiha Najwa Amira Ramiza binti Anwar Siti Noor Azah binti Mohd Azan UNIT KEBERSIHAN Nor Azila binti Pitah Noraini binti Samingan UNIT DOKUMENTASI Asiah binti Ahmad (K) Hartinie binti Mohamad Zainal UNIT TEKS UCAPAN Norhidayah binti Lukman (K) Siti Mariam binti Ismail PENGACARA MAJLIS Norhani binti Jaludin UNIT SUMBANGAN & TAJAAN Dato’ Azizan bin Hj Ayob (K) Suraini binti Ismail Muhammad Zamri bin Che Rus UNIT TEKNIKAL Muhd Aimaduddin bin Mohamed Rabeh (K) Luqman Al-Khakimiy bin Mohamad Ikhsan UNIT GIMIK & PERASMIAN Nurmurni binti Ismail (K) Nurulsyahida binti Amdan Nor Fadilah binti Ashaari 8
9 CARTA ORGANISASI
KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2023/2024 10
11 MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2024/2025
12 N O T I S M E S Y U A R A T
PEMBUKAAN MESYUARAT MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-31 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SAMSHSB SESI 2023 MEMBENTANG , MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN BERMULA 1 JANUARI 2023 BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 PEMBENTANGAN SUMBANGAN DAN BAYARAN TAMBAHAN KHAS PIBG BAGI TAHUN 2024 MEMBAHASKAN USUL/CADANGAN PEMBUBARAN AJK PIBG 2023 PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAHATI AJK SESI 2023/2024 PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2024 PEMILIHAN JURUAUDIT DALAMAN HAL-HAL LAIN ( USUL DAN CADANGAN BARU ) UCAPAN PENANGGUHAN 13 A G E N D A M E S Y U A R A T 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
14 M I N I T M E S Y U A R A T A G U N G P I B G S A M S U L T A N H I S A M U D D I N K A L I K E - 3 1
15
16
17
18
19
20 L A P O R A N A K T I V I T I
21
22
Tahun 2024 ini, pihak sekolah telah merancang untuk : a-Peningkatan Kecemerlangan Kurikulum b-Peningkatan Sahsiah dan Pembangunan Modal Insan (HEM dan KOKO) c-Pembangunan dan penyelenggaraan fizikal sekolah dan asrama A-PENINGKATAN KECEMERLANGAN KURIKULUM Sesi Persekolahan Tahun 2023 ini, merupakan satu cabaran baharu buat guru, kakitangan, murid serta seluruh warga SAMBERT Bumi Mawaddah. Kita diuji dengan kesan cuaca panas terik yang melampau dan juga jangkaan cuaca berjerebu kesan daripada cuaca panas yang berpanjangan. Namun, perancangan telah dibuat untuk meningkatkan kurikulum dari Tingkatan 1-5 SAMSHSB. Antaranya : Mewajibkan murid menyertai pdpc dari Ting 1-5 menggunakan “Pembelajaran Terbeza”. Melaksanakan pembelajaran secara KBAT dan guru sebagai Pemudah Cara. Melaksanakan pengajaran secara PAK21 dengan kemudahan wifi dan Smart TV. Kelas Kecemerlangan, secara bermodul akan dilaksanakan untuk Tingkatan 1-5. Pihak Sekolah mengadakan Sesi Bicara Abi, Dialog Prestasi dan perjumpaan mingguan untuk memberi peluang pentadbir bertemu murid / Group Whatsapp Pentadbir. Program Kecemerlangan seperti Seminar, Bengkel dan Program Menuju Kecemerlangan (PMK) akan dilaksanakan secara bersemuka. Menggerakkan Guru Kaunseling untuk Ziarah Cakna bagi murid yang tidak hadir/ uzur / kematian keluarga bagi membantu meringankan beban serta meneruskan sesi pembelajaran. Pihak Sekolah bersama PIBG Samshsb menyediakan bantuan yang sewajarnya bagi murid yang memerlukan seperti : i-Sumbangan Ditimpa Musibah ii-Sumbangan Lil Muhtajin iii-Program Sarapan Pagi Pihak Sekolah akan melaksanakan Sesi Perhimpunan Pagi pada setiap hari Isnin setiap minggu secara tepat dan padat bermula 7.15-7.55 pagi bagi menghidupkan suasana pembelajaran di sekolah dengan Laungan Asmaul Husna, Nyanyian Lagu Rasmi serta Amanat Pentadbir. Pihak Sekolah juga akan melaksanakan Ujian Prestasi, Peperiksaan Pertengahan Tahun serta Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). P E R A N C A N G A N K E C E M E R L A N G A N & P E M B A N G U N A N 2 0 2 4 23
