14
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
( EDUP 3043 )
Nama: Disediakan oleh:
No. Kad Pengenalan:
NUR HUSNINA BINTI MUHAMAD TAJULASIKEN
Angka Giliran: 011219-08-0732
Kumpulan/ Unit 2020192340075
Nama Pensyarah: PISMP F4 AMBILAN JUN 2020
Tajuk Tugasan : BAHASA MELAYU (SK)
Tarikh Penyerahan: SHARIZA BINTI SAID
PENULISAN ESEI
Tarikh Menerima Maklum 21 OGOS 2021
Balas Daripada Pensyarah
ISI KANDUNGAN
............................................................................................................................................. 1
1.0 PENGENALAN ............................................................................................................... 3
2.0 ANALISIS ISU-ISU SEMASA BERKAITAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM
BILIK DARJAH...................................................................................................................... 4
2.1 SECARA BERSEMUKA .............................................................................................. 4
2.2 SECARA DALAM TALIAN ........................................................................................... 5
3.0 MENANGANI TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH ........................ 6
3.1 MENILAI DAN MEMBUAT PEMILIHAN MODEL PENGURUSAN DISIPLIN YANG
SESUAI ............................................................................................................................. 6
3.2 MENILAI DAN MEMBUAT PEMILIHAN INTERVENSI YANG SESUAI ........................ 7
4.0 KESIMPULAN................................................................................................................. 8
RUJUKAN............................................................................................................................. 9
LAMPIRAN ......................................................................................................................... 10
1.0 PENGENALAN
Dewasa ini, masalah tingkah laku pelajar dilihat semakin hari semakin berleluasa.
Antara kesan masalah tingkah laku pelajar pada masa kini ialah akan menyebabkan timbulnya
ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku
bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Tugas guru bukannya mudah kerana guru juga perlu menguruskan
masalah tingkah laku dalam kalangan murid-murid. Pelajar juga terdiri daripada golongan
yang baik dan ada pelajar yang kurang baik tingkah lakunya yang boleh menyebabkan
lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Namun, yang pasti tanggungjawab
seorang guru di sekolah amat berat sekali. Tambahan pula, kita berada dalam situasi norma
baharu sekarang ini di mana para guru memerlukan penggunaan teknologi secara
sepenuhnya dan memberikan pengajaran secara dalam talian sahaja. Sudah pastilah akan
timbulnya tingkah laku murid yang baru dan turut memberikan cabaran baru kepada para
guru.
2.0 ANALISIS ISU-ISU SEMASA BERKAITAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM
BILIK DARJAH
2.1 SECARA BERSEMUKA
Kebanyakan pelajar sememangnya dapat menjalani proses pengajaran dengan baik
namun ada juga yang menghadapi masalah tingkah laku dalam bilik darjah secara
bersemuka. Berdasarkan temu bual bersama pensyarah kursus EDUP3043, beliau telah
menjawab isu ini berdasarkan pengalaman membuat pencerapan ketika dalam proses
praktikum. Antara isu tingkah laku yang dialami oleh murid ialah, dari segi kolaborasi pelajar.
Beliau menyatakan tidak semua, malah hanya segelintir murid sahaja yang berpeluang
menyumbang dan menulis idea dalam aktiviti secara berkumpulan. Isu ini dapat
diklasifikasikan sebagai isu masalah tingkah laku positif pintar cerdas. Pintar cerdas ialah
pelajar yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi, mempunyai bakat dan berkemahiran,
serta berfikiran kreatif dan pantas (Abdul Ghani Abdullah, 2009). Murid-murid yang kurang
menyerlah akan berasa dipencilkan kerana tidak dapat menyuarakan pendapatnya dalam
aktiviti secara berkumpulan ini. Hal ini kerana, terdapat murid yang terlalu dominan dalam
kumpulan tersebut sehingga tidak semua murid diberikan peluang untuk memberikan
pendapat dan pandangan mereka sendiri.
Sementara Marzano, (2003) mendakwa bahawa tindakan guru di dalam kelas
mempunyai pengaruh ganda terhadap pencapaian pelajar jika dibandingkan dengan
peraturan sekolah yang menangani kurikulum dan penilaian kolaborasi guru-komuniti. Melalui
pemerhatian pensyarah ini juga, isu tingkah laku juga ada berlaku dalam kalangan guru. Yang
pertama, dari aspek tumpuan pelajar. Terdapat guru yang sesi Pengajaran dan
Pembelajarannya (PdP) kurang mendapat perhatian murid (Mohammad Aziz Shah, 2014).
Hal ini kerana, aktiviti yang dijalankan oleh guru adalah tidak menarik dan murid-murid akan
berasa bosan dan ketinggalan dengan apa yang sedang diajar oleh guru. Lantaran, akan
menyebabkan murid berkelakuan distruptif iaitu menggangu rakannya contohnya menconteng
buku latihan dan merebut barang kepunyaan rakan mereka.
