The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS PENERANGAN 2 - PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ADILAH BINTI BAHARUDIN Moe, 2020-11-18 20:40:04

HT-012-2:2012- CO7 BREAKFAST PRODUCTION

KERTAS PENERANGAN 2 - PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 – 8, BLOK E9,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 W.P. PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA

PROGRAM / HT-012-2:2012 PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN
PROGRAM CODE & NAME

TAHAP / LEVEL L2
HT-012-2:2012 - C07 BREAKFAST PRODUCTION
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY BREAKFAST PRODUCTION MENU
AKTIVITI KERJA / REQUIREMENT
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 2. SELECT BREAKFAST PRODUCTION STANDARD

RECIPES

3. SELECT SUITABLE BREAKFAST PRODUCTION
UTENSILS AND EQUIPMENT

4. SELECT BREAKFAST PRODUCTION INGREDIENTS

5. CARRY OUT BREAKFAST DISHES PRODUCTION

NO. KOD / CODE NO. HT-012-2:2012-C07/P(2/3) Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 9

TAJUK / TITLE:

KENALPASTI PERALATAN DAN PERKAKASAN MEMASAK UNTUK SARAPAN
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas ini memberi pengetahuan kepada murid untuk memahami jenis dan penggunaan
alatan dan perkakasan semasa menyedia, memasak dan memporsi sarapan.

PENERANGAN / INFORMATION :

1. Peralatan dan perkakasan untuk memasak hidangan sarapan
Jadual 7.1: Pengendalian dan Penggunaan Peralatan dan Perkakasan

Jenis-jenis Peralatan dan perkakasan Penerangan
Ketuhar Elektrik
 Ketuhar yang mempunyai ruang untuk
makanan dipanaskan dengan
menggunakan udara panas.

 Semasa memanaskan ketuhar,
elakkan tempoh masa yang lama dan
keperluan bagi mengelakkan
penggunaan tenaga yang berlebihan

 Untuk mengelakkan kehilangan tenaga
yang tinggi dan sebarang gangguan
ketika membakar, jangan buka pintu
lebih kerap daripada yang diperlukan.

 Penggunaan ruang yang kurang padat
di dalam ruang membakar
membolehkan peredaran haba yang
baik.

 Berbentuk seperti peti atau kabinet
dilengkapi dengan rak; ia juga
mempunyai pengaliran haba dan wap;
digunakan untuk proses
pegembangan/ penapaian doh.

Prover

Jenis-jenis Peralatan dan perkakasan Penerangan
Mozilla Firefox.lnk Dapur
 Mempunyai ruang yang terbuka di
bahagian atas, sama ada gegelung
elektrik atau api gas. Ruang di
bahagian atas adalah yang bahagian
yang paling cepat untuk sumber haba
dan terus boleh dimatikan selepas
digunakan.

 Pastikan api kecil/gas pilots dinyalakan
sebelum menghidupkan pembakar.

 Laraskan pengaliran udara supaya api
gas berwarna biru dengan hujung putih
untuk mendapatkan jumlah haba yang
maksimum.

 Elakkan daripada penggunaan haba
yang tinggi dengan api yang tinggi
melainkan terdapat aktiviti memasak.

 Memudahkan kerja memotong
kerana doh boleh dipotong dengan
tepat

 Doh tidak perlu diukur sebelum
dipotong

Pemotong Croissant

 Acuan muffin diperbuat daripada
aluminium atau silikon.

 Acuan muffin silikon adalah senang
untuk digunakan dan dikendalikan.

Acuan Muffin

Jenis-jenis Peralatan dan perkakasan Penerangan

 Periuk yang besar, mempunyai
kedalaman yang tinggi sesuai untuk
penyediaan stok dan mendidihkan
kuantiti cecair yang banyak.

Periuk Memasak

Penapis  Berbentuk bulat seperti cawan di
bahagian bawah, mempunyai jaringan
logam.

 Digunakan untuk menapis sayur,
pasta, dan sebagainya.

