INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR JABATAN SAINS SOSIAL DAN STEM TAHUN AKADEMIK : 2024 TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU) Kod Kursus: EDUP3153 Nama Kursus: Pentaksiran Dalam Pendidikan PROGRAM : PISMP AMBILAN: JUN 2021/2026 SEMESTER: LIMA NAMA PENSYARAH: EN.BENEDICT CLEMENT D’SILVA NAMA PELAJAR: ERIC CHONG KIT HOU ANGKA GILIRAN: 2021152340314 NO KAD PENGENALAN: 030813120825 TARIKH HANTAR: 20 MAC 2023 Pengesahan pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar: ericchong Tarikh: 20 MAC 2023
BIODATA DIRI NAMA ERIC CHONG KIT HOU NOMBOR KAD PENGENALAN 030813120825 ANGKA GILIRAN 2021152340314 UNIT SJHK3 KURSUS/SEMESTER PISMP/SEMESTER 5 KOD KURSUS EDUP3153 NAMA KURSUS PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN NAMA PENSYARAH EN.BENEDICT CLEMENT D’SILVA
PENGHARGAAN Pertama sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya, En.Benedict Clement D’Silva kerana beliau sentiasa memberi tunjuk ajak dan sokongan kepada saya sepanjang saya melakukan kerja kursus ini. Selain itu,ucapan terima kasih juga akan ditunjukkan kepada ibu bapa yang saya hormati selama-lamanya. Mereka sentiasa memberi sokongan,dorongan dan galakan sepanjang saya melakukan kerja kursus ini. Tambahan pula.saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah memberi tunjuk ajar dan berkongsi pendapat mereka tentang kerja kursus ini. Akhir sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung semasa saya menyiapkan tugasan ini dan saya berharap agar saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam kursus ini.
1.0 Pengenalan Pentaksiran alternatif adalah suatu bentuk hasil pengukuran yang menghuraikan pelbagai alternatif dan dijadikan sebagai suatu ‘ujian standard’.Menurut Al-Mahrooqi, R. dan C. J, Denman (2018), pentaksiran alternatif merupakan suatu bentuk penilaian yang melengkapi semua kekurangan daripada pentaksiran konvensional.Hal ini kerana pentaksiran alternatif merangkumi bentuk penilaian pelbagai tugasan dan ianya memerlukan murid menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam keadaan nyata ‘reallife’. Di sekolah pula,pentaksiran alternatif merupakan pentaksiran yang dirancang oleh guru selain daripada peperiksaan berpusat.Pentaksiran alternatif memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang ditetapkan seperti pentaksiran sumatif.Menurut Companies (2011), pentaksiran alternatif dilaksanakan kerana ia bertujuan untuk mendedahkan kemahiran pemikiran kritikal dan mentaksir murid dengan cara meminta murid untuk menyelesaikan tugasan terbuka dalam tempoh masa yang diberikan. Selain itu, pentaksiran alternatif boleh membantu dalam mengukur kemajuan dan pencapaian murid tentang topik pembelajaran yang diajari.Oleh itu, guru haruslah memainkan peranan penting dalam membuat diagnosis mengenai pertumbuhan dan perkembangan murid, kebolehan dan perkembangan akademik serta prestasi murid.
