NAMA PENUH NURUL HUSNA BINTI YUSOF NO KAD PENGENALAN 030717-03-0838 NO ANGKA GILIRAN 2021192340361 AMBILAN / KELAS PISMP AMBILAN JUN2022 / A7 PENSYARAH PENASIHAT MEJAR (KRS) NOOR AZUDDIN BIN MOHD NOORDIN BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH
Biodata Nurul Husna binti Yusof Angka giliran: 2021192340361 Program: PISMP Ambilan: Jun 2021 Semester: 2 Tahun: 2 Kumpulan/ Unit: A7 Kod/ Kursus: MPU3471a / KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH I UNIT BERUNIFORM: Kadet REMAJA SEKOLAH IPGM KBM (1)
Isi Kandungan 1.0 Perlembagaan Pertubuhan Prinsip-prinsip Asas Pertubuhan Perlembagaan Pertubuhan Lambang dan Cogan Kata Bendera dan Lagu Persetiaan/ Ikrar dan Undang-Undang Pertubuhan. Keahlian Pakaian Rasmi 2.0 Kurikulum TKRS & KRS Kurikulum Teras Kurikulum Umum (Elektif) 3.0 Sejarah Sejarah Pengasas Sejarah Penubuhan Sejarah Penubuhan di Malaysia Matlamat, Objektif dan Tujuan Penubuhan 4.0 Struktur dan Organisasi Pertubuhan Struktur dan Organisasi Peringkat Antarabangsa (Jika ada) Struktur dan Organisasi Peringkat Kebangsaan Struktur dan Organisasi Peringkat Daerah Struktur dan Organisasi Peringkat IPG Struktur dan Organisasi Peringkat Sekolah/ Kumpulan 5.0 Pengurusan Pentadbiran Struktur Unit (Kompeni, Platun & Seksyen) Pakaian Seragam dan Ahli Pemimpin 6.0 Rancangan Orientasi Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah di sekolah rendah. Organisasi, rancangan tahunan, mingguan, pelaksanaan program dan laporan. 7.0 Laporan mingguan Perjumpaan KRS IPGM KBM 2024
Carta Organisasi KRS IPM KBM (1)
Carta Organisasi KRS IPM KBM Jawatan Peringkat IPG Induk Menteri Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia YB Puan Fadhlina binti Sidek Tuan Haji Azman bin Adnan Rektor IPG Induk (Penaung) (Penasihat) Timbalan Rektor IPG Induk Ketua Jabatan Y. Brs Dr. Mohd. Azam bin Ahmad (Pengerusi) (Timbalan Pengerusi) (Setiausaha Kehormat) Pengerusi Majlis Tadbir KRS (Pen. Setiausaha Kehormat) Ahli Majlis Tadbir KRS (Bendahari Kehormat) 4 Ahli Majlis Tadbir KRS Ahli Pengarah- Pengarah IPG Juruaudit 1 IPG 1 Ahli Majlis Tadbir Ex-Officio Pegawai latih BPG Pegawai latih BPG Puan Anis Alisya binti Abdullah.
Ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS) IPGMKBM1
Mejar Kadet Remaja Sekolah (KRS) IPGMKBM1 Mejar Noor Azuddin bin Mohd Noordin
1.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN KRS & TKRS
Prinsip Asas Pertubuhan KRS Disiplin yang kental Pegang teguh kepada agama Cinta akan negara Sanggup berkhidmat
Alamat berdaftar atau alamat KRS: a.Peringkat Kebangsaan: Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 1&7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604, Putrajaya. b.Peringkat Negeri: Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS) c.Peringkat Daerah: Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama (PPD Petaling Utama) d.Peringkat Sekolah: Sekolah berkenaan. e.Peringkat Lain-lain: Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh jawatankuasa KRS dari semasa ke semasa. Nama dan Alamat Berdaftar KRS Pasukan Badan Beruniform ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasan KRS bagi sekolah.
Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, mampu bersaing kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah laku kegunaan dadah, budaya lepak dan kes-kes juvana Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membina generasi pelajar bersifat patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isuisu semasa dalam kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. Tujuan KRS ini ditubuhkan adalah untuk: Tujuan Penubuhan KRS
Logo KRS Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. Bulan dan Bintang melambangkan Agama Islam adalah agama rasmi negara malaysia. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang buday ke arah melahirkan bangsa malaysia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara malaysia. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian beragama.
Bendera KRS Warna Hijau melambangkan: Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS.
