The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arealistic75, 2022-10-15 03:11:56

Selekz[1]

Selekz[1]

Selekz EDISI 1 2022

MAJALAH

Kek Lapis dan Sejarah di
belakangnya.
Sepak Takraw Menjadi pilihan
ramai.
Permakaian kaum Kadazan yang
menarik mata.
Traditional Muzik India.

www. E-Majalah Selekz .com

KANDUNGAN

Ajk Majalah 1-3
Penghargaan
Isi Artikel 4

-Keunikan Sukan Sepak Takraw #
-kek lapis Sarawak 5-11
12-16
-Pakaian tradisional kaum di Sabah 17-22
23-39
-Tradisional muzik India 40-41

Galeri

Rujukan 42-43

Kesimpulan 44

SIDANG PENGARANG

PENASIHAT AINUL
NAMA : PUAN
FARHAAN
BINTI HARUN

NAMA : AHMAD ARIF AIMAN BIN ABDUL
RANI
NO MATRIK : 18DTK21F2013
TAJUK:PAKAIAN KAUM SABAH

1

NAMA : MUHAMMAD DARWISH BIN
AMINUDDIN
NO MATRIK : 18DTK21F2004
TAJUK : KEK LAPIS SARAWAK

NAMA : MUHAMMAD FAKHRUL
AZHIM BIN MOHAMAD HASAN
NO MATRIK : 18DTK21F2002
TAJUK : Keunikan sukan sepak
takraw

2

NAMA : Josephine bakhita a/p
mathews
NO MATRIK : 18DTK21F2007
TAJUK:TRADITIONAL MUZIK INDIA

Andai kota itu peradaban,
rumah kami adalah

budaya, dan menurut ibu,
tiang serinya adalah
agama.

3

Perhargaan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah rahmat dan
kurniaannya dapat juga kami menyiapkan tugasan e-folio yang diberikan.
Selawat dan Salam ke atas baginda Rasulullah S.A.W serta Jutaan terima
kasih kami titipkan buat (Puan Farhaan Harun kerana memberi peluang dan

pengalaman baharu kepada kami dalam melasaknakan tugasan ini.
Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan yang tidak terhingga buat kedua

ibu bapa kami kerana menyokong dan mendorong kami dalam
menyempurnakan e-folio ini.

Selain itu, ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada semua rakan
sekumpulan kami yang memberi sepenuh komitmen dan kerjasama dalam

melengkapkan e-folio ini dengan baik sekali.
Lantaran itu, kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada
pihak yang terlibat dalam sesi temuramah kerana banyak menberikan banyak

informasi dalam menjayakan tugasan ini.
Akhir sekali, kami berharap semoga e-folio "Selekz" ini dapat memberi

manfaat kepada semua insan yang membacanya.

4

Keunikan Sukan
Sepak Takraw

oleh Muhammad Fakhrul Azhim

Sejarah
sepak
takraw

Pada mulanya sukan sepak takraw hanya dikenali
sebagai sukan sepak raga,di mana pemain-pemain
tidak bertanding tetapi bersama-sama memastikan

bola tidak jatuh ke tanah dalam tempoh yang
panjang.



Rekod paling awal sukan ini dimainkan adalah
melalui catatan yang diambil dalam buku 'Sejarah
Melayu' yang ketika itu dimainkan di Melaka dan
Kepulauan Riau pada abad ke 16. Selain itu,wujud

pula rekod menunjukkan sepak raga dimainkan
semasa zaman Keraiaan

Ayutthaya di Thailand pada penghujung abad ke 16.



Salah satu lukisan yang dibina di Kuil
Wat Phra Kaeo, Thailand iaitu kuil paling suci

penganut Buddha di
Thailand, dibina pada tahun 1785 memaparkan Dewa
Hanuman bermain sepak raga dengan sekumpulan

monyet lain.



Versi sepak takraw yang ada ketika ini pula
dipercayai datang daripada dua sejarah yang berbeza

dengan dua negara mengakui mereka adalah
pengasas sepak takraw iaitu negara Malaysia dan

Thailand.





5

CARA BERMAIN

servis

Permainan ini dimulakan dengan salah seorang
pemain melambung bola kepada Tekong
dengan tangan untuk membuat servis dan

mendendang bola ke kawasan lawan sehingga
bola melewati net.

Menimang

Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu
mestilah bergilir giliran menimang bola semasa servis pihak
lawan diarah kepada pemain dan pemain mestilah
mengawalnya supaya tidak jatuh ke tanah jika terjatuh pihak
lawan akan mendapat mata dan mendapat peluang untuk
melakukan servis.



Rejaman

rejaman digunakan bagi pemain untuk menghalang bola
yang dihantar dari pihak lawan dari masuk kawasan atau
melepasi net pelbagai jenis rejaman yang boleh dilakikan

seperti rejaman gunting rejaman sisi dan rejaman
menapak.Untuk mengusai rejaman ini,pemain mestilah
mempunyai fleksibiliti,ketamgkasan dan kekuatan diri.






6

Pembuatan Bola Sepak

Takraw

Rotan Asli

Jenis bola takraw ini diperbuat dengan kayu rotan asli, pada
proses pembuatannya rotan harus dijemur terlebih dahulu agar

kandungan airnya berkurang setelah itu bola takraw akan
dianyam menjadi bentuk spera.



Synthetic fiber

Bola sepak takraw menggunakan bola rotan yang berbentuk
sfera, diperbuat daripada Synthetic fiber atau satu lapisan
anyaman.Bola sepak Takraw mempunyai warna tunggal biasa,
bermacam-macam warana, tetapi warna tidak memainkan

peranan atau menjejaskan prestasi pemain.



