The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TESLE0621 Alya Natasha Binti Abd Raup, 2023-06-28 07:59:36

2021212350114_Tugasan 1_MPU3081

2021212350114_Tugasan 1_MPU3081

TUGASAN KERJA KURSUS INDIVIDU SESI 2023/SEMESTER 6 Nama : ALYA NATASHA BINTI ABD RAUP Angka Giliran : 2021212350114 Nombor Kad Pengenalan : 020422130584 Kumpulan/Unit : TESL F PISMP AMBILAN JUN 2021 Kod dan Nama Kursus : MPU3081 PERSATUAN Nama Pensyarah : DR SYARINA BINTI MAHMOOD Tarikh Hantar : 28/06/2023 Tarikh Diterima : 28/06/2023 (Diisi Oleh Pensyarah Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar: Jumlah markah: Tarikh : 28/06/2023 JABATAN/UNIT: JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KOKURIKULUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR


SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT JOSEPH, D/A PEJABAT PELAJARAN GABUNGAN MIRI, P.O BOX 37, JALAN ANGSANA, 98000 MIRI, SARAWAK KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT JOSEPH DISEDIAKAN OLEH: KETUA PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT JOSEPH


PENDAHULUAN Kertas kerja ini disediakan adalah atas tujuan untuk memohon pihak tuan mempertimbangkan rancangan untuk menubuhkan Persatuan Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Saint Joseph, Miri. Persatuan Bahasa Inggeris ini merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris di luar dan dalam kawasan sekolah dan juga untuk mengadakan beberapa aktiviti yang menarik untuk mencuri perhatian dan minat pelajar untuk belajar dan menggunakan Bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana, waktu pembelajaran subjek Bahasa Inggeris dalam sekolah agak terhad untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh menarik minat para pelajar untuk terlibat dalam penggunaan Bahasa Inggeris. 1.0 RASIONAL PENUBUHAN Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran yang kurang digemari oleh segelintir individu. Ramai yang berpendapat bahawa Bahasa Inggeris ini tidak perlu diberikan perhatian kerana ia bukan bahasa rasmi di negara Malaysia. Namun, ramai juga yang tidak menyedari bahawa Bahasa Inggeris merupakan satu medium perantara untuk berkomunikasi dengan orang luar. Sebagai contohnya, sekiranya kita sedang berada di luar negara seperti London, kita sudah semestinya akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dengan warga London kerana mereka belum tentunya memahami Bahasa Melayu. Dalam erti kata yang mudah, Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang sangat penting agar dapat memudahkan proses berkomunikasi dengan orang. Bukan itu sahaja, dengan adanya Persatuan Bahasa Inggeris ini, para pelajar akan didedahkan dengan lebih banyak peluang kerjaya baru. Kini, pasaran kerja adalah sangat luas, di mana lebih banyak syarikat memerlukan para pekerja yang boleh berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan dari seluruh negara. Pasaran kerjaya global kini membuka ruang kepada orang yang boleh bertutur dalam banyak bahasa, oleh itu Bahasa Inggeris boleh membuka ruang kerjaya kepada pelajar. Dengan mempelajari Bahasa Inggeris, seseorang itu boleh menjadi penterjemah, guru bahasa dan juga belajar dalam bidang pemasaran untuk syarikat peringkat global. Persatuan Bahasa Inggeris ini diharapkan dapat menunjukkan keseronokan belajar Bahasa Inggeris kerana kita dapat berhibur dalam pelbagai cara kerana ia akan membuka ruang hiburan yang lebih luas kepada kita. Dalam persatuan ini juga para pelajar akan didedahkan dengan satu aplikasi pembelajaran Bahasa Inggeris yang berinovatif di mana ia boleh menjadikan bideo asli Berbasa Inggeris seperti treler filem, video muzik, ucapan inspirasi boleh diakses oleh pelajar Bahasa Inggeris, iaitu FluentU. Tambahan pula, aplikasi FluentU ini boleh mengolah video ini menjadi alat pembelajaran bahasa yang unik.


