The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DAN ISU KESALAHAN KATA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 828-3-nurmisha, 2023-04-04 10:55:22

TUGASAN 2 - MORFOLOGI BAHASA MELAYU

PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DAN ISU KESALAHAN KATA

Keywords: PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DAN ISU KESALAHAN KATA

TUGASAN 2 : KUMPULAN BMMB 3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Penghasilan Produk 30% PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DALAM BAHASA MELAYU DAN ISU KESALAHAN KATA


2 3 Ahli Kumpulan 1 NURMISHA ATHIRAH BINTI ZULKARNAIN (2021252340427) MUHAMMAD HAKIMY RAIHAN BIN RAZALI (2021252340404) MUHAMMAD HAZIQ AIMAN BIN AMRAN (2021252340405)


Soalan Tugasan Secara berkumpulan yang tidak melebihi tiga orang anda dikehendaki membincangkan pembentukan perkataan baharu dalam bahasa Melayu dan isu kesalahan kata daripada media cetak atau media elektronik. Pembentukan perkataan baharu bahasa Melayu dan isu kesalahan kata dalam Tugasan 2 perlulah diambil daripada sumber-sumber yang jelas dan terkini. Bukti kesalahan tersebut wajib dilampirkan dalam Tugasan 2. Perbincangan anda perlu dihasilkan dalam sebarang bentuk aplikasi digital antara 30-40 halaman.


Pembentukan Perkataan Baharu


Tujuan perkataan baharu terhasil dalam bahasa adalah untuk membawa konsep atau perkara yang baru terbina dalam kalangan pengguna bahasa tersebut. Pengenalan Semakin berkembang masyarakat tersebut, semakin banyak perkataan baharu yang diperlukan untuk mengungkap konsep, benda, proses, kejadian dan keadaan yang baharu.


Pengenalan 2 PROSES UTAMA Perkataan baharu timbul melalui Penggunaan Popular Perancangan Bahasa Rasmi Seperti yang digunakan dalam media massa, penulisan kreatif dan sebagainya. Perkara yang diungkapkan berkait dengan kehidupan harian. Khususnya dalam bentuk istilah. Perkara yang baru muncul dalam bidang ilmu atau ikhtisas.


Bunyi Bahasa Melayu Bunyi Bahasa Melayu merupakan unit kecil yang berfungsi sebagai fonem atau disebut secara umum bunyi bahasa. Bunyi bahasa digunakan untuk menerbitkan bentuk kata mengikut sesuatu peraturan atau sistem bunyi bahasa itu sendiri. Bentuk kata yang menjadi unit ujaran dapat dipecahkan kepada beberapa unit bunyi yang disebut sebagai fonem. Bentuk kata dipecahkan kerana untuk memudahkan analisis.


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU Bahasa Melayu mempunyai 24 bunyi bahasa asli iaitu 18 konsonan dan 6 vokal. Konsonan Terdapat lapan belas konsonan asli dalam bahasa Melayu yang dapat diklasifikasikan mengikut cara serta daerah sebutannya. Seperti di dalam jadual di bawah : 1.


SAMBUNGAN Konsonan Terdapat sepuluh huruf yang hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. Manakala konsonan b, d, g, c dan j pula berada pada akhir perkataan dalam perkataanperkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak wujud pada akhir perkataan. Contoh taburan huruf seperti dalam jadual berikut : 1.


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU Terdapat enam vokal asli bahasa Melayu iaitu tiga vokal depan, satu vokal tengah dan dua vokal belakang. Seperti yang terdapat dalam jadual berikut : 2. Vokal Terdapat tiga vokal yang hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu i, a dan u. Vokal e taling, o dan e pepet hanya hadir pada akhir perkataan. Seperti yang terdapat dalam jadual berikut:


01 jenis letupan (q) 02 jenis bunyi geseran BUNYI BAHASA PINJAMAN Bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi bahasa lazimnya daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Bunyi bahasa dipinjam dengan tujuan menampung kemasukan sekian banyak bentuk kata pinjaman untuk memperkaya khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu. Kini, bahasa Melayu telah menerima sebanyak 9 konsonan pinjaman yang terdiri daripada :


BUNYI BAHASA PINJAMAN Konsonan pinjaman seperti di dalam jadual di bawah :


BUNYI BAHASA PINJAMAN Penggunaan bunyi pinjaman di dalam jadual berikut adalah mengikut ejaan lama :


