The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerja Kursus Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BMMB30623 Mohd Zakwan Aiman Bin Mohd Sidik, 2023-04-09 02:08:00

Kerja Kursus Sastera

Kerja Kursus Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN BMMB1104 KESUSATERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Nama : MOHAMAD ZAKWAN AIMAN BIN MOHD SIDIK No. K/P : 040520-03-0745 Angka Giliran : 2022242310064 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : Y3 Nama Pensyarah : PUAN ROS ANITA KARTINI BINTI MOHAMED Tarikh Hantar : 13 FEBRUARI 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____13 Februari 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


2 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK: SEMESTER JANUARI 2023-MEI 2023 Program: PPISMP Nama Pelajar: MOHAMAD ZAKWAN AIMAN BIN MOHD SIDIK Kod: BMM1104 Semester / Tahun: Semester 1 / Tahun 1 Ambilan: Jun 2022 Kumpulan: Y1, Y2, Y3 dan Y4 Nama Kursus: Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar 1. Penghasilan Produk 20 JANUARI 2023 13 FEBRUARI 2023 2. Persembahan 16 FEBRUARI 2023 20 MAC 2023 Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam Puisi Melayu Tradisional. (C2, HPP1) 2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2). 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2, HPP5, KKG1, KIK2) Pentaksiran berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3. Objektif Pentaksiran Berterusan Pelajar dapat: 1. Menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi tradisional. 2. Memperincikan fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu Tradisional. 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera melalui persembahan simulasi puisi kanak-kanak


3 “Masyarakat rumpun Melayu tradisional sering dilihat sebagai masyarakat yang memiliki tahap pemikiran dan budi bahasa yang tinggi kerana penyampaian puisi dihasilkan secara imaginatif pada masa yang sama mempunyai bentuk struktur terkawal serta bahasa yang indah bagi mengimbangkan nilai rasa dan nilai erti.” – (Dharmawijaya, 1998) Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut; TUGASAN 1: Penghasilan Produk (30 markah) Berdasarkan penyataan di atas, Puisi Melayu Tradisi merupakan Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia. i. Terangkan konsep dan fungsi Puisi Melayu Tradisional sebagai Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia dengan menghasilkan sebuah bentuk penulisan flip ebook. ii. Huraian dan penjelasan yang pelajar kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan tidak melebihi 1200 patah perkataan. iii. Penulisan perlu menggambarkan kemahiran pelajar mengorganisasikan idea dan kemahiran pemikiran kritis dalam menginterpretasikan huraian di atas. TUGASAN KPPB Tugasan ini berkongsi Big Idea (Puisi Melayu Tradisi Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia) dengan kursus BMMB1114 (Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi), kursus BMMB1124 (Literasi Bahasa), dan kursus BMMB1134 (Keterampilan Berbahasa). Projek KPPB dilaksanakan mengikut kesesuaian Big Idea. TUGASAN 2: Persembahan (30 markah) "Pemerolehan bahasa adalah sebagai satu proses penuranian tatabahasa ibunda bagi seorang kanak-kanak yang melibatkan aktiviti-aktiviti mengamati, memahami dan menerbitkan ujaran.” (Simanjuntak, 1987). a) Aspek Kandungan Secara berkumpulan, anda dikehendaki; i. Menganalisis beberapa buah puisi kanak-kanak seperti “Lagu Tiga Kupang”, “Tepuk Amai-


4 amai”, “Burung Kakak Tua” dan sebagainya. Perbincangan yang dibuat seharusnya berdasarkan asas kritikan sastera yang dipelajari. b) Aspek komunikasi i. Simulasikan puisi kanak-kanak terpilih sebagai wahana kesantunan bahasa dan budaya secara didik hibur bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di bilik darjah. ii. Simulasi tersebut perlu dipersembahkan melalui aplikasi youtube berdurasi 30 minit. iii. Persembahan akan dinilai melalui aspek komunikasi dan aspek kandungan. Arahan Pelaksanaan Tugasan: 1. Perbincangan Tugasan 1 perlu dilaksanakan secara individu dalam bentuk flip eBook. 2. Tugasan 2 perlu dilaksanakan secara berkumpulan dua hingga tiga orang menggunakan kemahiran digital. 3. Panjang penulisan dalam penghasilan produk bagi Tugasan 1 ialah 1200 patah perkataan tidak termasuk rajah dan lampiran. 4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 5. Produk dan persembahan yang dihasilkan ini perlu disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 6. Liputan dan isi kandungan kertas kerja perlu kreatif dan kritis, menyeluruh, konsisten dan terperinci berserta dengan bahan-bahan yang digunakan. 7. Pemahaman yang mendalam berkaitan aspek yang dituliskan. 8. Keseluruhan penulisan kertas kerja perlu menunjukkan ketulenannya. 9. Penulisan akademik haruslah menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahkan isi kandungan secara kreatif, kritikal dan analitikal. 10. Format dan organisasi perlu jelas dan koheren. 11. Rumusan yang ringkas, padat dan komprehensif. 12. Rujukan sumber perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat seperti buku, jurnal, intenet dan bahan bercetak yang lain. 13. Bagi menyeragamkan proses penghasilan kerja kursus agar persembahan hasil kerja kursus menepati standard yang ditetapkan: 13.1. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah. 13.2. Fon: Arial. 13.3. Saiz huruf: 11. 13.4. Langkau: 1.5 13.5. Rujukan: APA 7(American Psychological Association) terkini. 13.6. Rajah perlu dilabelkan. 14. Muka hadapan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: 14.1. Nama Pelajar 14.2. Angka Giliran 14.3. Nombor Kad Pengenalan 14.4. Kumpulan / Unit


