The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ictbpp, 2025-12-16 23:27:34

TESP Batch

BPP, BPP

1GARIS PANDUAN PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN MARATERTIARY EDUCATION SPONSORSHIP PROGRAMME –INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (TESP IPMA) 20251.0 PENGENALANMajlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan permohonan pinjaman pelajaran Tertiary Education Sponsorship Programme Institusi Pendidikan MARA (TESP IPMA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan MARA(IPMA) iaitu di German-Malaysian Institute (GMI), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam pelbagai bidang / kursus yang telah ditetapkan.2.0 SYARAT KELAYAKAN PERMOHONANPemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:-2.1 Syarat Umum2.1.1 Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertaraf Bumiputera DAN warganegara pemastautin Malaysia.2.1.2 Had umur pemohon pada 31 Disember 2025:InstitusiPengajianPeringkat Pengajian Had UmurIPMA Diploma tidak melebihi 35 tahunIjazah Sarjana Muda tidak melebihi 40 tahunDikemas kini setakat 24 Oktober 2025


22.1.3 Kelayakan permohonan penajaan TESP IPMA tertakluk kepada pemohonyang tidak pernah menerima penajaan biasiswa, dermasiswa, pinjaman pelajaran atau sebarang bentuk bantuan kewangan daripada mana-mana pihak penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.2.1.4 Pemohon TIDAK LAYAK memohon TESP IPMA sekiranya pemohon membatalkan penajaan biasiswa, dermasiswa, pinjaman pelajaran dan sebarang bentuk bantuan kewangan yang sedang / pernah diterima daripada mana-mana pihak penaja / agensi lain.2.1.5 Pemohon dan penjamin adalah warganegara Malaysia pemastautin yangtidak diisytihar muflis (rujuk kelayakan menjadi penjamin di Panduan Permohonan).2.1.6 Pemohon / Ibu / Bapa / Penjaga Sah / Penjamin / Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan UndangUndang MARA semasa permohonan, sepanjang tempoh pengajian pelajar dan sehingga selesai bayaran balik pinjaman.2.1.7 Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang penyakit kronik atau/dan penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya untuk mengikuti pengajian sehingga tamat (senarai penyakit rujuk di Lampiran GP1). Pengesahan tahap kesihatan (medical examination report) perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran program ini.2.1.8 Pemohon TIDAK PERNAH ditamatkan penajaan biasiswa, dermasiswa, pinjaman pelajaran dan sebarang bentuk bantuan kewangan oleh manamana pihak penaja / agensi atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undangundang negara dan tidak pernah diberhentikan pengajian oleh mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) atau berhenti pengajian atas masalah akademik / disiplin.2.1.9 Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama atau dinilai setaraf dengan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda TIDAK akan dipertimbangkan.2.1.10 Pemohon yang telah menerima tawaran pinjaman pelajaran MARA dalam program lain di peringkat pengajian yang sama / setaraf TIDAK LAYAKmemohon program TESP IPMA.


32.1.11 Pemohon yang sedang dalam perkhidmatan / bekerja perlu mendapat pelepasan / kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.2.1.12 Pemohon yang mendapat penajaan pinjaman pelajaran daripada pihak penaja / agensi lain di peringkat pengajian sebelum ini perlu mendapat penangguhan bayaran balik pinjaman.2.1.13 Pemohon telah memenuhi semua syarat kelayakan akademik yang ditetapkan bagi mengikuti kursus yang dipilih. Salinan sijil akademik di peringkat pengajian tertinggi perlu disertakan (rujuk senarai semak muat naik dokumen di Panduan Permohonan). 2.1.14 Skrol dan transkrip peperiksaan bagi sijil akademik yang menggunakan bahasa selain Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan disahkan oleh pihak universiti asal atau Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). 2.1.15 Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga (ibu bapa / penjaga sah) dengan kategori pendapatan B40 dan M40 beserta syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam program ini. 2.2 Syarat Khusus2.2.1 Permohonan TESP IPMA dibuka kepada pelajar baharu dan pelajar sedia ada yang memenuhi syarat khusus seperti berikut:-Kategori Pemohon : Pelajar Baharui. Telah mendaftar dan baru memulakan pengajian peringkat Diploma atauIjazah Sarjana Muda di IPMA sebelum tarikh iklan TESP ditutup; DANii. Memenuhi syarat-syarat Badan Profesional / Bertauliah bagi mengikuti kursus.


42.2.2 Pemohon / pelajar IPMA perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik di peringkat SPM dan diploma dan/atau ijazah sarjana muda atau setara (rujuk Lampiran GP2).2.2.3 Pemohon / pelajar IPMA perlu merujuk kepada Person In Charge (PIC) di IPMA masing-masing bagi membuat semakan syarat-syarat kelayakan khusus dan akademik lain / setara sebelum membuat permohonan. 2.2.4 Kursus yang diikuti hendaklah pengajian secara sepenuh masa sahaja tidak termasuk pengajian secara separuh masa, jarak jauh (ODL), dalam talian, program kerjasama dan program berkembar.2.2.5 Pemohon adalah pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPMA dan tidak termasuk pelajar yang menangguh pengajian atau digantung pengajian atas pelbagai sebab. 2.2.6 Kursus yang diikuti telah mendapat akreditasi penuh (FA) daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan / atau mendapat pengiktirafan BadanBadan Profesional/Bertauliah yang berkaitan seperti Board of Engineers Malaysia (BEM), Lembaga Farmasi Malaysia (LFM), Malaysian Medical Council (MMC) dan kursus yang telah berdaftar dengan MARA. Pemohon hendaklah membuat semakan ke MQA atau Badan-Badan Profesional /Bertauliah yang berkaitan mengenai pengiktirafan FA.2.2.7 Pemohon wajib menjawab saringan MARA Application Scholarship Test ( M A S T ) / U j i a n P s i k o m e t r i k . P e r m o h o n a n T I D A Kakan diproses sekiranya pemohon tidak menjawab MAST.2.2.8 Sebarang maklumat/hebahan berkenaan MAST akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui e-mel/sms pemohon yang didaftarkan di sistem MyEduloan.Kategori Pemohon : Pelajar Sedia Adai. Sedang mengikuti pengajian dan telah mempunyai keputusan peperiksaan semester terdahulu / sebelum peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPMA sebelum tarikh iklan TESP ditutup; ii. Memenuhi syarat-syarat Badan Profesional / Bertauliah bagi mengikuti kursus; DANiii. Baki tempoh pengajian tidak kurang daripada 12 bulan dari tarikh permohonan ditutup TIDAK termasuk semester terkini/semasa.


