The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohamad.syafir, 2022-09-01 21:44:49

Welcome Kit

Crew Handbook v2022

BKRUUKUMcPDAONNDAULADN’S

Kkelidkeupnatnuk

Selamat Datang

Ke McDonald’s

Terima kasih kerana menyertai kami. Sebagai
seorang kru, anda menyandang tugas yang amat
penting. Anda-lah yang menentukan sama ada
pelanggan mendapat hidangan yang berkualiti, di
samping layanan yang pantas dan mesra, dalam
persekitaran yang bersih dan selesa.
Buku panduan ini mengandungi maklumat penting
untuk membantu anda menyesuaikan diri di
McDonald’s. Saya harap anda baca serta fahami isi
kandungannya, dan jangan segan untuk merujuk
kepada pengurus restoran jika ada sebarang
pertanyaan. Sesungguhnya kami mahu anda
menikmati pengalaman kerja yang bermakna dan
menyeronokkan.
Selamat Berjaya!
Dato’ Azmir Jaafar
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan
McDonald’s Malaysia

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

BKuidtaaya Ia adalah apa yang
DILAKUKAN oleh
warga kita setiap hari,
yang akan membantu
bisnes kita untuk
terus maju.

1 Utamakan 2 Semangat 3 Komited Untuk
Tetamu Berpasukan Memimpin

� Dahulukan keperluan � Teamwork - kita lebih Sentiasa berusaha untuk
tetamu kita. hebat apabila berpasukan menjadikan syarikat
sebagai peneraju
� Pastikan tetamu � Kepentingan pasukan kemajuan industri dan
mendapat layanan yang mendahului kepentingan komuniti, dan penjagaan
terbaik. individu alam sekitar.

� Laksanakan QSC Buat:
dengan konsisten � Kita sentisa ambil langkah

Buat: Buat: penjimatan tenaga dan kitar
� Quality - hidangkan semula, seperti:-
� Hormati, hargai dan saling - Buang kertas dan plastik
produk yang menepati bantu membantu antara
Gold Standard satu sama lain. dalam tong kitar semula.
� Service - sampaikan Fast, - Jimatkan elektrik, rujuk
Accurate, Friendly (FAF) � Layan orang sepertimana
service. senyum dan mereka mahu dilayan. “dot system” dan “fire-up
berinteraksi dengan schedule”
tetamu
� Cleanliness - Pastikan
ruang makan di lobi
kemas dan bersih. Clear
the trays.

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

Memperkenalkan
Nilai-Nilai Kita

Nilai Serve Kita mengutamakan pengalaman pelanggan dalam kerja
seharian. Oleh itu, sentiasalah menghargai pelanggan
dengan menyediakan hidangan yang berkualiti,
memberikan layanan terbaik dalam persekitaran yang
bersih dan selesa, pada nilai yang hebat.

Nilai Inclusion Kita memberikan komitmen kepada seluruh warga kerja
Mekdi, menyediakan peluang, mengenal pasti pekerja yang
berpotensi dan membina bakal pemimpin yang baik. Kita
yakin syarikat boleh terus berjaya, selama mana kita ada
rakan-rakan sepasukan yang terlatih daripada pelbagai latar
belakang dan bekerjasama di dalam persekitaran yang
menekankan budaya hormat-menghormati serta
menggalakkan penglibatan yang tinggi.

Kita menjalankan operasi perniagaan dengan cara bertika.
Di Mekdi, kita memegang tanggungjawab dan menjalankan
operasi pada tahap keadilan, kejujuran dan integriti yang
tinggi. Inilah tanggungjawab kita semua, sama ada secara
individu atau pun berkumpulan.

Nilai Integrity

Nilai Community Ia amatlah penting untuk kita menyumbang semula kepada
komuniti. Kita mewujudkan komuniti yang lebih baik dengan
sokongan dari RMHC, dan menggunakan keupayaan kita
untuk menyumbang kepada aktiviti-aktiviti akar umbi
(grassroots) dalam komuniti demi menjamin kehidupan
yang lebih baik.

