The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TESLE0621 Alya Natasha Binti Abd Raup, 2023-07-18 23:58:46

2021212350114_TUGASAN 2_ MPU3081

2021212350114_TUGASAN 2_ MPU3081

TUGASAN KERJA KURSUS INDIVIDU SESI 2023/SEMESTER 6 Nama : ALYA NATASHA BINTI ABD RAUP Angka Giliran : 2021212350114 Nombor Kad Pengenalan : 020422130584 Kumpulan/Unit : TESL F PISMP AMBILAN JUN 2021 Kod dan Nama Kursus : MPU3081 PERSATUAN Nama Pensyarah : DR SYARINA BINTI MAHMOOD Tarikh Hantar : 14/07/2023 Tarikh Diterima : 14/07/2023 (Diisi Oleh Pensyarah Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar: Jumlah markah: Tarikh : 14/07/2023 JABATAN/UNIT: JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KOKURIKULUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR


Laporan Kajian Kes Penubuhan Persatuan Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan South Miri 1.0 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, persatuan adalah ditakrifkan sebagai gabungan, ikatan, kumpulan ataupun anggota jawatankuasa. Di setiap sekolah, pasti wujudnya pelbagai jenis kelab dan persatuan yang telah ditubuhkan bagi mencapai objektif dan matlamat yang tertentu. Di Malaysia, kokurikulum ini merangkumi penyertaan muridmurid dalam aktiviti sukan dan permainan, persatuan dan juga unit beruniform. Oleh itu, setiap pelajar dikehendaki menyertai sekurang-kurangnya satu persatuan, satu sukan dan satu badan unit beruniform. Selaras dengan teras kedua dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Membangunkan Modal Insan. Hal ini boleh dibuktikan kerana penyertaan murid sebagai generasi muda dalam kokurikulum ini dapat memupuk semangat perpaduan, muhibah dan integarsi nasional sama ada secara langsung atau sebaliknya semasa menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Bukan itu sahaja, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, tahap disiplin murid-murid boleh dipertingkatkan. 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Kajian laporan kes ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan South, Miri dari tarikh 13 Mac 2023, Isnin sehingga 17 Mac 2023, Jumaat. Berdasarkan penerangan dalam temu bual yang telah diperoleh daripada Encik Fakhrul Hakim bin Abdullah, selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris, beliau telah menceritakan beberapa faktor yang menjadi pencetus kepada penubuhan Persatuan Bahasa Inggeris ini. Menurut beliau, Persatuan Bahasa Inggeris ini merupakan salah satu persatuan yang dapat mempunyaii penyertaan yang aktif daripada murid-murid. Beliau turut menjelaskan bahawa Persatuan Bahasa Inggeris ini telah giat berjalan sejak tahun 2010 lagi atas tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif yang telah diharapkan oleh guru-guru Bahasa Inggeris. Encik Fakhrul telah menyandang jawatan sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris selama lima tahun dan guru matapelajaran Bahasa Inggeris selama 17 tahun. Oleh itu, beliau berharap bahawa Persatuan Bahasa Inggeris ini dapat kekal giat aktif supaya objektif-objektif utama penubuhan persatuan ini dapat terus tercapai.


2.1 Objektif Kajian i) Mengenal pasti sejarah penubuhan Persatuan Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan South, Miri. ii) Mengetahui tentang strategi kewangan dan dana yang diperoleh untuk memastikan kelangsungan Persatuan Bahasa Inggeris di sekolah. iii) Menganalisis SWOT untuk tujuan penambahbaikan sebarang isu dan masalah di sekolah. 3.0 SENARAI JAWATANKUASA PERSATUAN BAHASA INGGERIS SK SOUTH MIRI Secara rasminya, Persatuan Bahasa Inggeris ini telah ditubuhkan pada tahun 2012 di SK South, Miri. Persatuan Bahasa Inggeris ini telah ditubuhkan atas tujuan untuk menyatukan murid-murid dengan guru-guru matapelajaran Bahasa Inggeris agar mereka dapat menyerap ilmu dan pengetahuan tentang Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam. Selain itu, persatuan ini juga telah ditubuhkan untuk memastikan murid-murid dapat mencapai tahap yang cemerlang dalam penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Malaysia. Melalui penubuhan Persatuan Bahasa Inggeris ini juga, guru-guru dapat berganding bahu untuk menjana idea dalam mencipta atau mengubah suai sesuatu inovasi dalam membentuk satu medium untuk menarik perhatian murid-murid agar berminat untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Persatuan ini terdiri daripada beberapa ahli jawatankuasa yang kebanyakannya disandang oleh guru-guru di SK South, Miri. Berikut merupakan senarai jawatankuasa yang terkini Persatuan Bahasa Inggeris di SK South, Miri: JAWATAN NAMA Guru Panitia Mohd Fakhrul Hakim bin Abdullah Guru Penasihat Dayangku Zainatul binti Awangku Iqbal Pembantu Guru Penasihat Wan Zainal bin Wan Zainuddin Pengerusi Kelab (Pelajar) Sharifah Fayruz binti Sheikh Wan Madihi Naib Pengerusi Kelab (Pelajar) Iman Nabeel bin Khairul Nabil Setiausaha (Pelajar) Ammar Zhafran bin Ahmad Danial Naib Setiausaha (Pelajar) Nur Syafirah binti Mohd Daniel Bendahari (Pelajar) Norsyafiqah Saheera binti Nor Ahmad AJK Darjah 4 Muhammad Adam bin Muhammad Aliff AJK Darjah 5 Sharifah Aleeya binti Mohd Rauf AJK Darjah 6 Asha Hafsa binti Akashah Hafis


