The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JANET JANET, 2024-05-01 10:13:48

Faktor Berlakunya Perubahan Iklim Dan Implikasinya

FAKTOR BERLAKUNYA PERUBAHAN IKLIM DAN IMPLIKASINYA GMJT3113 ENVIROMENTAL ADMINISTRATION (A) SCHOOL OF GOVERMENT SECOND SEMESTER SESSION A232 (2023/2024) DISEDIAKAN KEPADA: DR WAHIDA BT AYOB DISEDIAKAN OLEH: LIM GAIK CHENG (285818)


ISI KANDUNGAN 1.Pengenalan Kepada Perubahan iklim m/s 1-2 2.Pendapat Faktor Perubahan Iklim m/s3-6 3.Pendapat Mengenai Implikasi Perubahan Iklim m/s 7-9 4.Perbincangan Cadangan Untuk Menagani Perubahan Iklim m/s 10-12 5.Kesimpulan m/s 13 6.Rujukan m/s 14 7.Rujukan Tambahan m/s 16


1.0 Pengenalan Kepada Perumahan Iklim Perubahan iklim telah menjadi isu alam sekitar global yang mendominasi agenda antarabangsa dan ia juga merupakan salah satu isu yang mencabar bagi manusia bagi menangani. Setiap negara di dunia tanpa mengira status pembangunannya telah mengalami kesan yang teruk dari segi sosial dan ekonomi akibat daripada perubahan iklim yang melanda seluruh dunia. Secara umumnya, perubahan iklim bermaksud sesebuah wilayah atau negara mengalami perubahan dalam cuaca dalam jangka masa yang panjang sehingga ia telah mendorong kepada peningkatan yang mendadak dalam suhu permukaan di sesebuah negara (Santos & Bakhshoodesh, 2021). Perubaha iklim yang berlaku telah menyebabkan semua negara sedang bergelut dengan cabaran yang ditimbulkan oleh perubahan iklim. Statistik menunjukkan bahawa 3.6 billion orang di seluruh dunia tinggal di kawasan yang sangat terdedah kepada perubahan iklim. Ini dibuktikan dengan unjuran yang menyatakan bahawa antara 2030 dan 2050 perubahan iklim telah mengakibatkan kematian 250,000 orang setiap tahun di seluruh dunia disebabkan oleh isu-isu seperti kekurangan zat makanan, malaria, dan cirit-birit (World Health Organization, 2023). Di samping itu, mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Sedunia (WMO) perubahan iklim yang berlaku telah menyebabkan benua Asia merupakan kawasan yang paling teruk dilanda bencana alam pada tahun 2023. Sebagai contoh, fenomena yang berlaku tersebut secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya banjir dan ribut besar yang telah mencatatkan jumlah kematian yang tinggi serta kerugian ekonomi yang teruk. Di samping itu, pada tahun 2024 negara yang mengalami perubahan iklim yang teruk ialah Dubai. Hal ini kerana Dubai telah mengalami banjir yang sangat teruk kerana Dubai boleh dikatakan merupakan wilayah yang paling kering dan panas di dunia. Banjir besar yang berlaku di Dubai adalah disebabkan oleh faktor perubahan iklim. Sebagai contoh banjir yang berlaku di wilayah tersebut adalah disebabkan oleh berlakunya hujan yang sangat lebat tanpa berhenti. Kejadian ini telah mengorbankan 21 orang dan menyebabkan banyak kereta tenggelam (Ghafar, 2024).


