The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PERATURAN SMA MAIWP LABUAN EDISI PERTAMA 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norainimohdibrahim90, 2024-03-03 20:27:35

eBOOK PERATURAN SMA MAIWP LABUAN

BUKU PERATURAN SMA MAIWP LABUAN EDISI PERTAMA 2024

Keywords: BUKU PERATURAN SMA MAIWP LABUAN

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam WP Labuan Peti Surat 81043, 87021 WP Labuan Tel : 087-466 332 Faks : 087-466334 Emel : [email protected] 2024 Edisi PERATURAN DISIPLIN BUKU


PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN SMA MAIWP LABUAN Peti Surat 81043, 87021 WP Labuan Tel : 087-466 332 Faks : 087-466334 Emel : [email protected] Cetakan Pertama - 2024


PROFIL M A K L U M A T A S A S B U T I R A N W A R I S M A K L U M A T K E L A S M A K L U M A T PELAJAR SEKOLAH :_______________________ :_______________________ TINGKATAN 1 : __________________________ TINGKATAN 2 : __________________________ TINGKATAN 3: ___________________________ TINGKATAN 4: __________________________ TINGKATAN 5: ___________________________ NAMA : ________________________________________________________ NO. SURAT BERANAK : _________________________________________ TEMPAT LAHIR :________________________________________________ TARIKH LAHIR : ________________________________________________ NO. KAD PENGENALAN : _______________________________________ AGAMA : _______________________________________________________ ALAMAT SURAT MENYURAT: __________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ JANTINA : ______________________________________________________ BANGSA : ______________________________________________________ WARGANEGARA : ______________________________________________ NAMA BAPA / PENJAGA : ______________________________________ NO TEL: ________________________________________________________ NAMA IBU : _____________________________________________________ NO TEL : ________________________________________________________ GAMBAR ANDA DI SINI PERATURAN DISIPLIN


PERATURANDISIPLINKANDUNGAN MUKA SURAT Kata Alu-aluan i Rukun Negara ii Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii Falsafah Pendidikan Islam ii Rukun 15 SMA MAIWP Labuan iii Visi dan Misi Sekolah iv Moto iv Lagu Negaraku v Lagu Maju dan Sejahtera v Lagu Ilmu Penyuluh Hati vi Ikrar Murid vii ISI KANDUNGAN


PERATURANDISIPLINKANDUNGAN MUKA SURAT Bab 1 : Peraturan-Peraturan Sekolah 1 Fasal 1 : Tujuan Peraturan Sekolah 2 Fasal 2 : Tujuan Tindakan 3 Fasal 3 : Masa Persekolahan 4 Fasal 4 : Kehadiran Ke Sekolah 5 Fasal 5 : Ketidakhadiran Ke Sekolah 6 Fasal 6 : Pakaian Seragam Sekolah 8 Fasal 7 : Potongan Rambut 18 Fasal 8 : Perhimpunan 20 Fasal 9 : Keluar Dari Kawasan Sekolah 21 Fasal 10 : Kenderaan 22 Fasal 11 : Harta Benda Sekolah 23 Fasal 12 : Pentaksiran Kendalian Sekolah 25 ISI KANDUNGAN


PERATURANDISIPLINKANDUNGAN MUKA SURAT Fasal 13 : Kantin Sekolah 27 Fasal 14 : Keselamatan Sekolah 28 Fasal 15 : Lawatan Rasmi Sekolah 30 Fasal 16 : Pelawat 31 Fasal 17 : Tatatertib, Adab dan Nilai 32 Fasal 18 : Kebersihan 33 Fasal 19 : Kegiatan Kokurikulum 34 Fasal 20 : Peraturan-Peraturan Khusus 35 Fasal 21 : Kesalahan-Kesalahan. Berat 36 Fasal 22 : Perbuatan Yang Dilarang Secara Nyata 38 Fasal 23 : Kesalahan-Kesalahan Lain Dan Peraturan 41 Fasal 24 : Kawasan-Kawasan Larangan 43 Fasal 25 : Barang-Barang Larangan 45 ISI KANDUNGAN


PERATURANDISIPLINKANDUNGAN MUKA SURAT Fasal 26 : Hukuman 46 Fasal 27 : Tambahan dan Pindaan 47 Bab 2 : Peraturan Asrama 48 1.0 Peraturan Am 49 2.0 Pakaian 50 3.0 Kelas Persediaan (PREP) 54 4.0 Perhimpunan 56 5.0 Makanan 57 6.0 Kiriman Bungkusan Makanan 59 7.0 Pemeriksaan Bilik / Asrama 59 8.0 Kawasan dan Bilik Asrama 60 9.0 Bilik Air dan Bilik Ampaian 61 10.0 Bilik Rehat 62 ISI KANDUNGAN


PERATURANDISIPLINKANDUNGAN MUKA SURAT 11.0 Barang Persendirian 62 12.0 Barang Larangan 63 13.0 Kawasan Larangan 63 14.0 Penulisan dan Penerbitan 64 15.0 Solat 64 16.0 Surau 65 17.0 Aktiviti Kerohanian 66 18.0 Ramadhan 67 19.0 Penerimaan Surat dan Barang 67 20.0 Keluar Masuk Dan Balik Kampung 68 21.0 Kad Keluar Murid 69 22.0 Melawat 69 23.0 Kecemasan / Sakit 70 ISI KANDUNGAN