Nilai Family Hubungan dinamik McFamily boleh digambarkan sebagai
“three-legged stool”, iaitu terdiri dari pemilik (francais),
Kkelibkeulanktuakng pembekal dan warga kerja. Ini merupakan asas perniagaan
kita. Keseimbangan dari segi kepentingan bagi ketiga-tiga
ahli kumpulan ini adalah kunci kejayaan syarikat kita.

Kkelidkeupnatnuk

SENARAI SEMAK HARI PERTAMA

Langkah 1 Langkah 2

Buka akaun bank untuk Membuat pendaftaran
pembayaran gaji. Kumpulan Wang Simpanan

Pekerja (KWSP)

Langkah 4 Langkah 3

Menyediakan salinan kad Daftar SOCSO dan EIS
pengenalan. (Employee Insurance System)

Langkah 5

Mendapatkan suntikan typhoid
- Sila dapatkan surat perubatan

dari pihak restoran.

LATIHAN

Pihak syarikat akan menyediakan seorang Pelatih Kru
bagi melatih anda ketika bekerja. Tujuan latihan ini
adalah untuk mengembangkan, membimbing dan

meningkatkan kemahiran dan potensi anda.

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

TEMPOH PERCUBAAN DAN

NOTIS PERLETAKAN JAWATAN

Anda akan diberikan tempoh percubaan selama tempoh 30 hari.
Tempoh notis pemberhentian dalam tempoh ini adalah 24 jam
atau bayaran balik gaji akan dikenakan sebagai ganti rugi notis.
JIka prestasi anda memuaskan dalam tempoh percubaan ini,
pihak pengurusan berhak melanjutkan tepoh percubaan atau
menamatkan kontrak perkhidmatan anda. Selepas pengesahan
jawatan, notis penamaan pekerjaan ialah 7 hari atau bayaran balik
gaji dikenakan sebagai ganti rugi notis.

HAD PERSARAAN

Jantina Persaraan Wajib
Lelaki 60

Perempuan 60

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

FAEDAH - FADAH

Setiap daripada anda memainkan peranan utama dalam
menentukan kejayaan restoran anda. Untuk membalas
sumbangan anda, kami menawarkan pelbagai faedah lain

disamping gaji bulanan.

MAKANAN PERCUMA

Salah satu kelebihan bekerja di McDonald’s adalah faedah
makanan. Makanan berkhasiat diberikan secara percuma
kepada semua pekerja. Untuk maklumat lanjut sila rujuk
poster Hidagan Pilihan Pekerja di restoran anda.

PAKAIAN SERAGAM

McDonald’s akan menyediakan anda pakaian seragam
dan anda akan bertanggungjawab untuk menjaga pakaian
seragam anda. Basuh dan menyeterika pakaian seragam
adalah penting bagi semua kru.

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

CUTI UMUM

Gaji anda akan dibayar 2 kali ganda bekerja pada hari cuti
umum. Berikut adalah 11 hari cuti umum yang telah
ditawarkan dalam kalendar tahunan yang diiktiraf sebagai cuti
umum berbayar.

Cuti Umum (Seluruh Malaysia)

Hari Kebangsaan
Hari Keputeraan DYMM SPB yang dipertuan agong
Hari Wilayah atau Hari Keputeraan Sultan
(mengikut negeri)
Hari Pekerja
Tahun Baharu Cina (2 Hari)
Hari Raya Puasa (2 hari)
Deepavali
Hari krismas
Hari Malaysia

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

Cuti Umum Tambahan
(Sabah dan Sarawak)

Hari Wesak (sarawak) Hari Raya Aidiladha (Sarawak)
Hari Gawai (Sarawak) Maulidur Rasul (Sarawak)
Tahun Baharu (Sarawak) Awak Muharam (Sarawak)
Hari kemerdekaan Good Friday (Sabah dan Sarawak)
Sarawak (Sarawak) Hari Kaamatan (2 hari, Sabah)

Cuti Tahunan

Cuti tahunan bergaji akan diberikan kepada pekerja-pekerja
yang berkeja berterusan untuk tempoh 12 bulan atau lebih.
Kelayakan ini adalah seperti berikut:

Tempoh Perkhidmatan Bilangan Cuti

12 Bulan tetapi kurang dari 2 tahun 5 Hari
2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun 8 hari
5 tahun atau lebih 12 Hari

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

PEMBAYARAN GAJI

Gaji akan dibayar sebulan sekali melalui akaun bank
Pendahuluan atau pinjaman gaji adalah tidak
dibenarkan dalam aman-mana keadaan
Hanya pemotongan gaji yang ditetapkan oleh undang-
undang sahaja akan dipotong daripada pendapatan
anda.