5.5inchi Ciri-ciri dan bentuk Bola Takraw

Bola sepak takraw mempunyai 12 lubang dengan 20 titik

pertemuan anyaman silang bola tersebut.Ukuran diameter
bola takraw pada umumnya haruslah 5.5 inci.Dari segi
berat pula adalah dia antara 170g-180g.Jika berlaku

kesilapan dalam segi berat Bola takraw akan sukar dikawal
apabila terlalu ringan dan akan mengakibatkan kecederaan

apabila bola terlalu berat.



7

Tokoh Sukan Sepak
Takraw

Pengenalan

Abdul Hamid bin Mydin atau
Hamid Maidin beliau

merupakan orang yang
diiktirafkan sebagai pencipta

atau pengasas bagi sukan
sepak takraw.Beberapa teknik
sepak takraw juga diciptakan

oleh beliau contohnya
"Smashing tajam", dan Sepak

Maut untuk mematikan
langkah lawan.



Biografi

Jalan Patani Pulau Pinang Daftar kelahiran Rumah beliau

Hamid Mydin dilahirkan pada tarikh 19 Disember 1916 dan ketika itu beliau menatap di Jalan
Patani,Pulau Pinang.



Pada ketika itu,permainan Sepak Raga Bulatan di main di merata tempat terutama nya di kawasan
kampung dan sering diamainkan oleh kalangan orang tua sahaja.



Anak-anak muda pula mula menjauhkan diri dari permainan ini dan Sepakraga Bulatan sudah hilang
daya penariknya.

oleh sebab itu, inilah yang mendorong Hamid Mydin untuk mengubah dan memodenkan permainan
Sepakraga.Ini telah memperikan inpirasi pada beliau untuk menggunakan jaring dan gelanggang
Badminton di dalam Sepak raga.

8

Temu Ramah

Biodata:

Nama: Lim Sui Phing

Umur: 18

Bangsa: Siam

Soalan:-

1. pada pendapat anda bagaimanakah caranya memperkenalkan
sukan sepak takraw pada generasi muda supaya permainan ini
tidak dilupai pada masa akan datang?
Pada pendapat saya, cara memp
erkenalkan sukan sepak takraw

pada generasi muda supaya permainan ini tidak dilupai pada masa
akan datang mengadakan pertandingan sepak takraw pada setiap
hujung minggu. Hal ini kerana pada hujung minggu generasi muda
mempunyai masa lapang kerana tiada waktu persekolahan.Selain
iitu, penganjur hendaklah menyediakan hadiah seperti wang tunai.

Hal ini boleh tarik perhatian generasi muda.
2.pada pandangan anda,bagaimanakah sukan sepak takraw dapat

mengeratkan hubungan silatatulrahim dan perpaduan kaum?



Pada pandangan saya, sukan sepak takraw dapat mengeratkan hubungan
silatatulrahim dan perpaduan kaum dengan cara bermain secara
berkumpulan dan tidak memilih kaum dan bangsa.

9
9

Temu Ramah

Biodata:

Nama: Sri Rahayu Astuti

Umur: 18

Suku: Bugis

Soalan:-

1. pada pendapat anda bagaimanakah caranya memperkenalkan
sukan sepak takraw pada generasi muda supaya permainan ini
tidak dilupai pada masa akan datang?


Pada pendapat saya untuk memperkenalkan sukan sepak takraw
adalah dengan membuat pertandingan sukan sepak takraw di setiap
peringkat contohnya, di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri.

2.pada pandangan anda,bagaima
nakah sukan sepak takraw dapat
mengeratkan hubungan silatatulrahim dan perpaduan kaum?


Pada pandangan saya cara untuk mengeratkan hubungan
silaturahim dalam sukan sepak takraw ini adalah dengan
mengadakan aktiviti bermain sepak takraw secara beramai-
ramai dengan berlainan kaum ini dapat memupuk perpaduan
dalam kalangan permain dan penonton yang berlainan kaum.



10

Temu Ramah

Biodata:

Nama: Muhammad Hariz
Hilmi Bin Azuan

Umur: 19

Bangsa: Melayu

Soalan:-

1. pada pendapat anda bagaimanakah caranya memperkenalkan
sukan sepak takraw pada generasi muda supaya permainan ini
tidak dilupai pada masa akan datang?


pada pendapat saya, cara yang berkesan untuk mengenalkan
sukan sepak takraw ini adalah dgn memperbanyakkan
pertandingan yang menumpukan pada generasi muda.Dengan
cara ini ia boleh memupuk perasaan rasa suka akan permainan
sepak takraw ini

2.pada pandangan anda,bagaimanakah sukan sepak takraw dapat
mengeratkan hubungan silatatulrahim dan perpaduan kaum?


Pada pandangan saya cara untuk mengeratkam hubungan

silaturahim dalam bermain sukan sepak takraw ini adalah dengan
mengajak kawan yang berlainan berlainan bangsa dan kaum untuk

bermain sepak takraw.



l11

Keunikan reka bentuk, cara pembuatan di
samping rasanya yang enak dan berbeza
berbanding kek lapis biasa menjadikan
kek lapis Sarawak sebagai ‘buah tangan’
yang wajib dibawa pulang oleh
pelancong luar yang berkunjung ke
negeri Sarawak.

