The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by intannne, 2023-03-24 14:02:43

BMMB1134 ISU & HALANGAN DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA

BMMB1134 KETERAMPILAN BERBAHASA

DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA ISU & HALANGAN INTAN NUR AMALIN BINTI MOHD NOOR


Tentang Saya Nama: Intan Nur Amalin binti Mohd Noor Kelas: Bahasa Melayu 1 Kursus: BMMB1134- Keterampilan Berbahasa Nama Pensyarah: Dr Maria binti Tahir


Isi Kandungan Maksud Keterampilan Berbahasa Isu Keterampilan Berbahasa Halangan Keterampilan Berbahasa Kepentingan Keterampilan Berbahasa


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), keterampilan membawa maksud kecekapan atau kemampuan yang tinggi manakala berbahasa bermaksud mempunyai bahasa dan menggunakan bahasa serta mempunyai budi bahasa yang baik. Keterampilan berbahasa merupakan cara penggunaan bahasa seseorang ketika berkomunikasi sama ada dari segi kesopanan atau kehalusan berbahasa mengikut situasi dan keadaan yang sesuai. Cara berkomunikasi yang sopan santun supaya tidak dianggap biadap seperti bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya. Apa itu Keterampilan Bahasa ?


Task Name Task Name 03 01 BAHASA MEDIA SOSIAL Isu Keterampilan Bahasa 02 BUDAYA


Isu Bahasa 01 02 Kecelaruan bahasa bermaksud kecacatan dari segi penggunaan atau pemahaman tentang bahasa dalam bentuk pertuturan, penulisan, dan simbol. Hal ini disebabkan oleh penggunaan bahasa yang pelbagai bagi setiap individu. Contohnya, kebanyakan rakyat yang berkaum Cina menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa yang salah seperti kata-kata kesat yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Perkara ini juga akan menimbulkan kesalahfahaman antara individu terbabit. Selain itu, hujah yang bersifat negatif juga menyebabkan berlakunya penggunaan bahasa kurang sopan dan menyakitkan hati orang lain.


Penggunaan laras bahasa yang sesuai dalam setiap keadaan. Menggunakan laras bahasa yang formal dalam situasi formal seperti pengucapan awam dan sebagainya. Manakala laras bahasa tidak formal digunakan ketika dalam situasi yang biasa. Laras bahasa yang baik dapat menunjukkan keterampilan individu tersebut dalam melontarkan pertuturan. Isu Bahasa


Isu Budaya Task Name Task Name Task Name Istilah budaya berasal daripada bahasa Latin iaitu 'colere' yang bermaksud kehidupan manusia yang sentiasa memelihara dan melakukan pelbagai tindakan (Hamid Moiden et al., 2020). Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya yang menyebabkan berlakunya persilangan budaya. Persilangan budaya penting bagi memudahkan penggunaan dan persefahaman dalam komunikasi antara bangsa dan budaya yang berbeza. Terdapat juga .pengaruh daripada budaya Barat seperti pencampuran penggunaan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu yang dikenali sebagai 'Manglish' menyebabkan berlakunya kekeliruan dalam komunikasi.


Isu Media Sosial Task Name Task Name 01 04 Penggunaan bahasa rojak iaitu mencampurkan pelbagai bahasa dalam berkomunikasi menyebabkan masalah komunikasi dalam bahasa Melayu. Penggunaan bahasa rojak berleluasa oleh stesen televisyen akan membebankan tugas pendidik untuk perbetulkan tatabahasa bahasa Melayu dalam kalangan pelajar (Hidayah Shafiee et al., 2019). 02 03 Bahasa Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah sangat banyak digunakan dalam kalangan masyarakat kini. Penggunaan bahasa ini adalah lebih mesra dan lebih ringkas. Bahasa lucah digunakan secara berleluasa pada zaman kini terutamanya di media sosial. Hal ini menyebabkan bahasa tercemar dan menunjukkan keterampilan individu itu berbahasa berada pada tahap yang rendah. Penggunaan bahasa slanga biasanya digunakan dalam kalangan remaja di media sosial menyebabkan bahasa Melayu yang baku tercemar.


