Kertas Kerja Pameran Kesenian Tahun 6 1 SEKOLAH KEBANGSAAN JIMAH 71300 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. Tel / Fax : 06 - 7923201 E-mel : [email protected] KERTAS KERJA PROGRAM PAMERAN KESENIAN TAHUN 6 SEKOLAH KEBANGSAAN JIMAH 70300 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN ANJURAN : MURID-MURID TAHUN 6 ANGGERIK DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN SENI SEKOLAH KEBANGSAAN JIMAH
Kertas Kerja Pameran Kesenian Tahun 6 2 1.0 LATAR BELAKANG Program Pameran Kesenian Tahun 6 merupakan program di bawah Panitia Pendidikan Seni Sekolah Kebangsaan Jimah. Ianya diadakan bagi mencapai salah satu elemen TS 25 iaitu kemenjadian murid. Pendidikan Seni dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah murid merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai, sosialisasi, estetika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda di mana penglibatan murid dalam aktiviti seni memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi dan seterusnya dapat menbina keyakinan diri murid. 2.0 PENDAHULUAN Aktiviti Pameran Seni secara amnya bertujuan untuk menghargai karya seni murid-murid. Ia adalah satu bentuk aktiviti bagi warga sekolah mendekati dan menghayati karya seni. Seni mungkin sering kali dipandang sepi terutamanya di sekolah rendah. Hal ini mungkin berlaku disebabkan kurangnya pendedahan tentang seni. Dengan adanya pameran sebegini ia akan menjadi satu platform bagi menaikkan lagi martabat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah seterusnya dapat memupuk minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual khasnya dalam kangan murid-murid. Melalui projek pameran ini juga kreativiti murid-murid dapat dipertingkat melalui pelbagai garapan idea penghasilan seni dari karya yang dipamerkan. Ia secara langsung akan mendorong minat murid untuk menghasilkan karya seni dengan lebih baik pada masa akan datang seterusnya dapat menonjolkan bakat terpendam dalam kalangan murid-murid.
Kertas Kerja Pameran Kesenian Tahun 6 3 3.0 RASIONAL Penganjuran Pameran Seni ini merupakan suatu aktiviti murid Tahun 6 yang mempamerkan hasil karya mereka daripada empat (4) bidang seni. Mereka juga mempelajari cara pengurusan sesuatu pameran dan menerangkan setiap langkah penghasilan sesuatu karya seni. Pengurusan pameran adalah satu daripada aktiviti yang terdapat dalam DSKP PSV KSSR Tahun 6. Pameran Seni ini merupakan wadah bagi warga Sekolah Kebangsaan Jimah khasnya murid-murid dalam meningkatkan kreativiti dan juga minat terhadap Pendidikan Seni Visual. Karya-karya yang dipamerkan adalah dari hasil karya murid-murid Sekolah Kebangsaan Jimah amnya dan murid-murid Tahun 6 khasnya.Dengan adanya pameran ini, minat murid terhadap Pendidikan Seni Visual dapat ditingkatkan. Murid-murid juga akan memperoleh idea baru dalam penghasilan karya seni melalui karya-karya yang dipamerkan. Oleh itu, ia secara langsung akan dapat meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan murid dan juga warga SKP serta dapat menjadi satu lonjakan bagi mencungkil bakat seni yang terpendam dalam kangan murid SK Jimah. 4.0 MATLAMAT Program Pameran Kesenian Tahun 6 bermatlamat untuk: a) Menerapkan minat dan kecintaan dalam mempelajari subjek Pendidikan Seni Visual. b) Melahirkan generasi yang kritis, kreatif dan berkemahiran dalam menghasilkan karya seni. c) Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan guru dan murid di samping menambah pengetahuan tentang seni visual.