Sekolah tidak akan mampu menghasilkan kecemerlangan dengan semata-mata mengharapkan kecemerlangan akademik. Justeru itu, keseimbangan pembangunan sahsiah perlu dipupuk seiring dengan pembangunan akademik. Antara perancangan pembangunan sahsiah yang dirancang sesuai adalah : Melaksanakan pembacaan Maa’thurat serta Bacaan Surah Al Kahfi setiap pagi Selasa hingga Jumaat bermula jam 7.10-7.25 pagi di dalam kelas masing-masing. Melaksanaka Program Mentor Mentee, Usrah Mingguan serta Usrah Gabungan. Mengadakan Kuliah Hari Kebesaran dalam Slot Kuliah Rohani seperti Nuzul Quran, Ihya Ramadhan, Isra Mikraj dan Maulidurrasul. Mengadakan Kem Soleh Wal Musleh, Laila Imaniah, Kem Kepimpinan Melaksanakan Program SSDM dan Galakan Amalan Baik menggunakan Sistem Sangkar dan Kupon (SAKU) untuk setiap murid bagi mengawal disiplin murid. Ziarah Cakna secara bersemuka bagi murid yang kematian penjaga, kemalangan atau masalah tidak dapat mengikuti pdpc. Program Mutabaah Amal untuk meningkatkan amalan baik dan mengurangkan salah laku kepada murid asrama dan murid tingkatan 1 hingga Tingkatan 2 Mengalakkan penyertaan murid dalam pertandingan seperti Kamil, MSSD, NKISS, MKISS dan Festival ADNI. Mengadakan Pertandingan secara bertema seperti Minggu Bahasa, Minggu Koperasi dan Bulan Kemerdekaan. Memberikan penghargaan khas kepada murid yang berjaya mengharumkan nama SAMSHSB sekiranya memenangi pertandingan diperingkat Daerah, Kebangsaan atau Antarabangsa seperti Syarahan Bahasan Arab, Catur dan English Camp. Mengadakan Perhimpunan Kokurikulum pada minggu keempat setiap bulan pada hari Rabu 3:00 hingga 4:30 petang. Melaksanakan perhimpunan rasmi pagi Isnin sebulan sekali yang dikendalikan oleh Unit Badan Beruniform Kokurikulum (Isnin Minggu Ketiga). Menganjurkan Hari Kemuncak Kokurikulum & HEM bagi menghargai murid dan guru dalam aktiviti Kokurikulum & HEM P E R A N C A N G A N K E C E M E R L A N G A N & P E M B A N G U N A N 2 0 2 4 UNIT HEM UNIT KOKURIKULUM B-PENINGKATAN SAHSIAH DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN (HEM DAN KOKURIKULUM) 24
Pihak SAMSHSB banyak ketinggalan dari segi penyelenggaraan dan pembangunan. Oleh itu, pihak Pengurusan sekolah telah cuba merancang sebaik mungkin untuk memastikan pembangunan fizikal sekolah dan asrama dapat dilaksanakan secara terancang. Antara pembangunan dan perancangan yang di buat adalah: Projek Yang telah Siap Sepanjang 2023; Pemasangan kipas : Kutipan - RM 22,652.00 Kos pemasangan - RM39,200.00 Dana tambahan PIBG - RM16,548.00 Pemasangan Smart TV : Kutipan - RM45,783.00 Pembelian TV & Beg Remote - RM39,200.00 Dana tambahan PIBG - RM4,249.00 Penyelenggaraan elektrik, lampu dan kipas Dewan Al Biruni (RM 9,600.00) Naiktaraf DB Eletrik Dewan Makan (RM 2,600.00) Penyelenggaraan tingkap Nako Asrama Putera (RM 4,600.00) Ubahsuai tandas wanita sebelah Bilik BTS (RM 6,600.00) Kemudahan Green Studio TV PSS (RM 6,800.00) Penyelenggaraan tandas (RM200,000.00) Kemudahan pili bomba pencegah kebakaran Asrama & Blok A (RM820,000.00) Pembinaan tandas murid perempuan Tambahan Blok C (RM 36 ,500.00) Mural tembok Blok A, Blok B dan Asrama Putera (RM 3, 300.00) Gotong royong cat tembok,pembaikan kecil,penanaman bunga & tebang pokok(RM5 800.00) P E R A N C A N G A N K E C E M E R L A N G A N & P E M B A N G U N A N 2 0 2 4 C-PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN FIZIKAL SEKOLAH DAN ASRAMA 25