Ilmu Iman Amal Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri. Asas keintelektual dan ketrampilan ahli KRS. Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. Cogan Kata KRS
Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan ilmu iman dan amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja, sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja, hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan dihati, dan jiwamu Wawasan kadet Remaja Sekolah Lagu KRS Lagu Rasmi KRS
Larian dan Langkah KRS Kadet Remaja Sekolah Semangat waja kita melangkah Cekal hati dan juga tabah Satu ikatan kita berukhwah Ayuh remaja sambut cabaran Jadi remaja yang berwawasan Hati dan jiwa kita kekalkan Ilmu Iman dan juga Amal Lagu Larian KRS (GEMPUR KRS)
Langkah KRS Mula langkah...............................Kanan Menuju...........................................Wawasan Ayuh kita.......................................Maju Jadi insan.....................................Berilmu Janji kita.......................................Kekalkan Janji insan....................................Beriman Hati mesti.......................................Cekal Jadi insan........................................Beramal
Bahawasanya kami Kadet Remaja Sekolah Malaysia Berjanji dan bersedia Akan menyemai semangat patriotik Tetap berdisiplin, Berakhlak mulia Berilmu Beriman dan beramal Kami juga akan memupuk Semangat keusahawanan, Mencintai alam sekitar Mempunyai ketahanan mental dan fizikal Bersedia berkhidmat untuk masyarakat Demi agama, bangsa dan negara Serta mendukung rukun agama Dan rukun negara Sepanjang masa kami Menjadi ahli kadet Ikrar KRS/TKRS
Menepati masa. Dilarang memakai jam tangan, gelang dan yang dikaitkan. Sentiasa membawa buku log. Berpakaian kemas. Panggilan kepada AJK dalam perjumpaan mengikut jawatan dan pangkat yang disandang oleh AJK tersebut. Tindakan akan dikenakan kepada ahli jika tidak hadir tanpa sebab. Jika tidak hadir serta mempunyai alasan, sistem surat menyurat perlu dibuat dan tandatangan ibu bapa mesti ada didalam surat tersebut (WAJIB). Setiap ahli atau AJK yang melanggar undang-undang KRS sebanyak 3 kali akan dikenakan denda mengikut arahan Presiden atau guru Penasihat. Setiap ahli atau AJK dibenarkan keluar tanpa kebenaran AJK atasan dan Guru Penasihat. Menghormati setiap AJK dan ahli. Undang-Undang Pertubuhan KRS/TKRS
Keahlian KRS/TKRS Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi-institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 1. KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan. Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan diatas. Ahli KRS yang bertukar ke sekolah/negeri lain, keahlian asal dan pangkat yang disandang masih diterima pakai. Bekas-bekas pelajar yang mahu membantu sekolah-sekolah/daerah-daerah masingmasing dialu-alukan.
a. Beret berwarna Sherwood Dark Green. b. Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Green. c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. Ukuran kaki 40-46. d. Tali wisel merah. e. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas berlogo KRS. f. Spike boot. Pakaian Rasmi KRS Lelaki
a. Beret berwarna Sherwood Dark Green. b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna Sherwood Dark Green. c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. d. Spike boot. e. Tali wisel merah. *Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green. Pakaian Rasmi KRS Perempuan
a. Beret berwarna Sherwood Dark Green. b. Baju Kemeja lengan pendek warna hijau muda (L 109). c. Seluar sekolah. (Ukuran kaki 20 cm- 30 cm) d. Tali wisel merah. e. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS. f. Kasut kulit/ PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam. Pakaian Rasmi TKRS Lelaki
a. Beret berwarna Sherwood Dark Green. b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna hijau muda (L109). c. Seluar/ Kain Sekolah. d. Tali wisel merah. e. Kasut kulit/ PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam *Pemakaian telekung mini berwarna Sherwood Green. Pakaian Rasmi TKRS Perempuan
2.0 Kurikulum KRS/TKRS
Pendidikan Kerohanian & Moral Memahami & engenal Tuhan Menghormati ibu bapa, guru dan pemimpin. Tanggungjawab sebagai murid, warganegara dann anggota masyarakat. Amalkan nilai-nilai murni (Contoh: Amalan kebersihan dan keselamatan.) Kenal adat istiadat bangsa/ kaum di Malaysia. Pendidikan Ketatanegaraan/ Patriotisme Kenal Jalur Gemilang dan maksudnya. Menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dan lagu patriotik lain dengan bersemangat. Faham dan hayati Rukun Negara. Konsep kekeluargaan. Kebudayaan pelbagai kaum. Mengenal tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan negara. Latihan Fizikal Senaman Latihan kecergasan Latihan asas kawad kaki. Latihan merentas halangan Kurikulum Teras
Kurikulum Umum (Elektif) Aktiviti di Darat Penggunaan kompas Aktiviti pandu arah Ikhtiar Hidup Aktiviti Mental Latihan kumpulan dinamik. Latihan mencipta logo dan slogan. Latihan sumbang saran Latihan membuat perancangan dan keputusan. Latihan membuat persembahan berkumpulan Aktiviti Ketahanan Diri Latihan kawad kaki untuk pertandingan/ persembahan/ upacara rasmi. Latihah asas Bantu Mula. Latihan kecemasan semasa kebakaran Latihan membuat ikatan dan simpulan yang mudah. Tatatertib Pasukan Pakaian Seragam Membaca dan menafsir peta. Aktiviti Pendidikan Luar Perkkhemahan Kembara Orienteering (Pandu arah) Menggunakan tali (ikatan dan simpulan) Rekreasi tali (abseiling, flying fox)