2.0 MATLAMAT Matlamat utama penubuhan Persatuan Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Saint Joseph ini adalah untuk memupuk minat para pelajar untuk mempelajari dan mendalami Bahasa Inggeris. Hal ini adalah penting agar guru-guru dapat memantapkan dan meluaskan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah. Bukan itu sahaja, matlamat Persatuan Bahasa Inggeris ini ditubuhkan adalah untuk memastikan pelajar cemerlang dan kompeten dalam pendidikan yang berpaksikan alaf ke-21 ini. 3.0 OBJEKTIF Terdapat beberapa objektif utama bagi penubuhan Persatuan Bahasa Inggeris ini. Antaranya adalah untuk: 3.1 Melahir, memupuk dan menambahkan minat terhadap Bahasa Inggeris. 3.2 Memberi kesedaran kepada pelajar untuk mempelajari dan mengetahui undangundang atau peraturan Persatuan Bahasa. 3.3 Memupuk perasaan bangga terhadap persatuan. 3.4 Melahirkan ahli yang suka menimba ilmu dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri. 3.5 Melahirkan individu yang mempunyai sifat berkepimpinan dan berwibawa. 3.6 Memberi peluang kepada guru untuk menjalankan aktiviti persatuan dengan lebih mudah dan selaras. 3.7 Memupuk semangat kerjasama melalui aktiviti berkumpulan. 3.8 Mencungkil bakat para pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris. 4.0 VISI Menjadikan Persatuan Bahasa Inggeris sebagai komuniti yang berilmu dan cemerlang menjelang tahun 2023. 5.0 MISI 1. Memastikan pengurusan dan kepimpinan yang cekap, telus dan berkesan. 2. Memastikan akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang lebih cemerlang dan terbilang. 3. Membentuk sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan. 6.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran bagi Persatuan Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Saint Joseph ini melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Pihak Persatuan Bahasa Inggeris ini


mensasarkan kumpulan murid Tahun 4, 5 dan 6 untuk mempersiapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi tentang Bahasa Inggeris. 7.0 CARTA ALIR PENUBUHAN PERSATUAN Mengenal pasti persatuan yang ditubuhkan Penyediaan kertas kerja penubuhan persatuan Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Penaja Mengemukakan surat permohonan penubuhan penaja persatuan KELULUSAN Melantik guru penasihat Mengadakan mesyuarat agung penubuhan kelab dan persatuan Meluluskan penubuhan kelab dan persatuan Mendaftarkan ahli kelab dan persatuan Mengesahkan perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab dan persatuan Mengoperasikan kelab dan persatuan


8.0 STRUKTUR JAWATANKUASA Berikut merukapan struktur jawatankuasa bagi penubuhan Persatuan Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Saint Joseph, Miri: PENGERUSI Pn Maria binti Sudin (Guru besar) PENYELARAS KELAB PERSATUAN Puan Hafizah binti Hafiz SETIAUSAHA KOKURIKULUM Encik Zulfikri bin Zulhakim NAIB PENGERUSI Encik Azmi bin Ali (PK Kokurikulum) PERSATUAN BAHASA INGGERIS Pn Marima binti Mat Wan (Guru penasihat)


9.0 CADANGAN AKTIVITI Untuk menjayakan Persatuan Bahasa Inggeris ini dan memastikan persatuan ini sentiasa aktif, terdapat beberapa senarai aktiviti yang telah dicadangkan. Berdasarkan jadual yang telah disediakan berikut, telah diusahakan agar tiada sebarang waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang akan diambil dan mengganggu waktu PdP tersebut. Aktiviti-aktiviti ini akan dijalankan pada setiap hari Selasa pada pukul 2:30 petang hingga 4:30 petang. Masa selama dua jam ini perlu diperuntukkan agar dapat menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut dengan lancar. RANCANGAN AKTIVITI MINGGUAN PERSATUAN BAHASA INGGERIS MINGGU PROGRAM AKTIVITI CATATAN Minggu 1 Mesyuarat Agung 1. Aktiviti suai kenal antara ahli dan guru penasihat 2. Perbincangan tentang aktiviti-aktiviti tahunan dalam persatuan 3. Pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Minggu 2 Play Scripts 1. Memperkenalkan penulisan skrip dalam Bahasa Inggeris. 2. Memberikan lebih pendedahan kepada murid-murid berkaitan skrip Inggeris. 3. Memberikan penerangan tentang teknik yang mudah dalam mengenali skrip. 4. Membuat latihan mudah. Minggu 3 Spelling Bees 1. Mengingat dan menambah penguasaan ejaan dalam perkataan Bahasa Inggeris.