2.0 Pengumpulan Maklumat Pentaksiran Alternatif Tiga strategi pentaksiran alternatif ialah tugasan bertulis, buku skrap dan pemerhatian.Pertama sekali,tugasan bertulis ialah tugasan yang termasuk dalam pentaksiran berasaskan alternatif yang ditaksir dalam bentuk pentaksiran secara autentik dan perlakuan.Melalui tugasan bertulis, tahap penguasaan murid terhadap tugasan yang diberikan dapat ditaksir berdasarkan kepada sikap, tingkah laku dan pembangunan sosial.Selain itu, tugasan bertulis memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan pemahaman, analisis dan kebolehan mereka untuk menyatakan idea secara bertulis serta melibatkan proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis semasa menghasilkan tugasan bertulis.Dengan ini,salah satu instrumen digunakan untuk menilai tugasan bertulis ialah kertas ujian. Seterusnya, pentaksiran alternatif yang kedua ialah buku skrap.Buku skrap atau lebih dikenali sebagai folio adalah bahan berinformasi yang dibina oleh murid secara kreatif mengikut tema yang telah diberikan oleh guru. Buku skrap bertujuan untuk menilai pencapaian mereka dalam sesuatu mata pelajaran atau topik pembelajaran. Penghasilan buku skrap memerlukan murid mencari maklumat yang diperlukan untuk kandungan buku skrap serta kreativiti dalam menghasilkan buku skrap yang berkualiti dan menarik.Buku skrap ini dapat menilai kecekapan dan kefahaman murid terhadap proses pembelajaran dengan lebih jelas.Dengan ini, salah satu instrumen digunakan untuk menilai buku skrap ialah rubrik pemarkahan. Tambahan pula, pentaksiran alternatif yang ketiga ialah pemerhatian.Pemerhatian merujuk kepada kaedah penilaian di mana murid dinilai berdasarkan prestasi mereka semasa berinteraksi dalam aktiviti atau situasi pembelajaran sebenar.Pemerhatian ini membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.Tambahan pula, pemerhatian sebagai pentaksiran alternatif menekankan pentaksiran holistik di mana murid dinilai bukan sahaja berdasarkan keputusan akhir, tetapi juga kemajuan, sikap dan interaksi mereka semasa proses pembelajaran.Pemerhatian ini memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kemahiran yang mungkin tidak diukur melalui peperiksaan formal atau sumatif seperti kemahiran komunikasi dan kerjasama.Dengan ini, salah satu instrumen digunakan untuk menilai pemerhatian ialah senarai semak.
2.1 Jenis Instrumen Yang Dipilih Untuk Menilai Pentaksiran Alternatif Terdapat tiga jenis instrumen digunakan untuk menilai pentaksiran alternatif iaitu tugasan bertulis, buku skrap dan pemerhatian ialah kertas ujian, rubrik pemarkahan dan senarai semak. 2.1.1 Kertas Ujian (Tugasan Bertulis) Kertas ujian ialah kertas yang digunakan untuk mengemukakan soalan atau tugasan dalam ujian. Kebiasaannya, kertas ujian mempunyai format standard yang merangkumi ruang untuk menulis jawapan atau memberikan respons.Kertas ujian boleh terdiri daripada pelbagai jenis seperti kertas aneka pilihan, kertas esei atau kertas amali. Ia bertujuan untuk mengukur tahap kefahaman murid-murid terhadap isi pembelajaran yang diajari oleh guru.Kertas ujian juga selalunya mempunyai perlindungan khas untuk mengelakkan penipuan seperti dakwat kekal atau cetakan khas untuk mengelakkan pertindihan. 2.1.2 Rubrik Pemarkahan (Buku Skrap) Rubrik pemarkahan ialah panduan atau alat yang digunakan oleh guru untuk menilai hasil tugasan murid seperti buku skrap. Menurut Brookhart (2013), rubrik merupakan satu set kriteria yang koheren untuk tugasan murid yang merangkumi deskripsi tahap-tahap kualiti prestasi terhadap kriteria. Rubrik ini biasanya terdiri daripada kriteria penilaian yang jelas serta tahap pencapaian yang dijangkakan bagi setiap kriteria ini. Dengan menggunakan rubrik pemarkahan, guru boleh memberikan maklum balas yang lebih tepat kepada murid tentang kekuatan dan kelemahan prestasi mereka.Menurut McTighe & Ferrara (2021), guru perlu menilai murid secara adil san memberi peluang yang sama rata kepada semua murid.Dengan adanya rubrik pemarkahan, proses penilaian akan menjadi lebih adil kerana semua pihak yang terlibat dapat memahami dengan jelas bagaimana proses penilaian dijalankan dan apa yang diharapkan daripada prestasi atau keputusan yang dinilai. 2.1.3 Senarai Semak (Pemerhatian) Senarai semak ialah senarai kriteria atau item yang disusun secara sistematik untuk membantu guru dalam menilai prestasi murid-murid atau hasil sesuatu aktiviti.Senarai semak merupakan senarai item disediakan untuk mengenal pasti perkembangan pengetahuan, kemahiran, sikap, kebolehan serta tingkah laku murid-murid.Senarai semak ini membantu memastikan penilaian dijalankan secara menyeluruh dan sistematik serta memastikan semua aspek yang berkaitan dinilai.Dengan menggunakan senarai semak sebagai alat penilaian, guru dapat melaksanakan penilaian dengan lebih sistematik. Ini membantu memastikan semua aspek dinilai dan memberikan maklum balas yang bermakna kepada murid-murid.