BONUS

Pemberian bonus bergantung atas budi bicara
Pengarah Urusan serta mematuhi syarat-syarat yang
telah ditetapkan.

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

Penilaian Gaji dan Prestasi Kerja

1. McDonald’s adalah syarikat yang membayar berdasarkan prestasi
kerja. Ini bermakna, lagi baik prestasi kerja yang anda tunjukkan, lebih
banyak pendapatan yang akan diperolehi.

2. Pihak Pengurusan akan mengkaji dan menilai prestasi kerja anda dari
masa ke semasa. Salah seorang daripada Pengurusan akan duduk
berbincang mengenai prestasi anda. Ini adalah peluang anda untuk
mengetahui sejauh manakah pencapaian anda dan bagaimana
prestasi anda boleh diperbaiki.

3. Penilaian prestasi pekerja akan dibuat setahun sekali.

Berikut adalah garis panduan kadar penilaian prestasi yang dapat
membantu anda memahami sistem penilaian.

Cemerlang Pekerja yang membuat keputusan yang luar biasa
(Exceptional) dari segi kualiti dan nilai. Sumbangan yang
Memuaskan melebihi keperluan dan jangkaan pada peringakat
(Significant) jawatan ini.
Perlu perubahan Pekerja yang mempunyai tahap prestasi yang
(SIR) konsisten serta melebihi tahap keperluan dan
Tidak memuaskan jangkaan tugas.
(Unacceptable) Pekerja yang berkebolehan, yang boleh diharapkan
dan dipercayai untuk menyempurnakan sesuatu
tugas diberikan. Memberi sumbangan positif yang
berterusan kepada syarikat.
Pekerja yang berpengalaman tetapi tidak dapat
menyumbang kepada tahap yang diperlukan
kegagalan untuk memperbaiki prestasi akan
menyebabkan pemberhentian kerja.

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

KEMUDAHAN PERUBATAN

Pihak syarikat telah menyediakan kemudahan perubatan
kepada pekerja seperti berikut:

1. Setiap pekerja layak untuk mendapat kemudahan perubatan
tahunan apabila beliau mengemukakan surat asli daripada panel
doktor yang telah dilantik oleh pihak syarikat.

Tempoh Perkhidmatan Bilangan Cuti

Kurang dari 2 tahun 14 hari
2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun 18 hari
22 hari
5 tahun atau lebih

2. Rawatan percuma diberikan kepada semua pekerja oleh doktor
panel yang telah dilantik oleh syarikat. Jumlah tahunan kemudahan
perubatan tidak melebihi RM150.00 setahun.

3. Cuti bersalin - Bagi pekerja wanita, cuti bersalin akan diberikan
selama 60 hari berbayar. Pembayaran dibuat mengikut tarikh
penutupan baki secara bulanan secara pro rata. Sila sertakan sijil
kelahiran sebagai pengesahan.

4. Group Hospitalization berbayar hanya sehingga 60 hari termasuk
cuti sakit.

5. Skim insuran juga disediakan oleh pihak syarikat seperti berikut:

Kategori Insuran Rate Bilik Jumlah Perlindungan
RM 10,000
Group Hospitalization Scheme RM 85 (Kru GH sahaja) RM 15,000
RM 10,000
Group Personal Accident *in the event of death of the employee

Group Term Life *in the event of death of the employee

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

BILIK REHAT KRU

1. Kami telah menyediakan bilik kru di restoran bagi membolehkan
anda berehat sambil menikmati makanan anda.

2. Terdapat juga informasi yang telah ditampal di papan buletin
untuk pengetahuan anda. Anda bertanggungjawab membaca
serta memahami informasi tersebut.

