1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN MARA 2024 IPMA EXCELLENT STUDENTS PROGRAMME (IESP) KE LUAR NEGARA 1.0 PENGENALAN Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan permohonan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah untuk pelajar cemerlang lepasan Diploma daripada Institusi Pendidikan MARA (IPMA) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih luar negara mengikut bidang tertentu. 2.0 SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:- 2.1 Syarat Umum 2.1.1 Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertaraf Bumiputera DAN warganegara Malaysia. 2.1.2 Had umur pemohon pada 31 Disember 2024: Tempat Pengajian Had Umur Luar Negara Minimum 19 tahun dan tidak melebihi 30 tahun Dikemas kini setakat 20 Jun 2024
2 2.1.3 Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama. 2.1.4 Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis (rujuk kelayakan menjadi penjamin di Panduan Permohonan). 2.1.5 Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang- Undang MARA. 2.1.6 Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian (senarai penyakit kronik rujuk di Lampiran GP1). Pengesahan tahap kesihatan (medical examination report) perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran IESP. 2.1.7 Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) atas masalah akademik/disiplin. 2.1.8 Bagi pemohon yang sedang dalam perkhidmatan/bekerja perlu mendapat pelepasan/kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan. Manakala pemohon yang mendapat tajaan pinjaman pelajaran daripada badan penaja lain di peringkat pengajian sebelum ini perlu mendapat penangguhan bayaran balik pinjaman. 2.1.9 Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dan telah mendapat pelepasan dari pihak majikan sahaja yang akan dipertimbangkan tawaran pengajian ke luar negara. 2.1.10 Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.
3 2.2 Syarat Khusus 2.2.1 Pemohon mestilah telah bergraduat atau mendapat surat pengesahan senat daripada IPMA dalam tahun pengajian mulai bulan 06/2023 hingga 06/2024 sahaja. 2.2.2 Pemohon telah mendapat surat tawaran bersyarat (conditional offer letter) atau surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer letter) untuk pengajian pada tahun 2024 sebelum tarikh iklan ditutup. 2.2.3 Pemohon perlu memulakan pengajian :- 2.2.3.1 sebelum atau pada 31 Disember 2024 atau selewat-lewatnya bulan Februari 2025; dan 2.2.3.2 penangguhan pengajian selepas Februari 2025 atas pelbagai sebab adalah tidak dibenarkan. 2.2.4 Pemohon telah memenuhi semua syarat kelayakan akademik yang ditetapkan bagi mengikuti kursus yang dipilih. Salinan sijil akademik di peringkat pengajian tertinggi perlu disertakan (rujuk senarai semak muat naik dokumen di Panduan Permohonan).
4 2.2.5 Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut :- 2.2.6 Kursus yang diikuti hendaklah pengajian secara sepenuh masa sahaja tidak termasuk pengajian secara jarak jauh (ODL), dalam talian dan program berkembar. 2.2.7 Kelayakan akademik bagi program seperti farmasi, senibina mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional berkaitan. 2.2.8 Kursus yang diikuti telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau mendapat pengiktirafan Badan-Badan Profesional yang berkaitan seperti Lembaga Farmasi Malaysia (LFM), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Board of Engineers Malaysia (BEM) dan sebagainya. Peringkat Pengajian Peringkat Kelayakan Pengajian di IPMA Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) Mengikut Bidang Pengajian / Kelayakan Akademik Ijazah Sarjana Muda (Luar Negara) Diploma Memperolehi keputusan sekurangkurangnya : i. Teknikal/Sains : CGPA 3.75/4.00; atau ii. Bukan Teknikal/Sains : CGPA 3.90/4.00 DAN syarat kelayakan kompetensi bahasa memperolehi sekurang-kurangnya (mana yang berkenaan): i. IELTS 6.5; atau ii. TOEFL iBT 100; atau iii. SAT 1200/1600; atau iv. Non speaking English country : melepasi tahap kelayakan minimum peperiksaan bahasa seperti yang ditetapkan oleh universiti berkenaan.
5 2.2.9 Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama dengan permohonan ini TIDAK akan dipertimbangkan. 2.2.10 Pemohon yang telah menerima tawaran pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat pengajian yang sama TIDAK BOLEH memohon IESP ke luar negara. 2.2.11 Permohonan yang memenuhi syarat dan melepasi saringan sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temuduga/ujian kelayakan. Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal disenarai pendek menghadiri temuduga/ujian kelayakan. 2.2.12 Sebarang maklumat berkaitan temuduga/ujian kelayakan akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui emel/sms. 3.0 TEMPOH DAN KELAYAKAN JENIS PINJAMAN PELAJARAN 3.1 Tempoh tawaran pinjaman pelajaran akan bermula dari semester semasa iaitu ketika permohonan dikemukakan dan berdasarkan tempoh tamat pengajian sebenar tertakluk kepada syarat kelulusan. 3.2 Kelayakan pinjaman pelajaran dalam tempoh pinjaman yang diluluskan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup (ESH) dan elaun-elaun lain tertakluk pada kelulusan. 3.3 Kelayakan pinjaman di para 3.2 juga adalah berdasarkan kepada maklumat asal pemohon semasa permohonan dibuat. Sebarang permohonan untuk tambahan/pindaan kelayakan pinjaman selain dari yang telah diluluskan tidak akan dipertimbangkan.