PERATURANDISIPLINKANDUNGAN MUKA SURAT 24.0 Pelanggaran Peraturan Asrama 70 25.0 Tafsiran Kesalahan 70 26.0 Salah Laku dan Hukuman 70 Bab 3 : Lampiran 72 Lampiran A : Senarai Amalan Baik 73 Lampiran B : Senarai Kesalahan / Kes Khas 74 Lampiran C : Jenis Salah Laku dan Tindakan 80 Lampiran D : Senarai Hukuman 84 Lampiran E : Contoh Pakaian Seragam 86 Lampiran F : Ukuran Rambut 96 Lampiran G : Tanda Nama 97 Akuan Menerima Taklimat Peraturan Sekolah dan Asrama 98 Borang Pengakuan Ibubapa/Penjaga 99 Surat Aku Janji Murid 100 ISI KANDUNGAN


PERATURANDISIPLINKATA ALU-ALUAN Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Disiplin Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (SMA MAIWPL) kerana telah berjaya menyusun sebuah buku kecil Panduan Peraturan Sekolah. Inisiatif ini diambil adalah didorong kuat oleh kesedaran bahawa masalah disiplin sekolah tidak mungkin dapat diatasi dengan berkesan tanpa penglibatan menyeluruh ibu bapa/penjaga dengan pihak sekolah. Semoga buku kecil ini dapat digunakan sebagai rujukan murid, guru-guru dan ibu bapa demi untuk meningkatkan prestasi murid, khasnya bagi mengurangkan kes-kes salah laku dalam kalangan murid. Dengan ini para ibu bapa/penjaga juga dapat mengetahui secara mudah akan peraturan sekolah. Para murid dapat memahami betapa pentingnya disiplin yang tinggi lagi murni. Insya Allah dengan adanya kerjasama dan penglibatan ibu bapa/penjaga, saya yakin iklim dan budaya sekolah akan sentiasa terpelihara. Sekian, mudah-mudahan kita semua akan memperolehi kejayaan dan kebaikan. Semoga Allah memberkati dan memberi hidayat kepada kita semua. SITI AMINAH BINTI ZAKARIA Pengetua SMA MAIWP Labuan i


PERATURANDISIPLINBahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama; Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Maka Kami, Rakyat Malaysia Berikrar Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk Mencapai Cita-Cita Tersebut Berdasarkan Prinsip-Prinsip Berikut: Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Keluruhan Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan Dan Kesusilaan ii RUKUN NEGARA


PERATURANDISIPLINFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Satu proses secara berterusan memupuk seluruh potensi semula jadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat. ii


PERATURANDISIPLINiii RUKUN 15 SMA MAIWP LABUAN 1.Subuh, Kami muafiq 2.Peraturan, Kami patuh 3.Markah, Kami atas 80 4.Koku, Kami kebangsaan 5.Cadar, Kami tegang 6.Dorm, Kami kemas 7.Kasut, Kami susun 8.Sampah, Kami kutip 9.Ibu bapa, Kami sayang 10.Guru, Kami taat 11.Tetamu, Kami sapa 12.Masa, Kami tepat 13.Belajar, Kami fokus 14.Bertindak, Kami segera 15.Bahasa, Kami tiga


VISI SEKOLAH MISI SEKOLAH PERATURANDISIPLINiv Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. MOTO


LAGU NEGARAKU LAGU MAJU DAN SEJAHTERA Negaraku Tanah Tumpahnya Darahku, Rakyat Hidup Bersatu Dan Maju, Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan, Raja Kita Selamat Bertakhta, Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan, Raja Kita Selamat Bertakhta Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah Maju Membangun Dijulang Megah Aman Sentosa Disepanjang Masa Teguh Disemai Sentiasa Membara Semangat Setiap Warganya Cergas Mindanya Semangat Waja Pada Wilayah Ditumpah Setia Hormat Hormati Penuh Mesra Bersatulah, Berbaktilah Semua Warga Wilayah Sayangilah, Lindungilah Sepenuh Jiwa Raga Kita Jaga Keharmonian Semua Maju Sejahtera Wilayah Persekutuan PERATURANDISIPLINv


LAGU ILMU PENYULUH HATI Sekolah Menengah Agama MAIWP Kupelajari ilmu dan taqwa Lahirnya ummah pemimpin negara Agamawan muthaqqaf jaya Pelajar terbilang syiar agama Berilmu beramal berakhlak mulia Al-Quran dan Sunnah pegangan kita Islam terpancar di persada Sekolah Menengah Agama MAIWP Suluh bakti semesta Guru mendidik pewaris tercinta Menjadi harapan ibu bapa Pelajar terbilang syiar agama Berilmu beramal berakhlak mulia Al-Quran dan Sunnah pegangan kita Islam terpancar di persada PERATURANDISIPLINvi


IKRAR MURID Bahawasanya kami Murid SMA MAIWP Labuan Berikrar dan berjanji Menjalankan semua perintah Allah Dan meninggalkan semua larangannya Berpandukan al-Quran dan as-Sunnah Taat dan patuh kepada Undang-undang dan perlembagaan negara Sentiasa berusaha Dengan bersungguh-sungguh Untuk menuntut ilmu di sekolah ini Meningkatkan disiplin diri Serta menjadi insan yang berilmu Dan mengamalkannya Allahumma Amin PERATURANDISIPLINvii