Kek Lapis
Sarawak

Asal Usul Kek Lapis

Dulu pembuatan kek lapis hanyalah hobi biasa di kalangan wanita di Sarawak khasnya wanita Melayu
yang bertungkus lumus menyediakan juadah terutama menjelang Aidilfitri. Namun pada dekad 1990-an,
kek lapis mula sinonim dengan Sarawak kerana hampir setiap pelancong yang berkunjung ke Bumi
Kenyalang pasti membeli kek itu sebagai ‘ole-ole’ untuk dibawa pulang. Kelebihan utama kek lapis
Sarawak ialah pakej motif dan coraknya yang unik serta digabungkan dengan keenakan rasa, di
samping teksturnya yang lembap namun pejal. Tidak dinafikan ia juga versatil dan boleh dihidangkan
untuk pelbagai majlis, bukan saja untuk perayaan utama seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Gawai Dayak,
Deepavali dan sebagainya, malah untuk hantaran pertunangan, perkahwinan, hadiah dan ‘ole-ole’.
Menyingkap sejarah kek lapis, dipercayai berasal dari Indonesia namun juadah itu mula diperkenal serta
mendapat tempat di kalangan penduduk Sarawak sekitar tahun 1980-an. Sejak itu, kek lapis kian sinonim
dengan Sarawak, malah kek lapis Sarawak yang dihasilkan jauh lebih sedap daripada kek lapis negara
jiran itu, kerana bahan yang digunakan lebih pelbagai dan mutunya juga lebih baik. Setelah 30 tahun
berlalu, kek lapis Sarawak semakin popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan, malah
menerima banyak tempahan dari Semenanjung, Sabah, Brunei dan Singapura.

Kek lapis moden Sarawak boleh dibahagikan kepada dua jenis: kek
dengan lapisan biasa dan kek dengan berbagai corak, motif, atau
bentuk (bentuk yang selalu digunakan adalah gegulung, swiss
roll). Kedua-dua jenis kek mesti mempunyai sekurang-kurangnya
dua warna yang berbeza. Kek lapis ini perlu dibakar di dalam
ketuhar pada suhu tinggi secara berlapis dan dibakar berasingan
mengikut ketebalan yang diingini. Adunan menggunakan
mentega, marjerin atau minyak sayuran, telur, tepung gandum,
dan gula serta memerlukan kekuatan lengan yang jitu atau
pengadun elektrik untuk memukul adunan tersebut supaya
adunannya sebati dan sempurna. Kek yang telah siap dibakar
akan mempunyai tekstur yang pejal serta lembut dan setiap
lapisan kek akan dicantumkan dengan seri kaya, jem atau bahan
manis yang melekit. Kek yang lebih terperinci corak, motif dan
bentuknya memerlukan peralatan khas untuk memotong dan
disusun sehingga menghasilkan corak motif dan bentuk yang
menjadi ikon kek lapis ini. Secara tradisinya, kandungan gula yang
tinggi digunakan untuk membuat kek lapis Sarawak
menyebabkan kek lapis Sarawak tahan lebih lama tanpa perlu

12disimpan ke dalam peti sejuk.

Kek Lapis
Sarawak

Cara pembuatan

Bahan-bahan resepi kek lapis Sarawak cAra-cara melapis

BAHAN A 1.Sapukan sedikit margerin pada
100g Gula Halus
200g Jem Nenas permukaan loyang.
450g Butter
30g Ovalete 2.Alaskan dengan kertas minyak.
300g Susu Pekat Manis
3.Sendukkan adunan warna merah

BAHAN B ke dalam loyang dan ratakan
10 biji Telur Gred A

dengan sudu supaya ia serata
BAHAN C
270g Tepung Hong Kong tebal nya.

4.Bakar dalam oven menggunakan

BAHAN D api atas sahaja dengan api yang
Pewarna Merah, Kuning dan Hijau
sederhana besar.

5. Pastikan lapisan telah

masak/bertukar warna sedikit

Cara-cara menyediakan anggaran masa 7-10 minit

Resepi Kek Lapis Sarawak setiap lapisan baru dikeluarkan

1.Pukul kesemua Bahan A sehingga dari oven.
kembang dengan kelajuan yang
maxima. 6.Tekan lapisan kek dengan alat

2.Masukkan telur satu persatu penekan atau gelas yang rata
sambil dipukul, juga dengan
kelajuan sama sehingga habis untuk mengeluarkan angin jika

3.Masukkan tepung dan adun ada.
dengan kelajuan yang perlahan
hanya untuk sebatikan saja. 7.Sapu sedikit butter di atas nya.

4.Bahagikan kan kepada 3 bahagian 8.Ulang step 3-7 diatas untuk
diwarnakan merah, kuning dan
hijau. hijau, kuning, dan Merah kembali

sehingga

13

Soalan Temu Ramah

NAMA : SOFEA UMAIRAH BINTI
MOHD HIZAM AZLAN
NO MATRIK : 18DDS21F2999
JABATAN : JRKV
BANGSA : MELAYU

1. Pada pandangan anda, apakah langkah yang boleh dilaksanakan dalam
mempromosikan keunikan dan keenakan kek lapis Sarawak di peringkat
antarabangsa?

Pada pandangan saya, langkah yang terbaik untuk mempromosikan keunikan dan
keenakan kek lapis Sarawak adalah dengan membuat kempen dapur Malaysia yang
boleh mempromosikan makanan ke negara luar.

2. Bolehkah anda berikan 1 contoh makanan unik kaum anda. Jelaskan
mengapakah ia unik pada pandangan anda?

Salah satu makanan unik bagi kaum melayu ialah otak-otak. Ini kerana ia sangat enak
dan mudah untuk dijumpai dan masyarakat perkampungan nelayan yang memulakan
legasi ini. Ia sangat popular di Malaysia terutamanya di kawasan pantai timur.

14

Soalan Temu Ramah

NAMA : TAN MEI XIN
NO MATRIK : 18DPM21F2020

JABATAN : JP

BANGSA : CINA

1. Pada pandangan anda, apakah langkah yang boleh dilaksanakan dalam
mempromosikan keunikan dan keenakan kek lapis Sarawak di peringkat
antarabangsa?