BUNYI BAHASA PINJAMAN Bunyi-bunyi pinjaman ini (th, dz/dh, sh dan q) masih jelas digunakan dalam sebutan ujaran. Kini, setiap bunyi ini ditukar menjadi s, z/d, sy dan k mengikut sistem ejaan Rumi baharu. TH -> S DZ/DH -> Z/D SH -> SY Q -> K Thalatha -> Selasa Hadith -> Hadis Dzahir -> Zahir Haidh -> Haid Shahadah -> Syahadah Shaitan -> Syaitan Qadhi -> Kadi Maqam -> Makam


Pembentukan Kata Proses penambahan bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu iaitu dengan meminjam unsur-unsur imbuhan bahasa asing bertujuan untuk menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman. Imbuhan asing diterima secara sepenuhnya atau diubah suai mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu. Terdapat 3 unsur imbuhan asing : 01 02 03 Imbuhan daripada Sanskrit Imbuhan daripada Arab-Parsi Imbuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris


Sanskrit Bahasa Sanskrit merupakan jenis imbuhan yang telah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Perkataan seperti maha-, pra-, tata-, tata- dan panca- telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar bahasa Melayu. Tedapat dua jenis imbuhan daripada sanskrit iaitu awalan dan akhiran.


tataDigunakan khusus untuk menerbitkan kata nama. Awalan ini bererti suatu susunan atau peraturan. tata- + tertib = tatatertib tata- + bahasa = tatabahasa Awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama dengan membawa erti sebelum atau syarat kepada sesuatu. pra- + kata = prakata pra- + sejarah = prasejarah praAwalan Sanskrit Terbahagi kepada beberapa imbuhan awalan iaitu mahaMelahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama Awalan ini bererti paling atau tahap terbesar, tertinggi dan teragung. maha- + rani = maharani maha- + karya = mahakarya Ejaan bentuk terbitan daripada jenis maha + kata adjektif dieja berasingan. maha- + mulia = maha mulia maha- + besar = maha besar


Akhiran Sanskrit -wan dan -man Digunakan untuk menerbitkan kata nama yang membawa pengertian pelaku sesuatu perbutan, pekerjaan atau tugas. seni- + man = seniman (pelaku) harta- + wan = hartawan (pemilik) Digunakan sebagai usaha menimbulkan padanan akhiran -man dan -wan. seni + -wati = seniwati (seniman) karya + nita = karyawanita (karyawan) -wati dan -nita


Arab-Parsi Orang Melayu menerima bahasa Arab menyebabkan proses asimilasi unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu menjadi mudah. Imbuhan dalam unsur asing merupakan unsur yang paling sukar terserap ke dalam sesuatu bahasa. Oleh yang demikian, penyerapan unsur imbuhan Arab-Parsi ke dalam bahasa Melayu adalah terbatas. Dua jenis imbuhan pinjaman daripada Arab-Parsi : AWALAN dan AKHIRAN


Hanya ada satu imbuhan awalan iaitu Awalan Arab-Parsi biyang diambil daripada bahasa Parsi Awalan ini bererti 'tidak' dan digunakan untuk menerbitkan bentuk kata adjketif. Penggunaannya amat terbatas. bi- + lazim = bilazim (tidak lazim) bi- + adab = biadab (tidak beradab) Imbuhan ini turut digunakan dalam pembentukan istilah sains dan teknologi. bi- + normal = binormal (tidak normal)


Akhiran Arab-Parsi Terdapat 6 imbuhan akhiran yang dipinjamkan ke bahasa Melayu iaitu -wi, -i, -iah, -in, -at dan -ah Akhiran -wi dan -i Menimbulkan bentuk kata adjektif. Kedua-dua imbuhan ini lain sifatnya. Penggunaannya ditentukan oleh huruf akhir kata dasar. -wi = kata dasar berakhir dengan vokal -i = kata dasar berakhir dengan konsonan -wi -i syurgawi duniawi abadi azali Akhiran -iah Membentuk kata adjektif di dalam kata dasar. Berkaitan dengan sifat atau ciri. -iah ilmiah lahiriah jasmaniah alamiah Akhiran -in, -at dan -ah Bagi menunjukkan jantina iaitu lelaki atau perempuan. -in -at -ah Lelaki Perempuan Perempuan mukminin solihin muslimin hadirin muslimat munafikat hadirat muslimah solihah ustazah


