The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafiqah1356.angkasa, 2021-07-16 01:39:50

NOTIS MAN

NOTIS MAN

DOKUMEN 1

PEMBERITAHUAN
MESYUARAT AGUNG NEGERI (MAN)



DOKUMEN 1-(2/6)

8:00 - 9:30 pagi ATUR CARA
9:30 pagi MESYUARAT AGUNG NEGERI (MAN)
9:40 pagi
- Pendaftaran Secara Online
10:15 pagi - Bacaan Doa
1:00 petang - Ucapan Pengerusi

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri
- Ucapan Perasmian Presiden ANGKASA
- MESYUARAT AGUNG NEGERI BERMULA
- Bersurai

DOKUMEN 1-(3/6)

SYARAT PERWAKILAN

Kelayakan Perwakilan Koperasi [UUK ANGKASA 46]

1. Setiap koperasi anggota dalam Negeri berkenaan berhak menghantar Perwakilan Koperasinya untuk
menyertai Mesyuarat Agung Negeri tertakluk kepada syarat berikut:

(a) tertakluk kepada Undang-undang Kecil ini, prinsip yang terpakai ialah “satu koperasi satu
perwakilan” dan “satu individu satu koperasi”;

(b) tertakluk kepada Undang-undang Kecil ini, sesuatu koperasi anggota dalam sesuatu Negeri
hanya boleh menghantar seorang Perwakilan Koperasi yang layak ke Mesyuarat Agung Negeri
dalam Negerinya;

(c) hanya Perwakilan Koperasi yang mematuhi kelayakan yang berikut layak menyertai Mesyuarat
Agung Negeri:

(i) Perwakilan Koperasi itu hendaklah dari kalangan anggota Lembaga koperasi anggota;
(ii) Perwakilan Koperasi itu hendaklah dipilih dalam mesyuarat anggota Lembaga koperasi

anggota sama ada mesyuarat biasa atau mesyuarat khas; dan
(iii) Perwakilan Koperasi itu tidak mempunyai apa-apa sekatan kelayakan kepadanya untuk

menyertai Mesyuarat Agung Perwakilan, Mesyuarat Agung Negeri atau mana-mana
mesyuarat ANGKASA;

(d) sesuatu koperasi anggota hanya boleh menghantar Perwakilan Koperasi ke satu Mesyuarat
Agung Negeri sahaja, iaitu di Negeri di mana alamat koperasi anggota itu didaftarkan dengan
Suruhanjaya menurut Seksyen 11 Akta dan termasuk apa-apa pertukaran alamat. Adalah
menjadi tanggungjawab koperasi anggota untuk memaklumkan kepada ANGKASA dengan
cara yang ditentukan Lembaga ANGKASA mengenai apa-apa pertukaran alamat yang
didaftarkan menurut Seksyen 11 Akta dengan Suruhanjaya sebelum tarikh Pemberitahuan
yang paling awal dalam UUK ANGKASA 47(1). Jika koperasi anggota tidak memaklumkan
kepada ANGKASA sebelum tarikh Pemberitahuan yang paling awal dalam
UUK ANGKASA 47(1) mengenai pertukaran alamat yang menyebabkan pertukaran Negeri
asalnya (“Negeri asal”) kepada Negeri barunya (“Negeri baru”) mengikut alamat barunya
kepada ANGKASA, maka koperasi anggota itu tidak layak berada dalam Negeri baru. Calon
bagi mana-mana pemilihan jawatan dari koperasi anggota itu juga tidak layak menjadi calon
bagi pemilihan itu di Negeri baru;

(e) bagi koperasi anggota yang alamat yang didaftarkan menurut Seksyen 11 Akta dengan
Suruhanjaya adalah di –

(i) Labuan, ianya disifatkan sebagai di Negeri Sabah; dan
(ii) Putrajaya dan Kuala Lumpur ianya disifatkan sebagai di Negeri Wilayah Persekutuan.

(f) seseorang anggota koperasi anggota yang dipilih sebagai Perwakilan Koperasi bagi sesuatu
Negeri hanya boleh menjadi Perwakilan Koperasi bagi Negeri itu sahaja dan bukan Negeri lain
dan hanya boleh menjadi anggota Jawatankuasa Perhubungan Negeri bagi Negeri itu sahaja.
Seseorang Perwakilan Koperasi hanya boleh menyertai satu Mesyuarat Agung Negeri sahaja
dalam tahun diadakan Mesyuarat Agung Negeri dan jika Perwakilan Koperasi itu juga adalah
anggota koperasi anggota bagi Negeri lain dan dipilih menjadi Perwakilan Koperasi bagi
Mesyuarat Agung Negeri itu, dia hendaklah memilih untuk menyertai hanya satu Mesyuarat
Agung Negeri sahaja yang ingin disertainya dalam tahun itu dan dia tidak boleh menyertai
lebih dari satu Mesyuarat Agung Negeri dan hanya boleh menjadi anggota bagi satu
Jawatankuasa Perhubungan Negeri sahaja dan tidak boleh menjadi anggota bagi lebih
daripada satu Jawatankuasa Perhubungan Negeri dalam tahun itu;

(fa) seseorang anggota koperasi anggota yang dipilih sebagai Perwakilan Koperasi hanya boleh
menjadi Perwakilan Koperasi bagi koperasi anggota itu sahaja dan bukan koperasi anggota
lain. Seseorang Perwakilan Koperasi hanya boleh mewakili satu koperasi anggota sahaja dan
jika Perwakilan Koperasi itu juga adalah anggota bagi koperasi anggota lain dan dipilih menjadi
Perwakilan Koperasi, dia hendaklah memilih untuk mewakili hanya satu koperasi anggota dan
dia tidak boleh mewakili lebih dari satu koperasi anggota;

1

(g) Oleh kerana anggota Jawatankuasa Perhubungan Negeri mempunyai hak menyertai
Mesyuarat Agung Negeri sesuatu Negeri, jika ada anggota Jawatankuasa Perhubungan Negeri
bagi Negeri itu daripada sesuatu koperasi anggota Negeri itu, koperasi anggota Negeri itu tidak
lagi layak untuk menghantar Perwakilan Koperasinya ke Mesyuarat Agung Negeri dalam
Negeri itu selagi tiada kekosongan dalam jawatan itu.