Social media

2. Bolehkah anda berikan 1 contoh makanan unik kaum anda. Jelaskan
mengapakah ia unik pada pandangan anda?

Dim sum. Because Cantonese dim sum has a very broad range of flavors,
textures, cooking styles and ingredients, and can be classified into regular
items, seasonal offerings, weekly specials, banquet dishes, holiday dishes,
house signature dishes, travel-friendly, as well as breakfast or lunch foods and
late night snacks.

15

Soalan Temu Ramah

NAMA : TIVYA VIJAYAN
NO MATRIK : 18DTK22F1027
JABATAN : JKE
BANGSA : INDIA

1. Pada pandangan anda, apakah langkah yang boleh dilaksanakan dalam
mempromosikan keunikan dan keenakan kek lapis Sarawak di peringkat
antarabangsa?

Pada pandangan saya, langkah yang boleh dilaksanakan dalam mempromosikan keunikan
dan keenakan kek lapis Sarawak di peringkat antarabangsa ialah dengan mempromosikan
kek lapis Sarawak tersebut dalam pelbagai saluran media mampu menaikkan lagi imej kek
lapis Sarawak. Oleh sebab internet merupakan medium yang paling murah, mudah dan
cepat untuk penyebaran maklumat, kita seharusnya memanipulasikan kemudahan ini untuk
menyebar keunikan dan keenakan kek lapis Sarawak melalui laman sesawang dan media
social. Ternyata medium inilah yang menjadi salah satu cara untuk mempopularkan
keunikan kek lapis Sarawak dengan lebih berkesan.

2. Bolehkah anda berikan 1 contoh makanan unik kaum anda. Jelaskan
mengapakah ia unik pada pandangan anda?

Tosai. Ini merupakan makanan unik kaum India. Pada pandangan saya, Thousai
dikatakan unik kerana makanan tradisional ini sejenis makanan seakan lempeng dari
India yang dibuat dengan menggunakan adunan yang ditapai beberapa lama. Ini
dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam dari zaman dahulu.

16

APdadkaailaitntTlerabditisoiof nbaoldKyatuemxt

Bajau

Pengenalan Suku Kaum Bajau Pakaian Lelaki

Orang Bajau, (juga ditulis sebagai Badjao, Lelaki Bajau menggayakan
Badjaw atau Badjau) adalah sebuah baju potongan Cekak

kumpulan etnik peribumi dari Malaysia Musang, seluar, samping
dan Filipina Selatan serta diiktiraf sebagai dan destar
kumpulan etnik kedua terbesar di negara
bahagian Sabah. Pakaian tradisi biasanya Pakaian Wanita
dipakai pada sesuatu majlis dan perayaan
Wanita menggayakan
yang disambut oleh kaum bajau. Salah blaus badu sampit dan
satunya ialah majlis kahwin. Baju ini kain sarung olos berangkit,
perhiasan leher mandapun
dipakai ketika majlis kahwin kerana ingin dan perhiasan kepala
melambangkan suatu adat tersebut
sarempak.

MALAYSIAN FASHION www.arip.com    |    15
TRADITION

17

PAKAIAN LELAKI

Gaung' ( baju lengan
panjang), souva ( seluar
panjang hitam dengan ikat
pinggang berwarna biru
indigo, kaking atau toogot
(bengkung pinggang hitam),
siga (penetup kepala), dan

tupi' sinikat.



Pakaian Tradisional Kaum PAKAIAN WANITA

Kadazan Dusun 1). 'Sinuangga' - baju blaus pendek
dan leher berbentuk U dipakai oleh

wanita muda.
2). 'Sinompukung' - blaus dengan
lengan 3/4 dan tidak mempunyai

sulaman dipakai oleh wanita
pertengahan umur.

3). 'Kihongon' - blaus dengan
lengan panjang, dipakai oleh
wanita tua dalam upacara ritual

istimewa.

PENGENALAN SUKU KAUM KADAZAN

Kadazan atau dikenali juga sebagai
Bangsa Kadazan (atau Kadazanian)
ialah kelompok etnik bumiputera bagi
negeri Sabah di Malaysia dengan jumlah
penetapan penduduk yang terbesar di

kawasan Pantai Barat Sabah.
perbezaan yang ketara diantara
Kadazan dan Dusun ialah kawasan
penetapan penduduk, tradisi, kegiatan

ekonomi dan juga sebutan
konsonannya dalam perbualan

seharian.

18

Pakaian tradisional kaum

MURUT

Pakaian Adat suku Kaum Murut

Pengenalan tentang Suku Kaum Murut

Orang Murut adalah sebuah kumpulan
etnik pribumi yang mendiami wilayah

utara pedalaman
Kalimantan.Sebahagian besar
masyarakat Murut adalah di
pedalaman barat daya Sabah,
Malaysia timur, khususnya daerah
Keningau, Tenom dan Nabawan
Pensiangan, sepanjang Sapulut dan

Sungai Padas.

Pinongkolo Pipirot
Pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri Tali pinggang yang berbentuk
daripada baju dan gaun yang panjang syiling perak iaitu pipirot linggit
dihiasi dengan pelbagai manik-
berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik yang terkenal seperti aki-aki,
manik-manik. Baju yang dihiasi itu nampalur, kotos, bungkas, aki’ dan
dipanggil babaru linantian dan gaun
olod.
tersebut pula tapi’ linantian.

19

TEMU RAMAH

BIODATA

NUR NABIHAH BINTI DRAMAN

18DHR21F2999



Bangsa : Melayu

JABATAN PELANCONGAN
DAN HOSPITALITI (JPH)

Soalan?!

1. Apakah keunikan yang anda rasa terdapat dalam
pakaian tradisional Suku kaum Sabah?

1. Keunikan yang saya rasa yang terdapat dalam pakaian tradisional suku kaum Sabah ialah warna
yang terdapat pada pakaian mereka iaitu warna hitam. Dipercayai warna hitam itu
melambangkan kekuasaan atau warna ketuhanan yang dapat melindungi si pemakai daripada
makhluk halus yang jahat. Oleh itu saya menganggap keunikan itu sebagai busana tradisional
yang berona hitam itu hanya digayakan oleh suku kaum Sabah sahaja kerana ia sinonim yang
dipakai oleh mereka ketika pesta Kaamatan.