6 4.0 SENARAI NEGARA/UNIVERSITI DAN BIDANG/KURSUS 4.1 Permohonan IESP dibuka kepada pengajian secara sepenuh masa di negara/universiti terpilih dan bidang/kursus tertentu berdasarkan senarai yang telah ditetapkan (senarai negara/universiti dan bidang/kursus rujuk di Lampiran GP2). 4.2 Pilihan bidang/kursus pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, wajib mempunyai kaitan dan kesinambungan dengan pengajian di peringkat diploma. 4.3 Sistem permohonan MyEduloan memaparkan semua senarai negara/universiti dan kursus walau bagaimanapun pemohon perlu membuat pilihan merujuk kepada senarai di Lampiran GP2 sahaja. Pilihan permohonan selain senarai di Lampiran GP2 adalah tidak layak untuk dipertimbangkan. 5.0 PERMOHONAN 5.1 Pihak IPMA akan mengemukakan kepada MARA senarai nama pelajar yang telah disenarai pendek berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah penajaaan IESP. 5.2 Permohonan dibuka secara dalam talian (online) sahaja mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Tiada permohonan secara manual/borang. 5.3 Pemohon yang layak sahaja akan dibenarkan mengakses capaian permohonan melalui sistem permohonan. Pemohon perlu memastikan e-mel yang digunakan masih aktif dan pemohon akan menerima pemberitahuan (notification) melalui emel untuk mendaftar.
7 5.4 Permohonan perlu dibuat hanya secara dalam talian (online) melalui sistem MyEduloan di https://educationloan.mara.gov.my bermula 27 Jun 2024 (Khamis) sehingga 10 Julai 2024 (Rabu), 11.59 pagi. 5.5 Pemohon perlu membaca, meneliti dan memahami manual Garis Panduan Permohonan, Panduan Permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) sebelum mengisi maklumat. Maklumat hendaklah diisi dengan lengkap sebelum dihantar. 5.6 Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik ke dalam sistem MyEduloan adalah seperti yang tertera dalam Panduan Permohonan program. 5.7 Pemohon hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap sebelum dihantar. 5.8 Permohonan yang telah dihantar TIDAK boleh diubah dan dikemaskini. 5.9 Cetakan ‘slip pengesahan permohonan telah dihantar’ menunjukkan permohonan telah dibuat. Slip pengesahan tersebut tidak bermaksud bahawa permohonan yang dihantar adalah lengkap dan layak diproses. Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar dari semasa ke semasa di sistem MyEduloan. 5.10 Permohonan yang tidak lengkap, lewat atau/dan tidak memenuhi syarat/kriteria yang telah ditetapkan adalah tidak layak dan tidak akan diproses. 5.11 Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar di sistem MyEduloan dari semasa ke semasa. 5.12 Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 90 hari daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
8 5.13 Hanya pemohon yang berjaya dan menerima tawaran sahaja perlu mencetak dan menghantar dokumen berkaitan kepada pihak MARA dalam tempoh 14 hari dari tarikh Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan MARA atau pada tempoh yang akan ditetapkan. 5.14 Pertimbangan tawaran pinjaman ini adalah tertakluk kepada peruntukan sedia ada, merit kelayakan dan perubahan dasar MARA dari semasa ke semasa. Pihak MARA tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. 5.15 MARA pada bila-bila masa boleh membuat sebarang perubahan kepada tawaran permohonan ini termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu memberikan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu. 5.16 MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman tanpa memberikan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu sekiranya didapati perlu atau/dan pemohon memberi maklumat palsu. 6.0 PERTANYAAN 6.1 Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui e-mel dari pukul 09.00 pagi hingga pukul 04.30 petang (Isnin-Jumaat) seperti berikut: 6.1.1 mengenai program, sila e-mel ke : [email protected] 6.1.2 mengenai masalah teknikal semasa permohonan, sila e-mel ke: [email protected]