52.2.9 Pemohon perlu memenuhi semua syarat umum dan syarat khusus termasuk kelayakan akademik, SES dan melepasi saringan MAST untuk pertimbangan kelulusan permohonan.3.0 TEMPOH DAN KELAYAKAN JENIS PINJAMAN PELAJARAN3.1 Tempoh dan jumlah keseluruhan pinjaman pelajaran tertakluk kepada kelulusan MARA. Tempoh tawaran pinjaman pelajaran akan bermula dari semester semasa iaitu ketika permohonan dikemukakan dan berdasarkan tempoh tamat pengajian asal tertakluk kepada syarat kelulusan.3.2 Pemohon perlu menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan dalam Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan MARA. TIADA tambahan tempoh pengajian dan peruntukan pinjaman sekiranya tidak menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. 3.3 Kelayakan pinjaman berdasarkan kepada maklumat asal pemohon semasa permohonan dibuat. Sebarang permohonan untuk tambahan / pindaan kelayakan jenis pinjaman selepas permohonan diluluskan TIDAK akan dipertimbangkan.(Contoh kes: sekiranya ibu / bapa / penjaga yang mempunyai Pendapatan Bercukai Tahunan (Penyata BE atau B) tetapi tidak memuat naik salinan Penyata BE atau B terkini dan hanya memuat naik Penyata Gaji bulanan maka pertimbangan kelayakan jenis pinjaman akan hanya mengambilkira Penyata Gaji bulanan yangtelah dimuat naik semasa permohonan).4.0 SENARAI BIDANG/KURSUS4.1 Senarai IPMA dalam pelbagai bidang / kursus yang telah diluluskan oleh MARAadalah seperti di Lampiran GP3.4.2 Bidang/kursus yang tiada / tidak ditaja dalam pinjaman pelajaran ini adalah:-4.2.1 bidang yang memerlukan pelajar mengambil jenis-jenis lesen seperti lesen penerbangan, lesen menyelam dan sebagainya;4.2.2 kursus francais IPT bersama IPT dalam dan luar negara;4.2.3 kursus berkembar / ijazah dual / double degree / kerjasama; 4.2.4 kursus separa perubatan dan pra-perkhidmatan di kementerian / agensi; dan4.2.5 semua kursus yang tidak mematuhi syarat kelayakan pinjaman pelajaran MARA.


65.0 TATACARA PERMOHONAN5.1 Pihak IPMA akan mengemukakan kepada MARA senarai nama pelajar yang telah disenarai pendek berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah penajaan pinjaman pelajaran TESP IPMA 2025. Senarai nama pelajar yang telah disenarai pendek ini bukan bermaksud jaminan kelulusan, ianya tertakluk kepada syaratsyarat permohonan yang telah ditetapkan dan keputusan muktamad MARA.5.2 Pemohon yang layak sahaja akan dibenarkan mengakses capaian permohonanmelalui sistem permohonan MyEduloan. Pemohon perlu memastikan e-mel yang digunakan masih aktif dan pemohon akan menerima pemberitahuan (notification) melalui e-mel untuk mendaftar.5.3 Permohonan dibuka secara dalam talian (online) sahaja mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Tiada permohonan secara manual sama ada melalui surat, borang, e-mel atau apa sahaja cara selain permohonan di atas talian sistem MyEduloan.5.4 Permohonan perlu dibuat hanya secara dalam talian (online) melalui sistem MyEduloan: https://educationloan.mara.gov.my yang dibuka selama 14 haribermula 18 Disember 2025 (Khamis), 12.00 tengah hari sehingga 31 Disember 2025 (Rabu), 12.00 tengah hari.5.5 Pemohon perlu membaca, meneliti dan memahami Manual Permohonan iaitu Garis Panduan Permohonan, Panduan Permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) sebelum mengisi maklumat.5.6 Pemohon program ini adalah tertakluk kepada semua syarat dan peraturan yang dinyatakan dalam Manual Permohonan di para 5.5 di atas.5.7 Panduan lengkap mengenai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik ke dalam sistem MyEduloan adalah seperti yang tertera dalam manual Panduan Permohonan Pinjaman Pendidikan MARA.5.8 Pemohon hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap sebelum permohonan dihantar.5.9 Permohonan yang telah dihantar TIDAK BOLEH diubah dan dikemaskini.


75.10 Cetakan ‘slip pengesahan permohonan telah dihantar’ menunjukkan permohonan telah dibuat. Slip pengesahan tersebut tidak bermaksud bahawa permohonan yang dihantar adalah lengkap dan layak diproses. Pemohon perlu menyemak status permohonan yang telah dihantar dari semasa ke semasa di sistem MyEduloan.5.11 Permohonan yang tidak lengkap, lewat dihantar atau / dan tidak memenuhi syarat /kriteria yang ditetapkan adalah TIDAK layak dan TIDAK akan diproses.5.12 MARA pada bila-bila masa boleh membuat sebarang perubahan kepada tawaran permohonan ini termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu memberikan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu. 5.13 Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 90 hari daripada tarikh tutup iklan adalah tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.5.14 Hanya pemohon yang berjaya dan menerima tawaran sahaja perlu mencetak dan menghantar dokumen berkaitan kepada pihak MARA dalam tempoh 14 haridari tarikh Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan MARA atau pada tempoh yang akan ditetapkan. 6.0 KUOTA TAWARAN PINJAMAN6.1 Kuota bagi pertimbangan tawaran pinjaman pelajaran MARA ini adalah tertakluk kepada kelayakan akademik, syarat SES, saringan MAST, semua syarat penajaan,peruntukan sedia ada dan perubahan dasar MARA dari semasa ke semasa. 6.2 Pihak MARA tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.6.3 Pemohon yang telah berjaya ditawarkan dan bersetuju menerima tawaran pinjaman pelajaran di bawah program ini tertakluk kepada surat tawaran dan terma-terma perjanjian yang akan ditandatangani. 6.4 Pemohon yang telah berjaya ditawarkan pinjaman pelajaran di bawah program ini tetapi kemudiannya dalam tempoh tawaran atau selepas tempoh tawaran telah menolak tawaran tersebut maka TIADA pertimbangan untuk tawaran semula.6.5 MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman yang telah dikeluarkan tanpa memberikan sebarang notis pemberitahuan


8terlebih dahulu sekiranya didapati perlu atau/dan pemohon memberi maklumat palsu atau/dan maklumat bercanggah yang mana butiran diisi dalam permohonan berbeza dengan butiran pada salinan dokumen yang disertakan/dimuat naik.7.0 PERTANYAAN7.1 Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui e-mel dari jam 09.00 pagi hingga jam 04.30 petang (Isnin-Jumaat) seperti berikut:* e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja7.1.1 mengenai program, sila e-mel ke :a) [email protected] (bagi permohonan di GMI);b) [email protected] (bagi permohonan di UPTM / KPTM); dan c) [email protected] (bagi permohonan di UniKL)7.1.2 mengenai masalah teknikal semasa permohonan, sila e-mel ke: [email protected] mengenai syarat-syarat kelayakan khusus dan akademik lain / setara, sila berhubung dengan Person In Charge (PIC) di IPMA masing-masing. PENTING:MARA BERHAK MEMINDA MANUAL PERMOHONAN (GARIS PANDUAN PERMOHONAN, PANDUAN PERMOHONAN DAN SOALAN LAZIM (FAQ)) INI DARI SEMASA KE SEMASA TANPA SEBARANG NOTIS MAKLUMAN.