Task Name Task Name 03 01 GANGGUAN EMOSI PERSEKITARAN Halangan Keterampilan Bahasa 02 MESEJ DISAMPAIKAN MELALUI SALURAN KEDUA


Task Name Task Name MAKLUM BALAS 04 05 KOMUNIKASI SEHALA Halangan Keterampilan Bahasa


Gangguan emosi menjadi halangan dalam berkomunikasi kerana sesetengah individu menerima dan memahami mesej yang disampaikan mengikut emosinya ketika itu. Contohnya, sewaktu individu itu tengah marah, kemudian dia menerima satu mesej, kemungkinan dia akan membalas mesej tersebut dengan kata-kata yang tidak baik atau tidak memberi respon langsung. Hal ini akan menyebabkan komunikasi tersebut tidak berjalan lancar dan menghalang interaksi berikut berlaku. Gangguan Emosi


Mesej disampaikan menerusi saluran kedua atau pengirim bukan disampaikan secara terus kepada orang individu yang terbabit. Hal ini akan menyebabkan terdapat maklumat yang akan ditokok tambahkan oleh pengirim. Oleh itu, komunikasi tersebut terhalang kerana akan berlaku salah faham apabila maklumat tersebut diterima oleh individu yang ditujukan itu. Mesej Disampaikan Melalui Saluran Kedua


Persekitaran 01 02 Halangan luar seperti persekitaran yang bising menyebabkan penerima sukar untuk mendengar dan proses komunikasi akan terganggu. Contohnya, bunyi kenderaan atau mesin rumput yang mengahalng untuk berkomunikasi. Hal ini akan menyebabkan penerima membuat andaian sendiri kerana tidak dapat mendengar maklumat yang disampaikan itu dengan baik. Persekitaran yang gelap juga menghalang penglihatan menyebabkan sukar untuk menulis dan membaca terutamanya kepada murid-murid. Selain itu, persekitaran yang kotor juga menjejaskan tahap penguasaan bahasa murid kerana keadaan yang tidak selesa dan mengganggu mereka. Oleh itu, penguasaan kemahiran berbahasa ini akan berkesan apabila mempunya persekitaran yang kondusif.


Penerimaan maklum balas adalah sangat penting untuk sebuah komunikasi itu berjalan lancar dan berkesan. Contohnya, murid memberi maklum balas apabila guru mengajar di dalam kelas menunjukkan mesej yang disampaikan oleh guru tersebut sampai dan berjaya. Maklum balas juga boleh diberikan dalam bentuk bahasa badan bukan sahaja secara lisan. Maklum Balas


Komunikasi Sehala Halangan komunikasi juga berlaku akibat komunikasi secara sehala sahaja. Komunikasi sehala menyebabkan komunikasi itu tidak berjalan lancar kerana pengirim tidak akan menerima respon atau reaksi daripada penerima. Biasanya, komunikasi sehala dilakukan untuk menyampaikan maklumat secara penjelasan kepada penerima seperti ceramah atau komunikasi di televisyen, radio, pengumuman penting di media-media cetak seperti surat khabar dan majalah. Selain itu, penyampai juga tidak dapat mengetahui kelemahan untuk diperbaiki kerana tidak menerima maklum balas daripada penerima.


Kepentingan Keterampilan Berbahasa Penting dalam bidang pentadbiran iaitu dengan mempunyai pemimpin yang berbudi bahasa dalam mentadbir negara supaya tidak berlaku persalahfahaman antara pemimpin dengan rakyat. Apabila melaksanakan pekerjaan perlulah menggunakan bahasa yang betul supaya dapat menampilkan bahasa yang sopan dan dapat memudahkan urusan kerana tidak berlaku sebarang permasalahan. Menurut Amat Juhari Moin (1989), kesantunan berbahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui tulisan atau lisan.


Kesimpulan Task Name Task Name Task Name Tuntasnya, terdapat banyak isu dan halangan yang menyebabkan keterampilan berbahasa dalam komunikasi khususnya terjejas. Masalah ini perlulah dicegah daripada semakin sebati dengan masyarakat kini terutamanya remaja kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Oleh itu, semua pihak seperti guru dan ibu bapa serta masyarakat perlulah bahu membahu dalam mengatasi masalah ini supaya martabat bahasa Melayu terus dijunjung tinggi.


Rujukan


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version