The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KRITIKAN SASTERA BAGI PROSA MODEN: CERPEN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 638-13-fazila, 2022-04-26 05:56:42

TUGASAN 2 BMMB1104 (KUMPULAN 4)

KRITIKAN SASTERA BAGI PROSA MODEN: CERPEN

TUGASAN 2: PEMBENTANGAN

KRITIKAN SASTERA

Nama ahli:

Nurul Fazila binti Azemi Nur Aina Afiah binti Abdul Nur Suhaila Balqis binti Mohd

Karim Salleh

2021142310120 2021142310110 2021142310116

PENGENALAN

Perkataan kritik berasal daripada Yunani Kuno iaitu krites yang
bermaksud hakim.
Mengkritik merupakan usaha menghakim, memutuskan nilai baik
atau buruknya sesebuah karya sastera.
Menurut Hashim Awang (1985), kritikan sastera merupakan suatu
usaha mempertimbang serta menilai karya sastera secara jujur
dan sistematik.

CONTOH KRITIKAN SASTERA:


CERPEN



CERPEN HADIAH
SINOPSIS:
Azizah merupakan seorang murid yang sangat berbakat tetapi sikap rendah
dirinya yang sangat tebal menyebabkan dia tidak yakin akan diri sendiri. Azizah
hidup dalam kemiskinan sering membandingkan dirinya dengan murid-murid lain di
sekolah dan menyebabkan dia berasa malu. Pada sambutan hari guru yang bakal
tiba, Azizah cuba meminta duit daripada ibu dan ayahnya untuk membeli hadiah
buat Cikgu Zaleha. Azizah berasa hampa kerana ibu dan ayahnya tidak mempunyai
duit untuk diberikan kepada Azizah. Walau bagaimanapun, ibu Azizah
mencadangkan agar Azizah membuat sendiri hadiah tersebut. Azizah akhirnya
menghadiahkan tudung saji yang dianyam sendiri. Cikgu Zaleha yang tahu akan
bakat dan kreativiti Azizah meminta Azizah menyertai pertandingan kraf tangan.
Berkat dorongan guru, ibu bapa dan usaha gigihnya, Azizah berjaya menjadi johan
pada peringkat daerah, meraih naib johan pada peringkat negeri serta memenangi
kategori Karya Inovatif pada peringkat kebangsaan. Kemenangan itu merupakan
hadiah yang sangat besar ertinya kepada Cikgu Zaleha yang juga kemudiannya
memenangi kategori Guru Inovatif pada sambutan Hari Guru Peringkat Daerah.

TEMA

Kegigihan dan kecekalan seorang murid untuk
mencapai matlamatnya.

KRITIKAN SANJUNGAN

Cerpen hadiah menarik untuk diperkatakan kerana persoalan menghargai jasa guru
lebih terserlah dan menonjol berbanding cerpen-cerpen lain.
Cerpen hadiah tidak mementingkan cerita yang konflik tetapi idea yang cuba
diketengahkan oleh pengarang untuk menjadikannya suatu persoalan yang besar.
Pembaca boleh mengesan dari mula lagi persoalan idea ini muncul. Persoalan ini
dapat dilihat pada gelagat murid-murid yang sangat teruja untuk memberikan
hadiah kepada guru mereka sempena Sambutan Hari guru.
Seterusnya, apabila Azizah ditanya oleh gurunya iaitu Cikgu Hamidah tentang
hadiahnya, Azizah hanya mendiamkan diri.
Masalah kehidupan Azizah iaitu yang berasal dari keluarga yang miskin adalah
ketara dalam cerpen ini. Ianya dikupas dengan sangat menarik dalam keseluruhan
idea. Hal ini kerana walaupun miskin, Azizah seorang yang rajin dan gigih dalam
mencapai matlamat serta kemahuannya.

KRITIKAN PENDEKATAN

Pendekatan analisis deskriptif berdasarkan elemen-elemen moral.
Moral yang baik adalah sikap atau tingkah laku terpuji yang merupakan
tanda keimanan seseorang.
Kesabaran adalah sebuah keutamaan yang menghiasai diri seorang mukmin.