9LAMPIRAN GP1JENIS-JENIS PENYAKIT 1. KanserPenyakit yang disebabkan oleh ketumbuhan dan penularan sel-sel yang sangat merbahaya dan serangan tisu-tisu dibuktikan dengan histology yang jelas. Penyakit ini merangkumi leukemia lymphoma dan penyakit hodgkin tetapi tidak termasuk ketumbuhan yang tidak merbahaya dan semua jenis kanser kulit kecuali malignat melanoma.2. Serangan JantungSuatu keadaan yang timbul kerana matinya sebahagian daripada otot jantung disebabkan pembekalan darah yang kurang ke bahagian jantung yang relevan dengan tanda-tanda seperti sakit dada, perubahan ECG dan tahap enzim jantung yang meningkat. Serangan sakit jantung boleh mengakibatkan perkara-perkara berikut:-i. Penggantian atau pembaikan injap jantungProsedur yang mana pembedahan jantung terbuka dilakukan untuk mengganti atau memperbaiki injap jantung yang telah rosak.ii. Pembedahan arteri jantung / coronary angioplastyProsedur yang melibatkan coronary artery bypass surgery dilakukan untuk membetulkan arteri jantung yang tersumbat termasuk angioplasty.iii. Pembedahan aortaProsedur yang melibatkan bahagian aorta yang sakit dibedah dan digantikan dengan graft. Aorta yang terlibat ialah thoracic dan abdominal aorta.3. Pulmonary Hypertension4. Sakit buah pinggang yang kronikPenyakit yang mana kedua-dua buah pinggang telah gagal dipulihkan dan tidak boleh berfungsi lagi dan memerlukan dialysis renal dan pemindahan renal.5. Sakit hati (liver) yang kronikTanda-tanda penyakit ialah diserang penyakit jaundice, ascites dan/atau hepatic encephalopathy.6. Fulminant Viral HepatitisNecrosis hati sepenuh atau sebahagian disebabkan virus hepatitis yang mengakibatkan kegagalah hati selepas ujian fungsi hati dilakukan yang juga menujukkan massive parenchymal liver disease dan juga tanda-tanda portosystemic encephalopathy.7. Kecederaan di kepala disebabkan kemalanganKecederaan di kepala disebabkan kemalangan (termasuk kerana diserang) mengakibatkan trauma kepala teruk dengan neurological deficit yang juga boleh mengakibatkan kematian apabila pertama kali dimasukkan ke wad kecemasan atau walaupun selamat, pesakit mengalami kecederaan kepala yang kekal atau lumpuh. Pengesahan pakar saraf atau pakar bedah saraf mestilah diperolehi.8. Tumor dan kecacatan pembuluh darah di otakPengesahan mestilah diperolah daripada pakar saraf atau pakar bedah saraf.9. Melepuh dan melecur kerana kebakaranThird degree burns yang meliputi 40% daripada anggota yang boleh mengakibatkan kepada kematian apabila pertama kali dimasukkan ke hospital atau mengakibatkan kecacatan fungsi atau kecacatan kosmetik yang memerlukan pembedahan membaik pulih.10. Pemindahan organ utamaPemindahan organ seperti buah pinggang, hati jantung, paru-paru, pankreas dan tulang som-som.11. Penyakit Parkinson12. Penyakit HIV dan AIDS13. Pemindahan kaki dan/atau tanganDalam ertikata sebenar, ini bukan merupakan penyakit. Ini adalah disebabkan kecederaan dan ketidaksempurnaan disebabkan penyakit atau kemalangan boleh mengakibatkan salah satu daripada anggota tangan sebelah atas termasuk kaki dan sendi pinggul terpaksa dipotong. Pemotongan kecil jejari kaki atau tangan juga adalah termasuk dalam kategori ini.14. Chronic skin disease :Psoriasis, Phempigus, Steven-Johnson Syndrome15. Mental Illness :Bipolar Disorders, Schzophrenia, Major Depression16. Endocrine Disease :Diabetis Mellitus with Complications17. Rheumatology :Rhemathoid Artritis, Systemic Lupus Erythemathousus (SLE), Scleroderma, Mixed Connective Tissue Disorder, Ankylosing Spondylitis, Chronic Topacus Gout18. Thalassemia Major19 Sebarang penyakit yang memerlukan rawatan susulan.


10LAMPIRAN GP2SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PENAJAAN PINJAMAN PELAJARAN MARA TESP IPMAA. PERINGKAT DIPLOMA B. PERINGKAT IJAZAH PERTAMA (SEMUA KURSUS *SELAIN PERUBATAN & FARMASI) C. PERINGKAT IJAZAH PERTAMA (KURSUS PERUBATAN) D. PERINGKAT IJAZAH PERTAMA (KURSUS FARMASI)


11SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIKPENAJAAN PINJAMAN PELAJARAN MARA TESP IPMAA. PERINGKAT DIPLOMA 1. SPM SUBJEK WAJIB KEPUJIAN (GRED C)DIPLOMA TEKNIKAL/SAINSSUBJEK WAJIB KEPUJIAN (GRED C)DIPLOMA BUKAN TEKNIKAL/SAINSMATEMATIK1 SUBJEK BERKAITAN 3 SUBJEKSAINS/TEKNIKAL/VOKASIONAL1 SUBJEK LAINDANLULUS DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN SEJARAH DI PERINGKAT SPM / SVM ATAU SETARAFATAU2. O-LEVEL DAN SETARAFSUBJEK WAJIB KEPUJIAN (GRED C)DIPLOMA TEKNIKAL/SAINSSUBJEK WAJIB GRED CDIPLOMA BUKAN TEKNIKAL/SAINSMATEMATIK 3 SUBJEK1 SUBJEK BERKAITAN SAINS/TEKNIKAL/VOKASIONAL1 SUBJEK LAINDANLULUS BAHASA INGGERISATAU3. SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)BAGI KOHORT 2012-2016MEMILIKI SVM DAN MENDAPAT KESETARAAN DENGAN 3 KREDIT SPM IAITU: -a) KEPUJIAN BAHASA MELAYU 1104; DANb) PNGK AKADEMIK SEKURANG-KURANGNYA 3.33; DANc) PNGK VOKASIONAL SEKURANG-KURANGNYA 3.67; DANd) KOMPETEN SEMUA MODUL VOKASIONAL; DANe) LULUS MATA PELAJARAN SEJARAH (SEJARAH 1251 BAGI CALON SVM KOHORT 2012-2016)* berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2016: Penyetaraan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Dengan Tiga (3) Kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)BAGI KOHORT 2017 KE ATASLULUS SVM DENGAN MENDAPAT: -a) KEPUJIAN BAHASA MELAYU 1104; b) LULUS SEJARAH 1251;c) MEMPEROLEHI SEKURANG-KURANGNYA 3 KEPUJIAN DALAM MATA PELAJARAN VOKASIONAL YANG SETARA DENGAN MATA PELAJARAN ELEKTIF SPM TERMASUK BAHASA MELAYU 1104;d) PNGK AKADEMIK SEKURANG-KURANGNYA 2.00;e) PNGK VOKASIONAL SEKURANG-KURANGNYA 2.67; DANf) KOMPETEN SEMUA MODUL VOKASIONAL


12ATAU4. SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)TAHAP SKM SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA LULUS TAHAP 3 DALAM BIDANG BERKAITANDANLULUS DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN SEJARAH DI PERINGKAT SPM / SVM ATAU SETARAFATAU5. STPM CGPA PERINGKAT STPM SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA CGPA≥3.00 DANLULUS DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN SEJARAH DI PERINGKAT SPM / SVM ATAU SETARAFATAU6. STAMKELULUSAN PERINGKAT STAM SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA JAYYID JIDDAN (KEPUJIAN)DANLULUS DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN SEJARAH DI PERINGKAT SPM / SVM ATAU SETARAFATAU7. SIJIL TVET/POLITEKNIKCGPA PERINGKAT SIJIL SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA CGPA≥3.00 DANLULUS DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN SEJARAH DI PERINGKAT SPM / SVM ATAU SETARAFATAU8. MATRIKULASI / PERSEDIAANCGPA PERINGKAT MATRIKULASI SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA CGPA≥3.00 DANLULUS DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN SEJARAH DI PERINGKAT SPM / SVM ATAU SETARAFATAU9. DIPLOMA SEMASACGPA PERINGKAT DIPLOMA SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA CGPA≥3.00 SEMESTER SEBELUMNYADANLULUS DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN SEJARAH DI PERINGKAT SPM / SVM ATAU SETARAF


13SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIKPENAJAAN PINJAMAN PELAJARAN MARA TESP IPMAB. PERINGKAT IJAZAH PERTAMA (SEMUA KURSUS *SELAIN PERUBATAN & FARMASI) 10. STPM/ MATRIKULASI/ ASASI/ PERSEDIAAN/ DIPLOMA (TERMASUK DKM, DVM & DLKM)CGPA PERINGKAT PERSEDIAAN SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA CGPA ≥ 3.00 DANLULUS DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN SEJARAH DI PERINGKAT SPM / SVM ATAU SETARAFATAU11. A-LEVELSUBJEK WAJIB KREDIT SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA 6 MATA DALAM 3 SUBJEK DI PERINGKAT A-LEVEL TERMASUK MATEMATIK SEKURANG-KURANGNYA GRED CDANLULUS DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN SEJARAH DI PERINGKAT SPM / SVM ATAU SETARAFATAU12. INTERNATIONAL BACCALAUREATE (IB)SUBJEK WAJIB KREDIT SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA 24 MATA DI PERINGKAT IB TERMASUK MATEMATIK SEKURANG-KURANGNYA 4 MATADANLULUS DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN SEJARAH DI PERINGKAT SPM / SVM ATAU SETARAFATAU13. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) KELULUSAN PERINGKAT STAM SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA JAYYID JIDDAN (KEPUJIAN) DANLULUS DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN SEJARAH DI PERINGKAT SPM / SVM ATAU SETARAFATAU14. IJAZAH SEMASACGPA PERINGKAT IJAZAH PERTAMA SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA CGPA≥3.00 SEMESTER SEBELUMNYADANLULUS DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN SEJARAH DI PERINGKAT SPM / SVM ATAU SETARAF


14SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIKPENAJAAN PINJAMAN PELAJARAN MARA TESP IPMAC. PERINGKAT IJAZAH PERTAMA (KURSUS PERUBATAN)15. MATRIKULASI/PERSEDIAAN SAINS/PROGRAM PRA-MEDIKCGPA PERINGKAT PERSEDIAANSYARAT SPM/GCE OLEVEL SYARAT SPM PERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA CGPA≥3.50 DENGAN MINIMUM B DALAM SUBJEK BIOLOGI, KIMIA DAN FIZIK/MATEMATIKDAN5B DALAM SUBJEK: • BIOLOGI• KIMIA• FIZIK• MATEMATIK / MATEMATIK TAMBAHAN • 1 SUBJEK LAIN SERTAKREDIT DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SERTA LULUS SEJARAH DI PERINGKAT SPM/SVM ATAU SETARAFNOTA: PROGRAM MATRIKULASI/PERSEDIAAN SAINS/ASASI/PROGRAM PRA-MEDIK MESTILAH TIDAK KURANG 1 TAHUN DAN TAMAT DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) YANG SAMAATAU16. A-LEVELKEPERLUAN SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA 12 MATA TERMASUK MINIMUM 4 MATA (GRED B) DALAM SUBJEK BIOLOGI, KIMIA DAN FIZIK/MATEMATIKDANKREDIT DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SERTA LULUS SEJARAH DI PERINGKAT SPM/SVM ATAU SETARAFATAU17. INTERNATIONAL BACCALAUREATE (IB) / KELAYAKAN SETARAFKEPERLUAN SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA 33 MATA DENGAN MINIMUM 5 MATA DALAM SUBJEK BIOLOGI, KIMIA DAN MATEMATIK DANKREDIT DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SERTA LULUS SEJARAH DI PERINGKAT SPM/SVM ATAU SETARAFATAU


1518. STPM CGPA PERINGKAT STPM SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA CGPA≥3.50 DENGAN MINIMUM B DALAM SUBJEK BIOLOGI, KIMIA DAN FIZIK/MATEMATIK DANKREDIT DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SERTA LULUS SEJARAH DI PERINGKAT SPM/SVM ATAU SETARAFATAU19. DIPLOMA IN HEALTH SCIENCE ATAU SETARAFCGPA PERINGKAT DIPLOMA SYARAT SPM/GCE O-LEVEL SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA CGPA≥3.50DANMINIMUM 2B DALAM SUBJEK: • BIOLOGI; DAN/ATAU• KIMIA; DAN/ATAU• FIZIKDAN KEPUJIAN DALAM 3 SUBJEK:• BAHASA INGGERIS DAN• MATEMATIK/MATEMATIK TAMBAHAN; DAN• 1 SUBJEK LAINSERTAKREDIT DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SERTA LULUS SEJARAH DI PERINGKAT SPM/SVM ATAU SETARAFNOTA: PROGRAM DIPLOMA MESTILAH TIDAK KURANG 5 SEMESTER ATAU 2 ½ TAHUN DAN TAMAT DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) YANG SAMAATAU20. IJAZAH SEMASACGPA PERINGKAT IJAZAH PERTAMA SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA CGPA≥3.50 ATAU LULUS PADA SEMESTER SEBELUMNYADANKREDIT DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SERTA LULUS SEJARAH DI PERINGKAT SPM/SVM ATAU SETARAF


16SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIKPENAJAAN PINJAMAN PELAJARAN MARA TESP IPMAD. PERINGKAT IJAZAH PERTAMA (KURSUS FARMASI) 21. MATRIKULASI/PERSEDIAAN SAINS/PROGRAM PRA- MEDIK DAN FARMASICGPA PERINGKAT PERSEDIAANSYARAT SPM / SETARAF SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA CGPA≥3.30 TERMASUK MINIMUM B DALAM SUBJEK KIMIA DI PERINGKAT PERSEDIAANDAN5B DALAM SUBJEK: • BIOLOGI• KIMIA• FIZIK• MATEMATIK / MATEMATIK TAMBAHAN • 1 SUBJEK LAIN SERTAKREDIT DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SERTA LULUS SEJARAH DI PERINGKAT SPM / SVM ATAU SETARAFATAU22. A-LEVEL / KELAYAKAN SETARAFSUBJEK WAJIB KREDIT SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA 12 MATA TERMASUK MINIMUM 4 MATA (GRED B) DALAM SUBJEK BIOLOGI, KIMIA DAN FIZIK/MATEMATIKDANKREDIT DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SERTA LULUS SEJARAH DI PERINGKAT SPM/SVM ATAU SETARAFATAU23. INTERNATIONAL BACCALAUREATE (IB) SUBJEK WAJIB KREDIT SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA 30 MATA TERMASUK MINIMUM 4 MATA DALAM SUBJEK KIMIA, BIOLOGI DAN FIZIK / MATEMATIK SERTAKREDIT DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SERTA LULUS SEJARAH DI PERINGKAT SPM/SVM ATAU SETARAF


17ATAU24. STPM CGPA PERINGKAT STPM SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA CGPA≥3.30 DENGAN MINIMUM B DALAM SUBJEK BIOLOGI, KIMIA DAN FIZIK/MATEMATIKDANKREDIT DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SERTA LULUS SEJARAH DI PERINGKAT SPM/SVM ATAU SETARAFATAU25. DIPLOMA FARMASI CGPA PERINGKAT DIPLOMA SYARAT SPM / SETARAF SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA CGPA≥3.50DAN5B DALAM SUBJEK: • BIOLOGI• KIMIA• FIZIK• MATEMATIK / MATEMATIK TAMBAHAN • 1 SUBJEK LAIN SERTAKREDIT DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SERTA LULUS SEJARAH DI PERINGKAT SPM/SVM ATAU SETARAFATAU26. DIPLOMA SAINS (KIMIA / BIOLOGI / FIZIK)CGPA PERINGKAT DIPLOMA SYARAT SPM SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA CGPA≥3.75 TERMASUK B DALAM SUBJEK KIMIADAN5B DALAM SUBJEK: • BIOLOGI• KIMIA• FIZIK• MATEMATIK / MATEMATIK TAMBAHAN • 1 SUBJEK LAIN SERTAKREDIT DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SERTA LULUS SEJARAH DI PERINGKAT SPM/SVM ATAU SETARAFATAU27. IJAZAH SEMASACGPA PERINGKAT IJAZAH PERTAMA SYARAT SPMPERLU MENDAPAT SEKURANGKURANGNYA CGPA≥3.30 SEMESTER SEBELUMNYADANKREDIT DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SERTA LULUS SEJARAH DI PERINGKAT SPM/SVM ATAU SETARAF


