The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zaihasrah Masron, 2023-03-22 10:39:33

BUKU PANDUAN KONVO PTSN 2023_B

BUKU PANDUAN KONVO BIRU_

Keywords: KONVO PTSN

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL (PTSN) KE-4 TAHUN 2023 14 MEI 2023 DEWAN KONVENSYEN HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH


MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL TAHUN 2023 PERKARA MUKA SURAT PENGENALAN 1 JADUAL PENDAFTARAN, MAJLIS RAPTAI DAN MAJLIS KONVOKESYEN 1 PENYERTAAN & BAYARAN 2-3 IBU BAPA/TETAMU 4 PAS KENDERAAN & TEMPAT LETAK KENDERAAN 4 ETIKA PAKAIAN DAN RUPADIRI GRADUAN 5-6 JUBAH 7-8 PENGAMBILAN SIJIL 9 GAMBAR KONVOKESYEN 9


- 1 - 1. PENGENALAN 1.1 Majlis Konvokesyen Ke-4 akan berlangsung di DEWAN KONVENSYEN HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH pada 14 Mei 2023 (Ahad). 1.2 Graduan perlu memberi maklumbalas PENGESAHAN KEHADIRAN sebelum 15 April 2023. *(Para graduan hanya perlu melengkapkan pautan maklumbalas Pengesahan Kehadiran di portal rasmi Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail https://ptsn.mypolycc.edu.my/ 2. JADUAL PENDAFTARAN, MAJLIS RAPTAI DAN MAJLIS KONVOKESYEN BIL. JABATAN BUTIRAN PENDAFTARAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 BUTIRAN MAJLIS RAPTAI MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 BUTIRAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 1. Jabatan Teknologi Kimia dan Makanan (JTKM) Tarikh: 13 Mei 2023 (Sabtu) Masa: 8.00 Pagi Tempat: Dewan Konvensyen Hab Pendidikan Tinggi Pagoh Tarikh: 13 Mei 2023 (Sabtu) Masa: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari Tempat : Dewan Konvensyen Hab Pendidikan Tinggi Pagoh Tarikh: 14 Mei 2023 (Ahad) Tempat: Dewan Konvensyen Hab Pendidikan Tinggi Pagoh Sidang 1 Masa: 7.30 Pagi – 12.30 Tengahari Sesi 2 2021/2022 (DPC, DTM & DFO) Sidang 2 Masa: 1.30 Petang – 4.45 Petang Sesi 1 2021/2022 Sesi 2 2021/2022 (DPE, DEI & DCE) 2. Jabatan Kejuruteraan Petrokimia (JKPK) PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 TAHUN 2023 POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL (PTSN)


- 2 - 2.1 Graduan dinasihatkan supaya tidak membawa barang-barang persendirian seperti beg, kamera, telefon bimbit, alat kelui (pager) atau sebagainya ke dalam dewan. 2.2 Semasa majlis sedang berlangsung, graduan diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising atau keluar meninggalkan dewan. 2.3 Graduan diminta membawa Slip Bayaran Asal dan Borang Checkpoint Graduan semasa Pendaftaran Majlis Konvokesyen Ke-4 untuk semakan dan pengesahan. 2.4 Graduan diminta membawa Borang Checkpoint Graduan semasa majlis raptai untuk pengesahan. 2.5 Graduan yang gagal menghadiri majlis raptai, tidak dibenarkan menyertai majlis konvokesyen. 3. PENYERTAAN & BAYARAN 3.1 Bayaran penyertaan konvokesyen adalah seperti berikut : BIL JENIS BAYARAN KADAR BAYARAN KONVOKESYEN & TATACARA MELAKUKAN BAYARAN 1. HADIR KONVOKESYEN Tempoh bayaran : Sebelum 15 April 2023 RM 250 Bayaran perlu dibuat melalui kaedah JomPAY secara online di semua perbankan internet dengan akaun simpanan atau semasa. Tatacara pembayaran JomPAY. 1) Log Masuk ke Perbankan Internet atau Mobile Banking pilihan anda. 2) Pilih “JomPay” pada menu Pay Bills/Bills Payment/Payment 3) Buat Pilihan Akaun Pengguna dan Isi Maklumat berikut: i) Biller Code: 21139 ii) Reference 1: <Nombor Pendaftaran Pelajar contoh: 33DPE18F1234)> iii) Reference 2: <Nombor Telefon Pelajar contoh: 0123456789)> iv) Jumlah: <Masukkan jumlah bayaran>