2.Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk kita
memdedahkan lagi tentang pakaian tradisional suku kaum sabah
ini?
2. Pada pendapat saya, cara untuk kita mendedahkan lagi tentang pemakaian suku kaum
Sabah ini dengan menganjurkan pertunjukkan fesyen bukan sahaja di Sabah malah di
Semenanjung Malaysia juga. Dengan cara ini orang akan lebih banyak untuk mengetahui
keunikan pakaian kaum Sabah. Selain itu, melalui media sosial juga dapat mendedahkan
lagi pemakaian mereka. Sebagai contoh menajakan pakaian tradisional kaum suku Sabah
itu ketika majlis-majlis yang melibatkan meramian orang seperti majlis perkahwinan,
majlis kebudayaan dan lain lain.

20

TEMU RAMAH

BIODATA

GEETHA A/P KATHIRESAN

18DDS21F2047



Bangsa : India

(JRKV)

Soalan?!

1. Apakah keunikan yang anda rasa terdapat dalam
pakaian tradisional Suku kaum Sabah?

11. Pada saya ia sangatlah cantik dan kelihatan sopan, dan warna serta barang kemas yang
dipakai menonjolkan di mata saya. Bagi saya ia sangatlah unik kerana pemakaian mereka tidak
selalu dijumpa di zaman ini kerana kebanyakkannya lebih suka memakai pakaian yang biasa
sahaja kerana lebih mudah. Jadi ia sangatlah menarik kalau dipakai dalam majlis tertentu.

2.Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk kita
memdedahkan lagi tentang pakaian tradisional suku kaum sabah
ini?
Kita boleh mengunakan laman media sosial juga mempamerkan baju ini sambil- sambilan
seperti memakai baju tradisional ini ini untuk menghadiri apa jua majlis yang penting

21

TEMU RAMAH

BIODATA

SHARVINRAAJ GOVINDARAJOO

18DDT21F2998



Bangsa : India

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI (JTMK)

Soalan?!

1. Apakah keunikan yang anda rasa terdapat dalam
pakaian tradisional Suku kaum Sabah?

1.Keunikan terdapat Dalam Pakaian Traditisional suku kaum Sabah adalah Kesemua ini dipakai
dengan tali pinggang duit syiling perak, rotan atau hiasan pinggang yang dibuat daripada manik,
kalung manik serta hiasan perak dan lain-lain.

2.Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk kita
memdedahkan lagi tentang pakaian tradisional suku kaum sabah
ini?
2.Memakai Baju Traditional Sabah Pada Hari Perayaan ataupun Kongsikan Tentang Baju
Traditional Sabah Dalam Media Sosial

22

TRADISIONAL MUZIK INDIA

Asal-Usul Muzik India
Muzik rakyat wujud di India pada zaman peradaban lembah Indus kira-kira pada tahun
2000 SM. Bermula dengan canta-canta Yang dikenali sebagai RIG VEDA Yang
dipersembahkan di kuil-kuil Hindu.Muzik vokal Vedik termasuk canta dan lagu suci.la
melibatkan 3 kasta tertinggi dalam agama Hindu. Kasta Keempat (sudra mempelajari
agama Hindu melalui mitos.Kesan peryebaran centa dan mitos tersebut, manual bagi
persembahan telah ditulis bagi pementasan cerita yang melibatkan muzik, tarian dan
drama.Dalam buku tersebut diterangkan berkenaan konsep, pic, sruti, jeda, skel, mod,
melodi, raga, irama, tala, dll.Muzik tradisi India dibahagikan kepada 2:
muzik Hindustani - di istana-istana Mogol di utara India pada zaman
dahulu.
muzik Karnatak-di selatan India pula, pengaruhnya adalah di kebanyakan kawasan
luar bandar.

23

ALAT MUZIK INDIA

MUZIK KARNATAK

MELODI UTAMA
Biasanya dihasilkan oleh suara
penyanyi dalam karya tertentu.

Boleh digantikan dengan alat muzik lain
seperti vina,venu,nagasvaram,violin atau
gottuvadyam.

MELODI KEDUA
dihasilkan oleh alat violin (kecuali apabila
nagasvaram menghasilkan melodi
utama).

RENTAK
dihasilkan oleh alat-alat daripada dua
kategori iaitu mridangam atau tavil
daripada keluarga membranofon;dan alat
daripada keluarga idofon seperti
kanjira,ghatam dan morsing.

HARMONI
dihasilkan oleh alat tambura,ottu atau
kotak sruti.

MUZIK HINDUSTANI

MELODI UTAMA
biasanya dihasilkan oleh suara penyanyi, sitar, surbahar,
sarangi,bamsri, shahnai,violin dan kadangkala alat sarod.

MELODI KEDUA sarangi, harmonium atau
dihasilkan oleh alat
surmandal digunakan.

RENTAK
dihasilkan oleh alat-alat genderang daripada keluarga
membranofon iaitu tabla/baya.

HARMONI
secara dron dihasilkan oleh alat tambura, sur peti
atau sur.

24

KLASIFIKASI ALAT MUZIK

KORDOFON

SITAR

Tujuh tali logam.
Beberapa tali tambahan yang
bergetar.
Dua tali menghasilkan melodi,tali lain
membunyikan dron.
Alat tradisi Hindustani.

VENA

alat melodi yang hampir sama dengan
sitar.
mempunyai 7 tali,terdiri daripada 4 tali
gut dan tiga tarab.
ton lebih lembut dari sitar.
terdapat 2 sound chamber (bahagian yang
diperbuat daripada labu yang telah
dikeraskan).