2.2 Tatacara Pengendalian Instrumen 2.2.1 Kertas Ujian (Tugasan Bertulis) Setiap murid diberikan kertas ujian dan diminta menjawab dalam masa yang ditetapkan. Soalan-soalan yang dikeluarkan dalam kertas ujian adalah berdasarkan pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) di mana mengandungi beberapa aspek seperti topik yang telah diajari oleh guru kepada murid, bilangan item berdasarkan pemberatan masa serta pemberatan taburan aras kesukaran.Selepas murid-murid selesai menjawab soalan ujian, guru akan mengutip kertas ujian dan menyemak dengan menggunakan skema pemarkahan diberi. 2.2.2 Rubrik Pemarkahan (Buku Skrap) Setiap murid diberikan sesuatu tema atau tajuk, murid-murid perlu menghasilkan buku skrap dalam tempoh masa yang ditetapkan.Guru akan menerangkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam rubrik pemarkahan sebagai panduan kepada murid-murid untuk merancang sebelum bermula menghasilkan buku skrap.Setelah tempoh masa yang ditetapkan telah sampai, setiap murid perlu menghantar buku skrap kepada guru untuk proses penilaian.Guru akan menilai buku skrap murid-murid dengan menggunakan rubrik pemarkahan. 2.2.3 Senarai Semak (Pemerhatian) Guru telah menerangkan tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh murid-murid.Muridmurid perlu melaksanakan tugas tersebut dan guru akan menilai murid-murid secara pemerhatian dengan menggunakan senarai semak dalam kelas.Guru akan menanda kriteriakriteria yang telah dicapai dalam borang senarai semak.Jika seseorang murid dapat mencapai kriteria-krtieria yang terdapat dalam senarai semak, ini bermakna seseorang murid tersebut berada di tahap yang cemerlang.
3.0 Analisis dan Penilaian Instrumen 3.1 Kekuatan 3.1.1 Kertas Ujian (Tugasan Bertulis) Salah satu kekuatan kertas ujian sebagai instrumen untuk mentaksir tugasan bertulis ialah kesahan kandungannya.Kesahan kandungan merupakan kesahan isi kandungan yang diuji di dalam kertas ujian tersebut.Apabila isi kandungan dalam kertas ujian menguji perkara yang sudah diajari kepada murid, maka isi kandungan yang terdapat dalam kertas ujian itu dianggapsah.Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) telah membantu guru untuk menyediakan soalan-soalan dalam kertas ujian yang telah dipelajari oleh murid.Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) ialah sebuah jadual yang memberi gambaran terhadap penyediaan soalan-soalan ujian berdasarkan beberapa aspek seperti topik yang telah diajari oleh guru kepada murid, bilangan item berdasarkan pemberatan masa serta pemberatan taburan aras kesukaran.Dengan penggunaan JSU, soalan yang dikelaurkan dalam kertas ujian akan lebih berkualiti berbanding soalan yang dicipta secara spontan dan sesuka hati oleh guru.Selain itu,kekuatan yang kedua ialah kertas ujian dapat memberikan maklum balas yang terperinci kepada guru.Melalui jawapan yang dijawap oleh murid, guru dapat mengetahui tahap penguasaan murid-murid terhadap topik kandungan yang diajar.Guru boleh membuat catatan tentang kekuatan dan kelemahan murid-murid terhadap mana-mana topik supaya dapat membantu guru menambahbaikan sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) merancang sesi PdP dengan lebih berkesan. 3.1.2 Rubrik Pemarkahan (Buku Skrap) Pertama sekali, rubrik pemarkahan akan menjadikan penilaian lebih adil dan tidak berat-sebelah.Hal ini rubrik pemarkahan telah menyediakan kriteria-kriteria yang jelas untuk menilai buku skrap.Selain itu, kekuatan kedua ialah rubrik pemarkahan boleh sebagai satu panduan untuk membantu murid-murid melaksanakan buku skrap. Sebelum murid mula membentuk buku skrap, rubrik pemarkahan boleh digunakan sebagai panduan untuk mereka merujuk bagi merancang dan membentuk buku skrap mereka. Murid boleh memahami apa yang diharapkan daripada mereka untuk mencapai kriteria yang ditetapkan.Di samping itu,rubrik pemarkahan memberi peluang untuk memberikan maklum balas terperinci kepada murid. Setiap kriteria dalam rubrik boleh diberi markah dan maklum balas yang jelas dan ini boleh membantu murid memahami kekuatan dan kelemahan mereka. Maklum balas terperinci membantu dalam pembelajaran di mana membolehkan mereka memahami apa yang mereka perlu mengubahsuai atau menambah baik buku skrap mereka.