3.1 KAEDAH PENUBUHAN PERSATUAN Persatuan Bahasa Inggeris SK South Miri ini telah ditubuhkan melalui satu kaedah di mana guru-guru akan mengadakan mesyuarat untuk mengenal pasti persatuan yang ditubuhkan. Kemudian, guru akan menyediakan kertas kerja untuk mengusulkan penubuhan persatuan Bahasa Inggeris ini dan kemudiannya guru-guru dan pihak yang sepatutnya terlibat telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Penaja untuk memastikan persatuan mendapat tajaan daripada pihak tertentu bagi memudahkan kelangsungan persatuan. Guru kemudiannya mengemukakan surat permohonan penubuhan penaja persatuan dan menunggu sama ada permohonan tersebut mendapat kelulusan ataupun sebaliknya. Setelah mendapat kelulusan, guru penasihat bagi persatuan tersebut telah dilantik dan ahli-ahli persatuan akan mengadakan mesyuarat agung penubuhan persatuan diikuti dengan pendaftaran ahli persatuan serta mengesahkan perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan. 4.0 SENARAI AKTIVITI Persatuan Bahasa Inggeris ini bergiat dengan sangat aktif kerana persatuan ini terkenal dengan pelbagai aktiviti yang menarik setiap tahun. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan supaya muridmurid boleh memupuk semangat cinta akan Bahasa Inggeris supaya dapat memudahkan mereka untuk berkomunikasi menggunakan bahasa tersebut kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dimana ia menjadi medium komunikasi antara warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia. Berikut merupakan senarai aktiviti tahunan yang telah disenarai pendekkan yang dipercayai telah mendapat penyertaan peringkat kebangsaan: 1) ‘Public Speaking’ ataupun Ucapan Awam - Setiap tahun, pihak sekolah berjaya mencungkil bakat murid-murid dalam Pertandingan Ucapan Awam dan pencapaian ini telah berjaya mengharumkan nama sekolah. 2) ‘Short Plays’ ataupun Lakonan Pendek - Aktiviti lakonan pendek ini juga seringkali mendapat sambutan hangat kerana bakat lakonan pelajar berjaya dicungkil dan sekaligus dapat mempertingkatkan tahap perbendaharaan kata mereka dalam komunikasi harian.


5.0 STRATEGI KEWANGAN Persatuan Bahasa Inggeris ini berjaya mengumpulkan dana untuk menjana kelangsungan persatuan dengan menyertai aktiviti jual beli pada Hari Keusahawanan Sekolah. Pengumpulan dana persatuan ini telah diperoleh sepenuhnya dari aktiviti tersebut tanpa melibatkan sebarang perbelanjaan ataupun kutipan wang daripada pelajar. 7.0 ANALISIS SWOT (STRENGTH, WEAKNESS, OPPORTUNITY, THREAT) i) STRENGTH (Kekuatan) - Persatuan ini mendapat sokongan penuh daripada ibu-bapa dan murid-murid kerana guru-guru yang terlibat sangat berkomited dan kompeten dalam memastikan persatuan ini berlangsung dengan baik. ii) WEAKNESS (Kelemahan) - Sumber dana dan kewangan persatuan ini agak lemah dimana ia menyebabkan sedikit kekangan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti kerana kekurangan wang yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan yang diperuntukkan untuk aktiviti tersebut. Iii) OPPORTUNITY (Peluang) - Aktiviti-aktiviti tahunan yang wajib dilaksanakan seperti ‘public speaking’ dan ‘short plays’ ini membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk menyertai pertandingan pada peringkat global seperti English Speaking Union of Malaysia (ESUM) dalam International Public Speaking Contest. Peluang ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri murid-murid sekaligus dapat meluaskan ‘circle network’. iv) THREAT (Ancaman) - Kegiatan aktif ahli persatuan semakin perlahan kerana mereka agak bosan dengan aktiviti yang sama setiap tahun. 8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ISU Isu pengumpulan dana dapat diselesaikan dengan menambah rangkaian tajaan daripada beberapa pihak supaya aktiviti-aktiviti persatuan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.


Pada masa yang sama, guru-guru yang terlibat haruslah menjadi lebih kreatif dalam mencipta inovasi untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang baharu dan lain daripada yang lain agar murid-murid tidak mudah bosan malahan lebih tertarik untuk menyertai persatuan Bahasa Inggeris ini. 9.0 PENUTUP Melalui kajian kes ini, saya telah memperoleh macam-macam ilmu baharu tentang cara pengurusan persatuan agar dapat diteruskan dalam jangka masa yang panjang. Kewangan juga memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan aktiviti itu dapat dilaksanakan tanpa sebarang isu. Kesimpulannya, penubuhan sesebuah persatuan ini melibatkan banyak aspek yang perlu diambil kira agar dapat memastikan objektif dan matlamat penubuhan persatuan dapat dicapai.


Click to View FlipBook Version