GOTTUVADYAM

Lut yang dipetik.
7 tali logam ,tanpa fret.
Alat tipikal dalam muzik Karnatak.

25

KLASIFIKASI ALAT MUZIK

KORDOFON

VIOLIN
Alat muzik barat.Dimainkan
menegak.

SAROD
empat hingga lima tali logam.
beberapa tali tambahan yang bergetar.
tidak mempunyai fret.
alat tradisi Hindustani.

SARANGI
alat lut yang digesk.
mempunyai tiga hingga empat tali serta
beberapa tali tambahan.
alat tradisi Hindustani.

26

KLASIFIKASI ALAT MUZIK

KORDOFON

TAMBURA
Alat lut yang dipetik.Berperanan
membunyikan dron.Digunakan dalam
muzik Karnatak dan Hindustani.

SURMANDAL
alat ziter yang digunakan oleh penyanyi
Hindustani.Berbentuk papan manakala
tali-tali dipetik dengan jari.

27

KLASIFIKASI ALAT MUZIK

EROFON

BAMSRI
Alat Flut yang menghasilkan melodi utama
dalam lagu Karnatak dan
Hindustan.Bamsri-alat Flut
Hindustani,mempunyai tiub yang agak
panjang.Venu-alat flut Karnatak dengan
tiub yang lebih pendak.

NAGASVARAM (NADASWARAM)

Dikenali Shehnai di Utara India.Alat paip
berlidah, 72 sentimeter panjang,berbentuk
kon,dua lapisan pelidah.Juga dimainkan
bagi mengiringi perarakan di Kuil Hindu

OTTU
Membunyikan dron bagi mengiringi
Nagasvaram.Ditiup secara teknik 'circulate
breathing' supaya pic dron tidak berhenti
sehingga tamat lagu.

28

KLASIFIKASI ALAT MUZIK

EROFON

SHEHNAI
Panjang 40 sentimeter berbentuk
kon.Mempunyai 7 lubang jari.Juga ditiup
secara teknik 'circulate breathing'.Terdapat
dalam muzik Hindustani.

SUR PETI

Sejenis harmonium dengan belos yang
dipam dengan tangan.Menghasilkan dron
serentak dengan shehnai.

HARMONIUM
Alat erofon dengan rid-rid bergetar secara
bebas.Organ daripada muzik
Barat.Digunakan dalam ensembel muzik
Hindustani.

29

klasifikasi
alat muzik

MEMBRANOFON

Sejenis dram dalam muzik Karnatak.Berbentuk tong
panjang 2 muka kulit. Muka kulit diperbuat daripada
lapisan kulit lembu,kambing dan lapisan pes gandum.
Ditiunkan mengikut register tertentu.

Mridangam

Sejenis dram dalam muzik Karnatak.Berbentuk
tong panjang 2 muka kulit.Muka kulit tidak
ditiun.Satu muka kulit dipukul dengan tangan
manakala satu lagi dipukul dengan pemukul
kayu.

Tavil

30

klasifikasi
alat muzik

MEMBRANOFON

Sepasang dram kecil satu muka kulit.Table berbaluh
kayu dimainkan dengan tangan kanan.Bayu
berbaluh logam, ditiun satu oktaf lebih rendah
daripada tabla, dimainkan dengan tangan kiri. Alat
genderang utama di utara India (Hindustani).

Tabla/Baya

Sepasang dram berbentuk kendi. Satu muka kulit,
dipukul dengan pemukul kayu. Mengiringi muzik
shehnai dalam tradisi muzik Hindustani.

Naghara

31

27

Kanjira
Tamborin yang mempunyai piring
logam kecil dan dipukul dengan
tangan. Menghasilkan rentak. Alat
tambahan dalam ensembel Karnatak.

KLASIFIKASI ALAT MUZIK

IDIOFON

Ghatam
Periuk tanah liat yang dipukul
dengan pergelangan tangan, jari dan
kuku jari. Menghasilkan rentak
pelbagai timbre. Alat tambahan
dalam ensembel Karnatak,

70

32

Muzik Klasik India

Ahli muzikologi India telah menulis bahawa muzik klasik India
bertumpu kepada melodi dan irama. Harmoni fungsian (functional
harmony) dan nada (key) tidak diberi perhatian. Karya-karya klasik
diimprovisasikan dan konsep raga/rag dan tala/tal merupakan asas
bagi improvisasi itu.
Melodi
Melodi dalam muzik India berasaskan rag (tradisi Hindustani) atau
raga (tradisi Karnatak). Rag/raga berasaskan skel heptatonik dan
mempunyai beberapa ciri yang penting.Rag/raga terdiri daripada
beberapa pic yang berturut-turut seakan-akan skel dengan corak
menaik yang tertentu dan corak menurun tertentu yang biasanya
berbeza daripada corak menaik tadi (lihat contoh a). Konsep vadi
dan samvadi dalam rag/raga merujuk kepada pic yang terpenting
(vadi) dan pic berlainan yang kedua pentingnya (samvadi), dan
semua rag mempunyai nama tertentu. Contoh di bawah adalah 2
buah rag Hindustani.

33

Setiap rag/raga mengutamakan motif melodi tertentu dan bunga atau
perhiasan melodi (gamaka) tertentu yang dimainkan pada pic tertentu
(lihat rag Sindhi-Bhairavi,corak menaik dalam contoh 2). Akan
tetapi,dalam pic sa dan pa daripada ibu skel rag/raga tertentu tidak
pernah dibungakan. Setiap rag/raga juga mempunyai 'rasa' atau
sentimen serta bhava atau emosi tertentu. Kemungkinan ada
sembilan sentimen dan emosi seperti sentimen dan bhava
lucu/ketawa,radang/marah,berani/kuasa,dahsyat/takut,tenang/diam
dan lain-lain lagi. Setiap rag/raga juga dihubung kait dengan jantina
dan waktu hari dan malam seperti yang ditentukan dalam contoh 2 di
atas.