3.1.3 Senarai Semak (Pemerhatian) Salah satu kekuatan ialah senarai semak menyediakan kriteria yang jelas dan objektif untuk menilai pemerhatian. Ini memastikan bahawa setiap guru menilai dari aspek yang sama serta mengelakkan ketidakadilan.Senarai semak memastikan semua aspek penting dalam pemerhatian denilai dengan sepenuhnya. Dengan mengikut senarai semak, guru boleh memastikan tiada aspek yang terlepas pandang atau diabaikan dalam proses penilaian.Tambahan pula, senarai semak adalah alat yang mudah digunakan dan cekap dalam menilai pemerhatian.Guru hanya perlu merujuk senarai semak dan menyemak setiap perkara yang telah dicatat.Hal ini menjadikan proses penilaian lebih cepat dan berkesan. Bukan itu sahaja, kekuatan seterusnya ialah penggunaan senarai semak memudahkan pembinaan rekod pemerhatian yang terperinci. Setiap item dalam senarai semak yang disenaraikan akan membantu guru untuk menilai tingkah laku murid-murid secara pemerhatian.
3.2 Kelemahan 3.2.1 Kertas Ujian (Tugasan Bertulis) Salah satu kelemahan utama ialah guru memerlukan masa yang lama untuk menyemak jawapan murid-murid.Guru perlu membaca dan menilai setiap jawapan secara individu, yang boleh mengambil masa yang lama terutamanya jika terdapat ramai murid di dalam satu kelas atau jawapan ditulis adalah panjang.Ini boleh mengakibatkan penilaian kertas ujian menjadi lambat.Selain itu,kelemahan kedua ialah penggunaan kertas ujian ialah ia mengehadkan ruang yang ada untuk murid meluahkan idea mereka. Kertas ujian selalunya mempunyai ruang yang terhad, yang mungkin tidak mencukupi untuk menulis jawapan yang lengkap dan terperinci, terutamanya untuk soalan yang memerlukan analisis yang mendalam atau penjelasan yang meluas. 3.2.2 Rubrik Pemarkahan (Buku Skrap) Salah satu kelemahan penggunaan rubirk pemarkahan untuk menilai buku skrap ialah rubrik pemarkahan mungkin tidak dapat menilai sepenuhnya kreativiti dan inovasi yang terkandung dalam buku skrap.Buka skrap selalunya berfungsi sebagai alat bagi murid-murid menunjukkan kreaitviti dan inovasi mereka tetapi rubrik pemarkahan mungkin terlalu berstruktur dan tidak mencukupi untuk menilai sepunuhnya bagi aspek kreativiti dan inovasi.Hal ini kerana rubrik pemarkahan yang terlalu berstruktur akan lebih fokus penilaian dari aspek kandungan dan tatabahasa.Aspek kreativiti dan inovasi mungkin akan diabaikan mahupun dinilai secara umum sahaja.Tambahan pula,kelemahan kedua ialah rubrik pemarkahan boleh mengehadkan guru semasa menilai buku skrap.Contohnya, buku skrap yang dihantar oleh murid-murid boleh dinilai dalam pelbagai elemen dan aspek, tetapi disebabkan rubrik yang terlalu terperinci akan menjejaskan penilaian guru dan tidak membenarkan guru mengambil kira aspek yang tidak termasuk dalam rubrik tersebut. 3.2.3 Senarai Semak (Pemerhatian) Salah satu kelemahan dalam penggunaan senarai semak untuk menilai pemerhatian ialah senarai semak mungkin tidak merangkumi semua aspek yang boleh dinilai.Beberapa aspek mungkin sukar dimasukkan ke dalam senarai semak dan ini akan mengakibatkan ketidaksempurnaan dalam penilaian. Contohnya, aspek seperti interaksi sosial atau empati sukar dinilai dengan senarai semak. Ini memerlukan penggunaan kaedah penilaian lain yang lebih sesuai.Selain itu,senarai semak mungkin tidak sesuai untuk menilai prestasi murid dari semasa ke semasa. Penilaian prestasi murid selalunya memerlukan pemantauan berterusan dan pemarkahan yang fleksibel yang kurang sesuai dicapai dengan senarai semak.
