The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arnidawati, 2022-01-15 21:50:21

DIREKTORI KEPAKARAN JPMPK

Buku Kepakaran JPMPK 2022

Direktori Kepakaran

JPMPK

JABATAN PEMBANGUNAN MANUSIA DAN PENGAJIAN
KELUARGA (JPMPK)

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Terbitan

22002211

JADUAL KANDUNGAN

1 Dari Meja Ketua Jabatan
2 Pengenalan JPMPK
3 Kluster Penyelidikan JPMPK
4 Kluster Penyelidikan

Perkembangan Kanak-kanak
dan Remaja
12 K l u ster Penyel i d i k a n
Kesejahteraan Keluarga
19 K l u ster Penyel i d i k a n D e w a s a
dan Penuaan

Dari Meja Ketua Jabatan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas
penerbitan Buku Direktori Kepakaran Jabatan
Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga (JPMPK),
Fakulti Ekologi Manusia, UPM untuk julung kalinya. Buku
Direktori Kepakaran ini adalah idea mantan Ketua JPMPK
iaitu Prof Madya Dr Zainal Bin Madon untuk
memperkenalkan barisan pakar rujuk dalam bidang
pembangunan manusia dan pengajian keluarga di
Malaysia. Usaha ini juga bertepatan dengan dengan
aspirasi UPM melalui Naratif Naib Canselor iaitu
"Menggema Seruan Al-Falah daripada "Menara Ilmu”.
Hasrat UPM agar semua warganya dapat memberikan
sumbangan bermakna kepada kemakmuran negara dan
kesejahteraan rakyat perlu disambut dengan tangan
terbuka. Justeru, direktori kepakaran ahli JPMPK akan
menjadi satu rujukan kepada semua pemegang taruh.
Sebagai sebuah entiti pendidikan, JPMPK mempunyai 14 orang ahli akademik yang
pakar dalam pelbagai bidang disiplin ilmu merangkumi psikologi perkembangan
kanak-kanak dan remaja, psikologi perkembangan, pembangunan manusia,
perkahwinan dan keibubapaan, ekologi keluarga, kaunseling, golongan kurang
upaya, gerontologi serta polisi dan undang-undang keluarga. Kombinasi pelbagai
bidang kepakaran ini memenuhi falsafah ekologi manusia yang menjadikan ahli
jabatan kompeten dan mahir menjalankan penyelidikan dalam bidang
perkembangan manusia sepanjang hayat secara komprehensif.
Berasaskan kepada keunikan dan kekuatan pelbagai disiplin ilmu, pengajian dan
penyelidikan di JPMPK memberi tumpuan kepada tiga (3) bidang utama iaitu
perkembangan kanak-kanak dan remaja, kesejahteraan keluarga serta dewasa dan
penuaan. Rekod prestasi jabatan telah membuktikan bahawa kesemua ahli jabatan
sangat aktif dan proaktif dalam menjalankan penyelidikan berkaitan pembangunan
manusia dan pengajian keluarga untuk menangani pelbagai masalah sosial dalam
komuniti. Tahap penglibatan dan jaringan kerjasama ahli jabatan dalam projek
komuniti dan industri dengan pelbagai agensi di peringkat kebangsaan atau
antarabangsa juga sangat cemerlang.
Justeru, direktori ini merupakan himpunan maklumat bidang kepakaran ahli
JPMPK yang akan menjadi rujukan penting kepada pihak pemegang taruh sama ada
agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, sektor swasta, masyarakat serta pelajar.
Direktori ini memberi peluang kepada ahli JPMPK untuk terlibat sebagai pakar
rujuk, penyelidik, penggubal polisi serta aktiviti yang berkaitan dengan agenda
pembangunan negara serta mewujudkan jaringan kerjasama antara universiti,
industri dan pihak kerajaan. Semoga direktori kepakaran ini membuka peluang
kejayaan (Al-Falah) kepada ahli JPMPK untuk terus memberi sumbangan yang
bermanfaat kepada masyarakat.

DR ROJANAH BINTI KAHAR

1

Pengenalan

JPMPK

Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian
Keluarga memberi penumpuan kepada
pengembangan, pemeliharaan, dan pemerkasaan
individu dan keluarga sepanjang hayat dengan
menggunakan pendekatan ekologi dan pelbagai
disiplin. Kumpulan penyelidikan di jabatan ini
terlibat dalam penyelidikan saintifik, advokasi,
pemulihan dan program intervensi terapi
terhadap kesejahteraan individu dan keluarga,
termasuk komuniti berasaskan pertanian dan
populasi berisiko. Jabatan ini dikendalikan oleh
penyelidik yang sangat mahir dan
berpengalaman, yang terdiri daripada pakar-
pakar dalam bidang psikologi perkembangan,
perkembangan kanak-kanak dan remaja,
keluarga dan keibubapaan, undang-undang
keluarga, kaunseling, dewasa dan penuaan,
psikopatologi dan ketidakupayaan. Pengertian
jabatan mengenai bagaimana pengaruh
biopsikososial mempengaruhi individu dan
keluarga sepanjang hayat, mendorong inisiatif
penyelidikan rentas untuk menyebarkan
pengetahuan dan pengembangan masyarakat.

2

KLUSTER
PENYELIDIKAN

JPMPK

Pakar penyelidik kami berdedikasi untuk meneroka tiga bidang
utama yang merangkumi pelbagai disiplin iaitu:

3

KLUSTER PENYELIDIKAN
PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK DAN
REMAJA

#nurturingpotentials

Fokus Kluster Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak dan Remaja adalah
pada tahap perkembangan kanak-kanak yang berbeza usia: bayi dan kanak-
kanak bertatih, prasekolah, kanak-kanak pertengahan dan remaja. Selain
memfokus kepada domain perkembangan holistik, Kluster Penyelidikan ini
juga menerapkan pengetahuan saintifik yang bertujuan untuk merapatkan
jurang antara pengetahuan dan amalan bagi memperbaiki kehidupan kanak-
kanak dan remaja dalam menghadapi kesulitan. Kluster Penyelidikan
Perkembangan Kanak-kanak dan Remaja menyediakan pelbagai program
dan perkhidmatan sokongan yang sesuai dengan keperluan perkembangan
kanak-kanak sejak lahir hingga berumur 18 tahun. Aktiviti Kluster
Penyelidikan ini menekankan kepada elemen penyelidikan, intervensi serta
jaringan masyarakat dan industri.

