The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Baizuramaszatulana Zuraz, 2022-06-25 08:12:37

Mesyuarat PIBG Sk Polis Kem kali 43

Buku Program Mesyuarat PIBG kali 43

Keywords: PIBG

Sekolah Kebangsaan Polis Kem,
Kulai, Johor Darul Takzim

Mesyuarat Agung

PIBG Kali Ke-43

Dirasmikan oleh :

Encik Mohd Asnawi Bin Mat Jupri
Penolong Pegawai Daerah Kulai
Johor Darul Takzim

PIBG Kali Ke -43

Tentatif Program

8:00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa
8: 30 pagi : Ketibaan VVIP
9:00 pagi : Bacaan Doa ( Ustaz Hamdan Bin Abdullah )

Ucapan Guru Besar
En. Mohamad Mohidi Bin Sibli
Ucapan Yang Dipertua PIBG
En. Norhisham bin Manaf
Ucapan Perasmi
En. Mohd Asnawi Bin Mat Jupri
Penolong Pegawai Daerah Kulai, Johor
Penyampaian Bantuan Anak Yatim
Persembahan Murid
Cabutan Bertuah Sesi I
Mesyuarat Agung

Setiausaha Membentangkan Minit Mesyuarat Lepas
Perkara Berbangkit
Bendahari membentangkan Penyata Kewangan
Pembentangan usul dan soal jawab
Hal-hal lain
Cabutan Bertuah Sesi II
Nyanyian Lagu Negaraku
12:00 tengahari : Jamuan dan Bersurai

PIBG Peneraju Kecemerlangan Unggul | 2022

PIBG Kali Ke -43

Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG

PENASIHAT : EN. MOHAMAD MOHIDI BIN SIBLI
PN. MAHANI BT HANIPAH
YDP EN. AZLAN SHAH BIN ABDUL AZIZ
NYDP EN. AZHAR BIN MOHAMED
SETIAUSAHA PN. AFIDAH BT SIDIK
N. SETIAUSAHA : EN. NORHISHAM BIN MANAF
BENDAHARI : EN. MOHD HANAFI BIN SABRAN
: EN. MOHD NAZRI BIN MOHD NOOR
: PN. FATIN HUMAIRAH BINTI ZAINUDDIN
: PN. RUHAINUM BT SAHARI

Pengacara Majlis : En Aminurrashid Bin Helmi Penaja Hadiah : Pn. Nurul Wahida Bt Abdul Wahab

En Hilmizam Bin Suhaili Pn. Ainul Mardhiah Bt Md Noor

Bacaan Doa : En Hamdan Bin Abdullah Semua AJK PIBG (Guru dan Ibu bapa)

Tayangan Slaid /Video : En Zaharuddin Bin Mohd Zabir Cenderahati VIP : Pn. Fauziah Bt Ibrahim

En Muhammad Yusof Bin Abdul Latif Pn. Edayu Bt Yusof

Pendaftaran. : Pn Rashedah Binti Idris Ahmad Hadiah AJK & : Pn. Aidura Hanim binti Azmin