Irama
Tal (muzik Hindustani) atau tala (muzik Karnatak) merujuk kepada
'ukuran masa' dan irama dalam muzik klasik India. Tal/tala
merupakan pusingan dalam masa yang mengandungi bilangan bit
tertentu. Sebuah tal/tala tertentu diulangi pada keseluruhan lagu
dan merupakan asas untuk menyusun masa dalam lagu itu.
Beberapa konsep yang berhubung kait dengan tal/tala
termasuklah: akshara,iaitu unit masa yang terkecil seperti bit
dalam muzik atau sukukata dalam puisi;anga yang merupakan
bahagian tertentu dalam tala daripada 1 hingga 9 bit panjang;dan
matra, iaitu satu unit metrik dalam tala yang biasanya terdiri
daripada 4 akshara.
Dalam tradisi muzik Karnatak jangka masa tala tertentu dan
peraturan bit-bit dengan tekanan yang kuat dan lemah disusun
dan menyebabkan sistem klasifikasi tala sangat kompleks.
Kumpulan tala utama dikenali sebagai suladi tala yang
mengandungi 35 buah tala sepenuhnya. Peraturan tekanan yang
kuat dan lemah dalam setiap tala menonjolkan jenis irama yang
aditif. Sebuah tala yang paling digemari dalam muzik Karnatak
dinamakan Aditala yang mempunyai 8 bit.

34

Dalam Aditala 8 bit dibahagi kepada tiga anga ,iaitu anga 4-bit dengan
tekanan yang kuat pada bit pertama,anga 2-bit dan anga 2-bit lagi
dengan tekanan yang kuat pada bit pertama setiap anga itu. Aditala ini
ditunjukkan dalam contoh 3a.
Walaupun kumpulan suladi tala mengandungi tala yang panjang
hingga 29 bit, ada juga beberapa tala yang terdiri daripada 64 atau 72
bit dalam sebuah pusingan masa. Tala yang panjang ini jarang
dimainkan masa kini contoh 3.Tal/tala dalam muzik klasik India.

Tempo dalam muzik adalah perlahan (vilambita),sederhana (madhya)
yang lajunya berganda dua tempo perlahan, dan cepat (druta) yang
lajunya berganda dua tempo sederhana.

Bentuk (Form)

Pada umumnya bentuk (atau form) lagu Karnatak dan Hindustani

terdiri terdiri daripada dua bahagian utama:

1. bahagian alapan (tradisi Karnatak) atau alap (tradisi Hindustani)

merupakan bahagian pertama. Muzik dalam bahagian alapana/alap

tidak menggunakan irama yang bermeter dan biasanya alat dram

tidak dimainkan. Dalam bahagian ini rag/raga tertentu dalam lagu

diperkenalkan secara improvisasi. Pemain mendedahkan rag/raga

tertentu secara perlahan dengan memainkan semua pic dan motif

melodi satu demi satu. 35

Pada masa ini irama bersifat bebas, iaitu irama tidak bermeter dan
tal/tala tidak ada. Bahagian alapana/alap ini biasanya berkembang
secara berperingkat-peringkat menuju ke bahagian pendek yang
dipanggil tanam (tradisi Karnatak) atau jor (tradisi Hindustani). Dalam
bahagian pendek ini pemain mula memainkan bit yang berturut-turut
dalam muzik,tetapi tal/tala masih tidak ada juga. Pada penghujung
alapana/alap kadangkala pemain berhenti sebentar untuk mentiunkan
semula alat muzik.

2. bahagian kedua dalam lagu Karnatak dan Hindustani terdiri
daripada komposisi tertentu. Dalam bahagian ini rag/raga dan tal/tala
ada dan biasanya alat dram dimasukkan ke dalam persembahan pada
masa ini. Ada pelbagai bentuk atau form yang boleh digunakan
sebagai kritana atau kriti, varnam dan tillana digemari, manakala
bentuk yang sangat panjang,iaitu ragam-tanam-pallavi kerap kali
dimainkan sebagai salah sebuah komposisi utama dalam program
tertentu. Dalam tradisi Hindustani bentuk thumri, khyal dan gat sering
didengar, manakala bentuk vokal dhrupad jarang dipersembahkan
pada masa kini.
Walau bagaimanapun terdapat pemuzikdari Malaysia yang
berketurunan India yang mempersembahkan konsert muzik klasik.
Pada masa ini ada juga pemuzik dan penari yang diundang dari negara
India untuk mempersembahkan muzik dan tarian klasik. Kadang-kala
artis-artis India ini mengajar kesenian mereka kepada pelbagai
persatuan swasta kesenian India yang terdapat di Malaysia dan juga
Singpura. Walaupun pelbagai jenis muzik India seperti muzik
Klasik,popular,dan muzik filem dipersembahkan di Malaysia
khususnya di kawasan bandar,tradisi muzik ini masih mengekalkan
ciri-ciri muzik India yang tidak dicemari dengan ciri-ciri muzik
tempatan.