4

Profil
Pensyarah

1 Prof Madya Dr Mariani binti Mansor
2 Prof Madya Dr Zainal bin Madon
3 Dr Rojanah binti Kahar
4 Dr Mohd. Najmi bin Daud
5 Dr Nellie binti Ismail
6 Dr Mohamad Naqiuddin bin Dahamat Azam

5

Prof Madya Dr Mariani binti Mansor

B.A (Hons), M. Phil (UM), PhD (UKM)
[email protected]

Bidang Kepakaran:
Psikologi Perkembangan Kanak-kanak dan Remaja

Profesor Madya Dr. Mariani binti Mansor Kepakaran dan kemahiran beliau turut
merupakan Pensyarah di Jabatan diiktiraf oleh beberapa agensi luar UPM
Pembangunan Manusia dan Pengajian seperti UPSI, PERMATA, LPPKN, pihak
Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti swasta (Shingo-U) serta beberapa pihak
Putra Malaysia. Bidang kepakaran beliau media dan sering dijemput untuk
adalah Psikologi Perkembangan Kanak- memberi ceramah berkaitan isu kanak-
Kanak dan Remaja, dan Penderaan Kanak- kanak dan remaja oleh beberapa agensi
kanak. Beliau pernah memegang beberapa tempatan. Dari tahun 2007 sehingga
jawatan penting di peringkat universiti
seperti Timbalan Dekan (Penyelidikan dan kini, beliau masih terlibat secara aktif
Inovasi) dan Ketua Jabatan Pembangunan sebagai pensyarah dan jurulatih bagi
Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti
Ekologi Manusia. Program Kursus Asuhan Dan Didikan
Awal Kanak-Kanak Permata (KADAKKP)
Dari segi penyelidikan, beliau merupakan Negara. Beliau juga turut terlibat
penyelidik yang aktif di peringkat sebagai penulis bersama bagi modul
kebangsaan dan antarabangsa, serta
pernah menjalankan penyelidikan bersama Kurikulum PERMATA Negara, dan
dengan agensi-agensi luar seperti sehingga kini masih aktif dalam
PERMATA Negara, KEMAS, LPPKN, UNICEF penulisan buku sebagai penulis bersama
dan Maestral International. Beliau juga dan bab dalam buku. Penglibatan

pernah terlibat secara aktif sebagai beliau dengan Universiti Terbuka
penyelidik bersama bagi National Child Malaysia (OUM) telah bermula sejak 2011,
Development Centre (NCDRC), UPSI. Bidang yang mana beliau telah dilantik sebagai
penyelidikan beliau adalah berkaitan Pakar Rujuk dan pemeriksa bagi
perkembangan kanak-kanak dan remaja, beberapa kursus oleh OUM. Beliau juga
pembentukan identiti remaja, penderaan pernah dilantik sebagai Penasihat untuk
kanak-kanak dan terapi bermain. Beliau Program Eksekutif Diploma Pengurusan
juga merupakan penilai bagi geran RUGS, Penjagaan Kanak-Kanak oleh UUM.
ERGS dan FRGS di peringkat UPM. Kursus-
kursus yang pernah diikuti seperti
Hypnotherapy, Play Therapy dan Neo-CBT
telah menyumbang dan memperkukuhkan
lagi kemahiran beliau dalam bidang
Psikologi Terapeutik.

6

Prof Madya Dr Zainal bin Madon

Dip. Per., B.Ed., M.Sc.(UPM), PhD (UM)
[email protected]

Bidang Kepakaran:
Psikologi Kaunseling

Dr. Zainal bin Madon ialah Profesor Madya Beliau telah terlibat dalam pelbagai
di Jabatan Pembangunan Manusia dan
Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi projek penyelidikan bersama penyelidik
Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Selepas tamat alam persekolahan, beliau dalam dan luar negara yang
telah melanjutkan pendidikan di UPM
merangkumi kajian perkembangan
dengan mendapat Diploma Pertanian,
Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan kanak-kanak dan remaja, kajian impak
Kaunseling) dan Master Sains (Kaunseling).
Seterusnya, beliau telah melanjutkan mengenai intervensi, latihan dan kajian
pengajian ke peringkat PhD dalam bidang
kaunseling di Universiti Malaya. Beliau juga keibubapaan serta dinamik keluarga.
merupakan kaunselor berdaftar di bawah
Lembaga Kaunselor Malaysia sejak tahun Hasil kajian beliau telah dijadikan asas
2005.
kepada dasar di Kementerian
Sesuai dengan kepakaran beliau dalam
bidang Psikologi Kaunseling, beliau telah Pendidikan, Kementerian Pembangunan
menyelia tesis pelajar di peringkat Bacelor,
Master dan Doktor Falsafah. Sepanjang Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan
berkhidmat di universiti, beliau telah diberi
kepercayaan menjawat pelbagai jawatan Kementerian Pembangunan Luar
pentadbiran seperti Ketua Jabatan, Ketua
Unit Latihan PERMATA-UPM dan Ketua Bandar. Beliau juga aktif menulis dalam
Pusat Penyelidikan Kecemerlangan
Keluarga, Remaja dan Kanak-kanak (FACE), jurnal, buku, bab dalam buku serta
dan penyelidik bersekutu di Institut
Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing) modul latihan dan telah
dan Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS),
UPM. Pernah menjadi sarjana pelawat di membentangkan hasil kajian dalam
Universiti Bournemouth, United Kingdom di
bawah program Erasmus Mundus (Geran seminar dan persidangan peringkat
Kesatuan Eropah) dan penyelidik pelawat
di Focus on Emotion Lab, Universiti Leiden, kebangsaan dan antarabangsa seperti di
Belanda.
United Kingdom, Belanda, Switzeland,

Australia, Thailand dan Indonesia.

Beliau mempunyai minat yang
mendalam dalam program pemindahan
ilmu melibatkan industri dan komuniti
yang merangkumi program berkaitan
kanak-kanak, remaja, belia, dewasa dan
keluarga. Pernah dianugerahkan geran
RM2.62 juta selaku perunding utama
bagi program latihan pendidik
PERMATA, Jabatan Perdana Menteri. Ini
adalah antara pencapaian terbaik dan
mendapat anugerah 5 bintang daripada
UPM.

