The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ADILAH BINTI BAHARUDIN Moe, 2020-12-02 11:08:11

Sarapan Antarabangsa docx

Sarapan Antarabangsa docx

Maksud Sarapan
Sarapan atau makan pagi adalah makanan pertama setiap hari, yang

diambil pada waktu pagi. Saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk
otak. Pemilihan sarapan, perlu mengambil kira hidangan yang kaya
karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan
mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah
hari.

Sarapan pagi biasanya diambil sebelum sesuatu kerja dimulakan
ataupun sebelum ke sekolah pada awal pagi. Sarapan yang baik adalah salah
satu yang menyediakan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada kalori
harian.

Sarapan juga merupakan cara terbaik untuk mendapatkan lebih banyak
serat ke dalam diet anda. Sarapan pagi adalah penting berkhasiat kerana ia
adalah makanan pertama yang dimakan untuk tempoh hampir 12 jam. Badan
memerlukan sarapan yang seimbang untuk berfungsi pada untuk cekap
terutamanya dalam memulakan hari yang baru.

1. Jenis-jenis Sarapan
Terdapat pelbagai jenis sarapan pagi mengikut budaya dan tempat.

i. Sarapan Tempatan
ii. Sarapan Antarabangsa

a) Sarapan Continental
b) Sarapan American
c) Sarapan English

a. Sarapan Antarabangsa

Sarapan Antarabangsa terbahagi kepada tiga jenis iaitu Sarapan
Amerika, Sarapan Continental dan Sarapan English.

a. Sarapan Continental

Sarapan yang ringkas dan ringan biasanya terdiri daripada
breadstuff (seperti roti bakar, croissant, dan pastri) bersama kopi, teh
atau jus buah-buahan. Sarapan Continental adalah berasal dari
hidangan sarapan Inggeris yang diolah. Sarapan Continental berasal di
Eropah. Sarapan Continental adalah sangat ringkas dan ringan, tidak
sarapan mempunyai persamaan dengan makanan Amerika. Untuk
sarapan jenis ini, anda sentiasa dihidangkan bersama kopi (atau teh)
dan pastri, serta segelas kecil jus.

Porsi hidangan sarapan Eropah adalah sedikit dan ianya
mempunyai beberapa sebab. Di Eropah, terutama Eropah Barat, iaitu,
Perancis, Itali dan lain-lain, mereka selalu mengambil hidangan makan
malam pada waktu lewat malam. Restoran disana tidak
menghidangkan makan malam sebelum jam 8 malam, jadi mereka
mula makan lebih lewat daripada orang Amerika sebagai makan malam.
Jadi, jika pengambilan hidangan makan malam yang lewat, pada waktu
pagi keesokannya, mereka tidak akan menjadi terlalu lapar dan kerana
itulah hidangan sarapan yang dihidangkan adalah ringkas dan ringan.
.

Contoh Jenis hidangan Sarapan Continental.

Jenis hidangan Penerangan
Pastri
 Adunan doh yang dibakar yang
dihasilkan daripada tepung, gula,
susu,mentega, lemak sayuran,
serbuk penaik dan telur. Contoh
pastri biasanya dihidangkan pada
sarapan pagi.

 Lapisan adunan doh yis yang
dilapis dengan lemak sayuran
atau mentega dan berintikan
dengan kepingan badam, keju,
jem, atau pengisian inti yang
lain.

Pastri Danish

 Saiz yang kecil, roti ringkas dan
ringan yang dibakar dalam
loyang muffin.

Muffin

Bagels  Tergolong dalam jenis roti. Roti
Roti bakar gulung berbentuk
Buah-buahan cincin/bertekstur berat
Minuman
 Dihidangkan dengan jem, ,
madu, mentega atau keju krim

 Potongan buah-buahan
segar

 Kopi, teh dan jus buah-buahan
segar

b. Sarapan Amerika

Secara umumnya, Sarapan Amerika adalah gabungan antara
dua biji telur (digoreng atau direbus), daging dihiris atau sosej, roti atau
roti bakar dengan jem / jeli / mentega, penkek dengan madu, emping
jagung atau bijirin lain, kopi / teh, oren / jus limau gedang. Ia juga
dikenali sebagai gaya sarapan Amerika.

Sarapan Amerika biasanya dimulakan dengan air kopi atau teh.
Kemudian, hidangan yang seterusnya adalah telur dan daging atau
sosej,. Selain itu, akan hidangkan juga dengan hash browns, beberapa
keping roti bakar mentega dan segelas jus.

Sebahagian hidangan sarapan Amerika juga dihidangkan
bersama penkek, wafel, French toast beserta daging atau sosej. Pada
asasnya, porsi hidangan sarapan Amerika adalah sangat besar dan
tinggi nilai kalori makanan.

Perkataan "sarapan" berasal dari pepatah lama "berbuka
puasa," dimana waktu tidur tempoh masa dimana waktu tidak
menjamah apa-apa hidangan.Apabila tiba waktu bangun di awal pagi,
kita mula “berbuka puasa” dengan memakan sesuatu. Sebahagian
besar di Amerika, mereka cenderung untuk makan malam awal dan
waktu untuk tidur agak awal. Jadi, tempoh tidur adalah waktu berpuasa
dan ianya adalah tempoh masa yang panjang. Disebabkan tempoh
yang panjang ini, hidangan sarapan Amerika dihidang dalam porsi yang
besar. Di Eropah, mereka tidak boleh mengambil hidangan makan
malam lewat, jadi mereka mempunyai masa berpuasa yang lebih
singkat; dan secara semula jadi sarapan orang Eropah adalah
hidangan sarapan yang ringan dan ringkas.

Jenis- jenis hidangan Sarapan Amerika

 telur rebus, telur goreng,

1.Hidangan berasaskan telur telur dadar/ omelette , telur

carak

2. Hidangan berasaskan bater  penkek, wafel

3. Pelbagai hidangan Roti  French toast, sandwich

4.Hidangan berasaskan daging  sosej, daging hams, bakon

5. Hidangan berasaskan ubi kentang  hash browns, jejari kentang

6.Minuman  Kopi, teh dan jus buah-buahan
segar

Contoh hidangan sarapan Amerika


Click to View FlipBook Version