Kertas Kerja Pameran Kesenian Tahun 6 4 5.0 OBJEKTIF Program Pameran Kesenian Tahun 6 bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut: a) Memupuk keyakinan diri murid Tahun 6 dalam menguruskan pameran seni. b) Meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Seni Visual melalui karya yang dipamerkan. c) Mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam pelbagai jenis karya seni dalam empat bidang mengikut sukatan pelajaran. d) Meningkatkan daya kreativiti melalui idea-idea yang diperoleh daripada karya yang dipamerkan. e) Memperkembangkan bakat seni dan juga mencungkil bakat yang terpendam melalui pameran yang dijalankan. f) Memberi peluang kepada murid meneroka pengalaman baru melalui aktiviti pameran dan ‘hands –on’ yang dilaksanakan. 6.0 TARIKH PELAKSANAAN 17 Februari 2022 (Khamis) – 18 Februari 2022 (Jumaat) 7.0 TEMPAT Kelas Tahun 6 Anggerik, SK Jimah 8.0 ANJURAN Murid-murid Tahun 6 Anggerik dengan kerjasama Panitia Pendidikan Seni SK Jimah 9.0 KUMPULAN SASARAN Semua murid dan guru SK Jimah
Kertas Kerja Pameran Kesenian Tahun 6 5 10.0 AHLI JAWATANKUASA 10.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK PAMERAN SENI TAHUN 6 PENGERUSI Pn Aliah Binti Ali Guru Besar Sk Jimah NAIB PENGERUSI En Hermawan Bin Samiyono (GPK Pentadbiran) En Badrul Hisham (GPK HEM) Pn Normadiah Binti Omar Baki (GPK Kokurikulum) PENYELARAS PROGRAM Pn Siti Hakimah Binti Muslim Pn Normadiah Binti Omar Baki Guru Pendidikan Seni Visual SETIAUSAHA Pn Siti Hakimah Binti Muslim Guru Pendidikan Seni Visual BENDAHARI En Ainul Zaquan Bin Md Zul Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
Kertas Kerja Pameran Kesenian Tahun 6 6 10.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PAMERAN SENI TAHUN 6 FOTOGRAFI Hakimi Aiman Bin Shahrul Fazli Mohammad Idris At-Tamimi Bin Mohammad DOKUMENTASI Artiesya Binti Shariman (K) Durratul Layyinah Binti Zulkifli BUKU PROGRAM Iffah Sahirah Binti Mohd Rizuan (K) Marihah Binti Mohd Miqdad KURATOR PAMERAN Muhammad Adam Rafique Bin Rashdan (K) Muhammad Adam Shah Bin Rastam Shah Najibah Binti Mohd Miqdad Nor Ainatul Insyirah Binti Muhamad Amir Uzaini Nur Amanina Binti Jefri Booth Menggambar Muhammad Aidil Fitri Bin Kamarulzaman (K) Muhammad Atuff Bin Muhammad Qudamah Muhammad Danish Aqasha Bin Hamzan Nur Amira Binti Ismail Nur Jannah Binti Maidin
Kertas Kerja Pameran Kesenian Tahun 6 7 Booth Membentuk dan Membuat Binaan Muhammad Hazim Bin Mohd Zairee (K) Muhammad Huzaifah Bin Usamah Muhammad Irfan Bin Mohd Izwan Nur Putri Aileesya Binti Hashim Nurin Asrina Batrisyia Binti Zairolasri Booth Mencorak Muhammad Sith Syarqawi Bin Abdul Mutalib (K) Muhammad Syuja’ Bin Mohd Rizal Muhammad Thoha Bin Muhammad Athollah Ratlinasari Binti Marsun Sayyidah Adibah Binti Muhammad Abu Ubaidah Booth Kraf Tradisional Muhammad Isma Daniel Bin Mohd Rashidi (K) Muhammad Siddiq Bin Mohd Hasan Al Basri Muhammad Sith Azmi Bin Othman Nurul Huda Binti Khalib Rabiatul Raudah Binti Ahmad Fauzi Booth Hands-on Sharif Ariani Binti Shariff Kaushi (K) Ummu Maimunatus Solehah Binti Muhammad Khairun Ummur Salamah Binti Sufian