7

Dr Rojanah binti Kahar

LL.B (Hons), LL.B Shariah (Hons),
Master of Comparative Law, PhD (Law) UIAM

[email protected]

Bidang Kepakaran:
Undang-undang Keluarga, Perlindungan Kanak-

Kanak dan Kajian Sosio-Perundangan

Dr Rojanah binti Kahar merupakan Hasil kajian tersebut digunakan di dalam
graduan undang-undang daripada semakan dasar dan pelan tindakan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. kerajaan berkaitan tadika di Malaysia. Dr
Memulakan perkhidmatan di UIAM Rojanah turut membantu LPPKN dalam
sebelum bertukar ke UPM pada 1 Mac 1997. kajian Penilaian Impak Keluarga. Beliau
Beliau pernah dilantik sebagai Penyelaras juga mendapat latihan daripada rakan
Program Bacelor Sains Pembangunan penyelidik luar negara dalam Projek e-PLH
Manusia dalam kampus dan Pendidikan atau Pendekatan Keibubapaan Positif.
Jarak Jauh pada tahun 1998-2005. Selain itu beliau terlibat sebagai Malaysian
Pengalaman yang luas di UPM, memberi Consultant di bawah Maestral
peluang kepada beliau untuk mendalami International untuk menyemak Dasar
bidang sains sosial melalui pengajaran Kanak-kanak Negara 2021. Sebagai
dalam pelbagai kursus seperti Polisi Sosial penyelidik, hasil kerja beliau diterbitkan
dan Undang-undang, Undang-undang dalam jurnal berwasit dan tidak berwasit,
Keluarga, Ekologi Keluarga dan buku suntingan, bab buku, monograf,
Keibubapaan, Advokasi Kanak-kanak dan prosiding dan modul pengajaran.
Keluarga, Perkhidmatan Sosial dan
Manusia, Tekanan dan Daya Tindak serta Dr Rojanah merupakan Felo Bersekutu
Kenegaraan Malaysia. untuk Unit Jaminan Kualiti (CQA) serta
dilantik sebagai ahli Panel Universiti bagi
Dr. Rojanah terlibat dengan 32 Program Pengajian UPM sejak 2013. Beliau
juga merupakan ahli Panel Jawatankuasa
penyelidikan sosio perundangan yang Etika Penyelidikan Melibatkan Manusia,
UPM daripada tahun 2013-2019.
memfokus kepada isu perlindungan
Dr Rojanah aktif berkongsi ilmu dan
kanak-kanak, perceraian, keganasan kepakaran dalam literasi undang-undang,
advokasi dan perlindungan kanak-kanak
rumahtangga, mediasi keluarga, dan remaja, hak wanita serta
pengehakupayaan keluarga berisiko. di
keibubapaan, perlindungan warga emas, peringkat kebangsaan bersama KPWKM,
JPW, KKM dan KPM sebagai pakar rujuk,
serta kesejahteraan keluarga. Beliau telah penceramah dan moderator.

menerima geran penyelidikan daripada

kerajaan, 7 projek sebagai Ketua Projek

(RM708K) dan 25 projek sebagai ahli

kumpulan penyelidik (RM2,269,903). Beliau

pernah mengetuai projek perundingan

bersama kerajaan melalui Kementerian

Luar Bandar yang bertajuk Kajian Kualiti

Perkhidmatan Tabika KEMAS.

8

Dr Mohd Najmi bin Daud

BHSc. (Hons), MHSc. (UIAM),
PhD (Psychology), Massey University, New Zealand
[email protected]

Bidang Kepakaran:
Psikopatologi

Dr Mohd Najmi bin Daud memperolehi Selain itu, beliau juga merupakan penyelia
ijazah Pertama dan Master dalam bidang kepada sebilangan pelajar Master dan
Klinikal Psikologi dari Universiti Islam Ph.D di UPM. Dalam bidang penyelidikan,
Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum beliau aktif menjalankan penyelidikan
melanjutkan pengajian di peringkat PhD berkaitan remaja terutamanya yang
dalam bidang Psikologi di Universiti Massey, melibatkan kecelaruan mental dan
New Zealand. Kepakaran beliau adalah tingkah laku. Hasil penyelidikan beliau
dalam bidang Psikopatologi dan telah dibentangkan di dalam persidangan
penyelidikan kualitatif dalam bidang di dalam dan luar negara termasuklah di
psikologi. Thailand, Indonesia, Sri Lanka, New
Zealand dan sebagainya. Beliau juga
Beliau berpengalaman bertugas sebagai terlibat dalam penerbitan artikel ilmiah.
seorang perunding psikologi di sebuah Antara hasil karya beliau yang telah
syarikat perundingan antarabangsa diterbitkan adalah berkaitan dengan
sebelum bertukar kerjaya ke bidang masalah kecelaruan tingkah laku dalam
akademik. Beliau pernah mengajar di kalangan remaja Malaysia, pengalaman
beberapa institusi pengajian tinggi awam persekolahan dalam kalangan remaja
dan swasta di Malaysia termasuklah di yang mempunyai masalah tingkah laku,
Universiti Malaya (UM), Universiti Islam keagresifan dalam kalangan remaja dan
Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti sebagainya.
Selangor (UNISEL) dan Universiti Xiamen
Malaysia (XMU). Kini, beliau merupakan Di samping itu, beliau juga aktif dalam
Pensyarah Kanan di Jabatan Pembangunan projek perundingan berkaitan isu-isu
Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti psikologi dengan pelbagai agensi kerajaan
Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia dan swasta serta program pemindahan
(UPM). Sepanjang perkhidmatan beliau ilmu bersama komuniti. Sementara itu,
dalam bidang akademik, beliau beliau merupakan pengerusi biro
berpengalaman mengajar pelbagai subjek perkhidmatan profesional kepada
psikologi diperingkat Bacelor antaranya International Association of Behavioral
Psikopatologi, Psikologi Kognitif, Psikologi Sciences, ahli Persatuan Psikologi Malaysia
Sosial, Psikologi Perubatan dan beberapa (PSIMA), ahli International Society for the
subjek psikologi yang lain. Study of Behavioral Development (ISSBD)
dan ahli International Association for
Cross-Cultural Psychology (IACCP).

9

Dr Nellie binti Ismail

B.Sc. (UPM), M.Phil. , PhD (UKM)
[email protected]

Bidang Kepakaran:
Psikologi Perkembangan
(Kanak-kanak dan Remaja)

Dr Nellie binti Ismail memperoleh Beliau juga pernah menyertai persidangan
Diploma Pembangunan Manusia pada
tahun 2003 dan Bacelor Sains dan membentangkan hasil kajiannya di
Pembangunan Manusia (kepujian kelas
pertama) pada tahun 2006 daripada peringkat tempatan dan antarabangsa.
Universiti Putra Malaysia (UPM).
Memulakan kerjaya sebagai seorang Selain itu, Dr Nellie telah berjaya
tutor di Jabatan Pembangunan Manusia
dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi menerbitkan beberapa artikel dalam
Manusia, UPM sejak 6 Ogos 2007 hingga
21 Mac 2018. Dalam tempoh tersebut, jurnal berwasit dan bab di dalam buku.
beliau telah melanjutkan pengajian di
peringkat Ijazah Sarjana Falsafah dan Beliau sangat komited dan aktif dalam
Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang
Psikolgi di Universiti Kebangsaan bidang penyelidikan sepanjang
Malaysia.
berkhidmat sebagai pensyarah kanan di