(h) Oleh kerana anggota Lembaga ANGKASA tidak mempunyai hak untuk mengundi atau dikira
sebagai kuorum dalam Mesyuarat Agung Negeri sesuatu Negeri dan dia disifatkan mewakili
ANGKASA, jika ada anggota Lembaga ANGKASA daripada sesuatu koperasi anggota Negeri
itu, maka koperasi anggota itu layak untuk menghantar seorang Perwakilan Koperasinya ke
Mesyuarat Agung Negeri dalam Negeri itu pada sesuatu tahun selagi anggota Lembaga
ANGKASA itu masih lagi anggota Lembaga ANGKASA tetapi Perwakilan Koperasinya itu –

(i) tidak layak untuk menjadi Perwakilan Negeri jika anggota Lembaga ANGKASA itu
mengosongkan jawatannya dan dicalonkan oleh koperasi anggota itu dalam tahun itu;
dan

(ii) layak untuk menjadi Perwakilan Negeri jika anggota Lembaga ANGKASA itu –

(aa) tidak mengosongkan jawatannya dalam tahun itu; atau
(bb) mengosongkan jawatannya dalam tahun itu tetapi tidak dicalonkan oleh koperasi

anggotanya itu dalam tahun itu.

(i) Jika seseorang Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan, Timbalan Pengerusi Mesyuarat
Agung Perwakilan, anggota Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung
Perwakilan dan Perwakilan Negeri adalah, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada
sesuatu koperasi anggota Negeri itu, koperasi anggota itu tidak layak lagi menghantar
Perwakilan Koperasi di Mesyuarat Agung Negerinya pada sesuatu tahun selagi tiada
kekosongan dalam jawatan Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan, Timbalan Pengerusi
Mesyuarat Agung Perwakilan, anggota Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat
Agung Perwakilan dan Perwakilan Negeri itu.

(j) Oleh kerana Perwakilan Negeri mempunyai hak menyertai Mesyuarat Agung Negeri sesuatu
Negeri, jika ada Perwakilan Negeri bagi Negeri itu daripada sesuatu koperasi anggota Negeri
itu, koperasi anggota Negeri itu tidak lagi layak untuk menghantar Perwakilan Koperasinya ke
Mesyuarat Agung Negeri dalam Negeri itu selagi tiada kekosongan dalam jawatan itu.

2. Sekatan kelayakan penyertaan sebagai perwakilan dan kehadiran pemerhati dan sebagainya
bagi koperasi anggota di Mesyuarat Agung Perwakilan, Mesyuarat Agung Negeri dan lain-lain
[UUK ANGKASA 19]

1. Mana-mana koperasi;

(a) koperasi dorman dalam senarai Suruhanjaya mengenai koperasi dorman pada
tarikh yang ditentukan Lembaga ANGKASA;

(b) koperasi tidak aktif dalam senarai Suruhanjaya mengenai koperasi tidak aktif pada
tarikh yang ditentukan Lembaga ANGKASA; dan

(c) koperasi anggota yang tidak mengadakan mesyuarat agung tahunannya dalam masa
tiga puluh enam bulan sebelum tarikh sesuatu Mesyuarat Agung Perwakilan
ANGKASA untuk sesuatu tahun,

tidak berhak menyertai melalui perwakilannya, pemerhatinya, wakil calonnya, jurucakapnya
atau orang lainnya yang layak menyertai, mana-mana Mesyuarat Agung Perwakilan,
Mesyuarat Agung Negeri atau mana-mana mesyuarat ANGKASA untuk tahun itu.

Koperasi boleh menyemak maklumat tersebut di Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia
berkenaan status koperasi. Mana-mana koperasi yang dapat membuktikan status koperasi
akan dipertimbangkan oleh ANGKASA melalui Jawatankuasa Kesahihan Wakil dan Calon
(JKWC).

2

DOKUMEN 1-(4/6)

BORANG 1A

BORANG PENAMAAN PERWAKILAN KOPERASI
MESYUARAT AGUNG NEGERI
SELANGOR 2021

(PERWAKILAN/MANSR/2021)

No. Anggota SR
ANGKASA

MAKLUMAT KOPERASI

1. Butir-butir koperasi kami sebagai memenuhi keperluan UUK 19 dan UUK 46 adalah seperti berikut :

Nama Koperasi :

Alamat Koperasi :

Poskod : Bandar : Negeri :

No. Tel. : No. Faks : Email :
Tarikh Mesyuarat Agung Terakhir :
.........................................................................
Hari bulan Bulan
(Wajib di isi untuk pengesahan perwakilan)

Tahun

MAKLUMAT PERWAKILAN

2. Koperasi kami menghantar wakil ke Mesyuarat Agung Negeri Selangor 2021 tersebut. Butir-butir perwakilan
sebagaimana kelayakan koperasi kami mengikut UUK 46 adalah seperti berikut:

a) PERWAKILAN: No. No. K/P (Baru) No. Tel Bimbit

Nama (mengikut K/P)

Jawatan & No. Anggota Dalam Koperasi : Saiz Baju :

Email : ………………………................... …………………………………...... M L XL 2XL 3XL 4XL 5XL 6XL

(Anggota Lembaga Koperasi Sahaja)

Butiran Akaun Bank (Pembayaran ke Akaun setelah disahkan kehadiran)

No. Akaun Bank :

Nama Bank : ………………………............... Tarikh Menjadi Ahli Lembaga:

Hari Bulan Bulan Tahun

b) PENGGANTI:

Sekiranya perwakilan di atas tidak dapat hadir, pengganti akan di daftarkan sebagai perwakilan.
(Pengganti akan didaftarkan sebagai pemerhati sekiranya wakil hadir)

Nama (mengikut K/P) No. No. K/P (Baru) No. Tel Bimbit

Jawatan & No. Anggota Dalam Koperasi : Saiz Baju :

Email : ………………………................... …………………………………...… M L XL 2XL 3XL 4XL 5XL 6XL

(Anggota Lembaga Koperasi Sahaja)

Butiran Akaun Bank (Pembayaran ke Akaun setelah disahkan kehadiran)
No. Akaun Bank :

Nama Bank : ………………………............... Tarikh Menjadi Ahli Lembaga :

Hari Bulan Bulan Tahun

MAKLUMAT ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

Bil. Jawatan Dalam Nama Anggota Lembaga Koperasi No. Kad No. Telefon Email
Koperasi (ALK) Pengenalan Rumah / H/P

1. Pengerusi (Baru)
2. Timb. Pengerusi
3. Setiausaha
4. Bendahari
5. ALK
6. ALK
7. ALK
8. ALK
9. ALK
10. ALK
11. ALK
12. ALK

3. Segala perbelanjaan wakil kami bagi menghadiri Mesyuarat Agung Negeri ini akan ditanggung oleh koperasi kami.

4. Kami mengaku bahawa perwakilan di atas telah dipersetujui oleh Lembaga Koperasi kami yang bermesyuarat
pada

Hari bulan Bulan Tahun

5. Kami dengan ini mengaku dan mengesahkan bahawa segala butiran dan keterangan yang diberikan di atas adalah
benar dan tepat dan jika apa-apa maklumat di atas didapati tidak benar, palsu dan tidak lengkap, ANGKASA berhak
mengambil apa-apa tindakan termasuklah menolak dan tidak memproses borang ini.