18CATATAN• Kombinasi keputusan SPM dan O-Level dibenarkan berdasarkan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk MQA-SPIPTS Bil.1/2009 bertarikh 11 Mei 2009 dan Keputusan Mesyuarat MQA Bil.4/2009 bertarikh 27 Mei 2009 (Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi (2009-2020: Edisi Ketiga) (Pindaan 2). (SPM + O-LEVEL)• Kombinasi A-Level atau STAM dan STPM dibenarkan berdasarkan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk MQA-SPIPTS Bil.1/2009 bertarikh 11 Mei 2009 dan Keputusan Mesyuarat MQA Bil.4/2009 bertarikh 27 Mei 2009 (Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi (2009-2020: Edisi Ketiga) (Pindaan 2). (A-LEVEL / STAM + STPM)• Permohonan kesetaraan kelayakan perlu dibuat kepada Malaysian Qualifications Agency / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sekiranya terdapat kelayakan akademik selain di nyatakan di atas.• Bagi kualifikasi antarabangsa, IPT mestilah membuktikan program Matrikulasi, Asasi atau Program PraPerubatan di negara berkenaan adalah setaraf dengan Cambridge A-Level dan dibenarkan untuk melanjutkan pengajian Medical Degree di Malaysia• Penetapan bidang Teknikal dan Sains berdasarkan kepada sembilan (9) fokus bidang strategik tajaan MARA seperti berikut: -Teknikal Sains Bukan Teknikal/Sainsi. Engineering & Environmentii. Transport – Vehicle Design & Engineeringiv. IT & Computer Scienceiii. Build Professionals i. Natural Science / Medical Science / Specialistii. Food Securityi. Accounting & Financeii. Economy, Business & Managementiii. Creative Design


19LAMPIRAN GP3SENARAI IPMA DAN BIDANG/KURSUS BAGI TESP IPMATAHUN 2025BIL. IPMA BIDANG/KURSUS1. German-Malaysian Institute (GMI)Semua bidang/kursus peringkat Diploma atauIjazah Sarjana Muda yang telah diluluskan MARA2. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) :- KPTM Alor Setar- KPTM Bangi- KPTM Batu Pahat- KPTM Ipoh- KPTM Kota Bharu- KPTM Kuantan3. Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)4. Universiti Kuala Lumpur (UniKL) :- UniKL BMI- UniKL MESTECH- UniKL MIAT- UniKL MICET- UniKL MIDI- UniKL MFI- UniKL MIIT- UniKL MIMET- UniKL MITEC- UniKL MSI- UniKL RCMP- UniKL Business School* Nota :Kursus yang diikuti perlu mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau/dan mendapat pengiktirafan Badan-Badan Profesional yang berkaitan seperti Board ofEngineers Malaysia (BEM), Lembaga Farmasi Malaysia (LFM), Majlis Perubatan Malaysia (MPM)dan sebagainya.- TAMAT -


1 PANDUAN PERMOHONAN DAN MEMUAT NAIK DOKUMEN SOKONGANPINJAMAN PENDIDIKAN MARATESP IPMA 2025PERHATIAN:PIHAK MARA BERHAK MENOLAK DOKUMEN YANG TIDAK DILENGKAPKAN SEPERTIMANA PROSEDUR DAN SYARAT-SYARAT YANG DINYATAKAN DALAM PANDUAN INIDikemas kini setakat 24 Oktober 2025


2SILA BACA DENGAN TELITI MAKLUMAT DI PANDUAN PERMOHONAN INI SEBELUM MEMUAT NAIK DOKUMEN DAN MENGHANTAR PERMOHONANSENARAI SEMAK MUAT NAIK DOKUMEN TESP IPMA 2025BIL. DOKUMEN MANDATORI (WAJIB) PERLU DISAHKANTIDAK PERLU DISAHKAN1 Salinan Kad Pengenalan Pemohon2 Salinan Kad Pengenalan Bapa / Penjaga Sah3 Salinan Kad Pengenalan Ibu / Penjaga Sah4 Salinan Sijil Kelahiran Pemohon / Sijil Pengangkatan (bagi anak angkat)5 Salinan Sijil Kelahiran Bapa / Penjaga Sah 6 Salinan Sijil Kelahiran Ibu / Penjaga Sah 7 Salinan Sijil SPM / SPMV atau Sijil akademik setaraf8 Salinan Surat Tawaran Pengajian daripada IPMA9 Surat Pengesahan Pengajian/Sedang Belajar daripada IPMA10 Salinan Struktur Yuran sepanjang pengajian (maklumat terperinci semua jenis bayaran yuran setiap semester)11 Salinan terkini dokumen pendapatan Bapa / Penjaga Sah:i. Penyata Gaji/Pendapatan Tetap Bulanan DAN Penyata Pendapatan Bercukai Tahunan (Penyata Terkini BE atau B); atau ii. Penyata Bayaran Pencen; atauiii. Borang Pengesahan Pendapatan BPPM/B/02-A atau BPPM/B/02-B; atauiv. Status e-Kasih12 Salinan terkini dokumen pendapatan Ibu / Penjaga Sah:i. Penyata Gaji/Pendapatan Tetap Bulanan DAN Penyata Pendapatan Bercukai Tahunan (Penyata Terkini BE atau B); atau ii. Penyata Bayaran Pencen; atauiii. Borang Pengesahan Pendapatan BPPM/B/02-A atau BPPM/B/02-B; atauiv. Status e-Kasih13 Salinan muka depan buku atau penyata bank terkini atas nama pemohon (hanya Bank Islam / CIMB / Maybank / Bank Muamalat / Affin Islamic Bank Berhad / BSN / RHB Bank) (akaun simpanan seperti MAE, ZEST-i dan selain akaun bank utama seperti dinyatakan di atas adalah TIDAK DITERIMA).


3SENARAI SEMAK MUAT NAIK DOKUMEN TESP IPMA 2025BIL. DOKUMEN-DOKUMEN LAIN (JIKA BERKAITAN) PERLU DISAHKANTIDAK PERLU DISAHKAN1 Salinan Sijil Kematian Ibu/Bapa2 Salinan Sijil Penceraian Ibu/Bapa3 Salinan Sijil Pernikahan (bagi Ibu/Bapa tiri)4 Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Suami/Isteri)5 Surat Kebenaran Mengikuti Pengajian/Pelepasan/Kelulusan Cuti Belajar/Cuti Tanpa Gaji/Berhenti Bekerja/Penangguhan/Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran dari majikan/penaja terdahulu6 Salinan Sijil / Skrol / Transkrip lengkap keputusan peperiksaan bagi pengajian peringkat tertinggi: - WAJIB bagi pelajar yang mempunyai keputusan seperti di bawahi. Matrikulasi/Asasi/Persediaan/IB/A-Level/STPM/STAM/Diploma; atauii. Salinan keputusan peperiksaan CGPA (transkrip penuh) semester sebelum bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian7 Surat Pengesahan Grading CGPA bagi transkrip keputusan peperiksaan luar negara. - WAJIB sekiranya pengajian terdahulu menggunakan Bahasa selain Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. (Transkrip peperiksaan yang menggunakan bahasa selain Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan disahkan oleh pihak universiti asal atau Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM))Nota: i. Rujuk Lampiran 1 untuk senarai individu yang layak menjadi saksi / pengesah dokumen. ii. Dokumen yang dimuat naik di sistem permohonan MyEduloan hanya perlu dihantar kepada pihak MARA setelah permohonan berjaya.iii. Sekiranya kad pengenalan atau/dan sijil kelahiran ibu/bapa kandung, hilang/rosak/musnah atau tidak lagi berhubung dengan ibu/bapa, pemohon perlu mendapatkan cabutan salinan kad pengenalan/sijil kelahiran ibu/bapa di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).iv. Bagi Penjaga Sah, sertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Perintah Mahkamah (sekiranya penjaga sah adalah selain daripada ibu bapa dan adik-beradik kandung pemohon atau tiada atau berstatus tidak diketahui).v. MARA dari semasa ke semasa berhak untuk meminta dokumen-dokumen tambahan lain sekiranya perlu.