9 LAMPIRAN GP1 JENIS-JENIS PENYAKIT KRONIK 1. Kanser Penyakit yang disebabkan oleh ketumbuhan dan penularan sel-sel yang sangat merbahaya dan serangan tisu-tisu dibuktikan dengan histology yang jelas. Penyakit ini merangkumi leukemia lymphoma dan penyakit hodgkin tetapi tidak termasuk ketumbuhan yang tidak merbahaya dan semua jenis kanser kulit kecuali malignat melanoma. 2. Serangan Jantung Suatu keadaan yang timbul kerana matinya sebahagian daripada otot jantung disebabkan pembekalan darah yang kurang ke bahagian jantung yang relevan dengan tanda-tanda seperti sakit dada, perubahan ECG dan tahap enzim jantung yang meningkat. Serangan sakit jantung boleh mengakibatkan perkara-perkara berikut:- i. Penggantian atau pembaikan injap jantung Prosedur di mana pembedahan jantung terbuka dilakukan untuk mengganti atau memperbaiki injap jantung yang telah rosak. ii. Pembedahan arteri jantung / coronary angioplasty Prosedur yang melibatkan coronary artery bypass surgery dilakukan untuk membetulkan arteri jantung yang tersumbat termasuk angioplasty. iii. Pembedahan aorta Prosedur yang melibatkan bahagian aorta yang sakit dibedah dan digantikan dengan graft. Aorta yang terlibat ialah thoracic dan abdominal aorta. 3. Pulmonary Hypertension 4. Sakit buah pinggang yang kronik Penyakit di mana kedua-dua buah pinggang telah gagal dipulihkan dan tidak boleh berfungsi lagi dan memerlukan dialysis renal dan pemindahan renal. 5. Sakit hati (liver) yang kronik Tanda-tanda penyakit ialah diserang penyakit jaundice, ascites dan/atau hepatic encephalopathy. 6. Fulminant Viral Hepatitis Necrosis hati sepenuh atau sebahagian disebabkan virus hepatitis yang mengakibatkan kegagalah hati selepas ujian fungsi hati dilakukan yang juga menujukkan massive parenchymal liver disease dan juga tanda-tanda portosystemic encephalopathy. 7. Kecederaan di kepala disebabkan kemalangan Kecederaan di kepala disebabkan kemalangan (termasuk kerana diserang) mengakibatkan trauma kepala teruk dengan neurological deficit yang juga boleh mengakibatkan kematian apabila pertama kali dimasukkan ke wad kecemasan atau walaupun selamat, pesakit mengalami kecederaan kepada yang kekal atau lumpuh. Pengesahan pakar saraf atau pakar bedah saraf mestilah diperolehi. 8. Tumor dan kecacatan pembuluh darah di otak Pengesahan mestilah diperolah daripada pakar saraf atau pakar bedah saraf. 9. Melepuh dan melecur kerana kebakaran Third degree burns yang meliputi 40% daripada anggota yang boleh mengakibatkan kepada kematian apabila pertama kali dimasukkan ke hospital atau mengakibatkan kecacatan fungsi atau kecacatan kosmetik yang memerlukan pembedahan membaikpulih. 10. Pemindahan organ utama Pemindahan organ seperti buah pinggang, hati jantung, paru-paru, pankreas dan tulang som-som. 11. Penyakit Parkinson 12. Penyakit HIV dan AIDS 13. Pemindahan kaki dan/atau tangan Dalam ertikata sebenar, ini bukan merupakan penyakit Ini adalah disebabkan kecederaan dan ketidaksempurnaan disebabkan penyakit atau kemalangan boleh mengakibatkan salah satu daripada anggota tangan sebelah atas termasuk kaki dan sendi pinggul terpaksa dipotong. Pemotongan kecil jejari kaki atau tangan juga adalah termasuk dalam kategori ini. 14. Chronic skin disease : Psoriasis, Phempigus, Steven-Johnson Syndrome 15. Mental Illness : Bipolar Disorders, Schzophrenia, Major Depression 16. Endocrine Disease : Diabetis Mellitus with Complications 17. Rheumatology : Rhemathoid Artritis, Systemic Lupus Erythemathousus (SLE), Scleroderma, Mixed Connective Tissue Disorder, Ankylosing Spondylitis, Chronic Topacus Gout 18. Thalassemia Major
10 LAMPIRAN GP2 SENARAI UNIVERSITI DI LUAR NEGARA BAGI IESP TAHUN 2024 QS World University Ranking 2024: Country Top 10 Ranking By Subject : BIL. NEGARA 1. AUSTRALIA 2. CANADA 3. CHINA 4. DENMARK 5. FINLAND 6. FRANCE 7. GERMANY 8. HONG KONG SAR 9. JAPAN 10. NETHERLANDS 11. NEW ZEALAND 12. SINGAPORE 13. SOUTH KOREA 14. SPAIN 15. SWEDEN 16. SWITZERLAND 17. TAIWAN
11 SENARAI BIDANG/KURSUS IESP LUAR NEGARA TAHUN 2024 BIDANG KURSUS ECONOMY, BUSINESS & MANAGEMENT • Economics • Logistics Management • Supply Chain Management • Business Analytics • Statistics • Risk Management ACCOUNTING & FINANCE • Banking & Finance • Banking & Investments • Financial Engineering • Financial Technology (FinTech) • Islamic Banking & Finance • Actuarial Studies CREATIVE DESIGN • Game Design • Animation • Apps Design • Web Design • Graphic Design • Multimedia Design or Advertising Design • Virtual Reality *BUILD PROFESSIONALS • Architecture • Interior Architecture • Interior Design • Quantity Surveying * NATURAL SCIENCE / MEDICAL SCIENCE • Pharmacy • Pharmaceutical Technology • Genetic Engineering • Biomedical Science • Medical Lab Technology • Medical Imaging Medicine • Sports Medicine Rehabilitation FOOD SECURITY • Agriculture Science • Aquatic Marine Science • Biotechnology • Food Science with Technology • Seed Technology • Herbal Technology