BAB 1 PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH 1


Membentuk kesempurnaan peribadi murid sama ada dari segi intelek, mahupun rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik agar murid dapat menimba ilmu pengetahuan tanpa gangguan. Melahirkan murid yang mempunyai semangat tolong-menolong, hormat menghormati, tolak ansur dan kerjasama dalam kalangan pelajar. Melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran sekolah, masyarakat dan negara. Melahirkan generasi yang berdisplin dan bersahsiah unggul. Memberi layanan dan hak yang sama rata kepada semua murid. Membantu pengetua, guru-guru, pengawas, ketua kelas dan barisan kepimpinan murid dalam menjaga keamanan, ketenteraman dan kelicinan perjalanan pengurusan sekolah. Menentukan bahawa murid yang melanggar disiplin sekolah menerima tindakan berdasarkan peraturan yang ditetapkan selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 FASAL 1 : TUJUAN PERATURAN SEKOLAH 2


Mencegah dan memberikan pengajaran kepada murid yang melanggar disiplin. Memberi pengajaran kepada murid lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. Membendung murid yang bermasalah dari mempengaruhi murid yang lain. Memberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan setelah terbukti kesalahannya. Memberi bimbingan kepada murid yang bermasalah ke arah pembentukan murid bersahsiah unggul. “Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan yang baik walaupun hanya sekadar senyuman” PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 FASAL 2 : TUJUAN TINDAKAN 3


PERATURANDISIPLINWaktu persekolahan adalah seperti berikut: BAB1: PERATURANSEKOLAH3.1 FASAL 3 : MASA PERSEKOLAHAN 4 6.20 pagi - 6.45 pagi 6.45 pagi - 7.00 pagi 7.00 pagi - 10.00 pagi 9.30 pagi - 10.00 pagi Program Futhur Ruhi/ Perhimpunan Pembersihan kelas Pembelajaran & pengajaran Rehat 1 & Solat Dhuha 10.00 pagi - 1.00 tengah hari 1.00 tengah hari - 1.45 petang 1.45 petang - 3.45 petang 3.45 petang - 4.15 petang Pembelajaran & pengajaran Rehat 2 & Solat Zuhur Pembelajaran & pengajaran Solat Asar & balik ke asrama* 5.55 pagi - 6.05 pagi Perjalanan ke sekolah * Catatan Jumaat : Pengajaran dan Pembelajaran berakhir pukul 11 pagi Rabu : Kokurikulum akan bermula pada pukul 1.45 petang hingga 3.45 petang.


PERATURANDISIPLINKehadiran murid ke sekolah pada hari persekolahan adalah wajib. Kedatangan akan diambil atau ditanda pada waktu pertama. Murid diwajibkan datang ke sekolah dan berada dalam kawasan sekolah selewat-lewatnya pada pukul 6.20 pagi. Murid yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan tindakan. Murid hendaklah terus berkumpul di dataran perhimpunan sebaik sahaja tiba di sekolah untuk melaksanakan program Futhur Ruhi. BAB1: PERATURANSEKOLAH4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 FASAL 4 : KEHADIRAN KE SEKOLAH 5


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 FASAL 5 : KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH Murid yang tidak dapat hadir ke sekolah hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah melalui surat oleh ibu bapa/penjaga masing-masing. Surat menyurat ketidakhadiran murid dialamatkan kepada pengetua melalui guru kelas. Guru kelas hendaklah merekodkan surat tersebut untuk semakan Badan Disiplin dan Hal Ehwal Murid. Jika murid gagal memberi bukti dan surat kenyataan bersebab ketidakhadiran ke sekolah adalah dikira PONTENG SEKOLAH. Murid yang tidak hadir ke sekolah TIGA HARI BERTURUTTURUT atau TUJUH HARI secara berkala tanpa sebab yang munasabah akan diberikan Surat Amaran Pertama. Murid yang tidak hadir TUJUH HARI BERTURUT-TURUT atau 10 HARI secara berkala, setelah Surat Amaran Pertama diterima akan diberikan Surat Amaran Kedua. Murid yang tidak hadir TUJUH HARI BERTURUT-TURUT atau 20 HARI secara berkala, setelah Surat Amaran Kedua diterima akan diberikan Surat Amaran Terakhir. Murid yang tidak hadir 14 HARI BERTURUT-TURUT atau 20 HARI secara berkala, setelah Surat Amaran Terakhir diterima akan dicadangkan tindakan Buang Sekolah. 6


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH5.8 5.9 5.10 Semua surat menyurat tentang kehadiran murid hendaklah menggunakan borang khas yang terdapat di Pejabat Sekolah dan disediakan dalam 3 salinan. Guru kelas hendaklah menghantar SURAT AMARAN PENGGANTUNGAN SEKOLAH yang telah ditandatangani oleh Penolong Kanan HEM atau Penolong Kanan Pentadbiran atau Pengetua. Murid yang akan dibuang sekolah hendaklah terlebih dahulu melalui sesi kaunseling dan mendapat persetujuan dari Lembaga Disiplin Sekolah. Catatan Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab melebihi 30 hari dalam setahun adalah tidak layak dicatat berkelakuan baik di dalam SIJIL BERHENTI SEKOLAH. * SOP Kehadiran 7


PERATURANDISIPLINPeraturan pakaian seragam sekolah adalah mengikut Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut kesesuaian sekolah SMA MAIWP LABUAN. BAB1: PERATURANSEKOLAH6.1 FASAL 6 : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH Pakaian Seragam Murid Lelaki 1.Seluar a.Seluar panjang berwarna hijau kehitaman (dark olive) b.Berfesyen biasa, kemas dan selesa. i.Tidak ketat atau terlalu besar ii.Fesyen jeans tidak dibenarkan Kaki seluar mestilah mencecah kasut atau tidak menampakkan stoking apabila berdiri dan tidak menyentuh tanah. c. d.Kaki seluar mestilah sederhana besarnya. i.Luas kaki seluar Saiz kecil - 25.40cm Saiz Sedang - 38.43 cm Saiz Besar - 40.45 cm e.Tinggi pinggang paras pusat. Sekiranya seluar bertali pinggang, tali pinggang itu mestilah: f. i. Jenis - daripada nylon sahaja. ii.Warna - hitam atau hijau tua iii.Lebar - antara 2.5 cm dan 3.0 cm Kepala - sama besar dengan tali pinggang tanpa hiasan dan ringan. iv. 2.Songkok a.Songkok berwarna hitam, jenis baldu dan keras b.Ukuran tinggi 9’-10’ cm 8