UPM. Antara projek penyelidikan tersebut

adalah Filial Piety in Intergenerational

Relations: A Moral Literacy Modular for

Malaysian Preschoolers, Permainan dan

Faedahnya ke atas Perkembangan Kanak-

kanak, Kajian Kualiti Perkhidmatan Tabika

KEMAS 2018, Developing a Responsive

Intervention Model for Incarcerated

Beliau telah menjawat jawatan sebagai Adolescents in Approved School in

Pensyarah Kanan di Jabatan Malaysia dan Keberkesanan Teknik

Pembangunan Manusia dan Pengajian Scaffolding ke atas Kemahiran

Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Menyelesaikan Masalah dalam kalangan

UPMtra Malaysia sejak 22 Mac 2018. Kanak-kanak Prasekolah.

Beliau mempunyai kepakaran dalam

bidang Psikologi Perkembangan (Kanak- Selain itu, beliau juga pernah terlibat
dalam projek jaringan komuniti seperti
kanak dan Remaja). Beliau aktif program motivasi “Happy Kids” di Melaka
dan program “Diari Anak Milenia” di
menjalankan kajian khususnya berkaitan Gurun, Kedah. Kini beliau telah dilantik
sebagai ketua projek bagi Program
'scaffolding' dan kemahiran Bimbing Individu Jelajah Arah Kejayaan
(B.I.J.A.K) dan Program Smart Caliphs di
menyelesaikan masalah dalam kalangan Sekolah Agama Pekan Gurun, Kedah.

kanak-kanak. Beliau turut mempunyai

pengalaman menjadi penyelia utama

bagi pelajar pra siswazah dan pasca

siswazah (Master).

10

Dr Mohamad Naqiuddin bin
Dahamat Azam

B.Sc., M.Sc. (UPM),
PhD Leiden University, Netherlands

[email protected]

Bidang Kepakaran:
Psikologi Perkembangan

Dr Mohamad Naqiuddin bin Dahamat Dalam masa yang sama, beliau juga aktif
Azam merupakan Pensyarah Kanan dalam dalam pembentangan kertas penyelidikan.
bidang Psikologi Perkembangan dan Beliau pernah membentangkan kertas
berkhidmat di Fakulti Ekologi Manusia kerja dalam pelbagai seminar peringkat
UPM sejak tahun 2019. Beliau adalah kebangsaan dan antarabangsa (seperti
graduan Doktor Falsafah (PhD) daripada Netherlands dan Austria) dan juga
Universiti Leiden, Netherlands. Sebagai dijemput sebagai pengerusi sesi
pensyarah, beliau ditugaskan untuk pembentangan. Penerbitan beliau boleh
mengajar subjek Psikologi Perkembangan didapati dalam pelbagai jurnal sains sosial
Kanak-Kanak dan Remaja, dan subjek termasuk ISI dan jurnal tidak berwasit. Di
Motivasi dan Pencapaian Manusia. samping itu, beliau juga menyumbang
dalam penulisan bab bagi beberapa buah
Beliau berpengalaman menjalankan buku terbitan tempatan. Beliau pernah
pelbagai aktiviti penyelidikan. Antaranya, dijemput sebagai penilai manuskrip untuk
kajian PhD beliau menumpu kepada penerbitan jurnal di peringkat
hubung kait antara emosi dan tingkah laku antarabangsa.
agresif remaja. Selain itu, beliau turut
terlibat sebagai penyelidik bersama dalam Beliau turut terlibat dalam projek
geran penyelidikan yang melibatkan perundingan bersama agensi-agensi
organisasi seperti Agensi Antidadah kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam
Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Negeri (LHDN). Selain itu, beliau juga
Pengajian Tinggi. Beliau juga memainkan pernah terlibat dengan program
peranan sebagai penyelia tesis pelajar mahasiswa seperti memantau pelajar yang
peringkat Bacelor, dan turut menjadi menjalankan Latihan Industri. Beliau turut
penyelia bersama untuk pelajar Master dan bergiat aktif sebagai ahli dalam projek
PhD. jaringan komuniti. Antaranya sebagai
ketua sub-projek untuk Program Guru
Milenia di Sekolah Menengah Agama
Pekan Gurun, Kedah.

11

KLUSTER PENYELIDIKAN
KESEJAHTERAAN
KELUARGA
#familybooster

Fokus Kluster Penyelidikan Kesejahteraan Keluarga adalah untuk
mempertingkatkan kesejahteraan keluarga dan kanak-kanak menurut
perspektif ekologi keluarga, pembangunan manusia, keibubapaan dan
undang-undang. Tumpuan penyelidikan diberikan kepada pengkayaan
dan peneguhan hubungan antara pasangan, keibubapaan, keseimbangan
keluarga-kerja, kesejahteraan antara generasi, intervensi dan advokasi
keluarga, kanak-kanak dan kerjaya, serta literasi undang-undang.

Pelbagai program dan perkhidmatan sokongan disediakan bagi
menyokong dan memperkukuh hubungan yang sihat untuk individu,
pasangan, dan keluarga di semua peringkat alam perkahwinan. Kluster
Penyelidikan ini menggunakan pendekatan psikososial, ekologi dan sosio
perundangan yang disasarkan untuk meningkatkan kesejahteraan
keluarga secara holistik.

12

Profil
Pensyarah

7 Prof Dr Rumaya binti Juhari
8 Prof Madya Dr Zarinah binti Arshat
9 Dr Sa’odah binti Ahmad
10 Dr Muslihah binti Hasbullah
11 Dr Zanariah binti Ismail

13

Prof. Dr Rumaya binti Juhari

B.Sc. (UPM), M.S., PhD (Michigan)
[email protected]

Bidang Kepakaran:
Ekologi Keluarga dan Kanak-kanak, Pembangunan
Manusia dan Keibubapaan, Kesejahteraan Keluarga.