 Jaringan dawai halus yang disokong
dengan bingkai/ kerangka besi.

 Digunakan untuk mengayak tepung
dan semua bahan kering.

Pengayak  Menimbang berat bahan masakan
Penimbang kerana ketepatan ukuran berat bahan
adalah penting.

Jenis-jenis Peralatan dan perkakasan Penerangan

Pemotong doh 7- roda/ 7-Wheel Dough  Menjimatkan masa memotong
Cutter brownies, biskut, kek, pastri dan doh
pasta. Pemotong roda serbaguna ini
mempunyai kelebihan kekunci untuk
memastikan potongan yang sama saiz
dan seragam.

 Cara peggunaannya adalah dengan
melonggarkan skru bahagian sisi dan
laraskan rod bahagian luar sehingga
mendapatkan ukuran yang
dikehendaki, dan ketatkan kembali skru
yang dilaraskan. Buka roda antara 4-
7/8 ".

Pemotong doh  Kepingan keras dengan pemegang
kayu atau plastik di bahagian tepi.

 Digunakan untuk memotong doh
kepada beberapa bahagian dan
melicinkan/membersihkan permukaan
meja kerja.

 Bahan yang disarankan untuk
peralatan memasak adalah aluminium,
kayu, plastik dan keluli tahan karat.

 Bahan perlatalan memasak yang perlu
dielakkan adalah daripada kuprum dan
tembaga.

Peralatan memasak

Jenis-jenis Peralatan dan perkakasan Penerangan
Jag Penyukat
 Digunakan untuk menyukat bahan
yang dalam bentuk cecair. Sukatan
adalah dalam ml, liter, quart,
setengah gelen, dan gelen. Setiap saiz
adalah dibahagi kepada perempat
oleh senggang di bahagian tepinya.

Griddle  Berbentuk seperti kuali leper yang
bersaiz besar, permukaan yang panas
berfungsi untuk memasak makanan.

 Membersihkan permukaan kuali setiap
kali penggunaan membolehkan proses
memasak yang sempurna dan lebih
baik.

 Membersihkan dan mengilatkan
bahagian permukaan kuali
menggunakan griddle stone atau
griddle cloth sehingga permukaan
bersih.Untuk mengelakkan permukaan
daripada tercalar,bersihkan mengikut
arah ira keluli pada bahagian
permukaan kuali.

 Tujuan permukaan kuali ini perlu
dibersihkan supaya bahagian tersebut
menghasilkan permukaan yang tidak
melekat dan mengelakkan daripada
berkarat.

 Prosedur : Letakkan sedikit lapisan
minyak di permukaan kuali dan
panaskan kepada suhu 400°F(200°C).
Lap bersih dan ulangi proses ini
sehingga permukaan kuali licin dan
tidak melekit.

Jenis-jenis Peralatan dan perkakasan Penerangan

 Digunakan untuk sauté dan
menggoreng telur, sayuran, daging,
ikan dan sebagainya.

Kuali leper non stick

Senduk skimmer /Perforated skimmer  Sebuah cakera berlubang, berbentuk
Spatula Offset seperti senduk, mempunyai tangkai
yang panjang.

 Digunakan untuk menapis/ skimming
buih atau keladak dipermukaan cecair
seperti sup dan mengasingkan bahan
pepejal daripada sup, stok dan bahan
cecair yang lain.

 Merupakan bilah keluli yang luas, dan
mempunyai pemegang.

 Digunakan untuk membalikkan dan
mengangkat telur, penkek, daging dan
sebagainya yang dimasak
menggunakan griddles dan gril.

 Juga digunakan sebagai pengikis dan
membersihkan griddle dan meja kerja.

 Gelung dawai tahan karat-keluli yang
mempunyai pemegang.

 Digunakan untuk mencampur,
mengacau, memukul dan menggodak
adunan

Pemukul telur/ Whisk

Jenis-jenis Peralatan dan perkakasan Penerangan

 Untuk mengukus makanan

Pengukus


Click to View FlipBook Version