Pn Fatin Humairah binti Zainuddin Cabutan Bertuah Pn. Siti Sarah Bt Sabran

Pn Jaya Malini A/P Paliandy Pn. Siti Azura Bt Mohd Ghazali

Pn Musaini Binti Musban Pn. Nurwati Bt Abd Rahim

Persiaoan Tempat : Sebelum dan Selepas Pn. Noorsu’adah Bt Mohd Nawawi

En Syah Reza Bin Sahari Pencatat Minit : Pn. Khairul Azilah Binti Alias

En Khairil Bin Baharin Mesyuarat PIBG Pn. Rahimah Bt Maharam

Semasa Mesyuarat Backdrop : Pn. Siti Aishah Balqis Binti Mastuki

En Noor Hishamudin Bin Karman Pn. Ruhainum Bt Sahari

Buku Program. : Pn. Baizuramaszatulana Bt Rosli En. Mohamad Hazami Bin Mohd Taib

Pn. Aryati Bt Zubir Jamuan VIP : Pn. Sarimah binti Razali

Pn. Norhafizah Bt Mokhtar Pn. Siti Sarah Bt A. Rahman

En. Mohd Arizal bin Hashim Makanan Ibu Bapa : Pn. Sapinah Bt Kamsin

En. Rahmat bin Md Salleh Pn. Siti Asmah binti Osman

Siaraya : En, Azizan bin Jamal Pn. Zeti Ismalili binti Isa

En. Ahmad Sukri Bin Ramli Persembahan : En. Mohammad Amirun Aqil bin Mohd Rusli

Protokol dan Sambutan : En. Mohamad Mohidi bin Sibli Pn. Suhana binti Mohamed

Pn. Mahani Binti Hanipah Pn. Norafhzan binti Mohd

En. Azlan Shah bin Abdul Aziz Pn. Rafeah Bt Husain

En. Azhar bin Mohamed En. Asraruddin bin Shari

Pn. Afidah binti SidIk Dokumentasi : En Mohd Alwi bin Mohd Nor

Kebersihan : En. Hamdan Bin Abdullah

Pn. Rafidah Bt Abdul Samad Pekerja swasta
Pn. Khairul Azilah Bt Alias
Surat Menyurat : En. Mohd Nazri Bin Mohd Noor

Pn. Fatin Humairah Bt Zainuddin

PIBG Peneraju Kecemerlangan Unggul | 2022

PIBG Kali Ke -43

Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke-42 | 2021

Tarikh : 23 Oktober 2021 ( Sabtu )
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Aplikasi Google Meet ( Kediaman masing-masing )

AGENDA 1: KATA – KATA ALUAN TN. GURU BESAR ( EN.MOHAMAD MOHIDI BIN SIBLI )
1.1Mengalu –alukankehadiran ahli mesyuarat.
1.2 Ucapan terima kasih kepada para ibubapa dan guru serta bekas guru SPKPK atas sumbangan
pembinaan surau dan Program Smart TV SKPK.
1.3 Ucapan terimakasih dan penghargaan kepada AJK guru yang membantu kutipan dana surau dan
Smart TV. Semua kelas telah menerima Smart TV bersaiz 55 inci.
1.4 Guru Besar menzahirkan kesyukuran kerana SKPK terpilih sebagai sekolah tunggal daerah Kulai
yang menerima sumbangan iPAD daripada KPM yang dianggarkan bernilai RM 2000 sebuah khusus
kepada murid Tahun 4 yang terpilih.
1.5 Guru Besar mengharapkan murid dapat menggunakan iPAD tersebut untuk kegunaan PDPR
dengan berkesan.
1.6 Hari persekolahan Kelas Pendidikan Khas dibuka lebih awal atas permintaan ibubapa yang sukar
menjalankan PDPR di rumah.
1.7 Hari persekolahan murid arus perdana akan bermula secara bergilir selepas 2 minggu
pengumuman Fasa 4 oleh Kerajaan.
1.8 Murid Tahun 6 akan kekal di tahun yang sama sehingga Mac 2022.
1.9 Ucapan terima kasih atas penglibatan dan kerjasama ibubapa sepanjang PDPR.

AGENDA 2: UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG ( EN. NORHISHAM BIN MANAF )
2.1Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sebagai medan rundingan secara muhibbah antara ibu
bapa dan pihak sekolah. Gabungan permuafakatan dan kerjasama yang erat antara ibubapa dan
pihak sekolah amat diperlukan.
2.2 Kerajaan berusaha sehabis baik membantu rakyat dengan menyediakan pelbagai skim
Bantuan sepanjangpandemik. Dari pihak PIBG pula, YDP akan cuba sebaik mungkin membantu apa
jua yang diperlukan oleh pihak sekolah.
2.3 Saranan YDP agar semua pihak bersatu hati,bersedia, bergerak sederap ,mengorak
langkah bersama bagi memastikan kemenjadian murid sebagai moto utama di SKPK tercapai.

AGENDA 3: UCAPAN PERASMI ( YBHG DATO’ HJ MOHD JAFNI BIN MD SHUKOR)
3.1 Ibu bapa dituntut menjadi rakan yang aktif dalam proses pembelajaran anak
menerusi penglibatan dalam PIBG.
3.2 Peranan PIBG mestilah berkembang daripada tumpuan biasa terutama usaha
pengumpulan dana dan kerjasama dengan kepimpinan sekolah untuk meningkatkan
keberhasilan murid.
3.3 Ibu bapa berperanan sebagai guru dan jurulatih tambahan untuk aktiviti sekolah kerana
sokongan ibu bapa bukan sahaja mampu melahirkan murid berilmu dan berkemahiran tinggi, tetapi
juga mempunyai nilai jati diri yang positif.