3.3 Cadangan Penambahbaikan 3.3.1 Kertas Ujian (Tugasan Bertulis) Beberapa cadangan penambahbaikan boleh dilaksanakan untuk menambahbaik proses penilaian.Pertama sekali,penggunaan teknologi seperti penilaian berbantukan komputer atau aplikasi penilaian digital boleh membantu meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan penilaian. Ini dapat membantu guru mempercepatkan proses penilaian dan memberi maklum balas yang jelas kepada murid. Selain itu, teknologi juga boleh digunakan untuk mengesan plagiarisme atau meniru jawapan.Selain itu,salah satu cara untuk meningkatkan penggunaan kertas peperiksaan adalah dengan menyediakan lebih banyak ruang untuk murid menulis. Contohnya, guru boleh menyediakan satu soalan sahaja dalam satu muka surat atau menyediakan ruang jawapan dalam muka surat yang lebih banyak kepada murid-murid. 3.3.2 Rubrik Pemarkahan (Buku Skrap) Beberapa cadangan penambahbaikan boleh dilaksanakan supaya rubrik pemarkahan boleh menilai buku skrap dengan lebih berkesan.Rubrik pemarkahan boleh ditambah baik dengan menambah kriteria atau mementingkan kriteria yang mengukur aspek kreatif dan inovasi dalam buku skrap.Seterusnya, guru perlu diberi ruang untuk memberikan ulasan tambahan atau penilaian holisitk tentang buku skrap selain hanya merujuk kepada rubrik pemarkahan. Hal ini membolehkan guru mengambil kira aspek yang tidak termasuk dalam rubrik serta memberikan penilaian secara menyeluruh. 3.3.3 Senarai Semak (Pemerhatian) Beberapa cadangan penambahbaikan boleh dilaksanakan untuk menambahbaikan proses penilaian.Pertama sekali,senarai semak perlu disusun dan disesuaikan dengan keperluan penilaian semasa. Ini termasuk menambah atau mengubah kriteria penilaian selaras dengan sesuai supaya penilaian secara pemerhatian dapat dijalankan dengan lebih berkesan.Bukan itu sahaja, ia juga dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang pemerhatian yang dijalankan.Di samping itu,penyediaan latihan dan bimbingan kepada guru tentang cara menggunakan senarai semak dengan berkesan dan adil juga adalah penting.Guru perlu memahami kriteria penilaian dengan jelas dan diberi peluang untuk menjalankan penilaian dengan menggunakan senarai semak.
4.0 Refleksi Kendiri Selepas saya telah selesai menganalisis melalui penulisan ini, saya bersetuju bahawa pentaksiran alternatif sangat membantu guru untuk menilai tahap kemajuan dan pencapaian murid-murid.Tambahan pula,pentaksiran alternatif boleh membantu untuk mengambil kira kepelbagaian bakat dan gaya pembelajaran murid dan bukan hanya mengambil kira dalam satu aspek sahaja.Contohnya, pentaksiran alternatif boleh menilai pelbagai prestasi murid seperti kemahiran berfikir kritis, kemahiran komunikasi dan kreativiti di mana aspek-aspek tidak dapat diniali dalam peperiksaan sumatif.Pentaksiran alternatif menggalakkan penglibat aktif murid dalam proses pembelajaran dan meningkatkan kemahiran dengan lebih luas selain daripada hanya menghafal isi kandungan atau maklumat yang diajari.Bukan itu sahaja, penilaian pentaksiran alternatif dapat membantu murid mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka dalam pembelajaran.Hal ini akan membantu murid-murid mengukuhkan kekuatan serta memperbaiki kelemahan mereka dengan lebih berkesan.