Kertas Kerja Pameran Kesenian Tahun 6 8 11.0 SUMBER KEWANGAN Peruntukan Panitia Pendidikan Seni Visual 12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM Rujuk Lampiran 1 13.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk lampiran 2 14.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA Rujuk lampiran 3 15.0 PENUTUP Jawatankuasa penganjur berharap agar pihak pentadbir SK Jimah menyokong penuh pelaksanaan pameran ini. Hal ini penting bagi member peluang kepada warga SK Jimah terutamanya murid-murid dalam meneroka pengalaman baru melalui pameran ini. Ini juga dapat meningkatkan minat dan kreativiti murid dan warga Sk Jimah. Kerjasama dan penglibatan yang aktif daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ................................................. ................................................. Pn Siti Hakimah Binti Muslim Pn Aliah Binti Ali Penyelaras Program / Setiausaha Guru Besar SK Jimah Pameran Seni Visual SK Jimah
Kertas Kerja Pameran Kesenian Tahun 6 9 LAMPIRAN 1 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM Backdrop 1 Banner 3 x 10 (utama) RM 100 4 Bunting 2 x 6 (Pintu dan Pagar Sekolah) RM 150 Jumlah RM 250 Makanan Ahli Jawatankuasa pelaksana 36 orang x RM 2.00 x 2 hari RM 150 Jumlah RM 150 Alatan dan Bahan Kertas lukisan 5 rim RM 150 Warna air 5 kotak RM 50 Plastik laminate RM 90 Mounting board 10 RM 40 Stapler gun RM 40 Dawai kokot max RM 10 Tali parcel RM 40 Cat minyak 4 tin RM 80 Plastik (alas meja) RM 90 Lain-lain peralatan tambahan RM 100 Jumlah RM 690 JUMLAH KESELURUHAN RM 1090
Kertas Kerja Pameran Kesenian Tahun 6 10 LAMPIRAN 2 TENTATIF PROGRAM 17 FEBRUARI 2022 (KHAMIS) 7.45 – 8.45 : Persediaan tempat pameran 8.15 – 9.15 : Majlis perasmian -Kata-kata aluan Pengacara Majlis -Ucapan Guru Besar 9.15 – 9.45 : Lawatan & Aktiviti Hands-on kelas 1 Anggerik 9.45 – 10.15 : Lawatan & Aktiviti Hands-on kelas 1 Amaryllis 10.15 – 10.45 : Rehat Tahap 1 10.45 – 11.15 : Lawatan & Aktiviti Hands-on kelas 2 Anggerik 11.15 – 11.45 : Lawatan & Aktiviti Hands-on kelas 2 Amaryllis 11.45 – 12.15 : Lawatan & Aktiviti Hands-on kelas 3 Anggerik 12.15 – 12.45 : Lawatan & Aktiviti Hands-on kelas 3 Amaryllis 12.45 : Mengemas booth ‘hands-on’ 18 FEBRUARI 2022 (JUMAAT) 7.45 – 8.15 : Persediaan tempat pameran 8.15 – 8.45 : Lawatan & Aktiviti Hands-on murid Pra Sekolah 8.45 – 9.15 : Lawatan & Aktiviti Hands-on kelas PPKI (Tahap 2) 9.15 – 9.45 : Lawatan & Aktiviti Hands-on kelas 4 Anggerik 9.45 – 10.15 : Lawatan & Aktiviti Hands-on kelas 4 Amaryllis 10.15 – 10.45 : Lawatan & Aktiviti Hands-on kelas 5 Anggerik 10.45 – 11.15 : Rehat Tahap 2 11.15 – 11.45 : Lawatan & Aktiviti Hands-on kelas 5 Amaryllis 11.45 – 12.15 : Mengemas tempat pameran