Nilai kesabaran dapat dilihat pada sikap sabar yang dimiliki oleh Azizah
dalam menjalani kehidupannya yang miskin. Contohnya, Azizah tetap
bersabar walaupun tidak mampu untuk membeli hadiah kepada
Cikgunya dan ketika kedua orang tuanya tidak mampu untuk
memberikan wang bagi membeli hadiah. Sebaliknya, Azizah
mendengar kata ibunya dengan cara menganyam kraf tangan sendiri.
Berkat usaha dan kesabarannya, dia berjaya menghadiahkan Cikgu
Zaleha tudung saji yang telah dianyamnya.

KRITIKAN PENDEKATAN

Seterusnya, terdapat moral ketabahan dalam cerpen ini.
Contohnya, ketabahan yang dimiliki oleh Azizah untuk menjalani kehidupan
sehariannya dengan penuh dugaan.
Dia berasa rendah diri dengan rakannya yang lain.
Berdasarkan hasil analisis pendekatan moral yang terdapat dalam cerpen
ini, dapat disimpulkan bahawa moral baik yang terdapat dalam cerpen ini
ialah nilai ketabahan dan nilai kesabaran.

SASTERKAarLyEa:GGAhaSzaIlTi LAatPehAI UBI

SINOPSIS:

Cerita ini mengisahkan kehidupan Parjo yang dipenuhi legasi tapai ubi. Sejak kecil, Parjo
sering membantu ayah dan ibunya menghantar tapai-tapai ubi buatan mereka ke tempat-tempat
yang telah membuat tempahan. Setelah dewasa dan sedang melanjutkan pelajaran di universiti
dalam bidang perubatan, sekali lagi Parjo dikaitkan dengan tapai ubi. Kali ini, Profesor Haidar
memberitahu bahawa mereka akan membuat kajian tentang tapai ubi kerana penemuan awal yang
mengatakan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan penyakit kanser. Hasil kajian Parjo
dan rakan sekuliahnya membuktikan bahawa tapai ubi menghasilkan sejenis bahan yang dikenali
sebagai bakteriosin. Bahan ini dihasilkan oleh bakteria asid laktik yang dapat mencegah kanser.
Penemuan itu menyebabkan permintaan terhadap tapai ubi ayahnya juga semakin tinggi. Mereka
mendirikan sebuah kilang untuk menampung permintaan tapai ubi yang semakin meningkat. Hasil

kajian Parjo mula mendapat pengiktirafan dan dibawa hingga ke peringkat antarabangsa. Parjo
sendiri bergelar pensyarah perubatan setelah menamatkan pelajarannya dan beliau masih aktif
meneruskan kajian terhadap tapai ubi agar dapat menghasilkan penawar bagi mencegah penyakit

lain.

TEMA

Kesungguhan seorang anak kepada peniaga tapai
ubi yang ingin membuktikan bahawa makanan

tradisional tersebut dapat menjadi penawar bagi
merawat penyakit berbahaya seperti kanser.

KRITIKAN SANJUNGAN

Cerpen yang dipilih ini sangat menarik kerana jalan ceritanya dapat
membangkitkan semangat sesiapa sahaja yang membaca untuk terus
berusaha sehingga berjaya walaupun banyak cabaran yang
menghalang.
Saya dapat mengesan bahawa dari awal lagi, cerita ini mengisahkan
tentang sebuah keluarga yang menjual 'Tapai Ubi' sebagai pendapatan
harian mereka.
Mereka tetap menjual tapai ubi walaupun selalu menjadi buah mulut
penduduk lain. Walaupun berasa jemu dengan perkataan tapai, Parjo
tidak pernah jemu membantu ayah dan ibunya menghantar tapai
buatan mereka ke pasar, kedai-kedai, warung-warung, dan kedai
kampung. Dia juga turut menghantar tapai-tapai itu ke mana-mana
sahaja yang ada tempahan.