3. Anda bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik rehat
ini sentiasa.

SUMBANGAN EHSAN SYARIKAT

Kematian Kelayakan Jumlah Syarat

kematian pekerja selain Kru, CT, CL, RM 500 Sila sertakan surat kematian
kemalangan GEL, Barista dan hantarkan kepada

kematian pekerja disebabkan Kru, CT, CL, RM 200 Jabatan Sumber Manusia
kemalangan GEL, Barista RM 300 Sila sertakan surat kematian
RM 100
kematian ahli keluarga ibu/ Kru, CT, CL, dan hantarkan kepada
bapa, suami/ isteri, anak GEL, Barista Jabatan Sumber Manusia
bawah 21 tahun Sila sertakan surat kematian

kematian adik beradik Kru, CT, CL, dan hantarkan kepada
GEL, Barista Jabatan Sumber Manusia
Sila sertakan surat kematian

dan hantarkan kepada
Jabatan Sumber Manusia

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

AKTIVITI-AKTIVITI PEKERJA

Anda akan berpeluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti
yang dikendalikan oleh PIhak Pengurusan Restoran

sepanjang tahun. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan
seperti perjumpaan kru, perkelahan kru, kegiatan sukan

dan parti hujung tahun.

Perkelahan Kegiatan Perjumpaan
Kru Sukan Kru

Parti Hujung
Tahun

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

PELUANG KENAIKAN PANGKAT

Polisi McDonald’s ialah kenaikan pangkat yang aktif. Sebagai
kru anda berpeluang meningkatkan kerjaya seperti berikut:

Perunding Kanan Operasi Perunding
Perunding Operasi
Pengurus
Pengurus Besar Restoran 2
Pengurus Besar Restoran 1 Kru Restoran

Pengurus Jabatan Kkelidkeupnatnuk
Penolong Pengurus

Ketua Kru/GEL
Pelatih Kru

Kru/Barista/Perantis SLDN

Kkelibkeulanktuakng

HALAL DI McDONALD’S

POLISI HALAL McDONALD’S MALAYSIA

McDonald’s Malaysia berpegang teguh kepada prinsip halal dengan
memastikan setiap hidangan yang disajikan menepati syarat dan tuntutan
yang ditetapkan oleh Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia demi
menyempurnakan amanah pelanggan untuk memastikan hidangan yang
disajikan Halal dan Berkualiti.

Dibenarkan Tidak Dibenarkan

Suntikan Typhoid & sijil pengendalian makanan Kru di dapur tidak dibenarkan memakai barang
adalah wajib untuk semua kemas termasuk jam tangan
“Pest Controls” haruslah dilakukan, tiada Pihak restoran perlu meletakkan notis di dalam
sebarang kesan najis dari haiwan perosak di bilik kru yang menyatakan “Makanan dan
restoran, contohnya najis tikus minuman luar tidak dibenarkan di dalam
Mematuhi syarat keselamatan makanan restoran”
McDonald’s Jangan benarkan pelanggan membawa
Kebersihan restoran harus dijaga termasuk makanan atau minuman luar di restoran. Kru lobi
pakaian seragam kru & apron harus lebih peka, lebih lagi di kawasan pandu
Minima 2 kru Muslim harus berada di dapur lalu. Kru di bahagian pandu lalu di larang untuk
sepanjang masa menerima sebarang makanan atau minuman
Hanya produk dan peralatan yang disahkan oleh luar melalui tingkap pandu lalu
pihak RSC boleh digunakan (untuk mengelakkan Jangan benarkan pelanggan membawa masuk
daripada penggunaan barangan yang tidak haiwan peliharaan ke dalam restoran
halal)
Pastikan anda telah tutup dan membersihkan
tong sampah.
Restoran yang menyediakan surau perlu
pastikan kami telah menyediakan peralatan solat
seperti telekung dan pastikan ruangan itu tidak
digunakan untuk menyimpan barang

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

RESTORAN HALAL

Dibenarkan

Sijil Logo Dibenarkan
Halal Halal Solat Jumaat

Lampiran Pekerja Dibenarkan
Menu Yang Berpakaian Kemas Solat 5 Waktu
Diluluskan
Dan Sopan

