The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ADLIN NUR AMEERA BINTI MOHD RAFI AFFANDI IPG-Pelajar, 2025-03-17 08:19:56

BUKU LOG PANDU PUTERI

Iman :Zara! Zara! Ada cerita penting! Zara :(kening berkerut) cerita penting? Apa dia? Ada alien datang melawat kampung kita ke? Iman : (tercungap-cungap) Bukan tapi lagi seronok! Nenek saya ada bagi buku teka-teki? Zara :(Muka pelik) Buku teka-teki? Buku itu untuk apa Zara?


Iman : Nenek saya kata…( Mula mengimbas kembali perbualan Zara dan Nenek sambil memandang atas) Nenek Iman : Iman buku teka-teki ini akan membantu Iman untuk mengetahui tentang banyak kebaikan dalam kehidupan kita( Sambil tersenyum)


Iman :Dengan buku ini kita akan banyak belajar tentang kebaikan yang boleh kita lakukan dalam kehidupan kita (mata bersinar) Zara :(memegang bahu Iman) Kalau begitu mari kita baca buku teka-teki ini kemudian kita boleh lakukan kebaikan terhadap semua orang di kampung ini. Iman : Baiklah, saya akan bersama-sama dengan awak untuk lakukan kebaikan (sambil teruja)


Iman :Halaman pertama, apakah yang semakin bertambah apabila dikongsikan? Zara :(Sambil kening berkerut) Semakin bertambah apabila dikongsi? Berat badan? Iman : Ish awak ni Zara! ( Sambil menepuk tangan Zara) bukan berat badan la. Jawapan dari teka-teki ni mesti tentang kebaikan. Zara :Maaf Iman, saya bergurau saja tadi.( sambil menggaru kepala). Saya ada cadangan! Jom ikut saya ( Sambil menarik tangan iman)


Zara :Ibu, Zara dan Iman nak tanya sesuatu Ibu Zara :Tanya la Zara Zara :Apakah yang semakin bertambah apabila dikongsikan? Iman : Kami sedang cari jawapan teka-teki dalam buku ni (sambil menunjukkan buku kepada Ibu Zara). Nenek saya kata dari teka-teki ini kami dapat belajar tentang kebaikan


Ibu Zara : Oh begitu. Ibu rasa apa yang semakin bertambah apabila dikongsi adalah “Kebahagiaan” . Zara : Kenapa kebahagiaan ibu? Kebahagiaan pun boleh menjadi kebaikan?


Ibu Zara :Anak ibu, mestilah kebahagiaan itu boleh menjadi kebaikan kerana bila kita berkongsi kasih sayang dengan orang lain kita akan dapat membahagiakan orang yang kita sayang. Contohnya, walaupun Ibu adalah Ibu Zara tapi ibu juga sayang kepada Iman Iman : Oh kami faham makcik. Kebahagiaan tu bukan kepada kita sahaja malah untuk orang disekeliling kita juga.


Zara : Betul tu! Terima Kasih ibu Ibu Zara : Sama-sama ( Sambil senyum) Iman : Baiklah, Halaman kedua apakah yang boleh berjalan tetapi tidak mempunyai kaki? Zara : Eh, macam mana nak berjalan kalau tidak ada kaki? Ibu Zara : Ibu rasa awak berdua perlu pergi jumpa Pakcik Teo, mesti Pakcik Teo tahu jawapannya


Zara : Wah, banyaknya buku! Iman : (berbisik) Mana Pakcik Teo? Sunyi saja kedai ni


Pak Cik Teo :Baahh Selamat datang, anak-anak! Mencari apa di kedai buku pak cik ini? Zara: Terkejut kami. Pakcik Teo, kami nak tanya tentang teka-teki ini apakah yang boleh berjalan tetapi tidak mempunyai kaki?


Pak Cik Teo : Oh, Pakcik tahu di mana kamu boleh cari jawapan tu. Iman: Di mana pakcik? Pakcik Teo : Di pergelangan tangan kamu berdua. (Sambil menunjuk ke arah pergelangan tangan Zara dan Iman)


Pak Cik Teo: Apa yang ada di pergelangan tangan kamu berdua? Zara dan Iman : Jam tangan Pakcik Teo: Itulah jawapannya. Zara: Tapi pakcik, jam tidak boleh berjalan. Pakcik Teo : (Sambil tersenyum dan memandang ke audiens) Jam memang tidak boleh berjalan cuma yang dimaksudkan oleh teka-teki itu adalah “masa” . Iman dan Zara tidak perasan? Setiap detik masa itu berjalan.