3.0 Sejarah Penubuhan KRS &TKRS
Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En.Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilanselaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah PendidikanKebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail dibawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah diseluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysiatelah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS), Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah di laksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, MenteriPendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong,Kuala Lumpur. Sejarah Penubuhan KRS
Sejarah Penubuhan TKRS Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) pula telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid sekolah. Peranan dan fungsinya sama seperti Kadet Remaja Sekolah untuk sekolah menengah. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada murid sekolah rendah mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal (sekolah rendah). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan kurikulum KRS. Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah (TKRI). Akhirnya, TKRIS ditukarkan kepada TKRS. Penubuhan TKRS secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.
a. TKRS memberi peluang seluas-luasnya kepada murid untuk melibatkan diri dalam kepelbagaian pasukan pakaian seragam. b. TKRS diharapkan dapat membantu mengatasi masalah salahlaku dalam kalangan murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana. c. TKRS dapat memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat kini yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baharu secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak. d. Aktiviti TKRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah murid yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Rasional Penubuhan KRS/TKRS
Matlamat penubuhan TKRS Matlamat penubuhan TKRS adalah melahirkan murid cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.
Objektif a. Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara . b. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta dan inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. c. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan dalam kalangan murid mengenai isuisu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. d. Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra. e. Menyediakan peluang kepada murid untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Objektif Penubuhan KRS
Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani (Kanan) Ustaz Anuar Bin Abd Aziz (Tengah) Almarhum Cikgu Muhammad Thani Bin Sha'aban (Kiri) Pengasas KRS & TKRS
Sejarah Pengasas Allahyarham Muhammad Thani Bin Shaaban berlahir di Teluk Kumbar Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. Bapanya Shaaban bin Daud adalah bekas Guru Besar di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang. Bondanya Norma Binti Abdul Rahman adalah suri rumah sepenuh masa. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Raja Tun Uda, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Merupakan eorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Minatnya dalam bidang pendidikan terserlah apabila beliau telah berjaya menamatkan Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung IbrahimJohor Bharu pada 28 Februari 1985. Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan perkhidmatan awalnya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan sebagai guru siswazah di SM Sains Selangor dan SM Sains HuluSelangor, Ulu Yam. Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila mencetuskan idea penubuhan Kadet Remaja Sekolah Malaysia. Kadet Remaja Sekolah telah ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong KualaLumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam. Matlamat utama penubuhannya adalah melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berilmu, berakhlak mulia dan bersemangat patriotik serta berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah menjayakan Wawasan 2020. Penubuhan Kadet Remaja Sekolah secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pelajaran telah diusahakan oleh beliau pada 10 Ogos 1993. Tanggal 13September 1993, satu pertemuan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. WanMohd Zahid Mohd Nordin.
Tujuan Penubuhan KRS & TKRS Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, mampu bersaing kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah laku kegunaan dadah, budaya lepak dan keskes juvana. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membina generasi pelajar bersifat patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati danmengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaanmengenai isu-isu semasa dalam kalangan pelajar serta berkeupayaan untukbertindak sewajarnya.