PIBG Peneraju Kecemerlangan Unggul | 2022

PIBG Kali Ke -43

Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke-42 | 2021

3.4 Kepimpinan SKPK perlu memacu penghasilan daya kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bagi menghasilkan pendidikan bermutu.
3.5 Guru perlu melakukan anjakan paradigm dalam melaksanakan pendekatan PDP & PDPR bagi
menggalakkkan pemikiran kreatif dan inovatif murid.
3.6 Tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha perlu
dilakukan untuk melahirkan pelajar sebagai peneroka ilmu, bukan sebagai pengikut sahaja.
3.7 YBhg. Dato’ turut menzahirkan penghargaan atas usaha YDP mengusahakan susur gajah yang
menghubungkan SMK Kelapa Sawit dan SK Polis Kem bagi kemudahan pelajar.
3.8 Ucapan tahniah dan penghargaan kepada Tuan Guru Besar atas usaha menjayakan pembinaan
surau dan Program Smart TV SKPK.
3.9 Ucapan tahniah dan penghargaan kepada para penyumbang dana untuk menjayakan pembinaan
surau dan Program Smart TV SKPK dan pelbagai program sekolah yang lain.

AGENDA 4 : TAKLIMAT COVID-19 OLEH GPK HEM ( EN. AZLAN BIN ABD AZIZ )

4.1 Jumlahterkini murid SKPK seramai 1341 orang.
4.2 Murid tahun 1 sesi 2022 memerlukan 7 buah kelas kerana kemasukan murid yang ramai di SKPK
bagi tahun 2022.
4.3 80 unit Kit Covid-19 dan pembasmi bakteria tangan/hand sanitizer daripada PPD telah
disediakan oleh pihak sekolah untuk kegunaan murid apabila sekolah dibuka semula. Jumlah kit yang
terhad hanya digunakan untuk murid yang bergejala sahaja. Murid yang bergejala tidak digalakkan
hadir ke sekolah.
4.4 Bilik isolasi disediakan sebagai persediaan awal sebelum pembukaan semula sekolah.
4.5 Tiada tindakan disiplin dikenakan ke atas murid yang enggan hadir ke sekolah secara
pembelajaran bersemuka atas factor keselamatan. Ibu bapa perlu menulis surat makluman kepada
pihaksekolah.
4.6 Murid akan hadir ke sekolah secara bergilir (bersemuka dan PDPR) selepas 14 haridaripada
pengumuman Fasa 4.
4.7 Peraturan berpakaian murid sejurus persekolahan bermula mestilah kemas dan sopan. Murid
akan berada di dalam kelas pada waktu rehat.
4.8 Perhimpunan murid akan diadakan secara maya di dalam kelas menggunakan Smart TV sedia
ada.
4.9 Pemberian vaksinansi telah dijalankan ke atas murid tahun 6. Murid juga diwajibkan memakai
face mask sepanjang berada di dalam kawasan sekolah. Sekolah turut menyediakan face mask
tambahan untuk kegunaan murid.

AGENDA 5 : MESYUARAT AGUNG PIBG 42
5.1 Ucapan Tuan Yang Di Pertua PIBG
En. Norhisham Bin Manaf selaku Tuan YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, AJK
PIBG dan guru yang hadir. Seramai 326 ahli PIBG masih ada di talian pada pukul 10.26 pagi.

PIBG Peneraju Kecemerlangan Unggul | 2022

PIBG Kali Ke -43

Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke-42 | 2021

5.2 PembentanganMinitMesyuarat 41
5.2.1 Cikgu Nurul Wahida Binti Abd Wahab selaku Setiausaha PIBG sesi 2020/2021

Membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG 41 yang telah diadakan pada 28 Mac 2020.

5.2.2 Disahkan oleh : En. Mohd Nazri Bin Salleh
Disokong oleh : Pn. Siti Nor Nadia Binti Sapuan

5.3 Pembentangan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2020/2021

5.3.1 Cikgu Ruhainum Binti Sahari selaku Bendahari PIBG sesi 2020/2021 membentangkan penyata
kewangan PIBG berakhir Disember 2020.