Prof. Dr Rumaya binti Juhari, merupakan Beliau juga telah menerbitkan artikel
Profesor dalam bidang Pembangunan untuk jurnal penyelidikan, buku, bab
Manusia, Ekologi Keluarga dan Kanak- dalam buku, kertas prosiding, modul
Kanak di Jabatan Pembangunan pengajaran dan modul latihan serta
Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti penulisan popular. Beliau pernah dijemput
Ekologi Manusia, Universiti Putra untuk menulis tentang keluarga di
Malaysia. Beliau memperolehi Ijazah PhD Malaysia dalam Encyclopedia of Family
(Ekologi Keluarga dan Kanak-kanak, Studies; dan penulis bersama untuk satu
1997) and MA (Pengajian Keluarga, 1993) bab tentang kebapaan dalam buku yang
dari Michigan State University, East diterbitkan oleh penerbit antarabangsa.
Lansing, USA. Prof. Dr. Rumaya telah Pada tahun 2019, Prof. Rumaya dan
memupuk pembangunan profesional pasukan penyelidik beliau memperolehi
beliau dalam bidang Pembangunan hak cipta bagi Marital Health Scale atau
Manusia dan Ekologi Keluarga dan Skala Kesihatan Perkahwinan yang
Kanak-kanak, memfokus dalam bidang dibangunkan hasil daripada Kajian untuk
perkahwinan dan keibubapaan, dan geran di bawah Skim FRGS.
kemenjadian tingkah laku anak. Beliau
mengajar dalam topik Pembangunan Prof Dr Rumaya juga merupakan
Manusia, Ekologi Keluarga dan
Keibubapaan, Teori Keluarga, Kaedah perunding, ahli panel pakar, penceramah,
Penyelidikan dan Stres dan Daya tindak.
penilai untuk pelbagai program bagi
Prof Dr Rumaya terlibat dalam pelbagai
kajian dalam bidang hubungan Agensi kerjaan dan bukan kerajaan untuk
perkahwinan, perkahwinan campur,
perceraian, kebapaan, keibubapaan pembangunan polisi, program dan
sepanjang hayat dan konteks ekologi
yang pelbagai. Terkini, beliau mengetuai penyelidikan. Beliau terlibat dalam
kajian yang berkaitan dengan kajian
induk peringkat antarabangsa tentang pembangunan Modul Kebapaan,
Bimbingan Keibubapaan dalam konteks
baru terutama Pandemik Covid-19. Parenting@Work, Keibubapaan Datuk-
Projek ini dinamakan e-Positive
Parenting Naungan Kasih Research and Nenek dan terkini Modul Keibubapaan
Intervention (dalam talian) bagi mewakili
PLH (Parenting for Lifelong Health Efektif Naungan Kasih untuk LPPKN.
Malaysia).
Beliau pernah menjadi ahli Majlis

Penasihat dan Perundingan Kanak-Kanak

Kebangsaan. Prof Dr Rumaya juga sering

dirujuk oleh media berhubung isu

berkaitan perkahwinan dan keibubapaan.

Beliau juga aktif dalam program khidmat

masyarakat di peringkat tempatan dan

antara bangsa.

14

Prof Madya Dr Zarinah binti Arshat

B.Sc., M.S., PhD (UPM)
[email protected]

Bidang Kepakaran:
Ekologi Keluarga dan Kanak-kanak

Prof Madya Dr Zarinah binti Arshat Selain itu, beliau juga aktif dalam
merupakan pensyarah dalam bidang penghasilan artikel, bab dalam buku,
Ekologi Keluarga dan Kanak-Kanak di buku yang diedit, prosiding dan modul
Jabatan Pembangunan Manusia dan pengajaran. Antara tajuk artikel yang
Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi ditulis adalah “Influence of family
Manusia, Universiti Putra Malaysia. Sebagai functioning on mental health of dual
seorang ahli akademik, beliau mengajar di earner commuter couples in Malaysia”,
peringkat sarjana dan pascasiswazah “Effects of family functioning on
dalam kursus mata pelajaran seperti socioemotional behaviour of children in
Statistik Sosial, Kaedah Penyelidikan, low income family” dan Keluarga B40:
Ekologi Keluarga dan Keibubapaan, Tekanan dan Kekuatan. Beliau pernah
Psikologi Perkembangan: Kanak-kanak dilantik sebagai editor untuk buku yang
dan Remaja, Psikologi Perkembangan: bertajuk Wanita dan Pembangunan
Dewasa dan Penuaan, Pengenalan Manusia.
Pembangunan Manusia, dan Remaja serta
Tekanan dan Daya Tindak. Berkaitan dengan Jaringan Industri dan
Masyarakat (JINM), beliau telah berkongsi
Beliau juga telah menjalankan beberapa dan menyumbangkan pengetahuan dan
penyelidikan berkaitan dengan Ekologi kepakarannya apabila dijemput sebagai
Keluarga dan Kanak-Kanak. Kajian beliau penceramah, panel, fasilitator melalui
banyak memfokuskan kepada kekuatan penglibatan dalam industri, agensi,
dan tekanan yang terdapat dalam masyarakat tempatan dan antarabangsa.
pelbagai jenis keluarga seperti keluarga Antara program JINM yang melibatkan
komuter, keluarga bercerai dan keluarga beliau adalah Program Motivasi "Happy
berpendapatan rendah serta kesannya Kids", “Research and Consultancy Services
kepada setiap ahli keluarga. Beliau turut to Support National Population and
terlibat dalam projek perundingan Family Development Board (LPPKN) to
bersama agensi kebangsaan dan Review and strengthen their Parenting
antarabangsa seperti LPPKN, KPM, Modules as Regards Prevention and
PERKESO, FELDA. International, University Response to Violence Against Children”
Oxford dan UNICEF, dan Jaringan Kerjasama Inisiatif Keluarga,
Kanak-kanak dan Kerja Komuniti
Bersama Masyarakat Islam di Daerah An
Giang, Vietnam.

15

Dr Sa'odah binti Ahmad

DPA (ITM), LL.B (Hons), Master of Comparative Law,
PhD (Law) UIAM

[email protected]

Bidang Kepakaran:
Undang-undang Keluarga, Mediasi Keluarga,

Kajian Sosio-Perundangan.