Kertas Kerja Pameran Kesenian Tahun 6 11 LAMPIRAN 3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA JAWATANKUASA PERINCIAN TUGASAN AJK TERLIBAT Penyelaras Program / Setiausaha Merangka program. Menyediakan Kertas Kerja Program Memastikan setiap ahli jawatankuasa melaksana tugasan yang diberikan. Memantau kelancaran sebelum, semasa dan selepas program. Pn Siti Hakimah Bendahari Menyedikan peruntukan kewangan seperti dalam kertas kerja yang diluluskan. Menyimpan sesalinan kertas kerja yang telah diluluskan dalam fail Panitia untuk rujukan masa hadapan. En Ainul Zaquan Fotografi Mengambil gambar sebelum dan semasa Program dijalankan berbantu kamera guru. Sentiasa peka dengan keadaan semasa Program dijalankan. Hakimi Aiman Muhammad Idris Dokumentasi Menyediakan laporan lengkap program berserta gambar. Menyerahkan laporan kepada guru seminggu selepas program. Artiesya Durratul Layyinah Buku Program Menyediakan draf buku program bersaiz A4 2 minggu sebelum program untuk semakan. Membuat pembetulan dan menyerahkan semula kepada guru untuk difotostat. Iffah Sahirah Marihah Kurator Pameran Mengurus, mengumpul, merawat, menjaga, mencatat bilangan, Muhammad Adam Rafique (K) Muhammad Adam Shah Najibah
Kertas Kerja Pameran Kesenian Tahun 6 12 mengkatalog, mensahih dan melabel bahan pameran. Membantu AJK Booth dalam menyediakan bahan pameran. Menyimpan semula bahan pameran dengan selamat setelah selesai pameran. Nor Ainatul Insyirah Nur Amanina Booth Menggambar Membantu kurator pameran mengumpul, mengkatalog dan melabel bahan pameran seni untuk tajuk menggambar. Menggantung, menghias bahan pameran sebelum program. Mengemas bahan pameran dan peralatan pameran selepas program. Muhammad Aidil Fitri (K) Muhammad Atuff Muhammad Danish Aqasha Nur Amira Nur Jannah Booth Membentuk & Membuat Binaan Membantu kurator pameran mengumpul, mengkatalog dan melabel bahan pameran seni untuk tajuk membentuk dan membuat binaan. Menggantung, menghias bahan pameran sebelum program. Mengemas bahan pameran dan peralatan pameran selepas program Muhammad Hazim (K) Muhammad Huzaifah Muhammad Irfan Nur Putri Aileesya Nurin Asrina Batrisyia Booth Mencorak Membantu kurator pameran mengumpul, mengkatalog dan melabel bahan pameran seni untuk tajuk mencorak. Menggantung, menghias bahan pameran sebelum program. Mengemas bahan pameran dan peralatan pameran selepas program Muhammad Sith Syarqawi (K) Muhammad Syuja’ Muhammad Thoha Ratlinasari Sayyidah Adibah Booth Kraf Tradisional Membantu kurator pameran mengumpul, mengkatalog dan melabel bahan pameran seni untuk tajuk kraf tradisional. Muhammad Isma Daniel (K) Muhammad Siddiq Muhammad Sith Azmi Nurul Huda
Kertas Kerja Pameran Kesenian Tahun 6 13 Menggantung, menghias bahan pameran sebelum program. Mengemas bahan pameran dan peralatan pameran selepas program Rabiatul Raudah Booth Hands-on Menyedikan cadangan aktiviti hands-on Menyediakan peralatan, bahan yang sesuai untuk aktiviti hands-on Membuat tunjuk cara semasa aktiviti hand on Mengemas bahan dan alatan selepas program Sharif Ariani (K) Ummu Maimunatus Solehah Ummur Salamah Dibantu oleh: AJK Buku Program dan Dokumentasi semasa Program berlangsung.