5 14.5. Kod dan Nama Kursus 14.6. Nama Pensyarah 14.7. Tarikh Hantar 15. Pentaksiran Berterusan ini akan dinilai berdasarkan panduan pemarkahan yang disediakan. Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh : _______________________________ (Nama : SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR) Ketua Jabatan


6 PENGHARGAAN Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia daripadanya dapat saya menyiapkan Kerja Kursus ini dengan sempurna dan jayanya. Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana telah memberi peluang kepada saya dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan baik. Walau terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan namun ia tidaklah menjadi masalah yang besar dalam menyiapkan tugasan ini. Namun begitu, kami tetap berusaha mencari bahan rujukan daripada pelbagai sumber dan hasilnya tugasan ini dapat disiapkan atas usaha keras. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Ros Anita Kartini Binti Mohamed kerana memberi tunjuk ajar kepada kami dalam mencurahkan ilmu pengetahuan dan banyak membantu dalam memberi panduan dan tunjuk ajar dalam kursus BMMB 1104 Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu pada tahun ini. Seterusnya, Puan Ros Anita Kartini juga telah memberi kepercayaan yang cukup besar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan penuh semangat yang diberikan dan dapat menghantar kerja kursus tersebut tepat pada tarikh yang telah ditetapkan. Semoga ilmu yang dicurahkan oleh Puan Ros Anita Kartini dapat memberi 1001 maslahat kepada kami dan sebab dalam kejayaan kami dalam tugasan pada kali ini. Di samping itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan Unit Y1, Y2, Y3 dan Y4 yang selalu memberi nasihat dan bantuan sedikit sebanyak yang amat berguna kepada saya. Bukan itu sahaja, kata-kata semangat juga diberikan oleh mereka dan menyebabkan saya lebih bersemangat dalam menyiapkan tugasan pada kali ini. Jelaslah bahawa, tanpa mereka sudah tentu tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna sebagaimana yang dijangkakan. Semoga usaha yang telah kita lakukan pada kalini dapat menjadikan kita sebagai seorang guru yang berjaya pada masa akan datang dan menjadi guru yang berwibawa, amanah dan bertanggungjawab. Akhir kata, saya berharap tugasan pada kali ini dapat membuahkan hasil yang sangat bermakna untuk saya dan rakan-rakan dan mendapat keputusan yang cemerlang. Secara tidak langsung, ianya menjadi pembakar semangat dalam menghadapi pelbagai lagi tugasan yang seterusnya. Oleh itu, segala yang kita pelajari dalam menyiapkan tugasan ini akan menambahkan banyak lagi ilmu pengetahuan saya serta dapat menjadi seorang pendidik yang menyebarkan ilmu yang berguna dan dapat mendidik anak-anak bangsa dengan sebetulnya ke arah bidang yang diceburi khususnya bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu.


7 ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN.........................................................................................................1 2.0 KONSEP PUISI MELAYU TRADISIONAL ..............................................................1 2.1 PANTUN ........................................................................................................................1 2.2 SYAIR.............................................................................................................................2 2.3 GURINDAM...................................................................................................................2 2.4 SELOKA ........................................................................................................................2 3.0 FUNGSI PUISI MELAYU TRADISIONAL ................................................................2 3.1 HIBURAN ......................................................................................................................3 3.2 PENDIDIKAN................................................................................................................3 3.3 DAKWAH.......................................................................................................................4 3.4 KRITIKAN SOSIAL......................................................................................................4 4.0 PUISI MELAYU TRADISIONAL YANG DIPILIH SEBAGAI WAHANA KESANTUNAN BAHASA DAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA....................4 4.1 ANALISIS PUISI TRADISIONAL TERPILIH MELALUI MANIFESTASI BUDI MASYARAKAT....................................................................................................................5 6.0 RUMUSAN ....................................................................................................................6 RUJUKAN............................................................................................................................7