Selain itu, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang makmur dan terhindar daripada bencana alam dalam skala yang besar. Namun begitu, sejak kebelakangan beberapa tahun ini perubahan iklim yang melanda di Malaysia telah menyebabkan Malaysia menghadapi masalah kemampanan. Masalah kemampanan yang berlaku di Malaysia adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti penebangan hutan secara berleluasa. Situasi ini telah mendatangkan impak yang serius terhadap keseimbangan ekosistem di negara Malaysia. Banyak kesan yang ditanggung oleh Malaysia disebabkan oleh fenomena perubahan iklim yang berlaku seperti kejadian gelombang haba dan masalah yang berkaitan dengan bekalan air dan elektrik. Selain itu, perubahan iklim yang berlaku di dunia secara langsung telah meningkatkan suhu dunia secara mendadak. Sebagai contoh melalui data yang dikeluarkan oleh World Meteorological Organization pada tahun 2023 menunjukan bahawa suhu dunia telah mengalami peningkatan pada setiap 20 tahun. Hal ini dapat dibukitka apabila pada tahun 1920 suhu dunia adalah pada -0.7°C telah meningkat kepada 0.2 °C pada tahun 2020. Data ini menunjukan bahawa setiapa negara telah mengalami purata suhu yang tinggi dari tahun 1920 sehingga 2020. Antara negara yang mencatat purata suhu yang tinggi adalah negara yang ada dalam lingkungan Eropah tengah, Eropah timur serta negara yang berada di kawasan Asia Barat Daya. Gambar Rajah 1 : World Meteorological Organization, 2023 https://library.wmo.int/viewer/68585/download?file=1338_Decadal_State_ClimateHG_en.pdf&type=pdf&navigator=1 Di samping itu, perubahan iklim yang melanda di seluruh dunia juga memberi impak yang besar kepada Malaysia seperti kemusnahan infrastuktur yang teruk serta jumlah kematian yang tinggi. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, pada Disember 2021 Malaysia telah dilanda banjir besar yang dikenali sebagai “Banjir Seratus Tahun.” Banjir yang berlaku secara mendadak tersebut telah memberikan kesan yang sangat teruk dalam pelbagai aspek terutamanya melibatkan bidang ekonomi Malaysia. Hal ini kerana banjir kilat yang berlaku telah menyebabkan berlakunya ketidakstabilan dalam industri pertanian Malaysia kerana bidang ini menyumbang sebanyak 10% daripada pekerjaan serta 6% daripada KDNK negara. Sebagai contoh, banjir itu mengakibatkan kerugian sehingga RM6.5 bilion dan mengorbankan lebih 50 orang (Syafiqah, 2022).


Antara faktor yang menyebabkan perubahan iklim di Malaysia adalah aktiviti penebangan hutan secara besar-besaran untuk tujuan pembangunan. Sebagai contoh, gambar rajah di atas menunjukkan luas hutan primer yang tinggal di Malaysia dalam jangka masa 10 tahun. Sebagai contoh, luas hutan primer pada tahun 2014 adalah 88.30% dan jumlah tersebut telah mengalami pengurangan yang mendadak pada tahun 2023 iaitu keluasan hutan primer hanya tinggal berkurang 81.60% pada tahun 2023. Di samping itu, hutan memainkan peranan penting dalam sistem iklim bumi. Sebagai contoh, hutan merupakan tempat untuk memerangkap karbon dioksida dari atmosfera dan menukarnya kepada biojisim hidup melalui proses fotosintesis Selain itu, hutan ditebang secara besarbesaran oleh manusia untuk memenuhi keperluan bagi tujuan pembangunan bandar, pembinaan lebuh raya serta untuk pembinaan kawasan perumahan akan menyebabkan karbon yang disimpan dalam pokok akan dilepaskan ke atmosfera kerana hutan berperanan sebagai penapis semula penyerapan karbon dioksida yang terdapat di atmosfera (Fakana, 2020). Gambar Rajah 2: Global Deforestation Rates https://www.globalforestwatch.org/dashboards/country/MYS/?category=undefined 2.0 PENDAPAT MENGENAI FAKTOR PERUBAHAN IKIM 2.1 AKTIVITI PENEBANGAN POKOK