Pembangunan 2024 yang sedang2023 dirancang; Sign Board “SAMBERT DiHati” Tanaman pokok dan bunga sekitar Dataran Aspura & Anjung Bestari Cat tembok & Arch di sekitar Baitul Qits Penebangan pokok liar dan semak Penyelenggaraan bumbung Aspuri Penyelenggaraan tangki air Aspuri Penyelenggaraan bumbung kantin Penyelenggaraan Elevated Water Tanks Blok A Permohonan perabot (kerusi meja guru & murid, kerusi pentadbir, meja kerusi makmal dan meja bangku kantin) Pembinaan tandas Murid Lelaki Tambahan di belakang Blok B Pembinaan Tandas Tambahan, Kolah dan Tabletop Asrama Puteri Pecah Tanah Pembinaan Surau Ar Rahman SAMSHSB Permohonan Warta Padang Awam kepada Padang SAMSHSB Permohonan tanah lapang hadapan sekolah sebagai tempat letak kereta awam. Di sediakan oleh : P E R A N C A N G A N K E C E M E R L A N G A N & P E M B A N G U N A N 2 0 2 4 26
L A P O R A N K E W A N G A N PENYATA PENDAPATAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 27
L A P O R A N K E W A N G A N 28 PERINCIAN SETIAP UNIT 28
L A P O R A N K E W A N G A N 29
L A P O R A N K E W A N G A N 30
31 B A Y A R A N T A M B A H A N K H A S P I B G S E K O L A H T A H U N 2 0 2 4
P E M B E N T A N G A N U S U L / C A D A N G A N USUL / CADANGAN IBU BAPA / PENJAGA / GURU MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2024 USUL : Sesuatu perkara yang perlu diperbahaskan dalam mesyuarat untuk mendapatkan persetujuan majoriti sama ada menerima atau menolak perkara tersebut.Keputusan usul tidak boleh dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG. CADANGAN : Sesuatu perkara yang boleh diselesaikan semasa mesyuarat AJK PIBG atau pihak pentadbiran sahaja.Cadangan tidak memerlukan persetujuan semua ahli untuk memutuskannya. Cadangan selalunya melibatkan hal - hal yang memerlukan tindakan segera. 32
P E M B E N T A N G A N U S U L / C A D A N G A N PENGURUSAN 33
34
AKADEMIK HAL EHWAL MURID 35
3376
38 KOKURIKULUM/PIBG/PIHAK SEKOLAH 37
K E H A D I R A N M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K E - 3 1 39 GURU 38
K E H A D I R A N M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K E - 3 1 40 IBU BAPA 39
42
43
4445
4465 SIJILMENENGAHAGAMA ( SMA) TAHUN 2023
4476 PERBANDINGAN KEPUTUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA ( SMA)
PENGHARGAAN Jutaan terima kasih kepada para dermawan tidak terkira yang terdiri daripada organisasi atau orang perseorangan, Ahli Jawatankuasa PIBG SAMSHSB 2023/2024, Ahli Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31, warga SAMSHSB, ibu bapa / penjaga dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. 4487
LAMPIRAN 4498
SAM SULTAN HISAMUDDIN PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2024/2025 PENASIHAT TN HJ MOHD YAZID BIN SHARIF YANG DIPERTUA _______________________________________ NAIB YANG DIPERTUA ____________________________________ SETIAUSAHA SUZANA BINTI AHMAD WAKID BENDAHARI HAMIMAH BINTI OTHMAN AJK GURU AZLIZA BINTI ABU HANIPAH NOR’AISHAH BINTI SAMID NOR AZILA BINTI PITAH SITI MARIAM BINTI ISMAIL SUSILA BINTI MAHMOOD AJK IBU BAPA _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ JURU AUDIT GURU UMI NUUR JANNATUN BINTI NAHRAWI JURU AUDIT IBU BAPA _______________________________________ 4509