12 *ENGINEERING Chemical Engineering • Environmental • Nuclear • Petroleum • Process (Fuel, Energy, Thermal) Civil Engineering • Building • Construction • Geotechnical • Mining • Structural • Transportation Electrical Engineering • Computer • Communication • Electronics Mechanical Engineering • Aerospace • Agricultural • Automotive • Building Services • Manufacturing • Marine • Material • Mechatronic • Metallurgy • Mining INFORMATION TECHNOLOGY & COMPUTER SCIENCE • Analytics & Big Data • Applied Analytics • Applied Computing • Artificial Intelligence • Blockchain Programming • Cloud Security • Computational & Mathematical Engineering • Computational Statistics • Computer Control & Automation • Computer Graphics, Vision & Imaging • Cyber Forensics • Cyber Security • Data Computing • Data Engineering • Data Sciences • Embedded Systems & Information Processing • Emerging Digital Technologies • Engineering in Computer Science • Ethics of AI, Data & Algorithms • Information Security • Machine Learning • Network Security • Software & Systems Security • Software Engineering • Technology & Innovation • Telecommunications & Internet Technology *Nota: Kursus yang diikuti di negara berkenaan hendaklah telah diiktiraf oleh Badan-Badan Profesional yang berkaitan contoh seperti Board of Engineers Malaysia (BEM), Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) dan sebagainya.
SOALAN LAZIM IPMA EXCELLENT STUDENTS PROGRAMME (IESP) LUAR NEGARA TAHUN 2024 1 1. Apakah itu IPMA Excellent Students Programme (IESP)? IPMA Excellent Students Programme (IESP) adalah program pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan peringkat Diploma daripada Institusi Pendidikan MARA (IPMA) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih luar negara mengikut bidang tertentu. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan Pinjaman Boleh Ubah? Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan (conversion) bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pemohon setelah tamat pengajian tertakluk kepada dasar yang ditetapkan. 3. Bagaimanakah cara untuk saya memohon IESP? Permohonan IESP adalah seperti berikut : 3.1 Pihak IPMA mengemukakan kepada MARA senarai nama pelajar yang telah disenarai pendek berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah IESP. 3.2 Pemohon yang layak sahaja akan dibenarkan mengakses capaian yang ditetapkan untuk memohon secara dalam talian melalui sistem https://educationloan.mara.gov.my. 3.3 Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon perlu MEMBACA DAN MEMAHAMI GARIS PANDUAN PERMOHONAN IESP yang disediakan sebelum membuat permohonan. Dikemas kini setakat 20 Jun 2024
SOALAN LAZIM IPMA EXCELLENT STUDENTS PROGRAMME (IESP) LUAR NEGARA TAHUN 2024 2 4. Bilakah permohonan IESP akan dibuka? Permohonan dibuka selama 14 hari mulai 27 Jun 2024 (Khamis) sehingga 10 Julai 2024 (Rabu), 11.59 pagi. 5. Apakah kursus dan syarat kelayakan untuk melayakkan saya memohon IESP? Kursus dan syarat kelayakan IESP boleh dirujuk dalam GARIS PANDUAN PERMOHONAN IESP semasa permohonan dibuka. 6. Adakah saya perlu menduduki proses temuduga atau ujian kelayakan selepas memohon? Permohonan yang memenuhi syarat dan melepasi saringan sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temuduga/ujian kelayakan. Sebarang maklumat berkaitan temuduga/ujian kelayakan akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui e-mel yang telah di daftar di sistem MyEduloan. 7. Bolehkah saya memohon IESP 2024 sekiranya Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan dan saya dalam senarai hitam MARA? TIDAK BOLEH. Ibu, bapa, penjaga, penjamin, pasangan dan pemohon perlu bebas dari senarai hitam MARA. Pemohon dinasihatkan segera menyemak status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA sebelum memohon IESP. Sila hubungi Bahagian Kawalan Kredit MARA :- Talian Utama MARA / MARA Call Centre : 03-2613 2000 Talian Careline BAHAGIAN KAWALAN KREDIT MARA (BKK) : 03- 40108800 / 8801 / 8802