4SILA BACA DENGAN TELITI KETERANGAN INI SEBELUM MENGHANTARPERMOHONAN DAN MEMUAT NAIK DOKUMEN SOKONGAN PANDUAN PERMOHONAN DAN MEMUAT NAIK DOKUMEN SOKONGAN TESP IPMA 20251. SALINAN DOKUMEN SOKONGAN 1.1 Salinan Kad Pengenalan dan Pengesahan Status Pekerjaan:i. Setiap salinan kad pengenalan pelajar, ibu/bapa/penjaga sah dan penjamin hendaklah dipalangkan di bucu dokumen seperti contoh dibawah:Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara*Nota : Dipalang dua (2) garisan dan ditulis “MARA” dalam palang tersebut


5ii. Dokumen sokongan bagi status pekerjaan ibu/bapa/penjaga sah dan penjaminadalah seperti berikut:Status Pekerjaan ButiranPegawai Pengesah PendapatanBekerja ▪ Salinan penyata gaji/pendapatan tetap bulanan; DAN▪ Pendapatan Bercukai Tahunan (penyata BE atau B) yang terkini (jika berkenaan).Perlu disahkan Pesara Kerajaan▪ Cetakan penyata bayaran pencen melalui pautan https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaranBekerja sendiri (yang tidak layak dikenakan cukai pendapatan) /tiada pendapatan /tiada pendapatantetap / suri rumah▪ Lengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan BPPM/B/02-A atau BPPM/B/02-B yang telah disediakan.▪ Suri rumah/tidak bekerja/tiada pendapatan / tiada pendapatan tetap juga perlu membuat pengesahan pendapatan.Golongan rakyat termiskin▪ Cetakan status pendaftaran eKasih melalui pautan (https://ekasih.icu.gov.my)Tidak perlu disahkan Selain dari status pekerjaan di atas (contoh: ibu atau bapa hilang / tidak lagi berhubung / tidak menanggung perbelanjaan anak)▪ Pelajar perlu membuat pengesahan melalui surat akuan berkanun/bersumpah.1.2 Borang Pengesahan Pendapatan hanya perlu diisi oleh ibu dan bapa / penjaga sah / pasangan / penjamin yang berstatus iaitu Bekerja Sendiri (yang Tidak Layak Dikenakan Cukai Pendapatan) / Tidak Bekerja / Tiada Pendapatan / Tiada Pendapatan Tetap / Surirumah. Sila abaikan borang ini jika tidak berkenaan. 1.3 Pengesahan pendapatan boleh dilakukan sama ada menggunakan:1.3.1 borang BPPM/B/02-A; ATAU 1.3.2 borang BPPM/B/02-B iaitu Surat Akuan Berkanun.


62. KELAYAKAN PENJAMIN2.1 Kelayakan menjadi penjamin adalah seperti berikut:PerkaraPengajian / Program : TESP IPMADalam NegaraPenjamin Satu (1) penjaminWarganegara Warganegara Malaysia PemastautinPenjamin▪ Warganegara Malaysia pemastautin yang tidak diisytihar muflis,tidak disenarai hitam oleh MARA atau dalam tindakan UndangUndang MARA; - Semakan senarai hitam MARA boleh dibuat di Bahagian Kawalan Kredit (BKK) MARA; - Sekiranya penjamin telah disenarai hitam dan bayaran tunggakan telah dibuat, proses pemutihan hendaklah dibuat terlebih dahulu dengan menghubungi BKK MARA.▪ Penjamin hanya layak menjamin dua (2) orang pelajar sahaja dalam satu masa;▪ Penjamin tidak boleh menjadi saksi dalam satu masa; DAN▪ Syarat-syarat lain yang telah ditetapkan (rujuk terma mengenai penjamin dalam Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan MARA setelah kelulusan dan penerimaan tawaran pinjaman)Jika ibu/bapa/penjagasah menjadi penjamin▪ Tiada had umur; DAN▪ Hanya salah seorang sahaja (ibu ATAU bapa/penjaga sah) layak menjadi penjamin.Selain ibu/bapa/penjaga sahmenjadi penjamin▪ Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 50 tahun dari tarikh menandatangani surat perjanjian MARA; DAN▪ Warga kerja MARA TIDAK DIBENARKAN menjadi penjamin kecuali untuk pinjaman anak sendiri.Gaji /Pendapatan Tetap > RM500.00 sebulanBagi ibu/bapa/penjaga sahgolongan rakyattermiskinDikecualikan dari kategori pendapatan di atas dengan syarat status golongan rakyat termiskin mestilah tersenarai di dalam senaraiJPM/EPU


7 BPPM/B/02-AMARABORANG PENGESAHAN PENDAPATAN (DIISI OLEH IBU / BAPA / PENJAGA SAH/PASANGAN/PENJAMIN) YANG :BEKERJA SENDIRI (Yang Tidak Layak Dikenakan Cukai Pendapatan) / TIDAK BEKERJA / TIADA PENDAPATAN / TIADA PENDAPATAN TETAP / SURI RUMAH)Nama Ibu/bapa/Penjaga SahNo. Kad PengenalanAlamat Tetap Tempat TinggalNo. TelefonMerujuk butiran di atas, saya adalah (ibu / bapa / penjaga sah) kepada pelajar memohon pinjaman pelajaran MARA seperti di bawah.Nama PelajarNo. Kad PengenalanDengan ini sesungguhnya, saya mengaku dan mengesahkan bahawa saya adalah *bekerja sendiri (yang tidak layak dikenakan cukai pendapatan) / tidak bekerja /tiada pendapatan / tiada pendapatan tetap / suri rumah *(sila potong mana yang tidak berkenaan)Pekerjaan (sekiranya berkaitan) : ______________________________________Pendapatan RM (bulanan) : ______________________________________………………………………………………………….…….Tandatangan ibu/bapa/penjaga sah / penjamin Nama Penuh : …………………………………………...No. Kad Pengenalan : ………………………………….. Tarikh: ………………………….……………………………………………………………………………………………………………………………….…(Disahkan oleh Pegawai Pengesah) (rujuk Senarai Individu Yang Layak Menjadi Saksi/Pengesah Dokumen di Lampiran 1)Saya dengan ini mengesahkan bahawa keterangan yang diberikan oleh penama seperti di atas adalah BENAR. …………………………………………….Tandatangan Pegawai Pengesah (Cap Rasmi : Nama, No. Kad Pengenalan, Jawatan dan Jabatan)