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH3.Baju Baju kemeja adalah berwarna putih, berlengan panjang dan hendaklah dibutangkan di pergelangan tangan. a. b.Baju dipakai masuk ke dalam seluar. c.Berfesyen biasa dan kelihatan kemas. d.Bertali leher sekolah e.Pemakaian 'baju alas' (singlet) berwarna putih. 4.Kasut dan Stokin a.Kasut PVC / kulit berwarna hitam. Tanpa jalur atau berbelang atau mempunyai tulisan atau gambar. b. Stokin berwarna hitam tidak berjalur atau berbelang warna dan melimpasi buku lali c. Kasut sukan hanya boleh dipakai pada hari pembelajaran dan pengajaran (PdP) bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). d. 5.Lencana dan Tanda Nama a.Dijahit di sudut kiri bahagian atas dada. b.Dipakai pada setiap hari persekolahan. c.Tanda nama di atas lencana sekolah. 9


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLA6.2 Pakaian Seragam Murid Perempuan H1.Baju dan Kain Sarung Baju kurung warna putih, potongan tradisional dan leher teluk belanga dan di butang pada lengan. a. Baju dan kain sarung hendaklah kelihatan longgar, selesa dan tidak ketat serta tidak mengghairahkan. b. c. Jenis kain tetoron cotton tebal sahaja atau sejenis d.Kain sarung (berwarna biru) 'torquoise' jenis 'susun' e. Jenis kain sarung ialah tetoron cotton sahaja. Labuh kain hendaklah menutupi mata kaki atau mencecah kasut, tidak akan menampakkan stoking atau pergelangan kaki apabila berdiri. f. Semua murid perempuan diwajibkan memakai 'kain dalam' dan 'baju alas' (simis). g. Pemakaian stoking lengan adalah digalakkan berwarna hitam. h. 2.Tudung / Mini Telekung Murid perempuan dibenarkan memakai tudung / mini telekung dengan syarat tudung itu hendaklah menutup bahu dan dilarang sama sekali memakai tudung singkat yang menampakkan tengkuk. a. Ukuran tudung / mini telekung adalah sesuai dengan pemakainya. b. Diwajibkan memakai anak tudung berwarna hitam atau putih. c. 3.Kasut dan stoking a.Kasut PVC / kulit hitam b.Stoking hitam melepasi buku lali yang panjang 4.Lencana a.Lencana khas sekolah dijahit b.Dipakai di sudut kiri bahagian atas dada. c.Tanda nama dipakai di atas lencana. 10


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLA6.3 Pakaian Seragam Pengawas Lelaki Ha.Baju kemeja lengan panjang biru muda (cotton) b.Seluar panjang berwarna hitam atau biru tua (slack) c.Kasut kulit/PVC berwarna hitam/stoking hitam d.Lencana sekolah/tanda nama e.Bertali leher Pengawas 6.4 Pakaian Seragam Pengawas Perempuan a.Baju kurung berpesak berwarna biru muda (cotton) b.Kain tudung berwarna biru muda c.Kain susun berwarna biru tua (cotton) d.Stoking Panjang berwarna hitam e.Kasut/PVC/kulit berwarna hitam f.Lencana sekolah/tanda nama 6.5 Pakaian Seragam Pengawas Badan Dakwah dan Rohani sekolah Lelaki (BADAR) a.Baju kemeja lengan panjang hijau muda b.Seluar panjang hitam c.Kasut kulit/PVC/stoking hitam d.Lencana sekolah/tanda nama e.Bertali leher pengawas Badan Dakwah dan Rohani 6.6 Pakaian Seragam Pengawas Badan Dakwah dan Rohani sekolah Perempuan a.Baju kurung berpesak berwarna hijau muda b.Kain tudung berwarna hijau muda c.Kain susun berwarna biru tua d.Stoking panjang berwarna hitam e.Kasut PVC/kulit berwarna hitam f.Lencana sekolah/tanda nama. 11


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH6.7 Pakaian Seragam Pengawas Pusat Sumber sekolah Lelaki a.Baju kemeja lengan panjang kuning b.Seluar panjang berwarna coklat c.Kasut kulit/PVC/stoking hitam d.Lencana sekolah/tanda nama e.Bertali leher pengawas perpustakaan f.Lencana sekolah/tanda nama. 6.8 Pakaian Seragam Pengawas Pusat Sumber sekolah Perempuan a.Baju kurung berpesak berwarna kuning b.Kain tudung berwarna kuning c.Kain susun berwarna coklat d.Stoking panjang berwarna hitam e.Kasut PVC/kulit berwarna hitam f.Lencana sekolah/tanda nama. 6.9 Pakaian Seragam Pembimbing Rakan Sebaya sekolah Lelaki a.Baju kemeja lengan panjang ungu b.Seluar panjang hitam c.Kasut kulit/PVC/stoking hitam d.Lencana sekolah/tanda nama e.Bertali leher pembimbing rakan sebaya 6.10 Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya sekolah Perempuan a.Baju kurung berpesak berwarna Ungu b.Kain tudung berwarna ungu c.Kain susun berwarna biru tua d.Stoking panjang berwarna hitam e.Kasut PVC/kulit berwarna hitam f.Lencana sekolah/tanda nama. 12