Yunani Bahasa Yunani (Tulisan Jawi: يوناني بهاس( adalah bahasa Indo-Eropah dengan 3,500 tahun sejarah yang didokumentasikan. Bahasa ini juga dianggap sebagai salah satu bahasa tua yang masih bertahan hingga kini dengan jumlah kosa kata lebih kurang 600.000 kata. Kini, ia dituturkan oleh 15 juta orang di Yunani, Cyprus, bekas Yugoslavia, terutamanya pada bekas Yugoslav Makedonia Utara, Bulgaria, Albania, dan Turki. Terdapat juga banyak kaum emigran Yunani di seluruh dunia, seperti yang terdapat di Melbourne, Australia di mana populasi kaum tersebut merupakan kependudukan ketiga terbesar dari keseluruhan bandar-bandar di dunia selepas Athens dan Thessaloniki. Bahasa Latin merupakan bahasa yang tertua di dunia dan dituturkan bermula abad ke-6 sebagai bahasa Rumawi purba. Nama bagi bahasa Latin diperoleh dari daerah Latium di Itali, tempat orang Rom menuturkan bahasa tersebut. Malangnya, bahasa Latin menjadi bahasa agung dan bahasa pertuturan orang Rumawi pada suatu ketika dahulu, kini menjadi usang kerana masyarakat tidak menggunakan secara rasmi. Bahasa Inggeris adalah bahasa ketiga paling popular dengan sejumlah 1.35 bilion penutur di seluruh dunia. Menariknya, kebanyakan mereka ini bukan dalam kalangan penutur asli bahasa itu. Di Malaysia khasnya, bahasa Inggeris juga diberikan status sebagai bahasa rasmi kedua dengan hampir kesemua penduduk menggunakannya di dalam urusan seharian secara langsung mahupun tidak langsung. Hal ini kerana hampir keseluruhan aspek kehidupan masa kini memerlukan tahap penguasaan bahasa Inggeris yang baik. Latin Inggeris


Yunani-Latin-Inggeris proantipoliautosubsupraImbuhan awalan Contoh awalan: hetero-, heksa-, hidro-, homo-, hiper-, infra-, inter-, intra-, iso-, kilo-, makro-, meta-, mikro-, mili-, tele-, multi-, neo-, neuro-, orto-, oksi-, paleo-, para-, penta-, peri-, petro-, feni-, foto-, fito-, pleo-, superBentuk awalan yang terserap sebagai sebahagian kata pinjaman bukan sebagai imbuhan Imbuhan akhiran -isme -ik -si -al -is


Yunani-Latin-Inggeris Imbuhan yang produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan menunjukkan tanda bersetuju/memihak/menyebelahi sesuatu pihak. Imbuhan Awalan (pro) probarat prokerajaan propembangkang proaktif Contoh: 1. 2. 3. 4. Imbuhan yang produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan berlawanan dengan promenunjukkan tanda melawan/membantah/menentang/tid ak bersetuju dengan pihak tertentu Imbuhan Awalan (anti) antibarat antikerajaan antipembangkang antiaktif Contoh: 1. 2. 3. 4.


Yunani-Latin-Inggeris Imbuhan yang produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan menunjukkan pengertian banyak Imbuhan Awalan (poli) poliklinik polisemi polifasa polinominal Contoh: 1. 2. 3. 4. Imbuhan yang produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan menunjukkan pengertian secara bersendirian Imbuhan Awalan (auto) automatik autograf autonomi Contoh: 1. 2. 3.


Yunani-Latin-Inggeris Imbuhan yang produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan menunjukkan pengertian melebihi, mengatasi atau merentasi Imbuhan Awalan (supra) supranasional suprasegmen suprakategori Contoh: 1. 2. 3.


IMBUHAN AKHIRAN (-isme, -ik, -si, -al, -is) (i) sosialisme (ii) nasionalisme (iii) kolonialisme (iv) kapatalisme (v) realisme (i) fonemik (ii) fonetik (iii) genetik (iv) logistik (v) patriotik (i) klasifikasi (ii) revolusi (iii) sensasi (iv) kondensasi (v) polarisasi (i) klinikal (ii) kritikal (iii) praktikal (iv) leksikal (v) praktikal (i) ekonomis (ii) praktis (iii) pragmatis (iv) sistematis (v) magis


Isu Kesalahan Kata Daripada Media Cetak dan Eletronik


MEDIA CETAK Disini Di sini Sumber: Bazar Ramadan Taman Ria Kesalahan penggunaan kata sendi : Terdapat dua keadaan bagi penggunaan "di" iaitu sebagai imbuhan atau kata sendi. Imbuhan "di" perlu bercantum dengan perkataan selepasnya yang bersifat kata kerja dan kata terbitan seperti "diilhamkan" dan "ditampar". Kata sendi "di" merujuk kepada tempat atau masa. Oleh itu, "di" dan "sini" haruslah dijarakkan kerana "sini" merujuk kepada tempat.