36

SOALAN TEMU RAMAH

JOTHIKA A/P A .BALAKAN

NO.MATRIK : 18DDV21F2046

1.Pada pandangan anda, apakah kesenian dan budaya kaum India yang sangat menarik
minat mengapa?
Daripada pandangan saya, kesenian dan budaya kaum india yang sangat menarik minat
ialah Tarian tradisi kaum india yang dipanggil sebagai Tarian Bharathanatyam.
Sebab - Tarian Bharathanatyam mempunyai maksud tersirat dan tersurat dalam setiap
elemen. Dari segi jenis dan warna costume, pergerakkan setiap satu bahagian badan,
mimik muka, pergerakkan mata, tarian in mempunyai maksud tersendiri dan message
kepada penonton.
2.Apakah peranan anda sebagai generasi muda dalam mengekalkan kesenian dan
budaya kaum anda?
Setiap remaja perlulah mempunyai keinginan meneruskan budaya. Selain, itu dengan
keizinan pihak sekolah remaja-remaja boleh cuba mewujudkan kelab kesenian dan
budaya india. Hal ini akan menggalakkan pelajar dan waris-waris masa depan untuk terus
melibatkan diri dalam mewarisi sesuatu aktiviti kebudayaan dan kesenian. Ia juga akan
membantu keturunan kaum india yang akan datang untuk mengenali budaya dan
kesenian mereka. Jadi kesenian dan budaya kaum india tidak akan dilupakan lalu akan
dapat mengekalkan untuk selamanya.

37

SOALAN TEMU RAMAH

ABESHENE A/P MUNESWARAN

18DDT21F1002

1.Pada pandangan anda, apakah kesenian dan budaya kaum India yang sangat menarik
minat mengapa?
Pada pandangan saya,kesenian budaya India tarian (brathanatiyam) silambam,kabadi
dan banyak lagi.Tarian India ialah salah satu tarian klasik India tarian ini akan mengambil
masa yang lama sebab terdapat pelbagai gerakan tangan dan kaki yang harus
dipelajari.Alat muzik pula terdiri daripada tabla,dholak,sitar,tanpura,dan banyak
lagi.Ukiran dan membuat patung dari tanah liat telah digunakan pada masa
pemerintahan raja-raja chola.Keunikan budaya dan kesenian India harus kita ketahui
dengan lebih mendalam sebab terdapat banyak keajaban.Bukan hanya seni dan budaya
India tapi budaya dan kesenian kaum lain juga ada keajaban yang tersendiri.
2.Apakah peranan anda sebagai generasi muda dalam mengekalkan kesenian dan
budaya kaum anda?
Ibu bapa wajib mengajar anak-anak mengetahui budaya dan kesenian sesuatu dengan
lebih mendalam sebab perubahan zaman kemungkinan besar akan menghapuskan
budaya dan kesenian sesuatu kaum.

38

SOALAN TEMU RAMAH

HAREENI A/P MEGANATHAN

18DDS21F1042

1.Pada pandangan anda, apakah kesenian dan budaya kaum India yang sangat menarik
minat mengapa?
Pada pandangan saya, kesenian dan budaya kaum India yang sangat menarik minat saya
ialah perayaan. Kaum India merayakan perayaan seperti Deepavali,Ponggal,Thaipusam
dan lain-lain.Hal ini menarik minat saya dengan menyambut peryaan pada masa yang
sama meraikan dengan memakai pakaian tradisional.
2.Apakah peranan anda sebagai generasi muda dalam mengekalkan kesenian dan
budaya kaum anda?
Sebagai generasi muda dalam mengekalkan kesenian dan budaya kaum saya adalah
dengan mengadakan aktiviti-aktiviti sempena perayaan.

39

GALLERY

40

GALLERY

41

SUMBER RUJUKAN

KEUNIKAN SUKAN SEPAK TAKRAW

https://sukan.my/ciri-ciri-standard-bola-sepaktakraw-menurut-
piawaian-istaf/

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hamid_Mydin

https://penahitamputih.wordpress.com/3-teknik-teknik-sepak-
takraw/

KEK LAPIS SARAWAK

http://dqkeklapis.blogspot.com/2011/04/asal-usul-kek-
lapis.html?m=1

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kek_lapis_Sarawak?wprov=sfla1

https://resepikekbest.blogspot.com/2014/09/resepi-kek-lapis-
sarawak.html

42

SUMBER RUJUKAN

PAKAIAN TRADISIONAL SUKU KAUM
SABAH

https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/sabah.html
https://malay.wiki/content/Murut/Pakaian%20tradisional.html
https://www.google.com/url?
sa=t&source=web&rct=j&url=http://tintanynaa.blogspot.com/20
16/10/pakaian-tradisi-orang-
sabah.html%3Fm%3D1&ved=2ahUKEwjM0p7ZiOD6AhVF4DgGH
QRRBpIQFnoECA4QAQ&usg=AOvVaw3eSPpN9g0eV3W6FyO-
tDMO

TRADISIONAL MUSIK INDIA

https://www.slideshare.net/ElektifMuzikIPGKPM/muzik-
orkestra-klasik-india

43

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kami berharap agar e-
majalah yang bertajuk Selekz ini dapat
memberi impak yang positif dalam kalangan
pembaca. E-majalah yang memaparkan
pelbagai keunikan dan seni budaya negara
kita ini juga diharapkan dapat menarik
minat generasi muda terhadap ketinggian

nilai estetika negara Malaysia.



Selain itu, e-majalah yang kami hasilkan ini
juga menggunakan gabungan elemen

warna, info dan grafik yang sangat menarik
dan berwarna-warni sesuai dengan citarasa

remaja dan generasi muda kini. Maka,
berkembanglah harapan kami supaya ia
mampu menjadi penumpuan minat kepada
pembaca untuk mengetahui dan mendalami

sejarah dan budaya pelbagai kaum di
negara kita.



Akhir sekali, kami juga berharap agar
majalah berkonsepkan ilmiah dan

penerapan nilai seni dan kepelbagaian
bangsa ini semakin banyak di pasaran
negara kerana ia mampu menerapkan
perpaduan silaturahim yang lebih erat
terhadap kaum - kaum yang berbeza dia
Malaysia ini serta menarik perhatian orang
luar untuk memahami budaya dan agama

yang berlainan di Malaysia ini.

44


Click to View FlipBook Version