5.3.2 Disahkan oleh : En. Shahril Bin Ahmad
Disokong oleh : En. Mohd Nazri Bin Salleh

5.4 Perkara Berbangkit
5.4.1 Tiada perkara berbangkit.

5.5 Pembentangan Usul
5.5.1 En Nazri Bin Salleh
· Adakah wang yang dituntut telah dipulangkan kembali oleh YDP sebelum En. Norhisham

Respon YDP
· En Norhisham Bin Manaf, YDP PIBG sesi 2020/2021 memaklumkan isu ini adalah sebelum beliau.
Permasalahan ini telah dibincangkan bersama pentadbir SK Polis Kem. Beliau akan memulangkan duit
tersebut secara berperingkat memandangkan pandemik. Duit tersebut akan dipulangkan kerana ia
duit pelajar. Ia dikutip untuk membuat susur gajah. Sebagaimana dilihat, bukan hanya kemenjadian
murid tetapi kemenjadian sekolah. Ia telah ada dan telah dibuat relling di kawasan tebing untuk
tujuan keselamatan.

Respon Guru Besar
· Tuan Guru Besar menjelaskan RM500 telah dipulangkan sebagai ansuran pertama. Penama yang
perlu membayar adalah Tuan YDP sebelum En Norhisham. Beliau telah berjanji akan memulangkan
secara ansuran. Jumlah penuh sebanyak RM3,000 . Berlaku kesukaran dan tergendala disebabkan
Covid-19.
· Telah berbincang dengan tuan YDP untuk keluarkan surat pemakluman bagi menyelesaikan isu
tuntutan tersebut. Ia adalah dalam makluman YDP dan Guru Besar.

PIBG Peneraju Kecemerlangan Unggul | 2022

PIBG Kali Ke -43

Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke-42 | 2021

5.5.2 Puan Siti Atikah Binti Aziz
· Memperbanyakkan CCTV sekiranya boleh di setiap kelas bagi mencegah aktiviti buli dan tidak
bermoral ekoran pengalaman anak beliau yang pernah dibuli sebelum dimasukkan ke Kelas
Pendidikan Khas

Respon YDP
· Tuan YDP akan berbincang dengan pihak pentadbiran dan guru untuk adakan CCTV.
Respon Guru Besar
· Tuan guru besar mengucapkan terima kasih untuk maklum balas yang telah diberikan

mengenai isu buli. Ia sangat diambil perhatian hingga ke peringkat KPM. Ia perlu
dimaklumkan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya. Setakat dalam pengetahuan
masalah buli di SKPK belum berada di peringkat serius.. Pihak sekolah sentiasa diingatkan
agar ia tidak dilakukan oleh murid kerana ia isu sangat berat jika dilakukan. Mohon juga
kepada ibu bapa agar sentiasa mengingatkan anak-anak agar tidak melakukan buli sama ada
secara fizikal atau mental. Sebelum ini telah ada CCTV. Setelah bertukar pemerintahan ia
ditinggalkan dan telah rosak. Jika pihak PIBG boleh uruskan untuk kosbaikpulih sangat di
alu-alukan.
· Beliau telah maklum mengenai kes anak puan. Ia mungkin berlaku semasa peralihan guru dan
dipandang serius oleh pihak sekolah. Tuan GB maklumkan ia berlaku kerana guru perlu bergerak ke
kelas seterusnya. Ia akan ditambahbaik lagi untuk tindakan selanjutnya. Kadangkala ada guru tidak
hadir disebabkan masalah kesihatan. Isu ini akan dipastikan tidak akan berlaku lagi di SKPK. Ia
perlukan kerjasama daripada guru di sekolah dan ibu bapa perlu berpesan setiap hari kepada anak
dan akhir sekali kita doakan agar kes ini tidak berlaku lagi.

Respon GPK HEM
· GPK HEM mengharapkan kes buli memerlukan kerjasama semua pihak. Jika ada kes perlu
dimaklumkan terus untuk diambil tindakan segera. Moohon agar dimaklumkan

5.5.3 Puan Siti Atikah Binti Aziz.
· Memperbanyakkanaktiviti di dalam dan di luar sekolah dengan mengekalkan penjarakan sosial
Respon YDP
· YDP menyatakandalamkeadaan Covid 19, aktiviti di luar tidak digalakkan oleh KKM buat masa
sekarang walaupun ada SOP. Untuk tahun lepas dan tahuni ni, penyakit selsema telah berkurangan
kerana telah memakai pelitup muka. Namun, untuk mengekalkan penjarakan
sosial agak sukar dalam keadaan sekarang. Aktiviti perlu diambil tahu namun perlu seiring
dengan MKN.
Respon Guru Besar
· Beliau menjelaskan pihak sekolah telah diberi garis panduan aktiviti di luar atau di dalam sekolah,
tidak dibenarkan sama sekali secara dalam kumpulan. Ia boleh diambil tindakan sekeras-kerasnya. Ia
telah digariskan dalam pekeliling. Jika ibu bapa perasan guru-guru selalu memberikan pautan untuk
menyertai aktiviti. Ini adalah satu peluang kerana boleh disertai hingga ke peringkat daerah, negeri
malah kebangsaan. Sijil diberikan tanpa perlu pergi ke lokasi aktiviti. Ia sangat mudah untuk perolehi
sebagai satu rahmat sekurang-kurangnya hanya penyertaan. Jika menang, ia satu bonus.