Faktor seterusnya yang mendorong kepada berlakunya perubahan iklim ialah perubahan dalam guna tanah. Hal ini kerana faktor ini boleh menyebabkan berlakunya peningkatan suhu di sesebuah kawasan. Fenomena ini telah menyebabkan Malaysia menghadapi masalah kemapanan alam sekitar yang semakin membimbangkan semua pihak. Ini berlaku kerana kebanyakan hutan hujan tropika di Malaysia yang mempunyai kapasiti untuk menyimpan kira-kira 40% karbon telah ditebang dan dibersihkan secara luas (Yusoff & Jeffrey, 2023). Secara umumnya, perubahan guna tanah merujuk kepada kegiatan manusia ke atas sesebuah tanah iaitu seperti aktiviti penggunaan dan pengubahsuaian oleh manusia bagi memenuhi kepentingan tertentu. Bukan itu sahaja, Malaysia iaitu sesebuah negara yang berikim tropika sepanjang tahun perlu lebih cakna terhadap faktor perubahan guna tanah yang semakin dipraktikkan dan diamalkan di negara kita bagi tujuan pembangunan. Hal ini kerana perubahan terhadap guna tanah yang berlaku di kawasan tanah tinggi akan mendatangkan impak yang serius terhadap alam sekitar fizikal. Sebagai contoh, aktiviti penebangan pokok yang dijalankan secara besar-besaran bagi tujuan meluaskan aktiviti pertanian, penempatan dan pembinaan jalan raya akan mengubah ciri tanah menjadi longgar sehingga akan menyumbang kepada berlakunya fenomena tanah runtuh, kehilangan biodiversiti, pertambahan pemanasan global dan peningkatan bencana banjir (Nur & Choy, 2016) . 2.2 FAKTOR PERUBAHAN GUNA TANAH


Selain itu, gambar rajah 3 di atas menunjukan perubahan guna tanah di Cameron Hightlands. Data tersebut telah menunjukan bahawa perubahan guna tanah di kawasan tersebut telah mengalami peningkatan yang mendadak dalam tempoh 16 tahun iaitu dari tahun 1990 sehingga tahun 2006. Hal ini kerana dalam tempoh 16 tahun ini menunjukan pengurangan yang sangat ketara keluasan hutan. Sebagai contoh, angka menunjukan pada tahun 1990 kawasan hutan yang di Cameron Hightlands adalah 62,991 hektar dan jumlah tersebut menurun dengan mendadak iaitu sebanyak 7.2% iaitu 58,532 hektar pada tahun 2006 (Ismail etal.,2020). Faktor ini secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya kemusnahan ekosistem yang sangat teruk. Hal ini kerana sebelum berlakunya perubahan guna tanah kawasan tersebut dipenuhi dengan tumbuhan hijau yang banyak yang berperanan untuk mengawal suhu permukaan dan aliran haba di kawasan tersebut. Namun begitu, aktiviti pembersihan hutan dengan skala yang besar telah menyebabkan berlakunya kenaikan suhu yang tinggi di seluruh kawasan Cameron Highlands. Sebagai contoh, aktiviti penebangan hutan yang meluas bukan sahaja mempercepatkan proses perubahan iklim tetapi juga memberi kesan yang meluas kepada sektor ekonomi utama penduduk tempatan. Gambar Rajah 3: Perubahan Guna Tanah Di Cameron Hightlands https://journalarticle.ukm.my/2622/1/7.2011-3-Iskandar_dkk_ukm-melayu-ed-katiman__1_- edited_31.7.pdf