SOALAN LAZIM IPMA EXCELLENT STUDENTS PROGRAMME (IESP) LUAR NEGARA TAHUN 2024 3 8. Saya bukan pelajar di IPMA, bolehkah saya memohon IESP? TIDAK BOLEH. IESP adalah program untuk pelajar cemerlang yang telah menamatkan pengajian peringkat Diploma di IPMA sahaja. IPMA terdiri daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Poly-Tech MARA (UPTM), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Kolej Profesional MARA (KPM), German Malaysian Institute (GMI), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM). 9. Saya telah menamatkan pengajian di KPM pada 12/2022 dan memenuhi syarat kelayakan akademik IESP. Bolehkah saya memohon IESP? TIDAK BOLEH. Permohonan hanya dibuka kepada pelajar yang telah bergraduat atau telah mendapat pengesahan senat untuk tahun pengajian mulai bulan 06/2023 hingga 06/2024 sahaja. 10. Saya telah menerima tawaran pinjaman pelajaran TESP dan sedang mengikuti pengajian di IPT. Bolehkah saya memohon IESP? Pemohon yang telah menerima tawaran pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat pengajian yang sama TIDAK BOLEH memohon IESP ke luar negara. 11. Sekiranya permohonan dalam talian telah ditutup, adakah saya dibenarkan memohon secara manual menggunakan surat permohonan? TIDAK DIBENARKAN. Tiada permohonan melalui surat atau borang. 12. Jika saya tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tetapi saya ingin mencuba untuk memohon, adakah dibenarkan? Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan dan lengkap sahaja akan dipertimbangkan untuk tawaran IESP.
SOALAN LAZIM IPMA EXCELLENT STUDENTS PROGRAMME (IESP) LUAR NEGARA TAHUN 2024 4 13. Apakah bentuk pinjaman pelajaran yang akan saya terima sekiranya permohonan IESP ini berjaya? Pinjaman pelajaran di bawah IESP ini merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup (ESH) dan elaun-elaun lain tertakluk pada kelulusan. 14. Sekiranya saya pernah memohon pinjaman pelajaran MARA yang lain seperti program PRO-P dan berstatus “Hantar", apakah tindakan yang perlu saya lakukan sekiranya saya berminat untuk memohon IESP? Bagi membatalkan permohonan terdahulu yang berstatus "hantar" dan sebelum pemohon membuat permohonan IESP, pemohon perlu menghantar e-mel dengan menyertakan nama dan nombor kad pengenalan (rujuk alamat e-mel di para 27). 15. Adakah saya boleh mengemukakan dan menghantar permohonan IESP lebih daripada sekali? Pemohon TIDAK DIBENARKAN membuat permohonan lebih daripada sekali. Pemohon juga perlu memastikan maklumat diisi dengan lengkap dan betul sebelum menekan butang “Hantar”. Permohonan yang telah dihantar TIDAK BOLEH diubah dan dikemaskini. 16. Adakah saya perlu menghantar apa-apa dokumen fizikal selepas membuat permohonan secara dalam talian? Pemohon hanya perlu mengisi dan melengkapkan permohonan secara dalam talian termasuk memuat naik semua dokumen yang berkaitan. Hanya pemohon yang berjaya dan menerima tawaran sahaja perlu mencetak dan menghantar dokumen berkaitan kepada pihak MARA dalam tempoh 14 hari dari tarikh Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan MARA atau pada tempoh yang akan ditetapkan.
SOALAN LAZIM IPMA EXCELLENT STUDENTS PROGRAMME (IESP) LUAR NEGARA TAHUN 2024 5 17. Bagaimanakah dokumen sokongan perlu dimuat naik ke dalam sistem semasa saya mengisi permohonan IESP? Semua dokumen sokongan perlu dimuat naik satu persatu dan disimpan (save) dalam format .pdf sahaja. Format seperti .jpg, .word dan selainnya TIDAK DIBENARKAN dimuat naik. 18. Berapakah saiz kapasiti maksimum setiap dokumen sokongan yang boleh dimuat naik ke dalam sistem permohonan IESP? Saiz kapasiti setiap dokumen sokongan yang boleh dimuat naik ke dalam sistem adalah TIDAK MELEBIHI 10MB. 19. Adakah semua dokumen sokongan yang dimuat naik perlu disahkan benar? Semua dokumen sokongan TIDAK PERLU disahkan benar KECUALI surat pengesahan pendapatan ibu/bapa/penjaga/penjamin/pasangan bagi yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan/surirumah SAHAJA yang perlu disah benar. 20. Sekiranya saya telah memuat naik semua dokumen yang berkaitan ke sistem beberapa kali tetapi masih tidak berjaya, apakah yang perlu dilakukan? Pemohon disarankan supaya ke history browser untuk memadam (delete) history/cookies bagi mendapatkan paparan yang lebih cepat dan terkini. Namun, sekiranya masih tidak boleh memuat naik dokumen tersebut, sila tukar browser lain (contoh browser : Firefox, Mozilla, Edge, Internet Explorer).