Dilarang

Makanan & Minuman Haiwan Peliharaan/Liar Peralatan dari
Luar Dilarang Tidak Dibenarkan Bulu Haiwan Dilarang

Tiada Bahan Mentah Tiada Bahan Kimia
Dibeli Dari Luar Dibeli Dari Luar

Kkelibkeulanktuakng *maklumat lanjut sila rujuk dengam Pengurus Restoran Kkelidkeupnatnuk

KETIDAKHADIRAN PEKERJA

Jika anda tidak dapat hadir atau lambat ke tempat kerja, anda
dikehendaki memaklumkan kepada pengurus minima 2 jam
lebih awal bagi pengurus mendapatkan penggantian kru yang
lain. Jika anda jatuh sakit, sila kemukakan surat sakit original
(MC) kepada pengurus sebagai pengesahan

DISIPLIN

Untuk menjamin kecekapan dan keselamatan operasi
restoran, adalah penting agar anda mengikuti semua
peraturan dan peruntukan yang tercatit di dalam buku
panduan ini dan juga segala peraturan dan arahan yang
dikeluarkan oleh restoran anda dari masa ke semasa. Untuk
berlaku adil kepada semua disenaraikan beberapa perkara
yang perlu dielakkan semasa bekerja.

1. Kegagalan untuk mematuhi sebarang arahan yang akan
memberi kesan kepada keselamatan.

2. Mencuri wang dari mesin daftar tunai.
3. Mengubahsuai slip “Overring”.
4. Memberikan makanan percuma tanpa mendapatkan

kebenaran dari pengurusan.
5. Memberikan informasi palsu di dalam borang permohonan

kerja.
6. Tidak hadir ke tempat kerja tanpa memaklumkan kepada

pengurusan.
7. Bergaduh

nota: sila rujuk polisi Pengendalian Wang Tunai Syarikat untuk keterangan lanjut.

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

WHISTLE BLOWING

Whistle Blowing adalah salah satu cara pekerja
memberikan maklumat dan/atau melaporkan salah laku
yang dialkukan oleh pekerja lain yang berpangkat tinggi.

Semua aduan pengadu akan dirahsiakan.

Cara Membuat Laporan/Aduan

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3

Berikan Berikan Berikan
Maklumat Maklumat Maklumat
Salahlaku
Diri Pesalah

*sila rujuk poster di dalam restoran untuk maklumat lanjut Kkelidkeupnatnuk

Kkelibkeulanktuakng

KESELAMATAN DAN KESIHATAN
DI TEMPAT KERJA (OSHA)

McDonald’s sentiasa menyediakan tempat kerja yang
bersih, selamat dan sihat. Semua kakitangan adalah
diharap memainkan peranan masing-masing dalam

menyelenggara peralatan keselamatan apabila
diperlukan, memahami peraturan keselamatan dan

sentiasa menjaga tempat kerja masing-masing
supaya kemas dan bersih. Jika berlaku sebarang
kecederaan atau kemalangan, sila laporkan kejadian

tersebut kepada pihak pengurusan anda.
Sebuah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja yang terdiri daripada seorang kru, seorang
ketua kru, seorang pengurus jabatan dan seorang
pengurus restoran telah ditubuhkan di restoran anda

untuk memastikan tempat kerja anda sentiasa
selamat dan sihat. Fungsi asas jawatankuasa ini

adalah untuk mewujudakan dan meneruskan
kecenderungan yang aktif terhadap keselamatan dan

juga bertindak sebagai cara komunikasi mengenai
keselamatan di dalam restoran.

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

Peraturan Keselamatan Kru

1. Kesemua kecederaan, tidak kira samada kecil atau besar, mestilah
dilaporkan kepada pengurus, dapatkan pertolongan cemas atau
rawatan perubatan.

2. Pastikan persekitaran tempat kerja anda kemas dan bersih.
3. Pastikan operasi McDonald’s sentiasa berjalan dengan lancar. Kru

adalah dinasihatkan supaya tidak melakukan gurauan sewaktu kerja di
dalam restoran.
4. Utamakan keselamatan di dalam restoran. Mana-mana kru yang tidak
mematuhi peraturan keselamatan akan diberi kaunseling dan tindakan
disiplin yang sewajarnya akan dikenakan.