Tandatangan : .................................................... .................................................... ..................................
Cop/Mohor Koperasi
Nama : () ()
Pengerusi Setiausaha Tarikh : ....................

* (Sila tandakan √ yang berkenaan sahaja)

Borang perlu dikembalikan ke Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri selewat-lewatnya pada
9 Ogos 2021 (Isnin) jam 5.00 petang.

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor
No. C-105, Blok C, Glomac Business Centre
Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon : 03-7880 7270

No. Fax : 03-7880 7281

Email : [email protected]

NOTA :

Pengesahan Suruhanjaya Koperasi Malaysia hanya diisi oleh Perwakilan Koperasi yang perlu
membuktikan status aktif mengikut ketetapan berikut;

a) Lembaga ANGKASA telah menetapkan senarai kelayakan untuk hadir ke MAN tertakluk
kepada UUK ANGKASA 19 berdasarkan senarai Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM) sehingga 31 Disember 2020, Mana-mana koperasi yang aktif berdasarkan
senarai SKM sehingga 31 Disember 2020 dikira layak untuk hadir ke MAN dan tidak
perlu mengisi Borang Pengesahan Status Aktif Perwakilan Koperasi.

b) Koperasi anggota yang perlu mendapat pengesahan status aktif dari Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) hendaklah mengisi Borang 1B (Borang Pengesahan Status
Aktif Bagi Koperasi Tidak Aktif & Dorman Untuk Tujuan Pengesahan Perwakilan
Koperasi) dan hendaklah dikemukakan sebelum atau pada Hari Penamaan Calon
MAN.

BORANG 1B DOKUMEN 1-(5/6)

BORANG PENGESAHAN STATUS AKTIF BAGI KOPERASI
TIDAK AKTIF & DORMAN UNTUK TUJUAN PENGESAHAN PERWAKILAN KOPERASI

MESYUARAT AGUNG NEGERI SELANGOR 2021

[Diisi oleh Perwakilan Koperasi yang memerlukan Pengesahan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)]

(PENGESAHAN PERWAKILAN KOPERASI/MANSR/2021)

Butir-Butir Koperasi
1. i) Nama dan Alamat penuh Koperasi :

..........................................................................................................
..........................................................................................................
..........................................................................................................
..........................................................................................................

ii) Tarikh Daftar SKM : …………………………………………….
iii) Nombor Daftar SKM : …………………………………………….
iv) Fungsi Koperasi : …………………………………………….

2. i) No. Telefon : ..................................................................

ii) No. Faksimili : ..................................................................

iii) Email : ..……………………………………………..

3. Tarikh Keanggotaan ANGKASA : …….…………………………..……..…

4. Tarikh Mesyuarat Agung Terakhir : ………...…………………….......

5. Status Koperasi : * Aktif / Tidak Aktif / Dorman

6. Maklumat Anggota Lembaga Koperasi :

Bil. Jawatan Dalam Nama Anggota Lembaga Koperasi (ALK) No. Kad No. Telefon Email
Koperasi Pengenalan (Baru) Rumah / H/P
1
1. Pengerusi
2. Timb. Pengerusi
3. Setiausaha
4. Bendahari
5. ALK
6. ALK
7. ALK
8. ALK
9. ALK
10. ALK
11. ALK
12. ALK
13. ALK
14. ALK
15. ALK

Kami dengan ini mengaku dan mengesahkan bahawa segala butiran dan keterangan yang diberikan di
atas adalah benar dan tepat dan jika apa-apa maklumat di atas didapati tidak benar, palsu dan tidak
lengkap, ANGKASA berhak mengambil apa-apa tindakan termasuklah menolak dan tidak memproses
borang ini.

Tandatangan : .....………………....…..…. .....………………....…..…. .....………………....…...
Cop/Mohor Koperasi
Nama :( ) ( )
Pengerusi Setiausaha Tarikh : ……………….…….

Pengesahan Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Dengan ini, pihak kami mengesahkan butiran di para 1 dan *status koperasi : Aktif / Tidak Aktif / Dorman
adalah benar berdasarkan kepada rekod yang ada. Bersama ini disertakan resit bernombor
........................................ dan bertarikh........................ (diisi oleh SKM) sebanyak RM40.00 bagi tujuan
carian maklumat tersebut.

Disahkan oleh;

Tandatangan : .....………………....…..……………….

Nama : .....………………....…..……………….

Jawatan : .....………………....…..……………….
Tarikh : .....………………....…..……………….

Nota: * Sila Potong yang tidak berkenaan

2

DOKUMEN 1-(6/6)

BORANG 1C

BORANG CADANGAN USUL
MESYUARAT AGUNG NEGERI

SELANGOR 2021

(USUL/MANSR/2021)

KOPERASI : ............................................................................................................

ALAMAT : ............................................................................................................

............................................................................................................

EMAIL : ............................................................................................................

NO. TELEFON : ............................................................................................................

Bersama-sama ini dikemukakan usul-usul untuk dipertimbangkan di Mesyuarat Agung Negeri
Selangor seperti berikut :

Usul 1: …………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

Usul 2 : ………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

(Gunakan kertas berasingan jika ruang ini tidak mencukupi)

Tandatangan : ....................................... .......................................... ..................................

Nama : () ( ) Cop/Mohor Koperasi
Pengerusi Setiausaha Tarikh : ....................

Nota : Perkara 46(3) UUK ANGKASA Jawatankuasa Perhubungan Negeri berhak untuk menapis segala usul yang diterima
untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Negeri itu.

Borang perlu dikembalikan ke Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri selewat-lewatnya pada
26 Ogos 2021 (Khamis) jam 5.00 petang.