Ketelitian sangat penting apabila melakukan sesuatu lebih-lebih lagi
semasa bekerja. Peristiwa yang dapat dilihat dalam cerpen ini ialah
emak dan ayah Parjo amat teliti semasa membuat tapai ubi kerana
mereka berkata terdapat beberapa pantang larang yang perlu
dipatuhi. Contohnya, tidak boleh memberitahu orang lain semasa
membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak dan tidak
boleh membuat bising semasa membuat tapai.
Mengenang jasa sangat penting agar seseorang akan rasa dihargai
dengan segala pengorbanan yang telah mereka lakukan. Sikap
mengenang budi ini wujud dalam diri Parjo kerana dia ingat
terhadap pengorbanan dan membalas jasa ibu bapa. Dalam cerpen
tersebut, Parjo mengatakan bahawa kejayaannya selama iini sehingga
dia dapat menjadi seorang doktor adalah disebabkan oleh hasil
daripada inspirasi ibu dan bapanya sebagai pengusaha tapai ubi yang
terkenal di kampungnya.

KRITIKAN PENDEKATAN

Pendekatan yang terdapat dalam cerpen ini ialah pendekatan moral.
Pendekatan moral melibatkan nilai-nilai moral dan agama. Moral yang
baik adalah sikap atau tingkah laku terpuji yang merupakan tanda
keimanan seseorang. Aspek moral yang baik dalam cerpen terdiri
daripada tabah, serta rajin bekerja dan belajar.
Nilai tabah dilihat pada sikap tabah yang dimiliki oleh Parjo dalam
mengharungi susah payah dalam kehidupan. Dia tidak pernah merungut
dalam membantu keluarganya mencari rezeki dengan menghantar tapai-
tapai itu ke warung-warung yang berdekatan.ยท
Seseorang yang memiliki sifat tabah dalam menghadapi cabaran hidup
akan membuahkan hasil yang lumayan pada akhirnya kerana mereka
tidak berputus asa untuk mendapatkan apa yang diingini. Sikap ini akan
membantu seseorang untuk terus bersemangat dalam menghadapi segala
ujian yang menimpa.

Seterusnya, sikap rajin bekerja dan belajar dapat membolehkan setiap
manusia mendapatkan apa yang diinginkan dengan hasil titik peluh
sendiri walaupun perlu bersusah payah. Watak Parjo, ibu dan bapanya
yang digambarkan dalam cerpen ini adalah sedang berusaha keras
untuk melariskan tapai ubi mereka dengan mendapatkan banyak
tempahan daripada orang kampung agar duit tersebut dapat
membantu untuk Parjo dan adik-adiknya bersekolah. Mereka dapat
membesar dengan baik berkat usaha ibu dan ayahnya membuat dan
menjual tapai ubi.

SASTERA SEKE
PING TANAH

SINOPSIS

Cerpen ini dimulakan dengan tindakan Hisyam yang pergi menemui abangnya, Harun untuk
berbincang mengenai sebidang tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di bandar.
Menurut Hisyam, dia bercadang untuk membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah
ayahnya di bandar itu kerana kakaknya, Halimah juga bersetuju dengan cadangannya. Hal ini
demikian kerana Halimah sudah berasa tidak selesa menetap di rumah pusaka itu dengan

keluarganya kerana bimbang akan menimbulkan masalah apabila dia meninggal dunia.
Hisyam menyatakan cadangan kepada abangnya tentang hasratnya untuk menubuhkan sebuah
syarikat keluarga yang boleh membangunkan tanah pusaka itu dengan membina kondominium.
Harun mempersoalkan cadangan adiknya itu atas faktor kewangan dan faktor tahap pendidikan

yang dicapai oleh adiknya itu. Hisyam menegaskan bahawa mereka boleh membuat pinjaman
bank dan urusan pinjaman wang tersebut boleh diuruskan oleh kakaknya, Halimah yang

merupakan seorang pengurus bank.Selepas itu, mereka berjaya untuk membina kondominium
dan kejayaan tersebut telah menyebabkan Harun tidak berpuas hati kepada Hisyam dan Halimah

yang seeolah-olahnya menyisihkannya dalam projek itu.Hisyam menjelaskan perkara yang
sebenar kepada abangnya, berhubung pembinaan Kondo Jaya di atas tapak tanah pusaka

peninggalan arwah ayah mereka itu.