Sentiasa Berjaga-jaga

Jika anda mengesan bahaya, elakkan bahaya itu dan laporkan apa yang
telah anda lakukan kepada pengurus atau jika anda tidak dapat
menyelesaikan, laporkan tentang bahaya itu kepada pengurus.
Jangan cuba mengangkat objek yang berat berseorangan, dapatkan
bantuan. Apabila mengangkat objek, lakukan mengikut peraturan seperti
berikut:

Prinsip Penjagaan Bahagian Belakang

1. Pastikan bahgian perut dan belakang tegak
2. Bengkokkan lutut anda ketika mengangkat objek (Jangan bengkokkan

badan)
3. Pegang objek dengan kukuh.
4. Posisikan beban yang diangkat dibahagian tengah badan supaya

seimbang
5. Luruskan kaki anda.
6. Angkat dan pusingkan kaki anda sebelum berjalan.

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

PROSEDUR KECEMASAN

Jika berlaku kecederaan yang serius:
1. Hubungi pengurus bertugas
2. Jangan gerakkan mangsa yang cedera.
3. Bantu mangsa dengan sedaya upaya dan layaninya

dengan sebaik mungkin.
4. Pengurus akan cuba dapatkan keterangan dan saksi

iaitu kakitangan dan para pelanggan.

PROSEDUR KEMALANGAN

Semua kemalangan hendaklah dilaporkan:
1. Ingat! Kemalangan yang telah berlaku walalupun tiada

kecederaan adalah tetap satu kemalangan. Jika anda
mengalami “kemalangan nyaris” yang bertugas dan
dapatkan rawatan kecemasan jika perlu.
2. Awas! mungkin dilain kali akan berlaku “kena”
bukannya “nyaris”.

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

Melecur

Bertindak segera. Jaga keselamatan diri sendiri.
1. Sebelum memasuki tempat kejadian, terlebih dahulu pastiklan tiada bahaya

kepada diri sendiri.
2. Keluarkan mangsa dari tempat kejadian.
3. Tanggalkan pakaian yang terbakar.
4. Bersihkan dari sebarang bahan kimia atau kotoran.
5. ALirkan air sejuk di tempat yang melecur.

Melecur Ringan

1. Barsihkan dengan air sejuk selama lebih 20 minit.
2. Sapukan krim pembersih kuman dan balutkan dengan kain (bandage)

perlahan-lahan.

Melecur Teruk

1. Alirkan air sejuk ke tempat melecur untuk mengurangkan kesakitan.
2. Tanggalkan atau potong pakaian di tempat melecur. Jika pakaian melekat di

tempat melecur, jangan tanggalkan.
3. Jangan sapukan krim atau losen di atas permukaan yang melecur.
4. Dapatkan bantuan perubatan dai klinik yang berhampiran atau hubungi ambulan.

Jika Berlaku Kebakaran

1. Beritahu Pengurus yang bertugas.
2. Sedarkan sesiapa yang berada berhampiran dengan tempat kebakaran.
3. Jangan jerit API! kerana ia akan menyebabkan semua panik dan akan

memburukkan keadaan.
4. Jika anda telah dilatih menggunakan alat pemadam api, cuba kawal api dari

merebak jika keadaan selamat melakukannya.
5. Jangan membahayakan diri sendiri dan orang lain.
6. Patuhi semua arahan yang diberikan oleh pengurus.

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

Polisi Media Sosial McDonald’s
untuk kaitangan Korporat & Restoran

TUJUAN

Polisi ini terpakai kepada semua kakitangan McDonald’s,
pemegang francais (francaisi) dan kakitangan francaisi
yang bertugas di ibu pejabat dan restoran. Dari masa ke
semasa, McDonald’s mungkin mengemaskini atau menilai
semula polisi ini.