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor
No. C-105, Blok C, Glomac Business Centre
Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon : 03-7880 7270

No. Fax : 03-7880 7281

Email : [email protected]

DOKUMEN 2

PEMBERITAHUAN PENCALONAN
MESYUARAT AGUNG NEGERI (MAN)



DOKUMEN 2-(2/2)

SYARAT DAN KELAYAKAN PENCALONAN MESYUARAT AGUNG NEGERI

1. PENCALONAN

1.1 Pencalonan Bagi Mesyuarat Agung Negeri (MAN) dan Hari Penamaan Calon MAN
[UUK ANGKASA 48 (4) (5) (6) (7) (8)]

(i) Seseorang calon bagi jawatan yang ditandingi dalam Mesyuarat Agung Negeri
hendaklah hadir sendiri menyerahkan borang pencalonan dan dokumen yang ditentukan
Lembaga ANGKASA bagi tujuan pencalonan bersama dengan pencadang serta
penyokongnya sebelum tamat waktu yang ditentukan Lembaga ANGKASA pada Hari
Penamaan Calon MAN tertakluk kepada syarat yang ditentukan Lembaga ANGKASA.

(ii) Adalah menjadi tanggungjawab calon bagi jawatan yang ditandingi dalam Mesyuarat
Agung Negeri untuk menguruskan semua urusan pencalonannya termasuk memastikan
semua borang pencalonan dan dokumen yang ditentukan Lembaga ANGKASA bagi
tujuan pencalonan adalah tepat, teratur dan sempurna dan diserahkan pada masa yang
ditentukan. Calon itu boleh mewakilkan urusan pencalonan kepada orang lain tertakluk
kepada syarat yang ditentukan Lembaga ANGKASA tetapi calon itu masih
bertanggungjawab dengan urusan pencalonannya.

Dokumen yang ditentukan Lembaga ANGKASA adalah seperti berikut;

Calon bagi pemilihan anggota Jawatankuasa Perhubungan Negeri Perlu Mengisi Borang
Pencalonan dan disertakan dengan dokumen berikut;

i. Borang Pencalonan Mesyuarat Agung Negeri
ii. Borang Perwakilan Koperasi (PERWAKILAN/MAN/2021)
iii. Borang Pengesahan Status Aktif bagi koperasi tidak aktif & dorman untuk tujuan

pengesahan Perwakilan Koperasi Mesyuarat Agung Negeri dari Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM)
iv. Borang Permohonan Semakan Laporan Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA &
Experian (SPeKAR) dan Kebenaran Penzahiran Maklumat Kredit Individu

• Bagi mendapatkan laporan kredit dan insolvensi (Calon hanya perlu memberi
kebenaran kepada ANGKASA untuk mendapatkan maklumat ini dengan
melengkapkan Borang Kebenaran Penzahiran Maklumat Kredit Individu
beserta caj laporan berjumlah RM20.70.) Pembayaran boleh di depositkan ke
akaun CIMB atas nama ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA
BERHAD No. Akaun : 8602185709 melalui cek atau “online banking”. Sila
kepilkan bukti slip deposit pembayaran bersama borang yang telah diisi.

(iii) Pencalonan seorang calon bagi jawatan yang ditandingi dalam Mesyuarat Agung Negeri
hendaklah dibuat dalam mesyuarat sesuatu Lembaga koperasi anggota, sama ada
mesyuarat biasa atau mesyuarat khas.

(iv) Pengerusi dan Setiausaha Koperasi Lembaga koperasi anggota itu hendaklah
memperakukan yang pencalonan itu telah diputuskan oleh Lembaga koperasi anggota
dalam borang pencalonan yang disediakan

(v) Kegagalan seorang calon untuk mematuhi syarat bagi penyerahan borang pencalonan
dan dokumen sebelum waktu yang ditentukan untuk penyerahan itu dan syarat lain akan
menyebabkan calon itu tidak layak untuk menjadi calon bagi jawatan yang ditandingi itu.

1.2 Kelayakan calon bagi pemilihan anggota Jawatankuasa Perhubungan Negeri dan
Perwakilan Negeri. [UUK ANGKASA 49 (1)(2)(3)(4)(5)]

(i) Hanya orang yang mematuhi kelayakan yang berikut layak menjadi calon bagi pemilihan
anggota Jawatankuasa Perhubungan Negeri dan Perwakilan Negeri:

1

• koperasi anggota calon itu hendaklah menjadi anggota ANGKASA bagi tempoh tidak
kurang daripada dua tahun pada tarikh Mesyuarat Agung Negeri;

• calon itu sendiri telah menjadi anggota koperasi anggota bagi tempoh tidak kurang
dua tahun pada tarikh Mesyuarat Agung Negeri

• calon itu sendiri telah menjadi mana-mana anggota Lembaga koperasi anggota bagi
tempoh tidak kurang daripada dua tahun sama ada secara berterusan atau tidak
pada tarikh Mesyuarat Agung Negeri;

• calon itu adalah Perwakilan Koperasi;

• calon itu hendaklah mendapat pencalonan daripada tidak kurang dua buah koperasi
anggota; dan

• calon itu hadir dan mendaftar dengan cara yang ditentukan Lembaga ANGKASA
dalam Mesyuarat Agung Negeri.

(ii) Seorang calon bagi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri dalam
sesuatu Mesyuarat Agung Negeri pada masa yang sama tidak boleh menjadi calon bagi
jawatan dalam pemilihan anggota Jawatankuasa Perhubungan Negeri selain Pengerusi
Jawatankuasa Perhubungan Negeri itu dalam Mesyuarat Agung Negeri itu.

(iii) Seseorang calon yang juga adalah anggota sesuatu Jawatankuasa Perhubungan Negeri
(“jawatan asal”) pada masa dia dicalonkan dalam mana-mana jawatan Jawatankuasa
Perhubungan Negeri itu (termasuk jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan
Negeri) yang ditawar untuk ditanding (“jawatan ditandingkan”), hendaklah, sebaik sahaja
keputusan mengenai pemilihan jawatan ditandingkan itu dibuat, mengosongkan jawatan
asalnya dalam Jawatankuasa Perhubungan Negeri yang disandangnya pada masa itu,
tidak kira sama ada dia dipilih dalam jawatan ditandingkan atau dia gagal dalam
pemilihan itu atau tidak kira sama ada dia mempunyai baki tempoh perkhidmatannya
dalam jawatan asal atau tidak.

(iv) Seseorang calon yang juga adalah anggota Lembaga ANGKASA (“jawatan asal”) pada
masa dia dicalonkan dalam mana-mana jawatan Jawatankuasa Perhubungan Negeri itu
(termasuk jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri) yang ditawar untuk
ditanding (“jawatan ditandingkan”), hendaklah, sebaik sahaja keputusan mengenai
pemilihan jawatan ditandingkan itu dibuat, mengosongkan jawatan asalnya dalam
Lembaga ANGKASA yang disandangnya pada masa itu, tidak kira sama ada dia dipilih
dalam jawatan ditandingkan atau dia gagal dalam pemilihan itu atau tidak kira sama ada
dia mempunyai baki tempoh perkhidmatannya dalam jawatan asal atau tidak.