- 3 - Sila lakukan Pengesahan Kehadiran melalui portal rasmi Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail https://ptsn.mypolycc.edu.my/ setelah selesai membuat bayaran 2. TIDAK HADIR KONVOKESYEN Tempoh bayaran: Sebelum 15 April 2023 RM 150 Bayaran perlu dibuat melalui kaedah JomPAY secara online di semua perbankan internet dengan akaun simpanan atau semasa. Tatacara pembayaran JomPAY. 1) Log Masuk ke Perbankan Internet atau Mobile Banking pilihan anda. 2) Pilih “JomPay” pada menu Pay Bills/Bills Payment/Payment 3) Buat Pilihan Akaun Pengguna dan Isi Maklumat berikut: i) Biller Code: 21139 ii) Reference 1: <Nombor Kad Pengenalan Pelajar, contoh: 33DPE18F1234)> iii) Reference 2: <Nombor Telefon Pelajar contoh: 0123456789> iv) Jumlah: <Masukkan jumlah bayaran> Sila lakukan Pengesahan Ketidakhadiran melalui portal rasmi Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail https://ptsn.mypolycc.edu.my/ setelah selesai membuat bayaran 3.2 Slip bayaran asal hendaklah disimpan sebagai bukti telah melakukan bayaran dan perlu dibawa bersama ketika Pendaftaran Majlis Konvokesyen Ke-4 pada 13 Mei 2023. Perincian Bayaran Yuran Majlis Konvokesyen ke-4 Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail


- 4 - 4. IBU BAPA/TETAMU 4.1 Ibu bapa/tetamu bagi setiap graduan disediakan dua (2) tempat duduk di dalam Dewan Konvensyen Kemudahan Gunasama. Hanya tetamu yang berumur 12 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan masuk. 4.2 Graduan diberikan 2 keping pas masuk ke dewan dan graduan diminta menyerahkan pas ini kepada ibu bapa/tetamu. 4.3 Pakaian ibu bapa/tetamu hendaklah sopan, kemas dan bersesuaian untuk majlis rasmi • kemeja, batik atau baju Melayu bagi lelaki; • baju kurung, skirt labuh serta kemeja berlengan panjang bagi wanita. Memakai baju T dan seluar jeans adalah tidak dibenarkan. 4.4 Semasa majlis sedang berlangsung ibu bapa/tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising atau keluar meninggalkan dewan serta tidak dibenarkan mengambil gambar graduan. 4.5 Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan. 4.6 Graduan diminta memaklumkan peraturan ini kepada ibu bapa/tetamu. 5. PAS KENDERAAN & TEMPAT LETAK KENDERAAN 5.1 Graduan diberikan satu (1) pelekat kenderaan. 5.2 Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat kenderaan sahaja dibenarkan memasuki kawasan PTSN. 5.3 Graduan dan ibu bapa/tetamu hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang disediakan oleh PTSN. 5.4 Sila patuhi arahan/tunjuk arah yang diberikan oleh pihak pengawal lalulintas.


- 5 - 6. ETIKA PAKAIAN DAN RUPADIRI GRADUAN 6.1 Etika Pakaian dan Rupadiri Graduan Lelaki 6.1.1 Graduan dimestikan memakai sama ada: 6.1.1.1 Baju Melayu hitam cekak musang berbutang lengkap dan bersamping hitam. ATAU 6.1.1.2 Lounge Suit berwarna hitam/gelap, berkemeja dan bertali leher. 6.1.2 Kasut kulit berwarna hitam dan stoking yang bersesuaian untuk majlis rasmi dan berwarna hitam/gelap. Graduan yang memakai selain kasut kulit berwarna hitam tidak akan dibenarkan naik ke pentas. 6.1.3 Hanya graduan yang beragama Sikh dibenarkan memakai turban. 6.1.4 Graduan hendaklah berambut pendek (tidak mencecah kolar baju serta tidak menutupi telinga dan dahi) dan kemas. 6.1.5 Rambut berfesyen seperti punk, mohawk, berekor atau diwarnakan TIDAK DIBENARKAN. ETIKA PAKAIAN DAN RUPADIRI BAGI GRADUAN LELAKI


- 6 - RAMBUT GRADUAN LELAKI CONTOH KASUT YANG DIBENARKAN 6.2 Etika Pakaian dan Rupadiri Graduan Wanita 6.2.1 Pakaian graduan wanita ialah baju kurung atau pakaian labuh yang sopan dan bertudung bagi graduan muslim. Pakaian yang berbentuk seluar adalah dilarang kecuali pakaian kebangsaan masyarakat Punjabi. 6.2.2 Graduan muslim diwajibkan memakai tudung berwarna krim. 6.2.3 Kasut yang digunakan hendaklah berwarna hitam yang bertutup di bahagian depan dan belakang. 6.2.4 Graduan Non-Muslim hendaklah berambut kemas. 6.2.5 Rambut berfesyen seperti punk, mohawk, berekor atau diwarnakan TIDAK DIBENARKAN.