8BPPM/B/02-BMARA(DIISI OLEH IBU / BAPA / PENJAGA SAH / PASANGAN / PENJAMIN)SURAT AKUAN BERKANUNSaya .........................................................................................................................................................No. Kad Pengenalan: ................................................... Alamat………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….………………………………………………dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:Saya adalah seorang yang *bekerja sendiri (yang tidak layak dikenakan cukai pendapatan): pekerjaan …………………….… dengan pendapatan bulanan RM ………………. / tidak bekerja / tiada pendapatan / tiada pendapatan tetap / suri rumah (yang mana berkenaan)dan saya membuat akuan ini dengan penuh kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960. Diperbuat dengan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut nama di atas iaitu:-..................................................................................................]Di ............................................................................................] ................................................................... (tandatangan /cap jari kanan/kiri)Dalam Negeri: ......................................................... .............]pada .......................hb ............................ 20 ............]di hadapan saya…………………………………………...............................................................(tandatangan Hakim Mahkamah Seksyen / Majistret / Pesuruhjaya Sumpah / Notari Awam)


9LAMPIRAN 1MARASENARAI INDIVIDU YANG LAYAK MENJADI SAKSI / PENGESAH DOKUMENDOKUMEN BERKAITANAkuan Pendapatan / Penyata Gaji / Perjanjian Pinjaman / Salinan Dokumen SokonganKELAYAKAN Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang bermastautin di MalaysiaJAWATAN a) Pegawai Kerajaan berjawatan tetap dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 9 / Kumpulan A ke atas).b) Bagi individu yang bukan Pegawai Kerajaan, mereka hendaklah yang telah diberi kuasa perundangan.- Untuk jawatan di a dan b sila rujuk kategori dibawahKATEGORI i. KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL Semua Pegawai Kerajaan Gred 9 / Kumpulan A dan ke atas di Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Negeri / Pejabat Daerahii. PEGAWAI PENDIDIKANa) Pensyarah di IPTA / Politeknik / Kolej Komunitib) Pegawai Pendidikan Negeri / Daerahc) Pengetua / Guru Besar / Guru Penolong Kanan / Guru di sekolah Kerajaan sahajaiii. PEGAWAI PERKHIDMATAN PERUBATAN / KESIHATANSemua doktor yang bertugas di Hospital dan di Pusat Kesihatan Kerajaan sahajaiv. PEGAWAI KEHAKIMAN DAN PERUNDANGANSemua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan Kerajaan (Contoh: Hakim, Majistret, Peguam Persekutuan, Penasihat UndangUndang, Pendaftar Mahkamah)v. PEGAWAI BERUNIFORMa) Tentera (Kapten dan ke atas)b) Polis (Pen. Penguasa dan ke atas / No. KP bermula huruf G)c) Pegawai Penjara (Penguasa Penjara dan ke atas)d) Pegawai Bomba (Penguasa Bomba)e) Jabatan Perhutanan (Pemelihara Hutan / Pegawai Hidupan Liar)f) Jabatan Laut (Jurutera Laut dan ke atas)g) Kastam (Penguasa Kastam dan ke atas)vi. LAIN-LAINa) Semua Peguambela dan Peguamcara (sertakan nombor pendaftaran dan alamat firma)b) Penggawa / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua / Pemimpin Masyarakat /Sidang / Pegawai Pembangunan Mukim / Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) / Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) / Pengerusi Persatuan Penduduk / Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB)c) Pengurus FELDA / Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Rancangan (JKKR)d) SABAH dan SARAWAK – Ketua Kaum / Ketua Anak Negeri / Temenggong / Kapitan / Pemanca e) Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nota: - Hanya kategori i hingga vi di atas sahaja yang layak menjadi saksi / pengesah pendapatan. Selain daripada kategori tersebut adalah TIDAK DIBENARKAN;- Ibu, Bapa & Penjaga Sah pemohon TIDAK DIBENARKAN menjadi saksi / pengesah pendapatan;- Tandatangan bagi pihak (b/p) TIDAK DIBENARKAN;- Tandatangan hendaklah menggunakan pen. Tandatangan menggunakan cap (stamp), cap jari atau digital TIDAK DIBENARKAN;- Setiap pengesahan oleh pegawai yang layak di atas dokumen atau borang (yang mana berkenaan) mestilah mempunyai nama penuh pegawai, no. kad pengenalan pegawai, jawatan pegawai, nama jabatan pegawai dan alamat tempat kerja pegawaitersebut;- Tandatangan tanpa cap (stamp) dan maklumat penuh / jawatan pegawai adalah TIDAK DITERIMA;- Salinan Penyata Gaji/Pendapatan Bulanan dan Penyata BE disahkan oleh majikan tempat bekerja (kecuali bagi kes tertentu seperti bekerja offshore boleh disahkan oleh pengesah dokumen seperti di Lampiran 1 ini);- Salinan Penyata Gaji/Pendapatan Bulanan dan/atau Penyata B disahkan oleh individu yang layak pengesah dokumen seperti di Lampiran 1 ini.


SOALAN LAZIMPROGRAM PINJAMAN PELAJARAN MARA TERTIARY EDUCATION SPONSORSHIP PROGRAMME INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (TESP IPMA) 202511. Apakah itu Tertiary Education Sponsorship Programme Institusi Pendidikan MARA (TESP IPMA)?Tertiary Education Sponsorship Programme Institusi Pendidikan MARA (TESP IPMA) adalah program pinjaman pelajaran dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada pelajar peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) iaitu di German-Malaysian Institute (GMI), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam pelbagai bidang / kursus yang telah ditetapkan.2. Apakah yang dimaksudkan dengan Pinjaman Boleh Ubah (PBU)?PBU bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan (conversion) bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pemohon setelah tamat pengajian tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.3. Bagaimanakah cara untuk saya memohon TESP IPMA?Permohonan TESP IPMA adalah seperti berikut:3.1 Pihak IPMA akan mengemukakan kepada MARA senarai nama pelajar yang telah disenarai pendek berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. 3.2 Pemohon yang layak sahaja akan dibenarkan mengakses capaian yang ditetapkan untuk memohon secara dalam talian melalui sistemhttps://educationloan.mara.gov.my. 3.3 Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon perlu MEMBACA DAN MEMAHAMI GARIS PANDUAN PERMOHONAN TESP IPMA yang disediakan sebelum membuat permohonan.4. Bilakah permohonan TESP IPMA ini akan dibuka?Permohonan dibuka selama empat belas (14) hari mulai 18 Disember 2025 (Khamis), 12.00 tengah hari sehingga 31 Disember 2025 (Rabu), 12.00 tengah hari. 5. Apakah kursus dan syarat kelayakan untuk melayakkan saya memohon TESPIPMA?Kursus dan syarat kelayakan boleh dirujuk dalam GARIS PANDUAN PERMOHONANsemasa permohonan dibuka.Dikemas kini setakat 24 Oktober 2025