Dr Sa’odah binti Ahmad telah berkhidmat di Antara penerbitan yang dihasilkan beliau
Jabatan Pembangunan Manusia dan adalah buku bertajuk Alternative Dispute
Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Resolution (ADR) in Islam (IIUM Press)
Universiti Putra Malaysia (UPM) sejak tahun serta bab buku dan artikel jurnal
2000. Dr Sa'odah juga merupakan penyelidik berkaitan sulh; undang-undang keluarga;
interim di Institut Penyelidikan Produk Halal, pembangunan manusia; ekologi kerja dan
UPM. Beliau telah dikurniakan Ijazah Doktor keluarga, pendidikan, perlindungan dan
Falsafah dalam bidang Undang-Undang dan pemerkasaan pengguna serta polisi halal.
Sarjana Undang-Undang Perbandingan Beliau juga menulis modul pembelajaran
daripada UIAM. Bidang kepakaran beliau dan kertas kerja persidangan di peringkat
adalah Undang-Undang Keluarga dan kebangsaan dan antarabangsa.
Mediasi Keluarga. Berpengalaman mengajar
kursus: Polisi Sosial dan Undang-Undang; Dr Sa'odah telah menjadi Penyelaras
Ekologi Kerja dan Pembangunan Manusia;
Perkhidmatan Sosial dan Manusia; Advokasi Program Diploma Pembangunan Manusia
Keluarga dan Kanak-Kanak; Motivasi dan
Pencapaian Manusia; Keganasan Keluarga; sejak 2017 hingga 2021, Ahli
Kanak-Kanak, Keluarga dan Komuniti;
Undang-Undang Keluarga; Undang-undang Jawatankuasa Kurikulum, Ahli
dan Masyarakat; Sistem Undang-Undang
Malaysia; Undang-Undang Harta; Kemahiran Jawatankuasa Latihan Industri dan turut
Rundingcara dan Sulh (Mediasi Keluarga);
Undang-Undang Jenayah Islam di Malaysia; mewakili Fakulti Ekologi Manusia dalam
Kenegaraan Malaysia. Dr Sa’odah turut
menyelia tesis di peringkat Bacelor, Master Persatuan Pegawai Akademik UPM. Dari
dan PhD. Beliau telah menjadi penyelidik
utama dalam penyelidikan berkaitan sulh aspek jaringan industri, masyarakat dan
(Geran Putra, UPM), mediasi komuniti (FRGS,
KPM) dan undang-undang keluarga (Geran khidmat profesional, beliau mempunyai
Putra, UPM). Beliau juga turut menjadi ahli
dalam penyelidikan berkaitan kesejahteraan jaringan dengan French National Center
keluarga (Geran Putra), mediasi komuniti
(ERGS), hak warga emas (FRGS), keganasan For Scientific Research (Laboratoire
keluarga (FRGS), perlindungan pengguna
(FRGS), polisi halal (Geran Putra) serta polisi D'anthropologie Sociale); terlibat dalam
dan tadbir urus alam sekitar (TRGS).
Program Motivasi Happy Kids bersama

pelajar sekolah rendah di Melaka,

Collaborative Network on Family, Child

and Community Work Initiatives di Ho Chi

Minh, Vietnam dan program menyantuni

orang kurang upaya di Taman Sinar

Harapan, Cheras. Beliau turut

menyumbang kemahiran dan kepakaran

sebagai Juru Latih Modul Pembinaan

Karektor bagi Program Latihan Khidmat

Negara serta penilai artikel jurnal dalam

negara dan antarabangsa. 16

Dr Muslihah binti Hasbullah

LL.B (Hons), Master of Comparative Law,
PhD (Law) UIAM
[email protected]

Bidang Kepakaran:
Undang-undang Keluarga, Advokasi Kanak-Kanak
dan Keluarga, Kajian Sosio-Perundangan

Dr Muslihah binti Hasbullah merupakan Penerbitan beliau boleh didapati di dalam
graduan Undang-undang Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia. Berkhidmat pelbagai jurnal sains sosial dan undang-
sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Ekologi
Manusia UPM sejak tahun 2010. Kepakaran undang termasuk Scopus dan jurnal tidak
beliau adalah dalam bidang undang-
undang keluarga. Mempunyai pengalaman berwasit. Beliau juga menyumbang dalam
mengajar subjek Polisi Sosial & Undang-
undang, Advokasi Kanak-kanak & Keluarga, penulisan bab buku serta berpengalaman
Ekologi Keluarga & Keibubapaan, Ekologi
Kerja & Pembangunan Manusia serta sebagai editor untuk penerbitan buku.
Kenegaraan Malaysia. Beliau mengetuai
penyelidikan berkaitan wanita dan Beliau juga sering dijemput menilai
keluarga menggunakan pendekatan sosio-
perundangan. Di antara penyelidikan manuskrip untuk penerbitan jurnal dan
tersebut ialah sosialisasi perundangan dan
kepatuhan terhadap undang-undang prosiding seminar dalam dan luar negara.
keluarga Islam (Geran Putra UPM),
intervensi sokongan tidak formal dalam Beliau terlibat dalam projek perundingan
kes keganasan rumah tangga (Geran FRGS
KPT), dan kajian tuntutan sampingan untuk agensi-agensi kerajaan seperti
selepas perceraian (Geran RUGS UPM).
Beliau juga aktif sebagai ahli penyelidik KEMAS, LPPKN dan IYRES. Di peringkat
dalam pelbagai projek penyelidikan yang
berkaitan dengan wanita bercerai, polisi antarabangsa beliau merupakan ahli
orang tua, penderaan kanak-kanak,
mediasi keluarga dan komuniti, keluarga penyelidik untuk projek UNICEF berkaitan
dan keibubapaan, serta remaja. Beliau juga
merupakan penyelia tesis pelajar peringkat keibubapaan semasa pandemik COVID-19.
Bacelor, Master dan PhD. Beliau telah
membentangkan kertas kerja dalam Berpengalaman selama beberapa tahun
pelbagai seminar peringkat kebangsaan
dan antarabangsa dan juga dijemput sebagai Koordinator Program peringkat
sebagai moderator dan pengerusi sesi
pembentangan. Bacelor dan Diploma bagi program BSPM

dan DPM termasuk Program Jarak jauh

(PJJ) dan dilantik sebagai Ahli dalam

pelbagai Jawatan Kuasa peringkat fakulti

dan universiti. Beliau juga terlibat dengan

program mahasiswa seperti mengetuai

program mobiliti ke Institut Pertanian

Bogor, Indonesia dan memantau pelajar

yang menjalankan Latihan Industri. Pernah

mengetuai projek jaringan komuniti

berimpak tinggi UPM (JESKI 2015-2016) di

Pulau Redang, Terengganu, projek

RedangJuniors@UPM, projek jaringan

komuniti UPM-ALKIS (Kem Khalifah

Bestari) di Pulau Langkawi, Kedah, serta

program Literasi Keibubapaan di Kajang,

Selangor. Beliau juga aktif sebagai ahli

dalam projek jaringan komuniti seperti di

Sg Bumbun (Selangor), Gurun (Kedah) dan

Kuala Sg Baru (Melaka). 17

Dr. Zanariah binti Ismail

B.A (UPM), M.A (UKM), PhD (UIAM)
[email protected]