(v) Kelayakan dan kesahihan seseorang calon hendaklah disemak dan diluluskan oleh
Jawatankuasa Kesahihan Wakil dan Calon.

1.3 Segala perbelanjaan calon ke Mesyuarat Agung Negeri adalah atas tanggungan
sendiri / koperasi.

1.4 Pengesahan Pencalonan Oleh Koperasi

(i) Pencalonan bagi pemilihan anggota Jawatankuasa Perhubungan Negeri,
Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan hendaklah
dibuat dalam mesyuarat Lembaga koperasi anggota, sama ada mesyuarat biasa
atau mesyuarat khas. [UUK ANGKASA 50(1)]

(ii) Pengerusi dan Setiausaha Koperasi Lembaga koperasi anggota itu hendaklah
memperakukan yang pencalonan itu telah diputuskan oleh Lembaga koperasi
anggota dalam borang pencalonan yang disediakan. [UUK ANGKASA 50(2)]

2

DOKUMEN 3

NOTIS PENAMAAN CALON
MESYUARAT AGUNG NEGERI (MAN)





BORANG 2A DOKUMEN 3-(2/3)

BORANG PENCALONAN
PERWAKILAN NEGERI / JURUCAKAP NEGERI,

PENGERUSI JPAN DAN 11 ANGGOTA JPAN
MESYUARAT AGUNG NEGERI SELANGOR 2021

Bahawa saya mengemukakan butiran maklumat A, B, C dan D seperti berikut : (PENCALONAN/MANSR/2021)
No. Telefon Bimbit:
A. MAKLUMAT CALON No.No. K/P (Baru):
.

Nama (mengikut K/P):

Email:………………………...................... Jawatan Dalam Koperasi:

(Wajib di isi untuk pengesahan pencalonan) …………………………………...…
(Anggota Lembaga Koperasi Sahaja)

1. 2. 3.

4. * Saya bersetuju menjadi calon : i. Perwakilan Negeri Ke Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA)

5. 6. 7. (30% dari koperasi anggota aktif dalam negeri)

8. 9. 10.

ATAU 11. 12. 13.
14. 15. 16.

ii. Jurucakap Negeri 17. 18. 19.

20. (Saya bersedia menjadi Jurucakap Negeri sekiranya saya terpilih menjadi Perwakilan Negeri ke MAPA)

21. 22. 23.

24. 25. 26.

iii. Pengerusi ATAU iv. Sebelas (11) Anggota

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

27. 28. 29.

[ * Sila tandakan √ di ruangan (i) bagi calon (ii) atau (iii) atau (iv) ] 30. 31. 32.
33. 34. 35.

36. 37. 38.

Bagi mewakili koperasi ke Mesyuarat Agung Negeri Selangor 2021 yang akan diadakan pada 2 September 2021 (Khamis) sebagaimana
kelayakan calon yang ditetapkan.

B. MAKLUMAT KOPERASI YANG MENCALONKAN
N.ama Koperasi :

No. Telefon : No. Faks : No. Anggota ANGKASA: S R

Tarikh Daftar SKM : No. Daftar SKM : Email :
-- ..............................................................
Tarikh Menjadi Anggota Lembaga :
Tarikh Keahlian ANGKASA : -- Fungsi Koperasi :
-- ..............................................................
Tarikh Mesyuarat Agung Terakhir :
Tarikh Menjadi Anggota Koperasi : -- No. Anggota Dalam Koperasi :
-- ...............................................................

Kami mengaku bahawa pencalonan di atas telah dipersetujui oleh Lembaga Koperasi kami yang bermesyuarat pada
…………………………………. . Cabutan Minit Mesyuarat berkenaan disertakan bersama-sama ini. KEGAGALAN menyertakan
cabutan minit mesyuarat dan Borang Pencalonan TIDAK diperakukan oleh Pengerusi dan Setiausaha akan dianggap tidak lengkap
dan boleh menyebabkan pencalonan kami dibatalkan.

Tandatangan : .................................................... ................................................ ...............................................
Cop/Mohor Koperasi
Nama : () ()
Pengerusi Setiausaha Tarikh : ....................

C. MAKLUMAT KOPERASI YANG MENCADANG DAN MENYOKONG

a) PENCADANG b) PENYOKONG
Nama Koperasi: Nama Koperasi:
..................................................................................... .....................................................................................
..................................................................................... .....................................................................................
Nama (mengikut K/P) Nama (mengikut K/P):
..............................................................................
No. K/P (Baru): .........................................................................
No. K/P (Baru):
.............................................................................
No. Telefon Bimbit: .........................................................................
............................................................................. No. Telefon Bimbit:

PENGAKUAN .........................................................................

PENGAKUAN

Lembaga Koperasi kami yang bermesyuarat pada Lembaga Koperasi kami yang bermesyuarat pada
…………………………. telah mencadangkan pencalonan di atas. …………………………. telah menyokong pencalonan di atas.
Cabutan Minit Mesyuarat berkenaan disertakan bersama-sama ini. Cabutan Minit Mesyuarat berkenaan disertakan bersama-

KEGAGALAN menyertakan cabutan minit mesyuarat yang sama ini. KEGAGALAN menyertakan cabutan minit
tidak diperakukan oleh Pengerusi dan Setiausaha akan mesyuarat yang tidak diperakukan oleh Pengerusi dan
dianggap tidak lengkap dan boleh menyebabkan cadangan Setiausaha akan dianggap tidak lengkap dan boleh
calon kami dibatalkan. menyebabkan sokongan pencalonan kami dibatalkan .

…………………………… …………………………… …………………………… ……………………………

() () () ()
Pengerusi Setiausaha Pengerusi Setiausaha

……………………… ………….. ……………………… …………..
Cop/Mohor Koperasi Tarikh Cop/Mohor Koperasi Tarikh

D PENGESAHAN CALON

.

Saya dengan ini mengesahkan bahawa segala butiran dan keterangan di para A, B dan C yang telah diberikan adalah benar dan tepat.
Saya membenarkan ANGKASA menggunakan maklumat ini tujuan Mesyuarat Agung Negeri.