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLA6.11 Pakaian Seragam Pengawas Asrama sekolah Lelaki Hi.Baju kemeja lengan panjang peach ii.Seluar panjang hitam iii.Kasut kulit/PVC/stoking hitam iv.Lencana sekolah/tanda nama v.Bertali leher berwarna biru 6.12 Pakaian Seragam Pengawas Asrama sekolah Perempuan i.Baju kurung berpesak berwarna peach ii.Kain tudung berwarna peach iii.Kain susun berwarna biru tua iv.Stoking panjang berwarna hitam v.Kasut PVC/kulit berwarna hitam vi.Lencana sekolah/tanda nama 13 a.Baju kemeja lengan panjang kuning b.Seluar panjang berwarna coklat c.Kasut kulit/PVC/stoking hitam d.Lencana sekolah/tanda nama e.Bertali leher berwarna coklat f.Pusat Sumber sekolah 6.14 Pakaian Seragam Pengawas Duta Pengerak Digital sekolah Perempuan a.Baju kurung berpesak berwarna Kuning b.Kain tudung berwarna kuning c.Kain susun berwarna coklat d.Stoking panjang berwarna hitam e.Kasut PVC/kulit berwarna hitam f.Lencana sekolah/tanda nama. 6.13 Pakaian Seragam Pengawas Duta Pengerak Digital sekolah Lelaki


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAHCatatan Murid dilarang sama sekali memakai barang perhiasan seperti emas, intan berlian, mutiara dan sebagainya di tangan, lengan, kaki atau leher (kecuali subang kecil untuk mengelakkan lubang tindik daripada tertutup) a. Murid ditegah memakai 'make up', 'eye shadow', celak mata dan tangkal azimat. b. Murid dilarang menyimpan kuku panjang, menginai atau mengecat kuku. c. d.Murid dilarang membuat tatoo dan qaza’ Murid lelaki tidak dibenarkan memakai gelang di tangan atau di kaki sama ada gelang getah, plastik, logam dan ditegah memakai subang di telinga, rantai di leher atau mana-mana yang menyerupai. e. f.Semua pakaian dan barang hendaklah ditagging. g.Mulai 1999 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah jenis tampal / lekat i. ii.Semua murid lelaki dikehendaki memakai tali leher 14


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLA6.13 Pakaian Pendidikan Jasmani Murid Lelaki Ha.Baju i.Baju Sukan Sekolah ii.Baju sukan hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. b.Seluar i.Seluar panjang track bottom longgar. ii.Berwarna hitam/biru tua. c.Kasut i.Kasut sukan/PJ 6.14 Pakaian Pendidikan Jasmani Murid Perempuan a.Baju i.Baju sukan sekolah muslimah ii.Labuh baju hendaklah menutupi punggung dan longgar. b.Seluar i.Seluar panjang khas pendidikan Jasmani /Track Bottom ii.Berwarna hitam/biru tua iii.Longgar dan selesa iv.seluar palazzo dan boot cut tidak dibenarkan c.Kain Tudung i.Kain tudung jenis pancung tiga segi ii.Berwarna hitam sahaja tanpa aksesori iii.Mengikut syarat peraturan para 5.2.2 d.Kasut i.Kasut sukan/ PJ 15


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLA6.15 Pakaian Unit Beruniform HWajib dipakai setiap hari Rabu/ semasa aktiviti kokurikulum i. a.Aktiviti Badan Beruniform dan Kelab / Persatuan T-Shirt atau baju lengkap khas badan beruniform masingmasing i. ii.Seluar slack berwarna gelap (hitam/biru gelap sahaja)) iii.Tanda nama pelajar berpin Stokin berwarna hitam dan berkasut kulit / PVC warna hitam iv. Pemakaian aksesori tambahan mengikut badan beruniform yang di ikuti. v. Murid perempuan dikehendaki memakai tudung/ mini telekung mengikut warna uniform masing-masing. vi. b.Sukan / Permainan i.T-Shirt sukan khas SMA MAIWPL ii.Seluar track (Panjang warna gelap (hitam/biru gelap sahaja)) iii.Tanda nama pelajar iv.Songkok dan stokin berwarna hitam v.Kasut sukan 6.17 Pakaian Baju Korporat Perempuan a.Wajib dipakai setiap hari Selasa i.Kain tudung / mini telekung berwarna peach ii.Kain straight cut berwarna hitam iii.Stoking panjang berwarna hitam iv.Kasut PVC/kulit berwarna hitam v.Lencana sekolah/ tanda nama. 6.16 Pakaian Baju Korporat Lelaki a.Wajib dipakai setiap hari Selasa i.Seluar panjang hitam ii.Kasut kulit/PVC/stoking hitam iii.bersongkok 16


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH6.18 Pakaian Baju Melayu Songket Lelaki a.Wajib dipakai setiap hari Jumaat Baju melayu lengkap cekak musang berpesak putih atau mengikut warna jawatan i. ii.Bersamping songket sekolah iii.Kasut kulit/PVC/stoking hitam iv.bersongkok v.Lencana sekolah / tanda nama. 6.19 Pakaian Baju Kurung Kain Songket Perempuan a.Wajib dipakai setiap hari Jumaat Baju kurung berpesak berwarna putih atau mengikut warna jawatan i. Kain tudung berwarna putih atau mengikut warna jawatan ii. iii.Kain susun songket sekolah iv.Stoking panjang berwarna hitam v.Kasut PVC/kulit berwarna hitam vi.Lencana sekolah/tanda nama. 17 Catatan Murid hendaklah sentiasa memakai pakaian Pendidikan Jasmani ini pada PdP PJPK sahaja. a. b.Pakaian semasa bersukan hendaklah yang menutup aurat Kasut berjenama antarabangsa tidak dibenarkan (skechers, Adidas, Nike, Puma) c. Murid dibenarkan memakai T-Shirt Badan Unit Uniform masingmasing sementara menunggu uniform lengkap. d.