1 1.0 PENGENALAN Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2015), perkataan kesusasteraan berasal daripada perkataan sanskrit iaitu susastera yang bererti buku indah atau huruf. Bukan itu sahaja, sastera ini dapat diklafikasikan sebagai karya seni yang diwujudkan dalam pelbagai bentuk seperti puisi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), sastera ini boleh diterjemahkan sebagai sebuah keterangan yang panjang lebar serta teratur untuk menjelaskan sesuatu perkara secara terperinci dan karya tersebut tidak dikira sama ada sastera lama ataupun moden. Oleh sebab itu, kita dapat hujahkan bahawa kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata yang indah, perasaan, pemikiran dan menggambarkan sesuatu keadaan yang tertentu mengenai diri kita sendiri mahupun golongan masyarakat. 2.0 KONSEP PUISI MELAYU TRADISIONAL Sebagai perenggan yang seterusnya pula ialah puisi tradisional yang dikategorikan sebagai sastera paling awal dalam sesebuah bangsa di dunia. Tanpa disedari, semua bangsa di dunia menggunakan puisi dalam sesuatu hal seperti masyarakat Eropah, Arab, Hindu dan Melayu. Dapat dilihat melalui negara Eropah yang menggunakan puisi bagi menghasilkan dua buah epik yang mencorakkan kepahlawanan iaitu berjudul Iliad dan Odyssey. Menurut Mohd Rosli Saludin (2013), puisi Melayu tradisional ialah hasil karya seni yang sangat mengagumkan kerana mempunyai unsur-unsur berbudi pekerti, emosi serta imaginasi dalam fikiran seseorang. Hal ini menunjukkan bahawa puisi tradisional ini memberikan pesanan yang bermakna buat masyarakat. Berdasarkan Harun Mat Piah (!989), puisi tradisional ini terdiri daripada pantun, syair, seloka, gurindam peribahasa dan sebagainya. Di dalam silibus kesusasteraan Melayu yang dipelajari, ia hanya menekankan kepada beberapa jenis puisi tradisional sahaja iaitu pantun, syair, gurindam dan seloka. 2.1 PANTUN Pantun ini digunakan bagi menyampaikan pemikiran dan perasaan bahkan pantun juga terdiri daripada kaedah rangkapan yang paling tua dalam sejarah masyarakat Melayu. Perciptaan pantun terdiri daripada dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan sehingga dua belas kerat serta pantun berkait. Justeru, pantun mempunyai dua perkara yang penting bagi menghasilkan sesebuah pantun yang baik dan sempurna iaitu maksud dan pembayang. Selain itu, ciri-ciri merujuk kepada baris


2 setiap rangkap. Rima akhir bagi pantun bagi dua rangkap ialah ‘a’, ‘a’. Manakala bagi pantun empat rangkap pula rima akhir berbentuk ‘a’, ‘b’, ‘a’, ‘b’. 2.2 SYAIR Syair adalah sebuah genre yang tersenarai dalam puisi Melayu tradisional. Selanjutnya, syair mempunyai empat hingga enam patah perkataan dan lapan hingga dua belas suku kata pada setiap baris. Selain itu, antara jenis syair ialah syair romantis, syair panji, syair sejarah, syair kiasan dan syair agama. Rima akhirnya berakhir dengan ‘a’, ‘a’, ‘a’, ‘a’ serta memiliki empat rangkap. Secara amnya, syair juga antara puisi Melayu tradisional yang terkenal pada suatu ketika dahulu. 2.3 GURINDAM Pada dasarnya, gurindam ini dibawa oleh agama Hindau atau lebih dikenali sebagai pengaruh sastera Hindu. Fungsi gurindam berkisarkan tentang didikan, hiburan, nasihat dan pengajaran. Seterusnya, gurindam merupakan puisi yang berbentuk terikat tetapi ada yang berbentuk tidak terikat. Manakala, bilangan patah perkataan tiga hingga enam sahaja dan terdiri daripada dua baris serangkap serta rima akhirnya ‘a’, ‘a’. Oleh itu, gurindam ini boleh dibentuk dengan pelbagai sumber untuk menjadikan gurindam tersebut sempurna dan tepat. 2.4 SELOKA Berdasarkan Harun Mat Piah (1989), asal usul perkataan seloka berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu ‘shloka’ yang bererti menyindir. Seloka ditulis dengan empat baris untuk setiap rangkap dan kebiasaan seloka adalah secara bentuk terikat. Tidak dapat dinafikan bahawa seloka ini mengandungi unsur gurau, jenaka, ejekan dan sindiran. 3.0 FUNGSI PUISI MELAYU TRADISIONAL Secara realistiknya, karya sastera ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat untuk menghayati dan menikmati keindahan sastera. Dalam pada itu, karya sastera ini perlu dititikberatkan oleh setiap pengarang kerana perkara ini amatlah penting supaya karya yang dihasilkan dapat diterima oleh masyarakat. Tambahan pula, karya sastera ini juga mencakupi penggunaan gaya bahasa, kata-kata yang indah dan strategi cerita yang menarik minat pembaca untuk membaca sesebuah karya tersebut. Menurut Azman Rahmat (2022), kesusasteraan Melayu bertujuan untuk memupuk pemikiran yang