……………………………………….. …………………………….
Tandatangan Tarikh

Bersama-sama ini disertakan dokumen pengesahan saya sebagai wakil koperasi ke mesyuarat tersebut:

39.

i. Salinan Borang Penamaan Perwakilan ke Mesyuarat Agung Negeri (MAN)

40.

ii. Borang Kebenaran Penzahiran Maklumat Kredit Individu – Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA & Experian (SPeKAR)

beserta bayaran RM20.70 (Caj Laporan)

41.

iii. Cabutan Minit Mesyuarat yang telah diperakui oleh koperasi

√* (Sila tandakan yang berkenaan sahaja

Untuk Calon Pengerusi dan Sebelas (11) Anggota JPAN : Untuk Calon Perwakilan Negeri dan Jurucakap Negeri ke Mesyuarat Agung
Bil. (i) , (ii), dan (iii) perlu disertakan Perwakilan ANGKASA:

Bil. (iii) perlu disertakan sahaja

Borang hendaklah di bawa bersama ke Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri pada hari Penamaan Calon iaitu
9 Ogos 2021 (Isnin) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor
No. C-105, Blok C, Glomac Business Centre
Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon : 03-7880 7270

No. Fax : 03-7880 7281

Email : [email protected]

BORANG 2B DOKUMEN 3-(3/3)

[PMKI/2021-01]

KEBENARAN PENZAHIRAN MAKLUMAT KREDIT INDIVIDU
Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA & Experian (SPeKAR)

PENDEDAHAN

i. Pemohon dengan ini membenarkan ANGKASA dan/atau pegawainya untuk menggunakan,
mendedahkan, memberitahu apa-apa maklumat berhubung dengan akaun SPGA/beliau untuk
tujuan atau berhubung dengan apa-apa tindakan atau prosiding diambil bagi tujuan penilaian
kredit atau bayaran balik di bawah Terma dan Syarat ini;

ii. Pemohon dengan ini membenarkan ANGKASA dan/atau pegawainya untuk penzahiran apa-apa
maklumat individu yang berkaitan dengan kedudukan kredit, kemudahan atau akaun butiran pemohon
kepada Experian Information Services (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Experian”, Agensi Pelaporan
Kredit) dan pelanggan Experian termasuk Bank/Institusi kewangan, syarikat yang perlu; mengikut
cara yang di anggap perlu berkaitan dengan maksud yang berikut.

Pemohon dengan ini memberi kebenaran kepada Experian bagi pendedahan maklumat kredit,
termasuk maklumat kredit perbankan kepada ANGKASA dan/atau pegawainya bagi maksud yang
berikut seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 24, menurut Akta Pelaporan Kredit 2010.
Persetujuan hendaklah kekal terpakai selagi pemohon mengekalkan akaun/pinjaman/kredit/apa-
apa transaksi dengan organisasi.

iii. Tujuan pendedahan termasuk tetapi tidak terhad kepada :-
a. Pembukaan akaun
b. Penilaian / Pemarkahan kredit,
c. Kredit / Semakan akaun
d. Kredit / Pemantauan akaun
e. Kedudukan / Pemantauan akaun individu,
f. Tujuan pemulihan hutang,
g. Dokumentasi undang-undang dan/atau tindakan berkenaan kontrak atau
kemudahan kredit yang telah diberi.

iv. ANGKASA/Experian tidak akan bertanggungjawab sama ada secara langsung atau tidak
langsung kepada Pemohon atau mana-mana orang lain untuk pendedahan sedemikian.

Perlu disahkan MAKLUMAT SEPERTI DI KAD PENGENALAN DISAHKAN OLEH WAKIL ANGKASA
oleh calon Nama :
No Kad Pengenalan : (Maklumat Seperti di Kad Pengenalan)

Nama :

No Kad Pengenalan :

COP RASMI ANGKASA

TARIKH : TANDATANGAN

TANDATANGAN :
PEMOHON

Tarikh :

BORANG PERMOHONAN SEMAKAN LAPORAN SPeKAR

Nama Penuh

:(Seperti di Kad Pengenalan)

No. Kad Pengenalan : :No. Telefon Bimbit
Alamat email :

RUJUKAN HARGA CAJ CARIAN UNTUK LAPORAN

LAPORAN KETERANGAN HARGA
RM 6.40
❑ SPeKAR Laporan Kredit Lengkap :- SPGA +SPeKAR-B+CCRIS RM 7.10
RM 1.60
❑ SPeKAR-S Laporan Kredit Lengkap :- SPGA+SPeKAR-B+CCRIS+SCORE RM14.30

❑ SPeKAR-B Laporan Kredit dan Litigasi oleh EXPERIAN (Blacklist) RM10.60
RM10.60
❑ OA Jabatan Insolvensi Malaysia (Kebankrupan)
RM21.20
Carian Syarikat / Perniagaan RM21.20

❑ Laporan Syarikat/Perniagaan dari pengkalan data EXPERIAN
Laporan Syarikat/Perniagaan dari pengkalan data EXPERIAN
CI/BI (Tanpa Penzahiran Maklumat)

Laporan Syarikat/Perniagaan dari pengkalan data SSM-TERKINI
CP/BP Laporan Syarikat/Perniagaan dari pengkalan data SSM - TERKINI
(Tanpa Penzahiran Maklumat)


ECI/EBI


ECP/EBP

:JUMLAH CAJ LAPORAN RM20.70

Pembayaran boleh dilakukan melalui keadah :-

1. Tunai 2. Online Tranfer/ Deposit Tunai/ Deposit Cek :
Akaun CIMB (ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA
BERHAD) NO AKAUN : 8602185709 No Telifon : 03-7884 6501 Sila
kepilkan bukti slip deposit

Carian laporan hanya akan dilakukan setelah bukti pembayaran diterima.

UNTUK KEGUNAAN UNIT PELAPORAN KREDIT ANGKASA

❑ Pegawai Unit SPeKAR

Susulan Laporan

Tarikh Permohonan :

Tarikh Serahan :

RM yang diterima :

Catatan :

Tarikh :

Borang Semakan Laporan GP03 - kemaskini 10/03/2021 HM UNIT PELAPORAN KREDIT DAN TUGAS KHAS

DOKUMEN 4

PEMBERITAHUAN
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA

(MAPA)



LAMPIRAN

LOKASI MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA (MAPA) TAHUN 2021
(Tertakluk Kepada Pindaan)

BIL. TEMPAT PERWAKILAN KAEDAH (LINK)

1. Ibu Pejabat ANGKASA ALK Melalui Tele-conferencing
AUDITORIUM ANGKASA Pengerusi JPAN Zoom Meeting
Wisma UngkuA.Aziz
Jalan SS6/1 Kelana Jaya Juru Cakap
47301 Petaling Jaya, Selangor Pengerusi MAPA
Tim. Pengerusi
2. Pahang I (Timur)
THE ZENITH HOTEL MAPA
Jalan Putra Square 6, Putra Square JAD
25200 Kuantan, Pahang
JPAN Melalui Tele-conferencing
3. Pahang II (Tengah)
DEWAN UITM TEMERLOH Perwakilan Pahang I Zoom Meeting
98, Kampung Desa Murni
28020 Temerloh, Pahang (Timur)