PIBG Peneraju Kecemerlangan Unggul | 2022

PIBG Kali Ke -43

Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke-42 | 2021

5.5.4 Siti Atikah Binti Aziz.
· Memperbaiki langkah-langkah mengenai penjarakan sosial dalam kelas dan luar kelas.
Respon YDP
· Tuan YDP maklumkan, Tuan GB dan GPK HEM telah jelaskan perkara ini di awal mesyuarat.
· Tuan YDP meminta agar ia dimulakan dari pihak ibu bapa,semasa anak mula naik kenderaan ke
sekolah dari rumah agar anak benar-benar faham langkah-langkah yang perlu dijaga.
Respon Guru Besar
· Beliau memaklumkan pihak sekolah sentiasa memberi peringatan kepada guru- guru
sehingga jaga sekolah. Bermula sesi persekolahan terkini, penjarakan diperhebatkan. Kali
ini separuh dari kelas akan digilirkan sebagai langkah menjaga penjarakan. Jika ada kes
positif, ia akan dimaklumkan kepada PPD, PKD dan JPN.
· Di sekolah, pihak sekolah hanya boleh mengawal di dalam kawasan sekolah. Pentadbir turut
mengawasi langkah penjarakan. Di luar kawasan sekolah, setelah berada di dalam kenderaan, ia di
luar kawalan pihak sekolah dan mampu menasihati sahaja.

5.6 Hal-Hal Lain

5.6.1 Pn Noor Halijah Jamaludin
· Mencadangkan agar kehadiran anak mengikut giliran itu disamakan mengikut sesi/minggu yang
sama. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya jangkitan.
Respon Guru Besar
· Guru Besar memaklumkan ia satu cadangan yang baik. Jika boleh dilaksanakan, ia akan
dilaksanakan. Jika ia tidak dapat dilaksanakan, ia akan ditangguhkan dahulu.
5.6.2 En Mohamad Asri
· Bertanyakan persetujuan semua ahli agar duit PIBG digunakan untuk memperbaiki CCTV? Jika
semua ahli setuju, ia perlu dibuat undian.

Respon YDP
· Tuan YDP menjelaskan bahawa ia akan diputuskan dalam Mesyuarat AJK PIBG.

5.6.3 En. Mohd. Nazri Bin Salleh
· Meminta pihak PIBG dan guru memberikan maklumat terperinci untuk pemakaian ke sekolah dari
segi masalah saiz dan sebagainya.
· Mengucapkan tahniah atas kejayaan pembinaan surau yang sangat cantik

Respon YDP
· Tuan YDP mengulas bahawa isu tersebut difahami dan akan dibincangkan dengan pihak
pentadbiran sekolah kerana ia isu sedunia. Berkenaan isu telah membayar duit baju tapi belum
dapat, ia akan dibincangkan
· Mengenai surau, Tuan YDP maklumkan ia adalah hasil kerjasama semua ibu bapa dan guru juga.

PIBG Peneraju Kecemerlangan Unggul | 2022

PIBG Kali Ke -43

Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke-42 | 2021

5.6.4 Puan Azah
· Bertanyakan pendapat bekenaan penggiliran ke sekolah. Beliau lebih suka jika anaknya hadir ke
sekolah. Jika ada yang mahu hadir setiap minggu ke sekolah,adakah ini dibolehkan?
Respon GPK HEM
·GPK HEM menjelaskan ia tidak dibenarkan kerana ia adalah ketetapan dan perlu akur.
Respon Guru Besar
·Guru Besar memaklumkan isu ini pernah ditanyakan kepada pihak JPN Ia tidak dibenarkan untuk
hadir setiap masa. Jika pdpr setiap masa dibenarkan. Ia tidak dianggap ponteng.