SOALAN LAZIM IPMA EXCELLENT STUDENTS PROGRAMME (IESP) LUAR NEGARA TAHUN 2024 6 21. Bagaimanakah saya boleh membuat semakan keputusan permohonan IESP? Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar dalam sistem Myeduloan dari semasa ke semasa di pautan https://educationloan.mara.gov.my. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 90 hari daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad. 22. Sekiranya semakan saya mendapati status terkini dipaparkan "Berstatus Hantar," adakah saya perlu mendaftar semula? Pemohon tidak perlu mendaftar semula kerana permohonan tersebut telah berjaya dihantar dan sedang diproses. 23. Adakah permohonan saya dianggap berjaya sekiranya status di dalam sistem “Pengesahan Lengkap”? Setiap permohonan yang berstatus “Pengesahan Lengkap” telah melepasi semakan dokumen dan dalam peringkat kelulusan peruntukan sebelum surat tawaran dikeluarkan. 24. Bolehkah saya memohon biasiswa/bantuan kewangan/tajaan pengajian pelajaran daripada agensi/badan penaja yang lain sekiranya telah memohon pinjaman pelajaran IESP? Pemohon bebas untuk memohon biasiswa/bantuan kewangan/tajaan pengajian pelajaran daripada mana-mana agensi/badan penaja selain MARA. Namun, MARA akan membatalkan tawaran pinjaman pelajaran sekiranya semakan MARA mendapati pada masa yang sama pemohon telah mendapat biasiswa/bantuan kewangan/tajaan pengajian daripada mana-mana agensi/penaja.
SOALAN LAZIM IPMA EXCELLENT STUDENTS PROGRAMME (IESP) LUAR NEGARA TAHUN 2024 7 25. Dimanakah saya boleh menyemak senarai kursus dan IPT terpilih yang ditetapkan oleh pihak MARA? Senarai tersebut boleh dirujuk pada Lampiran GP2 di dalam GARIS PANDUAN PERMOHONAN IESP semasa permohonan dibuka. 26. Jika saya memilih universiti atau/dan kursus yang BUKAN dalam senarai Lampiran GP2, adakah permohonan saya akan diproses? Permohonan tersebut tidak akan diproses dan tidak layak. Hanya kursus yang tersenarai di Lampiran GP2 sahaja akan diproses. 27. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi MARA sekiranya ada sebarang pertanyaan? Sebarang pertanyaan boleh dibuat dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 4.30 petang (Isnin-Jumaat) seperti berikut: i. mengenai program, sila e-mel ke: [email protected] ii. mengenai masalah teknikal semasa permohonan, sila e-mel ke: [email protected] - TAMAT -
1 PANDUAN PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN MARA IESP (LN) 2024 Dikemas kini setakat 20 JUN 2024
2 SENARAI SEMAK MUAT NAIK DOKUMEN IESP 2024 BIL. DOKUMEN MANDATORI (WAJIB) 1 Salinan Kad Pengenalan Pemohon 2 Salinan Kad Pengenalan Bapa/Penjaga 3 Salinan Kad Pengenalan Ibu/Penjaga 4 Salinan Sijil Kelahiran Pemohon/Sijil Pengangkatan (bagi anak angkat) 5 Salinan Sijil Kelahiran Bapa/Penjaga (sekiranya maklumat bapa tidak diketahui atau sijil kelahiran hilang/rosak/musnah, pemohon perlu mendapatkan cabutan sijil kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara) 6 Salinan Sijil Kelahiran Ibu/Penjaga (sekiranya maklumat ibu tidak diketahui atau sijil kelahiran hilang/rosak/musnah, pemohon perlu mendapatkan cabutan sijil kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara) 7 Salinan Sijil Diploma : i. skrol dan transkrip lengkap; ATAU ii.surat pengesahan senat dan transkrip keputusan peperiksaan/CGPA terkini 8 Salinan Surat Tawaran daripada universiti : i. surat tawaran bersyarat (conditional offer letter); ATAU ii. surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer letter) 9 Salinan Struktur Yuran sepanjang pengajian (maklumat terperinci bayaran yuran setiap semester) 10 Salinan Penyata Gaji DAN Penyata BE terkini : Bapa/Penjaga/Pasangan atau Surat Pengesahan Pendapatan *Surat Pengesahan Pendapatan (Rujuk Panduan Permohonan) 11 Salinan Penyata Gaji DAN Penyata BE terkini : Ibu/Penjaga/Pasangan atau Surat Pengesahan Pendapatan *Surat Pengesahan Pendapatan (Rujuk Panduan Permohonan) 12 Salinan muka depan buku atau penyata bank terkini atas nama pemohon (hanya Bank Islam / CIMB / Maybank (kecuali MAE/Bank Muamalat/Affin Islamic Bank/BSN/RHB Bank) 13 Resume terkini (tidak melebihi dua (2) muka surat).