4. Pahang III (Barat) JPAN Melalui Tele-conferencing
SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCES
GENTING HIGHLANDS Perwakilan Pahang II Zoom Meeting
Windmill Upon Hills, Genting Permai
69000 Genting Highlands, Pahang (Tengah)

5. Wilayah Persekutuan JPAN Melalui Tele-conferencing
DEWAN MERDEKA, LEVEL 4 Perwakilan Pahang Zoom Meeting
World Trade Centre Kuala Lumpur
41 Jalan Tun Ismail III (Barat)
50480 Kuala Lumpur
JPAN Melalui Tele-conferencing
6. Melaka Perwakilan Wilayah Zoom Meeting
HOTEL HOLIDAY INN MELAKA
Jalan Syed Abdul Aziz Persekutuan
75000 Melaka
JPAN Melalui Tele-conferencing
7. Johor
DEWAN SULTAN IBRAHIM Perwakilan Melaka Zoom Meeting
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor JPAN Melalui Tele-conferencing
Perwakilan Johor Zoom Meeting
8. Pulau Pinang
GRAND BALLROOM THE BANQUET JPAN Melalui Tele-conferencing
Tingkat 5, The Top Penang Perwakilan Pulau Zoom Meeting
No. 1, Jalan Penang
10000 George Town, Pulau Pinang Pinang

9. Perak JPAN Melalui Tele-conferencing
HOTEL CASUARINA @ MERU, IPOH
No. 1-C, Jalan Meru Casuarina Perwakilan Perak Zoom Meeting
Bandar Meru Raya
30020 Ipoh, Perak JPAN Melalui Tele-conferencing

10. Sabah Perwakilan Sabah Zoom Meeting
PROMENADE HOTEL
No. 4, Lorong Api-Api 3
Api-Api Center
88000 Kota Kinabalu, Sabah

11. Negeri Sembilan JPAN Melalui Tele-conferencing
KLANA RESORT SEREMBAN Perwakilan Negeri Zoom Meeting
Jalan Penghulu Cantik
Taman Tasik Seremban Sembilan
70100 Seremban, Negeri Sembilan
JPAN Melalui Tele-conferencing
12. Sarawak
IMPERIAL HOTEL KUCHING Perwakilan Sarawak Zoom Meeting
Jalan Datuk Tawi Sli
93250 Kuching, Sarawak JPAN Melalui Tele-conferencing

13. Selangor Perwakilan Selangor Zoom Meeting
HOTEL TENERA
Persiaran Kemajuan, Seksyen 1 JPAN Melalui Tele-conferencing
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Perwakilan Kedah Zoom Meeting
14. Kedah
RAIA HOTEL & CONVENTION CENTRE JPAN Melalui Tele-conferencing
ALOR SETAR Perwakilan Perlis Zoom Meeting
Lot 3860, Mukim Titi Gajah
Seksyen 2, Bandar Anak Bukit JPAN Melalui Tele-conferencing
06550 Alor Setar, Kedah Perwakilan Zoom Meeting
Terengganu
15. Perlis
HOTEL SERI MALAYSIA KANGAR JPAN Melalui Tele-conferencing
Lot 8101 Mukim Utan Aji, Persiaran Wawasan
01000 Kangar, Perlis Perwakilan Kelantan Zoom Meeting

16. Terengganu
PUSAT KONVENSYEN TAMAN TAMADUN
ISLAM
Pulau Wan Man
21100 Kuala Terengganu, Terengganu

17. Kelantan
GRAND RIVERVIEW HOTEL
Jalan Post Office Lama
15000 Kota Bharu, Kelantan

DOKUMEN 5

PEMBERITAHUAN PENCALONAN
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA

(MAPA)



DOKUMEN 5-(2/2)

SYARAT PENCALONAN DAN PERWAKILAN
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA (MAPA)

1. PENCALONAN

1.1 KELAYAKAN CALON

i) Koperasi anggota calon itu telah mengadakan mesyuarat agung tahunan dalam masa tiga
pulu enam bulan sebelum tarikh sesuatu Mesyuarat Agung Perwakilan. [UUK 19 (c)]

ii) Kelayakan calon bagi pemilihan anggota Lembaga ANGKASA. [UUK 28(1))]

(a) koperasi anggota bagi calon itu hendaklah menjadi anggota ANGKASA bagi
tempoh tidak kurang daripada dua tahun pada tarikh Mesyuarat Agung
Perwakilan;

(b) calon itu sendiri telah menjadi anggota koperasi anggota bagi tempoh tidak kurang
daripada dua tahun pada tarikh Mesyuarat Agung Perwakilan;

(c) calon itu sendiri telah menjadi mana-mana anggota Lembaga koperasi anggota
bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun sama ada secara berterusan atau
tidak pada tarikh Mesyuarat Agung Perwakilan;

(d) calon itu adalah orang yang layak menyertai Mesyuarat Agung Perwakilan;
(e) calon itu hendaklah mendapat pencalonan daripada tidak kurang dua buah

koperasi anggota;
(f) calon itu hadir dan mendaftar dengan cara yang ditentukan Lembaga ANGKASA

dalam Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA; dan
(g) calon itu hanya bertanding bagi satu jawatan sahaja dalam Mesyuarat Agung

Perwakilan ANGKASA.

iii) Hanya orang yang mematuhi kelayakan yang berikut layak menjadi calon bagi pemilihan
Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan dan Timbalan Pengerusi Mesyuarat Agung
Perwakilan:

(a) calon itu berpengalaman dengan peruntukan Perintah Tetap, Aturan dan Undang-
undang Kecil ini;

(b) koperasi anggota bagi calon itu hendaklah menjadi anggota ANGKASA bagi
tempoh tidak kurang daripada dua tahun pada tarikh Mesyuarat Agung
Perwakilan;

(c) calon itu sendiri telah menjadi anggota koperasi anggota bagi tempoh tidak kurang
daripada dua tahun pada tarikh Mesyuarat Agung Perwakilan;

(d) calon itu sendiri telah menjadi mana-mana anggota Lembaga koperasi anggota
bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun sama ada secara berterusan atau
tidak pada tarikh Mesyuarat Agung Perwakilan;

(e) calon itu adalah Perwakilan Negeri;
(f) calon itu hendaklah mendapat pencadang serta penyokongnya daripada dua

buah koperasi termasuk koperasi calon sebagaimana yang dinyatakan dalam
fasal (4) undang-undang kecil 28;
(g) calon itu hadir dan mendaftar dengan cara yang ditentukan Lembaga ANGKASA
dalam Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA; dan