3 pintar dan bernas Oleh yang demikian, fungsi kesusasteraan yang akan dikarangkan dalam penulisan akademik ini hanyalah empat iaitu hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial. 3.1 HIBURAN Fungsi sastera berbentuk hiburan ini akan melahirkan karya yang dapat menghiburkan dan memberi keseronokan terhadap hati si pembaca. Secara tidak langsung, ia dapat menenangkan dan mengurangkan tekanan pembaca dalam membaca karya sastera tersebut. Sementelahan itu, hiburan ini terhasil daripada perkataan-perkataan yang terungkap, irama yang indah dan enak didengari serta terkandung unsur-unsur kelucuan untuk memantapkan lagi sesebuah hasil karya sastera. Pengarang bertanggungjawab dalam memainkan peranan yang penting untuk menyelaraskan dengan betul tentang penterjemahan jalan cerita agar tidak terpesong ke jalan yang tidak sepatutnya. Sebagai tamsilan, sekiranya sesebuah cerita itu menggambarkan tentang unsur lawak, pendengar atau pembaca seharusnya merasai kelucuan sesebuah karya tersebut. 3.2 PENDIDIKAN Kebiasaannya, pengalaman mereka ini banyak berunsurkan tentang pengajaran dan moral serta pengetahuan berkualiti yang akan dikutip oleh para pembaca. Bukan itu sahaja, pembaca akan mengaplikasikan setiap unsur positif dalam kehidupan seharian untuk membentuk sahsiah yang unggul dalam diri mereka. Perkara ini dapat dijelaskan bahawa penggunaan sastera dalam pendidikan akan memberikan bahan kepada setiap pembaca. Tidak dinafikan bahawa Pendidikan kesusasteraan Melayu ini mampu mencerminkan kesenian seseorang yang kreatif dalam serta dapat menjaminkan penguasaan bahasa khususnya bahasa Melayu. Selanjutnya, kesusasteraan melayu juga merupakan cabang dalam pendidikan untuk menyampaikan sesuatu ilmu yang bermanfaat dan kurikulum. Justeru, dengan adanya pembelajaran yang berkaitan dengan penulisan ilmiah, penulisan kreatif dan lain-lain lagi.


4 3.3 DAKWAH Dakwah didefinisikan cara untuk mengembangkan melambangkan kebesaran Islam kepada golongan masyarakat Melayu. Daripada sudut lain, pengembangan sastera Islam di Alam Melayu dijalankan oleh dakwah-dakwah Islam kira-kira pada abad ke 13 hingga 16 Masihi. Di samping itu, sastera Islam lebih menekankan terhadap nilai ijabiyah iaitu postif dan waqi’iyyah yang bermaksud realistik. Hal ini dapat disimpulkan bahawa sastera Islam telah menggambarkan atau menunjukkan tentang kepercayaan yang kukuh kepada Allah S.W.T. Karya sastera yang telah dihasilkan berunsur dakwah ialah “Biru Langit Itu” yang diterbitkan pada tahun 2015 daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YDIM). Sastera Islam juga telah menegakkan akhlak manusia ke jalan yang benar. Menurut Siddiq Fadzil (2012), kedudukan Melayu telah diiktirafkan sebagai zon tamadun Islam yang mecorakkan Melayu-Islam. 3.4 KRITIKAN SOSIAL Kritikan sosial di dalam karya sastera merupakan sesuatu yang dipaparkan dalam sastera tentang perkara yang akan berlaku dalam kehidupan manusia. Secara amnya, tujuan utama kritikan sosial adalah untuk mengkritik tingkah laku agar dapat membentuk nilai yang positif dalam kehidupan. Sebenarnya, karya sastera seperti novel dan puisi dijadikan sebagai bahan utama dalam menegur ataupun mengkritik secara jujur sesebuah penghasilan karya. 4.0 PUISI MELAYU TRADISIONAL YANG DIPILIH SEBAGAI WAHANA KESANTUNAN BAHASA DAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA PANTUN BERBUDI BAHASA Yang Kurik itu Kundi, Yang merah itu saga; Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa.


