buku PENGURUSAN PRASEKOLAH PRASEKOLAH SK INANAM LAUT WDT 46: 88450 Inanam Sabah KOD SEKOLAH : XBA4091 NO. TEL/FAX: 088-421208 PENGURUSAN PRASEKOLAH 0
KANDUNGAN Bil Kandungan Halaman 1 Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia 4 2 Falsafah Pendidikan Negara 5 3 Falsafah Pendidikan Prasekolah 6 4 Aspirasi Sistem Pendidikan 7 5 Visi Dan Misi KPM 8 6 Visi SK Inanam Laut 9 7 Misi SK Inanam Laut 10 8 Visi, Misi dan Moto Prasekolah SK Inanam Laut 11 9 Matlamat Prasekolah SK Inanam Laut 12 10 Objektif Prasekolah SK Inanam Laut 13 11 Huraian Logo SK Inanam Laut 14 - 15 12 Sejarah Penubuhan Prasekolah SK Inanam Laut 16 13 Pelan Sekolah 17 14 Pelan Kecemasan SK Inanam Laut 18 15 Pelan Lantai Kelas Pra Seroja / Pra Ixora 19 TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/ 2025 1
KANDUNGAN Bil Kandungan Halaman 16 Pelan Lantai Kelas Pra Kekwa / Pra Lily 20 17 Carta Organisasi Prasekolah SK Inanam Laut 21 - 26 18 Enrolmen Murid Prasekolah Sesi 2024/2025 27 19 Cara Membuat Permohonan Prasekolah 28 20 Pakaian Rasmi Murid Prasekolah 29 21 Syarat Kemasukan Murid Prasekolah 30 22 Peraturan Prasekolah 31 - 33 23 Maklumat Guru Prasekolah Dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) 34 - 37 24 Bidang Tugas Guru Prasekolah 38 - 44 25 Bidang Tugas Pembantu Pengurusan Murid (PPM) 45 - 52 26 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSKP) 53 - 56 27 Modul – Modul yang digunakan Di Prasekolah (dibekalkan dari BPK) 57 - 58 28 Jadual Waktu Kelas 59 - 63 29 Cara Penilaian Murid Prasekolah 64 - 67 30 Agihan Penggal Persekolahan 2024/2025 68 31 Cuti Perayaan 2024/2025 69 TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/ 2025 2
KANDUNGAN Bil Kandungan Halaman 33 Data Murid Prasekolah Sesi 2024/2025 70 - 76 34 Perancangan Kewangan Prasekolah Sesi 2024/2025 77 - 79 35 Perancangan Takwim Tahunan Prasekolah Bagi Sesi 2024/2025. 80 - 84 36 Menu Prasekolah SK Inanam Laut 85 - 86 37 Senarai Kandungan Fail Pengurusan Prasekolah 87 - 91 38 PSO 92 - 106 39 Senarai Buku Rujukan 107 41 Tarikh Semakan Buku Log PPM Tahun 2024/2025 108 42 Tarikh Semakan Rekod Persediaan Mengajar 109 43 Nota Aktiviti Saya Guru Prasekolah 110 - 113 44 Catatan Guru Prasekolah 114 - 115 TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/ 2025 3
Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 ♦ Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. ♦ Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera . ♦ Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan Negara. ♦ Memberi peluang-peluang Pendidikan kepada semua warganegara. 4
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkann kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 5
FALSAFAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH Melahirkan murid-murid prasekolah yang mempunyai asas 3M, berani, berjiwa murni, pandai bergaul serta celik IT demi memastikan kejayaan di dalam Pendidikan formal yang bakal ditempuhi kelak serta menjadikan anak-anak yang berjaya di masa hadapan. TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 6
TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 7
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 8
Sekolah Kebangsaan Inanam Laut akan menjadi sebuah Sekolah Cemerlang dalam daerah Kota Kinabalu Visi SK INANAM LAUT TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 9
Misi SK INANAM LAUT Meneruskan aktiviti program Pendidikan Kebangsaaan. Memantapkan suasana dan persekitaran sekolah yang merangsang pengajaran dan pembelajaran. Menyemai, memupuk dan menjana rasa kecintaan terhadap sekolah di kalangan warga Sekolah Kebangsaan Inanam Laut. Menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Melahirkan para pelajar yang mempunyai disiplin kendiri, berketrampilan, berdikari, berpersonaliti, efisien dan efektif serta peka akan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Mewujudkan permuafakatan dan kerjasama dengan masyarakatsetempat. TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 10
Menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek JERIS, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebelum ke Pendidikan formal di Tahun 1 Visi PRASEKOLAH SK INANAM LAUT TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 Misi PRASEKOLAH SK INANAM LAUT Menyediakan peluang yang sama rata, pembelajaran terancang, tempat yang selesa dan suasana pembelajaran yang ceria. Moto PRASEKOLAH SK INANAM LAUT “ Belajar Melalui Bermain ” 11
TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. 12
TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif yang menjadi warganegara yang patriotik. 2. Menggunakan Bahasa Melayu dengan betuldan memperkembangkan kemahiran barbahasa untuk berkomunikasi. 3. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukan sebagai Bahasa kedua. 4. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian. 5. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. 6. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah 7. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial. 8. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik. 9. Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya. 13
TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 COGAN KATA SEKOLAH Ilmu Penyuluh Hidup MAKSUD LAMBANG: BUKU Sumber ilmu pengetahuan, mengandungi pelbagai ilmu perlu dibaca, dihayati dan diamalkan untuk kejayaan. OBOR Ilmu pengetahuan sebagai penyinar atau suluh hidup menuju kejayaan. LINGKARAN KUNING Agama yang menjadikan tunjang kehidupan untuk kejayaan hidup di dunia dan akhirat. . 14
TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 . 15 MAKSUD WARNA: ❖ BIRU TUA DAN PUTIH Warna pakaian seragam sekolah rendah. Melambangkan anak – anak di sekolah ini yang datang dengan penuh harapan untuk menuntut ilmu. ❖ PUTIH Nilai – nilai murni dan akhlak mulia. Murid – murid yang sentiasa mengamalkan nilai – nilai murni dan berakhlak mulia dalam kehidupan seharian. ❖ HIJAU Kesuburan akal fikiran, kecerdasan fizikal dan mental. Sentiasa dijaga untuk terus berkembang
SEJARAH PENUBUHAN PRASEKOLAH SK INANAM LAUT SK Inanam Laut diasaskan oleh Allahyarham KK Md. Yassin bin Hj. Ghani bersama beberapa orang penduduk Kampung Inanam Laut. SK Inanam Laut mula beroperasi pada awal tahun 1982, dengan jumlah murid seramai 133 orang dan 4 buah kelas. Dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan petang, mula diperkenalkan di SK Inanam Laut pada tahun 1987. Pada tahun 2006, Prasekolah SK Inanam Laut mula beroperasi dengan infrastruktur sebuah kelas yang berkapasiti menampung jumlah murid seramai 25 orang. Infrastruktur prasekolah mula berkembang kepada 2 kelas pada tahun 2013, dengan kapasiti menampung jumlah murid seramai 50 orang. Pada tahun2016, kapasiti Prasekolah SK Inanam Laut berkembang dengan pengenalan 2 sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan petang. Prasekolah SK Inanam Laut, mula beroperasi dengan 4 kelas (Kelas Pra Seroja, Pra Kekwa, Pra Kekwa dan Pra Lily), yang berkapasiti menampung jumlah murid seramai 100 orang. Prasekolah SK Inanam Laut sehingga hari ini , beroperasi dengan 4 orang guru prasekolah 4 orang PPM prasekolah TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 16
TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 PELAN SEKOLAH 17
TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 PELAN KECEMASAN SK INANAM LAUT 18
TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 PELAN LANTAI KELAS PRA SEROJA / PRA IXORA SK INANAM LAUT 19
TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 PELAN LANTAI KELAS PRA KEKWA / PRA LILY SK INANAM LAUT 20
TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 CARTA ORGANISASI INDUK TAHUN 2024/2025 PRASEKOLAH SK INANAM LAUT En abd arif bin sulaiman GURU BESAR Pn zharinah binti gulam rasul PK PENTADBIRAN PN JARAH IBRAHIM PK KO-KURIKULUM PN NORAIMA BINTINGAN PK HEM PN MASLINAH NARION PK PETANG PN ELISA @ EMILY CARLOS PENYELARAS PRA Prnyelaras pentaksiran pra GURU KELAS pra kekwa PN LESLY DULIS PEN. PENYELARAS PRA PENYELARAS data prasekolah Guru kelas pra ixora CIK MARTINA maria LIM Setiausaha pra PENYELARAS ts25 / fail pra Guru kelas pra seroja PN. SAUZANIH BINTI HJ SULAIMAN BENDAHARI PRASEKOLAH Guru kelas pra lily PN siti KHADIJAH BINTI ABD MUBARAK KETUA PPM Ppm pra ixora CIK ORLANDA EVA paulinus SETIAUSAHA fail prasekolah Ppm pra lily PN NORMAH binti GUNIR SETIAUSAHA PENDAFTARAN Ppm pra seroja CIK NINA AQILAH SYAMIMI BINTI ABD RAHIM PENYELARAS KECERIAAN PRA Ppm pra kekwa 21
TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENYELARAS FAIL PRASEKOLAH TAHUN 2024/2025 En abd arif bin sulaiman GURU BESAR Pn zharinah binti gulam rasul PK PENTADBIRAN PN JARAH IBRAHIM PK KO-KURIKULUM PN NORAIMA BINTINGAN PK HEM PN MASLINAH NARION PK PETANG PN ELISA @ EMILY CARLOS PENYELARAS PRA GURU KELAS pra kekwa CIK MARTINA maria LIM PENYELARAS fail praSEKOLAH / TS25 PN. SAUZANIH BINTI HJ sulaiman PN siti KHADIJAH BINTI ABD MUBARAK CIK ORLANDA EVA paulinus PN NORMAh binti GUNIR CIK NINA AQILAH SYAMIMI BINTI ABD RAHIM PN LESLY DULIS AJK 22
TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 CARTA ORGANISASI BAHAGIAN BENDAHARI PRASEKOLAH TAHUN 2024/2025 En abd arif bin sulaiman GURU BESAR Pn zharinah binti gulam rasul PK PENTADBIRAN PN JARAH IBRAHIM PK KO-KURIKULUM PN NORAIMA BINTINGAN PK HEM PN MASLINAH NARION PK PETANG PN ELISA @ EMILY CARLOS PENYELARAS PRA PN. SAUZANIH BINTI HJ sulaiman BENDAHARI PRASEKOLAH CIK ORLANDA EVA Paulinus PENYELARAS NOTA MINTA BARANGAN BASAH DAN KERING AJK CIK NINA AQILAH SYAMIMI BINTI ABD RAHIM PENYELARAS aset prasekolah PN siti KHADIJAH BINTI ABD MUBARAK PENYELARAS REKOD BARANGAN BASAH DAN KERING PRASEKOLAH PN NORMAH BINTI GUNIR PENYELARAS REKOD STOK BARANGAN ASET/ PCG PRASEKOLAH 23
TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENYELARAS Pendaftaran murid PRASEKOLAH TAHUN 2024/2025 En abd arif bin sulaiman GURU BESAR Pn zharinah binti gulam rasul PK PENTADBIRAN PN JARAH IBRAHIM PK KO-KURIKULUM PN ELISA @ EMILY CARLOS PENYELARAS PRA Pn Lesly dulis PENYELARAS pendaftaran murid prasekolah PN normah binti gunir Setiausaha pendaftaran murid prasekolah CIK ORLANDA EVA paulinus PN siti KHADIJAH BINTI ABD MUBARAK CIK NINA AQILAH SYAMIMI BINTI ABD RAHIM AJK PN MASLINAH NARION PK PETANG PN NORAIMA BINTINGAN PK HEM PN. SAUZANIH BINTI HJ sulaiman Cik martina maria lim 24
TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH TAHUN 2024/2025 En abd arif bin sulaiman GURU BESAR PENGERUSI PN JARAH IBRAHIM PK KO-KURIKULUM Pn Lesly dulis NAIB SETIAUSAHA AHLI JAWATANKUASA PN MASLINAH NARION PK PETANG PN NORAIMA BINTINGAN PK HEM SETIAUSAHA PN. SAUZANIH BINTI HJ sulaiman Cik martina maria lim Pn zharinah binti gulam rasul PK PENTADBIRAN NAIB PENGERUSI PN normah binti gunir PN ELISA @ EMILY CARLOS PN siti KHADIJAH BINTI ABD MUBARAK CIK NINA AQILAH SYAMIMI BINTI ABD RAHIM CIK ORLANDA EVA paulinus Pn zaiton BINTI ALI HASSAN PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS 25
TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH TAHUN 2024/2025 En abd arif bin sulaiman GURU BESAR Pn zharinah binti gulam rasul PK PENTADBIRAN PN JARAH IBRAHIM PK KO-KURIKULUM PN NORAIMA BINTINGAN PK HEM PN MASLINAH NARION PK PETANG PN ELISA @ EMILY CARLOS PENYELARAS PENTAKSIRAN KETUA PENTAKSIRAN TUNJANG KOMUNIKASI (bm & PERKEMBANGAN KEMANUSIAAN) PN. SAUZANIH BINTI HJ sulaiman KETUA PENTAKSIRAN TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI CIK ORLANDA EVA Paulinus AJK PENTAKSIRAN KELAS PRA LILY CIK NINA AQILAH SYAMIMI BINTI ABD RAHIM AJK PENTAKSIRANKELAS PRA SEROJA PN siti KHADIJAH BINTI ABD MUBARAK AJK PENTAKSIRAN KELAS PRA IXORA PN NORMAH BINTI GUNIR AJK PENTAKSIRANKELAS PRA SEROJA CIK MARTINA maria LIM KETUA PENTAKSIRAN TUNJANG KOMUNIKASI (BI & PERKEMBANGAN FIZIKAL) PN LESLY DULIS KETUA PENTAKSIRAN TUNJANG KEROHANIAN DAN KETRAMPILAN DAN ESTETIKA 26
Murid Lelaki : 47 orang 6 Tahun : 37 orang 5 Tahun : 10 orang JUMLAH KESELURUHAN MURID : 100 ORANG Enrolmen Murid 2024 Murid Perempuan Murid Lelaki Murid Perempuan : 53 orang 6 Tahun : 35 orang 5 Tahun : 18 orang TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 27
Permohonan Secara Manual 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelumnya. Dapatkan borang permohonan di sekolah yang dimohon. Permohonan Dalam Talian (Online) 1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya. Laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/ Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei. Cara Membuat Permohonan TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 28
Pakaian Rasmi Murid Prasekolah KPM MURID LELAKI MURID PEREMPUAN Bertudung Putih T-Shirt Putih Berkolar Lencana Dan Tanda Nama Di Sebelah Kiri Baju Seluar Sukan Biru Gelap Kasut dan Stokin Berwarna Hitam TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 29