PERATURANDISIPLINMurid lelaki tidak boleh dan dilarang berambut panjang. Istilah berambut panjang adalah 1.Di bahagian belakang : rambut jatuh melebihi garisan bawah cuping telinga. 2.Di bahagian hadapan : rambut menutupi garisan tengah dahi. 3.Di bahagian tepi/sisi : rambut menutupi kedua-dua telinga atau telinga atau sebahagian daripadanya dan 'sideburn' yang melebihi garisan tengah hidung. 18 BAB1: PERATURANSEKOLAH7.1 FASAL 7 : POTONGAN RAMBUT


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH7.2 7.3 7.4 7.5 7.6 FASAL 7 : POTONGAN RAMBUT Murid tidak dibenarkan memakai/menyambung rambut palsu, mewarnakan rambut atau menyimpan ekor rambut. Murid adalah ditegah dan dilarang meniru 'style' atau fesyen rambut mana-mana kumpulan atau identiti sesuatu kumpulan seperti qaza’ dan sebagainya. Murid lelaki sekolah tidak dibenarkan menyimpan misai atau jambang atau kedua-duanya. Rambut murid hendaklah sentiasa kelihatan kemas dan rapi serta bersikat. SMA MAIWP Labuan menetapkan rambut pendek untuk murid lelaki dengan potongan rambut seperi ketetapan berikut :- tidak melebihi 6cm. a.Di bahagian sideburn : tidak melebihi tapak 1 (0.5cm) b.Di bahagian sisi : tidak melebihi tapak 2 (2cm) c.Di bahagian atas : tidak melebihi tapak 3 (6cm) d.Di bahagian hadapan : Rambut tidak menutupi garisan tengah dahi (3cm dari kening). 19


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 FASAL 8 : PERHIMPUNAN Perhimpunan Rasmi diadakan pada hari Isnin bermula pukul 6.45 pagi. Semua guru dan murid adalah wajib menghadiri perhimpunan rasmi sekolah. Program Futhur Ruhi diadakan dalam perhimpunan harian pada hari Selasa hingga Jumaat bermula pukul 6.30 pagi. Semua murid hendaklah berada di tempat perhimpunan 10 minit sebelum perhimpunan bermula. Barisan murid hendaklah mengikut kelas masing-masing dengan diawasi oleh ketua dan penolong kelas mengikut ketinggian. Guru bertugas mingguan adalah bertanggungjawab mengendalikan perhimpunan dan mengawasi disiplin murid sewaktu berada di dalam tapak perhimpunan. 20 Catatan Murid dikendaki sentiasa membawa nota poket sepanjang perhimpunan a. Murid wajib memakai pakaian rasmi sekolah sepanjang perhimpunan rasmi dijalankan. b. Pekaian PJPK hanya dibenarkan selepas perhimpunan rasmi sekolah sekiranya terdapat PdP PJPK pada hari tersebut. c.


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH9.1 9.2 9.3 9.4 9.5 FASAL 9 : KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH Semua murid dikehendaki berada di dalam kelas masing-masing sepanjang masa pelajaran sedang berjalan. Murid yang hendak keluar kelas hendaklah mendapatkan Pas Keluar Masuk Kelas daripada guru yang sedang mengajar pada waktu itu. Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu PdP atau waktu rehat kecuali dengan kebenaran bertulis atas urusan sakit dan kecemasan. Murid yang memerlukan rawatan di klinik atau hospital hendaklah berjumpa dan mengambil surat rawatan daripada guru bertugas mingguan. Bagi kes bukan kecemasan, murid dibenarkan ke klinik atau hospital selepas 1.45 tengah hari. Murid yang mempunyai janji temu rawatan susulan di hospital atau klinik kesihatan digalakkan bersama ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa atau penjaga hendaklah memohon kebenaran dengan pihak sekolah selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh janji temu. Murid berkenaan hendaklah pulang segera ke sekolah setelah menerima rawatan dan menyerahkan surat yang telah ditandatangani oleh Pegawai Perubatan kepada guru bertugas mingguan. Murid yang didapati berada di luar kawasan sekolah pada sesi persekolahan tanpa kebenaran bertulis dari pihak sekolah dianggap PONTENG dan melanggar peraturan sekolah. 21


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH10.1 10.2 10.3 FASAL 10 : KENDERAAN Murid yang menaiki bas hendaklah beratur dengan tertib semasa menaiki dan menuruni bas. Murid hendaklah menaiki bas pada ketetapan berikut:- a.Asrama ke sekolah mulai 5.55 am – 6.00am b.Pulang ke asrama mulai 4.15pm – 4.30pm c. Jumaat i.Balik ke asrama 11.00am – 11.30am Kegagalan mematuhi perjalanan bas akan dikenakan tindakan 22