Bidang Kepakaran:
Kesejahteraan Psikologi Kerja dan Keluarga

Dr Zanariah binti Ismail merupakan ahli Penyeliaan berterusan bersama pelajar
akademik di Jabatan Pembangunan Ijazah, Ijazah Sarjana dan Doktor
Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Falsafah. Seramai lebih daripada 50
Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia orang pelajar Ijazah di bawah
sejak 2004. Beliau telah dikurniakan Ijazah penyeliaan beliau telah berjaya
Doktor Falsafah dan bidang kepakaran menyiapkan Disertasi Bacelor, seramai
adalah Kesejahteraan Psikologi Kerja dan lebih daripada 10 orang pelajar telah
Keluarga, Bimbingan dan Penasihatan berjaya bergraduat dengan Ijazah
Kerjaya dan Tekanan Daya Tindak Individu. Sarjana dan lebih daripada 5 orang
Berpengalaman dalam bidang pengajaran pelajar telah berjaya bergraduat dengan
meliputi Ekologi Kerja dan Pembangunan Doktor Falsafah di bawah penyeliaan
Manusia; Psikologi Personaliti dan Tingkah utama dan penyeliaan bersama.
Laku Manusia; Psikopatologi Kanak-kanak
dan Keluarga; Motivasi dan Pencapaian Beliau pernah terlibat dalam aktiviti
Manusia; Tekanan dan Daya Tindak; jaringan industri, masyarakat dan
Psikologi Tingkah laku Sosial dan khidmat profesional seperti Program
Interpersonal; Bimbingan dan penasihatan Motivasi "Happy Kids" Sekolah Rendah
Kerjaya; Kaunseling Asas. di Melaka, Program Kerjaya “Explore your
Career” bersama pelajar tahun akhir
Beliau aktif dalam penyelidikan sebagai FEM, UPM dan penceramah daripada
penyelidik utama berkaitan psikologi kerja sektor awam, beliau juga terlibat
dan keluarga (Geran Putra, UPM) dan sebagai penceramah undangan
(Geran FRGS, KPM), sebagai penyelidik antaranya bagi staf kerajaan di ILIM,
bersama dalam penyelidikan berkaitan terlibat dengan jawatankuasa kurikulum
kesejahteraan keluarga komuter (FRGS, UPM, penilai kurikulum UPM, penilai
KPM), kesejahteraan keluarga B40 (FRGS, kurikulum kolej swasta anjuran Jabatan
KPM), remaja (ERGS, KPM), kesejahteraan Pengajian Tinggi dan penilai artikel
belia (IPBM) dan pengaruh anti hadis jurnal dalam negara.
bersama penyelidik KUIS (FRGS, KPM).
Beliau juga terlibat dengan penerbitan bab
buku dan artikel jurnal serta
pembentangan kertas kerja persidangan
dalam dan luar negara berkaitan dengan
kesejahteraan psikologi kerja dan keluarga.

18

KLUSTER PENYELIDIKAN
DEWASA DAN PENUAAN

#active&productive

Fokus Kluster Penyelidikan Dewasa dan Penuaan adalah untuk memahami
perkembangan, memperkasa potensi dan mempromosi kesejahteraan serta
kualiti hidup di setiap peringkat dewasa dan penuaan berdasarkan
perspektif ekologi pembangunan manusia, keluarga dan masyarakat.
Pelbagai program penyelidikan pada peringkat teori dan emperikal serta
perkhidmatan profesional dalam aspek perkhidmatan manusia, latihan dan
pekerjaan, ketidakupayaan dan rehabilitasi, penuaan sejahtera, hubungan
intergenerasi, advokasi, dan perlindungan disediakan bagi menyokong
keperluan pembangunan masyarakat dan dasar semasa negara. Pelbagai
program dan perkhidmatan sokongan sejagat disediakan bagi membolehkan
kefungsian dan memperkasakan potensi manusia sepanjang hayat. Kluster
Penyelidikan ini menggunakan pendekatan biopsikososial, ekologi dan
pelbagai disiplin kepada populasi yang disasarkan untuk meningkatkan
kesejahteraan dan kualiti hidup golongan dewasa dan warga emas.

19

Profil
Pensyarah

12 Prof Madya Dr Rahimah binti Ibrahim
13 Dr Wan Arnidawati binti Wan Abdullah
14 Dr Asmidawati binti Ashari

20

Prof Madya Dr Rahimah binti Ibrahim

B.A. (Michigan), M.Sc. (Queensland)
PhD Queensland University of Technology
[email protected]

Bidang Kepakaran:
Penuaan dan Perkhidmatan Manusia

Prof Madya Dr Rahimah binti Ibrahim Rekod prestasi beliau dalam projek

ialah seorang pendidik, penyelidik, dan penyelidikan berkaitan penjagaan

perunding di Jabatan Pembangunan merangkumi kajian mengenai aspek

Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti psikososial dalam penjagaan demensia

Ekologi Manusia, Universiti Putra (University of Sydney), kajian

Malaysia. Beliau kini bertugas sebagai perbandingan mengenai hubungan

Timbalan Pengarah di Institut penjagaan dalam kalangan negara-negara

Penyelidikan Penuaan Malaysia Asia (Universiti Kyoto), tanggungjawab

(MyAgeingTM), UPM. Beliau juga filial dalam kalangan pelajar prasiswazah

merupakan ahli jawatankuasa eksekutif wanita dalam masyarakat Asia yang

Persatuan Gerontologi Malaysia. berbeza (Tokyo Christian Women's

University), dan kajian standard

Dr Rahimah mengajar kursus berkaitan kemudahan penjagaan kediaman untuk
perkembangan dewasa dan penuaan
pada peringkat prasiswazah dan kursus warga tua di Malaysia (Kementerian
berkaitan teori psikologi perkembangan
dan gerontologi sosial pada peringkat Pengajian Tinggi Malaysia). Di samping itu,
pascasiswazah. Fokus utama bidang
penyelidikan Dr. Rahimah adalah dalam beliau turut terlibat dalam penyelidikan
pengembangan asas saintifik aspek
psikososial dalam penuaan dan mengenai struktur kemudahan dan
hubungan antara peruntukan penjagaan
formal dan tidak formal untuk warga tua. perkhidmatan untuk memenuhi
Beliau ialah penyelidik utama untuk
projek penyelidikan antarabangsa keperluan warga tua di Malaysia pada
mengenai sokongan sektor penjagaan
warga tua semasa dunia menghadapi tahun 2030 (Kementerian Pembangunan
pandemik (World Health Organization).
Beliau juga menerima geran Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
penyelidikan nasional untuk mengkaji
dan menilai kos penyediaan penjagaan Dr Rahimah telah menerbitkan sebanyak
warga tua di Malaysia (Kementerian 54 artikel jurnal yang telah dipetik, tiga
Pengajian Tinggi Malaysia). Sehingga kini, artikel jurnal yang tidak dipetik, dua buah
beliau merupakan penyelidik utama buku dan 13 bab dalam buku yang mana
untuk penyelidikan nasional dan kesemuanya menyumbang kepada
antarabangsa dengan jumlah dana produktiviti dan impak petikan sebagai
terkumpul sebanyak RM833,600. seorang sarjana dalam bidang
penyelidikan (h-index = 13).