Syarat-syarat kemasukan murid Pemilihan murid adalah berdasarkan merit 1 Kelonggaran juga diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 3+ (lahir dari 2 Januari hingga 15 Januari) tahun persekolahan semasa 5 Keutamaan adalah kepada murid berumur 5+ 3 Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja 2 Kanak-kanak berumur 4+ (lahir 1 Januari hingga 31 Disember) dan 5+ (lahir 2 Januari hingga 31 Disember) tahun persekolahan semasa 4 Kanak-kanak yang genap umur 6 tahun pada 1 Januari (tahun semasa) adalah tertakluk kepada pendidikan wajib. Walau bagaimanapun, kanakkanak ini layak memohon ke prasekolah sekiranya mendapat kelulusan penangguhan ke Tahun Satu 6 TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 30
KETETAPAN WAKTU ➢ Waktu rasmi PdP prasekolah bermula pada pukul 6.45 pagi – 11:00 pagi bagi sesi pagi dan bermula pada pukul 12.15 tengah hari – 4.30 petang bagi sesi petang (Isnin sehingga Jumaat) ➢ Ibubapa /penjaga WAJIB menghantar murid ke prasekolah sebelum jam 6.45 pagi bagi sesi pagi dan sebelum pukul 12.45 tengah hari bagi sesi petang, setiap hari persekolahan. ➢ Ibubapa /penjaga mesti mengatur pengangkutan untuk murid demi keselamatan murid serta memastikan murid balik ke rumah dalam masa 30 minit selepas tamat sesi persekolahan. Keselamatan murid jagaan adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa / penjaga sekiranya berlaku kelewatan mengambil murid. KEHADIRAN ➢ Murid wajib hadir ke sekolah setiap hari persekolahan.hari persekolahan. ➢ Ketidak hadiran murid perlu dimaklumkan kepada guru atau disertakan dengan surat / sijil sakit atau rawatan doktor. ➢ Murid yang sakit ingin balik awal mesti dibawa oleh ibubapa sendiri dan menandatangani “Buku Rekod Balik Awal” sebelum keluar kawasan sekolah. PAKAIAN MURID ➢ Pemakaian uniform prasekolah yang ditetapkan, adalah kasut sekolah putih / hitam dan berstoking putih / hitam ke sekolah setiap hari. ➢ Murid adalah DIWAJIBKAN memakai Pakaian Seragam Prasekolah pada setiap hari. ➢ Lencana sekolah dan tanda nama dijahit pada dada sebelah KIRI baju seragam prasekolah. ➢ Tanda nama dijahit di bawah lencana. ➢ Penyediaan satu set pakaian untuk simpan di dalam beg murid supaya dapat ditukar jika baju murid kotor. ➢ Berikut merupakan contoh baju seragam prasekolah. Sebarang perubahan tertakluk kepada arahan pihak sekolah. PERATURAN PRASEKOLAH TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 31
PERATURAN PRASEKOLAH TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 RAMBUT MURID PRASEKOLAH ➢ Rambut murid prasekolah lelaki tidak menutupi garisan dahi dan kedua-dua telinga atau sebahagiannya. ➢ Rambut murid prasekolah perempuan tidak menutupi kedua-dua kening mata. ➢ Rambut nurid prasekolah perempuan yang Panjang diwajibkan diikat/ ditocang dengan reben/ getah rambut yang berwarna hitam atau biru sahaja. BARANGAN LARANGAN ➢ Telefon bimbit ➢ Barangan emas/ hiasan ➢ Alat permainan ➢ Alatan tajam seperti gunting, pisau kecil ➢ Pensel Mechanical SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN ➢ Sistem mengumpul maklumat /data peribadi murid dengan talianon-line ➢ Borang SMPK perlu dilengkapkan oleh setiap ibubapa/ penjaga dengan maklumat yang tepat, betul dan jujur ➢ Borang yang diagih perlu kembali ke sekolah pada masa yang ditetapkan. MAKANAN DAN MINUMAN ➢ Setiap hari murid akan diberi sarapan pagi dan minum pagi oleh pihak prasekolah mengikut menu yang ditetapkan oleh KPM & JPNS. ➢ Walau bagaimanapun, ibu bapa dibenarkan untuk menyediakan bekalan/minuman untuk anak masingmasing. ➢ Pihak sekolah melarang sama sekali murid membawa makanan/minuman ringan ataupun makanan yang tidak berkhasiat. ➢ Kerjasama dari ibu bapa amatlah diharapkan dengan memaklumkan pihak prasekolah sekiranya murid ada masalah elergi makanan/minuman. PERALATAN DAN KELENGKAPN MURID ➢ Ibubapa dikehendaki menyediakan peralatan, keperluan dan kelengkapan murid sepanjang sesi persekolahan seperti :- ➢ Peralatan alat tulis (seperti cawan, berus gigi, ubat gigi, sapu tangan dan sebagainya) ➢ Pakaian tambahan perlu disediakan untuk kes-kes kecemasan. PERALATAN DAN KELENGKAPAN MURID ➢ Ubat-ubatan sekiranya murid sakit dan memerlukan rawatan. ➢ Semua lembaran kerja / tugasan yang diberikan oleh guru mesti disiapkan oleh murid ➢ Sekiranya ibubapa memerlukan lembaran kerja / tugasan tambahan sebagai kerja rumah, ibu bapa boleh membeli buku kerja sendiri dan pihak sekolah akan membantu menyemak hasil kerja murid. 32
