The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SAINS_TEKNOLOGI_KEJURUTERAAN_DALAM_ISLAM1.docx_2[1]

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nadia Wahab, 2024-04-01 02:08:13

kejadian siang dan malam

SAINS_TEKNOLOGI_KEJURUTERAAN_DALAM_ISLAM1.docx_2[1]

SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM KEJADIAN SIANG MALAM TUGASAN BERASASKAN MASALAH MPU23052 NAMA PELAJAR NO MATRIK 1.NADIA BINTI ABD WAHAB 03DKA23F1016 2.NORAIN MAISARAH BINTI MOHD SAHAR 03DKA23F1019 3.ADRIANA QISTINA BINTI ADAM 03DKA23F1017 NAMA PENSYARAH EN.PIKRI BIN HJ.MOHAMAD SESI II:2023/2024


ISI KANDUNGAN No Tajuk M/s 1 Pendahuluan 1 2 Pengenalan siang dan malam 2 3 Objektif 3 4 Huraian objektif 4-6 5 Kesimpulan 7 6 Rujukan 8


PENDAHULUAN Setinggi tinggi kesyukuran kehadrat allah SWT ucapan selawat dan salam untuk junjungan kita nabi Muhammad SAW, segenap keluarga dan keluarganya. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaannya,kami telah menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya. Sekalong ucapan terima kasih kepada ahli Kumpulan yang banyak membanntu dalam mengumpul bahan maklumat untuk dijadikan teras penulisan. Seterusnya, tidak lupa juga kepada pensyarah kepada En.Fikri bin Hj. Mohamad yang banyak memberi dorongan dan galakkan kepada kami dalam membuat tugasan MPU23052 yang bertajuk kejadian siang dan malam. Akhir sekali, kami berharap agar tugasan ini dapat disiapkan dengan lancar dengan jayanya.


PENGENALAN SIANG & MALAM Proses siang dan malam ini sering kita rasakan dan lihat sendiri pada setiap hari yang kita lalui.Namun kita sering tertanya tanya bagaimanakah kejadian siang dan malam ini terjadi?Daripada sudut sains yang telah dikaji,kejadian ini berlaku disebabkan oleh bumi berputar di atas paksinya mengelilingi matahari.Putaran bumi tersebut telah menyebabkan sebahagian daripada bumi terdedah dengan matahari dan bahagian tersebut berlakunya siang.Manakala,bahagian yang tidak terdedah dengan matahari akan terjadinya malam.Selain itu,daripada sudut pandangan islam pula, malam dan siang merupakan salah satu dari sekian banyak tanda-tanda yang membuktikan bahawa alam ini pasti diatur oleh suatu zat yang sangat luar bisa iaitu (Allah) S.W.T.


OBJEKTIF • Mengetahui kejadian siang dan malam • Dapat menerangkan bahawa kejadian siang dan malam berlaku akibat putaran bumi pada paksinya • Dapat menerangkan tentang bukti kejadian siang dan malam dari sumber alquran dan hadis.


HURAIAN OBJEKTIF 1, Kejadian siang dan malam Bumi adalah planet yang dihuni manusia.Bumi merupakan salah satu planet yang memutari matahari dan ia juga mengitari dirinya sendiri memutari pada paksinya.Bumi memerlukan waktu 24 jam,bererti ini satu hari satu malam bagi manusia Ketika bumi berputar selama 24 jam dimuka bumi akan terkena matahari yang menyebabkan adanya cahaya inilah menyebabkan bumi itu mengalami siang hari,sedangkan bumi yang membelangkangi matahari akan menjadi gelap yang dikenali malam hari. Dalam Islam firman Allah yang bermaksud “ia menciptakan langit dan bumi denga nada faedah dan gunaannya yang sebenar. Ia pula menjadikan malam melingkari siang ( dengan gelapnya ) : dan ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap satu dari keduanya beredar dari satu masa yang telah ditetapkan.Ingatlah dia yang maha berkuasa, lagi yang sentiasa mengampuni” 2.Menerangkan tentang bukti kejadian siang dan malam dari sumber al quran dan hadis. Firman allah S.W.T "Dan kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda lalu kami hapuskan tanda malam dan kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu megetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah kami terangkan dengan jelas".( Al-Israa' - ayat 12 ) Setelah pelbagai usaha dilakukan dengan menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu para saintis berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam di bumi.


Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al-Quran sejak 14 abad yang lalu. Allah taala berfirman tentang garis pemisah ini : "Engkau masukkan malam ke dalam siang dan engkau masukkan siang ke dalam malam.Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup.Dan Engkau memberi rezeki sesipa yang Engkau kehendaki tanpa batas".(surah al'Imran ayat27) Hadis Qudsi : Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, "Allah telah berfirman" Anak-anak Adam (umat manusia) mengecam waktu, dan aku adalah (pemilik) waktu, dalam kekuasaanku malam dan siang " (diriwayatkan oleh Al-bukhari dan begitu juga muslim).Allah taala berfirman, "Hai Daud !Demi kemuliaanku!tiada seorang hamba yang aku ketahui qalbunya berlindung kepadaku bukan kepada makhlukku di waktu bencana menimpa yang datang dari langit dan bumi, melainkan aku berikan kepadanya jalan keluar. Tiada seorang hamba yang aku ketahui dari qalbunya berlindug kepada selain aku yakni kepada makhlukku, nescaya aku putuskan hubungannya dengan langit yang mendatangkan rezekiya dan aku bukakkan lubang di bawah kedua telapak kakinya. Dan tiada seorang hamba yang pernah taat padaku melainkan aku


diberi dia sebelum meminta kepadaku, aku perkenankan permintaannya sebelum dia mendoa kepadaku dan aku ampuni dosanya sebelum dia meminta ampun kepadaku"(hadis riwayat Tamam dari Abd. Rahman bin Ka'ab).


KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat kami simpulkan ialah Allah telah menjadikan malam dan siang secara bergilir-gilir dan tidak gelapgelita tanpa cahaya,sehingga dapat digunakan untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Justeru itu, Allah menjadikan waktu malam supaya manusia boleh berehat selepas penat bekerja seharian manakala pada waktu siang pula, manusia perlu bekerja untuk mendapatkan rezeki. Seterusnya, manusia juga dapat berfikir tentang keajaiban alam ciptaan Allah swt supaya dapat menilai betapa besarnya kekuasaan Allah SWT. Hal ini manusia dapat memerhatikan kejadian malam, bulan dan bintang yang berada disekeliling kita. Akhir sekali, kita dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna dan teratur sekiranya kita menghargai kekuasaan Allah SWT.


RUJUKAN Muhammad Faiz Najmi B.Mohamed Radzi,2016, “Wahyu sebagai sumber sains teknologi dan kejuruteraan” , di ambil pada 25 Mac 2024 http://dua2012topik3.blogspot.com/p/siang-dan-malam-terjadi-keranabumi.html?m=1 PKKI SKCVS,2018, “ Kejadian Siang dan Malam”, di ambil pada 25 Mac 2024 https://id.scribd.com/document/391380930/Kejadian-Siang-Dan-Malam Nur Izzatul Nazifa Bt Che Ahmid, 2016, “Kejadian Siang dan Malam”, di ambil pada 26 Mac 2024 https://mypermatabintang.blogspot.com/#:~:text=Ketika%20bumi%20be rputar%20selama%2024,sehingga%20kenal%20dengan%20malam%2 0hari


Click to View FlipBook Version