4.0 STRUKTUR ORGANISASI KRS & TKRS
Penaung Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah: Menteri Pelajaran Malaysia Penasihat Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah adalah seperti berikut: Penaung Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari AJK yang dilantik. Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat: Peringkat Kebangsaan Peringkat Negeri Peringkat Daerah Peringkat Sekolah Jawatankuasa
Struktur organisasi, jawatankuasa KRS 4 peringkat Jawatankuasa Peringkat Antarabangsa (Jika ada) Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Jawantankuasa Peringkat Sekolah dan Kumpulan. Jawatankuasa Peringkat Negeri Jawatankuasa Peringkat IPG
Jawatankuasa Peringkat Antarabangsa Menteri Pelajaran Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Ketua Penolong Pengarah (HEM) Bahagian Sekolah Dilantik (dua orang) Dilantik Pengarah-Pengarah JPN, Pengarah Bagian Pendidikan Guru, Pengarah Bahagian Dakwah dan Kepimpinan, Pengarah Bahagian Teknik dan Vokasional, Pengarah Institut Aminuddin Baki, Tiga Ahli dilantik, Dua wakil Jurulatih KRS, Dua wakil Jurulatih TKRS. Dilantik Penaung Penasihat Pengerusi Timb. Pengerusi Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari Ahli-ahli Juruaudit
Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM) Bahagian Sekolah Pen. Setiausaha : Dilantik (Dua orang) Bendahari : Dilantik Ahli-ahli(9 orang) : Pengarah-Pengarah JPN Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional Pengarah Institut Aminudin Baki Tiga ahli dilantik Dua Wakil Jurulatih KRS Dua Wakil Jurulatih TKRS Juruaudit : Dilantik Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan
Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri Timbalan Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Setiausaha : Ketua Kokurikulum Pen. Setiausaha : Penyelia Pasukan Pakaian Seragam Bendahari: Dilantik Ahli-ahli(9 orang) : Dilantik Termasuk Pegawai Pelajaran Daerah Dua Wakil Jurulatih KRS Dua Wakil Jurulatih TKRS Wakil PKPSM dan MGB Juruaudit : Dilantik Jawatankuasa Peringkat Negeri
Jawatankuasa Peringkat Pejabat Pelajaran Gabungan ( Sabah dan Sarawak ) a. Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia b. Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri c. Pengerusi : Pegawai Pelajaran Gabungan d. Tim. Pengerusi : Ketua Unit e. Setiausaha : Penyelia Kokurikulum f. Pen. Setiausaha : Pegawai Tadbir Gabungan KRS g. Bendahari : Dilantik h. Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB (Gabungan) i. Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri j. Juruaudit : Dilantik ( 2 orang ) Jawatankuasa Peringkat Daerah a. Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia b. Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri c. Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah d. Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( SPPK ) e. Setiausaha : Penyelia f. Pen. Setiausaha : Dilantik g. Bendahari : Dilantik h. Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB i. Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri j. Juruaudit : Dilantik ( 2 orang Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh Pengerusi setiap Jawatankuasa. Jawatankuasa Peringkat Daerah
Jawatankuasa Peringkat Sekolah: a. Penaung : Pengarah Pelajaran Negeri b. Penasihat : PPD c. Pengerusi : Pengetua / Guru Besar d. Timbalan Pengerusi : Pen.Kanan Kokurikulum e. Setiausaha : Dilantik f. Penolong Setiausaha : Dilantik g. Bendahari : Dilantik h. Ahli- ahli : ( 7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS ) i. Juruaudit (2 orang) : Dilantik di kalangan guru Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh penolong pendaftarsekolah. Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia. Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepadaJawatankuasa Peringkat Sekolah. Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengaturprogram KRS/TKRS Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untukmemantapkan lagi aktiviti KRS/TKRS. Jawatankuasa Peringkat Sekolah dan Kumpulan
Jawatankuasa Peringkat IPG Carta Organisasi KRS IPM KBM
Fungsi Majlis Tadbir Tugas Pengerusi Mengurus dan mentadbir pertubuhan. Melaksanakan keputusan mesyuarat Agung. Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa. Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti. Meneliti catatan minit mesyuarat. Berhak mempunyai undi pemutus. Menandatangani cek-cek. Tugas Naib Pengerusi Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas apabila pengerusi tiada Membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengerusi Tugas Setiausaha Menjalankan kerja pentadbiran mengikut undangundang Menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi Mengendalikan urusan surat-menyurat Menyimpan buku daftar ahli Menghasilkan dan menyimpan minit mesyuarat Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan Tugas Penolong Setiausaha Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus pertubuhan Menjalankan tugas semasa
Tugas Penolong Bendahari Menjalankan tugas semasa ketiadaan bendahari Membantu bendahari menyiapkan urusan kewangan Tugas Ketua Patrol Mengetuai satu kumpulan kecil Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang ditetapkan Tugas Bendahari Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan Memungut dan menyimpan penyata pembayaran ahli Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang Mengurus dan mentadbir pembelian dan urusan kewangan Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira Menandatangani cek-cek yang diterima Mengeluarkan resit Melaporkan penyata kewangan dalam mesyuarat Tugas AJK Biasa Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan KRS Membantu, memberi idea dalam aktiviti pertubuhan KRS Mempengerusikan biro-biro kecil sekiranya dilantik Fungsi Majlis Tadbir