Sejak permulaan era pra-industri, suhu permukaan global telah melonjak hampir dua kali ganda magnitud kitaran global semula jadi disebabkan oleh pembebasan gas rumah hijau yang besar-besaran.(Fakana, 2020). Peningkatan ini dapat dibuktikan dengan kenaikan 0.6°C dalam suhu permukaan global sejak 1900 dan pada tahun 1990-an merupakan dekad paling panas dalam milenium. Peningkatan perubahan iklim adalah disebabkan oleh peningkatan kepekatan gas rumah hijau terutamanya karbon dioksida yang melebihi paras yang tidak pernah berlaku hampir sejuta tahun iaitu mencapai 400 ppm. Sebagai contoh, peningkatan kepekatan CO2 akan memerangkap haba dalam sistem iklim bumi dan keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan sistem iklim di seluruh dunia menjadi tidak seimbang kerana menerima lebih banyak haba daripada matahari berbanding haba yang keluar daripada sistem berkenaan. Selain itu, faktor pembebasan gas rumah hijau telah mendatangkan impak yang negatif terhadap Malaysia. Hal ini kerana Malaysia menduduki kedudukan keempat dalam Asia yang banyak membebaskan gas rumah hijau iaitu Malaysia telah menyumbang sebanyak 0.52% daripada jumlah pelepasan karbon di seluruh dunia (Rahman,2018). Sebagai contoh, keadaan tersebut secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya kejadian banjir meningkat di Malaysia. Sebagai contoh, kawasan Kuala Lumpur sering berlaku banjir dan jumlah banjir di kawasan tersebut telah meningkat sebanyak 30% berbanding dengan 20 tahun yang lalu (Tangang, 2023). 2.3 FAKTOR PEMBEBASAN GAS RUMAH HIJAU


Pertubuhan Meteorologi Sedunia mentakrifkan gelombang haba sebagai tempoh cuaca panas luar biasa yang berlangsung sekurang-kurangnya lima hari berturut-turut di mana suhu maksimum harian melebihi suhu purata sebanyak 5°C atau lebih. Bukan itu sahaja, mengikut Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa 2024 merupakan tahun paling panas dalam rekod global. Gelombang haba yang berlaku disebabkan oleh perubahan iklim yang ekstrem telah menyebabkan negara Asia Timur dan Pasifik, termasuk Malaysia mengalami fenomena gelombang haba yang berpanjangan. Malaysia mengalami kesan yang teruk terutamanya berkaitan dengan alam sekitar akibat kesan perubahan iklim yang berlaku sama ada di peringkat domestik ataupun peringkat antarabangsa. Jabatan Meteorologi Malaysia mentakrifkan gelombang haba sebagai tiga hari berturut-turut dengan suhu maksimum harian melebihi 37°C. Sebagai contoh, kesan perubahan iklim secara tidak langsung menyebabkan gelombang haba yang teruk di beberapa kawasan di Kedah. Antara daerah di Kedah yang mencatatkan suhu yang panas ialah Pokok Sena, Kubang Pasu, Kota Setar, Padang Terap, Sik dan Baling di mana daerah yang mencatatkan suhu paling tinggi ialah Pokok Sena dengan jumlah suhu mencecah 40°C setiap hari (Bernama, 2024). Di samping itu, suhu yang terlalu panas disebabkan oleh perubahan iklim akan mendorong kepada berlakunya kebakaran hutan dengan lebih kerap. Sebagai contoh, gelombang haba yang melanda negeri Kedah secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya kebakaran berlukar di Kampung Alor Semadom, Alor Setar pada 16 March 2024 (Bernama, 2024). 3.0 PENDAPAT MENGENAI IMPLIKASI PERUBAHAN IKIM 3.1 IMPLIKASI PERUBAHAN ILIM TELAH MENYEBABKAN BERLAKUNYA HABA