5.6.5 Pn Natasha Binti Zahari
·Memaklumkan ada masalah talian untuk menyertai Google Classroom. Adakah ia menjejaskan
prestasi kerana talian di rumah sangat tidak lancar. Hanya boleh menghantar tugasan di Telegram
dan WhatsApp. Hal ini telah dimaklumkan di dalam Group Kelas.
Respon Guru Besar
·Guru Besar menjelaskan tiada istilah rekod buruk. Jika tidak boleh ada banyak alternatif yang lain.
Jika puan telah maklumkannya, ia telah cukup memadai. Cuma, jika ia langsung tidak dimaklumkan
sahaja akan timbul persoalan.
5.6.6 Tuan YDP En. Norhisham Bin Manaf
·Memaklumkan kutipan sumbangan PIBG diteruskan seperti tahun-tahun sebelumnya dengan nilai
yang sama iaitu RM50.00 sahaja bagi setiap keluarga bagi menambah dana PIBG untuk kebajikan
dan keselesaan anak-anak di SK Polis Kem
Respon
·En. Mohd Asri bin Yousri mencadangkan nilai kutipan sumbangan RM 50.00 diterima mesyuarat
sebulat suara
·Pn. Normala binti Dalimin menyokong cadangan tersebut

AGENDA 6 : PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2021/2022
6.1 Cikgu Mohammad Amirun Aqil Bin Mohd Rusli mengumumkan senarai pencalonan AJK ibu bapa
dan mengendalikan undian AJK PIBG (ibu bapa) Sesi 2021/2022 melalui Goggle Form
1. Yang Di Pertua PIBG : En. Norhisham Bin Manaf (Kekal)
2. Naib Yang Di Pertua PIBG : En. Muhammad Hanafi Bin Sabran (Kekal)
3. AJK Ibu Bapa:
·Pn. Normala Binti Dalimin
·Pn. Umi Kalsom Bin Borhan
·Pn. Aiza Binti Mohd Zabidy
·En. Mohd Asri Bin Yousri
·En. Mohamed Rizam Bin Poniran
·Pn. Farhana Binti Daud
·Pn. Siti Nor Nadia Binti Sapuan
·Pn. Malana Binti Abu Bakar
·En. Mansor Bin Hj Hamid
·Pn. Selina Kristas
·En. Muhammad Luqman Hakem Bin Md Nan

PIBG Peneraju Kecemerlangan Unggul | 2022

PIBG Kali Ke -43

Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke-42 | 2021

AGENDA 7: PENUTUP
7.1 Tuan YDP mengucapkan terima kasih atas semua kerjasama yang diberikan dan mengucapkan

tahniah kerana semua telah mula mahir menggunakan aplikasi Google Meet dan sebagainya.
Fokus yang diharapkan ialah kemenjadian murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

…………………………….................................. …............................
(NURUL WAHIDA BINTI ABDUL WAHAB) (NORHISHAM BIN MANAF)
SETIAUSAHA PIBG YANG DIPERTUA PIBG
SK POLIS KEM SK POLIS KEM

PIBG Peneraju Kecemerlangan Unggul | 2022

PIBG Kali Ke -43

Penyata Kewangan PIBG 2021 Mengikut Kategori

Ringkasan Penyata Kewangan 2021

Kategori Jumlah ( RM ) Peratus
Program Sekolah 13,800.00 66%
Infrastruktur Sekolah 5,740.00 28%
1,237.00 6%
PIBG 20,777.00 100%
Jumlah

Jumlah sumbangan PIBG sepanjang tahun 2021 = RM 5,040.00
Jumlah kewangan yang dibelanjakan sepanjang tahun 2021 = RM20,777.000
Baki semasa ditutup tahun 2021 = ( RM 15,737.00)

PIBG Peneraju Kecemerlangan Unggul | 2022

PIBG Kali Ke -43

Sekalung Penghargaan



JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT PIBG KALI KE 43,

TAHUN 2022, SK POLIS KEM, KULAI , JOHOR.



Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas
kehadiran , kerjasama serta sumbangan yang diberikan
kepada:


En Mohd Asnawi bin Mat Jupri
Penolong Pegawai Daerah Kulai


Barisan Jawatankuasa PIBG Sesi 2021


Semua Warga SK Polis Kem



Dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
Dalam menjayakan

Mesyuarat PIBG Kali Ke-43
Bagi Tahun 2022

SK Polis Kem, Kulai, Johor

PIBG Peneraju Kecemerlangan Unggul | 2022


Click to View FlipBook Version