Menurut salah seorang responden iaitu seorang guru di Sekolah Rendah Kebangsaan,
katanya isu tingkah laku dalam kalangan murid ini sememangnya berlaku. Beliau menyatakan
secara spesifik iaitu tingkah laku bermasalah ini adalah dalam kalangan pelajar Tahun 4.
Murid ini mempunyai masalah tidak mahu bercakap dengan guru dan rakan-rakan, kecuali
dengan rakan yang sangat rapat dengan murid tersebut. Kesan dari isu ini ialah, murid ini
mempunyai tahap membaca dan menulis yang agak rendah berbanding dengan murid lain.
Masalah sebegini juga telah menimbulkan kesukaran untuk guru melaksanakan pembelajaran
kerana tiada respons yang diberikan oleh murid tersebut.
2.2 SECARA DALAM TALIAN
Mengikut kepada situasi semasa di mana pembelajaran dijalankan secara dalam
talian, terdapat juga pelbagai isu tingkah laku yang timbul dalam kalangan pelajar. Antaranya,
pelajar tidak menghadiri kuliah yang dijalankan atau boleh didefinisikan sebagai ponteng kelas
secara maya. Alasan yang kerap kali diberikan ialah mereka tidak dapat bangun dari tidur
kerana kelas bermula terlalu awal iaitu pada jam 8 pagi, dan pada sebelah petang pula alasan
mereka ialah tidak sengaja tidur. Tambahan pula, situasi sekarang membuatkan para pelajar
mempunyai pilihan untuk mengeluarkan suara atau tidak kerana menggunakan teknologi.
Pelbagai kelonggaran telah diberikan dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) juga bersifat fleksibel serta mengikut kesesuaian guru dan murid sehingga
membuatkan ada murid yang sengaja mengambil kesempatan daripada cara pembelajaran
sebegini.
Selain itu, isu yang ada dilakukan adalah sukar untuk mendapatkan interaksi pelajar
semasa proses PdPR dijalankan. Pelajar masuk kelas tetapi tidak membuka kamera. Guru
atau pensyarah menanyakan soalan tetapi murid tidak melibatkan diri secara aktif kerana ada
yang tidak memberikan respon, serta membuatkan para guru tidak berpuas hati. Lebih-lebih
lagi, para guru tidak dapat melihat memek muka mereka semasa menjawab juga
menyebabkan pembelajaran menjadi kurang efektif. Lantaran daripada itu, akan berlakunya
tingkah laku plagiat daripada rakan iaitu dari segi latihan atau tutorial disebabkan masalah
tidak faham akan pembelajaran yang diajar. Terdapat murid yang melakukan kerja sambil
lewa dan tidak bersungguh-sungguh dan hanya mengambil jawapan daripada rakan-rakannya
sahaja. Memberi tumpuan di dalam kelas adalah amat penting menurut Wiles dan Bondi,
(1998). Hal ini kerana, apabila seseorang memberikan tumpuan, mereka turut dapat
meningkatkan tahap kognitif dan kecerdasan minda.
3.0 MENANGANI TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH
3.1 MENILAI DAN MEMBUAT PEMILIHAN MODEL PENGURUSAN DISIPLIN YANG
SESUAI
Setiap isu tingkah laku yang berlaku di dalam bilik darjah itu perlu difokuskan pada
bilik darjah sahaja tanpa mempengaruhi elemen lain. Itulah konsep kepada Model
Pengurusan Kelompok Kounin yang telah menjadi pemilihan model bagi pengurusan disiplin
yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah. Model ini telah
diasaskan oleh Jacob Kounin pada tahun 1971 (James Ang Jit Eng, 2014). Dalam model ini,
setiap tingkah laku bermasalah yang berlaku berkemungkinan akan berulang lagi. Jadi,
sebagai guru yang turut bertanggungjawab mengawal kelas, perlulah kita melihat apakah
tindakan yang sesuai dilaksanakan untuk menanganinya. Elemen-elemen yang terdapat
dalam Model Pengurusan Kelompok Kounin ini sesuai digunakan tetapi perlulah dilakukan
secara berhemah. Antaranya, elemen merangkumi semua atau dikenali sebagai ‘Withitness’
Elemen ini memberikan penekanan kepada kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi
pergerakan di dalam bilik darjah setiap masa bagi mengelakkan masalah-masalah berleluasa.
(Larry McDaniel, Allen Jackson, Laura Gaude & Andrew Shim, 2009). Elemen ini boleh
dilakukan dengan mengamalkan tindakan peneguhan atau pembetulan contohnya memberi
ganjaran, penghargaan, dan pujian atas perlakuan yang baik dan memberi teguran, dendaan
atau hukuman bagi memperbetulkan dan mengurangkan tingkah laku negative bagi pelajar
yang mengalami masalah distruptif .