Perkataan setor seharusnya dieja sebagai "stor". "Setor" merupakan ejaan lama bagi "stor". Kesalahan ejaan yang dilakukan bagi perkataan stor adalah vokal e yang hadir selepas huruf s menjadi "setor". SETOR STOR Kesalahan Ejaan: Sumber: Stor Utama IPGKSAH


Sumber: Kawasan perumahan. Warong Warung Kesalahan ejaan : Kesalahan : Penggunaan bahasa yang bercampur dengan bahasa lain (Inggeris) Teratak "Corner" Mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu bahasa dipanggil sebagai 'bahasa rojak'. Teratak Corner menunjukkan kesalahan kata di dalam bahasa Melayu. Perkataan "corner" di dalam gambar merupakan perkataan daripada bahasa Inggeris yang bermaksud 'sudut'. Penggunaan "corner" pada gambar tersebut menunjukkan restorannya terletak di hujung deretan kedai. Warong merupakan ejaan lama bagi perkataan "Warung". Vokal 'o' di dalam perkataang "warong" perlulah ditukarkan kepada vokal "u" supaya ejaannya mengikut ejaan terkini dan betul. Kesalahan ejaan perlulah dibetulkan dan dibiasakan supaya kesalahan kata tidak berulang lagi.


Kesalahan kata majmuk : Semulajadi Semula jadi Kata majmuk wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan membawa satu makna. Kata majmuk dieja secara terpisah kecuali kata majmuk yang telah mantap. "Semula" dan "jadi" harus dieja secara terpisah kerana tidak perkataan semula jadi tidak termasuk dalam kata majmuk mantap. Kata majmuk mantap hanya ada 15. Antaranya ialah antarabangsa, jawatankuasa, olahraga, matahari dan sebagainya. Sumber: Botol air mineral kepunyaan ahli kumpulan.


Permakanan Kesalahan ejaan : Pemakanan Perkataan permakanan sama sekali tidak ada dalam Dewan Bahasa dan Pustaka. Perkataan pemakanan membawa maksud jenis-jenis makanan yg lazimnya dimakan atau ditentukan untuk dimakan, pilihan jenisjenis makanan seseorang. Ejaan yang betul perlulah dikekalkan supaya tidak menukarkan maksud sesuatu perkataan misalnya ejaan pemakanan yang tidak menggunakan huruf 'r' Sumber: Botol air minuman berkarbonat kepunyaan ahli kumpulan.


MEDIA ELEKTRONIK Penghawa dingin Pendingin hawa Kesalahan hukum D-M: Hukum D-M merujuk kepada peraturan penyusunan kata majmuk yang mendahulukan unsur yang diterangkan (D) dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (M). Penghawa dingin tidak menepati hukum D-M. Hal ini kerana "dingin" merupakan kata adjektif yang perlu dikaitkan dengan sesuatu kata nama. Alat tersebut berfungsi untuk mendinginkan hawa. Kedudukan perkataan "hawa" di hadapan tidak dapat membawa maksud yang betul. Sumber: https://my.theasianparent.com/bahaya-penghawa-dingin


Kesalahan : sahur ke iftar sahur hingga iftar Perkataan ke tidak sesuai untuk digunakan kerana ia merujuk kepada tempat. Perkataan hingga sesuai digunakan kerana ia merujuk kepada jangkaan masa. Perkataan hingga merujuk kepada perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat yang ditentukan. Sumber: aplikasi Twitter Kesalahan sendi nama:


Penjodoh bilangan digunakan sebelum suatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Sebiji merupakan penjodoh bilangan bagi benda-benda kecil dan sejenis sayur atau buah seprerti sebiji sawi, sebiji oren dan sebiji epal. Sebuah pula adalah penjodoh bilangan bagi benda-bendar yang besar dan padu dan tidak mempunyai bentuk yang tertentu seperti kereta, rumah, negeri dan sebagainya. Penjodoh bilangan bagi satu kereta adalah sebuah 'sebuah kereta'. Kesalahan penjodoh bilangan : Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=R0F688mE-90 Sebiji Sebuah


Ejaan yang teppat ialah selesama manakala selsema merupakan ejaan yang salah dan tidak wujud dalam prpm Vokal 'e' perlu dibuang supaya perkataan dieja dengan betul Kesalahan Ejaan Kesalahan: selsema selesama Sumber: https://www.amdi.usm.my/news-highlight/185-kesihatan-kanak-kanak-tanggungjawab-bersama


Motor Kesalahan ejaan: Motosikal Menurut prpm motor merupakan alat yang menukar satu bentuk tenaga menjadi tenaga mekanikal untuk menghasikan gerakan. Ejaan yang betul ialah motosikal. Motosikal merupakan sejenis kenderaan beroda dua yang dijalankan dengan enjin. Kesalahan ejaan ini haruslah dibetulkan supaya kesalah ini tidak berulang lagi. Sumber: https://youtu.be/U85kfsIw9_M


Terima Kasih SEKIAN


Click to View FlipBook Version