Tujuan polisi adalah untuk menyampaikan pendirian
McDonald’s tentang penggunaan media sosial, dalam
kapasiti profesional dan peribadi. Apa yang dimaksudkan
oleh McDonald’s di sini ialah:

� Penggunaan Profesional: Dimana kaitangan tersebut
diberi kuasa dan pengiktirafan rasmi untuk mewakili
McDonald’s dalamlandasan media sosial dan
menggunakan media sosial untuk tujuan perniagaan.
� Penggunaan Peribadi: Dimana kaitangan tersebut
membuat rujukan kepada McDonald’s, kakitangannya,
produk-produk atau perkhidmatan yang disediakan,
dan/atau organisasi perniagaan lain yang berkaitan
apabila mereka menggunakan media sosial secara
peribadi.
Bagaimanapun, polisi ini tidak terpakai ke atas penggunaan
peribadi media sosial oleh kakitangan apabila kakitangan
tersebut tidak membuat sebarang kenyataan atau rujukan
kepada McDonad’s, kakitangannya, produk, perkhidmatan
dan organisasi perniagaan lain yang berkaitan.

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

GARIS PANDUAN MEDIA SOSIAL

1 Pematuhan yang perlu diketahui

2 Apakah Media Sosial

3 Bagaimana Penggunaan Media
Sosial yang Professional

4 Bagaimana Penggunaan Peribadi
Media Sosial

5 Bagaimana Penggunaan Komputer
Dan Sistem McDonald’s

6 Apakah itu Maklumat Komunikasi

*untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Pengurus
Restoran atau Jabatan Komunikasi Korporat McDOnald’s Malaysia

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

POLISI PERKHIDMATAN

Larangan Diskriminasi

Falsafah dan polisi McDonald’s adalah semua kakitangan
dan pemohon untuk jawatan adalah dilayan secara
saksama dan tanpa mengira bangsa, warna kulit, jantina
agama dan taraf perkahwinan. Diskriminikasi ke atas
mana-mana kakitangan atau pemohon berdasarkan
mana-mana syarat seperti di atas adalah tidak
dibenarkan. Polisi larangan diskriminikasi ini juga
merangkumi semua amalan pekerjaan termasuk
pengambilan, kadar gaji, latihan pembangunan, kenaikan
pangkat, syarat-syarat perkhidmatan dan pemberhentian

Larangan Gangguan Seksual

Gangguan seksual ke atas mana-mana kakitangan
adalah dilarang di McDonald’s . Gangguan seksual adalah
dilarang kerana ia sesuatu yang boleh menyebabkan
perasaan takut salah guna kuasa dan bertentangan
dengan polisi, amalan dan falsafah McDonald’s.
Gangguan seksual didefinisikan sebagai [erbuatan yang
dilakukan sekali atau berulangkali oleh penyerang kepada
mangsa, samada kakitangan atau pelanggan. Misalnya
mnyentuh, menepuk, gerak-geri, isyarat, gurauan,
menyatakan perkataan lucah, jelingan, godaan, tuntutan
seks atau serangan secara fizikal. Gangguan seksual
meliputi apa jua perbuatan atau perkataan yang sengaja
atau tidak sengaja boleh membawa kepada gambaran
seks yang tidak disukai oleh orang yang terbabit.

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

KESIMPULAN

Sekali lagi, Selamat datang ke McDonald’s. Kami sentiasa
menanti untuk bekerjasama dengan anda dan kami akan
melakukan yang terbaik untuk menjadikan pengalaman
pekerjaan anda di sini adalah selesa dan menggembirakan. Kami
telah menjelaskan maklumat-maklumat penting yang perlu
anda tahu demi menjadikan pengalaman anda di McDonald’s
suatu kejayaan.
Sentiasa ingat untuk membaca buku panduan ini dari masa ke
semasa, dan yang utama sekali, jika anda tidak memahami akan
sesuatu perkara, segeralah bertanya kepada Pengurus Restoran.
Dari masa ke semasa kami akan membuat perubahan dan
mengemaskini maklumat di dalam buku panduan ini untuk
memasukkan polisi-polisi baru atau perubahan terkini.
Maklumat ini akan di nyatakan seawal lagi, kami
mengalu-alukan sebarang cadangan daripada anda mengenai
polisi atau buku panduan ini.
Sekian, terima kasih.

Selamat Bekerja dan
Semoga Maju Jaya

Kkelibkeulanktuakng Kkelidkeupnatnuk

Terima Kasih

Kkelibkeulanktuakng


Click to View FlipBook Version