Kemudian, elemen ‘Ripple Effect’ iaitu kesan gelombang boleh diaplikasikan. Hal ini
bermaksud, apabila seseorang murid melakukan tingkah laku yang bermasalah, guru akan
memberikan teguran kepada semua murid di dalam kelas seperti isu ponteng secara talian di
mana pelajar masuk ke dalam talian tetapi tidak melibatkan diri secara aktif dalam proses
PdPR. Guru perlulah melaksanakan tanggungjawab dengan memaklumkan kepada murid
dan ibu bapa mereka apabila mengesan tingkah laku yang timbul agar dapat mengawalnya
sebelum bertambah buruk. Bagi menampakkan kesan yang positif dalam memberikan
teguran, hendaklah mempunyai tiga ciri ini. Guru perlulah memberi teguran yang jelas dan
spesifik agar tingkah laku bermasalah itu tidak akan diulangi, mempunyai intonasi yang tegas
dan keras, dan memerlukan perlakuan non-verbal seperti mimik muka yang serius supaya
pelajar memandang isu tersebut sebagai satu perkara yang serius dan perlu diubah (Syed
Ismail Syed Mustapa, Chin Mei Keong, Ahmad Subki Miskon & Noor Fitriyati Abdul Samad,
2018). Elemen teguran ini boleh digunakan sama ada secara bersemuka ataupun secara
dalam talian.
Elemen seterusnya ialah, guru perlu memastikan kelancaran dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ini. Kelancaran ini boleh dikaitkan dengan isu pelajar
yang kurang memberi interaksi kerana mungkin ada pelajar yang bersifat pasif. Dalam hal ini,
guru turut memainkan peranan penting iaitu dengan tidak melengahkan masa, tidak
memberikan arahan yang sukar difahami dan kurang jelas, serta tidak menukar tugasan di
akhir waktu. Guru juga boleh menggunakan penggunaan teknologi kini dengan merakam sesi
pembelajaran yang dijalankan agar pelajar yang tidak faham akan pembelajaran yang diajar
akibat kurangnya interkasi itu dapat mengulang balik sesi PdPR yang berlangsung.
Elemen terakhir, mengekalkan momentum pembelajaran. Elemen ini juga bergantung
kepada kebolehan dan kecekapan guru untuk memastikan pembelajaran berlaku dengan
stabil. Sebagai contoh, pelajar dengan momentum pintar cerdas ini diletakkan dalam satu
kumpulan, dan pelajar yang kurang menyerlah diletakkan dalam satu kumpulan. Dengan
adanya momentum yang sama, mereka akan lebih mudah berinteraksi dan bertukar-tukar
pendapat bagi mengelakkan tiada pelajar yang berasa tercicir semasa aktiviti berkumpulan.
Namun, teknik ini tidak boleh kerap digunakan kerana kita tidak mahu berlakunya diskriminasi
dalam pembelajaran, dan menginginkan pelajar menerima hak pembelajaran secara sama
rata.
3.2 MENILAI DAN MEMBUAT PEMILIHAN INTERVENSI YANG SESUAI
Aktiviti yang berpusatkan pelajar perlu dijalankan untuk memastikan momentum kelas
tersebut tidak suram, melibatkan pelajar belajar dengan aktif dan mengelakkan isu tingkah
laku berlaku dalam bilik darjah. Terapi muzik, terapi bermain, dan terapi bercerita merupakan
antara intervensi yang sesuai digunakan oleh guru untuk menangani isu tingkah laku
bermasalah dan juga sesuai dengan pengaplikasian teknologi sekarang. Intervensi
merupakan kecenderungan untuk mengambil bahagian atau campur tangan dalam sesuatu
urusan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005).
Bagi isu berkaitan tingkah laku dan pengajaran guru yang kurang mendapat perhatian
murid, guru boleh mengaplikasikan intervensi terapi muzik dengan memperdengarkan murid
dengan lagu kanak-kanak ataupun syair. Dalam proses PdP, hendaklah adanya elemen
muzik untuk meningkatkan motivasi belajar murid serta menghilangkan rasa tertekan mereka.
Alunan muzik melibatkan pergerakan anggota badan, nyanyian bertema dan unsur nyanyian
kanak-kanak juga adalah bersifat mudah difahami, menyeronokkan, dan berinformasi
(Mahzan Arshad, 2012).