PERATURAN PRASEKOLAH TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 AKTIVITI DAN PROGRAM PRASEKOLAH ➢ Ibubapa diwajibkan mengikuti / menyertai semua aktiviti / program prasekolah yang memerlukan penglibatan dari ibubapa contohnya seperti Mesyuarat Waris Prasekolah, gotong-royong, Majlis Tamat Prasekolah, Majlis Akhir Tahun dan sebagainya. ➢ Sekiranya ibu atau bapa tidak dapat menghadirkan diri semasa aktiviti dijalankan, ibubapa diminta untuk menghantar wakil. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBU BAPA / PENJAGA MURID ➢ Sungguhpun guru adalah seorang pendidik di sekolah, namun ibubapa / penjaga juga merupakan seorang guru semasa berada di rumah. Masa yang diperuntukkan di rumah adalah lebih banyak bersama-sama sendiri itu, ibubapa / penjaga berperanan untuk memantau kerja sekolah murid yang diberikan oleh guru untuk disiapkan oleh murid itu sendiri dan seharusnya ibubapa / penjaga menjadi pembimbing anak masing-masing. ➢ Sekiranya anak / anak jagaan anda merosakkan barang-barang / peralatan di prasekolah, ibu bapa / penjaga perlu menggantikan barang tersebut mengikut harga semasa. ➢ Sekiranya nombor telefon ibubapa / penjaga ada perubahan, sila maklumkan kepada pihak pengurusan prasekolah. PELAN LALUAN ➢ Murid Prasekolah akan mengikut laluan pintu pagar utama Flat Guru. ➢ Kereta ibubapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan Flat Guru. 33
MAKLUMAT GURU DAN PPM SK INANAM LAUT TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 GURU KELAS PRA SEROJA NAMA MARTINA MARIA LIM JANTINA PEREMPUAN KELAYAKAN AKADEMIK IJAZAH SARJANA LANJUTAN (M.ED) KELAYAKAN IKTISAS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA OPSYEN 1). TESL SEK RENDAH 2). PRA/PM/PSV TARIKH MULA BERKHIDMAT DI SEKOLAH SEMASA 03 FEBRUARI 2020 PENGALAMAN MENGAJAR SEJAK 01 JANUARI 2006 NAMA NORMAH BINTI GUNIR JANTINA PEREMPUAN KELAYAKAN AKADEMIK STP/HSC/STPM/SIJIL POLITEKNIK TARIKH MULA BERKHIDMAT DI SEKOLAH SEMASA 20 MEI 2013 PENGALAMAN MENGAJAR SEJAK 20 MEI 2013 PPM KELAS PRA SEROJA 34
MAKLUMAT GURU DAN PPM SK INANAM LAUT TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 GURU KELAS PRA KEKWA NAMA ELISA @ EMILY CARLOS JANTINA PEREMPUAN KELAYAKAN AKADEMIK IJAZAH SARJANA MUDA KELAYAKAN IKTISAS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA OPSYEN PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK TARIKH MULA BERKHIDMAT DI SEKOLAH SEMASA 03 FEBRUARI 2020 PENGALAMAN MENGAJAR SEJAK 24 JULAI 2000 NAMA NINA AQILAH SYAMIMI BINTI ABD RAHIM JANTINA PEREMPUAN KELAYAKAN AKADEMIK SPM/MCE/SPMV/SIJIL POLITEKNIK TARIKH MULA BERKHIDMAT DI SEKOLAH SEMASA 29 OGOS 2016 PENGALAMAN MENGAJAR SEJAK 29 OGOS 2016 PPM KELAS PRA KEKWA 35
MAKLUMAT GURU DAN PPM SK INANAM LAUT TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 GURU KELAS PRA IXORA NAMA LESLY DULIS JANTINA PEREMPUAN KELAYAKAN AKADEMIK IJAZAH SARJANA LANJUTAN (M.ED) KELAYAKAN IKTISAS IJAZAH SARJANA OPSYEN PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK TARIKH MULA BERKHIDMAT DI SEKOLAH SEMASA 19 JUN 2019 PENGALAMAN MENGAJAR SEJAK 01 JULAI 2015 NAMA SITI KHADIJAH BINTI ABD MUBARAK JANTINA PEREMPUAN KELAYAKAN AKADEMIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TARIKH MULA BERKHIDMAT DI SEKOLAH SEMASA 05 JULAI 2021 PENGALAMAN MENGAJAR SEJAK 28 JUN 2021 PPM KELAS PRA IXORA 36
MAKLUMAT GURU DAN PPM SK INANAM LAUT TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 GURU KELAS PRA LILY NAMA SAUZANIH BINTI HJ SULAIMAN JANTINA PEREMPUAN KELAYAKAN AKADEMIK DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA KELAYAKAN IKTISAS IJAZAH SARJANA OPSYEN PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK TARIKH MULA BERKHIDMAT DI SEKOLAH SEMASA 20 OGOS 2018 PENGALAMAN MENGAJAR SEJAK 01 JANUARI 1994 NAMA ORLANDA EVA PAULINUS JANTINA PEREMPUAN KELAYAKAN AKADEMIK DIPLOMA ITM/UTM/UPM/POLITEKNIK TARIKH MULA BERKHIDMAT DI SEKOLAH SEMASA 08 MAC 2018 PENGALAMAN MENGAJAR SEJAK 08 MAC 2018 PPM KELAS PRA LILY 37