21

Dr Wan Arnidawati binti Wan Abdullah

B.A (Hons) (UIAM), M.A. (UKM)
PhD University of Warwick, UK

[email protected]

Bidang Kepakaran:
Pekerjaan dan Ketidakupayaan

Dr Wan Arnidawati binti Wan Abdullah Beliau menjadi penyelidik utama dalam

memperolehi ijazah Pengajian Ilmu penyelidikan berkaitan Return to Work

Wahyu dan Warisan Islam dari Universiti (Geran SOCSO) dan penyelidik bersama

Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada untuk kajian keusahawanan OKU (UKM),

tahun 1998 dan Master Psikologi Industri re-skilling dan up-skilling (Geran IYRES)

dan Organisasi dari Universiti Kebangsaan dan warga emas (GIPP, UPM).

Malaysia (UKM) pada tahun 1999. Beliau Seterusnya, beliau komited dalam

memulakan perkhidmatan dengan menyumbang dan berkongsi hasil

kerajaan di Jabatan Tenaga Kerja penyelidikan yang dijalankan melalui

Semenanjung Malaysia (JTKSM) penulisan jurnal berwasit,

Kementerian Sumber Manusia (KSM) pembentangan kertas kerja, prosiding

sebagai Pegawai Perhubungan dan bab buku. Di samping itu, beliau

Perusahaan pada tahun 2001. Beliau turut menilai manuskrip untuk

dianugerahkan Hadiah Latihan penerbitan jurnal di dalam dan luar

Persekutuan untuk melanjutkan negara.

pengajian dalam bidang Penyelidikan

Pekerjaan di Universiti Warwick, United Selain itu, beliau telah berkongsi dan

Kingdom dan berjaya menamatkan Ph.D menyumbangkan pengetahuan dan

pada tahun 2013. Beliau menjadi rujukan kepakarannya bersama industri/agensi,

utama kementerian bagi hal-hal pekerjaan masyarakat tempatan dan

untuk golongan rentan (Orang Kurang antarabangsa. Beliau dilantik sebagai

Upaya, Warga Emas, Wanita, Kanak-kanak, Jurulatih Job Coach, Jawatankuasa Kerja

Bekas Penagih Dadah dan Bekas di bawah Majlis Penasihat Pendidikan

Banduan) dan seringkali mewakili Kebangsaan untuk penyediaan Garis

Kementerian dan Negara untuk Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif

membentangkan laporan di peringkat OKU di IPT dan Pegawai Penyelaras bagi

Kebangsaan dan Antarabangsa. Unit Perkhidmatan Sokongan dan

Perkhidmatan OKU (UPSO) di UPM.

Beliau memulakan kerjaya sebagai ahli Beliau juga merupakan ahli International
akademik di Fakulti Ekologi Manusia UPM
pada Disember 2017. Sebagai pensyarah, Society for the Study of Behavioral
beliau mengajar subjek Ekologi Kerja dan
Pembangunan Manusia, Motivasi dan Development (ISSBD) dan International
Pencapaian Manusia serta Program untuk
Kanak-kanak Istimewa. Beliau juga Labour and Employment Relations
menyelia tesis pelajar peringkat Bacelor,
Master dan Ph.D. Associations (ILERA) dan turut dilantik

sebagai penilai luar untuk program

Bacelor Pendidikan Universiti Segi.

22

Dr Asmidawati binti Ashari

B.Sc.(UPM), PhD Curtin University
[email protected]

Bidang Kepakaran:
Rehabilitasi Warga Emas dan Kesihatan Komuniti

Dr Asmidawati binti Ashari merupakan Seterusnya, beliau turut komited dalam
seorang pensyarah kanan di Jabatan
Pembangunan manusia dan Pengajian menyumbang dan berkongsi hasil
Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti
Putra Malaysia. Beliau memperolehi Ijazah penyelidikan yang dijalankan melalui
Kedoktoran dalam bidang Terapi Fizikal
dan Rehabilitasi (Warga Emas) daripada penulisan jurnal berwasit, pembentangan
Curtin University, Western Australia.
kertas kerja dan prosiding melalui
Selaku pensyarah, Dr Asmidawati terlibat
dalam aktiviti pengajaran bagi kursus pelbagai platform di peringkat
Perkembangan Psikologi Dewasa dan
Penuaan. Beliau juga terlibat dalam kebangsaan dan antarabangsa serta turut
penyeliaan pelajar di peringkat prasiswazah
dan pascasiswazah (PhD dan Sarjana), fokus menyumbang kepakaran melalui
bagi kajian berkaitan dewasa dan warga
emas. Beliau menggunakan pelbagai penulisan buku dan bab dalam buku. Dr
pendekatan yang inovatif dalam aktiviti
pengajaran dan telah menerima Asmidawati juga aktif dalam aktiviti
pengiktirafan emas menerusi pertandingan
inovasi pembelajaran di peringkat jaringan kepakaran dengan agensi
kebangsaan dan antarabangsa.
kerajaan dan bukan kerajaan melalui
Umumnya, berpengalaman lebih 15 tahun
dalam menjalankan kajian berkaitan warga penganjuran aktiviti pengembangan,
emas di Malaysia, Dr Asmidawati telah
terlibat dalam pelbagai projek penyelidikan khidmat komuniti, seminar, dan
dalam bidang gerontologi dan telah
membangunkan program intervensi penceramah bagi kursus penjagaan warga
senaman dalam kalangan warga emas di
komuniti. Beliau juga telah menerima emas. Turut menyumbang kepakaran di
latihan profesional dalam aspek
instrumentasi penilaian risiko jatuh (fall) peringkat kebangsaan dalam
dan keseimbangan postural serta
menjalankan kerjasama penyelidikan pembangunan Modul Kejurulatihan
dengan penyelidik bertauliah antarabangsa
dalam bidang jatuh (fall). Senaman Warga Emas Malaysia

(SENAMAS), fasilitator program

pembelajaran sepanjang hayat (U3A

Malaysia), panel pakar di Pusat Aktiviti

Warga Emas, panel pakar dalam

Pembangunan Modul Gerontologi dan

Geriatrik. Selain itu, beliau turut

menganggotai badan dan persatuan

profesional dalam bidang gerontologi di

peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

23

Terbitan

22002211

Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM SERDANG
Selangor, Malaysia


Click to View FlipBook Version