Perubahan iklim yang melanda seluruh dunia telah menjejaskan bekalan air global dengan serius. Peningkatan suhu global adalah faktor utama yang menyebabkan kekurangan air di dunia. Dikatakan ini kerana perubahan iklim yang membawa kepada kenaikan suhu global yang telah mempercepatkan proses kitaran air. Keadaan ini secara tidak langsung telah membawa kepada peningkatan sejatan air yang akan mengakibatkan fenomena kemarau serta akan mengakibatkan pencairan ais glasier. Keadaan ini memberi kesan negatif kepada bekalan air pada masa hadapan disebabkan oleh air dan sumber air yang boleh diperbaharui semakin berkurangan. Sebagai contoh, keadaan tersebut telah menyebabkan berjuta-juta orang di seluruh dunia mengalami kesukaran dan penderitaan kerana kesan perubahan iklim.(Kamaruddin, 2023). 3.2 IMPLIKASI PERUBAHAN IKLIM KEPADA AIR Seterusnya, perubahan iklim yang berlaku juga mendatangkan kesan yang negatif terhadap bekalan air di Malaysia. Hal ini kerana, fenomena seperti El Nino yang melanda di negara kita telah menyebabkan beberapa negeri seperti Kedah, Pahang dan Perlis mempunyai kuantiti hujan yang berkurangan. Keadaan ini secara tidak langsung membawa kepada penurunan paras air sungai dan kekeringan empangan. Sebagai contoh, perubahan iklim yang berlaku telah mendatangkan kesan yang teruk kepada penduduk yang tinggal di negeri Kedah. Hal ini kerana Fenomena El Nino yang melanda di Kedah telah menyebabkan kapasiti pengeluaran air harian di kawasan tersebut menujukan trend penurunan yang mendadak. Keadaan ini secara tidak langsung telah menjejaskan penduduk yang tinggal di kawasan seperti Kuala Muda, Merbok dan Gurun (Adnan,2023).


3.3 IMPLIKASI PERUBAHAN IKLIM KEPADA ELEKTRIK Perubahan iklim yang berlaku di seluruh dunia telah memberi implikasi yang teruk kepada bekalan elektrik. Hal ini kerana, perubahan dalam suhu serantau secara tidak langsung telah mempengaruhi elemen utama dalam sektor bekalan elektrik seperti penjanaan, sistem penghantaran dan pengagihan. Tenaga elektrik memainkan peranan yang sangat penting dalam aspek kehidupan manusia. Perubahan iklim yang berlaku telah mewujudkan fenomena kemarau yang berpanjangan di sesetengah negara. Sebagai contoh, suhu musim yang terlalu panas semestinya akan menghasikan lebih banyak permintaan untuk penyejukan. Bukan itu sahaja, perubahan iklim juga boleh menjejaskan kebolehpercayaan perkhidmatan elektrik. Kekurangan penjanaan kuasa elektrik atau urutan kerosakan dalam rangkaian penghantaran boleh mengakibatkan gangguan dalam perkhidmatan pada bila-bila masa (Burillo, 2018). Selain itu, perubahan iklim yang melanda di Malaysia telah menyebabkan taburan hujan yang rendah dan keadaan ini telah menyebabkan purata suhu maksimum bagi setiap negeri adalah 32oC. Sebagai contoh, fenomena ini secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya peningkatan sebanyak 40% dalam penggunaan elektrik di Malaysia sejak tahun 2020 (Tukimat, 2021).


Rakyat Malaysia juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menghadapi perubahan iklim di Malaysia. Hal ini kerana sedikit usaha setiap orang secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kesan perubahan iklim di Malaysia. Rakyat Malaysia boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan mengurangkan penggunaan tenaga. Sebagai contoh, semua rakyat boleh menjimatkan tenaga dengan memilih tenaga boleh diperbaharui dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, meningkatkan penggunaan pengangkutan yang mampan. Sebagai contoh, berbanding menggunakan kereta persendirian, semua orang di negara kita perlu meningkatkan penggunaan pengangkutan awam untuk mengurangkan pelepasan karbon yang dikeluarkan oleh kenderaan yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada perubahan iklim. 3.0 PERBINCANGAN CADANGAN UNTUK MENANGANI FENOMENAPERUBAHAN IKLIM PERANAN INDIVIDU