- 7 - ETIKA PAKAIAN DAN RUPADIRI BAGI GRADUAN WANITA CONTOH KASUT YANG DIBENARKAN 6.3 Jika graduan tidak mematuhi etika rupadiri yang telah ditetapkan, graduan tidak dibenarkan menyertai majlis konvokesyen.


- 8 - 7. JUBAH 7.1 Pengambilan Jubah 7.1.1 Jubah boleh diambil pada: Tarikh : 13 Mei 2023 (Sabtu) Masa : 12.00 Tengahari – 3.00 Petang 7.1.2 Semasa pengambilan jubah, pelajar dikehendaki membawa Borang Checkpoint Graduan untuk pengesahan. 7.1.3 Sebarang pengubahsuaian pada jubah adalah tidak dibenarkan. 7.1.4 Pengubahsuaian pada jubah akan dianggap jubah telah rosak dan graduan perlu membayar ganti rugi sebanyak RM300. 7.2 Pemulangan Jubah 7.2.1 Jubah perlu dipulangkan di lokasi pengambilan jubah selepas majlis konvokesyen tamat. Kaunter dibuka sehingga jam 3.00 petang bagi sidang pagi manakala sehingga jam 6.30 petang bagi sidang petang. 7.2.2 Kelewatan pemulangan jubah akan dikenakan denda sebanyak RM 10.00 SEHARI. 7.2.3 Semasa pemulangan jubah, pelajar dikehendaki membawa Borang Checkpoint Graduan untuk pengesahan. 7.2.4 Borang Checkpoint Graduan akan menjadi bukti untuk graduan membuat tuntutan sijil. 7.2.5 Pemulangan jubah pada hari konvokesyen dibuka sehingga jam 6.30 petang.


- 9 - 7.3 Kehilangan atau Kerosakan Jubah/Mortar board 7.3.1 Jubah yang rosak atau hilang akan dikenakan denda sebanyak RM 300.00. 7.3.2 Mortar board yang rosak atau hilang akan dikenakan denda sebanyak RM 100.00 8. PENGAMBILAN SIJIL 8.1 Graduan yang menghadiri majlis konvokesyen boleh mengambil sijil di UNIT PEPERIKSAAN selepas majlis konvokesyen tamat. Kaunter dibuka sehingga jam 3.00 petang bagi sidang pagi manakala sehingga jam 6.30 petang bagi sidang petang. 8.2 Graduan hendaklah memulangkan jubah konvokesyen terlebih dahulu dan mengemukakan Borang Checkpoint Graduan sebagai bukti semasa menuntut sijil. 8.3 Graduan yang tidak menghadiri majlis konvokesyen boleh menuntut sijil tersebut di UNIT PEPERIKSAAN pada waktu pejabat mulai 15 Mei 2023 – 25 Mei 2023 dengan mengemukakan Slip Bayaran Asal. Selepas tarikh tersebut, sila berurusan di UNIT PEPERIKSAAN PTSN pada masa yang bersesuaian. 8.4 Graduan yang tidak menghadiri majlis konvokesyen juga boleh mendapatkan sijil secara pos dengan mengisi Borang Tuntutan Sijil Diploma/Transkrip dan menyertakan bersama Slip Bayaran dan Kad Pengenalan Graduan dan email ke [email protected] 8.5 Graduan yang ingin mewakilkan orang lain mengambil sijil bagi pihaknya dikehendaki mengisi Borang Tuntutan Sijil Diploma/Transkrip dan menyertakan bersama Slip Bayaran Asal, Salinan Kad Pengenalan Graduan, Salinan Kad Pengenalan Wakil (jika berkenaan) dan menyerahkannya kepada wakil. 8.6 Sijil yang tidak dituntut akan terus disimpan di Unit Peperiksaan PTSN. 9. GAMBAR KONVOKESYEN 9.1 Gambar rasmi konvokesyen graduan diuruskan oleh pihak luar yang dilantik oleh PTSN 9.2 Gambar konvokesyen akan dipos kepada graduan selewat-lewatnya EMPAT (4) minggu selepas majlis konvokesyen mengikut alamat dalam borang tempahan gambar yang akan dilengkapkan semasa majlis konvokesyen.


Click to View FlipBook Version