5 PANTUN AGAMA Saat melati mekar di taman, Banyak orang akan terkesan, Jika hati dipenuhi keimanan, Membaca Al-Quran tiada bosan. 4.1 ANALISIS PUISI TRADISIONAL TERPILIH MELALUI MANIFESTASI BUDI MASYARAKAT Aspek pemikiran yang dapat dilihat merujuk kepada pantun yang pertama di atas ialah mengenai budi bahasa dalam kalangan masyarakat. Sikap berbudi bahasa perlu disemai dalam diri agar kita mampu mengelakkan daripada berlaku rusuhan, hasad dengki, pergaduhan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, setiap lapisan masyarakat sewajarnya menjaga tutur kata semasa berbicara dengan tidak mengeluarkan kata-kata yang berunsur ke arah negatif. Sebagai contoh, kita hendaklah bertegur dengan bersopan santun khususnya saudara-mara kita semasa bertentang mata. Hal ini mengakibatkan hubungan menjadi lebih erat. Jelaslah bahawa pantun yang pertama itu telah memberikan pandangan yang tinggi tentang budi bahasa dalam kalangan masyarakat. Bagi pantun yang kedua pula ialah berkaitan dengan keagamaan. Daripada rangkap diatas, ia menjelaskan bahawa orang yang beriman akan berasa ringan dalam melakukan amal kebaikan atau ibadah terumatanya membaca kitab suci Al-Quran. Hal ini dikatakan demikian kerana hati yang dipenuhi dengan iman akan berasa tenang dan bahasa semasa melakukan ibadah. Bahkan, jika seseorang itu tidak kuat imannya, sudah pasti dia berasa berat dan malas untun beramal kebaikan. Izharnya, melakukan amal kebaikan memberi impak yang positif kepada kehidupan kita dalam seharian.


6 5.0 RUMUSAN Intihanya, kesusasteraan Melayu ini merangkumi pelbagai cabang yang perlu kita kuasai kerana ia sememangnya diperlukan dalam kehidupan seharian untuk membentuk insan yang berguna serta menuju ke jalan yang benar. Hal ini dapat dijelaskan bahawa sekiranya ilmu kesusasteraan Melayu dibiarkan dengan begitu sahaja, maka kesusasteraan tersebut pasti akan dilupakan oleh masyarakat khususnya generasi muda yang akan datang. Sudah terang lagi bersuluh, kesusasteraan Melayu ini dipenuhi dengan kata-kata yang mulia dan positif yang perlu kita teladi dalam hidup kita sebagai penerus pada zaman yang moden ini. Sementelahan itu, masyarakat sewajarnya memainkan peranan yang penting dalam menjaga warisan daripada nenek moyang kita pada suatu ketika dahulu dengan baik agar terus kekal sehingga ke penghujung zaman. (1207 patah perkataan)


7 RUJUKAN Aripin Said. (2015). Prosa Warisan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan, & Hasnah Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hardiaziqin. (2011). Dirgahayu BianglalaKu: Kesusasteraan Melayu. Dirgahayu BianglalaKu. http://hardiaziqin.blogspot.com/2011/10/kesusasteraan-melayu.html Hashim Awang. (1985). Mendekati Kesusateraan Melayu. Fajar Bakti. Ilham Rasa. (2009). KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL 922/1: Fungsi Kesusasteraan. KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL 922/1. http://kalimahbestari.blogspot.com/2009/02/fungsi-kesusasteraan.html Muhd Norizam, Shaiful Bahri, & Md Radzi. (2015). KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL SEBAGAI WADAH KOMUNIKASI MASSA: SUATU ANALISIS. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid, 31(2), 183–194. http://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf Shamsudin Abu Bakar, Azman Rahmat, & Arfah Ahamad. (2022). Pengantar Kesusasteraan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Sistem Guru Online. (2015, December 20). DEFINISI PUISI MELAYU TRADISIONAL. Sistem Guru Online. https://www.sistemguruonline.my/2015/12/definisi-puisi-melayutradisiona.html Zakaria, & Norazimah. (2017). Akal Budi dan Cerminan Jati Diri Melayu dalam Pantun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4(2), 82–97.


Click to View FlipBook Version