PERANAN KERAJAAN Kerajaan memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani fenomena perubahan iklim. Hal ini kerana pihak kerajaan merupakan organisasi tertinggi yang memainkan peranan penting dalam pembuat dan pelaksanaan dasar di Malaysia. Sebagai contoh, bagi menangani fenomena perubahan iklim yang semakin teruk di negara kerajaan telah menggubal dan melaksanakan pelbagai akta dan dasar untuk menangani isu tersebut. Sebagai contoh, kerajaan telah menggubal akta berkaitan dengan pencemaran alam sekitar iaitu Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 bagi mengekang isu pencemaran yang terhasil daripada sektor industri. Bukan itu sahaja, antara cadangan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk menangani fenomena ini ialah kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) telah memberi penekanan bahawa semua pembangunan yang dijalankan di negara kita mesti mengambil kira elemen kelestarian alam sekitar. Oleh itu, jelaslah bahawa kerajaan Malaysia sangat prihatin terhadap isu perubahan iklim yang semakin meningkat di negara Malaysia kerana pelbagai cadangan telah digubal bagi menangani fenomena tersebut ( Rahim, 2024).


Sektor Korporat berperanan sebagai pemangkin kepada ekonomi negara yang banyak menyumbang kepada sektor perindustrian yang dianggap sebagai tulang belakang ekonomi Malaysia. Walau bagaimanapun, sektor perindustrian telah menyumbang pelepasan karbon dalam tahap yang besar yang secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada perubahan iklim di Malaysia. Antara peranan yang perlu dimainkan oleh sektor korporat adalah untuk mula mempraktikkan amalan mampan dalam operasi perniagaan. Sebagai contoh, syarikat perindustrian perlu mula mempraktikkan sumber boleh diperbaharui dalam proses pengeluaran bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau berbahaya. Bukan itu sahaja, sektor ini juga perlu peka terhadap dasar dan program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan agar mampu menyumbang tenaga seperti dari segi modal bagi membantu kerajaan melancarkan program berkaitan perubahan iklim. Selain itu, syarikat perindustrian juga perlu mengambil bahagian dalam rancangan "Penanaman 100 juta pokok" yang dianjurkan oleh kerajaan untuk menyelesaikan fenomena perubahan iklim. PERANAN SEKTOR KOPORAT


4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya ialah perubahan iklim yang melanda di seluruh dunia secara tidak langsung telah menjejaskan tahap kehidupan manusia dan alam sekitar. Malaysia juga tidak terkecuali daripada menghadapi masalah kemapanan tersebut. Hal ini dikatakan sedemikian kerana Malaysia telah menduduki tempat keempat daripada negara Asia yang banyak menyumbang kepada berlakunya perubahan iklim iaitu Malaysia telah menyumbang sebanyak 0.52% daripada jumlah pelepasan karbon di seluruh dunia. Pelbagai faktor yang dikesan menjadi penyumbang utama kepada berlakunya perubahan iklim di negara kita. Antaranya ialah aktiviti penembangan pokok, faktor perubahan guna tanah dan faktor pembebasan gas rumah hijau. Bukan itu sahaja, perubahan iklim yang berlaku telah mendatangkan pelbagai implikasi kepada Malaysia seperti menyebabkan Malaysia menghadapi gelombang haba, menjejaskan bekalan air serta memberi kesan yang ketara kepada bekalan elektrik di Malaysia. Pelbagai cadangan yang melibatkan individu, sektor kerajaan dan sektor koporat telah dicadangakan untuk menangani isu perubahan iklim yang semakin meningkat dan membimbangkan semua pihak.