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH11.1.1 11.1.2 11.1.3 11.1.4 11.1.5 11.1.6 11.1.7 FASAL 11 : HARTA BENDA SEKOLAH Harta benda sekolah ialah segala kepunyaan sekolah. Semua guru, kakitangan sekolah dan murid bertanggungjawab di atas keselamatan harta benda sekolah. Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja atau tidak sengaja, murid atau kumpulan terlibat hendaklah menggantikannya dan dikenakan hukuman yang setimpal. Semua harta benda sekolah tidak boleh diambil atau digunakan tanpa kebenaran pihak sekolah. Semua harta benda sekolah yang dipinjam hendaklah ditandatangani di dalam buku rekod sewaktu memulangkannya di dalam buku rekod. Harta benda sekolah hendaklah berada dalam keadaan baik dan selamat. Murid tidak dibenarkan mengambil dan memegang kunci bilik-bilik khas. 11.1 HARTA BENDA SEKOLAH 23


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH11.2.1 11.2.2 11.2.3 11.2.4 11.2.5 11.2.6 11.2.7 Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan yang dipinjamkan kepada murid. Adalah menjadi tanggungjawab murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku-buku tersebut. Buku yang tidak disampul/balut dengan baik akan di denda dengan kadar harga pembalut buku. Murid dilarang menulis, menconteng atau mengotorkan buku-buku teks. Juga menjadi kesalahan jika buku-buku dirosakkan seperti digunting atau dikoyakkan gambargambar atau mana-mana bahagian dalam buku itu. Murid dilarang meninggalkan buku teks di dalam bilik darjah atau di mana-mana tempat di sekolah setelah tamat tempoh waktu belajar pada hari itu. Pihak sekolah boleh merampas mana-mana buku yang ditinggalkan. Murid yang merosakkan, mengotori atau mengabaikan keselamatan buku teks, pihak ibu bapa perlu menggantikan buku tersebut. Murid hendaklah menyerahkan semua buku teks yang telah dipinjamkan itu apabila diarahkan berbuat demikian oleh Pengetua/Wakilnya. 11.2 BUKU TEKS (SPBT) 24


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH11.2.8 Murid yang gagal memulangkan buku teks pada masa yang telah ditetapkan, pihak sekolah berhak mengambil tindakan seperti berikut : Murid tersebut perlu menggantikan dengan buku yang baharu a. Jika murid masih belajar di sekolah ini, tidak dipertimbangkan untuk diberi pinjaman buku teks pada tahun berikutnya. b. 12.1 12.2 12.3 12.4 FASAL 12 : PENTAKSIRAN KENDALIAN SEKOLAH Kehadiran dalam semua peperiksaan/ujian adalah WAJIB. Murid yang tidak hadir tanpa sebab tidak dibenarkan menduduki ujian. Kebenaran menduduki semula peperiksaan atau ujian hanya diberikan kepada :- Murid yang terlibat dengan aktiviti sekolah atau JPN atau KPM. a. b.Murid yang ditahan di wad hospital Murid yang ditimpa musibah dan telah mendapat kelulusan penangguhan peperiksaan daripada pengetua. c. Murid yang mempersendakan peperiksaan dalam apa-apa bentuk sekalipun akan dikenakan tindakan menurut budi bicara Pengetua dan badan Disiplin. Pentaksiran mengukur keberkesanan pembelajaran. 25


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH12.5 12.6 12.7 Penyelewengan dan meniru adalah di tegah sama sekali. Untuk Pentaksiran Bertulis UASA, SPM dan kendalian sekolah murid hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah dan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Memalsukan tandatangan atau markah dalam kad / buku kemajuan sekolah adalah kesalahan berat. 26


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH13.1 13.2 13.3 13.4 13.5 13.6 13.7 FASAL 13 : KANTIN SEKOLAH Bangunan kantin adalah di bawah jagaan dan tanggungjawab pemajak kantin pada tahun semasa. Murid dan kakitangan sekolah mestilah mengikut peraturanperaturan yang telah ditetapkan oleh sekolah apabila berada di kantin. Murid hendaklah beratur dan mengikut giliran ketika membeli makanan/minuman. Murid hendaklah menggunakan tempat duduk untuk makan dan minum dan dilarang sama sekali makan sambil berdiri. Segala pembungkus dan pembalut makanan dan minuman hendaklah dibuang ke dalam tempat membuang sampah yang disediakan. Murid dilarang membuang sisa makanan/minuman di atas meja/lantai dan persekitaran sekolah. Sisa makanan/minuman hendaklah dibuang di tempat yang disediakan. Murid hanya dibenarkan makan/minum di kantin sekolah pada waktu rehat. Murid dilarang membawa dan memakan makanan di dalam kelas. 27


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH14.1.1 14.1.2 14.1.3 FASAL 14 : KESELAMATAN SEKOLAH Murid dan individu perseorangan tidak dibenarkan menggunakan mana-mana bahagian sekolah atau bangunan dan mana-mana bilik untuk faedah perseorangan. Murid atau sesiapa yang ingin menggunakan mana-mana bilik atau bangunan sekolah hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada pihak sekolah. Murid dilarang sama sekali berada di kawasan sekolah tanpa pengawasan guru. 14.1 PENGGUNAAN BANGUNAN SEKOLAH 14.2.1 14.2.2 14.2.3 14.2.4 Murid tidak dibenarkan sama sekali memakai barang kemas dan sebarang perhiasan semasa datang ke sekolah pada masa persekolahan, kelas tambahan dan kegiatan kokurikulum. Murid tidak dibenarkan membawa wang melebihi RM20 sehari kecuali atas keperluan tertentu. Murid tidak dibenarkan meninggalkan dompet, wang dan barang berharga di dalam kelas. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan / kecurian / kecuaian. 14.2 BARANG KEMAS DAN WANG SAKU 28