3 SENARAI SEMAK MUAT NAIK DOKUMEN IESP 2024 BIL. DOKUMEN-DOKUMEN LAIN (JIKA BERKAITAN) 1 Salinan Sijil Kematian Ibu/Bapa 2 Salinan Sijil Penceraian Ibu/Bapa 3 Salinan Sijil Pernikahan (bagi Ibu/Bapa tiri/Pasangan) 4 Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Suami/Isteri) 5 Salinan Penyata Gaji Terkini ATAU Surat Pengesahan Pendapatan Suami/Isteri 6 Surat Kebenaran Mengikuti Pengajian/Pelepasan/Kelulusan Cuti Belajar/Cuti Tanpa Gaji/Berhenti Bekerja/Penangguhan/Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran dari majikan/penaja terdahulu 7 Surat Pengesahan Pengajian/Sedang Belajar daripada Universiti (bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda) 8 Salinan keputusan peperiksaan kompetensi Bahasa Inggeris (IELTS/TOEFL iBT/SAT) *mana yang berkenaan
4 SALINAN KAD PENGENALAN DAN STATUS PEKERJAAN Pastikan setiap salinan kad pengenalan pelajar, penjaga dan penjamin dipalangkan di bucu dokumen. Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara *Nota : Dipalang TUJUAN : sila tulis “MARA” Status Pekerjaan Butiran Pegawai Pengesah Pendapatan Bekerja ▪ Salinan penyata gaji DAN penyata BE yang terkini ATAU Surat Pengesahan Majikan yang dikeluarkan oleh majikan masing-masing. Tidak perlu disahkan Bekerja sendiri/tiada pendapatan/surirumah ▪ Lengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan yang telah disediakan. ▪ Surirumah/tidak bekerja/tiada pendapatan juga perlu membuat pengesahan tiada pendapatan. Rujuk Lampiran 1 Pesara Kerajaan ▪ Cetakan penyata bayaran pencen melalui pautan https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran Tidak perlu disahkan Golongan rakyat termiskin ▪ Cetakan status pendaftaran eKasih melalui pautan (https://ekasih.icu.gov.my) Tidak perlu disahkan
5 PENGESAHAN PENDAPATAN DAN KELAYAKAN PENJAMIN 1. Pengesahan Pendapatan 1.1 Borang Pengesahan Pendapatan hanya perlu diisi oleh pemohon, ibu dan bapa / pasangan / penjaga sah yang berstatus Bekerja Sendiri/Tidak Bekerja/Tiada Pendapatan/Surirumah. Sila abaikan borang ini jika tidak berkenaan. 1.2 Sila rujuk Lampiran 1 bagi senarai pegawai yang layak untuk mengesahkan pendapatan penjamin. 2. Kelayakan menjadi penjamin adalah seperti berikut: Perkara Pengajian Dalam Negara Luar Negara Penjamin Satu (1) penjamin Dua (2) penjamin Warganegara Warganegara Malaysia Penjamin ▪ Warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis & tidak disenarai hitam oleh MARA. ▪ Semakan senarai hitam MARA boleh dibuat di Bahagian Kawalan Kredit (BKK) MARA. ▪ Sekiranya penjamin telah disenarai hitam, proses pemutihan hendaklah dibuat terlebih dahulu di Bahagian Kawalan Kredit (BKK) MARA. ▪ Penjamin hanya layak menjamin dua (2) orang pelajar sahaja dalam satu masa. ▪ Penjamin tidak boleh menjadi saksi dalam satu masa. Jika ibu/bapa/penjaga yang sah menjadi penjamin ▪ Tiada had umur ▪ Hanya salah seorang sahaja (ibu ATAU bapa) layak menjadi penjamin. Selain ibu/bapa/penjaga yang sah menjadi penjamin ▪ Umur tidak melebihi 50 tahun dari tarikh menandatangani surat perjanjian MARA. Gaji / Pendapatan > RM500.00 sebulan > RM1,000.00 sebulan Bagi ibu/bapa/penjaga golongan rakyat termiskin Dikecualikan dari kategori pendapatan di atas dengan syarat status golongan rakyat termiskin mestilah tersenarai di dalam senarai JPM/EPU.