2. Menerangkan tentang cara-cara aktiviti yang akan dijalankan. 3. Membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. 4. Aktiviti akan dijalankan dalam bentuk pertandingan. 5. Guru-guru akan membimbing muridmurid. Minggu 4 Word Jumble Race 1. Memberi pendedahan dan menambah perbendaharaan kata murid-murid. 2. Membahagikan murid-murid dalam kumpulan. 3. Memberikan beberapa huruf kepada murid-murid dan mereka perlu menulis perkataan di papan putih. 4. Aktiviti dijalankan dalam bentuk pertandingan. Minggu 5 Crossword Puzzle 1. Meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris. 2. Murid diberikan latihan teka silangkata Bahasa Inggeris. 3. Murid perlu menyelesaikan latihan tersebut dan berbincang dengan guru pembimbing. 4. Minggu 6 IDIPRO (Idioms and Proverbs) 1. Memberi contoh penggunaan ‘idioms’ dan ‘proverbs’ dalam perbualan harian melalui video. 2. Guru penasihat memberi tugasan. 3. Murid menonton video untuk melihat contoh penggunaan ‘idioms’ dan ‘proverbs’ dalam perbualan harian.


4. Murid mengenal pasti jenis ayat yang digunakan dalam video. Minggu 7 ‘Spelt It Right’ 1. Pelajar-pelajar akan bermain satu jenis permainan yang berbentuk kuiz yang boleh meningkatkan ingatan tentang perkataan bahasa Inggeris. Minggu 8 Action Songs 1. Pelajar-pelajar diberikan satu lagu untuk dipersembahkan secara berkumpulan. 2. Minggu 9 Short Plays 1. Pelajar akan dipecahkan ke beberapa kumpulan dan diberikan skrip short-play tersebut. 2. Pelajar dikehendaki melakonkan semula watak-watak dalam skrip tersebut secara berkumpulan. 3. Pelajar kemudiannya perlu membuat persembahan dalam kumpulan. Minggu 10 Wish Card Invention 1. Pelajar dikehendaki mencipta dan menghasilan sekeping kad ucapan dalam Bahasa Inggeris mengikut kreativiti masing-masing. 2. Tema dan tajuk telah ditetapkan oleh guru penasihat. Minggu 11 Public Speaking 1. Pelajar diajar untuk menggunakan perkataan yang betul dan sopan ketika memberikan ucapan. 2. Pelajar-pelajar juga diajar untuk memberikan ucapan di hadapan khalayak orang ramai. Minggu 12 Treasure Hunt 1. Guru penasihat bertanggungjawab memberikan penerangan dan arahan kepada pelajar-pelajar yang telah dibahagikan ke dalam kumpulan.


2. Guru memberikan kertas arahan kepada setiap wakil kumpulan. 3. Pelajar-pelajar menjalankan aktiviti Treasure Hunt dalam kumpulan. 10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PERSATUAN Pihak Persatuan Bahasa Inggeris telah memutuskan untuk tidak menggunakan terlalu banyak bahan yang memakan kos, jadinya aktiviti lebih kepada penggunaan teknologi dan digital seperti penggunaan video dan slaid pembentangan sahaja berbanding menggunakan helaian kertas mahjong. Oleh itu, pihak ini ingin memohon persetujuan pihak sekolah untuk meluluskan perbelanjaan yang telah diperuntukkan ini. Berikut merupakan anggaran perbelanjaan yang diperuntukkan untuk Persatuan Bahasa Inggeris: Bil. Item RM/Unit Kuantiti RM 1. Kertas A4 (rim) RM 10.99 2 RM 21.98 2. Pencil (12 btg/kotak) RM 2.50 5 RM 12.50 3. Fail RM 0.90 75 RM 67.50 4. Pen marker RM 2.75 10 RM 27.50 JUMLAH RM 129.48 11.0 PENUTUP Adalah diharapkan bagi pihak tuan untuk meluluskan rancangan penubuhan Persatuan Bahasa Inggeris ini atas rasional-rasional yang telah diusulkan.


Disediakan oleh: Diluluskan oleh: ____________________________________ _______________________ (ALYA NATASHA BINTI ABD RAUP) (MOHD MARIA BINTI SUDIN) Setiausaha, Guru Besar, Guru matapelajaran Bahasa Inggeris, Institut Pendidikan Guru SK Saint Joseph, Miri SK Saint Joseph, Miri Tarikh : 22 Februari 2017 Tarikh :


Click to View FlipBook Version