BIDANG TUGAS GURU PRASEKOLAH TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 Bertanggungjawab Kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Panitia Dalam Membantu Merancang, Menyelaras, Melaksana Dan Mengambil Tindakan Susulan Ke Atas Perkara-Perkara Berikut: PENGURUSAN PRASEKOLAH A. PENGURUSAN KURIKULUM PRASEKOLAH 1) Menyediakan Rancangan Tahunan • Terima panggilan mesyuarat/bengkel dari PPD • Hadir mesyuarat / Bengkel • Mengadakan perbincangan untuk memilih dan menyusun jadual awal dan akhir tahun. • Mengadakan perbincangan untuk memilih dan menyusun tema • Memilih dan menyusun Hasil Pembelajaran berdasarkan KSPK • Merancang cadangan aktiviti berdasarkan SP dan Tema • Cetak dan bukukan - 1 salinan dihantar kepada PPD dan 1 salinan kepada Guru Besar 2) Menyediakan Rancangan Harian • Menyediakan rancangan pelajaran harian berdasarkan jadual waktu. • Merancang aktiviti dan teknik pengajaran dan pembelajaran berdasarkan SP dan tema. • Membina BBM yang sesuai. • Menyediakan lembaran kerja. • Cetak dan failkan rancangan pelajaran harian. • Hantar Rancangan Pelajaran Harian (RPH) kepada GB untuk semakan dan pengesahan. 38
BIDANG TUGAS GURU PRASEKOLAH TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 3) Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Prasekolah • Menjalankan set induksi • Melaksanakan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang. • Memberi latihan berdasarkan kemahiran yang diajar • Menilai keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran terhadap murid. • Membuat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan • Membuat refleksi. 4) Membuat Penilaian Murid • Mengenalpasti murid yang hendak dinilai • Memerhati perlakuan / tingkahlaku murid • Menentukan jenis rekod • Membuat catatan dan melengkapkan rekod • Kemaskini rekod • Simpan dalam fail peribadi murid B. PENGURUSAN KOKURIKULUM 1) Merancang Takwin Tahunan. • Terima takwim sekolah, daerah dan negeri. • Membina takwim tahunan Prasekolah selaras dengan takwim sekolah, daerah dan negeri. 39
BIDANG TUGAS GURU PRASEKOLAH TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 • Memurnikan takwim yang dibina. • Cetak dan pamerkan di papan kenyataan kelas. • Hantar salinan kepada Pengetua/Guru Besar, PPD dan JPN. • Melaksanakan aktiviti yang dirancang. • Membuat laporan aktiviti yang telah dilaksanakan dan hantar ke PPD. 2) Pengurusan Sukan & Motivasi Murid • Terima arahan dari PPD/GB/GPK Kokurikulum. • Hadir mesyuarat penetapan syarat dan peraturan pertandingan di peringkat PPD. • Mesyuarat penetapan syarat dan pertandingan di peringkat PPD. • Buat perlantikan jawatankuasa pelaksana. • Penyediaan murid-murid mengikut acara yang dipertandingkan • Melaksanakan aktiviti yang dirancang • Mesyuarat penambahbaikan 3) Merancang dan melaksanakan Aktiviti Rekreasi • Menubuhkan jawatankuasa lawatan. • Merancang tempat dan tarikh lawatan. • Mendapatkan maklumat terperinci tentang tempat yang hendak dilawati. • Memohon kebenaran membuat lawatan dari JPN/PPD. • Memberi taklimat kepada ibu bapa . 40
BIDANG TUGAS GURU PRASEKOLAH TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 • Mengedarkan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga . • Menghantar surat makluman ke tempat lawatan . • Menguruskan pengangkutan . • Membuat lawatan. • Menyediakan laporan dan dokumentasi . C. PENGURUSAN MURID. 1) Permohonan kemasukan murid ke kelas prasekolah • Menerima surat arahan daripada PPD. • Mengiklankan pengambilan murid. • Memperbanyakkan dan mengedar borang permohonan. • Merekod borang permohonan yang dikembalikan. • Memproses borang permohonan selepas tamat tarikh tutup permohonan. • Menyerahkan borang permohonan kepada jawatankuasa pemilihan. • Menghadiri mesyuarat jawatankuasa pemilihan. • Menghantar surat jawapan kepada ibu bapa. • Hantar laporan kepada PPD. 41