6 BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN (DIISI OLEH PEMOHON/IBU/ BAPA/ PASANGAN/PENJAGA SAH YANG : BEKERJA SENDIRI / TIDAK BEKERJA / TIADA PENDAPATAN / SURIRUMAH) Tarikh: ______________ Nama Ibu/bapa/Penjaga : No. Kad Pengenalan : Alamat Tetap : Merujuk butiran di atas, saya adalah (ibu / bapa / penjaga) kepada pelajar memohon Pinjaman Pelajaran MARA seperti di bawah. Nama Pelajar : No. Kad Pengenalan : Dengan ini sesungguhnya, saya mengaku dan mengesahkan bahawa saya adalah bekerja sendiri/tidak bekerja/tiada pendapatan/surirumah Pekerjaan (sekiranya berkaitan) : ______________________________________ Pendapatan RM (bulanan) : ______________________________________ …………………………………………. Tandatangan ibu/bapa/penjaga Nama Penuh : …………………………………………... No. Kad Pengenalan : ………………………………….. ……………………………………………………………………………………………………………………………… (Disahkan oleh Pegawai Pengesah) (Rujuk Lampiran 1) Saya dengan ini mengesahkan bahawa keterangan yang diberikan oleh penama seperti di atas adalah BENAR. …………………………………………. Tandatangan Pegawai Pengesah (Cop Rasmi Nama, Jawatan dan Jabatan)
7 LAMPIRAN 1 SENARAI INDIVIDU YANG LAYAK MENJADI SAKSI / PENGESAH PENDAPATAN DOKUMEN BERKAITAN Akuan Pendapatan / Penyata Gaji / Perjanjian Pinjaman KELAYAKAN Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang bermastautin di Malaysia JAWATAN a) Terdiri daripada Pegawai Kerajaan, hendaklah menjawat jawatan tetap dan memegang jawatan pentadbiran Gred 41 ke atas. b) Bagi individu yang bukan Pegawai Kerajaan, mereka hendaklah yang telah diberi kuasa perundangan. KATEGORI i. KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (Gred 41 / Kumpulan A ke atas) Semua Pegawai Kerajaan Gred 41 / Kumpulan A dan ke atas di Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Negeri / Pejabat Daerah ii. PEGAWAI PENDIDIKAN a) Pensyarah di IPTA / Politeknik / Kolej Komuniti b) Pegawai Pendidikan Negeri / Daerah c) Pengetua / Guru Besar / Guru Penolong Kanan (Gred 41 ke atas) iii. PEGAWAI PERKHIDMATAN PERUBATAN / KESIHATAN Semua doktor yang bertugas di Hospital dan di Pusat Kesihatan Kerajaan sahaja iv. PEGAWAI KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN a) Semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan Kerajaan (Contoh: Hakim, Majistret, Peguam Persekutuan, Penasihat Undang-Undang, Pendaftar Mahkamah) b) Semua Peguambela dan Peguamcara (sertakan nombor pendaftaran dan alamat syarikat) c) Semua Pesuruhjaya Sumpah d) Jaksa Pendamai v. PEGAWAI BERUNIFORM a) Tentera (Kapten dan ke atas) b) Polis (Pen. Penguasa dan ke atas / No. KP bermula huruf G) c) Pegawai Penjara (Penguasa Penjara dan ke atas) d) Pegawai Bomba (Penguasa Bomba) e) Jabatan Perhutanan (Pemelihara Hutan Gred 1 / Pegawai Hidupan Liar) f) Jabatan Laut (Jurutera Laut dan ke atas) g) Kastam (Penguasa Kastam dan ke atas) vi. LAIN-LAIN a) Penggawa / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua / Pemimpin Masyarakat /Sidang / Pegawai Pembangunan Mukim / Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) / Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) / Pengerusi Persatuan Penduduk / Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) b) Pengurus FELDA / Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Rancangan (JKKR) c) SABAH dan SARAWAK – Ketua Kaum / Ketua Anak Negeri / Temenggong / Kapitan / Pemanca d) Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nota: - Hanya kategori i hingga vi diatas sahaja yang layak menjadi saksi / pengesah pendapatan. Selain daripada kategori tersebut adalah tidak dibenarkan. - Ibu, Bapa & Penjaga pemohon TIDAK DIBENARKAN menjadi saksi / pengesah pendapatan. - Tandatangan bagi pihak (b/p) tidak dibenarkan. - Tandatangan hendaklah menggunakan pen. Tandatangan menggunakan cop (stamp) atau digital TIDAK DIBENARKAN. - Setiap pengesahan oleh pegawai yang layak di atas salinan dokumen mestilah mempunyai nama penuh pegawai, no. kad pengenalan pegawai, jawatan pegawai, nama jabatan pegawai dan alamat tempat kerja pegawai tersebut. - Tandatangan tanpa cop (stamp) dan maklumat penuh / jawatan pegawai adalah TIDAK DITERIMA.