RUJUKAN ( 5 JURNAL) Fakana, S. T. (2020). Causes of climate change. Global Journal of Science Frontier Research, 20, 7-12. https://www.researchgate.net/profile/SelemonFakana/publication/342452772_Causes_of_Climate_Change_Review_Article/links/5ef4ff3092851c52d6 fdb650/Causes-of-Climate-Change-Review-Article.pdf Ismail, A. I., Ahmad, S., Hashim, N. M., & Jani, Y. M. (2011). Kesan penyahhutanan ke atas pola suhu dan kelembapan bandingan di Cameron Highlands, Malaysia: Satu analisis awal. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 7(3), 56-65. https://journalarticle.ukm.my/2622/1/7.2011-3-Iskandar_dkk_ukm-melayu-ed-katiman__1_- edited_31.7.pdf Rahman, H. A. (2018). Climate change scenarios in Malaysia: Engaging the public. International Journal of Malay-Nusantara Studies, 1(2), 55-77. https://journal.unhas.ac.id/index.php/IJoM-NS/article/view/5518 Santos, R. M., & Bakhshoodeh, R. (2021). Climate change/global warming/climate emergency versus general climate research: comparative bibliometric trends of publications. Heliyon, 7(11). https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2405844021023227 Yusoff, S. Y. M., & Jeffrey, A. N. (2023). KESAN PERUBAHAN GUNA TANAH TERHADAP POLA SUHU DI KUNDASANG, SABAH: Perubahan guna tanah, pola suhu, pelancongan, pertanian. Malaysian Journal of Tropical Geography (MJTG), 49(1), 52-67. https://ejournal.um.edu.my/index.php/MJTG/article/view/44761/15822


RUJUKAN TAMBAHAN Adnan, A. S. (2022). Malaysia dijangka alami El Nino hingga September. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1091155/malaysia-dijangka-alami-el-nino-hinggaseptember#google_vignette BERNAMA. (2024). Pokok Sena di Kedah catat gelombang haba - MetMalaysia. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1070795/pokok-sena-di-kedah-catat-gelombang-haba-metmalaysia Burillo, D. (2018). Effects of climate change in electric power infrastructures. Power Syst Stab. https://www.intechopen.com/chapters/64723 Bernama. (2023). Rakyat Malaysia tidak cakna perubahan iklim? Astroawani.com. https://www.astroawani.com/beritamalaysia/rakyat-malaysia-tidak-cakna-perubahan-iklim-410482 Bernama. (2024). Pokok Sena di Kedah alami gelombang haba, seluruh Perlis tahap berjaga-jaga - MetMalaysia https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pokok-sena-di-kedah-alami-gelombang-haba-seluruh-perlis-tahap-berjagajagametmalaysia-460360 Kamaruddin, S. R. (2015). Kemarau Lebih Kerap Berlaku Akibat Perubahan Iklim – Pakar Air Korea | UKM News Portal. Www.ukm.my. https://www.ukm.my/news/Latest_News/kemarau-lebih-kerap-berlaku-akibat-perubaan-iklim-pakar-air-korea/ Nur, H. A., & Choy, L. (2016). Analysis of land use and land cover changes in Gombak, Selangor using remote sensing data. Sains Malaysiana, 45(12), 1869-1877. https://www.researchgate.net/publication/312047224_Analisis_Perubahan_Guna_Tanah_dan_Litupan_Bumi_di_Gombak_Sela ngor_Menggunakan_Data_Penderiaan_Jauh_Analysis_of_Land_Use_and_Land_Cover_Changes_in_Gombak_Selangor_Usin g_Remote_Sensing_Dat Rahim, N. N. R. N. A. (2024). Pengurusan perubahan iklim tuntut kerjasama strategik kerajaan, swasta. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2024/04/1238403/pengurusan-perubahan-iklim-tuntut-kerjasama-strategik-kerajaanswasta#google_vignette Syafiqah, S. N. (2022). Adakah Perubahan Iklim Menyebabkan Cuaca Tidak Menentu di Malaysia? Malaysia Bersuara. https://malaysiabersuara.com/artikel/semak-fakta/adakah-perubahan-iklim-menyebabkan-cuaca-tidak-menentu-di-malaysia/ Tangang, F. (2021). Malaysia perlu laksana pelan adaptasi perubahan iklim. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2021/08/854892/malaysia-perlu-laksana-pelan-adaptasi-perubahan-iklim Tukimat. (2021). Penggunaan elektrik secara efisien bantu kestabilan iklim jangka panjang. UMPSA News. https://news.umpsa.edu.my/index.php/experts/penggunaan-elektrik-secara-efisien-bantu-kestabilan-iklim-jangka-panjang


Click to View FlipBook Version