(h) calon itu hanya bertanding bagi satu pemilihan sahaja dalam Mesyuarat Agung
Perwakilan ANGKASA.

iv) Calon tertakluk kepada kelayakan Akta Koperasi 1993 dan Garis Panduan Tadbir Urus
Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

1.2 BORANG- BORANG

Bagi tujuan pemilihan untuk menjadi Presiden, lima (5) orang Anggota Lembaga, Pengerusi dan
Timbalan Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA), koperasi anggota yang
ingin mencalonkan wakil perlu mengisi dan menyertakan borang- borang seperti berikut:

i. Borang Pencalonan (PENCALONAN/MAPA/2021/1)
ii. Pengesahan Perwakilan Negeri
iii. Borang Permohonan Semakan Laporan Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA &

Experian ( SPeKAR ) dan Kebenaran Penzahiran Maklumat Kredit Individu
iv. Borang Penentusahan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) GP 3. (Borang ini boleh

diperoleh daripada pejabat SKM Negeri atau muat turun daripada laman web SKM :SKM:
www.skm.gov.my)

Borang-borang perwakilan dan pencalonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-
syarat akan dirujuk kepada Jawatankuasa Kesahihan Wakil dan Calon yang dilantik oleh
Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan. Jawatankuasa berkenaan berhak menerima atau menolak
borang-borang tersebut dan keputusannya adalah muktamad. [UUK 28 (4)]

1.3 TARIKH TUTUP PENCALONAN

Sila pastikan borang pencalonan (CALON/MAPA/2021/1) dihantar ke Dewan Dato’ Mohd. Ali
Baharum (A) Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor selewat-lewatnya pada
14 Oktober 2021 (Khamis) jam 5.00 petang. Borang Pencalonan yang diterima lewat
daripada jangkamasa tersebut akan dibatalkan pencalonannya. Koperasi yang
menghantar borang pencalonan adalah bertanggungjawab untuk memastikan borang
pencalonan tersebut diterima oleh Setiausaha Eksekutif ANGKASA.

2. PERWAKILAN

2.1 KELAYAKAN MENYERTAI MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN (MAPA)

Hanya perwakilan yang mematuhi kelayakan yang berikut layak menyertai Persidangan
Kebangsaan: [UUK 26 (1) (a) (b) (c)]

(a) tiap-tiap anggota Lembaga ANGKASA selagi mana tiada kekosongan dalam jawatannya;
(b) tiap-tiap anggota Jawatankuasa Perhubungan Negeri setiap Negeri selagi mana tiada

kekosongan dalam jawatannya; dan
(c) tiap-tiap Perwakilan Negeri selagi mana tiada kekosongan dalam jawatannya.

2.1.1 Perwakilan Negeri

Hanya orang yang mematuhi kelayakan yang berikut layak menjadi Perwakilan Negeri
bagi sesuatu Negeri:[UUK 26(A) (1)]

(a) layak sebagai Perwakilan Koperasi untuk menyertai Mesyuarat Agung Negeri
sesuatu Negeri;

(b) dipilih sebagai Perwakilan Negeri dalam Mesyuarat Agung Negeri itu; dan

(c) hanya mewakili satu koperasi anggota sahaja.

Pemilihan Perwakilan Negeri di Mesyuarat Agung Negeri adalah sah selama dua tahun
dari tarikh pemilihan Perwakilan Negeri itu menurut peraturan 17(5) Peraturan Koperasi
2010 [P.U (A) 422/2010].

2.2 BILANGAN WAKIL

Bilangan Perwakilan Negeri bagi sesuatu Negeri yang layak menyertai Mesyuarat Agung
Perwakilan ANGKASA hendaklah tidak melebihi bilangan tiga puluh peratus jumlah koperasi
anggota aktif dalam Negeri itu [UUK 26 (A (2))].

2.3 SEKATAN PENYERTAAN SEBAGAI PERWAKILAN DAN KEHADIRAN PEMERHATI

Mana-mana koperasi;

(a) koperasi dorman dalam senarai Suruhanjaya mengenai koperasi dorman pada tarikh
yang ditentukan Lembaga ANGKASA;

(b) koperasi tidak aktif dalam senarai Suruhanjaya mengenai koperasi tidak aktif pada
tarikh yang ditentukan Lembaga ANGKASA; dan

(c) koperasi anggota yang tidak mengadakan mesyuarat agung tahunannya dalam masa
tiga puluh enam bulan sebelum tarikh sesuatu Mesyuarat Agung Perwakilan
ANGKASA untuk sesuatu tahun,

tidak berhak menyertai melalui perwakilannya, pemerhatinya, wakil calonnya, jurucakapnya
atau orang lainnya yang layak menyertai, mana-mana Mesyuarat Agung Perwakilan,
Mesyuarat Agung Negeri atau mana-mana mesyuarat ANGKASA untuk tahun itu. [UUK 19]

2.4 TARIKH TUTUP PENAMAAN WAKIL

Jawatankuasa Perhubungan Negeri hendaklah memastikan kesemua nama Perwakilan Negeri
dalam senarai perwakilan yang disediakan hendaklah sampai ke tangan Setiausaha Eksekutif
dalam tempuh tujuh hari selepas Mesyuarat Agung Negeri.

2.5 PENGESAHAN PENDAFTARAN PERWAKILAN NEGERI

Pengesahan pendaftaran akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS)
kepada perwakilan. Semakan pendaftaran boleh dibuat melalui laman web ANGKASA
(www.angkasa.coop).

3. USUL

3.1 Segala Usul Negeri yang hendak dibawa ke dalam Mesyuarat Agung Perwakilan dan yang telah
diluluskan oleh sesuatu Mesyuarat Agung Negeri hendaklah sampai kepada Setiausaha
Eksekutif dalam tempoh tujuh hari selepas Mesyuarat Agung Negeri itu. [UUK 33 (1)]

3.2 Usul yang diterima selepas itu atau semasa Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA)
tidak dibenarkan kecuali yang dibenarkan oleh Perintah Tetap atau Aturan. [UUK 33 (2)]

3.3 Lembaga ANGKASA berhak untuk menapis segala usul yang diterima untuk dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA). [UUK 33 (3)]

4. ATUR CARA

Sabtu, 13 November 2021

8:00 pagi - 9:30 pagi - Pendaftaran Perwakilan
9:30 pagi
- Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) Bermula

- Rehat / Makan / Solat

- Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) Bersambung
hingga tamat

Setiausaha Eksekutif
ANGKASA


Click to View FlipBook Version