Iman : Jadi dengan masa kita boleh buat kebaikan apa? Pakcik Teo : Kita perlu bijak dalam menguruskan masa supaya kita dapat mengatur kehidupan seharian kita dengan baik. Contohnya, kita dapat luangkan masa dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. Iman dan Zara: Terima Kasih Pakcik Teo, sekarang kami faham Iman: Kami perlu uruskan masa kami dengan baik dan meluangkan masa dengan orang yang kami sayang seperti saya dengan Zara ( Sambil ketawa kecil)


Zara: Iman mari kita tengok halaman yang ketiga Iman: Halaman ketiga, Apakah benda yang sentiasa basah walaupun digunakan untuk mengeringkan? Iman: Mari kita pergi ke dobi tanya Makcik Leha. ( Sambil menarik tangan Zara)


Iman: Assalamualaikum Mak Leha ! Mak Leha : (Sedang melipat kain diatas meja) Walaikummussalam, oh Zara dan iman rupanya. Marilah masuk Zara: Mak Leha, Kami datang nak tanya tentang tekateki Mak Leha : (bingung) Teka-teki apa Zara?


Zara: Apakah benda yang sentiasa basah walaupun digunakan untuk mengeringkan? Mak Leha : Apakah benda yang sentiasa basah walaupun digunakan untuk mengeringkan adalah “Tuala” ( sambil tunjuk tuala yang sedang dibasuh dalam mesin basuh)


Iman: (mengeluh sambil memandang bawah) haih, kebaikan apa yang boleh kami lakukan dengan tuala Mak Leha? Zara: Tolong Mak Leha basuh tuala (Sambil Ketawa) Mak Leha : Bukan Zara, selepas mandi mesti kita akan menggunakan tuala untuk bersihkan diri. Jadi, kebaikan yang boleh Zara dan Iman lakukan adalah sentiasa menjaga kebersihan.


Iman : Jadi kita kenalah sentiasa jaga kebersihan supaya kita sentiasa bersih. Betul tak Mak Leha? Mak Leha :Betul Iman. Dapat belajar sesuatu? Zara dan Iman : Dapat Mak Leha (Sambil berkata dengan semangat)


Iman :Halaman terakhir, Apakah yang kita boleh lakukan untuk membuat hari seseorang lebih ceria? (Zara dan Iman berpandangan dengan penuh tanda tanya. Mereka mula berfikir dengan serius) Zara: Untuk teka-teki terakhir ini, mari kita jumpa nenek awak mesti dia tahu jawapannya.


Nenek Iman: Eh cucu-cucu nenek dah balik? Iman: Nenek, Iman dan Zara dan cari jawapan tiga teka-teki dalam buku yang nenek bagi ini. Nenek Iman: Wah bagus cucu-cucu nenek ni.


Zara: Tapi nenek, cuma tinggal satu sahaja lagi jawapan teka-taki yang kami cari. Teka-tekinya adalah apakah yang kita boleh lakukan untuk membuat hari seseorang lebih ceria? (Nenek tersenyum sambil mengetepikan tikar mengkuang yang dianyam) Nenek Iman: Apa yang buat hari Iman dan Zara ceria? Zara: Zara rasa kalau dapat tengok senyuman orang yang Zara sayang Iman: Iman pula kalau dapat berbual dengan nenek (sambil memeluk neneknya)


Nenek Iman: Itulah jawapan untuk teka-teki itu. Bila kita melihat senyuman dan meluangkan masa dengan orang yang kita sayang sebernanya kita telah melakukan kebaikan dalam kehidupan seharian. (Iman dan Zara saling memandang sambil tersenyum) Zara: Rupanya nak buat sesuatu kebaikan itu sangat mudah. Kadang kala kita tidak perasan yang kita sedang buat sesuatu kebaikan contohnya memberikan senyuman, menjaga masa dan menjaga kebersihan. Iman : Betul tu Zara! Jadi tidak alasan untuk kita tidak membuat kebaikan kerana kebaikan itu bermula dengan perkara yang dekat dengan kita


Click to View FlipBook Version