BIDANG TUGAS GURU PRASEKOLAH TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 D. PENGURUSAN PRASARANA. 1) Mewujudkan suasana kelas yang kondusif. • Menyenaraikan pusat pembelajaran yang perlu diwujudkan. • Menyediakan pelan lantai kelas prasekolah. • Membuat susun atur perabot dan peralatan di setiap pusat. • Melabelkan pusat-pusat pembelajaran. • Menyediakan risalah tentang peralatan dan fungsi setiap pusat pembelajaran. • Memastikan keselamatan, kebersihan dan keceriaan setiap pusat pembelajaran. 2) Mewujudkan persekitaran pembelajaran luar bilik darjah yang selamat. • Menyenaraikan lokasi untuk P&P di luar kelas prasekolah. • Menetapkan lokasi setiap kawasan P&P yang dirancang. • Memastikan semua peralatan di kawasan luar kelas berfungsi dengan baik dan selamat digunakan. • Melaporkan kerosakan kepada pihak pentadbir. • Melabelkan semua peralatan. E. PENGURUSAN KEWANGAN. 1) Membuat anggaran perbelanjaan peruntukan prasekolah. • Menyenaraikan semua barang keperluan. • Membuat nota minta. • Berbincang dengan GB. • Mengisi borang pesanan. • Terima barang dan rekod dalam buku stok. 42
BIDANG TUGAS GURU PRASEKOLAH TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 2) Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM Peruntukan Tahunan Prasekolah) • Peruntukan berdasarkan takwim/program prasekolah • Berbincang dengan Guru Besar • Membuat pembentangan ABM dalam Mesyuarat Pengurusan Prasekolah di peringkat sekolah • Menyimpan salinan ABM , satu salinan di pejabat dan satu salinan di sekolah 3) Penyelenggaraan kelas prasekolah. • Memeriksa peralatan di luar dan dalam kelas prasekolah dari semasa ke semasa. • Menyenaraikan peralatan yang rosak. • Menyediakan laporan kerosakan. • Hantar laporan kepada pihak pentadbir. • Simpan di dalam fail sebagai rekod. F. PENGURUSAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID. 1) Pembimbing Pembantu Pengurusan Murid. • Menerima senarai tugas PPM daripada GB. • Memberi penerangan tentang tugas dan tanggungjawab kepada PPM. • Membimbing PPM untuk melaksanakan tugasnya. • Memastikan PPM melaksanakan tugasnya dan menyemak laporan tugasan harian PPM. • Mengesahkan tugas yang telah dilakukan oleh PPM. 43
BIDANG TUGAS GURU PRASEKOLAH TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 2) Merancang Menu. • Menyenaraikan cadangan menu harian bersama PPM. • Menyusun jadual menu. • Menyediakan resepi menu yang dipilih sebagai rujukan PPM. • Serah resepi yang lengkap pada PPM. • Pamerkan menu di tempat yang sesuai. G. PENGURUSAN HUBUNGAN KOMUNITI. 1) Menguruskan Hari Terbuka. • Merancang Hari Terbuka Prasekolah mengikut takwim sekolah. • Memberi arahan kepada PPM untuk menyediakan surat makluman kepada ibu bapa. • Berbincang dengan ibu bapa tentang perkembangan murid. • Menyerahkan buku rekod profil murid kepada ibu bapa untuk ditandatangani. • Simpan buku rekod profil yang dikembalikan oleh ibu bapa. 44
BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 FUNGSI DAN PERANAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID • Pembantu Pengurusan Murid juga bertanggungjawab dalam mengawasi dan membantu kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti-aktiviti prasekolah sama ada di dalam atau di luar bilik • Pembantu Pengurusan Murid adalah juga sebagai contoh ikutan dan pengganti ibu bapa kepada kanak-kanak • Peranan utama pembantu pengurusan murid ialah membantu guru prasekolah dan menjadi fasilitator dalam menjalankan hal-hal yang berkaitan dengan asuhan dan bimbingan. BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID 1) PENDAFTARAN MURID. • Menerima senarai nama murid yang Berjaya. • Menyemak dan melengkapkan maklumat murid. • Merekod maklumat dalam buku rekod pendaftaran murid dan buku rekod kedatangan. • Menyimpan maklumat murid dalam fail. • Menghantar sesalinan ke pejabat. 2) PENYEDIAAN MAKANAN. • Menguruskan pembelian bahan mentah dan menyediakan makanan mengikut menu yang dirancang. • Meghidang makanan dengan kemas dan teratur serta melayan murid sewaktu makan. • Menyedia dan menghidang makanan serta minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah. • Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya. 45
BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 3) MENGURUS KEBERSIHAN MURID. • Melayan karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih. • Menjadi teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri. • Berbincang dengan guru tentang aspek kebersihan yang perlu diberi perhatian. • Memerhati setiap aspek kebersihan murid. • Membimbing murid tentang cara menjaga kebersihan. • Membuat pemantauan berterusan. 4) PENGURUSAN FIZIKAL DAN KECERIAAN KELAS • Menerima arahan daripada guru. • Berbincang dengan guru tentang kebersihan fizikal dan keceriaan kelas. • Mengenal pasti kawasan yang perlu diambil tindakan di dalam dan luar kelas dari pelbagai aspek. • Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya. • Pemantauan dan pemerhatian tentang arahan yang diterima. • Pemantauan berterusan dilaksanakan. • Menyedia dan mengemas kelas sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci dan menjaga kebersihan kelas. • Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas. 46
BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 5) PENGURUSAN KESIHATAN MURID • Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan muridmurid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih. • Membantu murid dalam adab sebelum dan selepas makan seperti memastikan murid membaca doa, membasuh tangan dan menggosok gigi. • Menerima arahan daripada guru tentang penekanan aspek kesihatan. • Berbincang dengan guru tentang aspek kesihatan yang perlu diberi perhatian. • Menyemak rekod kesihatan murid dan fail peribadi. • Mengenalpasti tahap kesihatan murid. • Membimbing murid yang menghadapi masalah kesihatan. • Pemantauan berterusan dijalankan. 6) PENGURUSAN ASPEK KESELAMATAN MURID • Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat. • Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah. • Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah. • Menerima arahan daripada guru. • Berbincang dengan guru tentang keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas sekolah. • Sentiasa mengawasi tahap keselamatan murid. • Memberi bimbingan kepada murid tentang aspek keselamatan. • Pemantauan berterusan. 47
BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 7) PENGURUSAN PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBB) • Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid prasekolah. • Menerima arahan daripada guru. • Berbincang dengan guru tentang Bahan Bantu Belajar (BBB) yang perlu disediakan. • Mengenalpasti bahan yang diperlukan untuk membina BBB. • Menyediakan peralatan. • Membina Bahan Bantu Belajar (BBB). • Perbincangan dengan guru tentang kesesuaian BBB yang disediakan. • Penyerahan BBB kepada guru. 8) PENGURUSAN MEMBANTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN • Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan. • Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi merancang bimbingan dan asuhan. • Membantu mewujudkan dan merancang naluri ingin tahu dan untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid prasekolah. • Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar. • Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif. • Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran. • Menerima arahan daripada guru. • Berbincang dengan guru tentang tugasan yang perlu dilaksanakan dalam P&P. 48
BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID TAKWIM & PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2024/2025 7) PENGURUSAN PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBB) • Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid prasekolah. • Menerima arahan daripada guru. • Berbincang dengan guru tentang Bahan Bantu Belajar (BBB) yang perlu disediakan. • Mengenalpasti bahan yang diperlukan untuk membina BBB. • Menyediakan peralatan. • Membina Bahan Bantu Belajar (BBB). • Perbincangan dengan guru tentang kesesuaian BBB yang disediakan. • Penyerahan BBB kepada guru. 8) PENGURUSAN MEMBANTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN • Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan. • Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi merancang bimbingan dan asuhan. • Membantu mewujudkan dan merancang naluri ingin tahu dan untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid prasekolah. • Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar. • Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif. • Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran. • Menerima arahan daripada guru. • Berbincang dengan guru tentang tugasan yang perlu dilaksanakan dalam P&P. 49