Selain itu, terapi bermain adalah salah satu intervensi yang paling berkesan untuk
mengurangkan atau mencegah gangguan emosi di dalam bilik darjah. Misalnya, berkenaan
dengan isu murid yang tidak mahu bercakap. Berdasarkan pengalaman mengendalikan
seseorang, terapi bermain adalah aktiviti penting terhadap perkembangan fizikal, emosi,
mental dan intelektual murid-murid. Kajian menunjukkan murid yang terdedah dengan terapi
bermain sambil belajar akan membesar menjadi orang dewasa yang mudah berkawan,
kreatif, dan pandai (Fazurawati Che Lah, 2017). Terapi bermain juga boleh dilakukan oleh
guru dengan menggunakan teknologi semasa seperti mengadakan kuiz di aplikasi Quizziz,
Kahoot, bermain permainan sambil belajar di Word Wall, dan sebagainya. Sesetengah pelajar
pada zaman ini juga sudah maju dan biasa dengan penggunaan teknologi dalam kehidupan
seharian. Terapi ini juga boleh digunakan untuk menarik minat pelajar yang suka tidak
menghadiri kelas maya.
Tambahan pula, penyelitan terapi bercerita dalam proses PdP adalah sesuai bagi
menangani tingkah laku juga boleh dilakukan terutamanya bagi para pelajar yang suka dan
sukar bercakap di dalam kelas. Sesi bercerita yang boleh dijalankan termasuklah aktiviti
lakonan, demonstrasi, soal jawab dan sebagainya. Aktiviti ini membolehkan guru
mengekalkan perhatian dan momentum pelajar sepanjang proses PdP (Zuraini Jusoh, 2009).
Guru juga boleh menggunakan teknologi untuk menayangkan kisah yang memberi
pengajaran kepada murid supaya murid dapat mengambil iktibar daripada kisah tersebut.
4.0 KESIMPULAN
Sebagai guru, kita tidak boleh bersikap pilih kasih di dalam kelas untuk mengelakkan
murid berkecil hati dan kemudiannya melakukan tingkah laku bermasalah semata-mata ingin
menarik perhatian kita. Jadi, tindakan pencegahan boleh diamalkan dengan mewujudkan
peraturan dan rutin bilik darjah serta mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan murid
seperti bersikap peramah, empati, sentiasa memberi penghargaan, pujian dan galakan
kepada pelajar dan mengambil berat agar murid sentiasa rasa disayangi dan difahami..
Pengurusan tingkah laku bilik darjah adalah bahagian penting dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana dapat meningkatkan semangat dan momentum persekitaran pelajar
untuk terus belajar. Isu-isu bermasalah ini juga perlu ditangani dengan lebih awal supaya tidak
berlarutan sehingga dapat merosakkan diri dan membiarkan diri murid hanyut dengan tingkah
laku yang bermasalah.
(1695 patah perkataan)
RUJUKAN
Abdul Ghani Abdullah. (2009). Mengurus Tingkah Laku Pelajar.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat.
Fazurawati Che Lah. (2017). Manfaat terapi bermain. Harian Metro.
James Ang Jit Eng. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi Mewujudkan Komuniti
Pembelajaran Berkesan.
Larry McDaniel, Allen Jackson, Laura Gaude & AndrewShim. (2009). Can “Withitness Skills”
Be Applied To Teaching With Laptops? American Journal of Business Education, 2.
Mahzan Arshad. (2012). Pendidikan literasi awal kanak-kanak.
Mohammad Aziz Shah. (2014). FAKTOR, KESAN DAN STRATEGI MENANGANI
PERMASALAHAN KURANG TUMPUAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DALAM
KELAS.
Syed Ismail Syed Mustapa, Chin Mei Keong, Ahmad Subki Miskon & Noor Fitriyati Abdul
Samad. (2018). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Zuraini Jusoh. (2009). KEBERKESANAN TEKNIK BERCERITA DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN KARANGAN NARATIF BAHASA MELAYU.
LAMPIRAN
Pakar pertama: Dr. Tan Ai Lee, pensyarah IPG Kampus Ipoh
Pakar kedua : Pn. Nor Huwaida binti Ayob, guru di Sekolah Kebangsaan Seri Samudera
Pakar ketiga: Encik Tengku Azlan, pensyarah di IPG Kampus Dato Razali Ismail
Pakar keempat: Encik Kumaran A/L L.Ramayah, pensyarah di IPG Kampus Darulaman
Pakar kelima: Pn Sharizan, Guru SK Pendidikan Khas Selangor
Pakar keenam: Dr. Maszlee Malik (tidak mendapat respon)
Pakar ketujuh: Prof. Dr. Mehmet Erdogan, Professor at Gazi University Faculty of Technology,
Department of Metallurgical and Materials (tidak mendapat respon)
Pakar kelapan: Prof. Hamidah Yusuf, Universiti Pendidikan Sultan Idris (tiada kajian
dijalankan)
Pakar kesembilan: Linda Taylor, Profesor di University of California (tidak mendapat respon)