5.0 Rujukan Abd Aziz, N. A., & Yamin, S. (2012). Pentaksiran alternatif: Menuju ke arah transformasi sistem pentaksiran di Malaysia. Al-Mahrooqi, R. and C. J. Denman (2018). Alternative Assessment: 4851-4856. The TESOL Encyclopedia of English Language Teaching, First Edition. Edited by John I. Liontas (Project Editor: Margo DelliCarpini). © 2018 John Wiley & Sons, Inc. Published 2018 by John Wiley & Sons, Inc. DOI: 10.1002/9781118784235.eelt0325 Brookhart, S. M. (2013). How to create and use rubrics for formative assessment and grating. ASCD. Companies, M.-H. (2011). Alternative Assessment Primer, from http://teachingtoday.glencoe.com/howtoarticles/alternative-assessment-primer Kasim, M., & Mohd Yaakob, M. F. (2021). Meningkatkan Kemahiran Membuat Keputusan Dalam Kalangan Pelajar Pascasiswazah Menggunakan Pendekatan Pentaksiran Alternatif. McTighe, J., Ferrara, S. (2021). Assessing student learning by design.Principles and practices for teachers and school leaders.Teacher College Press. Said, N. A. (2020). Alternative Assessments: Performance Assessment, Authenticity, Portfolios and Methods of Implementing Performance Assessments/Pentaksiran Alternatif: Pentaksiran Prestasi, Autentik, Portfolio dan Kaedah Pelaksanaan Pentaksiran Prestasi. Sains Humanika, 12(2-2). Yusof, M. H., & Othman, N. (2019). Isu dan Permasalahan Pentaksiran Alternatif dalam Sistem Penilaian di Malaysia. E-prosiding Persidangan Antrabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, 24-25.
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1 (JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAGI KERTAS UJIAN)
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
LAMPIRAN 2 (KERTAS UJIAN) KERTAS UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 SOALAN UJIAN BAHAGIAN A (OBJEKTIF) – 20 MARKAH 1. Zhen Qi membeli roti di _________________. (Kata nama khas : aras memahami) A Hospital Kajang B Percetahan Azam C Kedai Keh dan Roti Chetti D Pantai Hiburan
2. Sultan Johor membahaskan diri baginda sebagai ___________ apabila bertitah kepada rakyat jelata. (Kata ganti nama: aras mengingati) A hamba B patik C saya D beta
3. Se________ cincin perkahwinan dan dua _________ rantai emas telah dicuri dari rumah Puan Siti. (Penjodoh bilangan: aras mengingati) 4. Karim membeli enam _______ telur dari kedai runcit. (Penjodoh bilangan: aras mengingati) A pasang ............ utas B bentuk ............. ulas C biji ............... ulas D ketul ............. batang A ketul B bentuk C buah D biji
5. Encik Mah mempunyai se________ tanah yang luasnya tiga ekar di Kampung Ali. (Penjodoh bilangan: aras mengingati) 6. Puan Aina _________ bawang besar untuk memasak rendang ayam kampung . (Kata kerja aktif : aras memahami) A baris B bidang C carik D deret A menyidai B membasuh C menghiris D menoreh
7. Dagu datuk luka terkena pisau semasa jaggutnya _______ olehnya . (Kata kerja pasif : aras mengaplikasi) A dicabut B dicukur C ditebas D dipotong
8. Air sungai mengalir dengan sangat ______ . (Kata adjektif cara : aras memahami) 9. Puan Melissa merupakan seorang ________ di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur . (Kata nama am : aras memahami) A deras B pantas C cepat D teruja A juruterbang B pesyarah C ibu D usahawanan
10. Berikut yang manakah menggunakan penjodoh bilangan yang BENAR. (Penjodoh bilangan : aras mengaplikasi) A Mei Mei menjerit kerana terduduk di atas sebuku jarum. B Di kedai itu, hanya tinggal beberapa batang tikar. C Kak Salmah memberikan beberapa biji gula-gula kepada adiknya. D Di tepi perhentian bus itu terdapat sebilah tiang lampu.
6 Markah
LAMPIRAN 3 (BUKU SKRAP)
LAMPIRAN 4 (RUBRIK PEMARKAHAN)
LAMPIRAN 5 (SENARAI SEMAK)