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH14.3.1 14.3.2 Murid tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk telefon bimbit dan smart watch ke dalam kawasan sekolah. Tindakan bagi kesalahan membawa telefon bimbit dan smart watch ke dalam kawasan sekolah dan asrama adalah seperti berikut :- Telefon bimbit dan smart watch akan dirampas dan akan dikembalikan pada akhir sesi persekolahan. a. b.Kesalahan akan direkodkan dalam SSDM 14.3 TELEFON BIMBIT DAN SMART WATCH 29


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH15.1 15.2 15.3 15.4 15.5 FASAL 15 : LAWATAN RASMI SEKOLAH Permohonan lawatan murid hendaklah mendapat kelulusan daripada pengetua. Sesuatu lawatan di dalam/keluar negeri oleh lima (5) orang atau lebih murid yang diiringi oleh guru/guru-guru dianggap sebagai ketua rombongan sekolah: Semua urusan lawatan sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Pendaftar Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL). Jika lawatan ke luar negera, permohonan melalui Pengetua hendaklah sampai kepada Pengarah Pelajaran Negeri enam minggu sebelum tarikh lawatan. Sebarang lawatan atau rombongan murid tidak dibenarkan sekiranya tidak bersama guru. Murid yang ingin menyertai lawatan atau rombongan hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa dengan menggunakan borang khas yang disediakan. 30


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH16.1 16.2 16.3 16.4 16.5 FASAL 16 : PELAWAT Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan murid semasa PdP berlangsung kecuali setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua dengan mematuhi prosedur berikut:- Mendapatkan kebenaran bertulis daripada waris jika bukan waris yang di daftar dalam APDM a. Merekod nama pelawat dalam buku rekod dan mengambil pas pelawat di pondok pengawal b. c.Melapor diri dan merekodkan nama di pejabat sekolah. d.Menunggu di tempat khas sehingga urusan selesai. Lawatan hanya dibenarkan di tempat khas sahaja dalam kawasan sekolah. e. Hanya ibu bapa atau penjaga yang sah sahaja dibenarkan untuk berjumpa dengan murid. Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan sama sekali membawa murid keluar daripada kawasan sekolah. Jika pelawat atau ibu bapa/penjaga yang datang itu berhajat membawa keluar murid berkenaan kerana sesuatu sebab darurat, perlu mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu dan merekodkan dalam buku keluar masuk di pejabat sekolah. Murid yang keluar dengan kebenaran hendaklah dihantar ke sekolah/asrama pada hari yang sama. 31


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH17.1 17.2 17.3 17.4 17.5 17.6 17.7 17.8 FASAL 17 : TATATERTIB , ADAB DAN NILAI Murid hendaklah sentiasa memberi salam kepada guru-guru, kakitangan sekolah, rakan-rakan pelawat-pelawat Islam (Ucapan Selamat Pagi / Petang kepada yang bukan Islam) apabila bertemu sama ada di dalam / luar kelas atau sekolah. Murid hendaklah sentiasa menghormati, bertanggungjawab dan sedia bekerjasama di dalam atau di luar sekolah. Semua guru, kakitangan sekolah dan murid wajib memahami rasa tanggungjawab dan mempertahankan nama baik, kemajuan dan kehormatan sekolah. Kejayaan dan kehormatan sekolah adalah menjadi kebanggaan guru-guru, ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Ibu-bapa dan penjaga yang masuk ke kawasan sekolah dan asrama hendaklah menutup aurat. Murid mestilah menjaga ketenteraman semasa sesi pengajaran/ pembelajaran di bilik darjah. Loceng akan dibunyikan pada waktu masuk, rehat dan balik. Murid hendaklah beratur dan tertib semasa hendak ke bilik-bilik khas. Murid hendaklah beradab sopan dan bertingkah laku yang baik sepanjang masa. 32


PERATURANDISIPLINBAB1: PERATURANSEKOLAH18.1 18.2 18.3 18.4 FASAL 18 : KEBERSIHAN Murid dilarang meludah dan membuang sampah di merata-rata tempat. Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. Kebersihan kelas menjadi tanggungjawab muridmurid kelas yang berkenaan dan adalah menjadi kesalahan bagi murid-murid yang menulis, melukis, menconteng dan mengotorkan bangunan sekolah. Murid hendaklah bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik air dan tandas. Tandas yang digunakan mestilah dialirkan airnya dan jangan memasukkan sebarang benda yang tidak mudah hancur dan reput ke dalam lubang tandas/singki. Paip air hendaklah sentiasa ditutup selepas digunakan. Murid-murid dilarang membasuh kaki di singki. Semua murid, guru dan kakitangan sekolah dikehendaki mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan dan mencegah sebarang usaha untuk mencemari kebersihan bilik darjah, tandas, kantin, surau, bilik khas, bangunan dan kawasan sekitar sekolah. Pakaian yang bersih serta kemas dan kebersihan diri mencerminkan peribadi dan personaliti seorang murid. Oleh itu murid mestilah: Selalu menjaga kebersihan dan kekemasan pakaian. Selalu menjaga kebersihan diri terutama rambut, kuku, gigi dan seluruh anggota badan. Selalu berusaha membersihkan jiwa dan sifat-sifat keji seperti dengki, dendam, takbur dan sebagainya. 33


Click to View FlipBook Version