TEMA

Konflik adik-beradik dalam
mempertahankan harta
pusaka warisan keluarga.

KRITIKAN SANJUNGAN

Cerpen ini jelas menunjukkan bahawa keberanian dalam mengambil risiko sangatlah
penting untuk menjamin kesejahteraan pada masa depan.Sebagai contoh,Hisyam
sangat berani membuat keputusan untuk membangunkan tanah pusaka milik arwah
ayahnya supaya dapat dijadikan satu kondominium.

Sikap kerjasama dan kolaboratif dalam menjayakan projek usaha sama.Misalnya,
kerjasama yang ditunjukkan oleh adik-beradik iaitu Hisyam dan Halimah dalam
pembangunan kondominium akhirnya berjaya dilakukan hasil usaha kerjasama

antara dua pihak tersebut.

Amanah dalam menjalankan sesuatu pekerjaan dapat menghasilkan keberkatan
dalam sesuatu perkara.Contohnya, Hisyam dan Halimah menerapkan nilai amanah

terhadap tanah pusaka arwah ayahnya

Kepentingan pendidikan sangat penting dalam diri seseorang
supaya kita tidak mudah ditipu oleh orang lain.Hal ini dapat
dibuktikan apabila Halimah ini mempunyai pendidikan dan
berpengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan.Hal ini
menyebabkan Hisyam telah menyerahkan jawatan Pengurus
Binajaya Sdn.Bhd. kepada kakaknya itu memandangkan kakaknya
berpendidikan tinggi dan telah meletakkan jawatannya di bank.

Bijak dan berpandangan jauh dalam merancang masa
depan.Contohnya, dua beradik tersebut berfikir dengan bijak
untuk membangunkan harta pusaka ayahnya untuk dijadikan
sebuah kondominium walaupun perkara itu tidak dipersetujui

oleh abangnya,Harun.

KRITIKAN PENDEKATAN

Konflik adalah suatu pertentangan atau permusuhan.Konflik juga merupakan sesuatu yang
buruk dan sangat merugikan bagi seseorang apabila terus terjadi dan merupakan sesuatu
yang terjadi akibat kurangnya kepercayaan kepada orang lain.Dalam cerpen ini, konflik yang
dapat dilihat ialah antara Harun dengan adiknya, Hisyam.Harun mempersoalkan cadangan
yang dikemukakan oleh adiknya berkaitan dengan hasrat pembangunan kondominium atas
faktor kewangan dan juga pendidikan adiknya itu.Dia tidak bersetuju dengan cadangan
Hisyam yang menyusahkan dan rumit.Dia juga bertegas untuk meminta Hisyam menjual
tanah pusaka tersebut.Sementara itu, Hisyam dan Halimah bersepakat untuk menjual tanah

pusaka itu tetapi kemudian membelinya semula untuk dibangunkan menjadi sebuah
kondominium.Perancangan tersebut dirahsiakan daripada abangnya, Harun agar proses

pembangunan dapat dijalankan dengan sempurna tanpa gangguan.

Moral dan akhlak yang baik merupakan salah satu tingkah laku yang bagus
dan terpuji.Sifat merendah diri merupakan satu sifat yang mengakui

kebenaran dan menerima kebenaran tersebut, tiada rasa sombong dengan
segala yang ada pada dirinya.Malah, tidak pernah menganggap dirinya lebih
tinggi daripada orang lain.Seseorang yang tidak pernah mendabik dada,
seseorang yang bersifat lemah-lembut dan menghormati tidak kira sesiapa

pun.Sikap merendah diri dalam cerpen ini dapat dilihat apabila Harun
membuat keputusan untuk menyerahkan jawatan pengurus syarikat kepada
kakaknya, Halimah dan dia bercadang untuk memandu teksi memandangkan

kerjaya tersebut sudah sebati dengan dirinya.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version