SOALAN LAZIMPROGRAM PINJAMAN PELAJARAN MARA TERTIARY EDUCATION SPONSORSHIP PROGRAMME INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (TESP IPMA) 202526. Adakah saya perlu menduduki proses temuduga atau ujian kelayakan selepasmemohon? Ya, pemohon wajib menjawab saringan MARA Application Scholarship Test ( M A S T ) / U j i a n P s i k o m e t r i k . P e r m o h o n a n T I D A K akan diproses sekiranya pemohon tidak menjawab MAST. Sebarang maklumat/hebahan berkenaan MAST akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui e-mel/sms pemohon yang didaftarkan di sistem MyEduloan.7. Bolehkah saya memohon TESP IPMA sekiranya Ibu/Bapa/PenjagaSah/Penjamin/Pasangan dan saya dalam senarai hitam MARA?7.1 TIDAK BOLEH. Ibu, bapa, penjaga sah, penjamin, pasangan dan pemohon perlu bebas dari senarai hitam MARA dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan ditutup. Pemohon dinasihatkan segera menyemak status senaraihitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA ( B K K ) sebelum membuat permohonan. 7.2 Bagi tujuan pemutihan nama dari status senarai hitam setelah bayaran tunggakan dibuat, pemohon perlu e-mel bukti bayaran berserta nama dan no. kad pengenalan individu yang membuat bayaran (sama ada pemohon, penjaga atau penjamin). Bagi semakan status senarai hitam MARA dan pemutihan nama, sila berhubung di: -Bahagian Kawalan Kredit (BKK) MARA: -Talian Utama MARA / MARA Call Centre: 03-2613 2000 Talian Careline BAHAGIAN KAWALAN KREDIT MARA (BKK): 03- 40108800 / 8801 / 8802 atau melalui e-mel : [email protected]. Saya bukan pelajar IPMA, bolehkah saya memohon TESP IPMA?TIDAK BOLEH. TESP IPMA dikhususkan kepada pelajar di IPMA yang layak dan telah di senarai pendek oleh IPMA sahaja. 9. Sekiranya permohonan dalam talian telah ditutup, adakah saya dibenarkanmemohon secara manual menggunakan surat permohonan?TIDAK DIBENARKAN. Tiada permohonan manual sama ada melalui surat, borang e-mel atau apa sahaja cara selain permohonan di atas talian sistem MyEduloan.


SOALAN LAZIMPROGRAM PINJAMAN PELAJARAN MARA TERTIARY EDUCATION SPONSORSHIP PROGRAMME INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (TESP IPMA) 2025310. Saya belajar di IPMA, walau bagaimanpun saya tidak memenuhi syarat kelayakanyang ditetapkan tetapi saya ingin mencuba untuk memohon, adakah dibenarkan?TIDAK DIBENARKAN. Pemohon yang mengikuti pengajian di IPMA yang memenuhi syarat kelayakan dan yang telah disenarai pendek oleh IPMA sahaja dibenarkan memohon.11. Sekiranya saya pernah memohon pinjaman pelajaran MARA yang lain seperti program STEP dan berstatus “Hantar\", apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya saya berminat untuk memohon TESP IPMA? Bagi membatalkan permohonan terdahulu yang berstatus \"hantar\" dan sebelumpemohon membuat permohonan TESP IPMA, pemohon perlu menghantar e-mel dengan menyertakan nama dan nombor kad pengenalan (rujuk alamat e-mel di para 23).12. Adakah saya boleh mengemukakan dan menghantar permohonan TESP IPMAlebih daripada sekali?TIDAK DIBENARKAN. Pemohon perlu memastikan maklumat diisi dengan lengkap dan betul sebelum menekan butang “Hantar”. Permohonan yang telah dihantar TIDAKBOLEH diubah dan dikemaskini.13. Adakah saya perlu menghantar apa-apa dokumen fizikal selepas membuatpermohonan secara dalam talian?TIDAK PERLU. Dokumen fizikal hanya perlu dihantar oleh pemohon apabila permohonan telah diluluskan dan menerima tawaran sahaja. Pemohon hanya perlu mengisi dan melengkapkan permohonan secara dalam talian termasuk memuat naik semua dokumen yang berkaitan sahaja serta mencetak slip pengesahan dan borang permohonan setelah selesai membuat permohonan untuk tujuan rujukan. 14. Bagaimanakah dokumen sokongan perlu dimuat naik ke dalam sistem semasa saya mengisi permohonan?Semua dokumen sokongan perlu dimuat naik satu persatu dan disimpan (save) dalam format .pdf sahaja. Format seperti .jpg, word dan selainnya TIDAK DIBENARKANdimuat naik.15. Berapakah saiz kapasiti maksimum setiap dokumen sokongan yang boleh dimuatnaik ke dalam sistem permohonan TESP IPMA?Saiz kapasiti setiap dokumen sokongan yang boleh dimuat naik ke dalam sistem adalah TIDAK MELEBIHI 10MB.


SOALAN LAZIMPROGRAM PINJAMAN PELAJARAN MARA TERTIARY EDUCATION SPONSORSHIP PROGRAMME INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (TESP IPMA) 2025416. Adakah semua dokumen sokongan yang dimuat naik perlu disahkan benar?Rujuk manual Panduan Permohonan bagi dokumen sokongan yang perlu disah benar.17. Sekiranya saya telah memuat naik semua dokumen yang berkaitan ke sistem beberapa kali tetapi masih tidak berjaya, apakah yang perlu dilakukan?Pemohon disarankan supaya ke history browser untuk memadam (delete) history/cookies bagi mendapatkan paparan yang lebih cepat dan terkini. Namun, sekiranya masih tidak boleh memuat naik dokumen tersebut, sila tukar browser lain (contoh browser: Firefox, Mozilla, Edge, Internet Explorer).18. Bagaimanakah saya boleh membuat semakan keputusan permohonan?Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar dari semasa ke semasa di pautan https://educationloan.mara.gov.my. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 90 hari daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.19. Sekiranya semakan saya mendapati status terkini dipaparkan \"Berstatus Hantar,\" adakah saya perlu mendaftar semula?Pemohon tidak perlu mendaftar semula kerana permohonan tersebut telah berjaya dihantar dan sedang diproses.20. Adakah permohonan saya dianggap berjaya sekiranya status di dalam sistem “Pengesahan Lengkap”?Setiap permohonan yang berstatus “Pengesahan Lengkap” telah melepasi semakan dokumen dan dalam peringkat kelulusan peruntukan sebelum surat tawaran dikeluarkan.21. Bolehkah saya memohon biasiswa, dermasiswa, pinjaman pelajaran atau bantuan kewangan pelajaran daripada agensi/badan penaja yang lain sekiranya telah memohon pinjaman pelajaran TESP IPMA?Pemohon bebas untuk memohon biasiswa, dermasiswa, pinjaman pelajaran atau sebarang bentuk bantuan kewangan daripada mana-mana pihak penaja/agensi lainselain MARA. Namun, MARA akan membatalkan tawaran pinjaman pelajaran sekiranya semakan MARA mendapati pada masa yang sama pemohon telah mendapat biasiswa, dermasiswa, pinjaman pelajaran atau sebarang bentuk bantuan kewangan daripada mana-mana pihak penaja/agensi lain.


SOALAN LAZIMPROGRAM PINJAMAN PELAJARAN MARA TERTIARY EDUCATION SPONSORSHIP PROGRAMME INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (TESP IPMA) 2025522. Saya ingin membatalkan pinjaman pelajaran yang sedang saya terima dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bolehkah saya memohon TESP IPMA?TIDAK BOLEH. Permohonan TESP IPMA adalah untuk pemohon yang masih belum atau tidak pernah lagi menerima biasiswa, dermasiswa, pinjaman pelajaran atau sebarang bentuk bantuan kewangan daripada mana-mana pihak penaja/agensi lain. 23. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi MARA sekiranya ada sebarangpertanyaan?Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui e-mel dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang (Isnin-Jumaat) seperti berikut:* e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahajai. mengenai program, sila e-mel ke :a) [email protected] (bagi permohonan di GMI);b) [email protected] (bagi permohonan di UPTM/KPTM); dan c) [email protected] (bagi permohonan di UniKL)ii. mengenai masalah teknikal semasa permohonan, sila e-mel ke: [email protected]. mengenai syarat-syarat kelayakan khusus dan akademik lain/setara, sila berhubung dengan Person In Charge (PIC) di IPMA masing-masing. - TAMAT -


Click to View FlipBook Version